Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

23 Tempat Menarik Di Genting Highland Untuk Anda Kunjungi

Genting Highland yang terletak di Pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan banyak juga tempat yang merupakan syurga membeli belah di Genting Highland ini. Bukan itu sahaja, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tempat-tempat ini juga akan menjadikan perjalanan percutian anda lebih sempurna. Tidak rugi masa dan tenaga anda untuk melancong ke tempat yang menyeronokkan ini.

Pelbagai cara untuk pengunjung datang ke Genting Highland iaitu sama ada menaiki kemudahan awam seperti teksi dan bas ataupun terpulang untuk membawa kenderaan sendiri. Selain itu, anda juga boleh datang ke sini untuk menikmati keindahan alam yang menakjubkan dengan mendapatkan tempat penginapan yang menarik. Tempat menarik yang terletak berdekatan akan memudahkan lagi perjalanan anda. Jadi, rancanglah percutian anda bersama yang tersayang dengan bijak dan lebih teliti agar tiada masalah yang akan berlaku.

23 Destinasi Percutian Yang Menyeronokkan Di Genting 


1. Arena Of Star

The Arena Of Star

Arena Of Star merupakan sebuah stadium besar yang biasanya menjadi tempat untuk mengadakan acara antarabangsa atau tempatan. Stadium seluas 45,000 kaki ini mempunyai kapasiti untuk tempat duduk sebanyak lebih 5,000. Stadium besar yang menawarkan kerusi dengan pelbagai warna dan tempat yang selesa membuatkan anda akan menikmati acara yang sedang berlansung. Siling yang tinggi, pencahayaan yang baik, sistem audio yang sempurna akan menjadikan acara itu berjalan dengan lancar.

Kalau anda nak tahu, banyak penghibur popular daripada tempatan dan luar negara yang pernah menyerikan pentas stadium ini sebagai contoh persembahan daripada legenda Sir Elton John, Sir Cliff Richards, kumpulan pop Black Eyed Peas, Jolin Tsai, superstar China Na Ying dan banyak lagi. Acara yang diadakan di stadium ini sering mendapat sambutan yang mengalakkan dan akan berlansung dengan sangat meriah. Jadi, rugi jika anda tidak dapat menyertai sebarang acara yang dilakukan di sini. Anda juga boleh mengikuti laman web rasmi tempat ini untuk tidak ketinggalan sebarang update terkini tentang acara yang akan diadakan.

Alamat: Arena Of Stars, Resorts World Genting Genting Highlands, 69000 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Mengikut acara yang dilakukan

Harga Tiket: Mengikut acara yang dilakukan

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 03-2718 1118


2. Awana SkyWay

Awana SkyWay

Awana SkyWay merupakan salah satu tarikan utama yang menarik di Genting Highland. Anda memang patut berkunjung ke tempat ini kerana bayaran untuk naik kereta kabel di sini memang murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Untuk menaiki kereta kabel ini anda perlu beratur tetapi apabila sampai di puncak atas anda akan menikmati keindahan alam semula jadi sehingga mampu membuatkan anda lupa kelelahan sewaktu menunggu. Dicadangkan kepada anda yang tidak ingin beratur panjang untuk membeli sahaja tiket secara atas talian di laman web yang boleh dipercayai. Satu-satunya kereta kabel yang terdapat di Pahang yang boleh anda naiki bersama ahli keluarga tersayang.

Daripada Stesen Awana untuk ke Stesen SkyAvenue hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Yang menariknya lagi, dengan menggunakan tiket yang sama, anda akan mendapatkan perhentian percuma iaitu di Stesen Chin Swee. Di Stesen ini anda akan menerokai sebuah kuil tersohor di Pahang iaitu Kuil Gua Chin Swee. Kuil yang mempunyai pemandangan yang indah menjadikan tempat ini sesuai untuk anda yang ingin bergambar. Jika anda datang ke tempat ini dengan menggunakan kenderaan, anda boleh parking sahaja kenderaan anda di Awana SkyCentral.

Alamat: Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 8.00am – 8.00pm, Jumaat – Ahad : 8.00am – 10.00pm

Harga Tiket:

Standard Gondola: 1) Satu hala : RM 10, Express tiket : RM 16

: 2) Pergi balik : RM 18, Express tiket : RM 30

Gondola Lantai Kaca : 1) Satu hala : RM 21

: 2) Pergi balik: RM 35

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61011118


3. Skytropolis

Skytropolis

Sebuah taman hiburan tersohor dan menyeronokkan yang terdapat di Pahang, semestinya di Skytropolis. Di dalam taman tema ini anda tidak akan dapat membezakan siang atau malam kerana taman tema ini telah dihiasi dengan lampu LED pelbagai warna. Memang terang benderang dan kelihatan lebih menarik suasana didalam taman tema ini. Macam-macam permainan yang boleh dicuba tanpa mengira had usia di taman tema ini.

Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mencuba 20 jenis ride yang ditawarkan di sini. Dicadangkan kepada anda yang membawa anak kecik untuk mencuba permainan keretapi ekspres mini. Sememangnya satu permainan yang rileks dan akan menghiburkan si kecil anda. Yang paling penting, keselamatan anak-anak anda di sini sangat terjamin kerana terdapat CCTV di setiap bahagian tempat ini. Anda bebas untuk berkunjung ke tempat ini samaada untuk bermain permainan atau untuk sekadar berjalan-jalan sahaja.

Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 12.00pm – 8.00pm, Jumaat – Ahad:10.00am – 10.00pm

Harga Tiket:

1) Pas tanpa had : RM 60

2) 1 permainan : hujung minggu: RM 15, hari biasa : RM 9

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-2718 1118


4. Sky Symphony Genting

Sky symphony Genting

Sebuah persembahan tayangan lampu dengan grafik bergerak yang unik di dalam sebuah pusat membeli belah yang dikenali sebagai Sky Symphony Genting. Persembahan teater lampu dengan audio yang menarik bakal mengejutkan pengunjung yang membeli belah di mall ini. Sky Symphony Genting ini juga secara meluas dianggap sebagai pemasangan winch kekal terbesar di Asia.

Memang akan menarik perhatian anda bentuk-bentuk grafik unik yang akan ditayangkan. Di sini anda tidak akan terlepas sebarang pertunjukan kerana mereka akan menayangkan pertunjukkan setiap dua jam dan akan berlansung selama 15 minit. Apa yang anda akan lihat di pertunjukkan lampu ini ialah 1001 bola winch yang digantung daripada siling empat tingkat dan mempunyai bentuk-bentuk yang cantik.

Bukan itu sahaja, di sini juga mempunyai skrin gergasi yang dipasang di seluruh atrium utama pusat membeli-belah. Tempat ini memang sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana mempunyai suasana yang menakjubkan.

Alamat: Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: Setiap setengah jam, 10 pagi – 10 malam

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web 


5. Snow World

Snow World

Menginginkan tempat yang ala-ala berada di Eropah atau seperti sedang berada pada musim sejuk di negara yang bersalji, semestinya anda boleh dapati di Snow World. Sebuah perkampungan bersalji yang bertemakan Eropah menawarkan perjalanan musim sejuk yang terbaik untuk anda. Alami perjalanan musim sejuk yang lengkap dengan salji dan perubahan waktu siang ke malam yang menakjubkan di Snow World ini.

Yang menariknya, di sini juga terdapat rumah Igloo yang menghangatkan bersama peninggalan Istana Rom Purba yang cantik. Beberapa hiasan patung orang salji dan beruang kutub menjadikan tempat ini kelihatan lebih menarik. Berada di sini membuatkan anda seperti sedang bercuti di negara-negara yang bersalji tanpa perlu ke sana. Rasai sendiri pengalaman bermain salji atau gelongsor salji di tempat yang luar biasa ini. Dengan hanya membayar RM 45 untuk anda bebas bermain salji di tempat ini sepuas-puasnya tanpa mengira usia.

Alamat: Level 2, First World Plaza Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Harga Tiket: RM 45

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61011118


6. Mini Cameron Highlands

Mini Cameron Highlands

Mini Cameron Highlands merupakan sebuah pusat pertanian yang menjadi salah satu tarikan utama bagi Genting. Jadikan percutian anda lebih menyeronokkan dengan menikmati pemandangan alam sekitar yang luar biasa. Sememangnya satu tempat percutian yang menjadi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara. Percutian anda akan menjadi lebih menarik jika datang melawat di taman yang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang menakjubkan ini.

Selain berjalan-jalan santai, anda juga boleh membeli barangan tempatan di kedai-kedai yang terdapat di tempat ini ataupun anda juga boleh membeli barangan yang diperbuat daripada tumbuhan-tumbuhan yang telah diproses. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai hobi seperti menanam pokok bunga di laman rumah, anda boleh membeli biji benih untuk menyemainya sendiri.

Pelbagai jenis biji benih yang boleh anda dapati di tempat ini. Yang menariknya, anda juga boleh membeli atau memetik sendiri strawberi segar daripada ladang untuk dimakan. Rasai sendiri pengalaman memetik buah di kebun ini yang sememangnya tidak boleh didapati di ibu kota.

Alamat: 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 6.30pm

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61366866


7. Chin Swee Temple

Chin Swee Temple

Chin Swee Caves Temple merupakan sebuah kuil yang terkenal di Kawasan Genting, Pahang. Persekitaran damai dengan suasana yang santai mencipta keadaan yang tenang untuk merehatkan minda. Jadikan percutian anda lebih santai dan menyeronokkan dengan menikmati pemandangan indah alam sekitar yang hanya boleh didapati di kuil ini. Sepoi-sepoi tiupan angin dengan berlatar belakangkan pemandangan puncak bukit-bakau sememangnya akan menjadikan percutian anda lebih sempurna.

Kuil yang dijaga dengan rapi dan seringkali diselenggara ini menjadikan tempat ini selamat daripada sebarang risiko bahaya. Selain itu, banyak tempat yang telah diubah-suai dengan cantik dan kreatif sehingga sesuai menjadi tempat untuk bergambar. Untuk maklumat anda, kuil yang mempunyai keluasan seluas 28 ekar tanah ini disumbangkan oleh pengasas kumpulan Genting iaitu mendiang Lim Goh Tong.

Alamat: Exit 68, Genting Sempah, Pahang, 28750 Bentong

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-21791886


8. Genting Skyworld Theme Park

Genting Skyworld

Taman tema yang pasti telah dinanti-nantikan oleh orang ramai. Genting SkyWorlds ini akan dibuka pada 10 December 2021 dan merupakan sebuah taman tema yang terbesar dengan keluasan 26 ekar tanah. Mempunyai 9 konsep dunia yang berbeza dan sangat menarik. Bawa anak-anak anda mencuba 26 jenis permainan yang menyeronokkan di sini. Terokai sendiri taman tema yang luas dan terbaik ini. Memang best kalau anda dapat menghabiskan masa cuti anda di tempat yang meriah ini. Disebabkan terlampau ramai orang yang menunggu taman tema ini dibuka, mungkin anda perlu beratur sedikit sewaktu ingin mendapatkan tiket. Justeru itu, jika anda tidak ingin beratur, anda boleh membeli tiket di mana-mana laman sesawang yang boleh dipercayai.

Terdapat 9 tempat unik yang wajib anda terokai di sini antaranya ialah Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age. Rugi kalau anda tidak pergi berkunjung ke 9 tempat unik ini. Alang-alang telah sampai di sini, jangan lupa untuk bergambar dan memuat naik ke semua media sosial anda. Anda pasti akan tergamam dengan kecantikkan tempat ini. Memang ada macam ala-ala anda sedang berada di taman tema luar negara.

Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Harga Tiket: 

Satu hari tanpa had

Dewasa (13 tahun keatas)  : RM 62 (Mykad), RM 82 (No Mykad)

Kanak-kanak (90cm kebawah) : RM 41 (Mykad), RM 55 (No Mykad)

Warga Emas (60 tahun dan keatas) : RM 41 (Mykad), RM 55 (No Mykad)

Pakej keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) : RM 185 (Mykad) , Rm 247 (No Mykad)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61011118


9. SeniKome Peng Heng

SeniKome Peng Heng

Sebuah pusat kesenian dan kebudayaan yang menarik untuk anda kunjungi, semestinya hanya di SeniKome Peng Heng. Di dalam tempat ini, anda boleh menyaksikan pelbagai budaya dan mempelajari serba sedikit tentang budaya negeri-negeri Pantai Timur. Selain itu, anda juga boleh mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang budaya-budaya negeri Timur yang kurang mendapat perhatian masyarakat iaitu daripada negeri Pahang, Kelantan atau Terengganu.

Tempat yang terletak di kawasan yang mendamaikan dan jauh daripada kesesakkan ibu kota menjadikan ia tempat yang santai untuk berjalan-jalan. Sangat berbaloi untuk anda melapangkan masa dengan mempelajari tentang budaya-budaya Pantai Timur ini agar budaya kita tidak akan luput tertelan dek zaman. Terdapat juga beberapa seni kraf tangan yang masih dalam keadaan baik walaupun merupakan barangan lama yang dipamerkan didalam tempat ini.

Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 12.00pm – 10.00pm

Harga Tiket: RM 25

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61011118


10. Ripley Believe It or Not

Ripley Believe It or Not

Ripley’s Believe It or Not, seperti namanya, memang tidak terjangka dengan karya-karya seni yang dipaparkan di dalam muzium ini. Hasil karya seni mereka yang luar biasa akan membuatkan anda teragak-agak untuk mempercayainya. Anda boleh berjalan-jalan sambil melihat lebih daripada 300 pameran karya seni menarik yang terdapat di dalam muzium ini. Pameran seni yang sangat seimbang kerana mempunyai pelbagai jenis karya seperti sebuah lukisan pelik, mengejutkan dan macam-macam lagi.

Selain itu, di sini juga terdapat beberapa karya seni yang diperbuat daripada objek harian yang telah menjadi sebagai salah satu koleksi yang menakjubkan. Paparan karya di sini juga ditayangkan dalam bentuk video, patung lilin yang unik, bentuk kartun, gambar dan artifak yang jarang ditemui. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pameran daripada dunia sains dan ilusi yang sangat hebat. Anda memang patut datang ke muzium ini bersama keluarga anda untuk menerokai pelbagai lagi karya terbaik yang dipaparkan.

Alamat:  Lot SA – T2C – B13, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Harga Tiket: RM 19 untuk kanak-kanak, Dewasa RM 23

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-64360690


11. 4D Trick Art Musuem

4D Trick Art Musuem

4D Trick Art Musuem merupakan sebuah muzium popular yang sering mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pengunjung. Di dalam muzium ini memaparkan karya seni 4D yang sangat menakjubkan sehingga membuatkan ia kelihatan seperti objek sebenar. Walaupun pintu masuk ke muzium ini kelihatan kecil tetapi di dalam muzium ini sangat luas sehingga memuatkan banyak lukisan menarik. Kalau anda nak tahu, lukisan di sini bukan sahaja dilukis oleh pelukis tempatan malah ada juga yang dilukis oleh pelukis Korea Selatan.

Lukisan yang dibuat dengan menggunakan pelbagai warna dan hasil daripada imaginasi yang hebat membuatkan ia sangat sempurna untuk menjadi tontonan ramai. Jangan lupa untuk bergambar di tempat yang telah dihias dengan kreatif supaya anda mendapatkan hasil foto yang bagus. Setiap sudut yang telah dihias dan dinaik taraf membuatkan anda mempunyai banyak port terbaik untuk bergambar. Memang sangat menarik untuk anda berjalan-jalan di dalam muzium yang memaparkan pelbagai hasil karya yang luar biasa ini.

Alamat: Lot SA – T2C – B08, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Harga Tiket: Pakej RM 75 termasuk Ripley’s Adventureland, Jurassic Research Center, Zombie Outbreak dan Infinity Room.

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-2718 1118


12. Zombie Outbreak

Zombie Outbreak

Anda merupakan penggemar filem seram zombie, anda memang patut datang ke tempat yang menyeramkan ini iaitu di Zombie Outbreak, Genting. Tempat yang telah ditawan oleh sekumpulan zombie yang menakutkan ini sangat sesuai untuk anda menguji tahap keberanian anda. Jangan tangguh lagi atau memberi alasan untuk tidak datang ke tempat ini kerana anda memang perlu untuk mengatasi rasa takut anda. Tempat yang dipenuhi dengan wabak zombie ini memang sangat menarik dan luar biasa.

Apabila masuk didalam zon zombie ini, anda perlu cuba untuk selamatkan diri daripada terjangkiti wabak secara rahsia. Kawal keadaan sehingga anda menjumpai jalan keluar dan diingati kembali bahawa tempat ini tidak menanggung sebarang risiko yang akan terjadi. Jadi, dinasihati untuk ibu mengandung atau mempunyai penyakit jantung agar tidak memasuki ke tempat ini. Jika anak-anak anda berani untuk mencuba masuk ke tempat ini tetap memerlukan pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga. Tempat ini sememangnya satu tempat percutian yang menyeronokkan untuk anda mencubanya.

Alamat: Lot SA – T2C – B16, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

Harga Tiket: Pakej RM 75 termasuk Ripley’s Adventureland, Jurassic Research Center, 4D Trick Art Musuem dan Infinity Room.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong 


13. Jurassic Research Centre

Jurassic Research Centre

Berjumpa dengan lebih dekat dengan makhluk prasejarah yang paling terkenal iaitu dinosaur, tentunya hanya di Jurassic Research Centre. Sebuah tempat yang menawarkan lebih daripada 100 jenis dinosaur yang telah pupus dalam bentuk pelbagai saiz. Sekiranya anak-anak anda sangat menggemari dinosaur, anda memang patut membawa mereka datang ke tempat ini kerana bukan sahaja dapat melihat malah dapat juga lebih mengenali spesies-spesies dinosaur. Yang menariknya, anda akan dapat memerhatikan pergerakan dinosaur itu dan mendengar gauman seolah-olah mereka masih hidup.

Anda memang akan terpukau dengan segala keajaiban yang terdapat di taman dinosaur ini. Dinosaur yang terdapat di sini bukan semua didalam bentuk yang sempurna tetapi anda juga boleh melihat dinosaur didalam bentuk tulang. Banyak dinosaur yang hebat akan membuat anda seolah-olah sedang hidup di dalam zaman sebelum kepupusan dinosaur ini. Selain itu, anda juga dibenarkan untuk memegang beberapa dinosaur yang terdapat di sini.

Alamat: Lot SA – T2C – B15, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 10.30pm

Harga Tiket: Pakej RM 75 termasuk Ripley’s Adventureland, Zombie Outbreak, 4D Trick Art Musuem dan Infinity Room.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


14. Gunung Lari Tembakau

Gunung Lari Tembakau

Gunung Lari Tembakau merupakan salah satu gunung yang mudah di Malaysia untuk membuat aktiviti mendaki. Jangan risau jika anda tidak menjumpai jalan untuk mendaki kerana di sini akan terdapat beberapa guard yang menjaga berdekatan stesen janakuasa. Di tempat ini juga terdapat kemudahan yang telah disediakan untuk anda iaitu tempat meletak kenderaan yang luas. Melihat keindahan Mossy yang biasanya hanya terdapat di Hutan Hujan Tropika sememangnya sangat indah dan menakjubkan. Beberapa pohon Mossy yang unik memang sangat memukau dan sukar untuk didapati di gunung lain.

Untuk pengetahuan anda, puncak gunung ini berketinggian 1500M dari paras laut. Dijamin yang anda tidak akan sesat sewaktu melakukan aktiviti pendakian kerana terdapat beberapa penunjuk arah yang ditampal di beberapa pokok. Melihat pemandangan alam sekitar yang cantik daripada puncak gunung ini memang sangat menenangkan. Jika anda penat sewaktu mendaki, anda boleh berhenti rehat di tempat perhentian yang ada disediakan tetapi jangan lupa pula untuk mengemas semula tempat rehat anda.

Alamat: Gunong Lari Tembakau, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi |  Facebook | Ulasan Pelancong 


15. Lim Goh Tong Memorial Park

Lim Goh Tong Memorial Park

Lim Goh Tong Memorial Park merupakan sebuah taman yang dibina bagi memperingati pengasas Gengting Highland yang telah meninggal dunia pada tahun 2007. Di taman ini terdapat sebuah kubur yang menghadap jalan utama yang merupakan kubur pengasas bagi Genting ini iaitu Lim Goh Tong. Di tempat ini, anda tidak perlu bersesak walaupun datang pada hujung minggu kerana tempat ini mempunyai keluasan yang sangat luas.

Pegunjung boleh datang berjalan-jalan atau melepak di taman yang lapang dan cantik ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat satu dewan yang dikenali sebagai Dewan Memorial kerana di situ terdapat kayu patung Encik Lim yang dihias oleh bunga orkid dengan berlatar belakangkan mural Genting Resort. Di sini juga terdapat kolam ikan yang besar dan mempunyai pemandangan yang sangat indah untuk anda bersantai.

Alamat: Genting Highlands, 69000, Pahang

Waktu Operasi: 8:00 AM – 10:00 PM

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Laman Web | Facebook


16. Haunted Adventure

Haunted Adventure

Anda sukakan tempat yang penuh dengan misteri dan teringin merasai pengalaman yang meremangkan, Haunted Adventure merupakan tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Uji tahap keberanian anda di tempat yang penuh dengan misteri dan menakutkan ini tetapi jangan lupa untuk kentalkan diri anda sebelum masuk ke sini. Pengembaraan berhantu akan membuatkan anda mendapatkan satu pengalaman yang menakjubkan dan luar biasa.

Dengan kejutan yang tidak dijangka sepanjang perjalanan, muzik latar belakang yang memainkan peranan dengan lampu suram menghiasi ruangan tempat ini memang akan membuatkan anda kecut perut. Anda memang patut cuba merasai sendiri pengalaman seram di tempat ini tetapi diingatkan kembali kepada ibu mengandung atau yang mempunyai penyakit jantung untuk tidak masuk kedalam ini. Untuk kanak-kanak pula adalah wajib masuk bersama penjaga atau ibu bapa.

Alamat: B66, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia

Waktu Operasi: 10:00 am – 11:00 pm

Harga Tiket: RM 30.00 (Dewasa), RM 25.45 (Kanak-Kanak), 90cm kebawah percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Phone: 03-64360690


17. Awana Golf & Country Resort

Awana Golf & Country Resort

Sesetengah padang golf di Malaysia kelihatan padat dan kurang menarik tetapi di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort memang sangat terbaik. Kini sukan golf merupakan salah satu sukan yang telah mendapat perhatian orang ramai kerana mempunyai pelbagai manfaat. Di padang golf ini menjadi tempat pilihan bagi penggemar aktiviti sukan golf kerana keadaan padang yang sangat sempurna sehingga mampu mendapatkan hasil score yang baik.

Padang golf yang dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau yang subur bersama angin gunung yang menyegarkan sememangnya tempat yang sesuai untuk bermain golf. Anda juga boleh bersantai di ruangan santai yang terdapat di keliling kawasan padang. Bukan itu sahaja, di sini juga mereka ada menjual peralatan golf dan pakaian untuk bermain golf. Yang menariknya, harga barangan yang ditawarkan di sini memang jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Untuk maklumat anda, untuk bermain golf di sini terdapat etika pemakaian iaitu tidak boleh memakai seluar jeans dan hanya kasut golf sahaja yang dibenarkan. Anda juga boleh mendapatkan harga untuk bermain golf yang lebih murah jika anda memilih untuk menginap di Resort World Genting.

Alamat: Awana Resorts, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 7.30am – 5.00pm

Harga Tiket:

1) 9 lubang : RM 180

2) 18 lubang : RM 27

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:03-6436 9037


18. Vision City Video & Game Park

Vision City Video & Game Park

Pusat Arked sememangnya merupakan satu tempat yang sangat digemari oleh kanak-kanak atau para remaja. Untuk berhibur di pusat arked yang terdapat di Genting, anda boleh berkunjung ke Vision City Video Games Park Genting. Di tempat ini anda bebas untuk bermain semua jenis permainan yang telah disediakan tanpa mengira usia. Semua jenis permainan yang ditawarkan memang sangat menyeronokkan dan menghiburkan. Selain itu, anda juga boleh menikmati berjam-jam keseronokkan di tempat permainan ini.

Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat lebih 400 jenis pilihan permainan yang menarik untuk anda yang berkunjung. Memang anda tidak akan berasa bosan dan jemu di tempat ini, tambahan pula dengan suasana meriah daripada pengunjung-pegunjung yang datang singgah. Yang menariknya, anda juga boleh menebus hadiah di kaunter pembayaran sekiranya anda berjaya mencapai target yang ditetapkan pada setiap permainan. Sahut cabaran bagi setiap permainan dan jangan terlambat untuk singgah di tempat permainan yang terbaik ini.

Alamat: Lower Lobby, Genting Grand, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 2.00pm – 10.00pm

Harga Tiket: Bergantung pada jenis mainan

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-27181118


19. Genting Bowl

Genting Bowl

Anda merupakan penggemar permainan bowling, memang patut anda cuba untuk bermain bowling di Genting Bowling. Sememangnya satu tempat bermain bowling yang luar biasa kerana telah dilengkapi dengan hiasan lampu-lampu yang unik dan sangat cantik. Di sini anda boleh datang beramai-ramai atau mengadakan pertandingan bowling kerana terdapat 20 lorong untuk bermain bowling tetapi anda perlu membuat tempahan awal.

Penat bermain bowling dan anda memerlukan tempat untuk berehat sebentar, jangan risau kerana mereka ada menyediakan bangku rehat bersama meja yang terletak berdekatan tempat bermain. Anda boleh duduk santai atau berehat sebentar di bangku yang selesa itu sebelum memulakan lagi game anda.

Sambil menunggu giliran anda untuk bermain, anda juga boleh pergi membeli makanan ringan di kedai-kedai berhampiran. Bowling ini sememangnya satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga dan dapat mengisi masa lapang anda dengan sempurna.

Alamat: Lot FW – T2B – 02, Level 2, First World Plaza, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 12.00pm – 10.00pm

Harga Tiket:

Isnin -Jumaat = RM 8.00, selepas pukul 5.00pm = RM 9.00

Sabtu, Ahad = RM 10.00, selepas pukul 5.00 pm = RM 11.00

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 016-304 1700

 

Tempat Membeli-Belah Terbaik Di Genting


20. Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet

Genting Premium Outlet merupakan salah satu tempat membeli belah terbaik di Pahang yang menawarkan lebih 150 kedai. Jika anda masih mencari kedai pakaian untuk membeli baju atau sebagainya, anda memang patut berkunjung ke sini kerana mereka menawarkan barangan daripada pelbagai jenama terkenal. Antara jenama popular yang boleh didapati di sini ialah Nike, Adidas, Aigner, Coach, Polo Ralph Lauren, Superdry Outlet, Tumi dan macam-macam lagi.

Sememangnya tempat yang sesuai untuk membeli pakaian tetapi jika anda tidak mahu membeli barangan di sini, anda juga boleh berjalan-jalan untuk menangkap gambar kerana terdapat banyak Kawasan cantik untuk bergambar. Selain itu, bukan kedai pakaian saja yang terdapat di sini malah pelbagai kedai barangan lain juga yang boleh anda singgah sebagai contoh Victoria Secret, Cotton on Body, kedai coklat, kedai Padini dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, outlet-outlet di sini juga mempunyai reka bentuk yang moden dan sangat elegant. Kadang-kadang terdapat beberapa kedai yang sering memberikan potongan harga yang hebat untuk beberapa barangan yang mereka tawarkan.

Alamat: KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-64338888


21. 20th Century Fox World Studio Store

Fox World Studio Store

20th Century Fox World Studio Store sememangnya satu nama yang tidak asing lagi didengari dan merupakan satu jenama yang sangat popular. Pembukaan cawangan ke 20 Century Fox World Studio Store di Genting merupakan pembukaan pertama bagi jenama ini di Malaysia. Berita baik bagi penggemar filem terkenal daripada Century Fox Store kerana anda boleh mendapatkan pelbagai koleksi menarik, pakaian, topi atau banyak lagi di sini.

Yang menariknya, mereka juga ada menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan semua filem yang mereka miliki. Kepada penggemar sejati jangan lepaskan peluang kecemasan ini untuk mendapatkan barang daripada filem kegemaran anda. Mungkin anda perlu beratur atau menunggu untuk masuk ke sini kerana kedai ini memang sangat popular.

Alamat: Lot T2A-03, Level 2, SkyAvenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-6101 1118


22. Sky Avenue

Sky Avenue

Mencari pusat membeli belah di Genting, Sky Avenue merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Sememangnya tempat yang bagus untuk membeli belah kerana di sini terdapat lebih daripada 100 kedai yang menawarkan barangan, pakaian, mainan, barangan kemas, barang keperluan harian dan macam-macam lagi. Alang-alang anda sudah sampai di Genting, anda memang patut untuk singgah di pusat membeli belah ini. Terdapat banyak tempat menarik didalam mall ini yang boleh melengkapkan perjalanan percutian anda sekeluarga.

Setelah penat berjalan di dalam pusat beli-belah ini, anda boleh berhenti makan di kedai makan yang terdapat di dalam ini. Pelbagai jenis makanan atau hidangan istimewa yang boleh didapati di sini untuk mengisi perut kosong anda. Bawa anak-anak anda berbelanja di pusat beli-belah yang besar dan mewah ini sekali-sekala. Untuk anda yang ingin melepak sahaja di dalam pusat beli-belah ini juga boleh duduk di bangku atau kerusi yang terdapat di setiap tingkat yang telah disediakan. Kemudahan seperti tandas dan surau juga disediakan di setiap tingkat pusat beli-belah.

Alamat: Resorts World Genting, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm, Khamis 10.00am – 10.00pm

Harga Tiket: Percuma

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 03-61011118

 

Tempat Makan Best Di Genting


23. Jom Makan Street Food

Jom Makan Food Street

Isi perut kosong anda dengan pelbagai makanan lazat yang boleh didapati di Jom Makan  Street Food. Medan selera yang halal untuk muslim dan menawarkan pelbagai jenis menu makanan yang istimewa. Bukan makanan masakan Melayu sahaja yang ditawarkan di sini tetapi masakan India, Cina dan banyak lagi juga boleh didapati. Daripada makanan ringan sehingga ke pencuci mulut yang terbaik ada ditawarkan di medan selera ini.

Pelbagai jenis menu nasi yang menyelerakan ada ditawarkan seperti nasi goreng petai, nasi ayam, nasi lemak udang galah, nasi daun pisang, nasi ayam claypot dan macam-macam lagi. Jangan risau jika anda sedang didalam mood diet atau tidak ingin makan nasi kerana terdapat juga hidangan seperti roti canai, thosai dan chappati yang boleh anda pesan.

Selepas penat melakukan pelbagai aktiviti menarik di Genting ini, memakan makanan yang sedap adalah wajib supaya dapat mengisi semula tenaga anda. Kalau anda nak tahu, makanan di sini juga ditawarkan dengan harga yang luar biasa dan murah.

Alamat: Lot SA, T2C, MFS, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 8.00am – 8.00pm

Harga Tiket: Bergantung pada makanan yang dibeli

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 


Dengan pelbagai tempat menyeronokkan yang terdapat di Genting Highland, Pahang ini membuktikan yang tempat ini memang sesuai menjadi destinasi pelancongan untuk anda sekeluarga. Kebanyakkan tempat menarik yang terletak didalam kawasan yang berdekatan mampu memudahkan perjalanan anda. Rugi jika anda tidak memilih tempat yang luar biasa ini untuk menjadi tempat percutian anda. Tempat yang sempurna dan indah ini memang tidak boleh didapati di tempat lain. Dengan membaca artikel ini, anda boleh membuat survey dahulu tentang tempat yang anda ingin kunjungi. Memang banyak tempat menarik yang ada di Pahang selain di Genting kalau anda turut ingin melawat.

3.9/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Makan Di Genting – WAJIB Cuba

Genting Highland seperti yang kita tahu menjadi salah satu lokasi pelancongan terbesar di Malaysia. Terletaknya di negeri Pahang iaitu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia....

9 Tempat Penginapan Di Genting Highlands – Cantik & Indah

Malaysia tidak mengalami musim sejuk yang panjang kerana kedudukannya yang terletak pada garisan khatulistiwa. Untuk anda yang ingin merasai percutian pada suhu yang sejuk...

7 Homestay di Genting Highlands Dengan Pemandangan Yang Cantik!

Genting Highlands terkenal dengan tempat peranginan yang sejuk. Umum mengetahui bahawa tempat ini cukup terkenal dengan taman tema yang ada di sini. Digelar Las...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ssemambo Alex
10 months ago

Wow the food looks yummy i should try it also.

Lily
1 year ago

Terima kasih atas perkongsian

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x