Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

45+ Tempat Menarik di Kuching Paling Popular Untuk Pelancong Terokai

Sudahkah anda bersedia untuk merentasi Laut China Selatan menuju ke sebuah bandaraya yang terkenal dengan khazanah warisan budaya pelbagai etnik ? Jika ya, ayuh kita sama-sama terokai lebih 45+ destinasi percutian & aktiviti menarik di Kuching yang boleh anda lakukan apabila bercuti di sini kelak. Terkenal dengan jolokan nama Bandaraya Perpaduan, tarikan pelancongan di Bandaraya Kuching pasti tidak akan mengecewakan anda dengan keunikannya yang tersendiri & sesetengahnya adalah mustahil untuk anda jumpai di Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan tempat-tempat menarik di Kuching yang popular boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Kota Kinabalu di mana begitu banyak sekali tarikan di kawasan hutan belantara yang indah dan taman negara yang masih terjaga rapi keasliannya. Bagi yang pertama kali bercuti di Kuching, pasti anda akan mengalami sedikit kesukaran sekiranya berbicara dengan orang Sarawak yang menggunakan loghat asli negerinya. Namun, jangan bimbang kerana kebanyakan orang di sini boleh bercakap Bahasa Melayu dengan baik.

Pilihan makanan di Kuching juga sangat banyak & unik yang banyak dipengaruhi oleh etnik-etnik pelbagai latar belakang. Kalau sudah terlanjur melancong ke Kuching, aktiviti mencari makanan kenegerian adalah menjadi kewajiban yang mesti anda cuba. Memandangkan Bandaraya Kuching ini merupakan salah satu destinasi percutian popular di kepulauan Borneo, maka sudah tentulah pilihan penginapan menarik seperti resort tepi pantai, hotel bajet ataupun homestay, sangat mudah untuk anda terokai. Teruskan membaca untuk mencari keunikan yang boleh anda alami sendiri apabila bercuti di Kuching nanti.


45+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Kuching, Sarawak

1. Taman Negara Bako

 taman negara bako kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Negara yang telah dibangunkan sejak tahun 1957 & merupakan antara destinasi yang paling ideal untuk pelancong mengenali hidupan liar dan hutan simpan yang ada di Negeri Sarawak. Taman Negara ini merangkumi kawasan Muara Tebas yang berkeluasan 27 km persegi. Taman Negara Bako tidaklah sebesar beberapa Taman Negara lain yang ada di Sarawak, tetapi destinasi ini adalah yang terbaik untuk anda lawati sekiranya bercuti di Kuching.

Di sini anda boleh melihat pelbagai spesis binatang liar seperti monyet, orang utan, babi hutan, biawak, ular, burung-burung yang unik dan sebagainya. Binatang paling menjadi tumpuan pelancong di sini adalah proboscis monkeys (monyet belanda) yang mempunyai hidung yang besar & haiwan comel ini juga pernah dijadikan maskot untuk tahun melawat Malaysia pada 2015.

Anda boleh menaiki bot dari jeti di Terminal Bako untuk menuju ke Taman Negara Bako. Di taman negara ini terdapat beberapa trail hutan yang boleh anda lalui untuk melihat keindahan taman negara ini. Sekiranya anda pernah jungle trekking di Mossy Forest di Cameron Highland, anda pasti akan merasai pengalaman yang sama di sini. Laluan denai di sini sangat cantik dengan pokok-pokok, batuan berlumut hijau & struktur akar-akar kayu yang besar-besar.

Di Taman Negara Bako ini juga terdapat pantai yang cantik iaitu Pantai Teluk Limao dan lokasinya agak terpencil serta perlu meredah hutan untuk sampai ke sini. Berdekatan dengan pantai ini, anda boleh hiking menuju ke puncak bukit untuk melihat panorama laut yang membiru saujana mata memandang. Perasaan di bukit ini seolah-olah seperti berada di puncak bukit di Bohey Dulang, Sabah. Sangat Cantik !

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Lokasi Jeti | Jarak Jeti

  • Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak

  • 8.00 am – 5.00 pm

  • Tambang bot di jeti (Bako Terminal) ke Taman Negara Bako:
    • Dewasa: Sekitar RM 15 seorang/sehala
    • Kanak-kanak ( 7 tahun ke bawah) : Percuma
  • Permit masuk ke Taman Negara Bako
    • Pelancong Tempatan:
      • Dewasa: RM 10
      • Kanak-kanak ( 7-18 tahun): RM 7
    • Pelancong asing
      • Dewasa: RM 20
      • Kanak-Kanak ( 7-18 tahun): RM 14
  • Kadar bayaran jurupandu jika diperlukan
    • RM 100
  • Di sini juga terdapat penginapan, kadar bayaran bermula RM 15 / malam


2. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

semenggoh wildlife centre kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sinilah salah satu tempat menarik di Kuching untuk anda melihat orang utan. Lokasinya hanya terletak lebih kurang 20 km dari Bandaraya Kuching. Program yang dibangunkan di sini adalah untuk memelihara populasi orang utan di Kepulauan Borneo & telah beroperasi lebih 20 tahun. Kebanyakan orang utan di sini dilatih sejak dari kecil untuk hidup berdikari & merupakan yang sudah kematian ibu bapa. Orang utan ini akan dilatih oleh ranjer-ranjer bertugas tentang bagaimana untuk hidup di hutan sebelum dilepaskan ke hutan belantara apabila mencapai umur yang matang.

Waktu terbaik untuk melawat Semenggoh Wildlife Centre ini ialah di waktu pagi atau petang ketika waktu makan orang utan. Waktu ini anda berpeluang melihat orang utan yang agak liar pulang ke pusat pemeliharaan untuk mendapatkan makanan. Waktu memberi makan sekitar 9-10 pagi dan 3.00-3.30 petang. Selain orang utan, terdapat juga beberapa lagi spesis-spesis binatang liar lain yang dipelihara dan dipulihara di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-618325 | Facebook | Instagram | Website

  • KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, Sarawak.

Waktu Operasi Pusat Hidupan Liar Semenggoh

  • Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
    • 8.00 am – 10.00 am
    • 2.00 pm – 4.00 pm

Orangutan Feeding Time:

Terdapat 2 sesi beri makan orang utan dalam sehari:

  • 9.00 am – 10.00 am
  • 3.00 pm – 4.00 pm

Harga Tiket Pusat Hidupan Liar Semenggoh

  • Pelancong Tempatan:
    • Dewasa: RM 5.00
    • Warga Emas: RM 3.00
    • OKU: RM 3.00
    • Kanak-Kanak ( 6-7 tahun): RM 2.00
    • Kanak-Kana ( bawah 6 tahun): Percuma
  • Pelancong Asing:
    • Dewasa: RM 10.00
    • Warga Emas: RM 10.00
    • OKU: RM 5.00
    • Kanak-Kanak ( 6-7 tahun): RM 5.00
    • Kanak-Kana ( bawah 6 tahun): Percuma


3. Kampung Budaya Sarawak

sarawak cultural village kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang berhasrat untuk mengenali kebudayaan & cara hidup etnik-etnik utama di Sarawak, bolehlah ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) atau juga dikenali sebagai Muzium Kehidupan. Di sini anda boleh melihat pelbagai replika rumah atau bangunan yang mewakili etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti rumah panjang Orang Ulu, penempatan Penan, rumah tinggi Melanau, rumah orang Melayu Sarawak, pagoda orang Cina dan sebagainya.

Setiap bangunan di sini menempatkan petugas dari setiap etnik yang berpakaian tradisional & masing-masing menjalankan aktiviti tradisional untuk tatapan pengunjung. Pengunjung juga akan diterangkan oleh petugas mengenai kehidupan seharian setiap etnik dan aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku di sekeliling.

Selepas melihat perkampungan & bangunan etnik ini, pengunjung akan dipersembahkan pula dengan tarian tradisional di dalam sebuah dewan khas. Di sini juga terdapat restoran & kedai kraftangan yang menjual pelbagai barangan unik & menarik, sesuai untuk dijadikan cenderahati istimewa untuk keluarga di rumah. Ruangan ini juga menjadi tempat bagi mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan samaada dengan cara tradisional masyarakat Bidayuh, Iban, Orang Ulu atau pun Melayu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-846108 | Facebook | Instagram | Website

  • Sarawak Cultural Village Pantai Damai, Santubong, P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak,

Waktu Operasi Sarawak Cultural Village

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Sarawak Cultural Village

  • Bayaran Masuk ( Beli secara Walk-In)
    • Dewasa: RM 60.00
    • Kanak-Kanak ( 2-12 tahun): RM 30.00
  • Bayaran Masuk ( Beli secara Online)
    • Dewasa: RM 50.00
    • Kanak-Kanak ( 2-12 tahun): RM 25.00
  • Bayaran Masuk + Makan Tengahari ( Beli secara Online)
    • Dewasa: RM 76.50
    • Kanak-Kanak ( 2-12 tahun): RM 46.20

*tiket boleh beli online di website rasmi


4. Taman Negara Gunung Gading

taman negara gunung gading kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Negara Gunung Gading adalah destinasi yang terbaik untuk anda mencari & melihat sendiri bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Reflesia. Tahukah anda, bunga eksotik ini boleh membesar sehingga saiz diameternya mencecah 1 meter. Peluang untuk melihat bunga ini ketika mengembang bukannya senang & tambahan pula, Bunga Raflesia ini tidak mempunyai musim berbunga yang tetap. Waktu terbaik yang disyorkan untuk datang adalah ketika musim hujan kerana berkemungkinan besar anda akan berpeluang melihat pokok Bunga Raflesia yang sedang mengembang.

Pokok Raflesia ini mengambil masa 8-9 bulan untuk mencapai tahap matang & akan berbunga penuh hanya selama 4-5 hari sebelum mati. Apabila mengembang, pokok bunga ini kebiasaannya akan mengeluarkan satu bau yang unik untuk menarik serangga yang terbang supaya hinggap di atasnya. Laluan dan trail hutan juga tersedia bagi memudahkan pelancong mendaki Gunung Gading untuk melihat bunga ini atau untuk aktiviti jungle trekking. Sepanjang pendakian, anda juga akan berjumpa dengan beberapa lokasi air terjun yang tidak kurang menariknya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-735144 | Facebook | Instagram | Website

  • 94500 Lundu, Sarawak.

Waktu Operasi Taman Negara Gunung Gading

  • 8.00 am – 5.00 pm (dibuka setiap hari termasuk cuti umum)

Harga Tiket Taman Negara Gunung Gading

  • Pelancong Tempatan:
    • Dewasa: RM 10.00
    • Warga Emas (> 60 tahun): RM 5.00
    • OKU: RM 5.00
    • Kanak-Kanak ( 6-7 tahun): RM 3.00
    • Kanak-Kana ( bawah 6 tahun): Percuma
  • Pelancong Asing:
    • Dewasa: RM 20.00
    • Warga Emas (> 60 tahun): RM 20.00
    • OKU: RM 10.00
    • Kanak-Kanak ( 6-7 tahun): RM 7.00
    • Kanak-Kana ( bawah 6 tahun): Percuma

*tiket hanya boleh dibeli di kaunter tiket Taman Negara Gunung Gading


5. Kuching Wetlands National Park

 kuching wetland national centre

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak lebih kurang 14 km daripada Bandaraya Kuching & hanya 4 km dari Pantai Damai. Destinasi ini merangkumi kawasan yang seluas lebih daripada 6000 hektar & lokasinya juga berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu. Di sini (kawasan yang agak berpaya bakau) juga anda boleh menjumpai pelbagai jenis binatang liar seperti proboscis monkey ( monyet belanda), biawak (monitor lizards), buaya, burung-burung hutan, helang laut dan banyak lagi.

Kalau bernasib baik, anda juga boleh melihat ikan lumba-lumba yang terdapat di sepanjang perjalanan menuju ke kawasan paya bakau ini. Sekiranya melakukan aktiviti ini pada waktu malam, tour guide juga akan membawa pelancong ke beberapa kawasan yang menjadi habitat semulajadi kelip-kelip. Untuk mengembara di taman negara ini anda perlu ke sungai dengan menaiki bot dan ada beberapa pengusaha (tour guide) yang boleh membawa anda menerokai taman negara ini. Anda boleh mendapatkan contact untuk tour guide ini di hotel anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

  • 9.00 am – 8.00 pm

  • Anda boleh berhubung dengan pihak hotel


6. Kalimantan View Point @ Borneo Highland Resort

borneo highland tower sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda merancang untuk berbulan madu di Kuching ? Apa kata bawa pasangan anda ke Borneo Highland Resort untuk santai-santai & melihat keindahan bukit bukau yang menghijau dari kawasan yang tinggi. Di sinilah juga terletaknya Borneo Highland Resort yang mungkin ideal juga untuk anda bermalam ketika honeymoon di Kuching. Namun, sekiranya anda hanya ingin menikmati keindahan di sini tanpa bermalam, juga tiada halangan. Jarak memandu dari Bandar Kuching ke pintu masuk di kaki bukit ini hanya sekitar 40 minit sahaja.

Dari kaki bukit, anda perlu memandu menuju ke puncak yang menempatkan Borneo Highland Resort. Sepanjang perjalanan yang makan masa sekitar 20 minit ini, anda boleh lihat pemandangan sekeliling yang indah seperti perjalanan menuju ke Cameron Highland. Selain itu, terdapat juga air terjun kecil di pertengahan jalan iaitu Air Terjun Simangas. Sebaik sampai di perkarangan Borneo Highland Resort ini, anda perlu menaiki tram yang disediakan untuk menuju ke lokasi yang sangat cantik & mendamaikan, iaitu Kalimantan View Point. Panorama pemandangan dari puncak ini memang sangat menarik & pasti mendamaikan hati-hati yang sedang lara.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-8290790 | Facebook | Instagram | Website

  • JALAN BORNEO HEIGHTS, 94200 PADAWAN, KUCHING, SARAWAK

  • Tidak dikhususkan

  • Bayaran dipintu masuk di kaki bukit
    • RM 10 / seorang
  • Bayaran tram dari Borneo Highland Resort ke Kalimantan View Point
    • RM 10/ 2 hala


7. Taman Negara Kubah

taman negara kubah sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti di Taman Negara lain, destinasi ini juga menempatkan pelbagai spesis hidupan liar dan tumbuhan hutan yang menarik. Taman Negara Kubah ini sangat terkenal di kalangan penggemar Bunga Orkid kerana di sini terdapat banyak spesis-spesis Bunga Orkid liar yang boleh dijumpai dengan mudah. Bahkah, ada juga Bunga Orkid yang tidak pernah anda nampak di tempat lain.

Variasi spesis binatang liar yang ada di sini tidak kurang hebatnya & antara yang boleh dijumpai adalah rusa, siamang, burung-burung hutan, katak, buaya dan monyet. Hidupan amfibia dan reptilia juga terdiri daripada pelbagai spesis yang pelik dan jarang-jarang dijumpai di tempat lain. Pada waktu malam, anda boleh ke frog pond untuk melihat pelbagai spesis katak yang sangat jarang ditemui di tempat lain.

Taman Negara Kubah mempunyai 6 trail hutan dan menuju ke puncak Gunung Serapi dan perjalanan pergi balik mengambil masa 5-7 jam. Pondok-pondok kayu juga disediakan di sepanjang trail hutan ini untuk berehat ketika mendaki. Pemandangan dari puncak juga sangat menakjubkan. Ada juga pengunjung yang datang ke sini hanya untuk hiking menuju ke kawasan Air Terjun Gukit Serapi yang hanya memakan masa sejam penjelajahan dari kaki bukit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-845033

  • Kubah National Park, Kuching, Sarawak

  • 8.00 am – 5.00 pm

*masuk terakhir pukul 2.30 pm

  • Dewasa: RM 10
  • Kanak-Kanak: RM 7


8. Fairy Cave / Gua Pari Pari

gua pari pari bau sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pencinta alam, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda lawati & lokasinya hanya 1 jam memandu dari Bandar Kuching. Gua Pari-Pari merupakan salah satu destinasi yang sangat mudah untuk pengunjung melihat keindahan gua batu kapur tanpa perlu meredah hutan jauh-jauh untuk sampai ke lokasi gua. Gua ini mesti dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda ketika bercuti di Kuching kerana bukan senang nak lihat gua yang sangat besar seperti ini tanpa perlu ke kawasan pedalaman & meredah hutan. Destinasi gua ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk pelancong yang berkeluarga.

Terdapat tangga-tangga yang disediakan untuk pengunjung dari bawah sampailah ke kawasan utama gua. Di dalam gua juga terdapat tangga-tangga lain sekiranya anda ingin menerokai ke bahagian yang lebih dalam namun, harus berhati-hati kerana tangga ini sangat curam & juga gelap. Amat digalakkan untuk bawa lampu suluh. Jika anda teliti, ketika sedang memasuki ke dalam bahagian gua, warna-warna batu akan semakin bertukar warnanya kerana sinaran cahaya matahari yang semakin berkurangan. Satu fenomena yang sangat menarik untuk anda hayati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-8035516

  • Gua Pari Pari ( Fairy Cave), Bau, Sarawak

  • 8.30 am – 4.00 pm

  • Pelancong Tempatan:
    • RM 1.00
  • Pelancong Asing:
    • RM 5.00


9. Gua Angin / Wind Cave

 gua angin bau sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Wind Cave pula dinamakan kerana sentiasa ada angin sejuk yang memasuki melalui corong-corong pintu gua. Destinasi ini terletak tidak jauh dari Gua Pari Pari sekitar 5 km sahaja. Tarikan gua di sini tidak kurang menariknya & sering menjadi kunjungan pelancong yang ingin melihat keindahan gua batu kapur yang besar. Memandangkan gua ini gelap, sangat digalakkan untuk membawa lampu suluh, kasut sukan, topi, seluar panjang & baju lengan panjang untuk keselesaan ketika menerokai gua ini.

Akses dari kawasan parkir kereta ke gua ini juga mudah & tidak perlu meredah hutan. Terdapat platform kayu yang boleh anda jalan kaki sekitar 2-3 minit untuk sampai ke pintu masuk ke gua ini. Sebaik sampai di muka, sudah kedengaran bunyi-bunyian kelawar yang agak kuat & pasti memberikan satu perasaan ‘seram & takut tetapi seronok’ ketika berada di dalam gua ini. Gua Angin tidaklah terlalu ekstrem & sesuai untuk dilawati oleh sesiapa termasuk yang berkeluarga. Anda boleh habiskan masa di sini dalam 20-30 minit untuk melihat tarikan formasi permukaan gua yang cantik ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Gua Angin, Bau, Sarawak

  • 8.30 am – 4.00 pm

  • Pelancong Tempatan:
    • RM 1.00
  • Pelancong Asing:
    • RM 5.00


10. Pantai Damai

pantai damai santubong kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bermalam di Bandaraya Kuching & ingin santai petang di kawasan tepi pantai yang cantik, salah satu destinasi terbaik yang boleh anda lawati adalah di Pantai Damai yang terletak kira-kira 30-40 minit memandu. Pantai Damai mempunyai permukaan pantai yang lapang & sesuai untuk aktiviti riadah petang bersama keluarga & anak-anak. Pada waktu tengahari tidak sesuai kerana terlalu panas.

Memandangkan lokasinya juga berdekatan dengan satu lagi tempat menarik di Kuching yang popular iaitu Sarawak Cultural Village, anda mungkin boleh ke pantai ini pada waktu petang selepas melawat perkampungan budaya tersebut. Sekitar pantai ini, terdapat beberapa resort yang sangat menarik untuk pelancong yang inginkan sebuah penginapan di tepi pantai. Antara resort & hotel yang ada di sini adalah Damai Beach Resort, Permai Rainforest Resort dan juga Damai Puri Resort & Spa. Alang-alang sudah sampai di sini, jangan lupa untuk bergambar bersama keluarga di Hornbill Bird Statue untuk dijadikan kenangan ketika bercuti di Kuching.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Damai, Kuching, Sarawak

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam (percuma)


11. Taman Buaya Jong

taman buaya jong kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti di Kuching bersama anak-anak, destinasi ini perlu diletakkan di senarai paling atas dalam jadual percutian anda. Taman Buaya Jong ini terletak kira-kira 20 minit memandu dari Bandaraya Kuching & mudah diakses dengan kenderaan. Kalau anda nak tahu, Taman Buaya Jong (Jong’s Crocodile Farm) di Kuching ini merupakan taman buaya dan tempat pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia serta menempatkan lebih seribu ekor buaya.

Kalau anda berhasrat ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat aktiviti paling menarik di Taman Buaya Jong iaitu crocodile feeding time. Melihat aksi-aksi buaya ganas ini menerjah tinggi untuk mencapai ayam mati yang digantung, memang satu pengalaman yang mendebarkan & menyeronokkan untuk setiap pengunjung.

Selain itu, terdapat satu lagi haiwan eksotik yang menjadi tumpuan pelancong iaitu seekor ikan arapaima yang merupakan spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia. Percaya atau tidak, saiz ikan yang berasal dari Amazon ini mempunyai panjang 10 meter & beratnya lebih 180 kg. Terdapat juga binatang-binatang eksotik lain yang menjadi tatapan pengunjung seperti burung merak, burung helang, musang & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-863570 | Facebook | Website

  • Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak

Waktu Operasi Taman Buaya Jong Kuching

  • 9.00 am – 5.00 pm ( dibuka setiap hari)

Waktu beri makan buaya ( 2 sesi sehari)

  • 11.00 am & 3.00 pm

Harga Tiket Taman Buaya Jong Kuching

  • Harga Normal
    • Dewasa: RM 24.00
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 12.00
  • Harga Untuk Orang Sarawak
    • Dewasa: RM 14.00
    • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 7.00


12. Masjid Bandaraya Kuching ( Masjid Negeri Lama)

masjid bandaraya kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dahulunya, Masjid Bandaraya Kuching ini merupakan sebuah masjid negeri sebelum wujudnya masjid negeri yang baru yang terletak di Petrajaya, . Masjid ini mempunyai rekaan bentuk yang sangat cantik dengan dinding berwarna merah jambu dan kubah berwarna keemasan. Rekaan bangunan masjid ini dibina semula pada tahun 1968 bagi menggantikan struktur bangunan kayu yang lama yang pada asalnya dibina sejak tahun 1847 lagi.

Masjid Bandaraya Kuching ini sangat luas & boleh menampung jemaah sehingga 4000 orang pada sesuatu masa. Lokasinya strategik di tengah bandar & suasana dalamannya juga selesa untuk anda singgah bagi menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. Pada waktu senja, keindahan masjid ini semakin terserlah apabila terkena sinaran matahari jingga. Sekiranya anda kaki fotografi landskap, sangat disyorkan untuk ke masjid ini pada waktu petang untuk menghasilkan foto yang lebih menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching, Sarawak

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


13. Masjid Negeri Sarawak

masjid jamek kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid yang sangat besar ini merupakan masjid negeri Sarawak yang perlu dijadikan destinasi lawatan dalam jadual percutian anda di Kuching. Masjid yang berkubah biru & berdinding putih ini sangat lapang serta mampu menampung jumlah jemaah sehingga 10,000 orang pada satu-satu masa.

Hiasan geometri & seni khat di dalam masjid ini pasti membuatkan anda kagum akan kehalusan seninya. Kebiasaannya pada setiap masjid, menara utama hanya terletak bersebelahan dengan masjid, tetapi di Masjid Negeri Sarawak ini menara utamanya yang sangat tinggi terletak agak jauh sedikit. Kalau anda lihat menara ini dari jauh sebelum masuk ke perkarangan masjid, ianya tidak ubah kelihatan seperti sebuah roket besar yang bakal meluncur ke angkasa raya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid sangat digalakkan


14. Friendship Park / Taman Sahabat

taman sahabat kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman rekreasi ini merupakan simbolik kepada keakraban hubungan Negara China & Malaysia. Terdapat beberapa binaan yang sangat unik & bersenikan budaya Negara China yang sangat menarik untuk anda ber’selfie’ untuk dijadikan koleksi kenangan peribadi. Sekiranya anda seorang fotografi landskap & ingin mencari tempat menarik di Kuching untuk fotografi, Friendship Park sangat disyorkan untuk anda lawati.

Di sini juga terdapat tasik yang bersih & laluan jalan kaki yang melalui ke tengah tasik. Setiap hari, destinasi ini sering menjadi kunjungan orang setempat & pelancong untuk bersiar-siar serta melihat keunikan arca & senibina yang ada di sekeliling taman ini. Memang betul, berada di taman ini seolah-olah anda sedang berada di luar negara kerana suasana & landskapnya sangat berbeza berbanding taman rekreasi lain yang pernah anda lawati di Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Song, Tabuan Heights, 93350 Kuching, Sarawak

  • Taman rekreasi awam ( 24 jam)

  • Taman rekreasi awam ( percuma)


15. Muzium Sarawak

muzium sarawak kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda baru pertama kali bercuti di Kuching & Sarawak ? Kalau ya, apa kata anda mulakan percutian anda dengan menjadikan Muzium Sarawak ini sebagai destinasi lawatan pertama dalam jadual percutian anda. Dari sini, pelancong akan lebih mengenali dengan lebih dekat sejarah Negeri Sarawak & sejarah etnik-etnik utama yang ada di sini. Seperti juga di kebanyakan muzium negeri lain, di Muzium Sarawak juga ada menempatkan pelbagai barangan, artifak dan bahan bersejarah mengenai negeri Sarawak dan Borneo. Dikatakan bahawa muzium ini mempunyai koleksi barangan bersejarah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Malah, di sinilah destinasinya sekiranya anda ingin melihat sendiri tengkorak kepala buaya lagenda yang sangat popular iaitu Bujang Senang.

Muzium ini mempunyai beberapa wings (bahagian). Tahukah anda, bahagian yang paling lama di muzium ini telah dibuka sejak tahun 1891 lagi. Di bahagian ini ada menempatkan pelbagai bahan pameran serta infografik bersejarah mengenai etnik-etnik di Sarawak dan juga industri minyak mentah di negeri Sarawak. Bahagian muzium yang baru pula digunakan untuk majlis dan pameran rasmi manakala di aras bawah pula menempatkan sebuah akurarium, taman botani dan memorial pahlawan-pahlawan terbilang tempatan dahulu kala.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-244232

  • Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak

  • 10.00 am – 4.00 pm

  • Percuma


16. Borneo Samariang Water Park

kuching water park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan taman tema air yang pertama di Kuching & ianya bukan water theme park biasa-biasa yang hanya sesuai untuk kanak-kanak tetapi sesuai juga untuk golongan dewasa kerana mempunyai gelongsor air yang tinggi, berliku-liku & pasti meledakkan hormon adranelin anda. Antara water slides yang menarik & mendebarkan adalah Sky Drop Rides, Family Raft Rides, 6 Lance Racer & macam-macam lagi. Lokasinya terletak di utara Bandaraya Kuching di dalam Bandar Baru Samariang & hanya 30 minit memandu.

Destinasi ini sangat mesra keluarga & sangat sesuai untuk datang menghabiskan masa berkualiti bersama-sama pada cuti sekolah atau hujung minggu. Untuk mencuba semua water slides di sini, ketinggian pengunjung mesti minimum 110 cm & sekiranya tidak mencukupi terutamanya kanak-kanak yang masih kecil, boleh bermain air di kawasan Kids Slides & Pool. Seperti juga di taman tema air lain, di sini juga ada wave pool yang besar & sesuai untuk waktu riang ria yang mendebarkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-6994768 | Facebook | Website

  • Borneo Samariang Water Park,Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Borneo Samariang Water Park

Harga Tiket Borneo Samariang Water Park

  • Dewasa: RM 38.00
  • Kanak-Kanak ( tinggi lebih 90 cm & 12 tahun ke atas): RM 28.00
  • Kanak-Kanak ( bawah 90 cm): Percuma
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 28

Kadar Sewaan pelampung, cabana dll:

  • Pelampung seorang / Single tube
    • Sewa: RM 15
    • Deposit: RM 10
  • Pelampung berdua / Double tube
    • Sewa: RM 20
    • Deposit: RM 10
  • Locker Large
    • Sewa: RM 25
    • Deposit: RM 10
  • Locker Medium
    • Sewa: RM 15
    • Deposit: RM 10
  • Cabana
    • Sewa: RM 38
    • Deposit: RM 10
  • Towel/Tuala
    • Sewa: RM 10
    • Deposit: RM 10


17. Muzium Sejarah Cina Sarawak

apa menarik di kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasinya terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront & hanya berhadapan dengan tokong Tua Pek Kong. Muzium kecil ini menempatkan pelbagai maklumat bersejarah mengenai komuniti kaum Cina di Sarawak & pelancong boleh belajar mengenai perdagangan dan migrasi awal orang Cina dahulu yang datang dari pelbagai kawasan di Tanah Besar China. Walaupun bayaran masuk di muzium ini adalah percuma tetapi tarikan infografik, tayangan video & koleksi bahan sejarah tetap menarik seperti di muzium berbayar.

Mungkin setelah anda penat bersiar-siar di Kuching Waterfront pada waktu tengahari, bolehlah singgah di sini untuk sejukkan diri & pada masa yang sama boleh melihat banyak informasi bersejarah. Bangunan muzium ini yang berwarna merah jambu sangat mudah untuk anda kenal pasti ketika berjalan di Kuching Waterfront. Satu tempat bersejarah di Kuching yang sangat berbaloi untuk anda habiskan masa sekitar 20-30 minit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-258388 | Website

  • Chinese History Museum, Jalan Bazar, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Muzium Sejarah Cina

  • Isnin-Jumaat
    • 9.00 am – 4.45 pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    • 10.00 am – 4.00 pm

*tutup hari pertama cuti umum

Harga Tiket Muzium Sejarah Cina

  • Percuma


18. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

tempat menarik di kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda pernah ke Sarawak Cultural Village, anda akan menjumpai pelbagai jenis replika rumah panjang beberapa etnik di Sarawak. Itu hanyalah replika & kalau anda berhasrat untuk melihat sendiri bagaimana rupa rumah panjang yang sebenar, apa kata ke Rumah Panjang Annah Rais yang berusia kira-kira 200 tahun. Rumah Panjang Annah Rais ini merupakan penempatan etnik Bidayuh yang terletak lebih kurang 85 km ke arah selatan Bandaraya Kuching dan lokasinya hanya terletak di kaki bukit Borneo Highland. Sekiranya anda menuju ke Kalimantan View Point di Borneo Highland Resort, bolehlah singgah di sini sekejap.

Harga bayaran masuk ke kawasan perkampungan rumah panjang ini sangat berpatutan. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman penuh & belajar kebudayaan masyarakat di sini, boleh bermalam & melakukan pelbagai aktiviti orang setempat. Konsep homestay di rumah panjang sebegini memang sangat unik untuk seorang pelancong terokai. Selain itu, pengunjung yang bermalam di sini boleh melakukan aktiviti lain seperti berendam di kolam air panas Annah Rais, mandi di air terjun 3 tingkat, melawat Head House yang dipanggil ‘Panggah’ yang berusia lebih 150 tahun, meredah hutan & sebagainya. Satu tempat menarik di Kuching yang sangat ideal untuk pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman tulen di kawasan perkampungan etnik di Sarawak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-8663277 | Facebook | Website

  • Annah Rais Longhouse Homestay, No 9, Kupo Saba, Kampung Annah Rais, Jalan Borneo Height, Kota Padawan, 93250 Kuching, Sarawak,

  • Tiada dikhususkan

  • Bayaran masuk melawat rumah panjang
    • Dewasa: RM 8.00
    • Kanak-Kanak: RM 5.00
  • Untuk pakej bermalam di homestay rumah panjang, layari website ini.


19. The Village House

 hotel menarik di kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pilihan penginapan yang ada di Kuching memang banyak samaada yang bajet, mewah ataupun yang unik. Salah satu destinasi penginapan yang unik & membuatkan diri lebih terasa berada di kawasan desa adalah di The Village House. Seperti namanya, destinasi penginapan dalam kategori hotel 3 bintang ini merupakan sebuah hotel yang berkonsepkan perkampungan. Dekorasi & bangunan utama di sini juga tidak ubah seperti sebuah rumah agam Melayu yang besar & suasana sekelilingnya yang mendamaikan dikelilingi hutan belantara menambahkan keunikannya untuk tetamu yang menginap di sini.

Lokasi destinasi ini tidaklah jauh dari Bandaraya Kuching & hanya terletak sekitar 30 km sahaja. The Village House ini menawarkan 10 bilik penginapan & 2 jenis bilik suites. Di tengah-tengah perkarangannya pula terdapat kolam mandi yang sangat cantik & sesuai untuk anda sekeluarga bersuka ria. Suasananya yang seperti berada di desa & dengan lokasinya yang strategik, adalah kriteria yang perlu anda pertimbangkan untuk bermalam di sini bersama keluarga apabila bercuti di Kuching kelak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-846166 | Facebook | Website

  • Lot 634, Off Jalan Pantai Puteri, Santubong Village Kuching, 93050 Kuching, Sarawak

  • Destinasi Penginapan ( sepanjang tahun)


20. Kuching Waterfront

kuching waterfront sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di hotel-hotel berdekatan seperti di Hotel Pullman Kuching, Harbour View Hotel atau di Tune Hotel Kuching, jangan lepaskan peluang untuk melawat destinasi santai yang sangat menarik ini. Kuching Waterfront sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat pemandangan indah Sungai Sarawak & beberapa tarikan di sekeliling yang sangat cantik seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri & juga Jambatan Darul Hana. Pengunjung juga boleh naik ke jambatan yang baru disiapkan ini untuk melihat panorama sekeliling dari sudut yang lebih menarik.

Samaada waktu pagi atau petang, anda boleh ke sini untuk bersiar-siar bersama keluarga. Pemandangan di Kuching Waterfront sangat indah pada waktu menjelang malam terutamannya pada ketika matahari mula terbenam. Dengan pancaran cahaya jingga matahari & lampu-lampu warna warni sekeliling yang baru dibuka, menjadikan suasana sebegini lebih menarik untuk anda bergambar. Sekitar 8.30 pm – 10.30 pm setiap malam, terdapat musical fountain show yang sangat berwarna warni yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Terdapat juga gerai-gerai jalanan yang menjual barangan cenderahati seperti hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Gerai-gerai makanan santai juga ada dibuka pada setiap malam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

  • 24 jam

  • percuma


21. Kompleks Kubah Ria & Pasar Satok

tempat makan menarik kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pasar Satok & Kompleks Kubah Ria merupakan 2 destinasi yang bersebelahan & merupakan salah satu tempat menarik di Kuching yang mesti anda terokai dalam misi mencari keunikan budaya perniagaan orang setempat & pada masa yang sama mencari makanan tradisional Sarawak untuk anda bersantapan. Di Pasar Satok ini, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan basah & kering samaada untuk tujuan memasak ataupun untuk dijadikan ole-ole. Bermacam-macam produk segar dari hutan yang boleh anda lihat seperti ulam-ulaman, buah-buahan, tumbuhan herba & tidak kurang juga pokok-pokok bunga.

Selain itu, terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual produk makanan yang sinonim dengan orang Sarawak seperti ikan terubuk masin, kek lapis Sarawak, biskut kacang, daon, sagu bumbu, biskut kuyak, serunding ikan terubuk & macam-macam lagi. Sesudah penat membeli belah di sini, bolehlah pula berjalan kaki ke Kompleks Kubah Ria untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan kenegerian orang Sarawak yang ada dijual di sini seperti mee kolok, laksa Sarawak, umai Sarawak, linut & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Pasar Satok

  • Sabtu & Ahad
    • 7.00 am – 12.30 pm

Waktu Operasi Kompleks Kubah Ria

  • 8.00 am – 10.00 pm (setiap hari)

  • Destinasi pasar hujung minggu (tamu) & destinasi makan-makan


22. Pasar Serikin

pasar serikin bau kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pasar Serikin ni pula agak jauh dari bandar utama Kuching iaitu kira-kira 1 jam perjalanan. Walaupun agak jauh namun sentiasa menjadi tumpuan warga kota Kuching bahkan pelancong asing untuk mencari barangan kraftangan pada harga yang lebih murah. Antara barangan yang popular di sini ialah hasil rotan, tikar, bubu, kain batik, makanan harian tempatan dan sebagainya.

Seronok sebenarnya datang ke sini kerana anda boleh melihat suasana tulen kebudayaan orang-orang Sarawak dari pelbagai etnik yang datang ke sini untuk berniaga. Lokasinya juga tidak jauh dari beberapa tempat menarik di Kuching yang popular iaitu Gua Angin & Gua Pari Pari. Sekiranya sudah terlanjur menerokai gua-gua ini, bolehlah ke sini untuk mencari makanan & membeli ole-ole istimewa untuk jiran tetangga di rumah. Harga pun sangat-sangat berpatutan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Serikin, Bau, Sarawak

Waktu Operasi Pasar Serikin

  • Sabtu
    • 6.00 am – 6.00 pm
  • Ahad
    • 6.00 am – 12.00 pm

  • Destinasi membeli belah


23. Sarawak River Cruise

sarawak river cruise

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bercuti di Kuching hanya bersama pasangan ? Apa kata bawa pasangan anda melakukan aktiviti yang santai-santai & romantik gitu dengan melayari Sungai Sarawak & melihat panorama matahari terbenam dari bot. Menarik bukan ? Bot yang akan anda naiki bukannya bot panjang atau bot kecil seperti di Melaka River Cruise atau di Kuantan River Cruise, tetapi bot yang besar & mempunyai dek 2 tingkat.

Melihat panorama Bandar Kuching dari bot terutama dari dek atas dalam suasana sunset sebegini memang satu pengalaman yang sangat disyorkan untuk anda rasai sendiri. Dengan pelayaran sekitar 1 jam 30 minit ini & harga bayaran yang bersesuaian dengan kualiti botnya, aktiviti sebegini sangat disyorkan untuk pelancong lakukan. Malah, sekiranya anda seorang guru yang membawa rombongan pelajar ke Kuching, pihak pengurusan juga ada menawarkan pakej cuti sekolah pada harga yang lebih menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-240366 | Facebook | Website

  • 1st Floor, No.124, Lot 42, Section 33, 93100 Jalan Tabuan, Kuching, Sarawak

  • 5.30 pm – 7.00 pm

*perlu berada di jeti sekurang-kurangnya setengah jam sebelum pelayaran

  • Dewasa: RM 64.00
  • Kanak-Kanak ( 4- 12 tahun): RM 32.00

*untuk pakej-pakej menarik lain, sila layari sarawakrivercruise.com


24. Uptown Kuching

 pasar malam di kuching best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang food hunter sejati yang suka menerokai local street food, destinasi ini adalah yang paling ideal untuk anda terokai di Kuching pada waktu malam. Uptown Kuching merupakan destinasi seperti pasar malam atau bazar malam yang menjual pelbagai produk samaada makanan, pakaian, cenderahati & sebagainya.

Terdapat pelbagai pilihan makanan kenegerian orang Sarawak yang boleh anda makan di sini seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok & juga beberapa menu makanan santai popular di Malaysia seperti char kuew teow, laksa Penang & sebagainya. Jika anda melancong ke Kuching secara bajet, destinasi sebegini adalah sangat disyorkan untuk anda mencari makan malam yang murah & juga pakaian yang mungkin boleh dijadikan cenderahati untuk keluarga di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Civic Centre Carpark, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Uptown Kuching

  • Jumaat & Sabtu
    • 6.00 pm – 1.00 am

  • Destinasi pasar malam


25. Reservoir Park Kuching

taman rekreasi reservoir kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari destinasi terbaik untuk riadah petang & bersenam di Bandaraya Kuching, apa kata ke Reservoir Park Kuching. Taman rekreasi ini sangat strategik & terletak tidak jauh dari Kuching Waterfront serta sangat dekat dengan beberapa hotel sekitarnya seperti Fata Hotel, B&B Inn & Transsit Point Budget Hotel.

Taman rekreasi ini sentiasa dipenuhi pengunjung pada waktu pagi atau petang untuk riadah & jogging. Destinasi ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin habiskan masa berkualiti dengan keluarga dengan aktiviti santai-santai & bersiar-siar. Taman bertasik ini juga sangat cantik & menarik serta mempunyai keindahan pokok-pokok hijau yang banyak membuatkan seperti berada di satu kawasan yang jauh dari kesibukan kota raya. Kemudahan asas untuk pengunjung juga disediakan seperti tandas awam, parkir kereta percuma, taman permainan kanak-kanak & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Budaya, Kuching, Sarawak

  • Destinasi riadah awam ( 24 jam)

  • Destinasi riadah awam ( percuma)


26. Gunung Santubong / Santubong National Park

 gunung santubong kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda seorang hiker sejati, apa kata anda mencabar diri dengan menawan gunung lagenda di Negeri Sarawak ini iaitu Gunung Santubong. Gunung ini mempunyai ketinggian 810 meter dari aras laut & merupakan lokasi pendakian yang paling popular di Kuching. Lokasinya pula hanya 40 minit memandu dari Bandaraya Kuching. Aktiviti pendakian untuk menawan puncak gunung ini memang mencabar & ada sesetengah lokasinya memerlukan pendaki memanjat tangga bertali secara 90 darjah menegak. Bergantung kepada trail yang anda pilih, ada sesetengah tempat juga mempunyai air terjun & jajaran akar-akar kayu pokok yang besar menjalar di atas tanah.

Pendakian ke puncak Gunung Santubong ada 3 starting point iaitu samaada di Bukit Puteri, Green Paradise Seafood ataupun berdekatan Sarawak Cultural Village. Trek pendakian yang popular adalah di Bukit Puteri kerana laluannya lebih mudah & lebih pendek sekitar 6.7 km. Disarankan untuk mendapat jurupandu untuk aktiviti pendakian ini bagi mengelak sebarang pekara yang tidak diingini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-8274202 | Facebook | Website

  • Santubong National Park, Kuching, Sarawak

  • 8.00 am – 5.00 pm
  • Tempoh pendakian ke puncak, sekitar 3-4 jam

Permit masuk & pendakian

  • RM 8.00 / seorang


27. Rumah Terbalik Kuching

rumah terbalik kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda seorang photogenic & suka ambil gambar ? Kalau ya, destinasi ini mesti anda terjah terutamanya kalau bercuti di Kuching bersama rakan-rakan atau bersama keluarga secara berkumpulan. Destinasi ini menawarkan galeri-galeri yang mempunyai susun atur barangan & perabot rumah yang kesemuanya dalam keadaan tunggang terbalik. Sudah hasilkan gambar menarik, bolehlah terus muatnaik ke laman sosial anda & pasti akan dapat likes yang banyak nanti.

Lokasi destinasi ini juga sangat strategik di dalam Bandaraya Kuching & hanya bersebelahan dengan beberapa hotel yang boleh anda lawati hanya dengan jalan kaki sahaja. Antara hotel yang berada di sekitar Rumah Terbalik Kuching ini adalah Tune Hotel Waterfornt Kuching, Hotel Hilton Kuching, Imperial Riverbank Hotel Kuching & Hill Residence Hotel. Satu destinasi riang ria yang sangat menarik untuk anda lawati mungkin pada waktu tengahari ketika matahari panas terpacak di atas kepala. Waktu petang, bolehlah pula bersiar-siar di tarikan pelancongan yang terbuka seperti di Kuching Waterfront atau di Reservoir Park.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-8586725 | Facebook

  • No. 281-1-1, Lot 281, Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman Kuching, Malaysia

Waktu Operasi Rumah Terbalik Kuching / Upside Down House Kuching

  • Isnin-Jumaat:
    • 9.30 am – 6.00 pm
  • Sabtu & Ahad:
    • 9.30 am – 7.00 pm

Harga Tiket Rumah Terbalik Kuching / Upside Down House Kuching

  • Pelancong Tempatan ( MyKad):
    • Dewasa ( 13 – 59 tahun)
      • RM 15.00
    • Kanak-Kanak ( 12 tahun & kebawah)
      • RM 10.00
    • Warga Emas ( >60 tahun)
      • RM 10.00
    • OKU
      • RM 10.00
  • Pelancong Asing:
    • Dewasa ( 13 – 59 tahun)
      • RM 20.00
    • Kanak-Kanak ( 12 tahun & kebawah)
      • RM 15.00
    • Warga Emas ( >60 tahun)
      • RM 15.00
    • OKU
      • RM 15.00


28. Taman Orkid Kuching

 taman orkid kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang mendamaikan yang terletak tidak jauh dari Kuching Waterfront. Dari Kuching Waterfront, anda boleh berjalan kaki menyelusuri Jambatan Darul Hana untuk merentasi Sungai Sarawak sebelum sampai di Taman Orkid Kuching ini. Taman ini menempatkan lebih 80 spesis orkid & lebih 80,000 pokok bunga orkid termasuk dari jenis kacukan. Pokok bunga orkid berkembang mengikut musim & kalau anda bernasib baik, dapatlah lihat kesemua pokok-pokok bunga ini yang cantik & sedang berkembang mekar.

Landskap taman orkid ini yang mempunyai kolam-kolam ikan & susun atur spesis pokok bunga yang pelbagai warna pasti akan memberikan anda ketenangan seketika selepas pusing-pusing Bandaraya Kuching. Terdapat juga beberapa spesis orkid yang agak istimewa yang diletakkan di dalam satu kawasan yang berbumbung. Rupa & warna sesetengah spesis orkid di sini memang sangat unik & tidak seperti kebanyakan orkid yang biasa anda lihat. Memandangkan destinasi ini merupakan tarikan pelancongan di Kuching yang terbuka, sebaiknya datang pada waktu pagi ataupun petang. Kalau teringin juga untuk datang pada waktu tengahari, siapkan payung lipat untuk keselesaan anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-446688

  • Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Taman Bunga Orkid Kuching / Orchid Park Kuching

  • 9.30 am – 6.00 pm
  • Isnin tutup

Bayaran Masuk Taman Bunga Orkid Kuching / Orchid Park Kuching

  • Percuma


29. Jambatan Darul Hana

jambatan darul hana kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang suka fotografi, jambatan unik ini mesti anda lawati untuk merakam gambar sebagai kenangan peribadi ketika bercuti di Kuching. Jambatan yang baru siap dibina pada 2017 dengan kos RM 35 juta ini merupakan sebuah mercu tanda yang sangat ikonik untuk Bandaraya Kuching & ianya menghubungkan kawasan Kuching Utara & Kuching Selatan. Melalui jambatan ini, pengunjung boleh berjalan kaki bermula dari Kuching Waterfront menuju ke seberang untuk ke beberapa lagi tempat menarik di Kuching yang sering menjadi tumpuan pelancong seperti Taman Orkid Kuching, Astana Negara & Bangunan Dewan Undangan Negeri.

Suasana pemandangan dari Jambatan Darul Hana ini sungguh mengasyikkan sekali terutamanya pada ketika matahari mula melabuhkan tirainya. Cahaya matahari jingga yang melimpahi permukaan sungai & Bangunan Dewan Undangan Negeri memang sangat menarik untuk anda merakam gambar landskap.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Darul Hana Bridge, Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Jambatan Darul Hana

  • 6.00 am – 12.00 pm

Bayaran Masuk Jambatan Darul Hana

  • Percuma


30. Damai Beach Resort Kuching

damai beach resort kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari destinasi penginapan yang mendamaikan & jauh dari kawasan bandar, apa kata pertimbangkan untuk bermalam di Damai Beach Resort Kuching ini. Lokasinya juga tidaklah terlalu jauh dari Bandaraya Kuching sekitar 40 minit memandu & hotel ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Kuching yang popular seperti Sarawak Cultural Village, Gunung Santubong & Borneo Samariang Water Park. Resort di tepi pantai yang sangat menarik ini menawarkan 8 jenis penginapan untuk tetamu yang bermalam seperti baruk suite, seaview deluxe room, longhouse suite, chalet & sehinggalah ke penginapan yang paling mewah iaitu presidential suite.

Dengan ruangan bilik yang moden & dekorasi dalamannya yang mempunyai sentuhan kebudayaan Sarawak, destinasi ini semestinya menjadi salah satu hotel menarik untuk anda yang inginkan percutian yang sempurna di Kuching. Damai Beach Resort juga mempunyai kolam mandi di tepi pantai sesuai untuk orang dewasa & kanak-kanak bersuka ria atau riadah petang. Bilangan bilik penginapannya sangat banyak sehingga 242 unit, lokasinya pula yang cantik di tepi pantai serta mempunyai kemudahan fasiliti yang baik, sesuai untuk acara korporat seperti seminar/family day. Sekiranya anda inginkan salah satu penginapan terbaik, Damai Beach Resort adalah resort tepi pantai di Kuching yang sangat disyorkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-846999 | Facebook | Instagram | Website

  • Teluk Bandung Santubong, P.O. Box 2870, 93756 Kuching, Sarawak

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


31. Annah Rais Hotspring

annah rais hotspring kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang bercuti di Kuching dalam tempoh yang lama & ingin menerokai kesemua tempat menarik sekitar Kuching, jangan lupa untuk masukkan destinasi ini ke dalam jadual percutian anda. Kolam air panas semulajadi ini terletak berdekatan dengan kaki bukit Highland Borneo & kira-kira 1 jam memandu dari Bandaraya Kuching. Kawasan kolam air panas yang cantik ini tidaklah terlalu besar. Destinasi ini mempunyai pemandangan sekeliling yang sangat mendamaikan dengan kehijauan pokok-pokok yang pasti memberikan anda satu perasaan eksklusif yang tiada di destinasi lain.

Seperti yang tersedia maklum, kolam air panas semulajadi sangat bagus untuk kesihatan kulit, untuk melancarkan peredaran darah & pada masa yang sama dapat memberikan kelegaan sakit-sakit sendi. Annah Rais Hotspring sering menjadi tempat persinggahan pelancong yang menuju pulang ke Bandaraya Kuching selepas menikmati keindahan panorama pemandangan di Kalimantan View Point di Borneo Highland Resort. Sesudah berada pada suhu yang sejuk di puncak bukit, bolehlah anda hangatkan diri pula di kolam air panas ini sebelum menuju pulang ke Bandaraya Kuching. Idea yang bernas bukan ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Annah Rais Hotspring, 94700 Siburan, Sarawak

Waktu Operasi Annah Rais Hotspring

  • 8.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk Annah Rais Hotspring

  • Dewasa: RM 8.00
  • Kanak-kanak: RM 5.00


32. Sarawak Regatta

aktiviti menarik di kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu acara tahuan yang sangat meriah & menarik untuk anda terokai yang diadakan di Sungai Sarawak di Kuching. Aktiviti ini merupakan satu acara tradisi yang akan disertai oleh ramai organisasi dalam & juga dari negara jiran. Sarawak Regatta merupakan perlumbaan bot panjang yang boleh pelancong lihat di sepanjang 1.3 km pesisiran di Kuching Waterfront.

Masing-masing yang menyertai perlumbaan bot panjang ini sudah tentulah ingin menjadi juara & merebut gelaran sebagai ‘Raja Sungai’. Bagi seorang pelancong luar, memang seronok melihat aktiviti menarik sebegini kerana jarang ada destinasi yang menganjurkan aktiviti perlumbaan bot panjang sepeti Sarawak Regatta. Aktiviti yang sangat simbolik kepada keamanan & perpaduan berbilang kaum orang Sarawak ini merupakan satu aktiviti yang perlu anda terokai sendiri untuk melihat keunikannya apabila bercuti di Kuching kelak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Sungai Sarawak, Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak

  • percuma


33. Matang Family Park

tempat berkelah di kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda inginkan pengalaman berkelah bersama keluarga di dalam hutan Borneo ? Apa kata ke destinasi ini. Kebanyakan tarikan alam semulajadi di Kuching ini memang agak pedalaman & susah untuk diterokai dengan kenderaan. Bagi yang berkeluarga yang inginkan tempat mandi manda di Kuching yang mudah diakses & di kawasan seperti hutan lipur, Matang Family Park adalah destinasi yang disyorkan. Lokasinya juga berdekatan dengan Kubah National Park.

Akses ke sini dengan kenderaan sangat mudah & hanya terletak kira-kira 22 km dari Bandaraya Kuching. Dari kawasan parkir kereta ke lokasi perkelahan & air terjun juga mudah tidak seperti ke Air Terjun Gunung Serapi yang memerlukan anda meredah hutan sehingga sejam lamanya. Kemudahan fasiliti asas seperti platform jalan kaki, titian gantung & pondok rehat turut disediakan untuk pengunjung. Satu tempat berkelah di Kuching yang sangat menarik & sesuai untuk seisi keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Matang Family Park, Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Matang Family Park

  • 8.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Matang Family Park

  • Harga Normal
    • 13 tahun & keatas: RM 5.00
    • 6-12 tahun: RM 3.00
    • Bawah 6 tahun: Percuma
  • Harga MyKad
    • 13 tahun & keatas: RM 4.00
    • 6-12 tahun: RM 2.00
    • Bawah 6 tahun: Percuma
  • Sewa BBQ pit:
    • RM 5.00


34. Permai Rainforest Resort

rainforest beach resort kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepulauan Borneo memang sangat terkenal dengan keindahan flora & faunanya. Bagi pelancong yang inginkan destinasi penginapan yang lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi di Borneo, apa kata pertimbangkan untuk bermalam di Permai Rainforest Resort yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai & gunung ganang. Lokasinya hanya sekitar 40 minit memandu dari Bandar Kuching. Resort menarik ini merupakan sebuah penginapan yang berkonsepkan eco-resort & lokasinya sangat strategik kerana terletak di kaki bukit Gunung Santubong serta sangat dekat dengan Pantai Damai.

Pelbagai aktiviti outdoor menarik yang boleh anda lakukan di resort ini seperti mendaki Gunung Santubong, bird watching, berkayak, night kayaking, jungle trekking & sebagainya. Permai Rainforest Resort mempunyai beberapa pilihan penginapan seperti cabin, single storey cabin, double storey cabin & yang paling menarik adalah tree house di mana tetamu boleh bermalam di rumah kayu ini yang mempunyai ketinggian 20 meter dari atas tanah. Satu pilihan penginapan yang sangat menarik & unik untuk anda rasai sendiri. Bercuti di destinasi sebegini & bermalam pula di atas rumah pokok, memang satu pengalaman yang jarang-jarang yang boleh anda dapatkan di destinasi penginapan lain.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 6082-846490 | Facebook | Instagram | Website

  • Permai Rainforest Resort, Pantai Damai Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


35. The Culvert

hotel menarik damai beach kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda seorang pelancong yang berpersonaliti macam mana? Adakah seorang pelancong yang suka mencuba sesuatu yang baru ? Jika itulah personaliti diri anda, apa kata ketika bercuti ke Kuching nanti, anda menginap di The Culvert. Penginapan di sini memang sangat unik kerana ruangan tidur tetamu adalah di dalam satu bilik yang berbentuk silinder. Terdapat 43 buah penginapan yang boleh anda pilih & terdiri dari 2 jenis iaitu standard room & suite room. Terdapat juga underwater sound pool yang sangat cantik dikelilingi kehijauan alam semulajadi yang pasti memberikan anda kepuasan ketika berenang & mandi manda di kolam ini.

Selain keunikan bilik penginapannya, apa yang menjadikan destinasi ini sangat menarik adalah kerana lokasinya yang dikelilingi kehijauan Gunung Santubung & terletak di tepi Pantai Damai. Bagi anda yang sering melakukan rutin harian kerja yang sama di ibu kota, destinasi sebegini sangat disyorkan untuk anda rehatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan oleh The Culvert seperti hiking, melihat sunset, bersiar-siar di pantai, manjakan diri dalam bilik sauna & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-8899925 | Facebook | Instagram | Website

  • Lot 285, Off Jalan Sultan Tengah, Kuching Sarawak

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


36. Permata Pugu Camping Site

tempat menarik di lundu sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda inginkan destinasi camping tepi pantai yang jauh dari hiruk pikuk kota & jauh dari kesibukan pelancong ? Apa kata anda lawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan ke Permata Pugu Camping Site yang terletak di Lundu ini. Destinasi ini mungkin agak jauh dari Bandaraya Kuching sekitar 2-3 jam perjalanan & pekan terdekat dari lokasi camping iaitu Pekan Lundu hanya 20 minit memandu. Walaupun lokasinya agak jauh sedikit tetapi tawaran keindahan pantai & aktiviti menarik di sini pasti tidak akan mengecewakan anda.

Sekali sekala melakukan aktiviti berkhemah, riadah di tepi pantai, memasak sendiri & melihat sunset bersama-sama keluarga sememangnya satu aktiviti yang sangat bagus untuk mengeratkan silaturahim & pada masa yang sama, ini adalah peluang anda sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak tentang survivor skill. Pesisiran Pantai Lugu ini memang sangat menarik & sangat panjang. Apa jua aktiviti yang anda ingin lakukan boleh direalisasikan di sini tanpa gangguan sesiapa. Di sini juga terdapat Bukit Gondol yang boleh anda naik untuk melihat keindahan laut dari kawasan yang tinggi. Panorama sunset dari bukit ini memang sungguh cantik & pasti akan menjadi memori indah anda sekeluarga. Satu tempat menarik di Lundu, Sarawak yang perlu anda terokai kerana jarang-jarang pelancong luar yang tahu destinasi ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-8090733 | Facebook

  • Jalan Masjid, Kampung Pugu, Sematan, 94500 Lundu, Sarawak

  • Destinasi camping ( sepanjang tahun)

  • harga penginapan kabin & berkhemah, sila berhubung di 019-809 0733


37. Planetarium Sultan Iskandar

planetarium kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi sebegini semestinya anda lawati sekiranya bercuti di Kuching bersama anak-anak. Selain dapat makan angin di Kuching, anak-anak juga mempelajari sesuatu yang bermanfaat walaupun pada cuti sekolah. Planetarium Kuching ini merupakan planetarium yang pertama di Malaysia & menjanjikan pelbagai tarikan interaktif yang berkaitan dengan ilmu astronomi, sains & angkasa raya.

Sekiranya anak-anak anda seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, sangat disyorkan untuk bawa mereka ke sini. Siapa tahu, dengan melawat destinasi sebegini, akan memupuk & menanam minat yang mendalam dalam dunia astronomi & secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar dengan rajin. Satu destinasi lawatan yang juga sesuai untuk guru-guru membawa rombongan lawatan sambil belajar di Kuching.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-251275 | Facebook | Website

  • Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Jalan Taman Budaya, 93000 Kuching Sarawak

Waktu Operasi Planetarium Sultan Iskandar

  • Selasa-Jumaat
    • 9.00 am – 4.00 pm
  • Sabtu-Ahad
    • 9.00 am – 1.00 pm

* tanyangan teater untuk individu pukul 10 am

Harga Tiket Planetarium Sultan Iskandar

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-Kanak: RM 1.00


38. Muzium Tekstil Sarawak

muzium tekstil sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini semestinya akan membuatkan kaum wanita teruja. Muzium dan galeri ini menempatkan koleksi yang menarik seperti tekstil atau fabrik yang berkonsepkan kebudayaan komuniti orang Sarawak samaada yang antik, klasik atau pun rekaan yang lebih moden seperti songket Melayu orang Sarawak & Iban Pua Kumbu. Anda juga boleh melihat pelbagai koleksi barangan aksesori perhiasan etnik Iban yang tiada seumpamanya di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda ingin mencari idea untuk membeli barangan sebagai cenderahati atau pakaian yang sinonim dengan kebudayaan orang-orang Sarawak, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda terokai terlebih dahulu.

Lokasi muzium kecil ini sangat mudah untuk anda lawati & hanya berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong di Kuching Waterfront. Sekiranya anda seorang kaki fotografi, apa kata sebelum masuk, rakam gambar bangunan muzium ini yang sangat klasikal & mempunyai senibina Inggeris yang sangat menarik untuk dijadikan koleksi foto peribadi anda. Bangunan muzium berwarna putih ini dibina pada 1907 ketika era penjajahan untuk dijadi pusat perubatan. Siapa sangka, kini ianya sebuah destinasi pelancongan menarik di Kuching. Satu tempat lawatan yang sangat berbaloi untuk anda lawati ketika bersiar-siar di sekitar Kuching Waterfront & bayaran masuk pun percuma. Jimat bukan?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Muzium & Galeri Tekstil Kuching

  • Isnin-Jumaat
    • 9.00 am – 4.45 pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    • 10.00 am – 4.00 pm

*tutup hari pertama pada cuti umum

Bayaran Masuk Muzium & Galeri Tekstil Kuching

  • Percuma


39. Pasar Malam Metro City

tempat makan menarik di kuching

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin mencari tempat makan menarik di Kuching pada waktu malam, apa kata anda ke Pasar Malam Metro City yang terletak di Matang. Destinasi pasar malam yang turut dikenali di kalangan orang setempat sebagai Uptown Metrocity ini menempatkan pelbagai peniaga yang menjual pelbagai produk makanan, pakaian & aksesori yang menarik untuk anda terokai.

Selain itu, destinasi sebegini juga adalah sangat ideal untuk seorang pelancong mencari & melihat budaya perniagaan orang setempat di Kuching. Pelbagai menu makanan menarik yang boleh anda cari di sini seperti mee kolok atau aneka makanan santai lain yang pasti harganya sangat sesuai dengan semua lapisan pelancong. Samaada anda bercuti secara bajet atau tidak, Pasar Malam Metro City sangat disyorkan untuk anda lawati dalam misi menerokai keunikan budaya orang setempat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pasar Malam Metro City, Kampung Won, 93050 Kuching, Sarawak

  • Rabu, Khamis
    • 6.30 pm – 12.00 am
  • Jumaat & Sabtu
    • 6.30 pm – 1.00 am

  • Destinasi pasar malam


40. Masjid Darul Hana

masjid darul hana petrajaya

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sedang berlegar-legar di sekitar Taman Orkid Kuching, apa kata singgah sebentar di Masjid Darul Hana ini yang mempunyai senibina moden & dekorasi dalaman yang sangat unik. Tahukah anda, masjid ini merupakan masjid yang pertama di Sarawak yang mempunyai ruangan khas atau dewan untuk majlis akad nikah.

Kadang-kadang berada di ruangan ini membuatkan perasaan seperti berada di sebuah dewan besar di hotel-hotel mewah. Kubah-kubah di atas masjid yang berwarna emas & mempunyai seni geometri seperti berlian kelihatan sangat cantik & berkilauan pada waktu tengahari. Sekiranya anda gemar ambil gambar masjid, datang sebelum Maghrib kerana cahaya jingga yang memantul dari kubah-kubah ini kelihatan lebih menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Panglima Seman, 93050 Kuching, Sarawak

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


41. Bukit Gondol Kampung Pugu

bukit gondol lundu sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda obses dengan aktiviti pendakian & gemar melihat keindahan alam walaupun sesukar mana cabarannya, apa kata anda ke Bukit Gondol yang terletak di Lundu, Sarawak. Destinasi ini agak jauh dari Bandaraya Kuching sekitar 2-3 jam memandu & anda mungkin boleh bermalam di Pekan Lundu atau hotel-hotel sekitar Pantai Lundu.

Pemandangan dari atas bukit ini memang sangat cantik dengan panorama laut yang membiru terbentang luas & anda juga dapat melihat pesisiran pantai Lundu yang sangat panjang menjajar sehingga ke garisan horizon bumi. Pemandangan yang jarang-jarang sebegini sangat disyorkan untuk anda terokai sendiri untuk menikmati salah satu keindahan ciptaan Ilahi. Cabaran untuk ke puncak juga tidaklah mencabar seperti mendaki Gunung Santubong & disyorkan untuk datang sebelum tengahari atau waktu petang untuk lebih keselesaan tanpa pancaran terik bahang matahari. Pemandangan matahari terbenam dari sini pasti menjadi satu pengalaman yang terbaik untuk anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Gondol, Lundu, Sarawak

  • Tidak dikhususkan

  • Percuma


42. Pantai Puteri

pantai menarik di kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda suka aktiviti santai-santai tepi pantai, salah satu destinasi pantai menarik yang terdekat dari Bandaraya Kuching adalah Pantai Puteri. Ianya juga terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik di Kuching yang lain seperti Pantai Damai, Perkampungan Budaya Sarawak, Samariang Waterpark & Gunung Santubong.

Pantai ini bukanlah sesuai untuk aktiviti mandi manda & ianya lebih kepada kawasan lepak menikmati keindahan alam. Akses ke sini juga mudah & terdapat batu-batu besar yang menjadi benteng kepada ombak yang deras yang sangat menarik untuk dijadikan subjek foto anda. Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan seperti The Village House, The Culvert atau Fatimah Homestay, bolehlah singgah di sini waktu petang untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lorong Pantai Puteri 1, 93050 Kuching, Sarawak

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( percuma)


43. Tasik Biru

 tempat menarik di bau sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercadang untuk menerokai Gua Angin, Gua Pari-Pari atau mungkin menuju ke Pasar Serikin pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang untuk singgah sekejap di Tasik Biru ini yang hanya terletak di pertengahan perjalanan. Malah lokasi tasik ini juga betul-betul di tepi jalan raya & mudah diakses dari kawasan parkir kereta. Kalau anda nak tahu, tasik ini dahulunya merupakan tempat pelombongan emas yang sangat terkenal di Kuching.

Seperti terungkap pada namanya, destinasi tasik ini memang sangat cantik & kelihatan sangat biru seperti air laut. Walaupun biru tetapi tidaklah terlalu jernih seperti air laut di Taman Negara Bako namun, tetap sangat menarik untuk anda berehat seketika & bergambar sebagai kenang-kenangan. Di sini juga ada menyediakan perkhidmatan paddling boat & kayak sekiranya anda ingin menikmati keindahan tasik ini dengan cara riadah yang lebih santai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Tasik Biru, Bau, Sarawak

  • Destinasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


44. Muzium Kucing

tempat menarik kanak kanak kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petrajaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian bertemakan kucing dan juga pelbagai barangan cenderahati yang menarik. Muzium ini memang cantik & luas serta menempatkan lebih 4000 koleksi bahan pameran yang pasti membuatkan peminat kucing suka.

Muzium ini terletak di aras bawah di kompleks bangunan City Hall dan mempunyai 4 galeri utama yang merangkumi keluasan binaan lebih 1000 meter persegi. Bayaran masuk ke Muzium Kucing ini adalah percuma namun, sekiranya ingin mengambil gambar, cas akan dikenakan sekitar RM 3.00 – RM 5.00 sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6082-446688

  • Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi Muzium Kucing

  • 9.00 – 5.00 pm

Harga Bayaran Muzium Kucing

  • Telefon bimbit berkamera: RM 3.00
  • Kamera biasa: RM 3.00
  • Kamera digital: RM 3.00
  • Kamera video: RM 5.00


45. Tugu Kucing

mercu tanda kuching sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Setiap destinasi percutian sudah tentu mempunyai landmark yang tersendiri yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar & dijadikan sebagai kenangan peribadi. Kalau di Pulau Langkawi ada Dataran Lang, di Kuching pula adalah Tugu Kucing. Destinasi ini sudah tentulah anda kena datang untuk bergambar & ber’selfie’ sebelum berangkat pulang kerana ianya merupakan mercu tanda yang paling ikonik dengan Bandaraya Kuching. Lokasinya juga sangat mudah untuk anda lawati & tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong di Kuching Waterfront.

Lokasi tugu ini juga terletak berdekatan dengan beberapa hotel & berhadapan dengan pusat membeli belah yang popular di Kuching. Tahukah anda, nama Kuching ini sebenarnya diberikan berdasarkan kisah bahawa pada zaman dahulu, terdapat banyak kucing-kucing hutan yang berkeliaran di sekitar sungai berdekatan & pada ketika itu juga kawasan ini masih dipenuhi hutan-hutan belantara.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

  • 24 jam

  • percuma


Tarikan pelancongan di Kuching memang sangat banyak & rata-rata yang bercuti ke sini sudah pasti ingin menerokai keindahan alam semulajadi yang ada di kepulauan Borneo ini. Tidak hairanlah, begitu ramai pelancong dari pelbagai negara yang sering bercuti di Kuching semata-mata ingin melihat khazanah hutan simpan seperti di Bako National Park, Gunung Gading National Park, Kubah National Park & sebagainya.

Selain senarai destinasi-destinasi pelancongan seperti di atas, sebenarnya ada lagi beberapa tempat menarik di Kuching yang tidak kurang hebatnya untuk anda terokai seperti di Taman Negara Tanjung Datu, Taman Negara Talam Satang & sebagainya. Mudah & sangat senang bukan ? Dari Bandaraya Kuching sahaja, terdapat banyak destinasi menarik untuk anda mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Tempat Penginapan Menarik di Kuching

Selain itu, pilihan penginapan menarik di Kuching yang berada pada lokasi tepi pantai juga agak banyak terutamanya sekitar Pantai Damai & Pantai Puteri. 2 pantai ini merupakan pantai tumpuan pelancong yang paling dekat dengan Bandaraya Kuching. Sekiranya anda inginkan destinasi resort menarik tepi pantai yang lain, anda boleh mencari penginapan di kawasan Pantai Lundu. Terdapat banyak penginapan di sepanjang pantai Lundu yang menawarkan aktiviti-aktiviti outdoor menarik untuk pelancong. Antara resort popular di Lundu adalah Siar Beach Resort Lundu, Rock View Resort, Retreat Resort & sebagainya.

Cari Hotel di Kuching

Tempat Makan Menarik di Kuching

Akhir kata, semoga destinasi-destinasi menarik seperti di atas akan memberi anda 1001 idea & memudahkan anda untuk merancang percutian di Kuching kelak. Selamat cuti cuti Malaysia di Kuching, Sarawak. Wassalam.

Baca lagi:

4.6/5 - (103 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Kuching yg Best

Percutian di Sarawak tidak akan sempurna tanpa anda mengelilingi bandaraya Kuching. Anda akan lebih menjimatkan masa dan dapat menerokai banyak tempat menarik di Kuching...

10 Homestay TERBAIK Di Kuching yg Murah & Best

Melancong di dalam Semenanjung Malaysia memanglah menyeronokkan tapi tahukah anda, di Sarawak juga mempunyai banyak destinasi pelancongan. Sarawak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang...

Tempat Makan BEST di Kuching Sarawak

Seperti semua orang lain kita semestinya mencari kedai dan tempat makan best di Kuching yang menyediakan makanan tradisi yang popular di Sarawak seperti Mee Kolok, Nasi...

110 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

110 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Lynn
1 year ago

Salam,

Berhasrat nk sewa keta jenis Alza, boleh hubungi saya…

whatsapp 0146334081

nabilahuda
nabilahuda
4 years ago

salam, boleh sugget sewa van murah area kuching untuk 4h 3m.

Felicia Jaacob
Felicia Jaacob
4 years ago

Hi, saya ada plan untuk travel seorang ke Sarawak, dan saya berasal dari Sabah.
Any tour Guide provide?

Cari Destinasi
Admin
4 years ago
Reply to  Felicia Jaacob

Hi Felicia, min recommend holidaygogogo, Felicia boleh cuba whatsapp https://api.whatsapp.com/send?phone=60102396385

Renggo
Renggo
4 years ago

Kalo Dari semenanjung nk ke sarawak..perlu bawak passport kee..sbab Ada yg kata perlu Ada yg kata tidak perlu..Mohon info

Cari Destinasi
Admin
4 years ago
Reply to  Renggo

Salam Renggo tuan, tak yah kalau tuan ade IC, bawa IC je ye.

Hamba Allah
Hamba Allah
4 years ago
Reply to  Renggo

X perlu…kalo setakat kurang 3 bulan nti dpt pas masuk imegresen di airport Kuching, slip tu kena simpan..bila nk pulang ke semenanjung imegresen akan minta balik..kalau yg menetap atau kerja di Sarawak yg kena buat passport…

Paktam
Paktam
4 years ago
Reply to  Renggo

Tak perlu. Just bawak IC jer.

Ahmad Faizul
Ahmad Faizul
4 years ago

Jom bertandang ke Tandang Sari Homestay dekat petrajaya kuching.. Bersih, serba lengkap, nyaman… “feel good”..

hudaFQ
hudaFQ
4 years ago

suggest kan tempat yang perlu saya pergi dekat Kuching Sarawak :) saya nak pergi bulan 1 nanti, boleh suggest tak kereta sewa yang murah untuk 3 hari? first time nak datang Kuching Sarawak ni! tak sabarnya hehehe. boleh suggest tak, hotel murah?

Sunny ten
Sunny ten
4 years ago

Siniawan old town

Hubungi Kami

110
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x