Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay TERBAIK Di Kuching yg Murah & Best

Melancong di dalam Semenanjung Malaysia memanglah menyeronokkan tapi tahukah anda, di Sarawak juga mempunyai banyak destinasi pelancongan. Sarawak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Membazir sahaja tenaga dan duit anda jika datang melancong ke Sarawak ini hanya untuk satu hari. Banyak yang perlu anda terokai di negeri terbesar di Malaysia ini lagi-lagi di Kuching.

Keindahan yang terdapat di Kuching ini memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, anda memang patut datang merasainya sendiri. Lebih menguntungkan kerana anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari tempat kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hal ini kerana, kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 10 homestay terbaik yang memang patut anda kunjungi. Selepas meneliti kesemua homestay ini, anda boleh membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan kediaman yang anda ingini.

10 Homestay Selesa Dengan Harga Berpatutan


1. Nanga Damai Homestay

Nanga Damai Homestay

Mungkin ramai yang telah mengenali Nanga Damai Homestay yang merupakan sebuah kediaman popular di Kuching. Dapatkan pengalaman baru di tempat penginapan yang sangar meriah ini. Di sini anda akan dapat merasai keindahan alam semula jadi di Sarawak kerana tempat ini terletak di Hutan Borneo. Yang bestnya di sini, anda tidak perlu keluar seawal pagi untuk mencari sarapan kerana ia telah disediakan, anda hanya tinggal untuk menikmati sahaja sarapan pagi anda yang lazat. Homestay ini bukan sahaja dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau malah pokok-pokok bunga juga. Tanaman bunga yang ditanam di kelilingi tumbuh dengan mekar dan subur. Mereka ada sediakan kediaman daripada jenis bilik villa kepada bilik double. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet anda.

Daripada balkoni tingkap bilik, anda dapat menikmati pemandangan menyeluruh kawasan homestay ini. Percutian akan menjadi lebih seronok jika anak-anak anda dapat bermandi-manda di kolam homestay. Oleh itu, apabila menginap di sini bawa anak-anak anda mandi di kolam lapang yang terdapat homestay. Selain itu, homestay ini juga memang dalam keadaan rapi dan terurus dengan baik. Kelengkapan yang lengkap juga disediakan dengan baik di setiap bilik.

Alamat: Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93100 Kuching, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-887 1017


 

2. The Boxs Container Homestay Kuching

The Boxs Container Homestay Kuching

The Boxs Container Homestay Kuching menawarkan penginapan yang selesa di kawasan lokasi yang strategik. Kontena yang telah diubah suai dengan baik dan cantik untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Kontena berwarna warni yang telah dihiasi dengan beberapa hiasan kreatif sehingga mampu membuatkan anda terpukau. Homestay kontena ini memang sangat berbeza dengan homestay-homestay lain.

Menawarkan banyak pakej-pakej bilik yang boleh anda tempah mengikut keselesaan anda. Ada 13 bilik tidur dan 14 bilik mandi peribadi disediakan. Jika anda menginap di homestay ini, ia akan lebih memudahkan urusan anda untuk berjalan di beberapa tempat menarik di Kuching kerana ia terletak berdekatan. Bila lagi anda akan dapatkan pengalaman bermalam di sebuah kontena. Alang-alang menginap di tempat yang sangat cantik ini, jangan lupa untuk bergambar banyak-banyak.

Kalau anda nak tahu, homestay ini juga memang selalu menawarkan promosi dengan tawaran harga hebat bagi bilik mereka. Jadi, jika anda tidak ingin terlepas sebarang promosi, anda wajib untuk mengikuti Facebook rasmi mereka.

Alamat: 40, Lorong Laksamana Cheng Ho 4a, Marbel Garden, 93350 Kuching, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 016-858 1111


3. Nature Lodge

Nature Lodge

Terletak di Kampung Rayu dan merupakan sebuah homestay yang sangat menarik. Berunsurkan dan mempunyai konsep alam semulajadi sesuai dengan namanya Nature Lodge. Bagi pencinta alam, homestay ini merupakan tempat yang sesuai dengan cita rasa anda. Di sini anda dapat mengakses WiFi secara percuma serta ruangan tempat letak kenderaan. Yang menariknya, homestay ini terletak berdekatan sahaja dengan Lapangan Terbang Kuching. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuching seperti Kota Samarahan yang berada 42 km dari tempat penginapan, Santubong yang terletak 18 km dan pelbagai lagi. Percutian anda memang tidak akan membosankan di sini.

Jika anda inginkan ruangan yang agak privasi untuk keselesaan anda sekeluarga, anda boleh memilih bilik persendirian yang mempunyai jarak sedikit dengan bilik-bilik lain. Mereka juga menyediakan sarapan pagi yang lazat-lazat. Anda boleh menikmati sarapan pagi dengan memilih untuk mengambil menu saiz biasa ataupun ala carte. Di homestay ini juga terdapat ruangan duduk untuk bersantai-santai, ruang makan, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan ruang tamu.

Alamat: Lorong Bakti 7A Kampung Jaya Bakti, 93050 Kuching, Sarawak

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 012-372 1850

Whatsapp Nature Lodge


4. Nadin Homestay

Nadin Homestay

Anda menginginkan percutian nature yang indah, menginaplah di Nadin Homestay kerana homestay ini dikelilingi dengan dusun dan pokok. Di sini, anda dapat melihat pelbagai species flora dan fauna yang sangat menakjubkan. Terdapat 4 homestay berbeza dengan kelainan reka bentuk dan warna yang boleh anda tempah. Homestay ini dikenali dengan nama Yellow Bungalow, Green Gungalow, Serapi Chalet dan Kenyalang Cottage. Setiap homestay mempunyai daya tarikan tersendiri dan kesemuanya telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik. Homestay berpendingin hawa ini juga telah dilengkapkan dengan pelbagai perabot.

Homestay ini juga boleh ditempah untuk anda melakukan majlis sebagai contoh majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi ataupun hari keluarga. Homestay yang ideal dan elegant ini akan mampu membuatkan majlis anda berjalan dengan lancar. Anda boleh melakukan aktiviti BBQ di sini kerana mereka ada menyediakan tempat untuk itu. Daripada homestay ini juga hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk ke Pusat Bandar Kuching dan 30 minit daripada Lapangan Terbang Kuching.

Alamat: No. 312, Jalan Sri Kandis, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 082-447 040


5. Nanga Shanti

Nanga Shanti

Anda mencari kedamaian dan ketenangan selepas penat bekerja, menginap sahaja di Nanga Shanti yang terletak di Kuching, Sarawak ini. Di sini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan, terokai gunung yang indah dan pantai terpencil yang terletak berdekatan. Percutian anda memang tidak akan membosankan di sini kerana terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah berkayak di pantai, bola tampar pantai, mendaki dan meredah hutan. Ketika melakukan aktiviti di tempat pergunungan, anda perlu berhati-hati kerana terdapat pelbagai habitat liar.

Mereka menawarkan bilik yang selesa dengan hiasan yang kreatif serta reka bentuk yang moden. Terdapat pelbagai jenis bilik yang mereka tawarkan untuk anda tempah. Yang paling menarik ialah bilik kayu segi tiga, ia merupakan sebuah penginapan yang sangat unit dan cantik. Homestay berpendingin hawa ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik. Percutian nature di sini memang sangat menyeronokkan sehingga anda akan tidak dapat terlupakan. Kalau anda ingin lari dari hiruk-pikuk kesibukkan bandar, homestay ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda.

Alamat: Nanga Shanti, Kuching, Sarawak

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-25177108

Whatsapp Nanga Shanti


6. RB Homestay & Farms

RB Homestay & Farms

RB Homestay & Farms merupakan sebuah penginapan terbaik dengan menjaminkan keselesaan buat anda yang ingin bermalam. Terletak 8 km dari Kuching Waterfront Bazaar, bolehlah bawa anak-anak anda bersiar-siar di tempat yang merupakan salah satu daya tarikan Kuching. Penginapan ini berpendingin hawa dengan kemudahan WiFi dan tempat letak kereta yang diberikan secara percuma. Banyak lagi kemudahan yang mereka tawarkan untuk semua bilik. Memang rugi kalau anda tidak datang berkunjung ke sini.

Terdapat laman yang lapang untuk anda merancang dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Manfaatkan laman anda yang lapang dengan baik untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik. Homestay ini juga merupakan penginapan yang ideal untuk anda sekeluarga berkumpul beramai-ramai.

Di sini mereka menawarkan homestay kongsi di mana anda akan berkongsi kelengkapan mereka dengan penginap yang lain kerana mereka membuka tawaran bilik sahaja. Akan tetapi jika anda nak sewa satu rumah, anda boleh berhubung dengan mereka. Jika anda tidak nyaman untuk menggunakan dapur kongsi di homestay ini, anda boleh singgah makan di pelbagai kedai makan yang terletak berhampiran sahaja.

Alamat: Lot 170, Sungai Jaong Jalan Sultan Tengah Santubong, 93000 Kuching, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-888 8160


7. Butterfly Cottage Homestay Kuching

Butterfly Cottage Homestay Kuching

Anda masih mencari penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga? Butterfly Cottage Homestay Kuching merupakan homestay yang sesuai dengan permintaan anda. Mereka menawarkan 4 bilik tidur, 2 bilik air yang terdapat pancuran air, ruangan makan dengan 8 kerusi, dapur yang telah dilengkapi dengan segala peralatan memasak dan ruang tamu tempat bersantai. Di sini, 2 daripada 4 bilik telah dilengkapi dengan pendingin hawa dan selebihnya mempunyai kipas. Homestay ini mampu memuatkan seramai lebih 8 orang.

Antara tempat popular yang terdapat berdekatan dengan homestay ini ialah Kuching Waterfront, Jambatan Satok dan Aeon Mall Kuching. Kalau anda nak tahu, homestay ini juga terletak 9.44 Km daripada Terminal Kuching Sentral dan 9.72 Km daripada Kuching International Airport. Alang-alang anda telah datang melancong ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan mereka. Oleh itu, anda boleh mendapatkan makanan Sarawak di kedai makan yang terletak berhampiran homestay.

Alamat: Jln Merdeka, Taman Hussein, 93050 Kuching, Sarawak

 Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 012-859 9319

Whatsapp Butterfly Cottage Homestay


8. Sunset Homestay 2

Sunset Homestay 2

Anda mencari homestay di Kuching yang terbaik, menginaplah di Sunset Homestay 2. Pilihan yang tepat dan bijak untuk menginap di homestay yang serba-serbi lengkap dengan segala kemudahan ini. Homestay kongsi ini terletak di Pusat Bandar Kuching dan memberikan akses yang mudah untuk ke bandar. Di setiap bilik juga terdapat loker untuk anda menyimpan segala barangan berharga. Bukan itu sahaja, pihak homestay juga telah menyediakan pelbagai alatan rekreasi supaya anda dapat mengisi waktu lapang.

Kemudahan seperti sambungan WiFi dan parking yang luas juga disediakan bagi yang bermalam di sini. Kalau anda ingin membeli belah, anda boleh sahaja pergi ke Satok Weekend Market yang terletak 3 km sahaja daripada homestay ini. Isi waktu cuti anda dengan menginap di homestay yang mempunyai suasana indah dan menarik ini. Mesin Atm dan 7 Eleven juga terletak sangat berhampiran.

Alamat: Lot 121, first floor, Section 33,KTLD, Tabuan Rd, 93100 Kuching, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 082-550 288


9. The Secret Sanctuary

The Secret Sanctuary

Penginapan yang terdapat banyak daya tarikan menarik, semestinya hanya di The Secret Sanctuary. Terletak di Kuching, Sarawak dan merupakan antara homestay yang terbaik. Mereka menawarkan pelbagai bilik yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan yang boleh anda tempah. Mereka ada menawarkan rumah yang mempunyai sehingga 6 katil single dan 2 katil queen.

Anda memang tidak akan berasa bosan di sini kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan antaranya ialah bermain tennis di gelanggang, bersantai di sauna, panaskan diri anda di bilik wap ataupun bermain gym. Bukan itu sahaja, bawa anak-anak anda mandi manda di kolam istimewa mereka. Di kolam yang besar ini terdapat air terjun buatan ala-ala taman tema air. Bukan WiFi percuma sahaja yang mereka sediakan malah ada juga perkhidmatan untuk berulang-alik ke Lapangan Terbang Kuching.

Yang menariknya, di setiap bilik air terdapat tab mandi dan tempat tidur anda akan dipasang dengan kelambu. Bilik unik yang menghasilkan suasana yang sangat meriah dan menakjubkan. Kalau anda berasa bosan lagi, anda juga boleh melepak di restoran homestay yang telah dihias dengan sangat baik ini. Mesti anda akan terkejut dengan tawaran harga yang murah bagi setiap bilik yang sempurna ini.

Alamat: 132, 12A, Jalan Setia Raja, Taman Stutong Indah, 93350 Kuching, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 05-6854888


Rasai keseronokkan yang tak terhingga di pelbagai destinasi pelancongan yang terdapat di Sarawak. Menginap di homestay-homestay terbaik ini bagi menjadikan percutian anda lebih menarik. Bersantai dan berehat dengan baik di homestay yang mempunyai suasana yang indah ini. Isi masa cuti anda dengan bercuti bersama-sama keluarga tercinta.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Kuching yg Best

Percutian di Sarawak tidak akan sempurna tanpa anda mengelilingi bandaraya Kuching. Anda akan lebih menjimatkan masa dan dapat menerokai banyak tempat menarik di Kuching...

Tempat Makan BEST di Kuching Sarawak

Seperti semua orang lain kita semestinya mencari kedai dan tempat makan best di Kuching yang menyediakan makanan tradisi yang popular di Sarawak seperti Mee Kolok, Nasi...

45+ Tempat Menarik di Kuching Paling Popular Untuk Pelancong Terokai

Sudahkah anda bersedia untuk merentasi Laut China Selatan menuju ke sebuah bandaraya yang terkenal dengan khazanah warisan budaya pelbagai etnik ? Jika ya, ayuh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x