Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay di Miri yang Sesuai untuk Menginap!

Selain bandar Kuching, Miri adalah bandar kedua yang terbesar di Sarawak. Lokasinya terletak berhampiran di sempadan Brunei dan Borneo. Miri juga menjadi salah satu tempat pelancongan di mana banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi seperti Taman Negara Mulu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. 

Bagi yang tidak biasa datang ke Miri sudah pastinya anda ingin mencari penginapan yang sesuai dan selesa untuk didiami. Haa, jangan risau. Jom lihat dan cari 10 homestay di Miri yang sesuai untuk menginap.

10 Homestay di Miri


1. Joyful Homestay Miri, Lutong Baru

Joyful Homestay Miri, Lutong Baru

Joyful Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang cantik dan selesa serta boleh memuatkan maksimum sehingga 8 tetamu. Untuk anda yang bawa keluarga yang besar dan rakan-rakan homestay ini sesuai untuk anda. 

Homestay ini juga boleh dijadikan tempat rehat dan boleh buat aktiviti santai bersama keluarga memandangkan kawasan kelilingnya yang luas dan lapang. Perabot dalam juga lengkap jadi anda boleh menginap di homestay ini dengan selesa dan tenang. 

Selain itu, servis dan layanannya juga amat memuaskan. Ramai pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Bolehlah anda tempah rumah penginapan anda di sini apabila datang ke Miri. 

Alamat: Lot 4208, Jalan Tigris, Jalan Konifer, Lutong Baru, 98009 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Joyful Homestay


2. Iffa Villa Homestay, Kampung Lereng Bukit

Iffa Villa Homestay, Kampung Lereng Bukit

Homestay ini sudah pasti akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang bercuti dalam bilangan yang ramai atau mereka yang ingin menganjurkan team bonding, majlis keraian atau family gathering. Homestay ini sangat besar dan luas serta cantik. 

Mempunyai 7 bilik tidur dan 4 bilik air jadi anda tidak perlu risau jika bawa rakan-rakan dan keluarga yang ramai malah tidak perlu berebut tandas sekiranya dalam keadaan mendesak. Seronok kan? 

Selain itu juga ruang tempat letak kereta boleh memuatkan sehingga 3 atau 4 buah kereta jadi anda boleh meletak kereta anda di dalam kawasan homestay ini untuk keselamatan. Apa tunggu lagi, cepat tempah homestay anda sekarang!

Alamat: Kampung Lereng Bukit, 98000 Miri, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Iffa Villa


3. Shang Homestay, Jalan Acacia 3A

Shang Homestay, Jalan Acacia 3A

Homestay ini juga sering menjadi pilihan pengunjung yang datang kerana homestay ini besar dan selesa. Mempunyai 4 bilik tidur homestay ini boleh memuatakan sehingga 10 orang pengunjung dalam satu masa. Anda boleh menikmati pemandangan dan lepak santai di balkoni tingkat atas homestay ini. 

Homestay ini juga berdekatan dengan Miri Crocodile Farm, Lampir Hills National Park dan Riam Temple di mana anda boleh luangkan masa berjalan ke tempat-tempat menarik ini jika berkelapangan. Harganya juga berpatutan dan murah. Menarik kan? Dah boleh letakkan tempat menarik ini dalam tentative perjalanan anda. 

Alamat: Jalan Acacia 3A, 98000 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Shang Homestay


4. Firdausi Muslim Homestay, Piasau

Firdausi Muslim Homestay, Piasau

Homestay 2 tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dilengkapi oleh perabot yang kemas dan cantik untuk keselesaan pengunjung yang datang menginap. Homestay ini besar dan sesuai untuk mereka yang bercuti dalam bilangan yang besar. 

Selain itu, rumah ini mempunyai kelengkapan seperti mesin basuh, peti sejuk, microwave dan iron dan sebagainya. Anda tidak perlu risau tentang keselamatan kerana rumah ini berpagar dan mempunyai halaman yang luas. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di dalam tempat letak kereta yang berpagar. 

Menariknya tentang rumah ini harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding homestay lain. Lagi menariknya adalah mereka juga turut menawarkan perkhidmatan sewa kereta tau. Jadi anda boleh merasai pemanduan sendiri di Miri bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Mudah kan? 

Alamat: Jalan Piasau, Piasau, 98000 Miri, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Firdausi Homestay


5. Fatimah Homestay, Taman Delight

Fatimah Homestay, Taman Delight

Rumah teres setingkat yang terletak di Taman Tunku Miri ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Homestay ini boleh memuatkan sehingga 10 orang pengunjung. Rumah ini dilengkapi kelengkapan asas seperti TV, meja makan, peti sejuk,Mesin basuh dan sebagainya. 

Ruang letak kereta pun luas jadi anda boleh letak kereta anda dengan selamat. Ruang dan kawasan keliling yang menghijau membuatkan anda rasa seperti bercuti di kampung. Menarik kan? Bolehlah anda bercuti dengan tenang di sini. 

Alamat: Taman Delight, 98000 Miri, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Fatimah Homestay


6. Just Homestay Miri (OYO HOME 90238), Holiday Park

Just Homestay Miri (OYO HOME 90238), Holiday Park

Homestay ini terletak di Jalan Aru 3, Miri mempunyai 4 bilik tidur dan perabot yang lengkap untuk pengunjung yang datang menginap di sini. Lokasinya sangat strategik di mana ianya terletak berhampiran dengan bandar Miri. 

Anda boleh ekses untuk berjalan ke Bintang Megamall, Boulevard Shopping Complex, Luak Bay, Lapangan Terbang Miri dan sebagainya. Bagi anda yang datang ke sini menaiki kapal terbang tidak perlu risau kerana homestay ini berdekatan sahaja dengan lapangan terbang Miri. 

Mudah kan untuk anda jalan-jalan di Miri sekiranya anda menginap di homestay ini. 

Alamat: Holiday Park, 1126, Jalan Aru 3, 98000 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi |Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Just Homestay Miri


7. Homezstay Airport Miri, Jalan Airport

Homezstay Airport Miri, Jalan Airport

Homestay ini juga sering menjadi pilihan pengunjung yang datang kerana lokasinya terletak berdekatan dengan bandar Miri. Untuk anda yang mahu berjalan dan melawat tempat yang berdekatan dengan Miri, anda boleh menginap di sini. Lokasi homestay ini berdekatan dengan Taman Awam Miri, Canada Hill, Luak Bay, Miri Handicraft Centre dan sebagainya. 

Anda dah tidak perlu risau untuk mencari kelengkapan dan makanan di sini kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar. Dah penat berjalan boleh singgah makan sambil mengambil angin pantai di Luak Bay kan? 

Alamat: Lot 7737, Jalan Sze Chuan 1, Jalan Airport, Road, 98000 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi |Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-855 8897

WhatsApp Homezstay Airport


8. JJ Homestay, Jalan Lee Tak

JJ Homestay, Jalan Lee Tak

Jika ingin mencari penginapan bajet anda boleh piih JJ Homestay ini. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM50 sahaja untuk satu malam tau. Anda boleh menginap dengan selesa dengan harga yang murah. Homestay ini juga dilengkapi dengan perabot yang bersih dan kemas. 

Rata-rata pelanggan yang datang berpuas hati dengan servis yang diberikan dari homestay ini. Tempatnya yang tenang dan agak sunyi memberi keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung yang datang. Sesuai untuk anda yang inginkan percutian bajet. 

Alamat: Lot 11A, Jalan Lee Tak, 98000 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi |Facebook| Ulasan Pelanggan 

WhatsApp JJ Homestay


9. Pintarman Suites, Miri Times Square

Pintarman Suites, Miri Times Square

Jika ingin menginap di Suites anda boleh menginap di sini yang mana Pintarman Suites @ Miri Times Square ini menyediakan segalanya untuk anda. Terletak di pusat komersial Miri, suites ini berdekatan dengan kedai makan, pusat membeli belah, bank dan sebagainya. 

Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke tempat ini. Mudah kan? Selain itu juga, suites ini juga berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik jadi anda tidak perlu risau untuk ke satu destinasi kerana masa yang diambil adalah singkat. Boleh menjimatkan masa dan wang anda.

Alamat: C-3A-01, SoHo, Miri Times Square, Marina Park City, Jalan Marina Utama, 98000 Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Pintarman Suites


10. The Roosevelt Studio, Marina Square Phase 1

The Roosevelt Studio, Marina Square Phase 1

Jika lihat gambar ni mesti anda terus terpikat untuk cuba menginap di sini ikan? Studio ini menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut kesesuaian anda. Lokasinya yang terletak kira-kira 3km dari Tanjong Lobang Beach memudahkan anda untuk berjalan ke pantai lepak santai bersama rakan-rakan mahupun keluarga tersayang. 

Selain itu juga, anda boleh ekses ke bandar Miri dengan mudah kerana lokasinya yang strategik. Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan atau tempat pelancongan yang menarik kerana lokasi studio ini memang berhampiran dengan semua tempat. 

Alamat: Lot 2068, Marina Square Phase 1, Miri, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Roosevelt Studio


Berikut merupakan senarai 10 Homestay di Miri yang sesuai untuk Menginap dan untuk rujukan anda jika datang ke Miri. Jangan lupa rancang perjalanan anda sebelum bercuti ke sini memandangkan ianya berada agak jauh dari semenanjung Malaysia. Semoga anda mendapat idea untuk menginap di mana apabila membaca artikel ini. 

Jika anda ingin melawat tempat yang menarik di Miri, anda boleh layari artikel 32+ Tempat Menarik di Miri, Sarawak Paling Popular Untuk Pelancong Lawati.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

32+ Tempat Menarik di Miri, Sarawak Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Merancang bercuti jauh dari semenanjung Malaysia ke Miri, Sarawak ? Jika jawapannya ya, anda sedang berada di halaman yang tepat untuk mencari idea tempat-tempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x