32+ Tempat Menarik di Miri, Sarawak Paling Popular Untuk Pelancong Lawati


Merancang bercuti jauh dari semenanjung Malaysia ke Miri, Sarawak ? Jika jawapannya ya, anda sedang berada di halaman yang tepat untuk mencari idea tempat-tempat menarik di Miri yang sering menjadi kunjungan pelancong. Miri bukan sahaja terkenal dengan industri petroleumnya, malah turut terkenal di kalangan pelancong sebagai salah satu tempat menarik di Sarawak yang paling ideal untuk menerokai keindahan flora fauna di kepulauan Borneo.

Jika anda seorang pelancong yang cintakan flora fauna & aktiviti lasak di hutan, Miri mempunyai beberapa tempat menarik berbentuk taman negara yang unik & tiada seumpamanya di semenanjung Malaysia. Daya tarikan di Miri boleh dikatakan menyeluruh dari semua aspek, baik di darat, di laut, mahu pun di bandar. Selain kaya dengan pilihan makanan tradisional unik dari pelbagai latar belakang kaum, Miri juga mempunyai banyak pilihan penginapan ideal & menepati bajet semua latar belakang pelancong. Tidak kira sama ada trip ke Miri anda bersama keluarga atau pun solo secara backpacking, pilihan hotel menarik di sini pasti tidak akan menghampakan ‘poket’ anda.

32+ Destinasi Percutian & Aktiviti Menarik di Miri, Sarawak

Untuk memudahkan anda menjadi kaki travel yang bijak ketika melancong ke Miri, turut tersedia pada setiap destinasi yang dikongsikan di bawah, maklumat-maklumat penting untuk anda membuat perancangan seperti hotel terdekat, lokasi dalam peta, jarak perjalanan, harga tiket, waktu operasi & juga pautan-pautan rujukan. Informasi sebegini pasti memudahkan anda untuk merancang agenda & bajet percutian bukan ? Teruskan membaca.


1. Taman Negara Niah

taman negara niah miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika bercuti di kepulauan Borneo, destinasi sebeginlah yang perlu anda terokai kerana tarikan alam semulajadi di sini tidak dinafikan berbeza dengan taman negara yang terdapat di semenanjung Malaysia. Taman Negara Niah merupakan sebuah destinasi hutan simpan & dikelilingi dengan bukit batu kapur yang terletak kira-kira 85 km dari Lapangan Terbang Miri serta makan masa sekitar 1 jam 40 minit memandu. Aktiviti pelancongan di sini pada dasarnya adalah berbentuk penerokaan hutan, bird watching, melawat rumah panjang & yang paling popular, menerokai Gua Niah.

Walaupun Taman Negara Niah merupakan antara taman negara di negeri Sarawak yang terkecil, namun ianya adalah destinasi taman negara antara yang paling popular di sini. Jika nak tahu, di sini juga menjadi bukti wujudnya penempatan manusia awal sejak zaman logam atau paleotilik, malah anda masih boleh melihat kesan-kesan tapak arkeologi & juga lukisan kuno di dinding gua yang dipercayai berusia ribuan tahun lamanya.

Jika anda bercuti di Miri bersama anak-anak kecil, aktiviti penerokaan di Taman Negara Niah mungkin perlu anda fikir 2 kali. Ini kerana, jarak menuju ke kawasan gua yang menjadi tumpuan utama pelancong terletak agak jauh & perlukan aktiviti jungle trekking antara 1-2 jam. Terdapat beberapa denai hutan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung menerokai tarikan flora fauna di sini & siap dengan penanda arah. Jika anda seorang pelancong yang cintakan alam semulajadi, sangat disyorkan untuk terokai Taman Negara Niah kerana akses melalui jalan raya yang mudah dari Bandar Miri, Sarawak.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-737454 Facebook Website

  • Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Taman Negara Niah

  • Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
    • 8 am – 5 pm

Harga Tiket Taman Negara Niah

#1 Pelancong Tempatan

  • Dewasa (18-59 tahun)
    • RM 10
  • Kanak-Kanak (6-17 tahun)
    • RM 3
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 5
  • OKU ( 6 tahun & keatas)
    • RM 5

#2 Pelancong Luar

  • Dewasa (18 & keatas)
    • RM 20
  • Kanak-Kanak (6-17 tahun)
    • RM 7
  • OKU ( 6 tahun & keatas)
    • RM 10


2. Taman Negara Mulu

 taman negara mulu sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi destinasi taman negara berdekatan Miri yang boleh anda terokai untuk melihat keindahan flora fauna di kepulauan Borneo. Jika nak tahu, Taman Negara Mulu merupakan destinasi taman negara terbesar di Sarawak yang berkeluasan 528 km persegi & juga merupakan salah satu tapak Warisan Dunia yang menjanjikan tarikan alam semulajadi yang sangat memukau. Aktiviti menarik di sini lazimnya adalah jungle trekking, boat cruising, menerokai gua batu kapur, meniti titian kanopi, bird watching & sebagainya.

Antara gua-gua popular di Taman Negara Mulu yang boleh diterokai adalah Gua Rusa & Gua Lang. Gua Rusa merupakan salah satu kompleks & saluran gua yang terbesar di dunia. Untuk ke gua ini juga perlukan stamina di mana pengunjung perlu meredah hutan melalui platform & laluan yang disediakan sejauh 3 km. Jika bernasib baik, anda boleh melihat jutaan kelawar yang berterbangan secara berirama di kawasan berdekatan pintu gua pada waktu petang yang sedang keluar mencari makan. Kalau nak tahu, bilangan kelawar di Gua Rusa ini yang jutaan angkanya dipercayai antara yang terbanyak di dunia.

Jika anda suka melihat keunikan alam semulajadi tanpa mengira tahap cabaran laluannya, cubalah meredah hutan & mendaki untuk melihat fenomena The Pinnacles, iaitu jajaran batuan batu kapur yang meninggi bagaikan dipacak oleh kuasa yang misterius. Pembentukan batu kapur di The Pinnacles ini sangat besar, tinggi & pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru yang tiada di tempat menarik lain di Malaysia.

Tidak dinafikan cabaran untuk ke The Pinnacles ini sangat mencabar & berisiko tinggi untuk para pendaki. Walaupun jaraknya hanya 2.4 km dari titik permulaan pendakian, namun boleh makan masa pergi balik sehingga 8-10 jam lamanya. Disyorkan untuk mencari jurupandu yang berpengalaman sekiranya anda ingin melihat keindahan alam di The Pinnacles ini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-792600 Facebook Website

  • Gunung Mulu National Park No 11, Mulu National Park Pekan Mulu 98070, Miri

Waktu Operasi Taman Negara Mulu

  • Dibuka sepanjang tahun

Bayaran Masuk/Harga Tiket Taman Negara Mulu

Pas masuk / harga tiket untuk tempoh 5 hari berturut-turut;

#1 Pelancong Tempatan

  • Dewasa:
    • RM 15
  • Kanak-Kanak ( 6-18 tahun)
    • RM 5
  • Kanak-Kanak ( bawah 6 tahun)
    • Percuma
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 7

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 30
  • Kanak-Kanak ( 6-18 tahun)
    • RM 10
  • Kanak-Kanak ( bawah 6 tahun)
    • Percuma


3. Taman Negara Bukit Lambir

tempat hiking di miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda melancong ke Miri dalam masa yang singkat tetapi pada masa yang sama masih teringin melihat keindahan flora fauna kepulauan Borneo, apa kata terokai Taman Negara Bukit Lambir. Destinasi ini merupakan taman negara yang terdekat dengan Bandar Miri berbanding Taman Negara Niah atau Taman Negara Mulu. Jaraknya hanya sekitar 27 km sahaja dari Airport Miri & makan masa memandu sekitar 30 minit sahaja. Akses jalan raya ke kawasan parkir Taman Negara Bukit Lambir juga sangat mudah & ianya juga terletak di antara jalan utama Miri-Bintulu.

Sebaik sampai di sini, anda boleh mendaftar diri di kaunter pejabat & teruskan penerokaan di Taman Negara Bukit Lambir. Aktiviti menarik di sini pada dasarnya sama juga di destinasi taman negara lain seperti meredah hutan, mendaki, bird watching, melihat flora fauna & sebagainya. Menariknya, di sini juga terdapat beberapa lokasi air terjun seperti Air Terjun Latak, Air Terjun Pantu, Air Terjun Pancur, Air Terjun Tengkorong & sebagainya.

Air terjun paling popular di sini adalah Air Terjun Latak kerana lokasinya yang paling dekat dengan pintu masuk & paling mudah diakses berjalan kaki. Jika anda mencari tempat mandi manda air terjun di Miri yang mesra keluarga, cubalah singgah di Air Terjun Latak ini. Jika anda berhasrat ke air terjun lain, perlu memilih denai hutan tertentu & jungle trekking yang memakan masa antara 1-2 jam.

Trail hutan yang terdapat di Taman Negara Lambir juga agak banyak pilihan & mempunyai variasi tahap cabaran yang berbeza. Jika anda baru berjinak-jinak dengan aktiviti meredah hutan & mendaki, pilihlah trail yang mudah seperti Inoue Trail. Jika anda inginkan tempat hiking di Miri yang lebih mencabar, cubalah The Summit Trail yang pasti menagih kudrat & menguji kemampuan fizikal anda. Anda seorang kaki lensa kamera? Jangan lupa untuk memilih trail Pantu di mana terdapat sebuah menara tinjau di pokok setinggi 22 meter yang boleh anda naik & melihat pemandangan hutan sekeliling dari sudut yang lebih menarik.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-491030 Website

  • Taman Negara Bukit Lambir, Miri, Sarawak

Waktu Operasi Taman Negara Bukit Lambir

  • Dibuka setiap hari
    • 8 am – 5 pm

Harga Tiket Taman Negara Bukit Lambir

#1 Pelancong Tempatan

  • Dewasa:
    • RM 10
  • Kanak-Kanak ( 6-17 tahun)
    • RM 3

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 20
  • Kanak-Kanak ( 6-17 tahun)
    • RM 7


4. Pasar Malam Ria Saberkas

pasar malam miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dalam misi menerokai keenakan makanan popular orang setempat, destinasi sebeginilah yang perlu anda terjah. Pasar Malam Ria Saberkas merupakan destinasi pasar malam Miri yang paling popular & boleh dilabelkan juga sebagai antara pasar malam di Sarawak paling ‘happening’ . Jika ini kali pertama anda bercuti di Miri, sangat disyorkan untuk lawati pasar malam ini untuk melihat keunikan produk-produk jualan peniaga & juga melihat budaya jual beli warga setempat.

Lokasi Pasar Malam Ria Saberkas juga sangat mudah untuk anda jumpai yang terletak bersebelahan sahaja dengan Taman Bulatan, iaitu taman rekreasi awam yang terkenal untuk warga Miri riadah petang. Mungkin selepas bersiar-siar di taman ini bersama anak-anak, bolehlah pula berkunjung ke pasar malam ini untuk aktiviti makan malam. Konsep perniagaan & suasana di sini pada dasarnya tidak jauh beza berbanding pasar malam di Semenanjung Malaysia. Yang hanya berbeza adalah pilihan menu makanan santai yang pasti akan menambat hati & selera anda.

Antara menu makanan santai popular di kebanyakan pasar malam Sarawak adalah kepak ayam panggang atau lebih dikenali sebagai Sayoq Manok oleh warga setempat. Alang-alang sudah sampai di sini, sangat rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk mencari keunikan & keenakan rasa makanan popular orang Sarawak. Terdapat banyak menu makanan kenegerian orang Sarawak yang boleh dijumpai di sini seperti mee kolok, laksa Sarawak & juga kek lapis Sarawak.

Jika anda seorang penggemar makanan laut, pasar malam ini bagaikan ‘syurga’ untuk anda kerana mempunyai banyak peniaga yang menjual pelbagai seafood sama ada bergoreng atau pun menu yang dipanggang. Paling menarik, harganya juga sangat berpatutan & kesegaran makanan laut di sini tidak dinafikan sangat berbaloi untuk anda rasai sendiri. Almaklumlah, bandar Miri terletak di tepi laut jadi tidak hairanlah sumber makanan lautnya sangat banyak variasi & murah-murah harganya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Ria Seberkas Night Market, Jalan Saberkas Utama, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Pasar Malam Ria Seberkas

  • Khamis, Jumaat & Sabtu
    • 4.30 pm – 9.30 pm

  • Percuma ( destinasi pasar malam)


5. Coco Cabana

 coco cabana miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda seorang yang obses dengan keindahan alam semulajadi & sering memburu detik emas untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam, apa kata berkunjung ke Coco Cabana yang terletak berdekatan sahaja dengan Bandar Miri. Destinasi ini terletak di sebuah kawasan bertanjung di tepi laut & mempunyai landskap yang sangat menarik untuk anda bergambar serta menikmati keindahan sekeliling.

Terdapat banyak bangku & meja makan di tepi pantai yang sangat sesuai untuk anda lepak bersama keluarga waktu petang sementara menunggu matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat. Hiasan pokok-pokok sekeliling yang tumbuh meninggi & keunikan bangunan serta binaan replika kuda laut di sini pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk merakam gambar atau berswafoto bersama keluarga.

Terdapat juga kafe & gerai jual makanan yang boleh anda nikmati bersama keluarga untuk melengkap aktiviti anda di sini. Selain itu, lokasi Coco Cabana juga bersebelahan sahaja dengan Miri Marina iaitu sebuah pelabuhan bot & kapal layar yang suasananya tidak ubah seperti jeti popular di luar negara. Tidak hairanlah, setiap waktu petang, pasti ramai pengunjung setempat & pelancong luar yang datang ke sini untuk lepak petang atau santai-santai bersama keluarga sambil menikmati keindahan panorama sunset di bumi Miri.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Facebook Website

  • Coco Cabana, Lot 2260, Jalan Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Coco Cabana

  • Sabtu & Ahad
    • 8 am – 11 pm
  • Isnin-Jumaat
    • 11 am – 11 pm

  • Percuma


6. Taman Rekreasi Miri City Fan

miri city fan recreational park sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah taman rekreasi awam yang terletak di tengah-tengah bandar Miri & sering menjadi destinasi untuk warga setempat riadah petang atau pagi. Jika anda menginap di hotel berdekatan taman ini, bolehlah berkunjung untuk jogging atau bersenam waktu pagi atau petang bersama keluarga. Taman Rekreasi Miri City Fan ini sangat unik & kalau nak tahu, nama destinasi ini juga diberikan sedemikian rupa kerana bentuk taman rekreasi ini jika dilihat dari udara, persis seperti kipas satay.

Landskap sekeliling juga sangat terjaga & mempunyai kemudahan yang lengkap untuk pengunjung melakukan aktiviti outdoor seperti jogging, senam aerobik & sebagainya. Taman Rekreasi Miri City Fan ini lebih meriah suasananya pada hujung minggu kerana terdapat warga setempat yang mengadakan aktiviti berkumpulan seperti berzumba & tidak kurang juga yang datang ke sini untuk sesi fotografi. Banyak subjek menarik di sekeliling seperti tasik, dataran & pokok-pokok bunga yang boleh anda manipulasikan untuk menghasilkan sekeping foto landskap yang menarik. Jika berkunjung pada pertengahan tahun, anda berpeluang melihat suasana sekeliling yang dilimpahi bunga-bunga bagaikan taman bunga sakura di Jepun.

Di dalam taman ini juga terletaknya Perpustakaan Awam Miri yang boleh anda lawati jika mahu menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Selain itu, terdapat juga kolam renang awam & sesuai untuk dewasa yang ingin mandi manda dengan bayaran masuk yang sangat minimal. Manalah tahu, jika anda menginap di hotel berdekatan yang tiada kolam renang, bolehlah datang ke sini untuk melempias keinginan dengan aktiviti fizikal di air.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Miri City Fan Recreational Park, Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( destinasi awam terbuka)

  • Percuma ( destinasi awam terbuka)


7. Luak Esplanade

luak esplande miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda baru mendarat di Lapangan Terbang Miri & ingin melepaskan rindu dengan keindahan suasana tepi pantai yang cantik, destinasi paling ideal untuk diterokai adalah Luak Esplande. Lokasinya hanya 4 km dari Airport Miri & kira-kira 10 km dari Bandar Miri. Luak Esplanade mempunyai kawasan tepi pantai yang sangat panjang & lapang, sesuai untuk aktiviti yang sinonim di tepi pantai seperti berpiknik, main layang-layang, santai-santai & sebagainya.

Selain Coco Cabana di Bandar Miri, Luak Esplande adalah satu lagi tempat menarik di Miri yang ideal untuk anda melihat keindahan panorama matahari terbenam. Memandangkan pantai ini jauh sedikit dari Bandar Miri & lebih luas, maka suasananya tidak merimaskan walaupun pada waktu puncak. Lazimnya, pantai Luak Esplande ini lebih meriah pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah & terdapat juga penjaja jalanan yang menjual pelbagai makanan santai untuk pengunjung.

Tidak kurang juga, seniman jalanan yang memperagakan bakat masing-masing pada hujung minggu yang memeriahkan lagi suasana di Luak Esplande. Jika anda menginap di hotel berdekatan Airport Miri seperti Jinhold Hotel Miri, Pari Inn & Merdeka Suite Hotel, bolehlah bawa anak-anak santai petang di Luak Esplande.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Luak Esplanade, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( destinasi pantai awam)

  • Percuma ( destinasi pantai awam)


8. Pantai Tusan Subis

tempat menarik di bekenu miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda ingin melihat keunikan pantai di Miri yang tiada seumpamanya di tempat lain di Malaysia, apa kata bawa keluarga ke Pantai Tusan Subis yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Miri. Walaupun lokasi pantai ini agak jauh sedikit dari Bandar Miri, namun percayalah anda bakal melihat fenomena alam yang tiada sepertinya di Malaysia. Pantai Tusan Subis merupakan pantai paling popular di Bekenu, Miri & mempunyai pantai yang sangat panjang. Uniknya, sekitar Pantai Tusan Subis juga berbukit, jadi anda boleh melihat suasana Laut China Selatan dari sudut yang lebih menarik.

Jika datang waktu pagi & kebetulan cuacanya tenang, permukaan air laut yang tidak berombak bagaikan sebuah cermin gergasi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terkesima dengan keindahannya. Selain itu, tarikan utama di Pantai Tusan Subis juga tertumpu kepada keunikan struktur batuan yang terbentuk di tepi pantai. Terdapat sebuah bukit batu di sini yang bentuknya seperti kepala seekor kuda sedang meminum air laut & ianya juga dikenali sebagai Tusan Cliff Sarawak atau Tebing Tusan. Bentuk bukit batu ini tidak ubah seperti The Durdle Door, iaitu sebuah pembentukan bukit batu yang terkenal di pantai Wareham, England. Untuk ke sini, anda perlu berjalan kaki dari kawasan parkir kereta sekitar 10 minit melalui tepi pantai.

Selain itu, Pantai Tusan Subis juga menjadi destinasi yang terkenal untuk pelancong yang ingin melihat keindahan fenomena Blue Tears atau ‘mata air biru’ yang lazimnya berlaku pada setiap hujung tahun antara September-Disember. Jika berkebetulan anda buat trip ke Miri pada cuti sekolah hujung tahun, bolehlah mencuba nasib untuk melihat fenomena indah sebegini yang sangat jarang terdapat di destinasi lain. Kebiasaannya, fenomena Blue Tears ini hanya boleh dijumpai di kawasan pulau di tengah laut seperti di kepulauan Maldives, kepulauan Matsu atau pun di Pulau Mantanani, Sabah. Jika anda mencari tempat menarik di Bekenu yang unik, sangat disyorkan untuk lawati Pantai Tusan Subis ini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Pantai Tusan Subis, Kampung Terahat, 98150 Bekenu, Sarawak

  • Tidak dikhususkan ( pantai awam terbuka)

  • Percuma ( pantai awam terbuka)


9. Taman Buaya Miri

 taman buaya miri zoo mini sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman buaya di Miri yang pasti akan membuatkan anak-anak teruja apabila melihat kelibat predator paling digeruni di sungai Sarawak ini. Menempatkan lebih 1000 ekor buaya yang pelbagai saiz & pelbagai spesis serta merupakan destinasi taman haiwan di Miri paling menarik untuk pelancong lawati. Lokasinya berdekatan Lutong & hanya 28 km sahaja dari Bandar Miri. Selain buaya, terdapat juga 60 spesis haiwan lain yang terdiri daripada burung-burung eksotik, monyet, reptilia & sebagainya.

Seperti di mana-mana kebanyakan taman buaya lain di Malaysia, tarikan pengunjung di sini adalah melihat sang bedal ini dengan lebih dekat & juga aksi-aksi mendebarkan ketika buaya-buaya ini diberi makan. Pengunjung juga boleh membeli makanan buaya yang berupa bangkai ayam & melihat sendiri bagaimana buaya ini membaham ayam yang tergantung pada tali rentang. Pengalaman melihat aksi buaya melonjak tinggi menyambar mangsanya, pasti membuatkan anda terpegun dengan kepantasannya yang sangat tidak dijangka-jangka.

Sudah puas melihat buaya-buaya ini, anda sekeluarga boleh bergerak pula ke bahagian mini zoo yang menempatkan sangkar-sangkar haiwan yang sinonim di kepulauan Borneo seperti beruang matahari, burung merak, kucing hutan, binturong, ular sawa albino, landak & sebagainya. Anda juga boleh membeli makanan di kaunter untuk diberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Tidak seperti di taman haiwan lain, di sini anda boleh bergambar & berswafoto dengan haiwan seberapa banyak yang anda mahukan. Satu tempat menarik di Miri yang sangat ideal untuk bawa anak-anak mengenali haiwan yang cukup sinonim dengan negeri Bujang Senang ini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-604108 Facebook Website

  • Miri Crocodile Farm Cum Mini Zoo, Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak,

Waktu Operasi Taman Buaya Miri

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 6 pm
  • Crocodile feeding time:
    • Sesi pagi:
      • 10.30 am & 11.30 am,
    • Sesi petang
      • 2.30 pm & 4.30 pm.

Harga Tiket Taman Buaya Miri

#1 Pelancong Tempatan (Mykad / MyKid)

  • Dewasa (13 tahun & keatas)
    • RM 25
  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 15
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun)
    • Percuma

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa (13 tahun & keatas)
    • RM 40
  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 20
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun)
    • Percuma

*makanan buaya, RM 10
*bergambar dengan buaya / ular sawa albino, RM 10
*paket makanan arnab, kuda & rusa, RM 1


10. Tamu Muhibbah & Tamu Khas

 tamu muhibbah miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Konsep tarikan di sini adalah seperti pasar besar atau pun pasar pagi yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti hasil tani, hasil laut, kraftangan, makanan kering & sebagainya. Jika anda seorang pelancong yang suka menyelami budaya penduduk setempat, tempat menarik di Miri sebeginilah yang perlu anda terokai. Tidak dinafikan, Tamu Muhibbah & Tamu Khas ini merupakan kawasan membeli belah yang sangat popular di kalangan pelancong yang sering mencari ole-ole berbentuk makanan kering yang sinonim dengan negeri Sarawak.

Antara produk makanan yang sering menjadi buruan adalah ikan terubuk masin, garam bario, beras bario, belacan, ikan bilis & sebagainya. Jika anda penggemar buah-buahan tempatan, apa kata terokai keunikan buah-buahan yang terdapat di kepulauan Borneo pula. Variasi buah-buahan di sini majoritinya sama seperti di semenanjung Malaysia & terdapat juga beberapa buah yang pelik rupanya serta pelik namanya belimbing dayak, belimbing hutan, dabai kunyit, dabai lemak & macam-macam lagi. Terdapat juga produk-produk kraftangan seperti raga mengkuang, tikar mengkuang, tudung saji & pelbagai cenderahati lain yang sangat ideal untuk dijadikan koleksi kenangan peribadi anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Tamu Muhibah & Tamu Khas, 98000 Miri, Sarawak

  • Pagi-petang

  • Percuma ( destinasi beli belah di pasar)


11. Taman Awam Miri

bercuti di miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda pernah ke mana-mana taman negara & cuba meniti di titian gantung atau canopy walkaway yang tinggi ? Jika belum, apa kata anda cuba dahulu pengalaman meniti titian gantung di Taman Awam Miri. Walaupun ketinggian titian gantung ini tidaklah setinggi seperti di taman negara, tetapi ianya tetap boleh membuatkan jantung anda berdebar-debar, apatah lagi jika anda seorang yang gayat.

Seperti terungkap pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah taman rekreasi awam di Miri yang sangat popular sejak zaman berzaman. Lokasinya juga sangat mudah untuk diakses dari bandar utama Miri. Jika anda mencari tempat menarik di Miri untuk aktiviti riadah petang, sangat disyorkan untuk bawa keluarga ke Taman Awam Miri. Landskap taman ini juga cantik & terjaga serta terdapat banyak pokok-pokok besar yang rendang membuatkan suasana sekeliling redup pada waktu tengahari.

Jika anda bercuti di Miri bersama anak-anak, bolehlah bawa mereka bermain air di kolam renang awam yang terdapat di Taman Awam Miri ini. Paling menarik, tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung walaupun Taman Awam Miri ini mempunyai landskap sekeliling yang menarik, mempunyai titian kanopi, taman botani, menara tinjau & juga kolam renang awam.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Bintulu – Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( taman rekreasi awam)

  • Percuma ( taman rekreasi awam)


12. Pusat Kraftangan Miri

pusat kraftangan miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi yang sangat ideal & spesifik untuk anda membeli barangan atau cenderahati yang berbentuk kraftangan. Pusat Kraftangan Miri yang terletak di Jalan Brooke & berdekatan dengan pusat membeli belah Bintang Megamall menawarkan pelbagai produk kraftangan unik yang dihasilkan oleh penduduk setempat. Jika anda mencari idea untuk membeli cenderahati istimewa untuk keluarga di rumah atau pun untuk dijadikan koleksi peribadi, cubalah terokai Pusat Kraftangan Miri ini.

Kompleks bangunan Pusat Kraftangan Miri ini tidaklah terlalu besar seperti di kompleks membeli belah moden & ianya menempatkan sekitar 10-15 lot kedai yang rata-ratanya menjual barangan kraftangan yang berlainan tarikannya. Antara barangan kraftangan yang ada di sini ialah hasil seni, rantai-rantai bermanik, gelang, t-shirt, sulaman, manik, gula bario, beg kraftangan, tali pinggang & banyak lagi.

Berhampiran dengan kompleks ini juga terdapat peniaga yang menjual biskut sagu & mempunyai bermacam-macam perisa seperti perisa mentega, perisa kacang & juga perisa gula apong. Biskut sagu ini merupakan makanan tradisi & snek harian yang sangat sinonim dengan orang Sarawak. Uniknya, dekorasi bangunan di Pasar Kraftangan Miri juga sangat menarik & bersesuaian dengan tema destinasi ini yang mengetengahkan kreativiti dalam dunia kraftangan. Terdapat juga lukisan mural 3d di sekitarnya yang boleh anda bergambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan peribadi.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Pusat Kraftangan Miri

  • 8 am – 6 pm

  • percuma ( destinasi membeli belah )


13. Bukit Canada

 bukit canada miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Miri merupakan kawasan yang sangat terkenal dengan industri petroleum seperti juga di Kertih, Terengganu. Jika anda ingin mengenali bumi Miri ini dari sudut sejarah, salah satu destinasi pelancongan yang disyorkan untuk anda lawati adalah Bukit Canada yang terletak 4-6 km sahaja dari Bandar Miri. Anda boleh memandu kereta ke puncak bukit ini yang tidaklah terlalu tinggi & makan masa sekitar 10 minit sahaja. Terdapat jalan raya berturap menuju ke puncak & akses ke sini juga sangat mudah dengan kenderaan.

Di puncak Bukit Canada, terdapat beberapa tarikan yang boleh anda lawati seperti Muzium Petrolem & juga mercu tanda yang sangat ikonik di Miri iaitu The Grand Old Lady. Kalau nak tahu, The Grand Old Lady merupakan pelantar minyak yang pertama di Malaysia & dibina sekitar tahun 1910 oleh Shell. Memandangkan destinasi ini adalah di kawasan berbukit, anda juga dapat melihat suasana sekeliling & Bandar Miri dari sudut yang lebih menarik. Jika datang waktu senja, panorama matahari terbit di sini pasti akan membuatkan anda asyik dengan keindahannya.

Anda bukan hanya dapat melihat panorama seluruh bandar Miri sahaja, malah sempadan Miri-Brunei, pelantar minyak di luar pesisir pantai & juga kilang penapis petroleum di Lutong. Selain itu, jika anda mencari tempat hiking di Miri yang mudah & dekat dengan bandar, apa kata cuba denai yang terdapat di Canada Hill ini. Laluan denai hutannya juga sangat mudah untuk anda sampai ke puncak & ianya merupakan tempat hiking di Miri yang sering menjadi kunjungan warga setempat untuk riadah terutamanya pada hujung minggu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Bukit Canada, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Bukit Canada

  • Tidak dikhususkan ( destinasi bukit terbuka)

Waktu Operasi Muzium Petroleum di Bukit Canada, Miri

  • Selasa – Jumaat
    • 9.00 am – 4.45 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 10.00 am – 4.00 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket / Bayaran ke Bukit Canada

  • Percuma ( destinasi bukit terbuka)

*harga tiket Muzium Petroleum, PERCUMA


14. Beach Republic

pantai luak bay miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda menginap di hotel sekitar Lapangan Terbang Miri, apa kata datang ke Beach Republic untuk aktiviti santai-santai & riadah. Beach Republic merupakan sebuah club house yang berbentuk rekreasi di mana anda boleh lakukan aktiviti fizikal seperti berenang, bermain gym, bermain basketball, bola tampar pantai & sebagainya. Destinasi ini sebenarnya juga terletak di tepi pantai di Luak Bay, jadi pada waktu petang bolehlah menikmati bayu laut sambil melihat keindahan matahari terbenam yang melabuhkan tirainya di ufuk barat Laut China Selatan.

Jika anda menganjurkan program seperti teambuilding di Miri bersama rakan sepejabat, bolehlah pertimbangkan destinasi ini untuk lakukan aktiviti outdoor secara berkumpulan memandangkan fasilitinya yang terjaga, destinasinya yang menarik di tepi pantai & juga lokasi geografinya yang sangat strategik berdekatan Airport Miri. Selain menikmati keindahan pantai di sini dengan jalan kaki, anda juga boleh sewa ATV & menunggangnya di sepanjang pesisiran pantai di Luak Bay.

Kolam renang di sini juga tidaklah terlalu besar, namun sangat sesuai untuk riadah golongan dewasa atau pun kanak-kanak. Bayaran masuk ke kolam juga sangat berpatutan. Paling menarik, lokasi kolam renang ini yang terletak betul-betul di tepi pantai membuatkan diri terasa seperti sedang mandi manda di sebuah kolam dalam perkarangan resort mewah. Manalah tahu, jika anak-anak anda teringin mandi manda di tepi pantai, bolehlah bawa mereka ke kolam mandi ini & apa yang penting, ianya jauh lebih selamat berbanding mandi manda di kawasan pantai yang keadaan ombaknya yang lazimnya tidak menentu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-424040 Facebook Website

  • Beach Republic Resorts Sdn Bhd Lot 334, Block 5, Lambir District 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Beach Republic

  • Office Hour Weekdays
    • 11.00am to 11.00pm
  • Weekends & Public Holidays
    • 10.00 am to 11.30pm

Waktu Operasi Kolam Renang

  • 10 am-11 pm

Bayaran Masuk Kolam Renang di Beach Republic

  • RM 3 seorang

*untuk harga aktiviti lain, sila layari website destinasi ini.


15. Pantai Tanjung Lobang

pantai tanjung lobang miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan salah satu pantai menarik di Miri yang paling dekat dengan kawasan bandar. Jika anda menginap di hotel sekitar Miri Marina atau pun di Bandar Miri, destinasi pantai ini lebih dekat untuk diterokai berbanding pantai popular di Miri yang lain seperti Luak Esplande atau pun Beach Republic. Pantai yang agak panjang ini sering menjadi tumpuan pelancong & warga setempat untuk bersantai pada waktu petang terutamanya pada hujung minggu.

Selain asbab lokasinya yang lebih dekat, di sekeliling Pantai Tanjung Lobang ini juga terdapat beberapa hotel popular yang mungkin sangat ideal untuk anda bermalam ketika bercuti di Miri seperti Miri Marriot Resort, Diamond Bay Resort & juga ParkCity Everly Hotel. Jika anda menginap di salah satu 3 hotel ini, bolehlah bawa anak-anak ke Pantai Tanjung Lobang ini dengan berjalan kaki sahaja pada waktu petang.

Pantai Tanjung Lobang mempunyai kemudahan pengunjung yang lebih lengkap berbanding pantai di Miri yang lain seperti medan selera, restoran fast food & juga kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak atau pun bangku duduk. Landskap sekeliling pantai ini juga sangat menarik untuk kaki fotografi merakam foto pemandangan memukau seperti pokok-pokok rhu, jeti, batuan tepi pantai & sebagainya.

Aktiviti melihat panorama matahari terbenam adalah salah satu aktiviti yang sering menjadi kegilaan pelancong yang bercuti di Miri. Jika anda malas ke tempat lain, jangan risau kerana sudut pemandangan di Pantai Tanjung Lobang juga tidak kurang menariknya untuk anda menikmati keindahan panorama matahari terbenam bersama tersayang. Pendek cerita, jika anda mencari tempat menarik di Miri yang ada hotel menarik, tempat makan menarik, dekat dengan bandar & lokasi yang strategik tepi pantai, cubalah terokai Pantai Tanjung Lobang ini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Tanjung Lobang Beach, 98000 Miri, Sarawak

  • Tidak dikhususkan ( destinasi pantai awam terbuka)

  • Percuma ( destinasi pantai awam terbuka)


16. Taman Bulatan

tempat lepak best miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Bulatan merupakan sebuah taman rekreasi awam yang sangat popular di kalangan penduduk setempat untuk aktiviti riadah. Jika bercuti di Miri sekitar bulan Mac-Mei, cubalah ke sini untuk melihat suasana pokok-pokok sekeliling yang berbunga seperti sebuah taman bunga sakura yang terkenal di Jepun. Taman Bulatan terletak berdekatan Pasar Malam Saberkas yang merupakan pasar malam di Miri paling popular untuk pelancong memburu makanan tradisional Sarawak pada waktu malam.

Jika anda menginap di hotel berdekatan seperti One Times One Inn, Kenyalang Suites Miri atau pun MCITI Suites, bolehlah datang ke sini untuk lakukan aktiviti seperti jogging & bersiar-siar petang bersama anak-anak. Terdapat kemudahan awam untuk pengunjung seperti trek jalan kaki, taman permainan kanak-kanak, tandas awam & sebagainya. Landskap Taman Bulatan yang mempunyai tasik juga sangat ideal untuk anda bergambar & di tengah-tengah tasik ini pula terdapat menara jam berbumbung piramid yang sangat unik bentuk binaannya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Taman Bulatan Miri, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( taman rekreasi awam terbuka)

  • percuma ( taman rekreasi awam terbuka)


17. Borneo Tropical Rainforest Resort

penginapan menarik di miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti tersedia maklum, destinasi pelancongan di Miri yang terkenal kebanyakannya tertumpu di kawasan hutan simpan. Jika anda ingin menerokai keindahan flora fauna Borneo seperti di Taman Negara Bukit Lambir, apa kata anda sekeluarga bermalam di Borneo Tropical Rainforest Resort. Destinasi ini merupakan salah satu hotel menarik di Miri yang paling dekat dengan Hutan Simpan Bukit Lambir & juga mempunyai tarikan kekeluargaan seperti taman tema air & juga kolam renang.

Jika bercuti di Miri bersama anak-anak, sudah tentu aktiviti mandi manda & bermain gelongsor air di Borneo Tropical Rainforest Resort akan membuatkan mereka lebih teruja. Tidaklah terlalu membosankan anak-anak jika agenda percutian anda di Miri hanyalah aktiviti di hutan sahaja bukan ? Lebih menarik, resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan yang unik & pasti memberikan anda satu pengalaman baru yang berbeza berbanding hotel lain.

Selain mempunyai chalet-chalet yang dikelilingi keindahan flora fauna Borneo, resort ini juga turut menawarkan pilihan penginapan di rumah panjang. Jika anda mencari penginapan menarik di Miri yang lain daripada yang lain, sangat disyorkan untuk fikir-fikirkan destinasi ini. Malah lokasi ke bandar Miri juga tidaklah terlalu jauh, sekitar 45 km sahaja. Selain itu, resort ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk mengisi agenda program seperti hari keluarga & team building. Aktiviti-aktiviti di sini juga lebih menarik kerana kebanyakannnya boleh mendekatkan diri peserta dengan keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak 6019-8852193 Facebook Website

  • Borneo Tropical Rainforest Resort, KM36, Jalan Bintulu – Miri, 98000 Miri, Sarawak

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )


18. Miri Central Park

taman rekreasi miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan sebuah taman rekreasi tepi pantai yang ideal untuk anda lakukan aktiviti santai-santai pada waktu petang. Miri Central Park boleh dilabelkan sebagai salah satu tarikan di Miri yang masih lagi baru dibuka umum & mempunyai landskap taman yang tidak kurang menariknya untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti jogging, berbasikal & sebagainya. Taman ini juga mempunyai kemudahan pengunjung yang masih lagi baru seperti trek jogging, landskap taman hijau & juga dataran berbata yang ideal untuk lakukan aktiviti seperti bermain roller blade, skate board & sebagainya.

Memandangkan taman rekreasi ini di tepi pantai, maka ianya menawarkan tarikan yang berbeza berbanding taman rekreasi di Miri yang lain seperti Miri City Fan Park. Pada waktu petang, anda boleh bertenggek di tebing tepi pantai di sini untuk melihat suasana matahari terbenam. Jika anda kaki fotografi, bolehlah asah bakat dengan mengambil foto landskap di sini yang mempunyai banyak subjek menarik untuk anda manipulasi. Miri Central Park sangat mudah untuk anda jumpai kerana terletak di dalam Bandar Miri & berdekatan dengan beberapa hotel menarik di Miri seperti Miri Marriott Resort serta 91 Street Boutique Inn.

Jika anda masih buntu mencari idea menarik untuk merakam foto landskap matahari terbenam di sini, jangan risau, apa kata ke Coco Cabana atau Miri Marina yang terletak sekitar 500 meter sahaja dari Miri Central Park. 2 destinasi ini juga tidak kurang popularnya di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti santai pada waktu petang & ‘layan sunset’ pada waktu senja.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Miri Central Park, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( destinasi rekreasi awam terbuka)

  • Percuma ( destinasi rekreasi awam terbuka)


19. Piasau Nature Reserve

bercuti di miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong yang bercuti di Miri untuk melihat keindahan alam semulajadi & juga burung ikonik di Sarawak, iaitu burung enggang. Lokasi Piasau Nature Reserve hanya terletak beberpaa km dari Bandar Miri & jika anda bukanlah seorang pelancong yang gemarkan aktiviti di kawasan pedalaman, bolehlah ke sini untuk sekurang-kurangnya mengenali keindahan flora fauna yang terdapat di Sarawak.

Umumnya, terdapat 2 denai hutan yang boleh anda lalui iaitu Community Trail ( 900 meter) & juga Faridah Loop ( 2.1 km). Aktiviti utama di sini adalah jungle trekking melalui denai hutan yang dikelilingi dengan pokok-pokok hutan yang besar & pasti membuatkan anda terasa bagaikan sedang mengembara di kawasan hutan yang jauh di pedalaman. Jika nak tahu, terdapat juga pokok hutan di sini iaitu Pokok Tapang yang mencapai ketinggian sehingga 80 meter.

Di sepanjang explorasi ada di Piasau Nature Reserve, anda boleh melihat kelibat burung enggang di habitat asalnya yang berterbangan secara bebas. Waktu ini, anda pasti tidak akan mahu lepaskan peluang merakam gambar untuk dijadikan sebagai kenangan peribadi. Almaklumlah, melihat burung enggang di habitat asalnya seperti ini bukannya mudah & hanya boleh di dapati di kawasan hutan pedalaman seperti di Hutan Simpan Bukit Lambir atau di Taman Negara Mulu.

Koleksi burung-burung liar di Piasau Nature Reserve juga sangat banyak & menjangkau sehingga 25 spesis. Jika anda ingin lakukan aktiviti menarik di hutan seperti bird watching & pada masa yang sama malas ke kawasan pedalaman, sangat disyorkan untuk anda berkunjung ke sini walaupun bersama anak-anak.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-644487 Facebook Website

  • Piasau Nature Reserve, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Piasau Nature Park

#1 Visitor Centre (Administration Office)

  • Isnin-Jumaat
    • 8 am – 5 pm

#2 Interpretation Centre

  • Isnin – Jumaat
    • 9 am – 3 pm
  • Weekend & Public Holiday
    • 9 am – 5 pm

#3 Main trail,jogging path,cycling path,Jimmy Trail,Community Trail

  • Setiap hari
    • 6.00 am – 6.30 pm

  • Percuma


20. Pantai Bungai

pantai menarik di miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika pantai-pantai menarik di Miri yang dekat dengan bandar seperti Luak Esplanade & Pantai Tanjung Lobang belum cukup memuaskan hati anda untuk berlibur, apa kata anda terokai pula keindahan yang terdapat di Pantai Bungai. Pantai ini agak jauh & terletak di Bekenut, sekitar 50 km dari Bandar Miri. Jika anda backpacking atau bercuti di Miri dalam tempoh yang lama, bolehlah ambil peluang untuk berkunjung ke Pantai Bungai.

Pantai Bungai bukanlah seperti Pantai Tanjung Lobang yang mempunyai banyak pilihan penginapan hotel di sekeliling. Jika anda berhasrat bermalam berdekatan Pantai Bungai, hanya terdapat homestay yang diusahakan oleh penduduk setempat. Dari segi kecantikan, tidak dinafikan Pantai Bungai juga setara dengan pantai-pantai menarik di Miri yang lain. Bahkan, suasana di sini juga lebih terasa privasi & menenangkan kerana pantai ini bukanlah destinasi tumpuan utama pelancong yang bercuti di Miri.

Suasana Pantai Bungai sangat mendamaikan & mempunyai kemudahan asas yang lebih memadai untuk pengunjung yang bertandang ke sini. Terdapat kawasan parkir kereta, taman rekreasi tepi pantai, taman permainan kanak-kanak & sebagainya. Destinasi pantai ini sebenarnya bersambungan dengan Pantai Peliau, yang juga merupakan salah satu tarikan pelancong yang bercuti di Bekenut. Pantai Peliau & Pantai Bungai ini akan menjadi tumpuan penduduk setempat terutamanya pada hujung minggu untuk riadah petang & mandi manda di pinggir pantai.

Jika anda kaki fotografi, cubalah rakam gambar panorama sunset di sini pula yang menjanjikan tarikan subjek semulajadi di sekeliling yang pasti tidak akan mengampakan anda. Selain itu, Pantai Bungai juga terletak berdekatan dengan satu lagi tempat menarik di Bekenut yang sangat popular iaitu Tusan Cliff Sarawak, iaitu bukit batu yang menyerupai kepala seekor kuda yang sedang meminum air laut. Jika anda berhasrat ke Pantai Bungai ini untuk santai-santai, jangan lupa untuk singgah & melihat keunikan binaan bukit batu ini yang terletak di pertengahan perjalanan serta kira-kira 13 km dari sini.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Pantai Bungai, Kampung Bungai, Bekenu, Sarawak

  • 24 jam ( pantai awam terbuka)

  • percuma ( pantai awam terbuka)


21. Pantai Bakam

pantai hawaii miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok bukan bercuti di Miri ? Terdapat banyak destinasi pantai menarik yang boleh anda terokai dengan mudah. Satu lagi destinasi pantai popular di Miri adalah Pantai Bakam atau pun juga dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai Pantai Hawaii. Lokasinya pula hanya kira-kira 10 km dari Airport Miri. Jika anda menginap di hotel berdekatan Airport Miri dalam tempoh yang agak lama, bolehlah terokai destinasi pantai ini pula. Landskap Pantai Bakam bukanlah seperti di Luak Esplanade yang mempunyai kemudahan asas seperti dataran, taman permainan & juga medan selera.

Destinasi Pantai Bakam merupakan pantai yang boleh dikatakan hanya popular di kalangan penduduk setempat & tiada kemudahan untuk pelancong seperti tandas awam, dataran atau taman permainan kanak-kanak. Di sepanjang pesisir Pantai Bakam mempunyai begitu banyak rimbunan pokok-pokok kelapa yang sangat tinggi & menaikkan lagi seri destinasi ini sebagai pantai yang masih tidak terusik dek arus kemodenan. Tidak hairanlah penduduk setempat menamakan pantai ini sebagai Pantai Hawaii. Jika anda teringin bersantai atau bergambar di kawasan pantai yang masih lagi asli seperti kawasan desa bagaikan di Hawaii Beach, cubalah berkunjung ke Pantai Bakam pula.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Pantai Bakam, 98000 Miri, Sarawak

  • 24 jam ( destinasi pantai awam terbuka)

  • percuma ( destinasi pantai awam terbuka)


22. Gunung Murud

gunung murud miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika di Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu, di Sarawak pula terkenal dengan Gunung Murud. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak & yang ke-4 tertinggi di Malaysia. Jika anda seorang kaki hiking, cubalah tanam impian untuk menawan puncak tertinggi di negeri Bujang Senang ini pula. Dengan ketinggian 2423 meter dari aras laut, sudah tentu ianya bukan destinasi pendakian yang disyorkan untuk semua orang terutamanya yang masih berjinak-jinak dengan dunia hiking.

Tidak dinafikan, pendakian menuju ke puncak memerlukan stamina & daya tahan mental yang tinggi. Ini kerana, mahu tidak mahu, perlu mendaki & melalui denai hutan yang sangat mencabar dengan pelbagai aktiviti fizikal seperti memanjat akar kayu, meniti titian, mendaki tangga yang curam & sebagainya. Selain itu, tempoh menawan puncak Gunung Murud juga bukannya dapat direalisasikan dalam tempoh sehari & memerlukan masa antara 2-3 hari.

Permulaan pendakian bermula di Lepo Bunga yang memerlukan para pendaki menaiki pacuan 4 roda dari Ba’kelalan untuk sampai ke sini dalam masa 2 jam. Bayangkan, untuk ke lokasi camp site pertama iaitu Kem Gereja sudah menjangkau masa 4 jam lamanya. Lazimnya, destinasi ini menjadi tempat bermalam pertama sebelum meneruskan pendakian pada keesokannya ke check point seterusnya di Kebun Batu & juga summit attack di puncak Gunung Murud yang mengambil masa 4-5 jam.

Untuk ke sini, pengunjung perlu menaiki pesawat dari Miri menuju ke Lapangan Terbang Ba’kelalan yang terletak berdekatan sempadan Indonesia. Terdapat beberapa hotel berdekatan Airport Ba’kelalan yang boleh anda bermalam sebelum memulakan pendakian di Gunung Murud pada awal pagi.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Gunung Murud, Limbang, Sarawak

  • Tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan


23. Gunung Mulu

gunung mulu miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gunung Mulu merupakan puncak kedua tertinggi di Sarawak selepas Gunung Murud pada ketinggian 2376 m & terletak di dalam Taman Negara Mulu. Selain Gunung Mulu terdapat 2 gunung lain yang juga merupakan sebahagian daripada Taman Negara Mulu iaitu Gunung Api & Gunung Benarat. Walaupun Gunung Mulu ini merupakan puncak kedua tertinggi, tetapi cabaran menawan puncak Gunung Mulu lebih mencabar berbanding Gunung Murud. Cabaran trek sepanjang sekitar 21 km di sini memang sangat menguji daya tahan fizikal pendaki terutamanya dari Kem 4 ke kawasan puncak Gunung Mulu. Ini kerana, pendaki perlu banyak menggunakan tali untuk mendaki & memanjat akar-akar pokok yang sangat curam serta berisiko tinggi.

Seperti juga ekspedisi menawan Gunung Murud, pendaki yang berhasrat ke puncak Gunung Mulu perlukan tempoh masa yang lama antara 4-5 hari. Terdapat 4 camp sites yang perlu diterokai terlebih dahulu sebelum sampai ke puncak Gunung Mulu. Perjalanan dari satu kem ke kem juga agak jauh & memenatkan. Apa yang pasti, setiap laluan di sini pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru & menjanjikan keindahan flora fauna di kepulauan Borneo yang sungguh mengasyikkan. Jika Mossy Forest di Cameron Highlands sudah membuatkan anda terkesima dengan keindahannya, cubalah pula lihat keindahan hutan berlumut di sepanjang laluan pendakian ke Gunung Mulu pula, terutamanya antara Kem 3 sehingga ke puncak.

Satu lagi destinasi menarik di sini yang dikategorikan sangat unik adalah The Pinnacles, iaitu batuan batu kapur yang tinggi sekitar 45 meter & ianya kelihatan terpacak bagaikan menara. Lokasi The Pinnacles yang terletak di cerun Gunung Api bukanlah satu destinasi pendakian yang mudah untuk pengunjung kerana treknya yang sangat curam. Jika anda seorang yang berjiwa lasak & mempunyai fizikal yang kuat, cubalah mendaki untuk melihat keindahan fenomena The Pinnacles ini yang hanya satu seumpamanya di Sarawak.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Website

  • Gunung Mulu, Mulu, Sarawak

  • Tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan ( lihat di website untuk pakej harga )


24. Taman Negara Loagan Bunut

taman negara menarik miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Negara Logan Bunut merupakan satu lagi destinasi menarik di Miri yang ideal untuk anda melihat keunikan hutan belantara yang terdapat di kepulauan Borneo. Destinasi taman negara ini mungkin bukanlah tempat menarik di Miri yang popular berbanding Taman Negara Mulu atau Taman Negara Niah, namun tetap mempunyai daya tarikan unik yang tiada di destinasi lain. Jika nak tahu, Taman Negara Loagan Bunut ini mempunyai tasik semulajadi yang sangat besar & bersambungan dengan beberapa sungai berdekatan seperti Sungai Baram, Sungai Bunut & juga Sungai Tinja.

Uniknya, antara bulan Februari-Mei setiap tahun, paras air di Tasik Bunut ini akan surut sehinggakan paras 0.5 m – 3 meter. Bahkan, pengunjung boleh berjalan kaki sahaja di beberapa bahagian tasik ini. Fenomena unik ini terjadi ekoran kekeringan air sungai berdekatan yang sekali gus membuatkan tasik ini turut surut sekali. Pada waktu ini, bolehlah anda bergambar & berswafoto untuk menghasilkan foto landskap yang memukau seperti Sky Mirror yang terdapat di Kuala Selangor. Apabila tiba musim hujan, tasik ini akan kembali penuh dengan air & kedalamannya akan naik mendadak sehingga 40 meter.

Hutan simpan yang digazetkan ini mempunyai keluasan sehingga 650 hektar & menempatkan pelbagai spesis flora fauna yang pasti membuatkan para pencinta alam jatuh cinta dengan Taman Negara Loagan Bunut. Jika anda mencari destinasi alam semulajadi di Miri yang unik & menarik, cubalah berkunjung ke sini. Keindahan flora fauna di sini pasti tidak akan menghampakan anda & daya tarikannya juga adalah setanding dengan taman negara di Miri yang lain.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Website

  • Taman Negara Loagan Bunut, 98150 Long Lama, Sarawak

  • Tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan


25. Miri-Sibuti Coral Reef National Park

scuba diving in miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selain kaya dengan khazanah hutan simpan di darat, Miri juga turut mempunyai daya tarikan yang memukau di laut. Jika anda seorang penyelam berlesen, bolehlah pula kali ini menikmati keindahan hidupan marin & terumbu karang yang terdapat di perairan sekitar Miri. Miri-Sibuti Coral Reef National Park mempunyai lebih 40 lokasi tapak penyelaman yang boleh anda terokai dengan mudah. Kawasan menyelam juga bervarisi dari segi tarikan dasar laut & kedalamannya. Tidak kira anda seorang penyelam berlesen amatur atau profesional, sekitar perairan Miri-Sibuti ini pasti mempunyai tapak menyelam yang sesuai dengan kemahiran masing-masing.

Waktu terbaik untuk lakukan aktiviti ini adalah antara Mac-November setiap tahun sebelum atau selepas musim peralihan monsun. Setiap tapak menyelam juga menawarkan tarikan hidupan marin & taburan terumbu karang yang berbeza. Antara kawasan tapak penyelaman yang popular di sini adalah Eve’s Garden, Anemone Garden, Barracuda Point, Tukau Drop Off, Kenyalang Artificial Lift & sebagainya. Rata-rata jarak perjalanan bot dari jeti Miri Marina ke lokasi ini juga berbeza, ada yang sesingkat 15 minit & ada juga sehingga 1 jam lebih lamanya.

Tapak penyelaman yang unik di sini adalah Kenyalang Artifial Lift di mana terdapat kaki pelantar minyak di dasar laut & mempunyai hidupan marin di sekelilingnya yang sangat menarik. Bahkan, ianya juga merupakan tarikan berbentuk artificial lift yang pertama seumpamanya di Malaysia. Lokasi Barracuda Point pula yang terletak kira-kira 45 minit dari jeti merupakan tapak menyelam yang sangat popular di sini untuk kaki selam skuba melihat fenomena pusaran ikan barracuda di dasar laut. Pada kedalaman 25 meter ini juga & jika bernasib baik, anda juga boleh melihat kelibat kuda laut yang merupakan hidupan marin yang sangat ikonik dengan Miri.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Miri-Sibuti, Miri, Sarawak

  • Mac-November

  • Tidak dikhususkan


26. Permaisuri Imperial City Mall

shopping mall miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hari hujan & buntu hendak lakukan apa ? Jangan risau, di Miri terdapat beberapa pusat membeli belah menarik yang boleh anda terokai bersama keluarga untuk memenuhi agenda percutian anda. Salah satu shopping mall di Miri yang disyorkan adalah Permaisuri Imperial City Mall yang merupakan sebuah pusat membeli belah yang masih baru beroperasi beberapa tahun di sini. Pusat membeli belah ini sebenarnya juga bersambungan dengan Boulevard Hypermarket yang merupakan bahagian membeli belah di sini yang sudah lama bertapak di Miri.

Jika anda menginap di Imperial Hotel Miri, boleh terus berjalan kaki ke sini melalui jambatan yang menghubungkan 2 bangunan ini. Destinasi ini menempatkan ratusan lot kedai yang menjual pelbagai produk harian baik dari segi fesyen, gajet terkini, hiburan keluarga & juga restoran menarik untuk menjamu selera. Variasi pilihan makanan di restoran & medan selera di dalam Permaisuri Imperial City Mall juga agak banyak sama ada menu makanan tempatan, Jepun, Korea, western food & sebagainya.

Pilihan hiburan keluarga di dalamnya pula tidaklah terlalu banyak. Terdapat panggung wayang TGV yang mungkin boleh anda habiskan masa ketika bercuti di Miri terutamanya jika hari hujan & membantutkan pergerakan anda untuk melawati tempat menarik di Miri yang terbuka.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-419818 Facebook

  • Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Permaisuri Imperial Mall

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 10 pm

  • percuma ( destinasi membeli belah )


27. Piasau Boat Club

aktiviti menarik miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah kelab yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Jika anda ingin melakukan aktiviti sukan air seperti menyelam, berkanu, windsurfing & berlayar, cubalah lihat tawaran yang terdapat di sini. Lokasi Piasau Boat Club yang terletak di tepi pantai & sangat dekat dengan Bandar Miri membolehkan pelancong lawati destinasi ini dengan mudah sahaja. Walaupun ianya sebuah kelab rekreasi persendirian, namun destinasi ini dibuka awam untuk pelancong berkunjung & melihat keindahan tepi pantai yang terdapat di sini.

Terdapat taman permainan kanak-kanak di tepi pantai yang besar & pasti membuatkan anak-anak anda tersenyum gembira. Sambil bersiar-siar petang bersama keluarga, bolehlah terus menunggu detik emas waktu senja untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam dari sini pula. Selain itu, Piasau Boat Club turut mempunyai fasiliti untuk aktiviti-aktiviti yang bercorak program hari keluarga atau team building. Terdapat kemudahan & pilihan aktiviti outdoor menarik yang boleh anda lakukan bersama teman sepejabat dalam mengisi agenda program anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-640063 Facebook Website

  • Secretary P.B.C., Sarawak Shell Berhad, Locked Bag No. 1, 98009 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Piasau Boat Club

  • Selasa-Ahad
    • 9 am – 9 pm
  • Isnin
    • 12 pm – 9 pm

  • Tidak dikhususkan. Sila semak di website destinasi ini.


28. Bintang Megamall

pusat membeli belah di Miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi destinasi pusat membeli belah di Miri yang tidak kurang popularnya. Konsep tarikan di sini juga sebenarnya sama seperti di mana-mana shopping mall di Miri yang lain. Aktiviti di sini yang boleh pelancong lakukan adalah membeli belah pakaian, aksesori wanita, ‘jalan jalan cari makan’ atau pun menonton wayang di GSC. Walaupun Bintang Megamall merupakan pusat membeli belah yang lebih lama berbanding Permaisuri Imperial City Mall, namun variasi barangan, produk pakaian, gajet elektronik & pilihan makanan di sini juga agak banyak serta boleh mengisi masa terluang anda beberapa jam.

Jika anda kaki shopping, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda terokai selain di Permaisuri Imperial City Mall. Malah terdapat banyak hotel-hotel di sekelilingnya yang mungkin ideal untuk anda bermalam seperti Meritz Hotel Miri, Walk Inn, Boutique Inn & sebagainya. Jika anda buat trip ke Miri bersama rakan-rakan pada waktu musim hujan, disyorkan untuk mencari penginapan berdekatan pusat membeli belah sebegini supaya mudah untuk anda mencari alternatif aktiviti menarik di kawasan tertutup.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-438877 Facebook Website

  • Bintang Megamall, Lot 1264, Jalan Miri Pujut, Bintang Jaya, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Bintang Megamall

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 10 pm

  • percuma ( destinasi membeli belah )


29. Habibi Cake Shop

kedai kek lapis sarawak best miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika melancong ke negeri orang, sudah tentu kita mencari satu produk atau makanan ikonik dengan destinasi tersebut untuk dicuba atau untuk dijadikan ole-ole istimewa untuk keluarga di rumah bukan? Jadi, apa kata anda terokai Habibi Cake Shop yang terletak bersebelahan Miri City Fan Recreational Park untuk mencari kek lapis Sarawak. Dari aspek tradisi, kek lapis Sarawak merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat istimewa di Sarawak terutamanya pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai & sebagainya.

Unik bukan ? Dengan satu menu makanan, ianya menjadi hidangan tradisi semua kaum di bumi Sarawak & tidak hairanlah negeri bertuah ini sering dipanggil sebuah negeri perpaduan. Di Habibi Cake Shop, terdapat pelbagai pilihan kek lapis Sarawak yang sangat cantik coraknya & sangat unik rasanya. Produk kek lapis Sarawak keluaran habibi Cake Shop juga sangat terkenal di Miri & dijamin halal untuk dibeli.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6085-410393 Facebook

  • Habibi Cake Shop, No. 791, Ground Floor, Jalan Bintang Jaya 4, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Habibi Cake Shop

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 7 pm

  • percuma ( destinasi beli belah )


30. Siti Payung Kek Lapis Sarawak

 tempat menarik di sarawak miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika satu kedai kek lapis Sarawak belum mencukupi untuk anda memilih produk yang berkenan di hati, cubalah ke kedai ini pula yang terletak berdekatan Miri Waterfront. Lokasinya sangat mudah diakses & berdekatan dengan banyak hotel popular di Miri. Kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung juga tidak dinafikan merupakan satu lagi jenama yang popular di Miri.

Seperti juga di Habibi Cake Shop, terdapat pelbagai pilihan kek lapis Sarawak yang pelbagai perisa & corak yang sangat cantik serta ideal untuk dijadikan buah tangan istimewa untuk keluarga atau jiran tetangga. Jika anda buntu dengan perisa apa yang paling sedap, usah risau kerana pengunjung yang datang ke sini boleh rasa dahulu sampel sebelum beli. Lebih menarik, jika muatan beg travel anda sudah penuh, anda juga boleh buat tempahan online untuk mereka pos ke mana-mana sahaja lokasi di Malaysia. Sekurang-kurangnya, dapatlah ringankan beban beg galas anda & boleh isi barangan lain yang tiada servis penghantaran di atas talian. Datang ke sini, rasa, beli & suruh mereka pos sahaja.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6016-8702385 Facebook Website

  • Kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung, Jalan Pala, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Kedai Kek Lapis Sarawak Siti Payung

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 9 pm

  • percuma ( destinasi beli belah )


31. Taman Bunga Miri

taman bunga miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda sukakan destinasi yang cantik & dikelilingi dengan keindahan landskap taman bunga, apa kata bawa keluarga berkunjung ke Taman Bunga Miri yang terletak tidak jauh dari Permaisuri Imperial City Mall. Taman Bunga Miri tidaklah terlalu besar seperti taman-taman bunga di Cameron Highlands, namun tetap mempunyai koleksi bunga warna-warni yang sangat menyejukkan mata. Jika berbulan madu di Miri & ingin bergambar di dalam suasana yang romantis, bolehlah ajak pasangan berswafoto di Taman Bunga Miri ini.

Memandang lokasinya di pusat bandar, ianya sering menjadi kunjungan pelancong & penduduk setempat untuk menenangkan fikiran dengan melihat keindahan landskap bunga di sini. Jika ada acara tertentu di sini, destinasi ini juga tidak kurang meriahnya dengan hiasa lampu-lampu warna warni yang membuatkan diri terasa seperti di City of Digital Light, I-City, Shah Alam. Satu tempat menarik di Miri yang percuma & juga menarik waktu malam untuk anda santai-santai sebelum pulang ke hotel untuk berehat. Manalah tahu, jika anda baru beli telefon pintar baru yang canggih & terkini, bolehlah cuba aktiviti fotografi makro dengan mengambil bunga-bunga di sini dari jarak dekat untuk uji kehebatan peranti pintar anda tersebut.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Taman Bunga Miri, Jalan Sylvia, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Taman Bunga Miri

  • 24 jam ( destinasi taman awam terbuka)

  • percuma ( destinasi taman awam terbuka)


32. Muzium Petroleum

muzium petroleum miri sarawak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ada anak-anak yang bercita-cita menjadi seorang jurutera atau geologis ? Apa kata bawa mereka berkunjung ke Muzium Petroleum yang terletak di Bukit Canada, Miri. Jika nak tahu, muzium ini dibuka hasil kerjasama syarikat petroleum yang beroperasi dalam Malaysia untuk mengetengahkan informasi bersejarah berkenaan industri petroleum di dalam Malaysia & juga sebahagian daripada langkah CSR untuk manfaat masyarakat setempat. Almaklumlah, Bandar Miri juga merupakan sebuah kawasan yang menjadi pusat pengeluaran minyak di perairannya & juga tempat penapisan minyak mentah yang terletak di Lutong.

Bahkan dari Bukit Canada ini, anda boleh lihat dengan jelas pelantar minyak yang terdapat di perairan Miri. Muzium Petroleum Miri ini menempatkan pelbagai bahan pameran visual yang berkaitan dengan industri pengalian minyak mentah. Terdapat juga replika pelantar minyak yang menjadi tumpuan utama untuk pengunjung lihat dengan lebih dekat suasana, binaan & teknologi yang digunakan dalam penggalian telaga minyak. Alang-alang sudah sampai di sini, jangan lupa untuk melawat The Grand Old Lady, iaitu sebuah pelantar minyak atas darat yang pertama di Malaysia yang beroperasi sekitar 1910.

Satu tempat menarik di Miri yang sangat disyorkan untuk dijadikan lawatan sambil belajar oleh pelajar atau anak-anak anda sendiri. Sekurang-kurangnya, anak-anak akan dapat informasi & pengalaman berharga berkenaan cabang-cabang dalam industri petroleum. Tahukah anda, terdapat banyak bidang kejuruteraan dalam bidang petroleum seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik & sebagainya. Jadi, secara tidak langsung, anak-anak akan dapat memikirkan bahagian kejuruteraan manakah yang dekat dengan hati mereka, sekali gus bolehlah memasang cita-cita di peringkat awal yang lebih spesifik dalam bidang kejuruteraan.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Muzium Petroleum, Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jalan Oil Well No. 1, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi Muzium Petroleum Miri

  • Selasa-Jumaat
    • 9 am – 4.45 pm
    • Jumaat ditutup sementara antara 11.45 am – 2.15 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 10 am – 4 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket Muzium Petroleum Miri

  • Percuma


33. Miri Marina

water park marina bay miri

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda menginap di hotel sekitar Miri Waterfront atau Pantai Tanjung Lobang, apa kata datang singgah sekejap pada waktu petang di Miri Marina. Miri Marina merupakan kawasan jeti pelabuhan kapal layar & bot mewah yang persis seperti pelabuhan terkenal di luar negara. Lokasinya sangat mudah diakses & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Miri yang lain seperti Coco Cabana & juga Miri Central Park. Jika anda kaki fotografi, destinasi sebegini perlu dimasukkan ke dalam agenda percutian anda di Miri.

Terdapat banyak subjek menarik disekeliling & ditambah pula dengan latar belakang laut yang pasti membuatkan foto yang dihasilkan di sini tampak sangat memukau bagai di Paris. Jika ingin foto lebih menarik, datanglah waktu senja ketika matahari terbenam. Jeti ini juga sangat terkenal di kalangan kaki scuba diving kerana dari sinilah mereka akan menaiki bot & menuju ke tapak penyelaman yang terletak di perairan dari Miri – Sibuti.

Anda sukakan aktiviti fizikal yang lasak di air? Apa kata cuba bersuka ria di inflatable water park berdekatan Miri Marina ini & ianya juga merupakan salah satu tarikan terbaru di Miri. Aktiviti permainan ala-ala Ninja Warrior di atas air di sini pasti akan memberi anda satu pengalaman yang menyeronokkan bersama rakan-rakan. Jika anda berhasrat menganjurkan team building di Miri, bolehlah pertimbangkan untuk masukkan aktiviti di water park ini di dalam agenda program anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Facebook

  • Miri Marina, 98000 Miri, Sarawak

  • Tidak dikhususkan ( lazimnya waktu petang )

  • percuma ( destinasi jeti )
  • Untuk inflatable water park, semak di facebook.


Begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Miri bukan ? Jika anda seorang pelancong yang suka mencari kelainan, cubalah bawa keluarga bercuti ke Miri. Walaupun ianya terletak di dalam Malaysia, namun kebudayaan & suasana sekelilingnya agak berbeza serta pasti memberikan anda satu pengalaman bercuti yang baru.

Jika sudah sampai di Miri, jangan lupa untuk mencuba pelbagai menu makanan tradisional orang Sarawak seperti mee kolok, nasi lalapan, kasam ikan, pekasam ensabi, midin belacan, kek lapis Sarawak & macam-macam lagi. Miri juga terletak bersebelahan sahaja dengan Brunei & jika anda melancong dalam tempoh yang lama, bolehlah pula terokai Negara Brunei.

Selain itu, Miri juga terletak kira-kira 320 km dari Bintulu. Alang-alang sudah naik flight jauh-jauh dari semenanjung Malaysia, bolehlah pula terokai tempat-tempat menarik di Bintulu. Jalan menuju ke sana juga luas & jika malas memandu, naik sahaja kapal terbang.

Cari Hotel di Miri

Akhir kata, semoga perkongsian destinasi pelancongan di Miri seperti di atas akan membuka mata anda dengan tarikan yang ada di sini. Selamat cuti cuti Malaysia di Miri, Sarawak. Wassalam.

32+ Tempat Menarik di Miri, Sarawak Paling Popular Untuk Pelancong Lawati
4.6 (91.11%) 36 vote[s]


7
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
terbaru terdahulu paling disukai
ASRI
Pelawat
ASRI

Adakah perlu atau tidak kebenaran dari renjer untuk ke gua mulu dan gua niah tanpa guide? Tq

Dominic
Pelawat
Dominic

daftar di pejabat hutan berdekatan pintu masuk taman negara…boleh teroka sendiri je tanpa guide..laluannya walaupun jauh tapi ada penanda arah…

nurul syuhaida saidi
Pelawat
nurul syuhaida saidi

saya mencari homestay yang boleh memasak area kem askar miri (berhampiran airport miri)..kami sekaluarga 10 orang

jika tahu mohon pm sy : 0174415486

nurul syuhaida saidi
Pelawat
nurul syuhaida saidi

saya bercadang nak ke miri 4april 2017 ni 4hari 3 malam
tempat yg mahu dilawati
1. taman awam miri
2. luak bay
3. canada hill
4. miri kraf
berapa jauh ye dari 1 tempat ni

abe
Pelawat
abe

Pasar malam hari apa ya

Belacan miri
Pelawat
Belacan miri

Bermula malam jumaat sehingga malam ahad. . Klau nk stay dcadangkan kwsn tgh Bandar.. sebab nk CRI Mkan.. hehehe.. MCM bintang walk kl

diol
Pelawat
diol

Ada bykn permainan sungai dan laut agar lebih ramai pelancong yang dtg. Dn bykn kemudahan untk pelancong.