Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Pilihan Homestay Best di Sibu!

Seronoknya pergi bercuti ke Sibu, Sarawak! Adakah anda sedang mencari tempat penginapan yang selesa dan mempunyai banyak kemudahan fasiliti? Jom tengok tujuh pilihan homestay di Sibu yang telah kami senaraikan untuk anda!

7 Homestay di Sibu


 1. H Homestay, Lorong Maludan Barat 2

H Homestay, Lorong Maludan Barat 2

Anda sedang bercuti di Sibu dan nak bawa kucing kesayangan anda bersama, tapi risau kalau dapat homestay yang bukan pet friendly? Jangan risau, H Homestay kan ada! H Homestay ni bukan sahaja pet friendly , tapi juga menyediakan segala kemudahan fasiliti dengan bagus. Owner homestay ini juga seorang yang peramah dengan para pelanggan.

H Homestay yang memperoleh 4.7 bintang di Google Review ini mendapat banyak ulasan positif dari pelanggan. Rata-rata pelanggan memuji sikap peramah owner homestay ini yang sering ringan tulang, membantu mereka sekiranya mereka memerlukan sebarang pertolongan. Selain itu, homestay ini juga selesa, bersih dan persekitarannya juga sesuai untuk keluarga.

Alamat: 14B, Lorong Maludan Barat 2, 96000 Sibu, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp H Homestay


2. One Homestay, Lorong Merdeka 18B

One Homestay, Lorong Merdeka 18B

One Homestay ini merupakan salah satu homestay yang terdekat dengan Lapangan Terbang Sibu, jadi mudahlah untuk anda sekiranya anda memilih untuk menginap di sini, bukan? Selain itu, homestay ini juga mementingkan kebersihan dan ramai pelanggan yang memuji tahap kebersihan di homestay ini.

Bukan itu sahaja, di One Homestay ini juga disediakan pelbagai kemudahan untuk para pelanggan, antaranya swimming pool , kawasan parkir kereta, Wi-fi, penghawa dingin, kelengkapan bilik air dan juga dapur. Best, bukan?

Alamat: Lorong Merdeka 18B, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp One Homestay


3. MiCasa 2 Homestay, Pekan Sibu

MiCasa 2 Homestay, Pekan Sibu

Sungguh indah rasanya sekiranya dapat menyewa homestay yang selesa, kemas dan seperti rumah sendiri, bukan? Jom ke MiCasa 2 Homestay, anda pasti berasa nyaman dan berpuas hati sepanjang percutian anda di Sibu, Sarawak. Berdasarkan gambar di atas, jelas sekali dapat kita lihat aura homestay ini sangat welcoming, dan sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

MiCasa 2 Homestay ini yang telah memperoleh 4.6 bintang di Google Review memang terkenal dengan kawasan yang luas, selesa, dan bersih. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan sepanjang mereka berada di homestay ini. Anda juga boleh menyambut hari ulang tahun kelahiran ahli keluarga ataupun rakan-rakan di sini kerana bilik yang luas dan selesa untuk keramaian. Menarik, bukan ?

Alamat: 2A, Lorong Nuri E1, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp MiCasa


4. Victoria Homestay Sibu, Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 32B2

Victoria Homestay Sibu, Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 32B2

Banyak ulasan positif oleh para pelanggan untuk homestay ini, tidak hairanlah Victoria Homestay Sibu ini memperoleh 4.4 bintang di Google Review. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan yang disediakan. Selain itu, kemudahan fasiliti yang disediakan juga banyak, antaranya ialah penghawa dingin, hair dryer, iron, tuala dan high-speed wifi. Siapa yang tak suka, bukan?

Victoria Homestay Sibu juga mempunyai kakitangan yang peramah dan ringan tulang terhadap para pelanggan. Selain itu, lokasi homestay ini juga berdekatan dengan shopping mall, mudahlah untuk anda berjalan kaki ke sana untuk shopping sebelum balik ke rumah!

Alamat: L1A, Lor Tun Ahmad Zaidi Adruce 32B2, 96000 Sibu, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Victoria Homestay


5. HomeStay Sibu Hj.KipLi, Lorong Teku 21G

Jangan risau sekiranya anda bercuti bersama ahli keluarga yang ramai kerana anda boleh menginap di homestay ini, Homestay Sibu Hj. Kipli. Rata-rata pelanggan memberi 5 bintang untuk servis terbaik yang disediakan di sini. Tidak hairanlah homestay ini memperoleh 4.3 bintang di Google Review. 

Antara kemudahan fasiliti yang disediakan di homestay ini ialah penghawa dingin sepenuhnya, dibenarkan memasak, mesin basuh, smart TV, dan penapis air Cuckoo. Bukan itu sahaja, kemudahan kawasan parkir yang disediakan juga luas sehingga dapat memuatkan empat buah kereta. Menariknya, homestay ini khas untuk Muslim, maka anda tidak perlu risau akan kebersihannya. 

Alamat: No.2C, Lorong Teku 21G, 96000 Sibu, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hj. KipLi


6. Sibu Swanhouse Homestay No.2, Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 46

Sibu Swanhouse Homestay No.2, Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 46

Anda mementingkan keselesaan bagi anak kecil anda serta ahli keluarga anda? Sibu Swanhouse Homestay No.2 amat sesuai untuk anda, kerana homestay ini merupakan rumah 3 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air. Selain itu, rumah yang berkonsepkan moden ini turut mempunyai bilik tidur kanak-kanak dengan katil yang dilengkapi dengan tangga dan slide kecil untuk kanak-kanak. Menarik, bukan?

Homestay yang memperoleh 4.2 bintang di Google Review ini juga mendapat ulasan positif dari setiap pelanggan mereka. Harga yang dikenakan pada pelanggan juga dikira murah dan berpatutan berdasarkan kualiti yang disediakan. Homestay ini juga menyediakan fasiliti seperti aircond dan wifi. 

Alamat: Lor Tun Ahmad Zaidi Adruce 46, 96000 Sibu, Sarawak

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sibu Swanhouse


7. Ray’s Homestay, Lorong Rantau Panjang Jaya 5B

Ray's Homestay, Lorong Rantau Panjang Jaya 5B

Anda pasti tidak akan menyesal sekiranya anda menginap di Ray’s Homestay ini semasa bercuti di Sibu, Sarawak! Homestay yang telah memperoleh 4.4 bintang di Google Review ini menyediakan banyak kemudahan fasiliti untuk para pelanggan. Antaranya kawasan parkir yang dilengkapi pagar, high-speed Wi-Fi, water heater, freezer dan bilik tidur yang luas, selesa dan bersih.

Bukan itu sahaja, homestay dua tingkat ini juga sangat selesa untuk kanak-kanak. Jadi, tiada masalah sekiranya anda membawa ramai kanak-kanak bercuti bersama di sini. 

Alamat: No. 7f, Lorong Rantau Panjang Jaya 5B, 96000 Sibu, Sarawak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Ray’s Homestay


Kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk mencari homestay yang sesuai dengan bajet dan kuantiti ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang akan anda bawa bersama untuk bercuti di Sibu kelak. Selain mengekalkan kebersihan homestay, anda disarankan untuk menjaga perilaku sepanjang berada di homestay tersebut agar tidak mengganggu kejiranan. 

Jika anda ingin bercuti ke Dungun, Terengganu, anda bolehlah baca artikel yang kami telah sediakan iaitu, 7 Homestay Dungun yang sesuai untuk keluarga!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x