Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain akan menghabiskan masa untuk bercuti di sini. Percutian bersama keluarga harus mengambil kira aspek penginapan kerana kuantiti yang ramai serta memerlukan tempat parkir kereta yang selesa dan selamat. Di sini kami telah senaraikan tujuh pilihan homestay di Dungun, Terengganu yang sesuai untuk keluarga.

7 Homestay Dungun yang sesuai untuk keluarga!


1. Umi Nor Homestay Dungun, Kampung Balai Besar

Umi Nor Homestay Dungun, Kampung Balai Besar

Anda sedang mencari homestay yang menyediakan dapur? Jom pergi ke Umi Nor Homestay Dungun ini kerana homestay yang memperoleh 5.0 bintang di Google Review ini menyediakan pelbagai kelengkapan fasiliti untuk para pelanggan! Antaranya, TV, penghawa dingin, dapur, dan iron. Sangat sesuai untuk anda yang datang dengan ahli keluarga yang ramai dan mempunyai ramai kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, homestay ini juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti 10 km ke Rantau Abang, 5 km ke Bandar Dungun, 6 km ke Pantai Teluk Bidara dan berdekatan dengan 7Eleven.

Alamat: No 7161, Taman Rakyat Jaya, Kampung Balai Besar, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Umi Nor


2. Homestay Dungun Anjung Nor, Kampung Balai Besar

Homestay Dungun Anjung Nor, Kampung Balai Besar

Bagi anda yang ingin membawa ahli keluarga yang ramai, bolehlah memilih homestay ini. Homestay Dungun Anjung Nor yang telah memperoleh 4.9 bintang di Google Review ini berdekatan dengan pantai. Menarik, bukan? Tempatnya juga selesa, bersih, serta tuan homestay yang peramah dengan pelanggan.

Selain itu, Homestay Dungun Anjung Nor juga memberikan anda pengalaman berharga sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam sebuah banglo unik dan moden di samping mengandungi unsur-unsur tradisional. Sangat sesuai untuk anda yang inginkan suasana harmoni, aman dan damai dan escape dari situasi bandar yang sibuk. Kanak-kanak juga boleh bermain dengan alat permainan tradisional yang disediakan seperti congkak dan tapak kaki gajah serta berenang di resort berdekatan. 

Alamat: Lot 9655, Kampung Balai Besar, 23000 Kuala Dungun

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Anjung Nor


3. The Su Lenna Homestay Terengganu, Jetty

The Su Lenna Homestay Dungun Terengganu, Jetty

Masih runsing nak pilih homestay yang mana satu? Anda mahukan homestay yang ada kampung vibes? Ayuh ke The Su Lenna Homestay! Persekitaran homestay ini pasti akan mendamaikan anda dek kampung vibes serta keadaan homestay yang kemas, bersih dan selesa.

Anda juga boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan malam di kedai-kedai berhampiran, ataupun anda boleh menggunakan fasiliti kelengkapan dapur yang turut disediakan. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh tuan homestay, di samping beliau juga seorang yang peramah dan baik hati. Pastinya homestay yang memperoleh 4.9 bintang di Google Review ini termasuk dalam homestay list Dungun anda!

Alamat: Lot 4235A & 4235B Jalan Kenanga, Jetty, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Lokasi | Laman web| Ulasan Pelanggan 

WhatsApp The Su Lenna


4. Homestay Dungun Kedai Belakang, Kuala Dungun

Homestay Dungun Kedai Belakang, Kuala Dungun

Jangan terkejut dengan nama homestay ini kerana anda pasti akan suka dengan konsep minimalist dan aesthetic vibes yang ditonjolkan di sini. Homestay Dungun Kedai Belakang ini telah memperoleh 4.6 bintang di Google Review dan rata-rata pelanggan mereka amat berpuas hati dengan pengalaman mereka di sini.

Mana tidaknya, kawasan homestay yang luas ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan besar dan kawasan dalam homestay ini juga luas dan bersih serta selesa. Bukan itu sahaja, sekiranya anda seorang coffee lover, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai kopi yang sedap di sini. 

Alamat: 196 BATU 49, Jalan Besar, Taman Himiran, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Lokasi | Laman web| Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Kedai Belakang


5. TJL Garden Homestay, Jetty

Dungun Homestay TJL Garden Homestay, Jetty

Adakah anda sedang mencari homestay yang mempunyai laman yang luas kerana anda ingin melakukan private event, seperti Family Day? Jika ya, anda perlu ke TJL Garden Homestay ini kerana homestay ini menepati citarasa anda! Homestay ini juga menyediakan banyak kemudahan fasiliti untuk pelanggan mereka, iaitu Astro, Wifi, aircond dan set BBQ.

Homestay ini juga selesa dan rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan pengalaman mereka di sini. Tidak hairanlah TJL Garden Homestay ini memperoleh 4.4 bintang di Google Review! 

Alamat: Lot 1772 Jalan Melati, Jetty, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Lokasi | Facebook| Ulasan Pelanggan 

WhatsApp TJL Garden Homestay


6. 49′ Homestay, Kampung Tanah Lot

49' Homestay, Kampung Tanah Lot

Anda mahukan homestay yang berdekatan dengan pantai? Inilah homestay yang sesuai untuk anda, iaitu 49’ Homestay, yang mana jarak ke pantai hanyalah 3-5 minit berjalan kaki. Homestay ini yang telah memperoleh 4.0 bintang di Google Review juga sesuai untuk anda yang datang bercuti ke Dungun bersama keluarga besar. 

Fasiliti yang disediakan di homestay ini juga pelbagai, seperti Internet, TV, Wi-Fi, penghawa dingin, private entrance, dapur, workspace, iron dan mesin basuh. Menarik, bukan? Rata-rata pelanggan juga menyatakan homestay ini luas, selesa serta tempat parkir beratap yang luas. 

Alamat: 156, Jalan Panglima, Kampung Tanah Lot, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp 49′ Homestay


7. Anggerik Homestay Dungun, Jalan Masjid Lama

Anggerik Homestay Dungun, Jalan Masjid Lama

Anggerik Homestay Dungun ini merupakan sebuah rumah semi-D yang sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar ataupun kecil. Kemudahan fasiliti yang disediakan juga pelbagai, seperti peti ais 2 pintu, mesin basuh automatik, perkakas elektrik dapur dan iron.

Bukan itu sahaja, homestay ini yang memperoleh 4.0 bintang di Google Review juga berhampiran dengan kemudahan ATM/CDM seperti CIMB Bank, Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat, pantai dan tempat tarikan Dungun seperti Pasar Dungun. Mudah, bukan?

Alamat: 42 Taman Sura Jetty 2, Jalan Masjid Lama, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Anggerik Homestay Dungun


Percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan pastinya akan memberi memori terindah bagi setiap orang. Pemilihan tempat penginapan yang best dan selesa juga memberi impak kepada trip anda. 

Jadi, kami harap senarai homestay ini dapat membantu menyerikan percutian anda ke Terengganu! Perlu diingatkan agar anda menjaga kebersihan dan kemudahan fasiliti yang disediakan supaya dapat digunakan oleh orang lain di kemudian hari.

Sekiranya anda merancang untuk bercuti di Kuala Terengganu, jangan lupa untuk membaca artikel yang sudah kami sediakan ini, 10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x