Pantai Rekreasi Teluk Bidara


Hari ni kami singgah sebentar di Pantai Rekreasi Teluk Bidara. Terletak dalam daerah Dungun dan dekat je dengan bandar utama Dungun. Kalau dari bandar Dungun anda boleh melalui Jambatan Dungun yang baru yang terletak di sebelah muara sungai untuk ke sini. Pantai Teluk Bidara sememangnya satu destinasi lepak-lepak di petang hari yang best di Dungun.

Kalau korang dari bandar Dungun, pantai Teluk Bidara ni memang dekat sangat lah.. Kalau dari sini korang kena belok kiri dan menaiki jambatan baru Dungun sebelum sampai ke simpang trafik light ke Teluk Bidara. Senang je nak pergi sana..satu lagi boleh melalui jalan besar dan menuju ke Resort Tanjung Jara. Resort dengan Pantai Bidara ini bersebelahan je.

teluk bidara dungun terengganu

Perjalanan ke Pantai Teluk Bidara ni kena melalui kampung2 dan banyak juga simpang dia…nasib baik di setiap simpang ada signboard…mudah sket !!

tempat lepak pantai bidara

Kalau dari atas bukit kat sini, ni lah dia view..memang cantik boleh tengok pantai ni dari sudut yang tingggi…Pondok dalam gambar tu memang terbaiklah untuk tengok keseluruhan pantai kat sini..

bercuti dungun pantai menarik

Panjang juga pantai Teluk Bidara ni…sampai ke hujung sana..kalau nak jogging atau berkuda ni memang best…kat sini ada 2-3 gerai yang buka..taklah sebanyak di Pantai Kelulut atau Teluk Ketapang tapi boleh lah kan kalau setakat nak beli air dan keropok goreng…menu wajib kat pantai Terengganu…

jalan jalan dungun terengganu

Kalau dari pondok ni ke arah sebelah kanan korang, ada tandas dan playground…fasiliti asas memang ada kat sini kalau korang rasa nak tanam body dalam pasir ker, nak main2 air sampai basah ke…tempat salin memang ada.

hotel menarik teluk bidara

Kat sini ada rumah api nun di atas bukit..Korang takleh naik sebab jalan dia bertutupp…kalau boleh naik best jugak tu kan…

pantai dungun yang cantik

Pasir kat sini memang putih dan air dia masa ni tenang jer….cuaca pulak masa ni cantik..nasib baik tak hujan..kalau nak ikutkan time kami pergi ni musim tengkujuh…

tempat berkelah best di dungun

Kalau di sebelah kanan, korang boleh nampak Pulau Tenggol…tak jauh pun…air laut pulak jernih..kalau nak ikutkan signboard memang tak boleh mandi…tapi ada jer orang mandi kat sini…mungkin sebab cuaca cantik kot….apa lagi..kami pun terjun skali lah kan…ckp banyak tak guna…

lepak petang menarik dungun

Sudah penat main air dan berkejaran di gigian pantai macam cite hindustan..kini bolehlah makan2 kopok dan minum air…sebelah petang orang makin ramai dan happening…terbaiklah kalau nak rasa nak lepak dan main air…kalau line clear boleh mandi.. :)

Good bye Pantai Teluk Bidara, perjalanan kena diteruskan mencari tempat2 menarik di Terengganu ni. Koordinat Pantai Teluk Bidara.  lat/lng: 4.783682,103.437318. Selamat cuti cuti di Terengganu !


3
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
newest oldest most voted
Zul
Guest
Zul

Banyak kes pecah cermin kerete

daun bidara
Guest
daun bidara

sebuah rekreasi yang menyenangkan.