Pantai Air Tawar


Pantai Air Tawar yang terletak di Besut ini merupakan salah satu tempat rekreasi tepi pantai yang agak menarik untuk dikunjungi kalau anda melalui Jalan Pantai Terengganu-Kelantan. Walaupun nama pantainya ‘Air Tawar’ namun tidak bermakna air lautnya tawar, masih juga masin seperti di pantai lain.

Simpang masuknya terletak di tepi jalan jer. Kalau anda on the way melalui Jalan Pantai Kelantan-Terengganu konfem korang akan jumpa signboard. View kat sini memang cantik. Dari Pantai Air Tawar ni korang boleh nampak Pulau Redang yang tak jauh dari sini. Time kami datang ni dalam pukul 3 ptg dan orang pun tak lah ramai sangat. Kalau korang suka dengan laut kena datang sini tengok keindahan pulau-pulau dari pantai ni.

pantai air tawar terengganu

Pantai Air Tawar ni memang lapang sangat. Kalau korang ada ATV ke atau kuda boleh lah datang sini. Kawasan dia memang panjang dan cantik. Pasir pulak putih melepak dah macam kat Pulau Redang.

tempat rekreasi besut pantai terengganu

Untuk aktiviti beriadah dan melepak, kat sini memang banyak pondok2 yang boleh korang main pondok2 :) Layang2 pun ada jual…Memandangkan pantai Air Tawar ni jauh sket dari bandar-bandar utama jadi orang pun tak lah seramai macam kat Pantai Teluk Ketapang atau Pantai Batu Buruk. Bagi yang suka privacy dan suasana pantai yang tenang, boleh datang sini.

tunggang kuda pantai air tawar

Time kami datang, ada beberapa orang menuggang kuda. Best betol tengok derang ni menunggang kat sini. Kalau lah kawan ada sekor juga kan best !! :)

tempat makan best besut terengganu

Selain tu, Pantai Air Tawar ni ada tempat2 makan seperti medan ikan bakar dan masakan panas. Gerai2 menjual tader lah banyak sangat. Biasanya kami singgah di sini kalau nak makan malam dan juga sebagai destinasi berehat setelah penat memandu dari Terengganu-Kelantan. Lokasi dan koordinat Pantai Air Tawar.  lat/lng: 5.828315,102.567278. Jangan tak simpan koordinat ni kang nanti duk mudar mandir pulak kat sini.

Pantai Air Tawar
4.1 (82.86%) 7 vote[s]


Sila Komen / Kongsi Tips

avatar