Pantai Paka


Pantai Paka merupakan salah satu tempat rekreasi yang best. Kalau korang nak melepak dan berkelah makan tepi pantai boleh lah datang sini. Terletak dalam Daerah Dungun dan dekat je dengan sempadan Daerah Kemaman.

Dari Pantai Paka ni, korang boleh nampak Bukit Bauk yang terletak di Dungun. Bukit Bauk ni port orang berjogging. Kawasan kat sini memang cantik dan bersih. Di sepanjang jalan pesisir pantai Paka ni, memang banyak gerai-gerai yang menyediakan makanan kegemaran orang Terengganu seperti keropok dan celup tepung.

pantai paka kemaman

Memang best makan bebola dan ikan celup tepung tepi pantai ni. Mee sup, mee kari dan masakan panas juga ada di sepanjang pantai ni. Memandangkan Paka ni tempat perindustrian, so kedai makan memang banyak sangat.

makanan menarik pantai paka

Tu dia, pekena air jagung parut kat pantai Paka memang terbaik. Kat sini kalau lepas pukul 5 petang memang ramai orang lepak. Kebanyakannya pekerja-pekerja yang baru balik kerja kat area perindustrian minyak kat sini.

tempat menarik dungun paka

Kalau nak mandi memang tak boleh sebab pantai kat sini ombak dia kuat. Kalau nak bersantai, makan angin, beriadah dengan anak-anak, berjogging dan makan-makan memang sangat best.

tempat lepak best paka

Di sebelah kanan pantai ni, korang boleh nampak kapal-kapal yang sedang berlabuh dekat Kertih Port. Apa lagi, ambik minyak lah bang !! Lokasi dan koordinat Pantai Paka, Dungun, Terengganu: lat/lng: 4.631008,103.441156.  Datang jangan tak datang !

Pantai Paka
4 (80%) 4 vote[s]


Sila Komen / Kongsi Tips

avatar