10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini juga terkenal dengan budaya dan makanan yang sedap. Kemaman merupakan salah satu destinasi percutian yang santai untuk pelancong yang datang ke Terengganu. Tapi, bagi pelancong dari luar mesti tidak tahu kan nak menginap di mana? Jangan risau, jom kita tengok 10 homestay di Kemaman untuk percutian yang santai. 

10 Homestay di Kemaman


1. Medina Homestay Chukai, Taman Suteramas

Medina Homestay Chukai, Taman Suteramas

Medina Homestay Chukai ini mempunyai 3 bilik penghawa dingin dan 2 bilik air. Ianya sangat sesuai dan selesa untuk mereka yang mempunyai keluarga yang kecil menginap di sini. Dilengkapi oleh perabot yang lengkap juga memberi kemudahan kepada mereka yang datang.

Homestay ini juga mempunyai ruang belakang yang luas untuk anda bersama rakan-rakan atau keluarga ber “BBQ” dengan santai. Kebanyakan pengunjung yang datang menyatakan rasa puas hati dengan homestay ini kerana ruangnya yang selesa dan kemas. Jadi, jom tempah penginapan anda di sini!

Alamat:  6023 Taman Suteramas, Jalan Mak Chili, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Medina Homestay


2. Homestay SJTM, Kampung Bukit Kuang

Homestay SJTM, Kampung Bukit Kuang

Sekali tengok, pasti akan tertarik dan jatuh hati untuk menginap di sini, kan? Homestay SJTM ini antara yang menjadi pilihan pelancong yang datang bercuti ke Kemaman kerana rumahnya yang luas dan cantik.

Lokasinya yang strategic dan berhampiran dengan kemudahan menjadikan ianya menjadi rebutan pengunjung untuk menginap. Servis dan layanan yang baik juga membuatkan pelanggan ingin datang menginap lagi di sini jika datang ke Kemaman. 

Selain itu juga, harganya juga berpatutan. Bolehlah anda cuba untuk tempah penginapan anda di sini. 

Alamat:  PT 9954, Jalan Tanjung 4/1, Taman Aneka Jaya 39, Kampung Bukit Kuang, 24000 Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay SJTM


3. Little Blue House Kemaman Guesthouse, Taman Muhibbah

Little Blue House Kemaman Guesthouse, Taman Muhibbah

Uniknya homestay seterusnya ini, namanya sinonim dengan reka bentuk dan hiasan dalamannya. Terletak di Taman Muhibbah Chukai, anda boleh mencari homestay ini dengan mudah kerana luaran rumahnya mempunyai atap yang berwarna biru.

Bila masuk mesti anda akan terpikat dengan warna biru yang menenangkan. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur yang mempunyai hiasan dalaman yang berbeza dan menarik perhatian.

Selain itu juga pengunjung boleh menikmati kemudahan-kemudahan lain seperti wifi percuma, bilik penghawa dingin, TV LCD yang mempunyai NJOI, pengering rambut, tuala dan sebagainya. Mudah kan? Hanya bawa baju sahaja untuk datang ke sini dan berehat sepuasnya selepas penat berjalan di kawasan Kemaman. 

Alamat: 8460, Jalan Belatuk, Taman Muhibbah, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Little Blue House


4. Arni Homestay Geliga, Taman Baiduri Geliga

Arni Homestay Geliga, Taman Baiduri Geliga

Homestay ini juga merupakan salah satu pilihan pengunjung apabila datang ke Kemaman. Homestay yang besar ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Sangat sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga yang besar atau rakan-rakan.

Dilengkapi oleh perabot yang lengkap juga memberi keselesaan dan memudahkan pengunjung yang datang menginap. Menariknya homestay ini, ia berdekatan dengan pantai. Jadi, petang-petang, bolehlah anda ambil angin pantai dan santai bersama yang tersayang. 

Alamat: No 602, Taman Baiduri Geliga, 24000 Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Arni Homestay Geliga 


5. Casa Adelia Studio Chukai Kemaman, Kampung Mak Cili Paya

Casa Adelia Studio Chukai Kemaman, Kampung Mak Cili Paya

Casa Adelia ni merupakan homestay yang agak baru dibuka di Kemaman. Pelanggan yang menghuni homestay ini kebanyakannya gembira dan berpuas hati dengan servis dan layanan dari yang terdapat di homestay ini.

Rumah yang bersih dan kemas ini memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang. Rumah ini juga dilengkapi oleh perabot yang cozy dan cantik. Sesuai untuk anda yang suka melancong dalam bilangan yang kecil.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda ingin membawa keluarga yang besar atau rakan-rakan, anda boleh menginap di studio bersebelahan kerana homestay Casa Adelia ini mempunyai beberapa studio untuk didiami. Menarik bukan? 

Alamat: Lorong Petaling 2, Kampung Mak Cili Paya, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Casa Adelia Studio


6. Iman Solehah Homestay, Kampung Mak Cili Paya

Iman Solehah Homestay, Kampung Mak Cili Paya

Bagi anda yang mempunyai keluarga yang besar, mungkin homestay ini boleh dijadikan pilihan anda bila datang berkunjung ke Kemaman. Kebanyakan pengunjung yang menginap di sini sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Rata-rata pengunjung turut menyatakan hasrat untuk menginap lagi di sini apabila datang bercuti ke Kemaman.

Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang besar dan dilengkapi oleh perabot rumah yang moden dan cantik. Kedudukannya yang terletak berdekatan dengan bandar Chukai memudahkan anda untuk mencari barang keperluan dan makanan sepanjang menginap di sini. Bolehlah masukkan nama homestay ini di dalam senarai penginapan untuk percutian anda nanti. 

Alamat: Taman Persiaran Desa Solehah, Kampung Mak Cili Paya, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Iman Solehah


7. Homestay CikTa Kemaman, Kampung Paya Berenjut

Homestay CikTa Kemaman, Kampung Paya Berenjut

Terletak di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, homestay ini mempunyai 3 bilik tidur sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang kecil. Kebanyakan pelanggan gembira dengan layanan dan servis yang ditawarkan oleh pemilik homestay ini.

Lokasinya juga yang terletak di kawasan yang strategik, iaitu berhampiran dengan pasar malam, masjid dan kedai makan. Ini membolehkan anda untuk keluar mencari makanan yang menarik di area Kemaman. Anda juga tidak perlu risau sekiranya pulang lewat ke homestay ini kerana mereka berdekatan dengan kawasan bandar. 

Alamat: 5120, Taman Banggol Indah, Kampung Paya Berenjut, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay CikTa


8. Zara Homestay Kemaman, Kampung Pengkalan Pandan

Zara Homestay Kemaman, Kampung Pengkalan Pandan

Homestay yang mempunyai 3 bilik penghawa dingin ini juga mungkin sesuai untuk anda yang ingin bercuti ke Kemaman. Rumah yang luas dan berpagar ini mempunyai ciri keselamatan yang mana anda boleh letak kereta anda di kawasan berpagar.

Bukan itu saja, anak-anak juga selamat untuk bermain di halaman rumah tanpa perlu risau jika anak anda bermain di tepi jalan. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah. Anda boleh menghubungi pemilik homestay ini untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk percutian anda. 

Alamat: No. 15294 Taman Pengkalan Pandan 2, Jalan Pengkalan, Kampung Pengkalan Pandan, 24000 Chukai, Terengganu

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Zara Homestay


9. Yasmeen Homestay Kemaman, Kampung Pengkalan Pandan

Yasmeen Homestay Kemaman, Kampung Pengkalan Pandan

Jika anda mencari homestay yang murah dan simple, mungkin homestay ini boleh menjadi pilihan anda. Terletak di Chukai Kemaman, homestay ini agak besar dan selesa untuk menginap. Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Sesuai untuk mereka yang inginkan percutian bajet dan boleh menjimatkan wang.

Bilik yang kemas dan pelbagai jenis katil membolehkan anak anda tidur dengan selesa jika anda datang bercuti bersama keluarga. Di samping itu, lokasinya yang terletak berdekatan dengan bandar Kemaman memudahkan anda untuk akses membeli barang keperluan semasa percutian. 

Alamat: PT 15564, Jalan Pengkalan Pandan Lama, Kampung Pengkalan Pandan, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Yasmeen Homestay


10. Damai Homestay, Q Residence

Damai Homestay, Q Residence

Homestay seterusnya adalah Damai Homestay yang juga terletak di Chukai, Kemaman. Homestay 2 tingkat ini sangat besar dan selesa untuk didiami bagi pengunjung yang datang. 

Bukan itu sahaja, ada pengunjung yang memberi respon bahawa rumah ini boleh dijadikan sebagai salah satu tempat pilihan perkahwinan. Hal ini kerana ruang dan laman yang besar serta mempunyai rumput karpet yang cantik. Wahh, seronok kan?

Untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar atau mahu buat team building, anda boleh jadikan homestay ini sebagai pilihan utama. Apa tunggu lagi, tempah homestay anda sekarang sebelum terlambat. Harganya juga berpatutan! 

Alamat: Q7 Q Residence, Lorong Aman 2, 24000 Chukai, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Damai Homestay


Berikut merupakan senarai 10 homestay di Kemaman untuk percutian yang santai. Jika ingin bercuti, jangan lupa bawa kelengkapan supaya ianya tidak merosakkan mood percutian anda apabila sampai ke destinasi. 

Tempat penginapan sudah pun ada, anda mungkin ingin menyewa kereta di kawasan Kemaman atau Terengganu pula, kan? Anda boleh layari artikel Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT untuk mula mencari!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di...

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat...

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...

Pantai Kemasik – Siapa Datang Ganu WAJIB Mai Sini

Pantai Kemasik yang indah, bak berada di pantai cantik luar negara masih lagi tak mendapat sambutan oleh rakyat seluruh Malaysia. Memang ramai penduduk setempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x