Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru memang agak jauh bukan? Malah, dengan menaiki bas ekspress ataupun kapal terbang, dapatlah juga anda berehat panjang dalam perjalanan sebelum memulakan pengembaraan anda di Kuala Terengganu. Untuk kemudahan anda bergerak ke tempat menarik, sebaiknya sewa kereta di Kuala Terengganu yang menawarkan kadar harga sewa murah tetapi kondisi kereta yang bagus. Baru puas hati!

Tidak dinafikan, ramai pelancong luar yang pertama kali bercuti di Kuala Terengganu akan culture shock seketika kerana rata-rata tidak menjangkakan yang jalan raya di Kuala Terengganu tiada masalah trafik yang ‘parah’ seperti di KL atau MRR2. Justeru, menerokai tempat menarik di KT dengan memandu kereta sendiri lebih menyeronokkan daripada menggunakan kenderaan awam.

Almaklumlah, sistem pengangkutan awam di Kuala Terengganu bukannya seperti di KL atau Selangor yang ‘rancak’ setiap masa. Untuk menjimatkan masa ketika makan angin di KT, disyorkan untuk anda sewa kereta & pandu sendiri. Kadar harga pun berpatutan & yang paling penting, masa anda tidak terbuang begitu sahaja dek kerana menunggu kenderaan awam yang kadang-kadang boleh ambil masa terlalu lama.


Delivery Kereta Sewa Terengganu di Airport Kuala Terengganu/ Terminal Bas KT / Jeti di KT

kereta sewa kuala terengganu airport kt

Salah satu servis kereta sewa kereta di Kuala Terengganu yang paling popular & paling disyorkan untuk anda adalah KeretaSewaGanu.com. Syarikat kereta sewa Terengganu ini sudah beroperasi sejak tahun 2013 & telah menerima ratusan pelanggan dari dalam serta luar negeri yang rata-ratanya memberi feedback yang sangat bagus.

Buktinya? Anda lihat sahaja kepada ulasan yang mereka terima di Facebook atau pun di Google, sangat cemerlang. Logik akalnya, kalau sudah beroperasi selama lebih 6 tahun & bisnes sentiasa berkembang, sudah tentu servis mereka bagus bukan?

Kereta Sewa Ganu (KSG) juga turut menawarkan servis penghantaran/delivery kereta sewa anda di mana-mana lokasi di dalam Bandar Kuala Terengganu, Daerah Marang & juga Kuala Berang. Antara lokasi kegemaran yang menjadi permintaan tinggi pelancong luar untuk penghantaran kereta sewa adalah;

  • Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Airport Kuala Terengganu di Kuala Nerus)
  • Terminal Bas Kuala Terengganu (Stesen Bas MPKT)
  • Hotel/homestay di Kuala Terengganu/Marang/K. Berang
  • Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu (Jeti ke Pulau Redang / Perhentian)
  • Jeti Marang (Jeti ke Pulau Kapas)

Pendek cerita, di mana-mana lokasi dalam Bandar Kuala Terengganu, Daerah Marang & Kuala Berang, KSG ada buat penghantaran kereta sewa untuk pelanggan.

review kereta sewa terengganu
sumber gambar: KeretaSewaGanu Fanpage

Sewa Kereta di Terengganu Harga Serendah RM60 / sehari?  Biar BETUL?

Sudah tentulah, sebagai pengguna, kita inginkan servis kereta sewa di Kuala Terengganu yang paling murah, kereta sewa terjaga & paling berbaloi bukan?

Sifir dia mudah sahaja. Yang berkualiti tinggi mestilah kena bayar lebih…

Sekiranya anda inginkan sewa kereta di Kuala Terengganu yang mewah atau eksklusif seperti Mercedes, BMW atau pun Lexus, Kereta Sewa Ganu BUKANLAH jawapannya. Sebaliknya, jika anda mahukan kereta sewa di Kuala Terengganu dekat airport/stesen bas yang harga BAJET & MURAH, KeretaSewaGanu adalah jawapan yang paling tepat.

Percaya atau tidak, kadar sewa kereta anda boleh jatuh kepada RM60/ sehari sahaja sekiranya sewa Perodua Kenari selama seminggu.

Jika anda sewa Perodua Kenari dalam 1-2 hari, harganya hanyalah RM 80 / sehari & kalau anda sewa Perodua Kenari 3-6 hari, harganya jatuh RM 70 / sehari.


Berbaloi ke Sewa Kereta Perodua Kenari di Kuala Terengganu?

sewa kenari kuala terengganu
pelanggan KSG yang berkeluarga & pernah sewa kenari. Sumber: KSG

Apa kelas sewa Perodua Kenari… Kereta model lama…baik sewa Myvi ke, Alza ke atau pun Proton Saga BLM ke.

Jangan cakap macam tu, walaupun Perodua Kenari ini merupakan model kereta Perodua yang lama, tapi masih best untuk dipandu.

Lebih secured lagi, sekiranya kereta yang kita sewa dengan KeretaSewaGanu ini rosak secara tiba-tiba di mana-mana lokasi dalam Bandar Kuala Terengganu, mereka boleh sampai dalam masa kurang 30 minit (walaupun pukul 3 pagi).

Lebih menarik, mereka juga akan gantikan dengan kereta sewa yang lain atau, sekiranya anda tidak puas hati, boleh minta full refund.

Pengalaman Sewa Kereta di Kuala Terengganu Kali Pertama

Kalau pertama kali bercuti ke Terengganu & tiada sedara mara di sini, kadang-kadang rasa macam ‘takut-takut’ juga bukan? Mujurlah brother kereta sewa di KSG sangat ‘mesra alam’, peramah & selalu menjawab soalan-soalan melalui WhatApps.

Manalah tahu, jika ada kecemasan yang di luar jangkaan kita, sekurang-kurangnya adalah juga kenalan yang boleh kita rujuk di Kuala Terengganu.

Jadi, jika anda bercadang bercuti di dalam Bandar Kuala Terengganu sahaja & dengan bajet yang terhad, Perodua Kenari ini sudah memadai. Minyak pun jimat & paling best di Terengganu ini, tol pun tiada macam di KL.

Tetapi, jika anda ingin mengembara jauh beratus-ratus kilometer, sebaiknya pilih kereta sewa model baharu seperti Perodua Axia atau pun Perodua Myvi.


Kereta Sewa Ganu (KSG) – Servis Kereta Sewa di Kuala Terengganu Yang Dipercayai

Sebenarnya, syarikat kereta sewa ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu sejak tahun 2013 lagi. Masa mula-mula mencari servis kereta sewa yang murah di Kuala Terengganu & yang bagus, memang agak buntu serta sedikit ragu-ragu atau ‘takut-takut’ juga.

Takut-takut juga kalau kena tipu apabila sudah buat bayaran booking deposit, ‘tup-tup’ apabila kita sudah sampai di Lapangan Terbang KT, kereta sewa pula tidak sampai. Maklumlah, zaman sekarang scammers di mana-mana.

Tetapi apabila tengok reviu pelanggan KSG di Fanpage & di Google Maps yang cemerlang, maka secara tidak langsung datanglah keyakinan untuk menggunakan servis kereta sewa di Kuala Terengganu oleh KSG ini.

Menariknya, tempahan kereta sewa juga sangat mudah yang boleh dilakukan di website rasminya sahaja. Boleh terjah di KeretaSewaGanu.com untuk maklumat lanjut.


Sekuriti Deposit Kereta Sewa di KSG

Setiap model kereta mempunyai sekuriti deposit yang perlu dijelaskan oleh bakal penyewa kereta.

Sebagai contoh, anda menyewa Myvi selama seminggu (kadar sewa RM 650) maka, jumlah sekuriti deposit adalah RM 100. Jadi jumlah yang perlu anda bayar ketika mengambil kereta sewa ialah;

  • RM 650 (kadar sewa) + RM 100 (sekuriti deposit) = RM 750 (Jumlah perlu bayar).

Sekuriti deposit RM 100 akan dipulangkan selepas anda memulangkan kereta dalam keadaan baik, tepat pada masanya & bebas daripada sebarang saman.

Sekuriti deposit adalah berbeza mengikut jenis kenderaan & juga tempoh anda sewa kereta.


Penghantaran Kereta Sewa ke Semua Lokasi di Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang

kereta sewa kuala terengganu yang murah
delivery kereta sewa di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Sumber: KSG

Perkhidmatan kereta sewa ini di daerah Marang, Terengganu. Anda boleh datang ke pejabat untuk mengambil kereta sewa atau pun menggunakan servis penghantaran di mana-mana lokasi sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Berang.

Setiap penghantaran mempunyai cas penghantaran yang mana jumlahnya bergantung kepada jarak. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu di Kuala Nerus, Stesen Bas KT atau Jeti Marang, kos penghantaran sekitar RM 20 sahaja untuk:

  • menghantar kereta sewa (RM10 sehala) dan,
  • mengambil kembali kereta sewa (RM10 sehala)

TIPS RAHSIA : Jika anda sewa kereta lebih seminggu, sila nego untuk FREE delivery .

Syarat & Proses Untuk Sewa Kereta di KSG?

Berikut merupakan syarat/dokumen WAJIB yang perlu disediakan sekiranya anda ingin menyewa kereta;

  • 1 x salinan/ fotokopi lesen memandu kereta yang sah & belum tamat tempoh
  • 1 x salinan/ fotokopi kad pengenalan yang sah
  • 1 x salinan/ fotokopi bil utiliti beralamat tempat tinggal yang terkini seperti bil Astro/ bil TNB/bil air.

Anda perlu hadirkan diri untuk menanda tangani perjanjian sewa kereta.

Bilangan Kereta Untuk Disewa Terhad. Booking Dahulu Kalau Sudah Konfem

Memandangkan pakej harga kereta sewa di KSG sangat menarik , sangat bajet & sudah terkenal di Kuala Terengganu, jadi permintaan pelancong untuk menyewa sangat tinggi terutamanya pada hujung minggu, cuti sekolah atau pun cuti hari raya.

Tambahan pula, bilangan kereta sewa di KSG bukanlah sebanyak seperti syarikat gergasi lain, jadi bilangan kereta yang ada juga terhad. Sekiranya anda ingin tempah, anda boleh membayar booking deposit dahulu sebagai ‘tanda jadi’.

Bayaran Booking Deposit / ‘Tanda Jadi’ ini hanyalah bermula RM 50 (Nilai Booking Deposit bergantung kepada model kereta & tempoh sewa)

Kondisi Kereta Sewa Yang Terjaga & Wangi

Di KSG, penyewa boleh memandu kereta sewa tanpa sebarang kerisauan akan berlaku kerosakan yang disebabkan enjin yang terlalu lama & tidak terjaga. Setiap kereta sewa di KSG diservis di pusat servis bertauliah secara berkala bagi memastikan kondisi kereta sentiasa berada tahap yang optimum.

Namun, kita hanya merancang & tuhan yang menentukan. Seandainya nasib kereta sewa anda rosak secara tiba-tiba, usah risau & pening kepala, pihak KSG akan gantikan dengan kereta sewa lain atau pun, wang anda dipulangkan sepenuhnya.

Jaminan diberi & tiada apa yang hendak anda rugikan…

Akhir kata, sekiranya anda mencari kereta sewa di Kuala Terengganu + Delivery di Airport KT/ Stesen Bas KT / Hotel di KT yang…

  • ‘mesra poket’ 95% rakyat Malaysia
  • dijamin bukan scammers
  • syarikat yang berpengalaman 6+ tahun
  • kereta sewa yang diselenggara
  • kereta dibasuh & wangi, penuh gaya
  • tiada cas tersembunyi
  • waktu delivery pagi-malam
  • JAMINAN, kalau kereta rosak ganti baru / full refund
  • banyak pilihan model kereta jimat minyak
  • proses tempahan semudah ABC

Alamat: Kampung Padang Mengkuang, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-23653839

Whatsapp Kereta Sewa Bukit Payung


Selain itu anda juga boleh mendapatkan servis kereta sewa di beberapa tempat sewa kereta yang lain di kawasan Kuala Terenggau dan Kemaman. Lihat sahaja senarai di bawah untuk membuat pilihan.

Kereta Sewa Best Di Kuala Terengganu


1.  Kereta Sewa Kuala Terengganu (KSKT)

Kereta Sewa Kuala Terengganu

Perkhidmatan kereta sewa yang terletak di Kuala Terengganu ini menawarkan harga yang cukup rendah dan berbaloi. Anda boleh sewa untuk setengah hari, sehari ataupun lebih. Mereka menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara pandu sendiri. Selain itu, mereka sedia berkhidmat untuk membuat penghantaran kereta ke lokasi yang diminta seperti di homestay, lapangan terbang, hotel dan lain-lain tempat. Terdapat beberapa pilihan kenderaan yang tersedia. Antaranya ada kereta jenis kecil seperti Axia, Myvi, kereta jenis MPV dan van.

Staf mereka sangat peramah dan mementingkan kepuasan pelanggan. Mudah untuk berurusan dengan mereka. Bagi yang berminat dengan perkhidmatan mereka, boleh segera hubungi nombor di bawah atau pergi ke lokasi mereka di alamat yang tertera.

Alamat: Lot 483, Kampung Pengadang Baru, Jalan Kuala Berang, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 013-3158080

Whatsapp Kereta Sewa Kuala Terengganu


2.  Kereta Sewa Kuala Terengganu Sakinasyahira holiday

sakinasyahira holiday

Sakina Syahira holiday merupakan agensi pelancongan berdaftar yang berpusat di Kuala Terengganu. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kereta sewa dan juga van sewa. Mereka mempunyai pelbagai jenis kereta sewa untuk dipilih mengikut kesesuaian dan kapasiti yang diinginkan. Anda tak perlu risau tentang keselamatan atau keadaan kereta. Hal ini kerana, syarikat mereka memastikan kereta yang akan disewa kepada pelanggan akan dibersihkan terlebih dahulu. Penyelenggaraan kereta juga dilakukan secara berkala bagi menjamin kereta yang selamat untuk pengguna. Harga kereta sewa mereka sangat berpatutan dan boleh mendapatkan potongan harga sekiranya sewa lebih lama.

Selain itu, mereka menawarkan pakej perkhidmatan pemandu. Lawatan anda ke Kuala Terengganu akan menjadi lebih nyaman dengan menggunakan perkhidmatan ini. Banyak lagi tau perkhidmatan mereka seperti pakej pelancongan, sewa bas persiaraan dan lain-lain. Nak bercuti ke Kuala Terengganu? Hubungi saja Sakina Syahira Holiday!

Alamat: Lot 70, Jl. Kuala Berang, Kampung Gong Kiat, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 9.00pm, Jumaat tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


3.  BOB TRANSPORTATION

BOB TRANSPORTATION

Bagi yang mencari kereta sewa atau van sewa dengan harga bajet, Bob Transportation adalah jawapannya. Mereka beroperasi di sekitar Marang dan Bandar Kuala Terengganu. Anda boleh pilih untuk sewa kereta sahaja atau sewa kereta berserta pemandu. Yang pastinya harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Mereka juga mempunyai perkhidmatan penghantaran dan pengambilan kereta mengikut lokasi yang diminta seperti di lapangan terbang, jeti, hotel atau homestay. Sekiranya anda merancang sewa kereta untuk beberapa hari, usah gusar mengenai harga yang tinggi. Sebab mereka ada menawarkan harga diskaun berdasarkan tempoh anda sewa kereta. Soal keselamatan, kereta sewa mereka akan diselenggara secara berkala mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tempahan boleh dilakukan dengan mudah iaitu Whatsapp sahaja nombor di bawah. Anda boleh lihat katalog atau senarai harga di laman web mereka ataupun di Whatsapp mereka. Hampir semuanya telah tersedia untuk pelanggan mereka.

Alamat: No 50, Jl. Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


4.  Kereta Sewa Wakaf Beruas

Kereta Sewa Wakaf Beruas

Kereta Sewa Wakaf Beruas menyediakan perkhidmatan kereta sewa bagi kawasan Kuala Terengganu dan berhampiran. Bayak pilihan kereta yang tersedia untuk anda sama ada nak kereta jenis kecil atau yang lebih besar. Ada kereta Axia, Viva, Exora, van dan macam-macam lagi. Mereka juga menyediakan perkhidmatan hantar dan ambil kereta mengikut lokasi yang diminta oleh pelanggan. Memang memudahkan urusan pelangganlah mereka ni. Sebab kepuasan pelanggan amat penting bagi mereka.

Banyak pelanggan yang bagi feedback yang baik kepada perkhidmatan mereka ni. Katanya kereta dalam keadaan yang bersih, wangi, staf yang sangat mesra dan peramah. Untuk tempahan kereta sewa dan pertanyaan boleh dilakukan dengan whatsapp melalui pautan di bawah.

Alamat: Jln. Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


5.  Kereta sewa Terengganu SS TEGUH

Kereta sewa Terengganu SS TEGUH

Perkhidmatan kereta sewa dari SS Teguh company beroperasi 24 jam jadi, anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Mereka bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kereta sewa, malah ada juga servis pemandu jika pelanggan memerlukan. Kalau anda tak tahu jalan di Kuala Terengganu atau ingin pemandu untuk sebarang urusan, boleh hubungi mereka untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dari mereka.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, mereka pasti sudah siap sedia memberikan perkhidmatan kereta sewa kepada anda. Sebarang urusan tempahan dan pertanyaan boleh dilakukan di Whatsapp. Mudah dan pantas!

Alamat: 7729 Q, Kg Manir, 21200 Kuala Terengganu

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


Kereta Sewa Best Di Kemaman


6.  Kereta Sewa Chukai Kemaman 

Kereta Sewa Chukai Kemaman 

Individu, korporat atau pengunjung luar negara yang ada urusan atau percutian di Kemaman boleh menggunakan perkhidmatan dari Kereta Sewa Chukai Kemaman. Mereka mempunyai kadar sewa secara harian, mingguan dan bulanan yang berpatutan. Sekiranya anda memerlukan kenderaan untuk penumpang yang ramai, anda boleh sewa van. Mereka juga menawarkan pakej sewa van berserta pemandu khusus bagi anda yang ingin bercuti sekitar Kemaman tapi tidak tahu jalan sekitar. Jika ada yang menginginkan kereta sewa dari luar negara seperti dari Korea, anda boleh dapatkannya di sini dengan pakej harga yang murah dan berpatutan. Boleh feeling la gitu!

Bagaimana nak buat tempahan? Whatsapp mereka segera untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Alamat: 1305, Lorong Kampung Besut 3, Kampung Besut, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 10.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


7.  Kereta Sewa Kemaman

Kereta Sewa Kemaman

Kepada yang berminat ingin percutian dengan kereta bergaya tapi dengan harga bajet, anda boleh sewa kereta dengan kereta sewa Kemaman. Mereka ada pilihan kereta transmisi auto dan manual. Pilih saja mengikut keselesaan anda. Kenderaan mereka diselenggara secara berkala bagi memastikan keselamatan kepada pengguna. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta ke beberapa tempat yang berdekatan mengikut terma dan syarat.

Para pelanggan mereka sebelum ini berpuas hati dengan servis dan layanan mesra yang diberikan oleh staf Kereta Sewa Kemaman. Tiptop, terbaik dan ramah. Mudah saja nak berurusan dengan mereka. Kalau anda ingin buat tempahan atau nak bertanyakan sebarang kemusykilan, Whatsapp saja nombor di bawah. Anda akan dilayan secepat mungkin.

Alamat: Jalan Nangka Lot 2080-A, Kampung Air, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


8.  Kereta Sewa Green Matrix Chukai

Kereta Sewa Green Matrix Chukai

Green Matrix Chukai merupakan antara cawangan syarikat kereta sewa Green Matrix Enterprise Travel & Tours. Cawangan mereka telah berkembang hampir ke seluruh Malaysia. Servis mereka adalah terbaik, mesra dan sangat memuaskan. Tidak hairanlah begitu banyak pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Green Matrix ni. Mengenai keselamatan dan keselesaan kereta, anda tidak perlu risau. Hal ini kerana, mereka akan memastikan kereta dalam keadaan yang baik dengan melakukan pemeriksaan kereta sebelum diserahkan kepada pengguna.

Kebersihan kereta juga amat dititikberatkan agar sentiasa bersih dan kemas. Harga sewa juga amatlah berpatutan dan banyak pilihan kereta yang disediakan. Segera hubungi mereka untuk buat tempahan kereta sewa.

Alamat: Suteramas, Lot No. 5726, 1st Floor Jalan Susur Suteramas Taman, Jalan Mak Chili, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin -Ahad 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

4.2/5 - (133 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pulau Warisan (I-City Terengganu)

Mercu Tanda Baru Terengganu iaitu Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai i-City Kuala Terengganu.  Persoalannya, adakah ianya sehebat i City di Shah Alam? Nak tahu...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera...

Taman Tamadun Islam Terengganu – Destinasi WAJIB di KT

Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man...

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir – Memang PIOR

Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung...

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni terletak dekat dengan Airport Telaga Batin (Airport Sultan Mahmud), Kuala Terengganu. Kalau di bandar KT ada Pantai Batu Buruk yang juga...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mazlan
Mazlan
4 years ago

hari raya puasa 2019 ni ada kosong lagi ke ?

Nur Izzati
Nur Izzati
5 years ago

cuti sekolah hjung tahun ada lagi x sewa myvi? sy nk sminggu..antar airport

Kereta Sewa Ganu
5 years ago
Reply to  Nur Izzati

ada sis, untuk tempahan boleh whatsapp saya di 011-2365 3839 atau layari keretasewaganu.com ye.. :)

Zainab
Zainab
5 years ago

cuti raya ada buat promosi x?

Kereta Sewa Ganu
5 years ago
Reply to  Zainab

ada..boleh wassap nombor di atas utk tempahan awal..

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x