25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular samaada kuih muih, lauk pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu dalam senarai di bawah turut disertakan dengan tempat dan restoran mana yang boleh anda pergi untuk mencari makanan-makanan tradisional orang Terengganu.


Ada juga beberapa jenis makanan tradisi Terengganu yang juga ada di Kelantan. Contohnya nasi dagang, di Terengganu nasi dan kuahnya memang berlainan rasa daripada nasi dagang Kelantan. Apa-apa pun, senarai di bawah merupakan nama makanan di Terengganu yang memang semua orang tahu dan menjadi makanan harian.


11 Jenis Lauk & Makanan Tradisional Terengganu

1. Keropok Lekor

keropok lekor terengganu resepiMakanan yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu.

Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir. Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.


2. Nasi Dagang

lauk pauk tradisional terengganuNasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.

Kalau di Kuala Terenggau, antara kedai makan yang popular dengan Nasi Dagang Terengganu ialah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah dan juga Nasi Dagang Kak Pah di medan selera Batu Burok. Kalau di Dungun, salah satu kedai yang sedap nasi dagangnya ialah di Warung Pak Din.


3. Nasi Lemak Ikan Tongkol

nasi lemak ikan tongkol terengganuNasi lemak saya sendiri tidak tahu asal usulnya dari mana. Bahkan di Indonesia pun ada nasi lemak cuma lebih dikenali dengan Nasi Udok.

Namun di Terengganu, hidangan lauk selera di sini ialah sambal ikan tongkol atau lebih dikenali di Terengganu sebagai ‘sambal ikan aya’.


4. Ketupat Sotong

nasi lemak ikan tongkol terengganuMasakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. Hidangan Ketupat Sotong kebiasaanya di makan dengan nasi putih.

Ada juga sesetengah kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai hidangan santai waktu petang hari. Di Terengganu menu lauk ketupat sotong lebih dikenali dengan nama ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’.


5. Ikan Singgang

makanan tradisional negeri terengganuDi sesetengah negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk pindang. Namun kalau di Terengganu mahu pun Kelantan, lauk berkuah jernih ini lebih sinonim dengan nama singgang. Asas protein untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong dan ada juga menggunakan daging lembu.

Kalau setiap hari raya korban, singgang daging menjadi menu wajib di kebanyakan masyarakat orang Terengganu.


6. Laksa Terengganu

laksa negeri terengganu menarikSeperti juga di negeri lain, menu laksa di Terengganu mempunyai keunikannya tersendiri terutamanya pada kuahnya. Di sini terdapat 2 jenis kuah yang dikenali dengan kuah putih dan kuah merah.

Kuah putih rasanya lebih lemak dan mempunyai rasa isi ikan yang kuat manakala kuah merah lebih pedas dan berempah.


7. Laksam

laksam terengganu restoran bestLaksam pula dihidangkan seperti laksa di atas dengan pilihan dua jenis kuah dan potongan ulam-ulaman sebagai sayurnya.

Cuma yang membezakan antara laksa dan laksam, mee yang digunakan berbentung gulung dan juga dibuat daripada tepung beras.


8. Otak Otak

otak otak kemaman terengganuOtak-otak di Terengganu memang cukup popular terutamanya di Daerah Kemaman. Memang sudah tersohor makanan otak-otak dan kebanyakan negeri mempunyai resepi dan caranya tersendiri contohnya Johor.

Otak-otak di Terengganu menggunakan isi ikan yang pure dan disaluti dengan rempah-rempah yang agak pedas.

Rasa dan tekstur otak-otak di sini memang lain daripada otak-otak di Johor ataupun di pantai barat.


9. Sata

sata sedap terengganu kemamanSata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang.

Seperti juga otak-otak, ianya diperbuat daripada isi ikan dan dibaluti dengan daun kelapa dalam bentuk kon.

Namun rasa dia memang berbeza daripada otak-otak.


10. Pari Celup Tepung

pari celup tepung terengganuICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung merupakan menu makanan santai yang sangat popular di area Kuala Terengganu dan juga di Besut.

Dan antara jenis ikan yang sering menjadi pilihan penduduk setempat ialah ikan pari celup tepung. Di Kuala Terengganu, area yang popular dengan ICT ialah di Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Mengabang Telipot.


11. Satay Ikan

satay ikan yang sedap terengganuSatay yang diperbuat daripada ikan berbentuk gelembung dimakan bersama sos manis dan sos pedas. Kalau di Kelantan, satay ikan lebih dikenali dengan nama Lok Ching.

Anda boleh dapati ramai penjaja yang menjual satay ikan dengan motosikal dan van lotun di kebanyakan pantai di Terengganu. Kalau di Kuala Terengganu, salah tempat ialah di Pantai Batu Burok atau Pantai Teluk Ketapang.


15 Aneka Manisan & Kuih Muih Tradisional Terengganu

1. Bronok Sagu

bronok sagu terengganuKalau di Langkawi, bronok lebih dikenali dengan binatang laut yang rupanya seperti timun laut dan biasanya dibuat kerabu. Di Terengganu pula, bronok adalah sejenis kuih tradisi yang cukup popular di waktu pagi.

Bronok sagu merupakan sejenis kuih sagu yang dibaluti dengan isi kelapa putih. Ada yang warna merah dan ada sagunya yang warna hijau. Warna tidak memainkan peranan apa-apa.


2. Pulut Lepe

pulut lepea terengganu sedapPulut Lepe adalah nama Terengganu kepada pulut panggang. Berbeza dengan pulut panggang Kelantan yang pulutnya lebih manis, pulut panggang di Terengganu rasanya tawar dan lebih rasa ikan pada intinya di tengah-tengah.

Dibalut dengan daun kelapa dan dibakar dengan arang yang membara, aromanya pasti menambat selera anda.


3. Puteri Mandi

puteri mandi terengganuPuteri Mandi merupakan sejenis kuih yang seakan-akan berlendir dengan sos manis berkelapanya.

Kalau disesetengah tempat dikenali dengan badak berendam. Rasa doh dan kekenyalan kuih adalah sama, kecuali sos atau kuahnya yang berbeza.


4. Ulat Bulu

ulat bulu kuih tradisi terengganuUlat bulu pula merupakan sejenis kuih juga dibaluti dengan parutan isi kelapa muda. Cuma bebola tepung berasnya berwarna hitam dan lebih kenyal. Walaupun nama kuihnya macam ‘miang’ bunyinya, tetapi rasa dia memang sedap dibuat sebagai pemanis dan pencuci mulut.


5. Kayu Keramat

kayu keramat kuih terengganuKayu keramat atau nama tradisinya ‘ Kayu Khhammat’ lebih sinonim dikalangan orang luar dengan nama Char Kuey.

Namun di Terengganu, ianya tidak dimakan dengan sos hijau yang biasa anda jumpa di pasar malam sekitar KL dan Kelantan. Di sini saiznya lebih besar dan lebih tebal dan sedap dimakan kalau dicicah dengan Tea Peng ( Teh Ais)


6. Nasi Kapit Sambal

nasi kapit sambal terengganuMenu makanan pagi yang sangat popular di Terengganu di mana nasi himpit dimakan bersama sambal ikan atau juga sambal kelapa atau lebih dikenali dengan sambal nyor.

Tiada yang berbeza nasi himpit atau nasi kapit di tempat lain. Cuma cara memakan dan pasangan nasi himpit sahaja yang berbeza.


7. Tok Aji Serban

paj aji serban kuih terengganuTok Aji Serban ataupun Tok Aji Serban merupakan sejenis kuih pencuci mulut yang terdiri dari pulut di bawahnya dan sejenis kaya di lapisan atasnya.

Rupanya juga seakan-akan kuih seri muka kalau di sebelah barat, cuma lapisan atas pulut yang sedikit berbeza dengan Tok Aji Serban.


8. Beke Ubi Kayu

beke ubi kuih terengganuKuih Beke ubi kayu ini lebih dikenali di Kelantan dengan nama Tepung Boko dan di sesetengah tempat lain sebagai Kuih Talam.

Kebiasaanya kuih ini diletak dalam talam dan dihiris sekiranya nak dimakan. Makan kuih ini sambil menghirup air kopi panas dikala hujan renyai-renyai memang satu kombinasi yang baik.


9. Bekang Kuah Manis dan Kuah Lemak

kuih tradisional orang terengganuKuih ini memang sangat sangat ikonik dengan terengganu. Tidak seperti beke, ianya tidak dibuat daripada ubi sebaliknya tepu beras. Dan bekang ada dua jenis iaitu yang berkuah manis dan yang berkuah lemak.

Yang berkuah lemak ada rasa-rasa macam isi ikan di dalamnya. Kuih Bekang tidaklah sepopular kuih Tok Aji Serban namun yang boleh dikatakan, kuih ini memang ‘pure dari Terengganu’.


10. Tepung Gomok

tepung gomok terengganu bestSesetengah tempat memanggil kuih ini sebagai kuih buah peluru kerana bentuknya yang bulat seperti peluru meriam ( agaknyalah ).

Tepung gomok diperbuat daripada tepung pulut dan dibaluti dengan debu-debuan tepung untuk mengelak ianya melekat antara satu sama lain. Ada juga sesetengah negeri memanggilnya kuih gomak.


11. Nganang

kuih nganang terengganuNganang atau juga dikenali dengan Menganang merupakan kuih yang rasanya seakan-akan kuih Akok yang popular di Kelantan. Namun tidak seperti akok yang dimasak dalam acuan yang lebih kecil, bentuk kuih nganang ini biasanya dalam bentuk seperti kek yang lebih besar.

Terdapat beberapa jenis kuih nganang seperti telur, kacang, beras dan pandan. Kalau yang kaler hijaunya pula, lebih dikenali dengan nama Kuih Bako.


12. Nekbat Sira

makanan popular di negeri terengganuKuih ini sangat popular di bulan Ramadhan. Bentuknya seperti kuih bahulu tetapi ianya berkuah. Kuahnya pula memang agak manis dan lebih sedap kalau dimakan selepas seharian ditinggal di dalam peti sejuk.

Selain di Terengganu, nekbat sira juga popular di Negeri Kelantan. Asal usul mana kuih nekbat sira ini masih belum diketahui samaada di Terengganu ataupun Kelantan. Untuk resepinya anda boleh rujuk di sini.


13. Rojak Katih

rojak katih terengganuRojak Katih ini merupakan yang kelihatan sekakan seperti lauk asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya masam pedas. Katih pula ialah kaki lembu. Dengan bahasa yang mudah, ianya Rojak Katih = Rojak Kaki Lembu. Bunyinya macam ngeri tapi rasa dia memang sedap.

Mungkin kerana Rojak Katih inilah tagline pasukan bola sepak Terengganu “Peteh Terengganu Peteh” muncul.


14. Karipap Inti Ikan

karipap inti ikan sedap terengganuTidak seperti di negeri lain, negeri Terengganu lebih popular dengan karipap yang berintikan sambal ikan. Kalau waktu pagi memang kebanyakan kedai ada jual kuih karipap inti ikan.

Selain karipap inti ikan, ada juga karipap inti kentang dan daging. Kebiasaanya karipap inti ikan boleh dibezakan dengan bunga di sekeliling dohnya.


15. Asam Guppa

asam guppa terengganuKuih bersagu yang ada inti kacang ditengah-tengahnya dan dimakan dengan kuah putih bersantan. Ada juga sesetengah jenis asam guppa yang tiada inti dan dimakan dengan kuahnya sahaja.

Cara penyedian kuih ini juga agak rumit dan memang agak susah nak cari kuih ini di Terengganu. Kuih Asam Guppa memang popular di Terengganu dan Kelantan terutamanya pada bulan puasa.


Nak ingat makanan Terengganu dengan lebih seronok? Tengok je video di bawah.

Sumber video: Teluk Pasu


Makanan sedap di Terengganu memang banyak, namun apa-apa pun ianya bergantung kepada penilainya kerana setiap lidah adalah berbeza. Kebanyakan kuih muih tradisi ini anda boleh cari di pasar seperti di Pasar Payang, Gerai Kuih di Gong Kapas dan warung-warung yang menyediakan makanan pagi. Semoga perkongsian makanan tradisional Terengganu ini memberi anda idea untuk jalan jalan cari makan di Terengganu kelak. Anda orang Terengganu? Ada lagi cadangan makanan tradisional Terengganu yang tiada dalam senarai di atas? Sila komen nama makanan & tempat yang boleh pelancong cari di bawah. Wassalam.

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR
4.6 (91.88%) 32 votes
SILA SHARE :)

16
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
8 Jumlah Komen
8 Jumlah komen yang dibalas
0 Pengikut
 
Komen paling disukai
Komen paling banyak balasan
terbaru terdahulu paling disukai
Benteng Child
Pelawat
Benteng Child

Peteh = tackle
Kateh = kaki

Dewa Masakan
Pelawat
Dewa Masakan

Gila! Terkejut aku. Apa neh?? Semua makanan2 kat atas tuh asal dari kelantan. Terengganu ni kurang identiti sangat ke atau xdak budaya? Walaupun terengganu dan kelantan adalah negri negri pantai timur, yg mana pengaruh boleh tersebar antara negeri2 masing2 oleh kerana percampuran atau perpindahan, tapi janganlah tetiba mengaku kueh orang dn modified sbg kueh kita. Mknan2 kelantan yg ada di terengganu tu diperkenalkan oleh orng kelantan yang mana budaya dan tradisi yang masuk samada berkahwin atau berhijrah ke pekan2 di… Baca Lagi »

Baha
Pelawat
Baha

Pandi2 mu ni..ada fakta..mana mu tau kropok lekor asal thailand..org thailand yg sndri ckp trgganu tmpt ibu kropok..mn ada trengganu tiru klantan contoh nsi dgang klantan trgganu lain2..tp yg psti budu nsi kerabu n si tumpg memg asal klantan..

Baha
Pelawat
Baha

Kt terengganu la asl kropok lekor..nm sbenar nya ropok getel..sbb org buat kropok tu dia getel..org luar yg pggil kropok lekor sbb kdg ada yg buat pnjg smpi berlekor mcm ubat nyamok..Ko thu x kropok losong tu mcm mana n knapa d namakn kropok losong..dia pendek..n klu yg goreng..dia goreng trus..xmcm kropok goreng yg lain..kropok goreng yg lain rebus dlu..bru goreng..pe la ko ni bro..x layak la lu nm dewa mskn..trgamak ko bg nm dewa mskn..nmpk sgt ko ni..msuk dlm… Baca Lagi »

Baha
Pelawat
Baha

Kropok losong tu..kropok lekor jugak..knapa x dpggil kropok lekor..sbb dia pendek..n nama tempat losong…bukan nya ciplak n ubah suai..ko nk komen kaji dulu wahai dewa masakn..dewa la sgt..chef wan pn x bg nm dewa..

Azir
Pelawat
Azir

Smua kuih-muih tu berasal dri Terengganu.. Tpi org2 Kelantan ciplak resepi tu drp Terengganu Dan buat juga kuih-muih yg sama di Kelantan..
Tpi tuan-puan jgn risau, msih boleh bezakan keasliannya.. Kebiasaannya kuih-muih yg diciplak oleh Kelantan drp Terengganu, kuih-muih drp Kelantan rasanya agak manis.. Tetapi kuih-muih drp tempat asalnya Terengganu, rasanya lemak2 manis dan secukup rasa dlm memelihara keaslian rasa nya..

Wan
Pelawat
Wan

Keropok asal narathiwat
Lok ching-satay ikan asal thailand
Laksam, nekbat, akok, ketupat sotong asal kelantan

Azir
Pelawat
Azir

Smua kuih-muih yg sedap2 berasal drp Terengganu.. Tetapi resepi kuih-muih Terengganu diciplak oleh Kelantan dan dibuat juga di negeri Kelantan..
Tpi kte masih boleh bezakannya lgi..
Kebiasaannya kuih-muih yg dibuat di Kelantan rasanya lebih manis dan tiada keasliannya..
Manakala kuih-muih drp tempat asalnya Terengganu, kuih-muih nya rasa lebih lemak-manis secukup rasa dlm memelihara keaslian rasa asalnya..

Tu perbezaannya..

John
Pelawat
John

yer dok mung….main bubuh jah…..

Baha
Pelawat
Baha

Kropok asal trgganu..laksam nekbat akok nganang ketupat sotong bukn asal klantan..memg asal negeri msing2..sbb nmpk lbh kurg sama tp rasa lain2..cntoh ketupat sotong..klantn mnis..trgganu x mnis..lemak..nsi dgang..warna kuah klantan kuning..trgganu merah..

Bel
Pelawat
Bel

Hehe.. Nk betulkan sikit bahagian tagline pasukan bola Terengganu tu. Peteh dgn katih xde sebarang kaitan.. ‘Peteh’ lebih bermaksud kepada ‘melecek’ bola dlm loghat Terengganu..

luqman
Pelawat
luqman

kalau kat besut sate mmg tersohor tpi dlm ni xde pulak disebut, contohnya kedai sate mastura, lanang, kakmah, ala kajang,

hazwani
Pelawat
hazwani

Sedapnye…saye ore TRG…tp duk perok…jarang je dpt mkn…sbb duk jauh