Tempat Makan BEST di Langkawi yang WAJIB TRY


Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi tidak akan lengkap tanpa mengisi perut dengan makanan-makanan yang sedap. Jom kita lihat beberapa tempat makan best di Langkawi yang boleh anda singgah untuk bersantap.

Selain keenakan makanannya, ada beberapa tempat makan di bawah ini yang dikira agak unik dan susah nak dicari di tempat lain. Unik dari segi makanannya dan juga suasana sekelilingnya yang sesuai dengan destinasi percutian seperti Langkawi.


Nasi Dagang Pak Malau – warungnya simple tetapi ‘view’ dia ‘marbeles’

tempat makan best di langkawi

Bukan setakat ‘view’ sahaja yang ‘marbeles’ di kedai Nasi Dagang Pak Malau, hidangan nasi dagangnya pun tidak kurang ‘marbeles’ dan sedap.

Sekiranya anda mencari tempat makan yang sedap di Langkawi untuk sarapan pagi, jangan lupa untuk singgah di sini.

restoran sedap di langkawiMenikmati keenakan nasi dagang dengan ikan tongkol sambil melihat kehijauan jelapang padi yang luas dan nun di hujung sana pemandangan bukit yang menghijau pasti membuatkan pengalaman makan di sini lebih ‘authentic’ dan klasikal begitu.

Selain lauk gulai ikan tongkolnya, ada juga beberapa lauk lain yang boleh dimakan bersama nasi dagang seperti gulai ayam, daging kerutub, ayam goreng berempah dan juga daging kambing masak kurma.

Pekena nasi dagang di pagi hari bersama kombinasi air kopi ‘O’ panas memang merupakan satu gabungan yang meletup kebam bom ! Satu tempat makan sedap di Langkawi yang paling menarik suasana sekelilingnya.

Lokasi warung Nasi Dagang Pak Malau hanya berhadapan dengan Masjid Kg. Bukit Temin. Dan alamatnya ialah Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Kuah, Kedah, Langkawi.


Hafiz Rojak – Guna van je, tapi masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3

tempat makan sedap pulau langkawi

Bagi yang nak bersantai makan ringan-ringan di tepi pantai, salah satu port yang best ialah di Hafiz Rojak. Memandangkan Hafiz Rojak ini bergerak menggunakan van lotun, anda boleh berjumpa dengan Hafiz Rojak kebiasaannya di pantai di Kuah dan kadang-kadang di Pantai Kok.

kedai makan popular di langkawiPelbagai makanan santai yang sedap dan menarik disediakan seperti rojak buah, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus, cendol dan mee rebus.

Jangan main-main dengan tahap kesedapan laksa dan populariti Hafiz Rojak walaupun ianya bukan sebuah restoran, Jalan Jalan Cari Makan TV3 pun pernah singgah di sini.

Memang jarang-jarang sangat tempat makan yang beroperasi dengan van masuk JJCM TV3.

Apakah rahsia dan ‘X Factor’ yang membuatkan Hafiz Rojak termasuk ke dalam senarai Jalan Jalan Cari Makan di Langkawi agaknya?

restoran menarik pulau langkawi

Kalau anda perhati di van Hafiz Rojak, anda akan melihat bingkai kecil tergantung di atas sebelah cenderahati JJCM TV3 yang menunjukkan Anugerah Laksa Lazat yang pernah dimenangi oleh Hafiz Rojak. Dapat jadi johan tu !

Nak tahu bagaimana kesedapan laksa sang juara yang telah diiktiraf oleh biro laksa-laksa sedunia, kenalah datang singgah di Hafiz Rojak.


Restoran Seashell – Kelainan makan di sawah padi

restoran yang sedap di langkawi

Kadang-kadang kalau bercuti ke tempat orang, kita nakkan satu kelainan yang boleh diselitkan kedalam memori percutian bersama keluarga. Kalau bab makan di Langkawi, salah satu kelainan yang boleh anda cari ialah di Restoran Seashell, sebut betul-betul jangan tergeliat lidah

kedai makan melayu best di langkawi

Di sini anda boleh menjamah makan tengahari ataupun makan malam di tengah-tengah padang padi. Jangan bimbang kerana tempat jalan kaki berkayu yang tinggi dan pondok makan yang berkipas ada tersedia untuk keselesaan pengunjung. Kalau tak suka, boleh jer makan di dalam kedai.

tempat makan menarik langkawiMakanan di sini mempunyai pelbagai aneka masakan Melayu baik makanan berasaskan ayam atau daging mahupun yang ala seafood dan ikan bakar.

Semua makanan dan lauk di sini dihidangkan secara berbuffet dan sedap-sedap belaka. Ada juga menu-menu makanan yang dihidangkan secara berhidang.

Kalau anda orang KL, memang wajib cuba try test, memang tak jumpa tempat makan yang sedap dengan suasana sebegini di KL beb.

Lokasinya terletak di Laman Padi dan berdekatan dengan Muzium Padi di Cenang. Satu tempat makan best di Langkawi yang sangat unik dan ideal suasananya untuk dicuba terutamanya ketika berbulan madu.

Untuk maklumat lanjut dan promosi menarik, anda boleh ke fanpage rasmi mereka.


Kak Yan Nasi Campur – mencuba kerabu bronok & lebih 30 jenis lauk

makan tengahari best di langkawi

Salah satu kedai makan tengahari yang best di Langkawi ialah di Kedai Makan Kak Yan Nasi Campur. Makan lunch buffet dengan pelbagai aneka lauk pauk dan seafood yang dibakar pasti membuka selera sesiapa sahaja yang sampai di sini.

lauk pauk melayu langkawiKalau dikira jumlah buffet yang ada beratur lebih daripada 20 ! Itu tidak termasuk dengan menu lauk lain di atas talam dan pinggan lain.

Antaranya aneka kerabu, aneka ulam-ulaman, ikan bakar, sayuran berkuah, gulai-gulai dan sebagainya.

Memang menjulingkan mata dan perasaan kalau lapar dan berada di sini seperti berada di Bazar Ramadhan pada bulan puasa.

Bagi penggemar masakan ala kampung dan inginkan kepuasan, sangat dicadangkan untuk singgah di Kak Yan Nasi Campur. Antara menu makanan yang sangat unik di sini untuk dicuba ialah kerabu bronok. 

Sekiranya anda tidak pernah mencuba kerabu bronok, datang ke Langkawi mesti cuba makan. Bronok ini merupakan sejenis hidupan laut yang bentuknya seperti gamat ataupun limun laut.

kerabu bronok pulau langkawiTidak seperti gamat, bronok ini lebih kenyal dan hidup di kawasan yang berlumpur di laut. Memang susah nak cari hidupan bronok di tempat lain.

Bronok ini biasanya akan dicuci dan dipotong mentah-mentah sebelum dibuat kerabu. Kalau anda masak bronok ini, ianya akan terus cair, pantang kena haba.

Bronok boleh disamakan dengan lelaki berhidung belang, pantang nampak awek seksi, terus cair. :p

Itulah dia 4 tempat makan best di Pulau Langkawi yang dikira agak unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Sekiranya anda ke Langkawi jangan lupa untuk cuba.


Selamat mencuba dan jalan jalan cari makan di Langkawi.


7
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
newest oldest most voted
Nor asmanina
Guest
Nor asmanina

PUKul berapa kdai kk yan bukak..

oly
Guest
oly

ok pstikan kami dtg untuk bercuti

Mashita Hassim
Guest
Mashita Hassim

Boleh bagi contact number Kak Yan nasi campur?

ija
Guest
ija

Salam .. kak yan nasi campur tu nak cari di mana

lala
Guest
lala

dia dekat area ulu melaka, dekat dgn d padi homestay dlm 500m.

eizahazra
Guest
eizahazra

nasi campur kak yan saya pernah rasa..mmg sedap… masa tu saya nginap di dpadi homestay…. masakan dn harga nya mmg berbaloi baloi… sedap sgt …. cubalah … bln 5 nk g lagi nk mkn kt situ lagi…rindu ngn kerabu bronok dia hiihhi