Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Hotel Mewah dan Romantik di Pulau Langkawi – The Danna Langkawi

Bagi yang ada bajet lebih ketika bercuti ke Langkawi samaada untuk berbulan madu atau untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan yang tersayang, apa kata menginap di hotel mewah yang bertaraf  5 bintang di Pulau Langkawi seperti di bawah.

Hotel ini sememangnya sangat ideal bagi mereka yang lebih mementingkan kepuasan yang maksimum ketika bercuti di Pulau Langkawi. Kalau yang bercuti ke Langkawi secara bajet, destinasi hotel ini tidak sesuai dan anda boleh jenguk pilihan lain yang lebih murah di sini.


Hotel The Danna Langkawi

hotel di pulau langkawi-M

Hotel The Danna Langkawi terletak di Telaga Harbour dan tidak berapa jauh dari Teluk Burau di bahagian pantai barat Pulau Langkawi. Lokasinya pula hanya sekitar 10 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan dengan kenderaan.

Menginap di sini pasti memberi satu kenangan yang unik kerana persekitaran pantai Telaga Harbour yang berteluk. Sekali lihat persekitaran di Telaga Harbour ini tidak ubah seperti French Riviera iaitu sebuah pekan Meditterranean yang terkenal dengan keindahannya.

Di bahagian utara The Danna Langkawi ini terdapat banyak pilihan restoran, bistro dan juga kedai-kedai kraftangan. Di bahagian selatannya pula terdapat Petronas Quay yang menempatkan kedai cenderhati, sebuah bank, restoran makanan segera dan juga kedai kek.


berbulan madu di langkawi-M

Cafe dan Restoran – The Danna Hotel menempatkan beberapa cafe dan restoran untuk santapan makan pagi atau malam yang sangat gah dengan dekorasi dalaman yang pasti memberi satu aura tersendiri ketika berbulan madu. Dan yang paling menarik ialah sebuah cafe tepi kolam infitinya yang sangat romantis untuk minum petang sambil melihat matahari terbenam.

Bagi yang inginkan lebih kelainan bersama pasangan, pihak hotel juga menawarkan servis makan malam atau candle light dinner betul-betul di tepi pantai. Di kelilingi hanya dengan cahaya jingga lilin dan suasana persekitaran pantai yang nyaman, makan malam sebegini pasti meninggalkan kenangan yang indah dalam lembaran buku percutian berbulan madu bersama yang tersayang. Pengunjung boleh memilih samaada untuk mengadakan makan malam romantis sebegini di tepi pantai, di tepi kolam mahupun di taman hutan hujan.


percutian bajet langkawi-M

Kolam Infiniti 3 lapis yang cantik – Antara tarikan utama yang ada di Hotel The Danna Langkawi ialah sebuah kolam infiniti yang berada di luar legar yang sangat nyaman untuk berenang sambil menikmati keindahan pantai dan dikelilingi dengan pokok-pokok hijau.

Kolam ini terbahagi kepada 3 bahagian mengikut kedalamannya. Yang paling rendah hanya berkedalaman 0.7 m yang sesuai untuk kanak-kanak dan bahagian terdalamnya pula hanya 1.35 m dan sesuai untuk golongan dewasa yang pandai berenang. Di sini juga terdapat ruangan jakuzi untuk mereka yang suka berendam dan bersantai merehatkan tubuh badan.

Bagi yang mementingkan senaman pagi, di The Danna Hotel juga menempatkan sebuah gym yang menempatkan alatan dan mesin senaman yang terjaga rapi.


hotel mewah langkawi

Kadang-kadang kalau bercuti dengan keluarga dan membawa anak-anak kecil, boring juga kalau asyik duduk dalam bilik hotel. Namun di sini, ada sebuah Kids Club yang merupakan ruangan mesra kanak-kanak yang menempatkan permainan indoor, laman permainan dan juga bilik menonton movie.


the danna langkawi hotel-M

Selain itu, terdapat juga ruangan santai permainan indoor seperti meja snooker dan permainan lain. Berdekatannya juga terdapat bilik ruangan membaca yang menempatkan pelbagai kolek novel dan majalah untuk dibaca. Lokasi bilik membaca ini yang bertentangan dengan laut pasti memberi satu ketenangan yang maksimum kepada para tetamu yang menginap di sini.


honeymoon di langkawi-M

Pilihan jenis bilik tidur di sini juga agak banyak bergantung kepada jumlah orang dan bajet masing-masing. Yang pasti menginap di hotel mewah ini sambil bersantai di branda persendirian dan menikmati panorama laut yang membiru merupakan satu faktor utama yang menjadikan The Danna Langkawi sebagai lokasi terbaik untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Harga Tiket Feri ke Langkawi TERKINI – Kini Boleh Bawa Kereta Sendiri

Jika berhasrat bercuti ke Pulau Langkawi, sememangnya perlu menaiki feri sama ada dari jeti di Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun dari Penang. Anda...

50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti...

6 Homestay Rumah Tradisional Melayu di Langkawi – CANTIK !

Bagi yang ingin penginapan homestay yang ala-ala rumah tradisional di Pulau Langkawi, sangat dicadangkan untuk usyar-usyar beberapa destinasi homestay menarik di bawah. Destinasi ini dipilih untuk...

7 Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Yang Popular

Bila bercuti ke Pulau Langkawi, mencari penginapan mengikut bajet & hotel murah di Langkawi terutamanya di bahagian pantai memang senang namun tak semuanya bagus....

Jeti Kuala Perlis – Ayuh ke Langkawi!

Malaysia ni memang tak lekang dengan tempat berjalan-jalan yang cantik-cantik untuk dikunjungi terutamanya Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan antara destinasi di Malaysia yang sering...

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x