Utama Destinasi Menarik Malaysia Destinasi Menarik Kedah 50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau...

50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

121
151896
senarai tarikan pelancongan pulau langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti di Langkawi, kata orang, tidak lengkap diri anda dipanggil warganegara Malaysia walau pun ada MyKad dalam dompet. Kali ini, ayuh kita lihat kesemua tempat menarik di Pulau Langkawi yang popular & boleh dilawati kelak. Sekiranya anda bercadang bercuti ke Negeri Kedah, sila semak senarai 52+ destinasi pelancongan menarik di Kedah.

Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi, hanya aktiviti di air sahaja yang menarik dilakukan seperti snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sukan air & seumpamanya. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain & tetap best yang boleh dilakukan. Tarikan pelancongan di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik & juga di darat. Pendek cerita, sama ada anda ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk segenap usia.

Jika hendak melancong ke Langkawi, anda perlu naik feri & buat masa ini tiada jambatan merentasi laut. Untuk jadual & harga tambang feri ke sini, sila semak harga terkini tiket feri ke Langkawi sama ada dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau pun dari Penang. Di Langkawi, kalau tidak minat join tour, bolehlah sewa kereta aje, round satu Langkawi tak perlu risau!  Pilihan penginapan di Langkawi? Usah dirisaukan. Pulau Langkawi ini sangat terkenal seantero dunia, justeru pilihan homestay, resort mewah atau pun hotel murah memang banyak pilihannya. Turut tersedia di bawah, peta lokasi, jarak perjalanan, waktu operasi, harga tiket & penginapan terdekat untuk rujukan anda.


50+ Destinasi Percutian & Aktiviti Menarik di Langkawi, Kedah Untuk Pelancong Terokai

1. SkyBridge Langkawi

Skybridge langkawi kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah jambatan melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia. Fakta ini sudah cukup membuatkan pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi tidak mahu lepaskan peluang melihat sendiri satu mercu tanda di Langkawi yang sangat popular iaitu Sky Bridge. Kehebatan jurutera yang membina jambatan ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan. Sky Bridge yang sepanjang 125 meter ini boleh anda lalui berjalan kaki untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dari sudut yang paling menarik.

Walaupun jarak 125 m itu adalah tidaklah terlalu panjang, namun oleh kerana kerumitan seni bina jambatan unik ini, ianya mengambil masa selama 12 bulan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2004. Lokasi jambatan ini yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi di Pulau Langkawi, membolehkan anda melihat panorama sekeliling secara 360 darjah. Untuk ke sini, pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah.

Sebaik sampai di Top Station, anda perlu berjalan kaki & mendaki sedikit melalui laluan yang agak mencabar sekitar 10 minit untuk sampai ke Sky Bridge. Jika anda tiada stamina, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tram (SkyGlide) yang boleh bawa anda ke sini tanpa perlu memerah keringat. Sebaik menyelusuri jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit ini, perasaan gerun & seronok seolah-olah bercampur baur. Gerun kerana jambatan ini sangat tinggi & agak bergoyang-goyang sedikit serta seronok kerana panorama alam yang terbentang luas di depan mata yang pasti membuatkan anda tidak mahu berkelip. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada waktu petang sedikit kerana kurang panas. Sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge & perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9594225 | Facebook | Website

  • Cable Car Top Station, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi SkyBrige Langkawi

  • Dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket SkyBridge Langkawi:

  • Dewasa
    • RM 5
  • Kanak-Kanak
    • RM 3

Harga Sky Glide untuk ke Sky Bridge dari Top Station ( 2 hala);

  • Dewasa
    • RM 10
  • Kanak-Kanak
    • RM 7

Tiket Sky Bridge & Sky Glide boleh dibeli di kaunter tiket di bahagian Top Station selepas menaiki SkyCab.


2. Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi)

skycab kereta kabel langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian di Langkawi bersama keluarga tidak akan pernah lengkap sekiranya tidak pernah mencuba aktiviti ini. Menaiki kereta kabel atau dikenali SkyCab ini pasti memberikan anda satu pengalaman yang berbeza berbanding kereta kabel di tempat lain. Kalau nak tau, gondola-gondola kereta kabel Langkawi lebih menarik kerana anda mempunyai 3 pilihan yang berbeza. Salah satu gondola yang paling membuatkan jantung berdebar adalah Bottom Glass Gondola yang berlantaikan kaca & anda boleh melihat dengan jelas hutan-hutan di kaki yang pasti akan menguji tahap kegayatan anda.

Setiap gondola di SkyCab ini mempunyai berat muatan maksimum 480 kg atau pun lebih kurang 5-6 orang dewasa. Pengalaman menaiki kereta kabel ini bersama keluarga pasti akan membuatkan anak-anak teruja. Melihat keindahan hutan sekeliling dari sudut yang tinggi pasti membuatkan anda tidak mahu lepaskan peluang untuk berswafoto bersama keluarga. Perjalanan dari bawah ke puncak sejauh 4.4 km juga agak lama & makan masa sekitar 15 minit, iaitu satu tempoh yang lebih mencukupi untuk anda sekeluarga alami pengalaman hebat sebegini.

Tidak dinafikan, menaiki kereta kabel ini merupakan satu aktiviti menarik di Pulau Langkawi yang boleh dilabelkan paling popular. Tidak hairanlah waktu cuti sekolah, anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Jika masa adalah emas buat anda, jangan bimbang kerana terdapat Express Lane yang membolehkan anda menikmati pengalaman menaiki kereta kabel di Langkawi tanpa perlu menunggu lama. Sudah tentulah, ada bayaran tambahan RM 50 / seorang yang dikenakan untuk Express Lane. Satu aktiviti yang sangat disyorkan untuk anda sekeluarga jika ini adalah kali pertama anda melancong ke Pulau Langkawi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9594225 | Facebook | Website

  • Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Kereta Kabel Langkawi /SkyCab Langkawi

Dibuka setiap hari;

  • 9.30 am – 7.00 pm

*Waktu cuti sekolah/ cuti umum, dibuka awal sedikit
*Waktu operasi juga bergantung kepada penyelenggaraan berkala

Pakej / Harga Tiket Kereta Kabel Langkawi /SkyCab Langkawi

1. Normal Gondola

  • Pelancong Tempatan
    • Dewasa: RM 40
    • Kanak-Kanak: RM 30
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 55
    • Kanak-Kanak: RM 40

*Perlu beratur
*Ada waktu berlepas
*Berkongsi gondola dengan orang lain
*Tambahan RM50/seorang untuk Express Lane

2. Bottom Glass Gondola

  • RM 105 / seorang

3. VIP Gondola

  • RM 550 / gondola


3. Underwater World Langkawi

tempat menarik di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Berjalan melalui terowong sepanjang 15 meter & disekelilingnya pula adalah cermin akuarium yang menempatkan 500,000 liter air laut serta dipenuhi hidupan marin yang eksotik, semestinya menjadi satu pengalaman yang jarang-jarang anda jumpa di tempat pelancongan lain. Underwater World Langkawi merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang telah beroperasi sejak tahun 1995 & menjadi destinasi lawatan pelancong berkeluarga yang sangat popular sejak zaman berzaman.

Destinasi sebegini, semestinya membuatkan anak-anak anda tersenyum gembira kerana berpeluang melihat pelbagai ikan-ikan unik & menarik yang hanya boleh didapati di laut dalam sahaja. Antara hidupan marin yang menjadi tumpuan pengunjung adalah penguin, jerung, ikan pari, anjing laut, penyu, udang kara dan sebagainya. Melihat penguin yang bergerak & berenang dengan gayanya tersendiri sudah tentu akan menjadi kenangan manis buat anak-anak anda yang tidak dapat dilupakan. Almaklumlah, binatang ini hanya hidup di kawasan kutub bumi yang suhunya sangat sejuk di bawah paras beku.

Lokasi Underwater World Langkawi juga sangat mudah diakses & terletak berdekatan dengan pantai di Langkawi yang paling popular, iaitu Pantai Cenang. Jika sudah puas melihat ikan-ikan di sini, bolehlah pula selepas itu membeli belah atau bersantapan di bangunan sebelahnya yang popular dengan jualan barangan bebas cukai. Dengan sistem pameran hidupan marin yang pelbagai & interaktif, Underwater World Langkawi sangat disyorkan untuk dilawati bersama anak-anak dalam mendedahkan mereka dengan pelbagai ilmu hidupan laut yang biasanya dilihat di kaca tv.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9556100 | Facebook | Instagram

  • Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Underwater World Langkawi

  • Dibuka setiap Hari:
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Cuti Am/Cuti Sekolah:
    • 9.30 am – 6.30 pm

Waktu Beri Makan Haiwan

  • Singa Laut:
    • 2.30 pm (Sabtu-Khamis)
    • 4.00 pm ( Jumaat)
  • Penguin Afrika
    • 11.00 am & 2.45 pm
  • Penguin Rockhopper
    • 11.15 am & 3.00 pm
  • Tunnel Tank
    • 3.00 pm

Harga Tiket Underwater World Langkawi

Warganegara (MyKad/MyKid);

  • Dewasa :
    • RM 36
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun):
    • RM 26

Pelancong Asing;

  • Dewasa:
    • RM 46
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun):
    • RM 36


4. Pantai Cenang

pantai chenang pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang pertama kali bercuti di Langkawi, sudah tentu anda mencari destinasi tepi pantai yang paling popular & paling menarik bukan ? Kalau ya, Pantai Cenang adalah jawapannya. Sebuah pantai di Langkawi yang strategik kerana mempunyai banyak pilihan hotel & resort popular di Pulau Langkawi seperti Malibest Resort Langkawi, Meritus Pelangi Resort, Langgura Baron Resort & sebagainya. Selain itu, lokasinya juga hanya 7 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pesisiran Pantai Cenang sungguh cantik & pasirnya putih sekali. Air lautnya yang membiru pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk mandi manda atau pun selam snorkel.

Di sepanjang Pantai Cenang yang menjangkau 2 km ini, terdapat banyak operator yang menawarkan aktiviti sukan air seperti main jet ski, banana boat, parasailing & sebagainya. Kawasan tepi pantai juga landai & sesuai untuk anak-anak anda mandi manda kerana ombak tidak kuat. Jika malas naik bot untuk aktiviti island hopping atau snorkeling, usah risau kerana dari Pantai Cenang ini, anda sebenarnya sudah boleh menyelam untuk melihat ikan-ikan & terumbu karang di dasarnya.

Dari hotel-hotel di Pantai Cenang ini juga, anda boleh berjalan kaki sahaja ke beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang popular seperti Underwater World, Laman Padi, Cenang Mall & perniagaan runcit yang menjual barangan bebas cukai. Musim cuti sekolah, lokasi Pantai Cenang memang sangat meriah dengan kehadiran pelancong-pelancong tempatan. Bagi yang berbulan madu di Langkawi, disyorkan untuk menginap di sini & pada waktu petang, boleh ajak pasangan lepak tepi pantai untuk menikmati keindahan panorama matahari terbenam. Satu destinasi pantai yang serba lengkap & banyak pilihan penginapan sama ada hotel bajet, resort tepi pantai menarik atau pun hotel yang mempunyai kolam renang kanak-kanak yang best.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Cenang, 07000, Kedah

  • 24 jam ( destinasi tepi pantai)


5. Langkawi Wildlife Park

apa menarik di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kanak-kanak yang masih bersekolah rendah mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Pada waktu usia sebegini, destinasi menarik di Langkawi seperti Langkawi Wildlife Park adalah tempat lawatan yang sangat ideal untuk meningkat ilmu pengetahuan kanak-kanak dengan aktiviti sentuhan, interaksi & bukannya sekadar membaca buku di perpustakaan sahaja. Langkawi Wildlife Park merupakan tarikan pelancongan yang berkonsepkan taman haiwan atau zoo & dahulunya dikenali sebagai Langkawi Bird Paradise ( Taman Burung Langkawi).

Sejak penambahan variasi spesis haiwan seperti reptilia, mamalia & ikan, maka ianya dinamakan Langkawi Wildlife Park pada tahun 2006 seiring dengan pembaharuan konsep tarikan. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat haiwan di dalam sangkar hanya dari jauh sahaja, malah berpeluang untuk merasai pengalaman memberi makan & memegang beberapa spesis haiwan jinak. Pengalaman sebegini pasti akan memberikan anak-anak satu penerapan ilmu yang baru dalam memperkasakan pengetahuan am di dalam dada.

Sebagai ibu bapa, bolehlah anda ambil peluang ini untuk memperkenalkan spesis-spesis binatang yang ada di sini kepada anak-anak, sekali gus memanfaatkan percutian di Langkawi anda sekeluarga dengan agenda yang berkualiti. Anda pun cetek ilmu tentang haiwan liar ? Usah risau, terdapat banyak infografik yang menerangkan spesis-spesis haiwan di sini, malah jika inginkan pengembaraan anda sekeluarga di sini lebih bermanfaat, boleh upah jurupandu untuk membawa anda melihat haiwan-haiwan di sini dengan sesi penerangan panjang lebar. Pendek cerita, Langkawi Wildlife Park adalah one stop centre untuk anda sekeluarga mengenali haiwan-haiwan liar & burung-burung eksotik di Pulau Langkawi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9665855 | Facebook | Website

  • Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Langkawi Wildlife Park

Dibuka setiap hari & sepanjang tahun:

  • Waktu Buka :
    • 8.30 am
  • Kemasukan Terakhir :
    • 6.00 pm
  • Waktu Tutup:
    • 7.00 pm
  • Waktu Operasi :
    • 8.30 am – 6.00 pm

Waktu beri makan haiwan & fun time berlangsung setiap hari pada;

  • 10.00 am – 11.30 am
  • 2.30 pm – 4.30 pm

Pakej Harga Tiket Langkawi Wildlife Park

#1 Kadar Harga Tiket Biasa

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas):
    • RM 39.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun):
    • RM 22.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas):
    • RM 22.00

#2 Kadar Harga Tiket MyKad/MyKid

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas):
    • RM 24.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun):
    • RM 16.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas):
    • RM 16.00

#3 Kadar Harga Tiket Untuk Pelajar Sekolah (MyKad)

  • RM 18.00 ( hanya untuk lawatan sekolah)

#4 Family Package 1

  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 120
  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 82 (Harga MyKad)

#5 Family Package 2

  • 3 dewasa + 1 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 136
  • 3 dewasa + 1 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 90 (Harga MyKad)

#6 Family Package 3

  • 4 dewasa + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 160
  • 4 dewasa + 2 paket makanan haiwan:
    • RM 100 (Harga MyKad)

#7 Harga makanan haiwan

  • 1 paket: RM 6
  • 2 paket: RM 11
  • 3 paket: RM 15
  • 4 paket: RM 20

#8 Lawatan bersama jurupandu peribadi:

  • RM 20


6. Kilim Geoforest Park

kilim geoforest park langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini sangat disyorkan untuk pelancong tempatan terokai kerana tidak banyak tarikan yang ada di Kilim Geoforest Park terdapat di destinasi lain terutamanya dalam Semenanjung Malaysia. Destinasi ini tidak dinafikan merupakan antara destinasi eko pelancongan yang paling berjaya di Malaysia kerana telah menarik minat ribuan pelancong dalam & luar negara berkunjung ke sini. Keindahan formasi batuan yang berusia jutaan tahun di Kilim Geoforest Park ini telah menjadi satu khazanah alam yang sangat berharga khususnya buat Negeri Kedah.

Banyak tempat menarik di Kilim Geoforest Park yang boleh pelancong terokai dengan menaiki bot di jeti. Kebiasaannya, pengembaraan menaiki bot mengambil masa antara 1-2 jam & akan membawa anda ke beberapa lokasi popular seperti Gua Kelawar, Gua Buaya, Gua Langsir, kawasan burung helang tangkap ikan & sebagainya. Di sepanjang perjalanan, anda boleh melihat keindahan kawasan paya bakau, kawasan tasik, hutan, gua & juga pantai. Hebat bukan ? Dengan hanya satu aktiviti yang sama, anda sudah boleh menerokai 5 tarikan alam semulajadi yang berbeza.

Antara destinasi yang paling mengujakan adalah melihat ribuan kelawar bergantung di dalam Gua Kelawar yang situasinya mungkin adalah satu pengalaman baru untuk anda sekeluarga. Tatkala bot berhenti di tengah perjalanan, anda boleh melihat aksi-aksi burung helang yang ‘terjun tiruk’ & meluncur laju dari udara ke dalam sungai untuk menangkap ikan. Satu pengalaman unik yang pasti anak-anak akan teruja apabila pertama kali melihatnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9592323 | Facebook | Website

  • Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Mukim Ayer Hangat,, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah

  • 8.30 am – 5.00 pm

Harga Tiket Cruise Kilim Geoforest Park

Anggaran pakej bermula RM300 (satu bot 8 orang) untuk lawatan selama sekitar 1 jam.

Maklumat lanjut sila berhubung & survey dengan beberapa operator seperti berikut:


7. Taman Buaya Langkawi (Crocodile Adventureland)

taman buaya langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hampir 4000 ekor buaya yang terdapat di Taman Buaya Langkawi & ini menjadikan destinasi ini sebagai taman buaya yang terbesar di Malaysia. Jika bercuti di Langkawi dengan anak-anak, sangat rugi jika tidak ambil peluang untuk melihat kelibat ‘sang bedal’ ini dengan lebih dekat. Malah, terdapat juga seekor buaya tembaga yang diberi nama Bujang Lang yang merupakan seekor buaya dalam peliharaan antara yang terbesar di dunia & beratnya menjangkau 1 tan. Melihat Bujang Lang dengan lebih dekat sebegini pasti akan membuatkan para pengunjung berdebar-debar bagaikan menanti detik bom atom yang bakal meledak.

Taman Buaya Langkawi turut mempunyai pertunjukan yang pasti membuatkan anda semua terpegun & cemas tatkala melihat staf di sini melakukan aksi lagak ngeri dengan ‘mencium’ hidung buaya & memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Jangan dipandang enteng, buaya yang digunakan untuk membuat aksi lagak ngeri ini bukannya kecil, bahkan sangat besar. Selain itu, terdapat juga pertujukan memberi makan buaya yang berlangsung setiap hari. Melihat buaya-buaya di sini secara tiba-tiba melonjak tinggi membaham bangkai ayam yang tergantung, pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terkejut & kus semangat.

Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan anak buaya di dalam ruangan khas yang boleh dijadikan foto kenangan dalam lembaran percutian anda di Langkawi. Memegang anak buaya ini sambil berswafoto dengan pelbagai gaya, pasti akan menghasilkan satu foto menarik untuk anda kongsikan di media sosial kelak. Bagi yang ingin lebih mendekati haiwan predator air yang ‘super ganas’ ini, sangat disyorkan untuk bawa keluarga berkunjung ke Taman Buaya Langkawi. Untuk kepuasan maksima, semak jadual pertunjukan di Taman Buaya Langkawi ini yang berlangsung pada setiap hari.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9665855 | Facebook | Website

  • Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Taman Buaya Langkawi

Dibuka Setiap Hari:

  • 9.00 am – 6.00 pm

#1 Bujang Lang Giant Crocodile

  • 11.15 am & 2.45 pm

#2 Thrilling & Aggressive Wild Croc

  • 10.00 am & 3.45 pm

#3 Adult Crocodile Jumping Show

  • 10.30 am & 5.30 pm

#4 Giant Crocodile Feeding Show:

  • 11.45 am , 1.15 pm, 3.15 pm, 4.30 pm

#5 Crocodile Encounter Educational Show

  • 2.00 pm

Harga Tiket Taman Buaya Langkawi

Warganegara

  • Dewasa:
    • RM 18.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 12.00

Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 25.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 18.00

*Untuk pakej harga combo lain, sila semak di website.


8. Air Terjun Temurun

air terjun di langkawi menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Langkawi bukan hanya terkenal dengan tarikan di tepi pantai sahaja, malah turut mempunyai destinasi air terjun yang menarik untuk diterokai seperti di Air Terjun Temurun. Kalau nak tahu, Air Terjun Temurun merupakan air terjun di Langkawi yang paling tinggi & mempunyai suasana sekeliling yang sangat mendamaikan seperti berada di kawasan pedalaman. Akses dari parkir kereta menuju ke kawasan utama Air Terjun Temurun juga boleh dikatakan agak mencabar kerana perlu berjalan agak jauh melalui laluan pejalan kaki yang agak curam.

Laluannya juga berkonkrit & tidak perlu melalui laluan denai hutan untuk sampai ke sini. Di sepanjang perjalanan ke puncak, anda sebenarnya sudah boleh melihat beberapa kawasan kolam air terjun yang kecil. Airnya jernih & tidak berkeladak seperti sesetengah destinasi lain. Di kawasan tadahan utama air terjunnya yang berada di puncak juga tidaklah terlalu besar tetapi sesuai untuk orang dewasa berendam atau berenang secara santai-santai. Apa yang pasti, air terjun ini memang sangat tinggi.

Pada musim kemarau, air terjun ini juga sangat kurang airnya & kurang menyeronokkan untuk aktiviti mandi manda. Kebiasaannya, waktu terbaik untuk ke Air Terjun Temurun adalah antara Ogos-Januari kerana lebih banyak air & Febuari-Julai pula merupakan musim taburan hujan yang rendah. Di sini juga terdapat monyet-monyet liar & pengunjung tidak dibenarkan untuk memberi makanan kerana dikhuatiri monyet ini akan lebih agresif. Satu destinasi air terjun di Langkawi yang sangat ideal untuk pelancong yang mungkin inginkan persekitaran yang berbeza dari kawasan tepi pantai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Temurun, 07000 Langkawi, Kedah

  • Musim hujan
    • Ogos-Januari
  • Musim kering
    • Februari-Julai

  • Percuma


9. 3D Art in Paradise Langkawi

art in paradise langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika bergambar & berswafoto dalam situasi menarik adalah satu obsesi buat diri anda, apa kata anda terokai 3D Art in Paradise Langkawi ini yang terletak berdekatan dengan stesen SkyCab Langkawi & pasti membuatkan anda tersenyum gembira. Destinasi yang cukup sinonim kita kenali sebagai muzium 3D ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk anda berbanding destinasi muzium 3D lain. Kenapa ? Kalau nak tahu, 3D Art in Paradise Langkawi merupakan muzium 3D di Malaysia yang terbesar & juga yang kedua terbesar di dunia. Hebat bukan?

Menempatkan lebih 100 ilustrasi mural 3D dalam 9 zon berlainan temanya & pasti membuatkan masa 2 jam anda di sini berlalu dengan begitu cepat sekali. Proses menyiapkan setiap lukisan 3D di sini melibatkan 23 pelukis berbakat yang berbeza & berlainan persembahannya. Tidak hairanlah, kualiti ilustrasi di sini sangat tinggi & mempunyai daya tarikan yang cukup memukau. Sekiranya anda pernah ke mana-mana muzium 3D lain sebelum ini, anda pasti kagum sebaik melihat saiz lukisan di sini yang jauh lebih besar & tampak sangat realistik sekali.

Destinasi sebegini, sangat ideal untuk anda lawati secara berkumpulan untuk menghasilkan gambar yang lebih ‘happening’ & menyeronokkan. Memandangkan lokasinya hanya bersebelahan dengan stesen SkyCab, manalah tahu hari hujan atau pun anda malas beratur panjang menaiki kereta kabel, bolehlah jadikan muzium 3D Langkawi ini sebagai destinasi alternatif anda. Satu tempat menarik di Langkawi yang pasti akan menjadi satu kenangan terindah untuk anda seisi keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5091209 | Facebook | Website

  • 3D Art in Paradise, Oriental Village Burau Bay, 07000 Langkawi

Waktu Operasi Art Paradise Langkawi

  • Isnin-Ahad :
    • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Muzium 3D Langkawi (Art in Paradise)

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa:
    • RM 30.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 20.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa:
    • RM 38.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 28.00


10. Pantai Tanjung Rhu

pantai tanjung rhu langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Tanjung Rhu tidaklah sepopular Pantai Cenang, namun jika hendak dibandingkan dari segi kecantikan pasir pantai & air lautnya, Pantai Tanjung Rhu lebih menyerlah. Selain itu, Pantai Tanjung Rhu juga tidaklah terlalu sesak dengan kehadiran pelancong kerana pilihan penginapan hotel yang terhad. Bahkan, berdekatan Pantai Tanjung Rhu ini juga hanya terdapat 2 resort sahaja iaitu Tanjung Rhu Resort Langkawi & Four Season Resort Langkawi.

Jika anda inginkan hotel di Langkawi tepi pantai yang menarik & tidak sesibuk di Pantai Cenang, fikir-fikirkan untuk menginap di salah satu resort ini yang juga merupakan penginapan bertaraf 5 bintang. Sebahagian daripada Pantai Tanjung Rhu yang sepanjang kira-kira 2 km ini juga merupakan pantai persendirian resort di sini & hanya khas untuk tetamu yang menginap sahaja. Namun, anda masih boleh ke pantai ini di kawasan-kawasan yang dibuka untuk umum.

Jika anda menginap di Tanjung Rhu Resort Langkawi, cuba datang ke kawasan pantai ini pada waktu pagi & ketika air laut sedang surut. Anda boleh berjalan kaki sehingga ke tengah-tengahnya & ketika ini, anda seperti sedang melalui 2 buah pantai yang berbeza yang terletak di kini serta kanan anda. Waktu sebegini, bolehlah anda bergambar untuk menghasilkan foto yang memukau seperti di Sky Mirror, Kuala Selangor.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Tanjung Rhu, 07000, Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan

  • Percuma ( Destinasi pantai)
  • Untuk penginapan di Pantai Tanjung Rhu, semak di sini.


11. SkyTrex Adventure Langkawi

skytrex pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merentasi hutan atau jungle trekking secara berjalan kaki adalah aktiviti yang ‘biasa-biasa’ orang lain buat. Kali ini, apa kata anda terokai keindahan hutan belantara hijau di Langkawi dengan melakukan aktiviti jungle trekking dari pokok ke pokok pula. Menarik bukan ? Jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal serta mental, SkyTrex Langkawi ini mesti anda cuba. Umumnya, ada 3 jenis laluan berhalang di udara yang berbeza tahap cabarannya & berbeza tahap kegayatannya iaitu Little Legend Adventure, Eagle Thrill & Island Extreme.

Little Legend Adventure lebih sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana cabarannya yang mudah. Bagi golongan dewasa, anda mesti sahut cabaran merentasi laluan paling mencabar, iaitu Island Extreme kerana aktiviti & halangannya lebih bervariasi yang sangat menguji stamina serta kekuatan mental peserta. Bukan sahaja dengan memanjat tangga secara menegak ke puncak pokok, merentasi laluan dari pokok ke pokok, malah terdapat juga aktiviti flying fox yang lebih mengujakan untuk pelancong rasai sendiri.

Seperti di mana-mana cabaran Skytrex yang terdapat di Melaka atau Shah Alam, tempoh masa yang lazimnya diperlukan untuk laluan paling mencabar sekitar 2 jam sahaja. Jika sebelum ini anda pernah cuba aktiviti di Skytrex Shah Alam atau Skytrex Melaka, cubalah pula di Langkawi kerana laluan untuk Island Extreme lebih mencabar di sini. Destinasi sebegini, sangat disyorkan untuk anda yang inginkan aktiviti rekreasi yang mencabar & sesuai juga untuk dijadikan aktiviti team building secara berkumpulan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-2805679 | Facebook | Website

  • Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi SkyTrex Adventure Langkawi

Dibuka setiap hari;

  • Perlepasan Pertama:
    • 9.00 am
  • Perlepasan Terakhir:
    • 3.00 pm

Harga Tiket SkyTrex Adventure Langkawi

  1. Little Legend Adventure
    • Walk-in price:
      • RM RM 65.00
    • Online price:
      • RM 60.00
  2. Eagle Thrill
    • Walk-in price:
      • RM RM 75.00
    • Online price:
      • RM 70.00
  3. Island Extreme
    • Walk-in price:
      • RM RM 85.00
    • Online price:
      • RM 80.00


12. Galeria Perdana

galeria perdana langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Indah & mewah bagaikan di istana raja, destinasi ini sangat disyorkan untuk pengunjung yang cintakan kesenian, sejarah, barangan klasik & juga mereka yang mungkin berhasrat membina rumah impian satu hari nanti. Dekorasi dalaman Galeria Perdana ini memang cukup memukau & banyak menerapkan konsep senibina Morroco serta tempatan. Mendongak ke siling yang dihiasi lampu elegan persis sejambak bunga ros yang mekar & disekelilingnya pula terdapat taburan ukiran geometri pelbagai motif, pasti akan membuatkan anda terkesima dengan keindahannya.

Tarikan utama di Galeria Perdana bukan hanya terletak pada kehebatan senibina bangunannya sahaja, malah bahan pameran visual yang terdapat di sini untuk tatapan pengunjung juga sangat mengujakan. Galeria ini dibina bertujuan untuk mengetengahkan koleksi hadiah-hadiah yang diterima oleh Tun Dr Mahathir Mohamad & isteri, ketika era beliau menjadi perdana menteri ke-4. Hadiah-hadiah atau anugerah berbentuk cenderamata yang dipamerkan kebanyakannya diterima oleh beliau dari pemimpin-pemimpin negara luar & tokoh-tokoh dunia yang sangat tersohor satu ketika dahulu.

Lebih 2500 koleksi barangan pameran yang ditempatkan dalam zon berbeza, anda pasti akan rasakan masa 2 jam yang berlalu sangat singkat ketika mundar mandir di sini. Kategori hadiah & bentuk cenderahatinya pula sangat bervariasi seperti jam tangan, seramik, porselin, barangan kulit, ukiran kayu, lukisan, barangan kemas & sebagainya. Majoriti koleksinya juga bolek dikategorikan sangat ‘rare’ & ada sesetengahnya pula dibuat khas untuk dihadiahkan kepada Tun Dr Mahathir. Satu tempat menarik di Langkawi yang perlu anda terokai bersama anak-anak atau pun dijadikan destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9591498 | Facebook | Website

  • Galeria Perdana Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman

Waktu Operasi Galeria Perdana Langkawi

Dibuka setiap hari

  • 8.30 am – 5.30 pm
  • 8.30 am – 6.00 pm (cuti umum/cuti sekolah)

*dibuka sepanjang tahun kecuali pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha.

Harga Tiket Galeria Perdana Langkawi

  • Dewasa :
    • RM 10.00
  • Kanak-Kanak (6-12 tahun):
    • RM 4.00
  • Kamera:
    • RM 2.00
  • Video Camera:
    • RM 5.00


13. Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi

tempat camping langkawi menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti juga di Cameron Highlands, konsep tarikan di Taman Agroteknologi MARDI di Langkawi juga pada dasarnya menawarkan produk pelancongan yang sama. Pelancong berpeluang melawat ladang buah-buahan seluas 14 hektar yang menempatkan lebih 20 jenis pokok buah-buahan tropika tempatan seperti nangka, tembikai susu, jambu, nenas, belimbing, anggur & sebagainya. Setiap lawatan yang akan diketuai jurupandu bertugas akan membawa anda melawat kawasan ladang ini dengan tram sambil menerangkan informasi berkaitan pokok-pokok buah di sini.

Sesudah melawat kawasan ladang buah, anda juga berpeluang untuk merasai buah-buahan tropika di sini yang sangat segar, beraneka jenis & boleh makan sepuas-puasnya. Destinasi ini sangat disyorkan bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah untuk dewasa juga mengenali pokok-pokok buahan tempatan yang pasti ramai tidak pernah sempat tahu kesemuanya sepanjang hidup.

Malah, kalau anda mempunyai kebun di kampung, boleh juga belajar cara-cara penanaman pokok buah di sini & teknologi yang digunakan oleh pihak MARDI dalam menghasilkan buah-buahan yang berkualiti. Taman Agroteknologi MARDI Langkawi juga ada menawarkan beberapa pakej lain untuk pengunjung yang ingin mendalami ilmu penanaman buah-buahan di sini seperti belajar sistem hidrofonik, cara bungkus buah di pokok, menoreh getah & sebagainya. Selain itu, jika anda mencari tempat camping di Langkawi yang menarik, bolehlah pertimbang destinasi ini yang turut menawarkan sewaan tapak perkhemahan, aktiviti jungle trekking berpandu & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9532550 | Facebook | Website

  • Agro Technology Park MARDI Langkawi, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi MARDI Langkawi:

  • Sabtu-Khamis:
    • 8.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat:
    • Tutup

* parkir kereta dibuka setiap hari 8.30 am -5.00 pm termasuk cuti am KECUALI hari Jumaat, hari pertama Aidilfitri & Aidiladha.

Harga Tiket MARDI Langkawi Agro Technology

Pelancong tempatan / Warganegara:

  • Dewasa:
    • RM 10
  • Kanak-Kanak:
    • RM 5
  • Lawatan berjadual/Agensi Kerajaan:
    • RM 7
  • Sekolah Menengah:
    • RM 7
  • Sekolah Rendah;
    • RM 5
  • Tadika:
    • RM 5
  • OKU:
    • RM 5

Pelancong Asing:

  • Dewasa:
    • RM 30
  • Kanak-Kanak/OKU:
    • RM 15

Untuk pakej lawatan lain & kadar sewa tapak perkhemahan, semak di website.


14. UMGAWA Zipline Eco Adventure

berbulan madu di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kini sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman ‘menjadi Tarzan’ bergayut & merentasi hutan belantara hijau. Bagi pelancong yang muda jiwanya & kental hatinya, apa kata anda mencuba UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi untuk mencabar tahap keberanian jiwa raga anda. Hanya terletak di Telaga Tujuh, Langkawi, destinasi ini menyediakan 13 kabel zipline yang panjangnya sehingga 200 m.

Aktiviti mencabar dengan merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia ini & setinggi 80 m dari tanah, pasti memberikan anda satu pengalaman yang sangat menarik untuk dibawa pulang bersama apabila balik bercuti dari Langkawi kelak. Aktiviti zipline atau juga sinonim dipanggil flying fox yang dibawakan oleh UMGAWA ini adalah pengembaraan yang bertaraf dunia & pasti pengalaman yang bakal anda rasai di sini adalah berbeza berbanding di tempat lain.

Lokasinya yang bersebelahan dengan satu lagi tarikan pelancongan di Langkawi yang popular iaitu SkyCab & SkyBridge, menjadikan aktiviti ini sangat diminati di kalangan pelancong kerana akses yang mudah. Jika anda berbulan madu di Langkawi & pasangan anda sukakan aktiviti mencabar sebegini, cubalah Honeymoon Zipline di mana anda berdua akan meluncur di udara menggunakan zipline berkembar. Bolehlah anda berdua merentasi hutan hujan tropika ini bersama-sama sambil menikmati keindahan flora fauna sekeliling dengan penuh gaya seperti adegan Tarzan yang membawa Jane bergayut ke sana ke mari.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-3438900 | Facebook | Instagram | Website

  • Umgawa Legendary Adventures, 7 Wells Waterfall – Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Malaysia

Waktu Operasi Umagawa Lagendary Adventures

Dibuka setiap hari

  • 8.30 am – 4.30 pm

Harga Tiket / Pakej Umagawa Lagendary Adventures

1. Zipline Adventures;

  • Big Waterfall Adventure ( 13 zipline)
    • 2-2.5 Jam :
      • RM 429-RM 459
    • 1 Jam:
      • RM 199
  • Jungle Flight ( 6 zipline)
    • 1 jam
      • RM 199-219

Tempah 15 hari awal atau 45 hari awal untuk lebih JIMAT

2 . Mangrove Combo Tour

  • Adult :
    • RM 695 per pax
  • Child :
    • RM 585 per pax

(minimum 2 dewasa)

3. Jetski Combo Tour

  • RM 1175  (1 orang / 1 jetski)
  • RM 1800 (2 orang / 1 jetski)

4. Zip + Eat + Swim Combo

  • RM 550 (per pax / minimum 2 pax )


15. Air Terjun Telaga Tujuh

tempat mandi manda langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda bercuti di Langkawi dalam tempoh yang lama, apa kata penuhi agenda percutian anda dengan melawat Air Terjun Telaga Tujuh yang terletak hanya 1 km dari stesen kereta kabel Langkawi. Seperti terukir pada namanya, destinasi ini dinamakan sedemikian kerana air terjun di sini terbentuk daripada 7 pecahan telaga semulajadi & ini merupakan satu fenomena alam yang sangat unik untuk anda terokai.

Menuju ke kawasan utama air terjun mungkin bukan semua orang ingin mencubanya kerana terpaksa berjalan kaki & mendaki sekitar 638 anak tangga. Jumlah anak tangga ini adalah 2 kali ganda lebih banyak berbanding di Batu Caves yang hanya 272 anak tangga. Bagaimanapun, tangga-tangga menuju ke Air Terjun Telaga Tujuh tidaklah securam seperti di Batu Caves. Walaupun tangga-tangga konkrit ini berada dalam keadaan yang sangat baik namun pengalaman menaiki ke puncak sebenarnya agak memenatkan. Jika anda ingin lakukan aktiviti yang ‘membakar lemak’ di kawasan air terjun & dikelilingi pokok-pokok hutan yang redup, cubalah ke sini.

Sebenarnya, anda sudah boleh menjumpai kawasan mandi manda selepas mendaki 200 anak tangga. Bagaimanapun, lokasi ini tidaklah terlalu besar & hanya sesuai untuk kanak-kanak berendam. Selepas sekitar 30 minit mendaki, anda akan sampai di kawasan utama air terjun. Air Terjun Telaga 7 ini memang sangat jernih & sesuai untuk berendam seisi keluarga. Malah, terdapat juga gelongsor air semulajadi yang boleh sesiapa sahaja cuba. Satu tempat mandi manda di Langkawi yang sangat disyorkan untuk golongan berkeluarga terokai, namun perlu berfikir 2 kali kerana lokasi air terjun utamanya yang agak tinggi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan ( pagi – petang )

  • Percuma


16. Pulau Payar Marine Park

tempat snorkeling menarik pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai pelancong yang pernah lakukan aktiviti snorkeling di Sabah, Terengganu ataupun di Pahang, akan membanding keindahan hidupan marin di sana & di Langkawi. Jika di sekitar pulau besar Langkawi anda rasakan variasi hidupan marin adalah biasa-biasa sahaja, cubalah ke Pulau Payar Marine Park pula. Pulau ini terletak di tenggara pulau utama Langkawi & terkenal sebagai destinasi terbaik di Pulau Langkawi untuk melihat hidupan marin.

Di sini juga terdapat beberapa pantai berpasir yang sangat sesuai untuk berkelah. Bagi mereka yang ingin hiking menerokai Pulau Payar, terdapat denai jalan kaki yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tidak dinafikan, air pantai di sini sangat jernih membiru & anda sudah boleh melihat taburan terumbu karang serta hidupan marin dari atas permukaan air lagi. Jika bernasib baik, dapatlah anda melihat anak ikan yu yang sering menjadi sasaran utama pelancong yang selam snorkel di sini.

Ikan-ikan comel di Pulau Payar Marine Park juga sangat ‘mesra’ & tidak takut dengan kehadiran manusia. Mungkin kerana sudah biasa dengan pelancong yang sering memberi makan ketika snorkeling di sini. Satu tempat snorkeling menarik di Langkawi yang perlu anda terokai sendiri namun sayangnya, lokasi pulau ini agak jauh dari pulau utama Langkawi sekitar 30 km & perlu menaiki bot untuk sampai ke sini. Mungkin kerana lokasinya yang terpencil dari kesibukan pelancong membuatkan hidupan marin di sini menarik & air lautnya juga sangat jernih membiru bagaikan di Pulau Redang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 25-30 km kearah selatan Pulau Langkawi

  • Tidak dikhususkan

  • Bergantung kepada operator bot.


17. Pulau Beras Basah

aktiviti menarik di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Aktiviti island hopping merupakan satu aktiviti menarik di Langkawi yang sering dilakukan oleh pelancong untuk menerokai keindahan dasar laut di sini. Jika anda berhajat melakukan aktiviti ini dengan mana-mana operator bot, sangat disyorkan untuk masukkan Pulau Beras Basah sebagai sebahagian daripada lokasi persinggahan untuk melihat keindahan hidupan marin & terumbu karang di sini.

Hanya dari tepi pantai, anda sudah boleh melihat kejernihan air lautnya yang membiru yang menampakkan bayangan terumbu karang & juga kelibat-kelibat ikan berenang di dasarnya. Di Pulau Beras Basah, anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti banana boat ride atau pun berkayak. Aktiviti berkayak di sini memang sangat menarik kerana anda pasti teruja melihat dasar lautnya yang sangat jernih seperti di kepulauan popular di luar negara.

Pulau Beras Basah terletak kira-kira 20 km dari pulau besar Langkawi & perlu menaiki bot untuk ke sini. Waktu cuti sekolah, memang ramai pelancong yang bersantai di sini sekeluarga memandangkan Pulau Beras Basah merupakan persinggahan yang sangat popular apabila melakukan aktiviti island hopping. Jika anda bercadang berkelah & bersantai di tepi pantai di sini, sila berhati-hati dengan monyet-monyet liar yang sentiasa memerhati untuk mencuri makanan atau pun barangan peribadi pelancong.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 25 km ke barat daya dari Kuah, Langkawi

  • Tidak dikhususkan ( kebiasaannya pagi-petang)

  • Island hopping setengah hari.
    • Sekitar RM 80-120
  • Private speedboat tour.
    • Sekitar RM 500-RM 900


18. Pantai Pasir Tengkorak

pantai menarik di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda sewa kereta di Langkawi atau mempunyai kenderaan untuk bergerak, bolehlah datang ke Pantai Pasir Tengkorak pula untuk mandi manda & juga berkelah. Pantai terpencil ini agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong & di pantai ini juga tiada hotel berdekatan untuk bermalam. Bagi mereka yang gemar menikmati keindahan tepi pantai yang saujana mata memandang, sangat disyorkan untuk ke Pantai Pasir Tengkorak.

Pantai kecil ini mempunyai kawasan tepi pantai yang lapang & air laut yang jernih. Sangat sesuai untuk aktiviti tepi pantai bersama keluarga seperti berkelah, mandi manda atau pun sekadar berbaring sambil baca novel. Di sekitar Pantai Pasir Tengkorak juga mempunyai banyak pokok-pokok rendang yang sangat ideal untuk anda hamparkan tikar & bersantai. Walaupun waktu tengahari, bahang mentari tidak terlalu terasa & bahkan, ketika inilah panorama pantai sekeliling lebih menarik kerana pencahayaan semulajadi yang sempurna. Satu foto landskap tepi pantai pada waktu ini, pasti akan menghasilkan satu foto yang sangat memukau.

Mungkin atas faktor lokasinya yang agak jauh, berada di Pantai Pasir Tengkorak lebih terasa privasi kerana kurangnya kehadiran pelancong. Sudah puas bersantai atau mandi manda di pantai, bolehlah pula ke Air Terjun Temurun yang terletak hanya 2 km dari sini. Jika malas mendaki anak tangga ke Air Terjun Temurun, jangan risau, bawa keluarga ke Taman Buaya Langkawi yang juga terletak 2 km dari Pantai Pasir Tengkorak. Satu pantai menarik di Langkawi yang tidaklah terlalu popular di kalangan pelancong tetapi tetap mempunyai daya tarikan yang pasti tidak akan menghampakan anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Pasir Tengkorak, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan ( pagi-petang)


19. Gunung Raya

tarikan pelancongan di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika melihat panorama matahari terbenam adalah satu aktiviti kegemaran anda ketika melancong, apa kata anda terokai Gunung Raya. Terletak pada aras 881 meter, puncak Gunung Raya tidak dinafikan merupakan tempat melihat sunset di Langkawi paling menarik untuk anda nikmati. Usah khuatir, anda tidak perlu bersusah payah mendaki & meredah hutan untuk sampai ke puncak kerana terdapat jalan raya berturap yang selesa untuk memandu kereta.

Namun, jika anda berhasrat untuk mendaki Gunung Raya, boleh menggunakan denai hutan sejauh 3 km dengan menaiki anak tangga curam yang dikenali sebagai Tangga Helang Seribu Kenangan & bermula dari kawasan Lubuk Semilang. Perjalanan dengan kereta dari kaki bukit menuju ke puncak Gunung Raya hanya 20-30 minit sahaja & dipuncaknya pula terdapat kawasan lapang yang boleh anda parkir kereta dengan mudah. Pemandangan dari puncak Gunung Raya memang sangat memukau di mana anda boleh nampak majoriti Pulau Langkawi, Lautan Andaman yang terbentang luas, gugusan pulau-pulau kecil & juga daratan di selatan Thailand.

Situasi sebegini pasti membuatkan anda tidak mahu lepaskan peluang bergambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan percutian anda di Langkawi. Jika datang waktu pagi, suhu di puncak bukit juga sangat dingin seperti sedang bercuti di Cameron Highlands & bahkan, anda juga boleh melihat kabus-kabus tebal menyeliputi kawasan menara tinjau & bangunan di atas puncak ini. Jika ingin lihat sunset, bolehlah datang sekitar pukul 6 petang bersama keluarga ke sini. Sila berhati-hati memandu ketika menuruni atau menaiki Gunung Raya pada waktu gelap kerana tiada lampu jalan.

Peta Lokasi | Peta Lokasi | Jarak

  • Gunung Raya, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan ( pagi-petang)

  • Ke puncak Gunung Raya
    • Percuma
  • Menara Tinjau
    • RM 10


20. Air Terjun Durian Perangin

bercuti ke langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan air terjun di Langkawi tidaklah sepopular destinasi tepi pantai seperti di Pantai Cenang atau Pantai Tanjung Rhu. Namun, jika berendam dalam air terjun yang dingin & mendengar irama lagu hutan yang ‘dinyanyikan’ cengkerik serta unggas belantara adalah satu ‘terapi mujarab’ untuk anda, apa kata terokai Air Terjun Durian Perangin. Destinasi air terjun ini sangat mudah diakses dengan kenderaan & kawasan mandi manda juga sangat dekat dari tempat parkir kereta. Tidak seperti di Air Terjun Temurun atau Air Terjun Telaga Tujuh yang menagih kudrat yang tinggi & perlu mendaki anak tangga yang tinggi untuk sampai ke kawasan utama air terjun.

Destinasi ini terletak di Hutan Lipur Durian Perangin & merupakan tumpuan pelancong berkeluarga untuk berkelah dan mandi manda di air terjun kerana statusnya yang ‘mudah diterokai’. Terdapat kemudahan seperti pondok, laluan jalan kaki, jambatan gantung & sebagainya. Air terjunnya tidaklah terlalu besar & mungkin agak sesak ketika waktu kemuncak seperti pada cuti sekolah.

Keseluruhannya, Air Terjun Durian Perangin ini mempunyai 14 tingkat & untuk yang berkeluarga, cukuplah sekadar mandi manda di bahagian bawah kerana kawasannya tidak dalam serta sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda bercuti di Langkawi dalam tempoh yang panjang, bolehlah singgah di sini untuk memenuhi agenda percutian anda seharian. Namun jika percutian anda di Langkawi hanyalah singkat, sebaiknya utamakan tarikan pelancongan lain yang dikategorikan unik & tidak ada di negeri anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Durian Perangin, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan ( pagi – petang)

  • Percuma


21. Tasik Dayang Bunting

tasik dayang bunting langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sebalik nama destinasi ini, mempunyai kisah misteri yang tidak tahu sama ada ianya sebuah hikayat benar atau pun sekadar dongengan. Tidak perlu peningkan kepala merungkai ceritanya yang begitu misterius, apa kata ceriakan diri anda di Tasik Dayang Bunting yang menjanjikan satu pengalaman yang best & sangat menyeronokkan. Dari segi geografi, tasik ini terletak di Pulau Dayang Bunting kira-kira 4 km dari pulau besar Langkawi.

Untuk ke sini, perlu menaiki bot & majoriti operator island hopping di sekitar Pekan Kuah atau di Pantai Cenang, akan singgah di Tasik Dayang Bunting ini. Kalau nak tahu, Tasik Dayang Bunting ini hanya 100 meter sahaja dari kawasan air laut. Sebaik bot berlabuh di Pulau Dayang Bunting, anda hanya perlu berjalan kaki & mendaki anak tangga sedikit untuk sampai ke tasik ini. Dari suasana pantai yang rancak dengan deruan ombak, anda akan sampai di tasik ini yang tenang bagaikan memasuki dimensi yang lain.

Pemandangan tasik yang hijau airnya, mempunyai pantulan bukit bukau sekeliling di atas permukaan tasik & diiringi pula bunyian unggas rimba, pasti membuatkan diri anda terasa nyaman bagaikan ‘dunia ini ana yang punya’. Aktiviti di Tasik Dayang Bunting pada dasarnya adalah mandi manda, bermain paddle bot, berkayak & santai-santai. Walaupun air tasik ini kelihatan dalam, anda jangan risau kerana terdapat kawasan berkolam khas yang dibina untuk pengunjung & kanak-kanak bersuka ria. Malah, jaket keselamatan juga akan diberikan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan

Bayaran Masuk ke Tasik Dayang Bunting

  • Dewasa :
    • RM 5.00
  • Kanak-kanak :
    • RM 3.00

Paddling boat / berkayak

  • RM 5 / jam


22. Taman Legenda Pulau Langkawi

tempat penginapan kuah langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman ini terletak tidak jauh dari Jeti Kuah. Jadi kalau ada masa terluang sementara menunggu feri, bolehlah datang ke taman ini untuk sesi bergambar atau pun tenangkan fikiran. Taman Legenda Pulau Langkawi mempunyai landskap taman yang cantik & mempunyai beberapa binaan yang berkonsepkan sejarah serta kesenian. Bagi kaki fotografi, anda semestinya ingin menerokai Taman Legenda Langkawi ini untuk merakam gambar landskap yang kreatif kerana banyak suasana sekeliling & subjek menarik untuk anda manipulasi.

Suasana di Taman Lagenda yang berada di tepi laut & berdekatan dengan Dataran Lang serta Masjid Al Hana memang cukup mendamaikan. Terasa sepoi-sepoi angin laut yang dingin pasti membuatkan anda cintakan keindahan di Pulau Langkawi ini. Lokasinya yang sangat strategik berdekatan dengan tempat penginapan di Kuah & pusat membeli belah Billion, menjadikan Taman Legenda Langkawi sering menjadi destinasi riadah pada waktu pagi atau petang.

Jika anda sudah bosan makan di restoran-restoran yang sesak dengan pelancong, apa kata bungkus sahaja & makan di Taman Legenda Langkawi secara berkelah. Tidak kurang juga, setiap kali bulan Ramadhan, ramai penduduk setempat menjadikan Taman Legenda Langkawi ini sebagai lokasi berbuka puasa secara berkelah beramai-ramai sambil menikmati keindahan suasana matahari terbenam sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Al Hana.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Lagenda, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah

  • 24 jam ( destinasi taman awam)

  • Percuma


23. Kota Mahsuri

makam mahsuri pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika ini adalah kali pertama anda bercuti di Langkawi, Makam Mahsuri sudah tentu menjadi antara tempat menarik yang terdetik di hati untuk anda lawat kerana sering terngiang-ngiang sejak dari bangku sekolah lagi bukan ? Apa kata kali ini anda realisasikan niat anda dengan membawa anak-anak ke destinasi ini. Ringkasannya, Kota Mahsuri merupakan destinasi pelancongan dalam kategori tempat bersejarah kerana di sini terletaknya Makam Mahsuri, replika rumah tradisional, pameran visual seperti muzium, melihat diorama silam & juga Telaga Mahsuri.

Pameran di sini tidaklah terlalu besar & aktiviti yang boleh anda lakukan di sini secara kasarnya kurang daripada sejam. Galeri-galeri pameran visual banyak mengetengahkan barangan lama & klasik seperti senjata, barangan perhiasan serta juga informasi berkenaan dengan Mahsuri. Kalau nak tahu, anda juga boleh melihat gambar waris keturunan Mahsuri yang masih hidup sehingga kini. Bagi mereka yang tidak berminat dengan aktiviti bersejarah, destinasi ini mungkin bukan untuk anda.

Namun, jika anda mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, sangat disyorkan untuk bawa mereka mengenali legenda ini yang sangat berkait rapat dalam ilmu sejarah di sekolah. Sudah puas melihat bahan bersejarah di sini, anda boleh teruskan pengembaraan anda dengan aktiviti membeli belah di beberapa kedai berdekatan yang menjual produk-produk kesihatan tradisional seperti minyak gamat & juga produk herba. Harganya berpatutan & sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan istimewa buat teman di sepejabat atau pun jiran tetangga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9556055 | Facebook

  • Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Makam Mahsuri

  • Isnin-Jumaat
    • 8.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 8.00 am – 6.30 pm

Harga Tiket Makam Mahsuri

  • Dewasa:
    • RM 12.00
  • Kanak-kanak:
    • RM 6.00


24. Muzium Laman Padi Langkawi

laman padi muzium langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium Laman Padi adalah sebuah destinasi eko pelancongan yang berasaskan konsep perkampungan persawahan & memaparkan aktiviti penanaman padi yang juga merupakan satu warisan untuk negara Malaysia. Sekiranya anda sekeluarga belum pernah kenal suasana sebuah perkampungan padi & juga proses penghasilannya, sangat disyorkan untuk lawati destinasi ini.

Di kawasan sawah, anda boleh melihat pemandangan hijau yang sesuai untuk aktiviti fotografi & juga melihat sendiri cara menuai atau pun menanam pagi. Terdapat juga binatang-binatang yang sinonim di kawasan sawah padi seperti kerbau & juga burung-burung yang membangkitkan lagi suasana sekeliling. Selain itu, anda boleh juga pelajari sejarah berkaitan penanaman padi di dalam muzium berdekatan yang memaparkan pelbagai informasi & perkakasan pertanian tradisional mahu pun yang lebih terkini.

Walaupun tarikan muzium ini tidaklah sebesar Muzium Padi di Alor Setar, tetapi cukup memadai sebagai permulaan untuk anda mendedahkan aktiviti pertanian warisan bangsa negara kepada anak-anak yang masih bersekolah. Sudah puas melihat tarikan di muzium, bolehlah pula bersantapan di restoran Laman Padi yang menjanjikan menu makanan Melayu dengan suasana perkampungan yang pasti memberikan anda sekeluarga satu pengalaman yang baru.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9553225 | Facebook

  • Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Muzium Laman Padi Langkawi

  • Dibuka setiap haril;
    • 10 am – 6 pm

Harga Tiket Muzium Laman Padi Langkawi

  • RM 5


25. Pantai Tengah

hotel menarik langkawi tepi pantai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Tengah merupakan sebuah lagi destinasi ideal untuk anda yang mungkin ingin mencari hotel menarik di Langkawi & di kawasan tepi pantai. Malah, lokasi pantai ini juga tidak jauh dari Pantai Cenang sekitar 2 km sahaja. Dari segi kemeriahan, tidak dinafikan Pantai Cenang lebih menyerlah namun dari segi privasi & kecantikan persisiran pantai, Pantai Tengah lebih menarik.

Apa jua aktiviti yang lazimnya dilakukan oleh pelancong di tepi pantai seperti main jetski, mandi manda atau banana boat ride, ada terdapat di sini. Malah, dari sini juga anda boleh ke beberapa tempat menarik di Langkawi yang sangat popular bersama anak-anak seperti Underwater World Langkawi, Muzium Laman Padi atau pun membeli belah di kedai barangan bebas cukai. Sekiranya bercuti di Langkawi bersama kanak-kanak, apa kata menginap di Aseania Resort Langkawi yang mempunyai kolam renang menarik untuk masa riang ria mereka. Tidaklah terlalu bosan asyik mandi laut sahaja bukan ?

Selain itu, pilihan resort atau hotel menarik di Pantai Tengah juga agak bervariasi sama ada untuk mereka yang bercuti bersama keluarga, secara solo mahu pun berdua ketika honeymoon di Langkawi. Pemandangan pantai ini waktu petang ketika matahari sedang berlabuh di ufuk barat juga sangat menarik untuk anda nikmati bersama yang tersayang. Terdapat pemandangan pulau & kawasan berbatu yang sangat ideal untuk anda rakamkan sekeping foto memukau sebagai koleksi kenangan peribadi anda seisi keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

  • 24 jam ( pantai awam)


26. Kompleks Kraf Langkawi

lawatan sambil belajar pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seandainya anda menginap di hotel sekitar Pantai Tanjung Rhu atau Mukim Ayer Hangat, apa kata terokai destinasi ini. Kompleks Kraf Langkawi merupakan destinasi membeli belah terbaik di Pulau Langkawi sekiranya anda ingin mencari barangan kraftangan untuk dijadikan cenderahati istimewa atau pun mungkin sebagai koleksi peribadi. Rata-rata hasil kraftangan di sini dihasilkan oleh penduduk setempat dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Di samping membeli belah barangan tradisional menarik, dapatlah juga anda menyokong usaha & titik peluh orang kampung di Langkawi. Jika kita sendiri sebagai pelancong tempatan tidak menyokong warisan & kesenian budaya kita, siapa lagi ? Sambil anda melancong & pada masa yang sama dapatlah juga berbakti kepada negara dari perspektif yang berbeza. Pilihan barangan kraftangan di sini sangat bervariasi seperti produk anyaman rotan, batik, aksesori wanita, barangan hiasan rumah & sebagainya.

Destinasi sebegini sudah tentu membuatkan kaum hawa & pencinta seni tersenyum gembira. Selain melihat kunikan barangan, dapatlah juga anda melihat orang di sini menghasilkan barangan kraftangan yang sangat halus seninya & sangat rumit pembikinannya. Pelancong juga berpeluang mencuba aktiviti mewarna batik & mencuba menyumpit. Bagi guru-guru yang membawa rombongan & memimpin lawatan sambil belajar di Pulau Langkawi, sangat disyorkan untuk senaraikan destinasi ini ke dalam agenda lawatan anda. Sila hubungi pihak destinasi ini untuk lawatan berpandu secara berkumpulan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9591913 | Facebook | Website

  • Kompleks Kraf Langkawi Malaysia Teluk Yu, Mukim Bohor 07000 Langkawi

Waktu Operasi Langkawi Craft Complex

  • Dibuka setiap hari
    • 10.00 am – 6.00 pm

  • Masuk percuma ( destinasi membeli kraftangan)

Mewarna batik.

  • Pelancong tempatan
    • RM 10
  • Pelancong asing
    • RM 15

Aktiviti lain – mendirikan keris dan menyumpit.

*Penyertaan aktiviti lawatan berpandu secara berkumpulan, sila hubungi pegawai di Kompleks Kraf Langkawi En. Mohamad Fitri di talian 013-4997833


27. Dataran Lang Pulau Langkawi

percutian di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian di Langkawi setiap pelancong tidak akan pernah lengkap jika tidak bergambar di destinasi yang sangat simbolik dengan Pulau Langkawi ini, iaitu Dataran Lang. Tiada alasan untuk anda tidak berkunjung ke sini bergambar & berswafoto untuk dijadikan sebagai kenangan peribadi kerana lokasinya yang strategik serta bersebelahan sahaja dengan jeti feri di Kuah. Tengok sahajalah gambar rakan-rakan anda di media sosial yang pernah bercuti ke Langkawi, pasti replika burung helang gergasi ini yang akan menjadi subjek latar belakang dalam foto mereka bukan?

Pasti ramai yang tidak tahu, kenapa replika helang ini menjadi mercu tanda Pulau Langkawi yang sangat ikonik sekali. Kalau nak tahu, nama Langkawi ini diambil sempena dengan burung helang merah yang banyak terdapat di pulau ini. Lang mewakili burung helang & kawi pula bermakna perang kemerahan. Benar, anda tidak akan pernah tahu bahasa ini terutamanya kawi kerana perkataan ini merujuk kepada Bahasa Melayu Lama.

Jika anda melakukan aktiviti island hopping sekitar Pulau Singa Besar atau mangrove tour di Sungai Kilim, pasti akan melewati kawasan eagle feeding. Banyak helang merah yang ‘terjun tiruk’ dari udara & meluncur laju ke air untuk menangkap ikan, sangat menyerupai replika yang terdapat di Dataran Lang ini. Jika anda menginap di hotel berdekatan Pekan Kuah seperti Eagle Bay Hotel, De Baron Resort Langkawi atau Langkawi Yacht Club Hotel, datanglah singgah ke sini pada waktu malam kerana cahaya lampu neon di sekelilingnya akan membuatkan replika burung helang ini nampak lebih menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Dataran Lang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan ( destinasi terbuka)

  • Percuma


28. Nusantara Gamat

kedai minyak gamat langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gamat merupakan hidupan laut yang sangat banyak di sekitar perairan Langkawi. Tidak hairanlah, produk gamat sangat terkenal di pulau legenda ini & bahkan turut menjadi salah satu subjek yang ikonik dengan Pulau Langkawi. Jika, anda buntu mencari barangan yang sesuai untuk dibuat ole-ole untuk jiran tetangga di rumah, sangat disyorkan untuk anda terokai produk-produk tradisional, ubatan herba & produk kecantikan organik yang terdapat di Nusantara Gamat.

Selain minyak gamat, terdapat juga produk tradisional yang berasaskan bahan semulajadi lain seperti minyak kelapa dara, minyak kayu putih, losyen beras & macam-macam lagi. Rambang mata dibuatnya. Menariknya, anda bukan sahaja boleh beli produk, malah terdapat juga pameran herba-herba tradisional yang dipaparkan untuk pengetahuan umum. Bagi yang berani, cubalah celupkan jari anda ke dalam minyak gamat yang sedang dimasak mendidih di dalam kawah. Jangan risau, ianya tidaklah sepanas seperti yang disangkakan walau pun buih-buih yang menggelegak akan membuatkan anda berfikir 2 kali untuk cuba.

Kemudahan di Nusantara Gamat Enterprise ini juga sangat bagus. Terdapat ruangan parkir yang luas, kemudahan tandas, surau & sebagainya. Uniknya, di hadapan kedainya juga terdapat replika botol minyak Gamat Nusantara yang sangat besar & bolehlah anda berswafoto untuk dijadikan koleksi gambar kenangan peribadi ketika bercuti di Pulau Langkawi. Lokasi Nusantara Gamat ini terletak kira-kira 10 km dari Pantai Cenang & 13 km dari Pekan Kuah. Jika menginap di hotel salah satu destinasi ini, bolehlah datang ke sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-2076411 | Facebook | Website

  • Nusantara Maju Enterprise, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Nusantara Gamat

  • Dibuka setiap hari
    • 8.30 am – 5.30 pm
  • Hujung minggu ditutup
    • 8.30 am – 7.00 pm

  • Lawatan percuma ( destinasi beli belah )


29. Idaman Suri

idaman suri shopping langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mimpi indah buat sang isteri & mimpi ngeri untuk si suami. Itulah yang boleh digambarkan dengan destinasi ini. Bagi wanita yang bergelar suri rumah, ini adalah destinasi yang pasti membuatkan anda tersenyum gembira. Idaman Suri merupakan sebuah kompleks bangunan membeli belah yang besar & mempunyai banyak pilihan produk jualan seperti barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu garfu, cadar, perhiasan rumah & macam-macam lagi.

Apa yang pasti, harga di sini sangat murah yang akan membuatkan anda ingin borong semuanya. Almaklumlah, Langkawi adalah kawasan bebas cukai jadi harganya sudah tentulah membuatkan anda rambang mata & tidak tahu apa yang hendak dibeli. Pilihan produk jualan di sini juga terdiri daripada barangan berjenama seperti Corelle, Nortake, Vantage, Pyrax, Tefal & sebagainya. Jika anda menginap di hotel atau homestay di Kuah, bolehlah masukkan Idaman Suri sebagai destinasi membeli belah anda.

Bagi pelancong yang baru bergelar raja sehari & sedang berbulan madu di Langkawi, atau pun mereka yang bakal berpindah ke rumah baru tidak lama lagi, sangat disyorkan untuk terokai destinasi ini dahulu sebelum ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Pasti boleh jimat banyak untuk membeli barangan keperluan dapur anda. Dengan pilihan barangan dapur & aksesori perhiasan rumah yang banyak serta berjenama, anda juga boleh jadikan sebagai hadiah istimewa untuk rakan yang bakal berkahwin atau pun untuk saudara mara di kampung. Dapat hadiah berjenama sebegini, pasti mereka akan suka & ingat anda sampai bila-bila.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • Idaman Suri, No. 1, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Idaman Suri Langkawi

  • Sabtu-Khamis
    • 9.30 am – 8.00 pm
  • Jumaat
    • Tutup

  • Tiada bayaran masuk (Destinasi beli belah)


30. HIG Haji Ismail Group Langkawi

tempat shopping best langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda malas nak berjalan ke banyak kedai untuk membeli barangan yang sinonim dengan Langkawi seperti pinggan mangkuk, kelengkapan dapur, coklat, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya, terjah sahaja ke destinasi membeli belah ini. Boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong membeli pelbagai barangan. Bagi pencinta coklat & kanak-kanak, destinasi ini bagaikan syurga.

Terdapat pelbagai pilihan coklat berjenama yang boleh dibeli seperti Daim, Kit Kat, Bueno & sebagainya. Pilihan jenama pinggan mangkuk atau kelengkapan dapur juga tidak kurang hebatnya & setanding dengan destinasi membeli belah barangan duty free di Langkawi yang lain. Sama ada jug, kuali, periuk mahu pun sudu garfu, variasi produk jualan yang ada di sini pasti tidak akan menghampakan anda. Tidak hairanlah, setiap kali cuti sekolah, destinasi ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelancong untuk mencari barangan untuk dijadikan buah tangan mahu pun sebagai koleksi peribadi suri rumah.

Selain harganya sangat kompetitif & lokasinya mudah diakses pelancong, populariti Perniagaan Haji Ismail Group ini juga sebenarnya terletak pada usia jenamanya sendiri yang sudah lama bertapak di sini sejak tahun 1996 lagi. Satu tempat shopping best di Langkawi yang sangat disyorkan untuk anda terokai sendiri. Lokasinya juga sangat mudah untuk diakses & hanya 7 minit sahaja dari Pekan Kuah. Sebelum menaiki feri di Jeti Kuah, bolehlah anda mencari ole-ole di kedai HIG Langkawi ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9666005 | Facebook | Website

  • Lot 1852 Kompleks HIG, Jalan Penarak, Kuah 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

  • 9.00 am – 9.30 pm

  • Tiada bayaran masuk ( destinasi membeli belah)


31. Ayer Hangat Village

makan angin di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ada sakit lutut, sakit sendi atau pun lenguh badan selepas seharian makan angin di Langkawi ? Jika ada, apa kata datang ke Ayer Hangat Village yang menempatkan kolam air panas semulajadi yang boleh anda berendam untuk kesegaran tubuh badan. Kalau nak tahu, kolam air panas di sini merupakan jenis kolam air panas semulajadi yang masin airnya & hanya terdapat di 3 buah negara sahaja di dalam dunia ini. Seperti juga kolam air panas lain di Malaysia, ianya sangat kaya dengan mineralnya tersendiri yang dipercayai sangat bagus untuk kesihatan secara semulajadi.

Sebaik melangkah masuk ke sini, anda boleh ajak anak-anak ke kawasan kolam di bahagian luar yang tidaklah terlalu besar untuk merendam kaki sahaja. Kehangatan airnya yang terasa sangat ‘menyirap’ sehingga ke ubun kepala pasti membuatkan mata anda rasa ‘cerah’ bagaikan dicas dengan tenaga misteri yang menyegarkan. Kolam-kolam air panas di sini juga bervariasi bentuknya & diasingkan kepada bahagian lelaki serta wanita.

Jika merendam kaki sahaja tidak cukup memuaskan anda, apa kata anda sewa jakuzi air panas peribadi yang bertempat di dalam kawasan tertutup. Jakuzi buatan ini yang dipam dengan air panas semulajadi di sini pasti akan memberikan anda satu pengalaman yang jauh lebih menarik daripada sekadar merendam kaki sahaja. Dekorasi dalaman kawasan Ayer Hangat Village ini sangat menarik & suasana sekelilingnya yang mendamaikan membuatkan destinasi ini sangat ideal untuk pelancong yang berkeluarga, mahu pun yang sedang berbulan madu di Langkawi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9591195 | Facebook | Website

  • 16 Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi.

Waktu Operasi Ayer Hangat Village

  • 9 am – 5 pm

Bayaran Masuk Ayer Hangat Village

  • Dewasa:
    • RM 5
  • Kanak-Kanak(bawah 12 tahun)
    • Percuma
  • Jakuzi peribadi
    • RM 80 – RM 129


32. Masjid Al Hana Langkawi

masjid menarik langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda menginap sekitar Pekan Kuah, bolehlah datang berkunjung melihat keindahan salah sebuah masjid yang terbesar di Pulau Langkawi ini iaitu Masjid Al Hana. Lokasinya sangat strategik di tepi laut bersebelahan dengan Pekan Rabu & juga Taman Legenda Langkawi. Masjid yang boleh memuatkan 1200 orang pada satu-satu masa ini mempunyai senibina gabungan kesenian Uzbezkistan & juga Melayu.

Dari atas masjid ini, terdapat hampir 20 buah kubah separa sfera yang berwarna keemasan & kelihatan sangat berkilauan terutamanya pada waktu tengahari. Kalau nak tahu, masjid ini juga pernah dinobatkan sebagai masjid terbaik di peringkat Negeri Kedah pada tahun 2016 & masjid terbaik di Langkawi pada tahun 2017. Masjid Al Hana mempunyai parkir kereat yang lapang & kemudahan untuk jemaah yang sempurna untuk beribadah atau pun mungkin rehat seketika selepas penat berjalan seharian di Pekan Kuah.

Bagi pelancong yang bukan beragama Islam, anda juga boleh ke sini untuk untuk melihat keunikan struktur bangunan dengan lebih dekat & juga belajar tentang fungsi masjid ini yang sangat penting dalam rutin seharian umat Islam. Bagi pelancong beragama Islam, anda juga boleh semak jadual ceramah di masjid ini kerana banyak ustaz & penceramah popular di Nusantara yang sering ke Masjid Al Hana untuk program ceramah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Masjid Al Hana, Persiaran Kuah, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan.


33. Upsido Langkawi Upside Down House

 Upsido Langkawi Upside Down House

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika bergambar & berswafoto dalam situasi menarik serta unik adalah obsesi diri yang tidak dapat dibendung lagi, terokai sahaja Rumah Terbalik Langkawi ini yang terletak di Padang Matsirat. Berbeza di mana-mana upside down house yang pernah anda pergi dalam Malaysia, destinasi ini menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan hiasan yang semuanya tampak tunggang terbalik.

Jika ini adalah pertama kali anda bercuti bersama anak-anak di destinasi yang ada tarikan sebegini, sangat disyorkan untuk datang bersuka ria bersama & bergambar di rumah terbalik Langkawi ini. Walaupun rumah terbalik ini tidaklah sebesar upside down house di Menara Kuala Lumpur, namun kualiti persembahan & dekorasi ‘tunggang terbalik’ di sini sangat menarik sekali. Menghasilkan foto unik bersama keluarga yang membuatkan orang berfikir 2 kali kerana pelik, pasti akan menjadi viral di sosial media anda nanti.

Di dalam rumah terbalik ini, anda boleh bergambar di kawasan ruang tamu, beberapa bilik tidur & juga ruangan bilik air yang mempunyai dekorasi terbalik yang sangat kreatif. Anda backpacking di Langkawi & melancong secara solo? Usah risau, staf yang mesra di sini akan membantu anda rakam gambar menarik sementara anda hanya sibukkan diri dengan pelbagai gaya tersendiri. Lokasi rumah terbalik ini di Jalan Padang Matsirat terletak di tengah-tengah antara 2 kawasan pelancongan di Langkawi yang popular iaitu Pekan Kuah & Pantai Cenang yang jaraknya sekitar 10-12 km sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-5822889 | Facebook | Website

  • Rumah Terbalik Langkawi (Upsidow), 37, Jalan Padang Matsirat, Kampung Yooi, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Rumah Terbalik Langkawi ( Upsidow)

Dibuka setiap hari

  • Isnin-Khamis;
    • 10am – 6pm
  • Jumaat, Sabtu & Ahad;
    • 9am – 8pm
  • Cuti Sekolah & Cuti Umum;
    • 9am – 8pm

Harga Tiket Rumah Terbalik Langkawi ( Upsidow)

#1 Pelancong Tempatan ( Warganegara)

  • Dewasa:
    • RM 18
  • Kanak-Kanak:
    • RM 15

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-Kanak:
    • RM 20


34. Langkawi Adventure & Xtreme Park

teambuilding di Langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terdapat beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang menawarkan aktiviti outdoor mencabar & juga aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan secara berkumpulan. Salah satunya adalah Langkawi Adventure & Xtreme Park yang terletak berdekatan Perdana Galeria & Jeti Mangrove Tour Kilim di Mukim Ayer Hangat. Jika anda berhasrat anjurkan team building di Langkawi bersama rakan sepejabat, cubalah pertimbangkan aktiviti di sini yang pasti membuatkan ada semua menikmati detik-detik hebat yang menyeronokkan.

Antara aktiviti menarik di sini yang boleh pengunjung lakukan adalah SkyBike Adventure, ATV’s Adventure, Paint Ball Shooting, Go Kart Fun Ride, Flying Fox & banyak lagi. Malah, pilihan aktiviti outdoor yang menarik untuk memenuhi agenda team building anda juga sangat banyak seperti Water Confidence, Raft Building & juga aktiviti yang berbentuk tele matches seperti Poison Ballon, Sea Rescue & banyak lagi.

Untuk yang berkeluarga & bersama anak-anak, jangan risau kerana terdapat juga aktiviti menarik yang lebih santai untuk anda cuba seperti menunggang kuda, naik belon helium atau pun memanah. Aktiviti outdoor di sini juga sangat unik & berbeza dengan kebanyakan tempat menarik di Langkawi lain. Jika datang ke sini, cubalah SkyRide, iaitu aktiviti paling popular di mana anda akan menunggang basikal di udara yang pasti memberikan anda satu pengalaman bercuti yang baru.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-4746460 | Facebook | Instagram | Website

  • Langkawi Adventure & Xtreme Park, Lot 1453, Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi, ​Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi Langkawi Adventure & Xtreme Park

Dibuka setiap hari;

  • 10 am – 7 pm

Harga Pakej Langkawi Adventure & Xtreme Park

  • SkyRide
    • RM 50 / seorang
  • ATV’s Adventure
    • RM 90/ single rider / 30 minit
    • RM 130 / double rider/ 30 minit
  • Paintball Shooting
    • RM 50 / pallet
  • Go Kart Fun Ride
    • RM 50 / single rider / 10 minit
    • RM 80 / double rider / 10 minit
  • Menunggang kuda/ kuda padi
    • RM 50 / seorang / 30 minit
  • Memanah
    • RM 50 / seorang / 30 anak panah
  • 7D Cinema
    • RM 40 / seorang / 10 minit
  • Flying Fox
    • RM 50 / seorang / 2 kali

*untuk harga aktiviti team building lain, sila semak di website rasmi destinasi.


35. Gua MAHA

tempat makan best di langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lapar ? Teringin makan sesuatu yang sedap dalam suasana dekorasi restoran yang lain daripada lain ? Apa kata terokai Gua MAHA yang terletak kira-kira 5-6 km sahaja dari Pekan Kuah, Langkawi. Destinasi ini bukan sahaja merupakan tempat makan best di Langkawi yang menghidangkan menu makanan menarik, malah turut menjadi tumpuan pelancong untuk berkunjung kerana dekorasi dalamannya yang unik seperti gua. Selain itu, destinasi ini juga merupakan sebuah tempat memproses sarang burung.

Aktiviti melihat & belajar cara menghasilkan sarang burung memang satu aktiviti yang sangat menarik untuk anda terokai. Informasi berharga sebegini bukan senang untuk anda terokai kerana banyak destinasi lain memerlukan anda meredah hutan & menerokai gua-gua yang jauh di pedalaman untuk melihat sarang burung. Jika ingin menikmati menu eksklusif seperti sup burung, bolehlah cuba di Gua MAHA ini.

Pilihan menu makanan di restoran yang terdapat di dalam Gua MAHA memang banyak & pasti tidak akan mengecewakan anda. Sama ada menu tempatan atau pun ala barat, destinasi ini ada menyediakannya & sesuai untuk anda yang mungkin bercuti di Langkawi bersama keluarga untuk datang ke sini menjamu selera. Kalau hari hujan & cuaca sejuk, cubalah makan steam boat di sini, pasti menjadi kombinasi terbaik untuk menceriakan hari anda. Sudah kenyang & puas bergambar di sini, bolehlah pula anda membeli produk-produk seperti sarang burung, madu asli, kacip fatimah, tongkat ali, cenderahati & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4211816 | Facebook

  • Lot 2836, Bukit Buluh Penyumpit, Mk Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Gua MAHA

Dibuka setiap hari

  • 10.30 am – 7.30 pm

Bayaran Masuk Gua MAHA

  • Percuma


36. Paradise 101 Langkawi

pengalaman percutian langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bercadang untuk buat trip hujung minggu ke Langkawi bersama rakan-rakan? Jika anda & rakan-rakan sukakan aktiviti outdoor di kawasan air yang menarik & mencabar, cubalah pertimbangkan Paradise 101 Langkawi. Aktiviti menarik di sini pasti akan memenuhi satu hari percutian di Langkawi dengan satu pengalaman yang pasti anda serta rakan-rakan tidak akan lupakan.

Antara aktiviti yang paling mencuri tumpuan pelancong adalah Aqua Park, main jet ski, flying fox, parasailing, berkayak & sebagainya. Jika aktiviti  flying fox atau pun zipline merentasi hutan belantara adalah ‘kacang’ sahaja buat anda, cubalah pula zipline di sini di mana anda akan meluncur laju merentasi laut sejauh 70 meter yang menjanjikan debaran yang sangat mengujakan. Untuk aktiviti berkumpulan yang lebih menyeronokkan, ajaklah kawan-kawan untuk berlumba di Aqua Park.

Aqua Park merupakan taman tema mini yang mempunyai laluan berhalang di atas air laut yang disusun menggunakan inflatable tube pelbagai bentuk. Aktiviti ala-ala Ninja Warrior yang berlangsung di atas Laut Andaman ini, pasti akan menjadi masa riang ria yang menakjubkan untuk anda semua. Untuk ke sini juga, anda perlu menaiki bot dari Telaga Harbour Marina kerana lokasi Paradise 101 Langkawi ini bertempat di sebuah kawasan pulau terpencil kira-kira 1 km dari pulau besar Langkawi. Satu tempat menarik di Pulau Langkawi yang sangat disyorkan untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak & pada masa yang sama ingin mencuba sesuatu yang baru.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9639200 | Facebook | Instagram | Website

  • Paradise 101 Langkawi, Telaga Harbour Marina Langkawi, Kedah Malaysia

Waktu Operasi Paradise 101 Langkawi

  • Tidak dikhususkan ( bengantung kepada keadaan cuaca semasa)

Harga Pakej Paradise 101 Langkawi

  • Pakej Silver-Paradise;
    • Bermula RM 180
    • Banana Boat, Boat Thrill Ride, Aqua Park, Zip Line Experience, Kayak Fun, Fishing & Sunset View.

*untuk harga pakej lain, sila semak di website rasmi destinasi ini.


37. Pantai Pasir Hitam

pantai pasir hitam langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pertama kali mendengar nama pantai ini, pasti anda hanya sangkakan ianya hanyalah nama semata-mata. Salah. Pantai ini dinamakan Pantai Pasir Hitam kerana memang pasir di kawasan pantai ini berwarna hitam. Satu fenomena alam yang sangat menakjubkan yang boleh anda sekeluarga terokai sendiri. Unik bukan ? Ciri-ciri pasir pantai yang tidak putih lazimnya akan membuatkan pelancong mengelak untuk berkunjung tetapi di sini adalah sebaliknya.

Ramai pelancong dalam & luar negara datang singgah di Pantai Pasir Hitam ketika bercuti di Pulau Langkawi untuk menyaksikan sendiri kerana ramai tidak percayakannya. Di sepanjang pantai ini, terdapat infografik yang menceritakan asbab utama pasirnya hitam. Ada yang mengaitkan dengan kisah peperangan antara penduduk laut & penduduk darat satu ketika dahulu, ada juga yang mengatakan disebabkan oleh kandungan mineral semulajadi yang terdapat di sepanjang pantai.

Peliknya, apabila anda gali pasir pantai ini, pasir pantainya hanyalah sama sahaja seperti pantai lain & pepasir hitam ini hanya terdapat di kawasan permukaan. Walaupun pasir pantainya hitam, anda jangan bimbang, air lautnya tetap biru & sangat memukau. Jika datang waktu petang, bolehlah ‘layan’ panorama matahari terbenam yang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk bergambar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Pasir Hitam, 07000 Langkawi, Kedah

  • 24 jam ( pantai awam)

  • Percuma


38. Atma Alam Batik Art Village

tempat menarik pantai cenang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Batik, merupakan produk tradisional yang sangat popular di pantai timur. Siapa sangka, di Langkawi juga sebenarnya ada destinasi menarik yang telah wujud sejak tahun 1987 lagi untuk anda beli kain batik yang menarik. Kalau nak tahu, perkampungan kesenian batik ini diasaskan oleh Aza Osman & Roshadah Yusof, 2 individu yang sangat obses dengan kesenian batik. Elemen corak batik yang diperagakan di sini memang berbeza jika dibandingkan dengan batik di pantai timur.

Malah, bukan itu sahaja, dengan bayaran yang sangat berpatutan, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mencanting & mewarna batik. Pengalaman sebegini sangat ideal untuk anda jadikan sebahagian daripada program lawatan sambil belajar di Langkawi. Jika kita tidak mendedahkan kesenian warisan bangsa kepada generasi muda kita, maka siapa lagi ?

Walaupun anda bercuti di Langkawi secara bajet, jangan risau kerana tiada bayaran masuk dikenakan. Jika aktiviti yang berbayar menjadi halangan, cukuplah sekadar melihat galeri di sini & mengenali kain batik dengan lebih dekat. Jika anda berhasrat mengadakan lawatan sambil belajar di sini secara berkumpulan, sila buat temu janji untuk kemudahan anda. Lokasi Atma Alam Batik Art Village juga mudah untuk dilawati di Padang Matsirat & hanya 2-3 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jika anda mencari idea fesyen mungkin untuk baju raya yang menarik, cubalah ke Atma Alam Batik Art Village ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9551227 | Facebook | Website

  • Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Atma Alam Batik Art Village

  • 10 am – 6 pm

Bayaran Pakej Atma Alam Batik Art Village

  • Lawatan percuma
  • Mencating/ mewarna batik
    • RM 30


39. Langkawi Canopy Adventures

langkawi canopy adventure

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terokai keindahan hutan di Langkawi dengan aktiviti pengembaraan ini yang pasti menguji daya tahan fizikal & mental anda. Langkawi Canopy Adventures merupakan satu akiviti lasak yang sangat disyorkan untuk mereka yang sukakan aktiviti seperti redah hutan, memanjat, flying fox & melihat keindahan alam semulajadi. Aktiviti ini melibatkan cabaran jungle trekking melalui laluan yang telah ditetapkan & mempunyai 9 elemen halangan yang sangat menyeronokkan.

Antara 9 elemen halangan yang perlu ditempuh adalah berjalan di atas kabel besi sepanjang 20 m, memanjat spider web setinggi 10 m, abseiling, flying fox & sebagainya. Tidak dinafikan, explorasi hutan sebegini bukan untuk semua orang kerana aktivitinya bukan sekadar melalui denai hutan & memanjat akar-akar kayu sahaja, malah akan menggunakan apa jua bentuk pergerakan badan yang merumitkan seperti memanjat, merangkak, bergayut, berjalan itik & macam-macam lagi. Jika anda mempunyai stamina yang bagus & fizikal yang ideal, cubalah Langkawi Canopy Adventures ini.

Aktiviti ini bermula di kaki Gunung Raya & anda akan melalui Tangga Helang Seribu Kenangan serta elemen halangan seperti yang dinyatakan di atas. Tempoh masa untuk cabaran ini mengambil masa sekitar 2-3 jam & bergantung kepada pakej cabaran yang anda ambil. Kelelahan yang anda rasai pasti akan terubat sebaik menghabiskan aktiviti ini & melihat keindahan panorama sekeliling di Gunung Raya ini sangat memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4668027 | Facebook | Instagram | Website

  • No 1176, Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Langkawi Canopy Adventurous

  • Tidak dikhususkan ( bergantung kepada temu janji)
  • Aktiviti ini bermula 9 am

Harga Pakej Langkawi Canopy Adventurous

  • Lite Version – 7 Elemen halangan
    • RM 180
  • Full Version – 9 Elemen halangan
    • EM 220

*maklumat lanjut, sila layari website rasmi destinasi ini.


40. Island Horses

 island horses langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mesti ramai yang masih belum mencuba menunggang kuda bukan ? Kalau ada pun, mungkin hanya 5-10 minit sahaja di satu kawasan lapangan tertutup. Kurang menyeronokkan. Kali ini, anda cubalah menunggang kuda di sini pula yang lebih menyeronokkan kerana laluannya bukan setakat di dalam kawasan kandang sahaja, malah anda boleh pilih sama ada nak menunggang kuda di tepi pantai, dalam hutan atau pun di kawasan berbukit melalui trail ke Air Terjun Telaga Tujuh. Hebat sekali bukan ?

Kuda-kuda yang ada di sini bukan setakat baka kuda padi sahaja, malah terdapat juga baka kuda yang diimport dari luar negara seperti Argentina & sering digunakan untuk acara perlumbaan & endurance tournament. Takut nak cuba sebab tiada pengalaman ? Usah risau, pakej yang ditawarkan di sini sangat pelbagai & sesuai untuk segenap latar belakang pelancong. Tempoh masa menunggang kuda di sini juga lama bergantung kepada pakej yang anda pilih. Ada yang 15 minit untuk satu sesi & ada yang sehingga 2 jam lamanya.

Jika anda menginap di hotel berdekatan seperti di Berjaya Hotels, The Danna Langkawi & Geopark Hotel Langkawi, mereka turut akan ambil anda di sana, namun bergantung kepada jenis pakej yang anda pilih. Satu aktiviti menarik di Langkawi yang sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja yang pasti tidak akan menghampakan anda kerana jarang tempat menarik di destinasi lain yang menawarkan aktiviti menunggang kuda yang sangat berkualiti & dalam suasana sekeliling yang menyeronokkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9594753 | Facebook | Website

  • Island Horses Sdn Bhd, Jalan Telaga 7 (Seven Wells Waterfall), Mukim Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Menunggang Kuda di Island Horse

  • Selasa-Ahad
    • 8.30 am – 12.30 pm
    • 2.00 pm – 5.30 pm
  • Isnin
    • Tutup

Pakej Menunggang Kuda di Island Horses

#1 Fun Rides

  • RM 60/ 15 minit
  • RM 120 / 30 minit

#2 Beach Rides

  • RM 240 / sejam
  • RM 200 sejam berikutnya

#3 Jungle Rides

  • RM 240 / sejam
  • RM 200 sejam berikutnya

#4 Mountain Trail

  • RM 440 / sejam

*maklumat lanjut, sila layari website rasmi destinasi ini.


41. Buffalo Park

pelancongan di pulau langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kerbau, spesis haiwan ternakan yang selalu ‘dianak tirikan’. Sangat jarang destinasi percutian yang menawarkan aktiviti untuk mendekati haiwan ini. Disebabkan kerbaulah, nama Terengganu menjadi terkenal di seluruh dunia akibat terkena kuasa viral ‘Budak Kerbau’. Disebabkan kerbau jugalah, wujudnya menu makanan tradisional yang mengangkat nama Pakistan di mata dunia, iaitu Chapli Khabab. Jika selama ini keenakan daging kerbau menjadi persoalan buat anda, cubalah datang ke Buffalo Park untuk mencuba Buffalo Steak & pelbagai menu lain yang sangat menyelerakan.

Buffalo Park merupakan sebuah ladang kerbau yang bersistematik, bukan sahaja berfungsi sebagai ladang ternakan malah turut menjadi tarikan pelancongan di Pulau Langkawi. Di sini, pelancong bukan sahaja berpeluang melihat kerbau, malah juga dapat merasai pengalaman memberi makan & menunggang kerbau. Apa yang lebih menarik, terdapat juga jualan makanan & produk tenusu kerbau yang boleh anda rasai seperti susu kerbau, dadih, cheese mozarella, aiskrim & sebagainya

Destinasi menarik sebegini, sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak atau pelajar sekolah lawati kerana banyak pengisisan ilmunya. Harga tiket masuk pun murah, makanan juga unik & sedap, memang kombinasi terbaik. Jika anda mencari tempat menarik di Pulau Langkawi yang unik & tiada di kawasan bandar, Buffalo Park adalah salah satu destinasi yang perlu anda terjah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-5596124 | Facebook

  • Buffalo Park, Nyior Chabang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Buffalo Park Langkawi

  • Sabtu-Khamis
    • 9 am – 5 pm
  • Jumaat
    • Tutup

Harga Tiket Buffalo Park Langkawi

#1 Pelancong tempatan

  • Dewasa:
    • RM 3
  • Kanak-Kanak
    • RM 1

#2 Pelancong luar

  • Dewasa:
    • RM 5
  • Kanak-Kanak
    • RM 3

#3 Menunggang kerbau

    • RM 20


42. Darul Aman Santuari

darul aman santuari langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Darul Aman Santuri merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang baru & sangat disyorkan untuk pelancong yang gemarkan aktiviti seperti bird watching, jungle trekking & sebagainya. Umumnya, aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di Darul Aman Santuari lebih menjurus kepada tarikan yang mendekatkan diri dengan flora & fauna. Santuari ini terletak bersebelahan dengan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi & merangkumi kawasan hutan simpan yang sangat luas berdekatan kaki Gunung Raya.

Di dalam kawasan hutan santuari ini, terdapat denai hutan yang telah disiapkan untuk kemudahan pengunjung menerokai flora fauna di sini. Antara spesis haiwan yang menjadi tarikan utama di sini adalah burung enggang, rama-rama, monyet hutan & sebagainya. Di sepanjang perjalanan meredah hutan ini, anda juga akan dibekalkan binokular atau teropong untuk memerhati burung-burung & binatang yang jauh di atas pokok.

Pengalaman menerokai hutan sebegini & melihat fauna yang unik di habitat asalnya, lebih terasa adventurous serta menyeronokkan. Setiap lawatan di sini akan disertai jurupandu bertugas yang akan memimpin anda untuk mencari lokasi-lokasi ideal dalam hutan yang menjadi habitat semulajadi fauna di sini. Jika anda baru menceburi bidang fotografi, bolehlah asah kemahiran anda merakam gambar burung-burung di sini menggunakan lensa telefoto atau pun makro fotografi dengan merakam gambar bunga hutan & juga rama-rama liar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9558080 | Facebook | Website

  • Darul Aman Santuari, Lubuk Semilang Kampung Buku, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Darul Aman Santuari

  • Dibuka setiap hari.
    • 8.30 am – 5.00 pm
  • Sila buat temujanji awal.

Pakej Darul Aman Santuari

#1 Sanctuary Jungle Walk

  • Dewasa:
    • RM 150 (min 2 orang)
  • Kanak-Kanak:
    • RM 80

#2 Sanctuary Bird Watching

  • Dewasa:
    • RM 200 (min 2 orang)
  • Kanak-Kanak:
    • tidak ada

#3 Sanctuary Butterfly Walk

  • Dewasa:
    • RM 150 (min 2 orang)
  • Kanak-Kanak:
    • RM 80

#4 Sanctuary Jungle Trekking

  • Dewasa:
    • RM 180 (min 2 orang)
  • Kanak-Kanak:
    • Tidak ada

*setiap pakej akan disertai jurupandu & mengambil masa 2-4 jam. Info lanjut, semak di website rasmi destinasi ini.


43. Upside Down House Gallery Langkawi

tempat menarik langkawi kanak-kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi destinasi yang berkonsepkan ‘rumah terbalik’ yang juga terletak di Jalan Padang Matsirat. Selain berfoto di dalam rumah yang mempunyai dekorasi & susun atur perabut tunggang terbalik, anda juga boleh melawat Langkawi Bas Aquarium yang terletak di sini yang menempatkan akuarium ikan dalam sebuah bas terpakai. Seperti mana-mana rumah terbalik lain, anda tidak perlu risau jika datang secara solo atau pun tidak pandai posing kerana staf di sini akan membantu anda untuk menghasilkan gambar yang ‘menjadi’.

Di sekitar perkarangan rumah terbalik ini juga terdapat beberapa replika kenderaan lain yang menarik untuk anda berswafoto seperti kapal terbang, motorsikal klasik & kereta-kereta lama. Lokasi Upside Down House Gallery ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah perjalanan antara Pantai Cenang & Pekan kuah yang masing-masing berjarak sekitar 11 km sahaja.

Manalah tahu, jika cuaca tidak mengizinkan & hari hujan yang membantutkan agenda asal anda, bolehlah jadikan destinasi ini sebagai alternatif tambahan. Satu tempat menarik di Langkawi untuk kanak-kanak yang pasti membuatkan anda sekeluarga dapat menghabiskan masa berkualiti dengan aktiviti yang lebih santai & tidaklah terlalu ‘heavy’ seperti meredah hutan atau pun mandi manda di laut.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-3561366 | Facebook

  • Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Upside Down House Langkawi

Dibuka setiap hari;

  • 9 am – 9 pm

Harga Tiket Upside Down House Langkawi

Pelancong Tempatan

  • Dewasa:
    • RM 18
  • Kanak-Kanak
    • RM 12

Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-Kanak
    • RM 18


44. Telaga Harbour Marina

telaga harbour marina langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti tersurat pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah pelabuhan kecil yang menempatkan banyak kapal layar mewah yang berlabuh. Jika anda mencari tempat menarik sekitar Pulau Langkawi untuk fotografi, destinasi ini adalah salah satu yang perlu diterokai. Subjek-subjek seperti kapal layar, kawasan jeti & landskap sekeliling, pasti akan memberikan anda banyak idea untuk merakam sekeping foto yang menarik untuk dijadikan koleksi peribadi.

Memandangkan lokasi & geografinya berada di barat Pulau Langkawi, maka suasana matahari terbenam di sini pada waktu petang sangat jelas serta menarik untuk anda menikmati keindahan panorama langit jingga di ufuk barat. Berdekatan pelabuhan ini, terdapat stesen minyak Petronas yang sesuai untuk anda jadikan R&R sambil-sambil menikmati suasana petang bersama keluarga.

Tidak hairanlah, keindahan kawasan ini yang agak berteluk, menjadikan kawasan ini tempat pembangunan sebuah hotel 5 bintang, iaitu The Danna Langkawi Resort. Jika anda inginkan subjek unik lain untuk dijadikan subjek foto landskap, apa kata ke Perdana Quay Light House yang terletak hanya 300 meter dari sini. Lokasi rumah api ini yang terletak di hujung tanjung, dijamin memberikan anda satu perspektif yang lebih baik untuk anda menikmati keindahan panorama matahari terbenam pada waktu senja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Lot 1 Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

  • Tidak dikhususkan

  • Percuma


45. Pasar Malam Kuah

pasar malam kuah langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi berkonsepkan pasar malam atau pun pasar pagi, merupakan tempat yang paling ideal untuk anda menerokai budaya & makanan orang setempat. Jika anda menginap di hotel sekitar Pekan Kuah, pasar malam ini adalah yang paling meriah untuk anda mencari keunikan makanan & menyelami budaya jual beli penduduk lokal di sini. Pasar Malam Kuah dibuka 2 kali seminggu iaitu pada hari Sabtu & juga Rabu.

Seperti kebanyakan pasar malam lain yang pernah anda berkunjung, destinasi ini menawarkan puluhan penjual yang berniaga pelbagai jenis makanan sama ada yang berat atau pun makanan santai. Harganya, usah cerita. Jika bercuti di Langkawi secara bajet, destinasi sebeginilah perlu anda cari makan yang bukan sahaja sedap-sedap, malah ‘mesra poket’ majoriti rakyat Malaysia.

Apa yang pasti, Pasar Malam Kuah ini sangat besar & pasti rambang mata dibuatnya. Tidak hairanlah, ramai pelancong luar yang bertandang ke Pasar Malam Kuah untuk menerokai & merasai pengalaman suasana di sebuah pasar malam di Malaysia. Bagi pelancong tempatan, destinasi berkonsepkan pasar malam sebegini mungkin biasa-biasa sahaja seperti di negeri anda tetapi keunikan pilihan makanan yang terdapat di sini, pasti akan membuatkan destinasi ini menjadi luar biasa.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lencongan Putra 3 Kuah, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Pasar Malam Kuah Langkawi

  • Sabtu
    • 5.30 pm – 10.00 pm
  • Rabu
    • 5.30 pm – 10.00 pm

  • Percuma ( Destinasi pasar malam)


46. Pasar Malam Temonyong

pasar malam langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda seorang food hunter sejati yang suka menerokai makanan popular orang setempat, apa kata datang ke Pasar Malam Temonyong. Lokasinya berdekatan dengan Pantai Cenang & dikelilingi banyak hotel-hotel yang boleh anda berjalan kaki sahaja ke sini. Pilihan gerai makanan di sini sangat pelbagai & mungkin variasinya anda sudah boleh agakkan.

Pasar Malam Temonyong sangat terkenal di kalangan pelancong asing yang ingin menerokai kunikan makanan tempatan kerana lokasinya yang strategik berdekatan hotel-hotel & juga faktor pilihan gerai yang menjual makanan yang agak banyak. Pasar malam ini hanya dibuka hari Khamis & sangat ideal untuk pelancong yang bercuti di Langkawi secara bajet mencari menu makan malam yang santai pada harga yang sangat berpatutan.

Selain makanan, terdapat juga kanopi-kanopi yang menjual produk seperti pakaian, aksesori & cenderahati. Bagaimanapun, pilihan cenderahati di sini tidaklah terlalu banyak seperti di pasaraya runcit yang menjual barangan bebas cukai. Jika anda sudah ke Pasar Malam Temonyong, bermakna pengembaraan anda di pasar-pasar malam di Langkawi sebenarnya sudah lengkap. Ini kerana, ke mana sahaja pasar malam di Langkawi yang anda pergi sama ada di Kuah atau di Pantai Cenang, konsep jualannya adalah sama & bahkan peniaga-peniaganya juga majoriti adalah yang sama sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Pasar Malam Temonyong Langkawi

  • Dibuka hari Khamis
    • 6 pm-11 pm

  • Percuma ( Destinasi pasar malam)


47. De’Zone Craft Center

tempat shopping menarik langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Langkawi mempunyai beberapa destinasi yang sangat terkenal dengan produk jualan berbentuk barangan kraftangan & aksesori hiasan wanita. Jika anda masih tidak menjumpai barangan yang berkenan di hati di Kuah atau pun di Cenang, apa kata terokai De’Zone Craft Center pula yang terletak di Jalan Pantai Kok, kira-kira 5-6 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pilihan barangan di sini berkonsepkan hiasan rumah yang sangat kreatif & halus seninya seperti ukiran kayu, pewter, barangan perak, tembikar, batik, kain sarung & sebagainya. Sangat disyorkan untuk anda yang ingin mencari cenderahati yang unik & nampak eksklusif mungkin untuk dihadiahkan kepada teman istimewa atau pun dijadikan koleksi peribadi. Variasi barangan jualan di sini sangat bersesuaian dengan tema kedainya yang tampak elegan dengan dekorasi yang kreatif.

Sebaik masuk ke dalam, terasa auranya yang berbeza berbanding di kedai luar yang hanya biasa sahaja dekorasinya. Setiap bahan jualan juga diletakkan di dalam bekas pameran khas & bukannya hanya pakai lambak sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau jika kualiti barangan di sini rosak disebabkan jatuh atau terlanggar oleh pelanggan yang hadir ke sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9556684 | Facebook

  • 07000 Langkawi, Kedah

  • 10.00 am – 7.30 pm ( setiap hari)

  • Tiada bayaran masuk ( destinasi beli belah)


48. Faizy Crystal Glass Blowing

tempat menarik langkawi percuma

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kristal merupakan produk hiasan rumah yang sering dimomokkan sebagai mahal & hanya untuk orang kaya. Jika itulah persepsi anda, maka anda salah. Tidak semua kristal yang mahal harganya, ada juga yang murah & sesuai untuk majoriti poket rakyat Malaysia. Untuk lebih mendalami cara pembuatan kristal, sangat disyorkan untuk anda lawati Faizy Crystal Glass Blowing yang terletak tidak jauh dari Pantai Pasir Hitam. Masuk pun percuma sahaja.

Tarikan utama di sini bukan hanya terletak pada jualan barangan kristalnya sahaja, malah anda juga berpeluang melihat staf di sini menghasilkan kristal yang cantik tetapi sangat rumit pembikinannya. Memang sangat mengujakan untuk anda melihat aktiviti pembuatan kristal ini kerana ianya melibatkan permainan haba yang tinggi suhunya & kemahiran tangan yang sangat tinggi ketelitiannya.

Destinasi ini sudah lama bertapak di Langkawi sejak tahun 2002 lagi & sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja datang menerokai keunikan pembuatan kristal. Tidak banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan aktiviti sebegini selain di Rembau, Negeri Sembilan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4022650 | Facebook | Website

  • Faizy Crystal Glass Blowing, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Faizy Crystal Glass Blowing

  • 9.30 am – 5.00 pm

  • Percuma ( Destinasi beli belah kraftangan)


49. Beras Terbakar

tempat bersejarah langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini terkenal sebagai salah tempat bersejarah di Langkawi yang berkait dengan kisah zaman dahulu kala. Dahulunya, ketika berlaku peperangan antara Langkawi dengan kerajaan Siam, ketua perang tentera Langkawi telah mengarahkan penduduk setempat untuk kumpulkan semua hasil padi & dibakar supaya tidak jatuh ke tangan musuh. Kesan beras terbakar telah dijumpai & anda boleh melihat tapaknya di sini. Terdapat juga sampel di dalam bekas kaca yang menunjukkan padi hitam akibat terbakar.

Tidak banyak tarikan bersejarah lain di sini melainkan anda boleh membaca informasi yang dipamerkan & melihat bekas tapaknya sahaja. Terdapat juga sebuah rumah tradisional di sini yang menjadi sebahagian tarikan untuk pelancong bergambar. Selain melihat kesan sejarah berkaitan padi terbakar, anda juga boleh membeli belah di pasar ala bazar berdekatan yang menjual produk-produk seperti barangan kraftangan, kain tradisional, cenderahati & juga makanan-makanan santai.

Jika datang petang Ahad, bolehlah terus menerokai makanan orang setempat di pasar malam yang terdapat di sini. Pasar malam di sini agak pelbagai pilihan makanannya yang sinonim dengan destinasi sebuah pasar malam. Kata orang, sambil menyelam sambil minum air. Sambil jalan jalan cari makan, sambil jalan jalan melihat kesan sejarah di Langkawi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Raja, 07000 Langkawi, Kedah

  • 10.00 am – 5.30 pm

  • Percuma


50. Morac Adventure Park

morac adventure park langkawi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dilengkapi dengan litar perlumbaan sukan permotoran go-kart yang bertaraf dunia & telah menjadi destinasi perlumbaan profesional go-kart yang sering ditonton di kaca tv. Jika anda mempunyai impian berlumba go-kart dengan rakan-rakan dengan atur cara yang profesional, apa kata terokai MORAC Adventure Park ini yang hanya bersebelahan dengan Langkawi International Airport. Lebih menarik, jentera go-kart yang bakal anda gunakan juga adalah model terkini seperti GT4 & GT4R yang pasti memberikan anda satu pengalaman pemanduan yang luar biasa.

Anda bercuti di Langkawi hanya berdua bersama pasangan ? Usah risau, pakej yang ditawarkan oleh MORAC Adventure Park sangat pelbagai & ideal untuk sesiapa sahaja walaupun berseorangan. Pengalaman memandu go-kart yang dijanjikan di sini tidak dinafikan, antara yang terbaik yang bakal anda rasai. Untuk pemanduan berseorangan, anda boleh cuba memandu seberapa pantas untuk mendapatkan catatan masa terpantas. Setiap masa pusingan akan direkodkan & dipaparkan untuk makluman pengunjung.

Jika mahukan perlumbaan, memerlukan jumlah peserta minimum 10 orang. Jika berkebetulan anda mungkin sedang hadiri seminar syarikat atau hari keluarga di sekitar hotel berdekatan Langkawi International Airport, bolehlah ajak rakan-rakan ke sini untuk masa ‘riang ria bersama’. Malah, pihak MORAC Adventure Park turut menawarkan pakej untuk acara korporat yang sangat ideal untuk syarikat anda adakan program seperti hari keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9552727 | Facebook | Website

  •  Lot 67, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah

Waktu Operasi MORAC Adventure Park Langkawi

  • Isnin-Ahad
    • 12 pm – 12 am

Pakej MORAC Adventure Park Langkawi

#1 Walk in heat ( Time Attack)

  • 1 heat ( 10 minutes)
    • RM 70 / head
    • 1 single session
  • 3 heats ( 30 minutes)
    • RM 200 / head
    • 3 single session
  • 5 heats ( 50 minutes)
    • RM 330 / head
    • 5 single session
  • 10 heats ( 100 minutes)
    • RM 640 / head
    • 10 single session

#2 Races

  • Grand Prix Sprint Race
    • RM 220 / head
    • Minimum 10 pax/race
    • 30 minutes
  • Endurance Race
    • RM 500 / team
    • 3-4 people / team
    • minimum 10 teams
  • Corporate Events
    • From RM 6000
    • 60 minutes


51. Langkawi Nature Park

langkawi adventure park kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda seorang yang cintakan flora fauna, apa kata berkunjung ke Langkawi Nature Park. Destinasi ini merupakan taman haiwan atau zoo yang terletak berdekatan kawasan hutan paya bakau & bersebelahan Sungai Kilim. Walaupun bilangan binatang di sini tidaklah terlalu banyak namun boleh dikategorikan unik & menarik. Antara haiwan yang ada adalah singa, harimau belang, gizzly bear, gajah, chimpanzee & sebagainya.

Selain melihat haiwan-haiwan, anda juga boleh menikmati keindahan hutan paya bakau di sini dengan berjalan melalui platform jalan kaki yang disediakan & sepanjang 800 meter. Banyak masa yang boleh anda habiskan di sini ketika bercuti di Langkawi & tarikan yang ada di sini juga sangat menarik untuk tatapan pengunjung. Puas berjalan melihat hutan paya bakau, anda boleh menyelusuri Sungai Kilim dengan menaiki bot yang disediakan di jeti yang terletak di hujung platform jalan kaki ini.

Menyelusuri sungai ini yang kaya dengan keindahan sekeliling pasti memberikan anda satu pengembaraan yang baru dalam hidup anda. Jika anda mahukan satu destinasi menarik di Langkawi & boleh lakukan 3 aktiviti sekali gus iaitu melawat zoo, melihat hutan paya bakau & boat cruising, inilah destinasi yang perlu anda terokai bersama keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-7094769 | Facebook | Website

  • Langkawi Adventure Park, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Langkawi Nature Park

  • Dibuka setiap hari
    • 9 am – 7 pm

Harga Tiket Langkawi Nature Park

#1 Bayaran masuk ke zoo & mangrove board walk;

  • Pelancong tempatan ( MyKad);
    • Dewasa:
      • RM 28
    • Kanak-Kanak:
      • RM 18
    • Warga Emas:
      • RM 18
  • Pelancong asing;
    • Dewasa:
      • RM 28
    • Kanak-Kanak:
      • RM 18
    • Warga Emas:
      • RM 18

#2 River Cruise;

  • Pelancong tempatan ( MyKad);
    • Dewasa:
      • RM 38
    • Kanak-Kanak:
      • RM 28
    • Warga Emas:
      • RM 28
  • Pelancong asing;
    • Dewasa:
      • RM 48
    • Kanak-Kanak:
      • RM 38
    • Warga Emas:
      • RM 38

#3 Combo ( Park+mangrove+river cruise);

  • Pelancong tempatan ( MyKad);
    • Dewasa:
      • RM 48
    • Kanak-Kanak:
      • RM 38
    • Warga Emas:
      • RM 38
  • Pelancong asing;
    • Dewasa:
      • RM 78
    • Kanak-Kanak:
      • RM 58
    • Warga Emas:
      • RM 58

*Harga kategori kanak-kanak adalah berumur 4-12 tahun
*kanak-kanak bawah 3 tahun & kebawah, masuk percuma


Tempat Makan Menarik di Langkawi

Pulau Langkawi mempunyai beberapa pasar malam yang boleh anda singgah untuk ‘cuci-cuci mata’ dan kenyangkan perut dengan makanan yang murah tetapi sedap. Seperti biasalah, kebanyakan pasar malam bermula selepas pukul 6 petang sehinggalah ke 10 malam. Antara pasar malam yang ada di Langkawi ialah;

  1. Pasar Malam Ulu Melaka di Jalan Padang Maksirat
    • Setiap Isnin
  2. Pasar Malam Padang Maksirat di Beras Terbakar, Padang Maksirat
    • Setiap Ahad
  3. Pasar Malam Air Hangat di Ayer Hangat
    • Setiap Jumaat
  4. Pasar Malam Padang Wahid di Padang Wahid
    • Setiap Selasa
  5. Pasar Malam Kuah, berdekatan Hotel Baron
    • Setiap Rabu & Sabtu

Pasar Malam Kuah merupakan pasar malam di Langkawi yang terbesar & kebanyakan makanan kenegerian menarik yang boleh dicuba di sini adalah laksa Kedah, somtam, pulut durian, laksa siam dan sebagainya. Satu tempat menarik di Pulau Langkawi di waktu malam yang wajib anda datang untuk cuba makanan popular orang setempat.

Tempat Penginapan Menarik di Langkawi

Walaupun Pulau Langkawi tidaklah terlalu besar seperti majoriti negeri lain di Malaysia, tetapi pilihan penginapan menarik di Langkawi sangat banyak. Sama ada resort tepi pantai yang mewah, homestay bajet yang strategik atau pun hotel murah, Langkawi anda jawapannya. Untuk jimat serta merta, tempah hotel awal-awal & cari yang berdekatan dengan tarikan pelancongan di Langkawi yang berkenan di hati anda. Paling penting, ukur baju di badan sendiri & jangan diikutkan bajet percutian orang lain.

Cari Hotel di Langkawi

Seronok bukan ? Begitu banyak tempat menarik di Langkawi yang sangat bervariasi jenis tarikannya & sangat sesuai untuk sesiapa sahaja. Semua benda boleh buat. Akhir kata, semoga percutian anda ke tempat-tempat menarik di Langkawi kelak bakal menjadi seribu kenangan terindah bersama keluarga atau pun rakan-rakan. Selamat cuti-cuti Malaysia di Langkawi, Kedah. Wassalam.

Baca lagi:

4.3/5 - (163 votes)
Subscribe
Notify of
guest

121 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rosli RUMAH TAMU SRI DELIMA
Rosli RUMAH TAMU SRI DELIMA
1 year ago

Alhamdulillah.. info terbaekkk.. byk membantu.. kebetulan minggu dpn fmly trip… Dah bleh susun.. tqvm admin..

Chon
Chon
1 year ago

Terbaik info

Zaly
Zaly
2 years ago

hari raya pertama buka tak tempat tempat ni?

Kay
Kay
4 years ago

Just nak share pengalaman, kalau nk cari kereta sewa, banyak kat airport. Saya amek Myvi hari tu. Satu hari , RM50.

NJ
NJ
4 years ago
Reply to  Kay

Hi, macamana nk cari kat airport tu? awak ada contact no agen tu tak? plan nak pegi Langkawi minggu depan. harap2 dapat hehe

Miera
Miera
2 years ago
Reply to  NJ

ada contact no kereta sewa tue tak

ayeen
ayeen
5 years ago

tq info..next week nak ke langkawi yuhuuuu

faa
faa
5 years ago

Tq info, tak sabar nak pergi langkawi hujung bulan ni, my first time in langkawi gituu.

Yusman
Yusman
5 years ago

Terbaik la info awak ni

121
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x