Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Kereta Sewa Di Langkawi Yang TERBAIK & Murah

Langkawi merupakan sebuah tempat pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Permata Kedah ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pelancong boleh datang ke sini menggunakan kereta sendiri, bas, feri serta kapal terbang.

Bagi yang hadir menggunakan bas, feri mahupun kapal terbang, anda mesti menginginkan kereta untuk dibawa meneroka sendiri keindahan pulau ini kan? Memang banyak je tempat kereta sewa yang anda boleh pergi untuk menyewa kereta mahupun motosikal. Anda tak perlu susah payah tunggu teksi untuk ke tempat-tempat dalam bucket list anda tu.

Terdapat 10 kedai kereta sewa di Langkawi yang kami telah sediakan. Anda boleh cuba ke tempat-tempat ini atau membuat panggilan telefon terlebih dahulu untuk membandingkan harga mereka sebelum anda menyewa kereta.

Kereta Sewa di Langkawi yg Murah & Rating Best


1. Kereta Sewa Langkawi Murah – BCR Langkawi Holiday

BCR LANGKAWI

Bagi mendapatkan kereta sewa murah di Langkawi, anda boleh ke BCR Langkawi Holiday. Mereka ini juga merupakan sebuah agensi pelancongan yang mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang menarik di samping menyediakan kereta sewa di Langkawi. Kereta-kereta mereka terdiri daripada kereta dalam dan luar negara. Anda yang datang bersama keluarga ataupun kumpulan besar, anda boleh pilih untuk menyewa kereta Alphard ataupun Serena. Kalau rasa nak besar lagi, jangan risau, mereka juga ada van untuk disewa.

Tempat sewa kereta Langkawi jetty ini memang mesra pelanggan. Mereka akan melayan segala pertanyaan anda mengenai servis yang mereka berikan dalam masa yang singkat. Kereta sewa yang diberi juga dalam keadaan yang sangat baik dan sangat bersih. BCR ini merupakan antara, jika tidak, yang terbaik untuk mendapatkan servis kereta sewa di Langkawi. Jadi, anda boleh bertanya dahulu mengenai jenis kereta serta harga yang ditawarkan.

Alamat: Kompleks Jetty Point, T1-N BANGUNAN SATELIT, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0133508430

Whatsapp Kereta Sewa BCR Langkawi Holiday


 

2. Langkawibook.my

langkawibook.my

Bagi pelancong yang ingin menyewa kereta di Pulau Langkawi, Langkawibook.my adalah pilihan yang tepat untuk anda. Website kereta sewa ini mempunyai lebih 30 pilihan kereta untuk disewa di Pulau Langkawi, bukan itu sahaja, Langkawibook.my juga bakal menawarkan pelbagai jenis servis seperti tempahan penginapan, tiket ke tempat-tempat pelancongan di Pulau Langkawi dan sebagainya. Harga dijamin berpatutan dan kualiti servis yang tip top sudah tentu akan membuatkan anda berpuas hati dengan servis mereka. Yang menarik, website ini satu-satunya website kereta sewa yang hanya memerlukan deposit sekuriti semasa membuat tempahan dan selebihnya boleh dibayar sebelum atau semasa tiba di Langkawi.

Sejak tahun 2013, syarikat ini telah berpengalaman dalam menyediakan servis terbaik untuk kereta sewa di Pulau Langkawi. Tidak seperti website kereta sewa yang lain, Langkawibook.my adalah operator lokal yang mempunyai hub kereta sewa sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan juga segala operasi diuruskan oleh team mereka sendiri, maka kualiti servis dapat dijamin. Banyak testimonial yang menyatakan servis mereka sangat bagus dan pantas. Selain itu, jika terdapat sebarang masalah kereta, mereka akan datang segera dan menangani masalah tersebut, kebanyakan kereta yang disewa adalah kurang daripada 5 tahun atas jalan dan Pre-Delivery Inspection akan dilakukan sebelum kereta diserah kepada pelanggan.

Langkawibook.my memang antara website kereta sewa di Langkawi yang boleh dipercayai yang kami yakin untuk rekomen.

Alamat: Langkawi International Airport, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam

Laman Web | Ulasan Bisnes


3. WAHDAH.My – Car Rental & Leasing

Wahdah kereta sewa langkawi

Salah satu syarikat kereta sewa terbaik di Langkawi ialah Wahdah. Jika anda mencari cara yang mudah untuk menyewa kereta, WAHDAH ialah salah satu pilihan utama kami di langkawi. Dengan tempahan dalam talian yang mudah dan kumpulan kereta untuk dipilih, mereka sememangnya satu pilihan yang patut dipertimbangkan.

WAHDAH telah menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Malaysia sejak 2017. Mereka mempunyai rangkaian yang kukuh di seluruh negara yang membolehkan mereka menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk sebarang majlis dan percutian. Sama ada anda memerlukan kereta ekonomi ringkas untuk beriadah di sekitar Langkawi atau limosin mewah untuk mengalu-alukan tetamu VIP anda, WAHDAH sedia membantu anda.

Perkara terbaik tentang WAHDAH ialah ia membolehkan pelanggan melengkapkan tempahan dan transaksi pembayaran mereka sepenuhnya dalam talian. Ini memudahkan perniagaan yang kerap memerlukan kereta sewa untuk perjalanan berkaitan kerja. Tiada lagi berurusan dengan ejen perkhidmatan pelanggan yang lama – hanya lakukan semuanya pada telefon anda!

Alamat: No. 10 Arked Cempaka Jalan Pandak Mayah 1 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa Wahdah


4. Big Thumb Rent a Car Ventures

big thumb rent a car venture

Di Big Thumb Rent a Car Venture, anda boleh mendapatkan kereta-kereta sewa yang berkualiti pada harga yang bagus. Mereka menjanjikan ketiadaan cas tambahan jika anda menggunakan servis mereka. Apa yang diiklankan bergitulah yang anda perlu bayar.  Servis yang mereka berikan juga tidak mengecewakan dan anda akan mendapat servis tempahan sehinggalah pemulangan kereta dengan lancar. Banyak jenis kereta yang boleh dipilih di sini. Kereta besar ada, kereta kecil pun ada. Anda boleh pergi ke laman web mereka untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut.

Tempat kereta sewa ini juga banyak membuat promosi masa terhad untuk menarik lebih ramai pelanggan. Jadi, anda boleh lah cuba-cuba untuk mendapatkan promosi-promosi kereta sewa di sini. Jangan lupa bagi ‘big thumb’ jika anda berpuas hati dengan servis mereka!

Alamat: No. 89 Langkawi Mall, Jalan Kelibang MK Kuah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 8.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 042250169


5. LH Leisure Sdn Bhd

LH Leisure

Bagi pelancong yang menginginkan sewa kereta di Pulau Langkawi serendah RM60 sehari, agensi pelancongan LH LEISURE SDN BHD yang telah beroperasi dari 2016 adalah pilihan yang patut anda menimbangi. Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kereta sewa, agensi ini juga menawarkan pelbagai pakej percutian di Langkawi mengikut kehendak pelanggan.

Semua jenis kereta yang ditawarkan adalah kurang daripada 7 tahun dan dijaga rapi untuk memastikan kenderaan sering dalam keadaan yang tip top. Bukan sahaja begitu, semua kereta juga akan diperiksa sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Kebanyakan agensi kereta sewa di Langkawi hanya menyerah kereta kepada pelanggan di lokasi yang tertentu sahaja. Tetapi LH Leisure membuat penghantaran kereta mengikut pesanan daripada pelanggan samada di Terminal Ferry atau Airport Langkawi, jika ada permintaan utk penghantaran di hotel, mereka juga akan sediakan mengikutan pesanan. Ini merupakan salah satu kebaikan menempah kereta sewa dengan LH Leisure.

Alamat: Tok Rendong, Lot 294 IKS, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa LH Leisure


6. Kereta Sewa Langkawi – Zam

zam car rental langkawi

Anda yang ingin mendapatkan servis terbaik untuk menyewa kereta, anda boleh cuba dapatkan dengan En. Zam melalui Pizan Langkawi yang terletak di Jetty Point Complex. Tempat sewa kereta murah Langkawi ini ada menyediakan kereta sewa serendah RM70. Kereta tempatan dan kereta luar ada untuk anda gunakan. Mereka juga selalu membuat promosi yang membolehkan anda mendapatkan kereta sewa pada harga yang lagi murah. Kereta yang diberikan memang dalam keadaan baik serta bersih.

Pemilik kedai ini juga sangat peramah dan profesional dalam melayan pelanggan. Jadi, memang mudah dan berbaloi jika anda menggunakan perkhidmatan mereka ni.

Alamat: Kompleks Jetty Point, 16&17, Jalan Jetty, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 8.00am – 12.00am

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa Langkawi Zam


7. Kereta Sewa Langkawi LJTR

kereta sewa langkawi ljtr

Servis yang diberikan oleh Kedai Kereta Sewa Langkawi LJTR ni memang antara yang terbaik di Langkawi. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis mereka kerana servis yang pantas serta mudah. Selain servis yang mesra pelanggan, kereta sewa mereka juga diberikan dalam keadaan yang ‘tiptop’. Dahlah bersih, nampak baru pula tu. Harga kereta juga memang berpatutan dan boleh dikatakan murah berbanding kedai lain. Motosikal juga boleh di sewa di sini tau.

Mereka ni buka selama 24 jam setiap hari, jadi anda boleh berhubung pada bila-bila masa setiap hari. Kalau anda terdesak nak pakai kereta pada waktu tengah malam, memang di sinilah anda boleh telefon untuk dapatkan kereta sewa.

Alamat: Kompleks Jetty Point, Bangunan satelit, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa Langkawi LJTR


8. Merge Car Rental Langkawi 

merge car rental langkawi

Kalau anda mencari kedai kereta sewa berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi, anda harus pergi ke Merge Car Rental Langkawi. Mereka ni terletak betul-betul di airport. Anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu sebelum menyewa kereta supaya kereta yang anda inginkan boleh tersedia sejurus anda tiba ke Langkawi. Jika, anda ingin walk-in je, kereta yang anda inginkan mungkin tiada.

Servis yang mereka berikan memang bagus sekali. Kereta juga dalam keadaan baik dan bersih. Anda boleh minta untuk mereka menjemput di mana-mana kawasan yang berdekatan dengan anda. Mereka pasti akan ke sana dan hantar kereta terus kepada anda. Selain itu, perkhidmatan pemandu peribadi juga disediakan.

Alamat: Langkawi International Airport, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes

Whatsapp Merge Car Rental Langkawi


9. Kereta Sewa MHH Langkawi

kereta sewa mhh langkawi

Rata-rata pelanggan yang menggunakan servis kereta sewa MHH ni memberikan ulasan yang bagus. Memang patut pun lah kerana mereka ni memang mesra pelanggan dan mudah berkomunikasi. Kereta-kereta yang digunakan untuk sewa juga dalam keadaan yang sangat memuaskan dan memang bersih. Harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Selain menawarkan servis sewa kereta, mereka juga ada menawarkan pakej percutian termasuk kereta sewa. Pakej-pakej yang disediakan mereka juga agak murah dan berpatutan. Anda dapat pergi island hopping dan dapat tempat penginapan sekali. Tempat ini terletak di Jetty Point Complex.

Alamat: Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Selasa – Khamis: 8.00am – 9.00pm, Jumaat – Isnin: 7.00 am – 10.00 am

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa MHH Langkawi


10. Kereta Sewa Langkawi @ Terminal Ferry Langkawi

kereta sewa anytime holidays

Perlukan kereta sewa murah pada cuti sekolah di Langkawi? Jangan risau, anda boleh sahaja pergi ke kereta sewa jeti Langkawi yang dimiliki oleh Anytime Holidays Sdn. Bhd. Di sini, anda boleh mendapatkan pakej-pakej kereta sewa yang sangat menarik. Mereka ada harga yang berbeza-beza mengikut waktu tempahan anda. Harga yang ditawarkan mereka pada cuti sekolah lebih murah berbanding harga mereka pada cuti umum. Murahnya tu adalah lebih kurang RM30 lebih murah. Memang syok lah dapat berjimat lebih ketika cuti sekolah.

Kalau anak ada ramai tu, bolehlah sewa kereta besar nanti. Jika ada apa-apa soalan anda boleh sahaja telefon mereka ataupun pergi ke laman web Anytime Holidays untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda boleh melihat pakej-pakej yang ditawarkan di sana.

Alamat: Anytime Holidays Sdn Bhd T3N : Complex Jetty Point, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: 8.30am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Kereta Sewa Langkawi Anytime Holiday


11. Langkawi Tropical Car Rental

langkawi tropical car rental

Jika anda ingin menggunakan perhidmatan sewa kereta Langkawi daripada syarikat ini, anda hanya perlu ke laman web mereka dan membuat tempahan di sana. Anda boleh memilih lokasi serta tarikh untuk pengambilan dan pemulangan kereta mengikut rancangan percutian anda. Membuat tempahan di laman web ini memang mudah. Jika anda tak tahu macam mana nak buat, mereka ada memberikan contoh bagaimana untuk membuat tempahan dan pembayaran.

Kereta-kereta yang ada di sini juga sama je macam di tempat lain. Mestilah ada kereta kecil seperti axia dan myvi serta kereta besar seperti vellfire. Kepada yang masih tak pasti tu, apa lagi, call jelah nombor yang diberikan itu ya.

Alamat: Kompleks Jetty Point, T1N Kompleks Satelit, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes

Whatsapp Langkawi Tropical Car Rental

Soalan Sering Ditanya Semasa Menempah Kereta Sewa di Langkawi


Apakah jenis kereta sewa yang dibawah RM50 sehari?

Kereta Perodua Axia merupakan kereta sewa di Langkawi yang boleh didapati dibawah RM50 sehari. Anda disarankan untuk membuat tempahan seawal yang mungkin disebabkan kereta jenis ini selalu dalam permintaan yang tinggi.

Apakah keperluan untuk menyewa kereta di Langkawi?

Untuk menyewa kereta di Langkawi, anda perlu memiliki lesen memandu yang sah dan berusia sekurang-kurangnya 17 tahun. Sesetengah syarikat sewaan mungkin mempunyai keperluan yang tertentu, jadi adalah disyorkan untuk menyemak dengan syarikat sebelum menempah.

Bagaimana saya boleh membuat tempahan untuk kereta sewa di Langkawi?

Anda boleh membuat tempahan untuk kereta sewa di Langkawi dengan menghubungi syarikat sewaan terus melalui butang whatsapp yang diberi, laman web mereka, e-mel, atau telefon. Banyak syarikat sewaan juga menawarkan platform tempahan dalam talian untuk kemudahan penyewa.

Adakah terdapat sebarang caj tambahan selain daripada kos sewa?

Caj tambahan seperti perlindungan insurans, petrol, caj penghantaran (jika berkenaan), dan denda untuk pengembalian lewat atau kerosakan mungkin dikenakan. Adalah penting untuk mendapatkan info tentang semua caj yang bakal dikenakan dengan agensi kereta sewa sebelum membuat tempahan.

Bolehkah saya memandu kereta sewa keluar dari Pulau Langkawi?

Kebanyakan syarikat kereta sewa membenarkan penggunaan di dalam Pulau Langkawi tanpa sebarang sekatan. Walau bagaimanapun, jika anda merancang untuk membawa kereta sewa keluar daripada Pulau Langkawi, anda perlu memberitahu syarikat kereta sewa tersebut dan mendapatkan kebenaran mereka, ia akan melibatkan caj tambahan dengan syarat-syarat tertentu.

Apa yang perlu saya lakukan dalam kes kemalangan atau kerosakan?

Dalam kes kemalangan atau kerosakan, hubungi segera syarikat kereta sewa dan ikuti arahan mereka. Mereka akan menolong anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil, seperti menghubungi pihak berkuasa atau mengatur bantuan jalan raya.

Apa yang berlaku jika saya mengembalikan kereta sewaan lewat?

Mengembalikan kereta sewa lewat mungkin akan mengakibatkan caj tambahan. Kebanyakan syarikat sewa kereta di Langkawi beroperasi berdasarkan sewaan harian, jadi mengembalikan kereta lepas daripada masa pengembalian yang dipersetujui mungkin akan dikenakan caj sewaan tambahan sehari. Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan jadual caj tambahan dan mengikut masa yang dipersetujui semasa membuat sewaan.

Bolehkah saya membatalkan atau mengubahsuai tempahan saya?

Tempahan kereta sewa biasanya boleh dibatalkan atau diubahsuai, tetapi terdapat terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat kereta sewa masing masing. Adalah penting untuk meneliti syarat pembatalan dan pengubahsuaian sebelum membuat tempahan dan memberitahu syarikat kereta sewa secepat mungkin jika terdapat sebarang perubahan yang diperlukan.


Anda apabila berada di Langkawi memang tak perlu risau lansung tentang kedai sewa kereta. Memang bersepah-sepah di sini. Pilih sahaja mana yang anda ingin. Oleh itu, anda lain kali kalau taknak drive kereta sendiri berjam-jam tu boleh naik kapal terbang, bas ataupun feri dan sewa sahaja kereta di Langkawi. Disamping dapat kurangkan penat, anda juga dapat support business orang Langkawi. Selamat bercuti!

* Untuk pelancong yang hendak sewa kereta dari mana mana satu syarikat kereta sewa di atas adalah digalakkan untuk meminta lesen syarikat sebelum membuat bayaran.

5/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

Jeti Kuala Kedah – Jom Pergi ke Langkawi!

Bercuti di Pulau Langkawi memang seronok. Anda dapat melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik di sana. Boleh naik kereta kabel, boleh beli coklat murah-murah, dan...

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...

Jeti Kuala Perlis – Ayuh ke Langkawi!

Malaysia ni memang tak lekang dengan tempat berjalan-jalan yang cantik-cantik untuk dikunjungi terutamanya Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan antara destinasi di Malaysia yang sering...

6 Homestay Rumah Tradisional Melayu di Langkawi – CANTIK !

Bagi yang ingin penginapan homestay yang ala-ala rumah tradisional di Pulau Langkawi, sangat dicadangkan untuk usyar-usyar beberapa destinasi homestay menarik di bawah. Destinasi ini dipilih untuk...

Harga Tiket Feri ke Langkawi TERKINI – Kini Boleh Bawa Kereta Sendiri

Jika berhasrat bercuti ke Pulau Langkawi, sememangnya perlu menaiki feri sama ada dari jeti di Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun dari Penang. Anda...

7 Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Yang Popular

Bila bercuti ke Pulau Langkawi, mencari penginapan mengikut bajet & hotel murah di Langkawi terutamanya di bahagian pantai memang senang namun tak semuanya bagus....

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ismail
ismail
1 year ago

assalamualaikum tuan.
biar ringkas
nak tanya harga harga sewa kereta mulai 26 sept ini di Langkawi

terima kasih

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x