Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Jeti Kuala Kedah – Jom Pergi ke Langkawi!

Bercuti di Pulau Langkawi memang seronok. Anda dapat melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik di sana. Boleh naik kereta kabel, boleh beli coklat murah-murah, dan boleh menikmati pemandangan laut. Salah satu cara untuk ke sana ialah dengan menggunakan perkhidmatan feri yang berada di Jeti Kuala Kedah selain menggunakan perkhidmatan feri di Jeti Kuala Perlis.

Jeti ini terletak lebih kurang 20 minit daripada Alor Setar dan merupakan salah satu daripada 2 jeti yang membawa penumpang ke Pulau Langkawi. Anda boleh ke jeti ini menaiki kereta, bas serta kereta api. Kalau bawa kereta sendiri tu, anda kena bersesak sikitlah mencari parking terutama pada cuti sekolah. Jadi, lebih baik naik bas ataupun kereta api.


Tempat Makan Berdekatan

makan jeti kedah

Anda yang menunggu feri untuk ke Pulau Langkawi pasti berasa lapar selepas berjam-jam perjalanan untuk ke jeti kan? Sejurus anda tiba ke Jeti Kuala Kedah ni, anda boleh terus mengisi perut yang lapar tu kerana memang banyak kedai makan yang sedap-sedap di sini. Disebabkan dekat dengan laut, juadah mereka kebanyakannya terdiri daripada makanan laut. Antaranya adalah ikan bakar, tomyam, gulai ikan dan ikan masak stim limau. Anda memang perlu makan dahulu pun kerana perjalanan nak ke Langkawi melebihi 1 jam menaiki feri.

Tempat-tempat makan di sini memang best kalau makan beramai-ramai sambil menunggu feri sampai bersama keluarga atau rakan-rakan. Anda juga dapat menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam. Fuh! Memang asyik sekali!


Hotel Berdekatan

hotel berdekatan jeti kuala kedah

Kalau anda jenis yang malas nak rushing-rushing dan suka relax je sebelum menaiki feri ke Langkawi, anda boleh lah datang awal sehari dan tidur di hotel-hotel berdekatan dengan jeti Kuala Kedah ni. Ada banyak hotel-hotel murah di sini dan bukanya hotel bajet je ada. Harga-harga yang ditawarkan juga memang berpatutan dan memang berbaloi untuk anda rehat sehari dua selepas berjam-jam mengambil masa ke sini.

Anda boleh cuba pergi ke hotel-hotel di bawah yang jaraknya tak sampai 7 km dari jeti Kuala Kedah. Kalau datang bersama keluarga dan nak homestay pun ada juga yang berdekatan.


Kenderaan Awam ke Jeti

Bas Ekpres

bas ekpres

Untuk pergi ke Jeti Kuala Kedah, bagi yang tidak membawa kenderaan persendirian, anda boleh menaiki bas ekspres dan turun di Terminal Bas Shabab Perdana. Untuk pengetahuan anda, bas anda tu takkan hantar terus ke jeti. Sebaliknya, anda perlu turun ke terminal bas dan menaiki teksi atau bas awam untuk tiba ke Jeti Kuala Kedah. Biasanya orang akan menaiki teksi kerana lebih cepat dan harga cuma dalam RM20 ke RM30 sahaja. Kalau naik bas awam, memang harganya murah tetapi lambatlah nak tunggu bas sampai.

Perjalanan dari terminal bas ke jeti adalah dalam 20 ke 30 minit menaiki teksi. Kalau naik bas tu memang lagi lamalah jawabnya. Tempoh perjalanan bergantung kepada pemandu dan laluan yang diambil.

Alamat: Terminal Bas, Jln Sultanah, Shahab Perdana, 06250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Google 

Kereta Api (ETS)

ets

Anda juga boleh menaiki kereta api (ETS) dan turun di Stesen Alor Setar. Perjalanan untuk ke Jeti Kuala Kedah sama juga dengan menaiki bas ekspres iaitu anda perlu menaiki teksi ataupun bas awam. Harga teksi juga lebih kurang RM20 ke RM30. Memang sebaiknya anda menaiki teksi ke jeti kerana lebih cepat dan tak buang masa. Nak pergi ke stesen bas berdekatan pun dalam 10 ke 15 minit.

Selain itu, kalau anda nak jalan-jalan di Bandar Alor Setar, memang dah dekat dah tu. Jalan kaki cuma 10 ke 15 minit sahaja ke pusat bandar. Banyak juga benda boleh dibuat di sini.

Alamat: Bandar Alor Setar, 05300 Alor Setar, Kedah

Lokasi | Ulasan Google


Tempat Parking

tempat parking jeti kuala kedah

Nak parking di kawasan berdekatan Jeti Kuala Kedah ni agak mencabar juga. Jika anda datang pada cuti sekolah ataupun cuti umum, semasa semua orang nak bercuti, anda memang kena hadaplah susahnya cari parking kosong. Di sini, anda memang tiada pilihan lain selain meletakkan kereta di tempat letak kereta berbayar. Kalau anda nak kereta anda selamat selama beberapa hari anda di Langkawi, memang itu sahaja pilihan yang ada.

Kadar bayaran parking untuk satu malam juga tidaklah terlalu cekik darah. Kebanyakkannya hanya RM10 semalam. Harga-harga yang dicas adalah mengikut 1 hari 1 malam. Akan tetapi anda kena berhati-hati dengan “ulat parking” yang akan tekan anda dengan membuat bayaran extra bila anda nak bawa kereta keluar.

1. Majlis Bandaraya Alor Setar

Bayaran Masuk: RM10 (parking luar), RM15 (parking dalam)

2. Sekolah Kebangsaan Haji Ismail

Alamat: Pekan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Bayaran Masuk: Dibuka hanya pada cuti sekolah sahaja dan tiada tempahan, RM10 (berbumbung), RM12 (tidak berbumbung)

Lokasi | Laman Web | Phone: 047621101

3. Ina Car Park

Alamat: 39A, Kampung Pajak, Pekan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Bayaran Masuk: tidak dinyatakan

Lokasi | Ulasan Google | Phone: 012-4236097

Whatsapp Ina Car Park


Kemudahan Jeti 

Nak bercakap tentang kemudahan jeti ni memang takdalah banyak pun. Di sini, tempat duduk memang banyak untuk anda menunggu ketibaan feri. Akan tetapi, bila tibanya waktu pelancong datang iaitu ketika hari cuti, memang anda terpaksa duduk atas lantailah jawabnya.

Selain itu, di sini juga ada mesin air untuk anda yang dahaga dan bosan-bosan tunggu feri tu. Lepas tu mesti rasa nak ke tandas kan? Jangan risau, tandas pun ada di sini walaupun kebersihan agak ‘out’ sikit. Nak buat macam-macam kan? Takkan nak membuang dalam laut pula.


Tempat Jalan-Jalan

alor setar

Nak berjalan-jalan di kawasan Jeti Kuala Kedah ni memang takda apa pun. Biasanya orang akan ke Alor Setar. Salah satu tarikan utama di sini ialah Menara Alor Setar, Kedah. Pelancong akan ke sini untuk pergi ke tingkat atas bangunan bagi menyaksikan pemandangan Alor Setar yang cantik ni. Memang cantik sekali, lagi-lagi waktu malam.

Selain itu, anda juga boleh melawat Muzium Negeri Kedah, Muzium Padi Kedah dan Balai Seni Negeri Kedah. Bolehlah singgah dulu untuk melihat sejarah-sejarah negeri ini sambil bergambar untuk simpan sebagai kenangan. Memang banyak tempat lawa-lawa kat sini, sesuai untuk anda yang suka berjalan-jalan. Nak membeli-belah pun boleh buat di Aman Central Mall yang merupakan pusat beli-belah yang terkenal di Kedah.


Cara Ke Jeti Kuala Kedah

Bas Ekspres

Kalau anda menaiki bas ekspres ke Jeti Kuala Kedah, anda perlu turun ke Terminal Bas Shabab Perdana yang terletak di Alor Setar. Selepas itu, anda boleh menaiki bas awam ataupun teksi untuk ke jeti. Selalunya, pelancong akan memilih menaiki teksi kerana lebih cepat dan harga hanya dalam RM20 ke RM30 sahaja dan mungkin lebih sedikit.

Bagi anda yang tidak dapat menempah tiket secara atas talian, anda perlu pergi sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket bas pada masa yang anda ingini agar tidak lari daripada rancangan anda.

Dari Ipoh, Perak

Untuk anda yang daripada Ipoh, Perak, harga tiket bas untuk ke Terminal Bas di Alor Setar ialah serendah RM24. Tempoh berjalanan biasanya kurang daripada 4 jam.

Dari Butterworth, Pulau Pinang

Anda boleh menaiki bas ekspres dari Penang Sentral dan turun di Terminal Bas Shabab Utama, Alor Setar. Harga tiket bas adalah serendah RM12 bergantung pada tarikh anda membeli tiket. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.

Dari KL & Selangor

Kalau anda dari KL & Selangor memang banyak sikit terminal bas yang ada untuk anda ke Alor Setar. Anda boleh naik bas di Terminal Bas Shah Alam, Hentian Duta, Terminal Bas Kajang, dan yang paling famous Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Anda boleh mendapatkan tiket serendah RM45. Perjalanan biasanya mengambil masa dalam 6 ke 8 jam.

Dari Kuala Terengganu, Terengganu

Perjalanan bas ekspres dari Terminal Bas Kuala Terengganu ke Alor Setar mengambil masa lebih dari 9 jam. Harga tiket bas pula bermula daripada RM61.

Dari Kota Bharu, Kelantan

Di Kelantan, anda boleh menaiki bas ekspres di Terminal Bas Kota Bahru. Tiket untuk ke Alor Setar bermula daripada RM40 dan perjalanan untuk ke Alor Setar pula mengambil masa selama lebih 7 jam.

Kereta Api (KTM ETS)

Anda yang ingin ke Jeti Kuala Kedah menggunakan kereta api, anda perlu turun di Stesen KTM Alor Setar. Dari situ, anda perlu menaiki bas awam ataupun teksi. Harga teksi adalah dalam RM20 ke RM30 dan mungkin lebih sedikit. Jika anda ingin menaiki bas awam, anda perlu berjalan selama 10 ke 15 minit untuk ke perhentian bas awam.

Bagi anda yang membeli tiket di kaunter pada hari kejadian, anda perlu tiba awal untuk mendapatkan tiket pada masa yang anda inginkan.

Dari Ipoh, Perak

Kalau dari Ipoh, anda perlu menaiki ETS Ipoh untuk ke Stesen KTM Alor Setar. Harga bermula daripada RM42 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Perjalanan adalah lebih kurang 4 jam sahaja.

Dari Butterworth, Pulau Pinang

Anda boleh menaiki KTM dari Butterworth dan turun ke Stesen Alor Setar. Harganya lebih murah berbanding menaiki bas iaitu tak sampai RM8. Anda dijangka sampai dalam masa kurang daripada 1 jam 30 minit.

Dari KL & Selangor

Kalau dari KL & Selangor, anda perlu pergi dulu ke ETS KL Sentral. Harga tiket bermula daripada RM70 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak. Perjalanan yang diambil pula selama lebih dari 5 jam.

Kenderaan Persendirian

Dari Ipoh, Butterworth, KL, Selangor, Terengganu

Untuk anda yang berada di Utara, iaitu dari Ipoh ataupun Butterworth, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Sama juga dengan anda yang datang dari KL, Selangor dan Terengganu. Anda akan jalan terus je hingga nampak papan tanda susur keluar ke Alor Setar. Takda pusing-pusing dah. Dah sampai ke Alor Setar baru anda boleh ke Jeti Kuala Kedah.

Dari Kelantan

Anda boleh melalui Lebuhraya Timur-Barat sehingga sampai ke susur keluar Alor Setar. Masa yang diambil bergantung kepada pemanduan anda. Biasanya dalam 5 ke 6 jam sahaja. Lebuh raya ini akan membawa anda terus ke Kedah tanpa perlu melalui Perak dan Pulau Pinang. Selepas sampai ke Alor Setar, baru boleh ke Jeti Kuala Kedah yang mengambil masa dalam 30 ke 50 minit dari tol Alor Setar Selatan.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Tempat Makan BEST di Langkawi yang WAJIB TRY

Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi dan menginap di rumah tradisional tidak akan lengkap tanpa mengisi perut dengan makanan-makanan yang sedap. Jom kita...

Harga Tiket Feri ke Langkawi TERKINI – Kini Boleh Bawa Kereta Sendiri

Jika berhasrat bercuti ke Pulau Langkawi, sememangnya perlu menaiki feri sama ada dari jeti di Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun dari Penang. Anda...

10 Kedai Coklat Langkawi Wajib Singgah (Konfem BEST!)

Langkawi ni selain terkenal dengan tempat-tempat menarik dan hotel mewah yang cantik, ianya juga sangat terkenal dengan coklat. Kalau sebut je tentang nak pergi...

7 Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Yang Popular

Bila bercuti ke Pulau Langkawi, mencari penginapan mengikut bajet & hotel murah di Langkawi terutamanya di bahagian pantai memang senang namun tak semuanya bagus....

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...

6 Homestay Rumah Tradisional Melayu di Langkawi – CANTIK !

Bagi yang ingin penginapan homestay yang ala-ala rumah tradisional di Pulau Langkawi, sangat dicadangkan untuk usyar-usyar beberapa destinasi homestay menarik di bawah. Destinasi ini dipilih untuk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x