Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia setakat ini selepas di Genting Highland. Harga tiket cable car Langkawi memang berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kualiti pengalaman yang akan anda alami.


Bagi pemegang MyKad, anda akan mendapat DISKAUN yang lebih menarik sehingga 50% daripada harga tiket asal. Pastikan anda menunjukkan MyKad anda ketika membeli tiket di kaunter kelak.


3 gondola untuk pilihan pengunjung SkyCab/cable car di Langkawi

harga tiket kereta kabel langkawiYang menariknya dengan kereta kabel di Langkawi ini a.k.a SkyCab ini kalau berbanding di tempat lain, anda berpeluang memilih 3 jenis gondola yang berbeza iaitu:

Gondola Biasa – Gondola ini merupakan yang biasa yang mungkin anda pernah naik di tempat lain. Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang dengan jumlah berat 480 kg.

Jumlah keseluruhan gondola yang biasa ada di sini ialah sebanyak 35 biji dan setiap satunya mengambil masa 15 minit untuk sampai di stesyen di puncak.

Gondola Berkaca Kristal – Sekiranya anda seorang yang tidak gayat dan ekstrem, anda boleh mencuba gondola berlantaikan kaca. Anda akan melihat pemandangan bukit dan hutan yang cantik hanya di bawah telapak kaki anda. Kaca kristal di bawah memang kukuh dan sangat jernih seolah-olah anda tidak berpijak di atasnya. Ada berani nak cuba?

Gondola VIP – Bagi yang mementingkan privasi, anda boleh mencuba gondola VIP yang mewah ini. Di sepanjang perjalanan anda akan dihidangkan dengan makanan dan air sambil diiringi dengan muzik romantis. Harga tiket bagi setiap gondola mempunyai pakej dan harga yang berbeza seperti di bawah.

Saksikan video menarik di bawah berkenaan dengan setiap gondola ini. Memang menggerunkan kalau tengok gondola yang berkaca tu di tempat tinggi.

sumber video: Panorama Langkawi

Pakej-pakej harga tiket cable car Langkawi sebelum diskaun Mykad

Harga standard cable car Langkawi sebelum diskaun kepada pemegang MyKad adalah seperti berikut dan mengikut kategori/pakej masing-masing.

1. Harga tiket cable car/SkyCab biasa

Sekiranya anda bercuti ke Langkawi secara bajet, pakej harga yang palling murah adalah yang ini. Kebiasaanya semua orang yang ingin menaiki cable car akan membeli tiket biasa sahaja melainkan anda mahukan kelainan.

  • Harga Dewasa (12 tahun keatas) – RM 35 seorang
  • Harga Kanak-kanak ( 2-12 tahun) –  RM 25 seorang

Dengan pembelian tiket pakej biasa, apa yang perlu anda tahu adalah seperti di bawah.

  • Perlu beratur menunggu giliran dan ada masa khusus untuk naik
  • berkongsi gondola (kereta kabel) dengan pengunjung lain
  • menaiki gondola biasa
  • masuk ke SkyDome secara percuma

2. Harga tiket cable car/SkyCab dengan laluan ekspress

Bagi yang malas nak beratur panjang terutamanya ketika time cuti sekolah, anda boleh memilih pakej ini dan harganya adalah seperti berikut. Secara kasarnya anda perlu bayar tambahan RM 50 untuk setiap tiket.

  • Harga Dewasa (12 tahun keatas) – RM 85 seorang
  • Harga Kanak-kanak ( 2-12 tahun) –  RM 75 seorang

Dengan pembelian tiket pakej biasa, apa yang perlu anda tahu adalah seperti di bawah.

  • tidak perlu beratur dan tiada masa yang khusus untuk naik
  • berkongsi gondola (kereta kabel) dengan pengunjung lain
  • menaiki gondola yang biasa
  • masuk ke SkyDome secara percuma

3. Pakej Harga Gondola Berkaca Kristal

Menaiki gondola biasa mungkin tidak mengayatkan bagi sesetengah orang. Jadi kalau anda nakkan ledakan andrenalin maksimum, anda boleh pilih pakej menaiki gendola berkaca kristal ini.

  • Harga: RM 85.00 seorang

Dengan pakej ini anda boleh jangkakan:

  • tidak perlu beratur dan tiada masa yang khusus untuk naik
  • berkongsi gondola (kereta kabel) dengan pengunjung lain
  • menaiki gondola berkaca kristal
  • masuk ke SkyDome secara percuma

4. Harga tiket cable car untuk Pakej Private Gondola

Bagi anda yang nakkan privasi ketika menaiki kereta kabel, anda boleh memillih pakej ini.

  • Pakej Harga Private Gondola: RM 400 untuk satu gondola

Dengan pakej ini anda akan mempunyai kelebihan seperti:

  • tidak perlu beratur dan tiada masa yang khusus untuk naik
  • harga termasuk untuk 4 orang
  • tidak berkongsi gondola dengan pengunjung lain
  • menaiki gondola berkaca kristal
  • masuk ke SkyDome secara percuma

5. Harga tiket cable car untuk Pakej VIP Gondola

Kelebihan pakej ini lebih menarik sekiranya anda ingin melihat pemandangan Langkawi dari atas udara dengan gaya VIP.

  • Pakej Harga VIP Gondola: RM 500 untuk satu gondola

Kelebihan pakej VIP berbanding pakej biasa yang lain ialah:

  • tidak perlu beratur dan tiada masa yang khusus untuk naik
  • harga termasuk untuk 3 orang
  • tidak berkongsi gondola dengan pengunjung lain
  • menaiki gondola VIP
  • makanan percuma
  • masuk ke SkyDome secara percuma

Pakej harga kombo SkyCab/ Cable Car Langkawi

Terdapat juga beberapa pakej kombo lain yang diserta bersama aktiviti lain. Antara harga tiket cable car Langkawi untuk pakej-pakej kombo yang ada buat masa ini ialah:

  1. Combo Fare ( SkyCab + SkyDOme + 6D Cinema)
    1. Dewasa: RM 60.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 42.00 seorang
  2. Pakej Combo Fare ( SkyCab + SkyDome + Duck Tour)
    1. Dewasa: RM 67.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 45.00 seorang
  3. Pakej Combo Fare ( SkyCab+ SkyDome + F1 Simulator)
    1. Dewasa: RM 50.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 35.00
  4. Pakej Combor Fare ( SkyCab + SkyDome+ 3D Art)
    1. Dewasa: RM 65.00 seorang
    2. Kanak-kanak RM 45.00 seorang
  5. Pakej Combo Fare ( SkyCab + SkyDome+ SkyTrail)
    1. Dewasa: RM 80.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 60.00 seorang
  6. Pakej Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinema + Duck Tour)
    1. Dewasa: RM 92.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 60.00 seorang
  7. Pakej Combo Fare (SkyCab + SkyDome + 6D Cinema + Duck Tour + 3D Art)
    1. Dewasa: RM 110.00 seorang
    2. Kanak-kanak: RM 78.00 seorang

Semua harga-harga tiket di atas adalah sebelum diskaun MyKad. Anda boleh dapati semua harga di atas dengan menunjukkan MyKad ketika membeli tiket dan diskaun yang didapati sehingga 50% daripada harga tiket asal.

Video berinformasi menarik berkenaan dengan SkyCab di Langkawi.

sumber video: Harian Metro

Maklumat lanjut berkenaan berita SkyCab seperti jadual penyelenggaraan dan sebagainya anda boleh ke sini dan sekiranya anda ingin membeli tiket cable car Langkawi secara online anda boleh layari laman web rasmi di sini.

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Langkawi selain menaiki kereta kabel. Jadi pilih aktiviti-aktiviti yang anda inginkan dan pilih pakej harga tiket cable car Langkawi ini yang bersesuaian dengan bajet anda.


2 Komen

  1. mohd zamri bin ab rahman 6 Mac, 2017
  2. lin 30 Jan, 2017

Sila Komen

Sila SHARE

Tawaran Penginapan di Langkawi hari ini>>SEMAK HARGA<<