Isi Kandungan
Bagi yang ingin penginapan homestay yang ala-ala rumah tradisional di Pulau Langkawi, sangat dicadangkan untuk usyar-usyar beberapa destinasi homestay menarik di bawah. Destinasi ini dipilih untuk dikongsikan dengan pembaca atas beberapa sebab seperti dekorasinya yang cantik, lokasinya yang strategik dan pernah mendapat review tip-top daripada pengunjung yang pernah menginap.
Homestay-homestay di Pulau Langkawi ini dipilih berdasarkan rekod Airbnb dan juga cadangan pengunjung-pengunjung yang pernah tinggal di sini.
1. Homestay Kampung Tok Lembut @ Kampung Temoyong
Jika anda mencari rumah kampung tradisional di Langkawi, anda perlu cuba menginap di Homestay Kampung Tok Lembut. Sangat sesuai untuk membawa anak-anak merasai suasana ala-ala kampung. Homestay ini juga hanya mengambil masa dalam 2 km sahaja dari Pantai Chenang. Apa yang menariknya, homestay ini bersebelahan dengan sawah padi, jadi bolehlah anda melihat pemandangan sawah padi sepanjang menginap disini. Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana homestay ini berdekatan dengan restoran.
Bagi anda yang ingin memasak pula, anda tidak perlu risau kerana pemilik menyediakan pelbagai peralatan dapur seperti peti ais, dapur gas, periuk nasi, pemanas air dan ada juga kedai runcit berdekatan dengan homestay ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak pula ialah bermandi-manda di kolam renang yang disediakan. Bagi anda yang ingin menginap dalam kumpulan yang ramai, anda boleh menempah keempat-empat rumah kerana ianya hanya sebelah-menyebelah. Setiap rumah pula mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap bilik tidurnya pula mempunyai 1 katil queen yang selesa dan sebuah penghawa dingin.
Selain daripada itu, ruang tamu homestay ini juga lengkap dengan kerusi meja dan meja. Memang sesuai untuk bersantai dan berborak-borak bersama keluarga. Soal parking pula, anda tidak perlu risau kerana terdapat kawasan halaman rumah yang luas di hadapan homestay untuk dijadikan tempat parking. Bawalah keluarga anda kesini untuk merasai menginap di rumah ala-ala kampung.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Kampung Temoyong, 07000 Langkawi, Kedah
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Sunset Valley – Homestay Rumah Padi di Langkawi
Satu penginapan yang ala tradisional yang mempunyai kelengkapan yang serba lengkap untuk tetamu. Homestay ini terletak di Pulau Langkawi dan yang menariknya ia dikelilingi dengan pemandangan hijau sawah padi yang pasti membuatkan anda terasa berada di kampung halaman.
Walaupun ia berkonsep ala kampung dan rumah tradisional Melayu, pemilik homestay tidak mengabaikan kemudahan asas penting untuk para tetamu seperti kemudahan Wifi, dapur, bilik mandi yang moden dan kolam renang yang cantik.
Lokasinya sangat strategik dan terletak hanya kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang dan Jeti di Pulau Langkawi. Selain itu, ianya juga berada tidak jauh daripada beberapa kawasan tempat menarik di Langkawi seperti pantai dan pemandangan gunung. Sumber
3. Rumah Tradisional di Pulau
Sebuah lagi homestay di Pulau Langkawi yang mendapat banyak review yang bagus-bagus dan konsepnya juga adalah merupakan rumah tradisional. Ianya terletak berdekatan dengan pantai yang paling popular di Pulau Langkawi iaitu Pantai Cenang.
Sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan ala kampung dan pada masa yang sama mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bilik air, wifi dan yang paling penting, lokasinya dekat dengan beberapa tempat menarik yang utama di Langkawi.
Dan yang paling best, pemilik homestay ini juga menyediakan kemudahan basikal mountain bike tanpa cas tambahan ! Dengan reviewnya yang hampir 5 bintang daripada 50 orang tetamu yang pernah menginap di sini, semestinya satu destinasi penginapan yang ideal untuk mereka yang nak honeymoon di Langkawi. Sumber.
4. Villa Seri Kampung
Villa ini terletak tidak jauh dari Pekan Kuah kira-kira 10 minit sahaja dan setengah jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Villa atau rumah kampung ini sememangnya satu penginapan yang ideal yang pentingkan ciri-ciri rumah kampung dan tradisional Melayu.
Ianya dikelilingi dengan pokok-pokok dan walaupun ianya dikategorikan sebagai rumah kampung, namun kemudahan seperti penghawa dingin dan internet tidak diabaikan oleh pemilik homestay ini.
Sehingga ke hari ini, homestay ini mendapat lebih 30 review yang mantap-mantap daripada tetamu homestay ini dan rata-rata sangat berpuas hati dengan layanan mesra sehingga ada yang dijemput oleh host di lapangan terbang. Sumber.
5. Teratak 1 Malay Farmer’s Hut
Teratak homestay yang dimiliki oleh Marina ini pula mempunyai pemandangan Gunung Matchinchang yang sangat mempersonakan dan mendamaikan terutamanya pada waktu pagi ketika kabus-kabus masih tebal melitupi gunung ini.
Lokasinya memang sangat strategik dan terletak hanya 5 minit memandu ke Pantai Chenang, Langkawi. Homestay ini dikelilingi dengan pemandangan pokok-pokok hijau dan udara di sini pada waktu pagi serta malam sememangnya dingin seolah berada di kawasan pedalaman atas bukit.
Kemudahan asas juga disediakan seperti akses internet, bilik mandi, basikal dan sebagainya. Lokasinya yang sangat strategik telah menjadikan Teratak 1 yang dimiliki Marina ini mendapat lebih 75 review bagus daripada tetamu yang pernah menginap di sini. Sumber.
6. Alamanda Minang Villa
Reka bentuk rumah ini mungkin agak berlainan daripada rumah tradisional Melayu tetapi juga boleh dikatakan rekabentuk tradisional yang lebih ke arah moden. Hiasan atap daun mengkuang dan berdinding batu serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang lengkap untuk tetamu.
‘X factor’ rumah homestay ini ialah lokasi dan pemandangannya yang sangat cantik menghijau. Pengunjung boleh menikmati keindahan panorama sawah padi dan bukit bukau hanya dari beranda rumah.
Lokasinya terletak di Jalan Makan Mahsuri dan yang paling best, di sini terdapat sebuah infinity pool yang sangat menarik untuk berenang dan beriadah bersama keluarga selepas seharian penat pusing-pusing di Pulau Langkawi. Sumber.
Semoga 5Â destinasi penginapan homestay di atas memberi anda inspirasi untuk mencari penginapan homestay ala rumah tradisional Melayu yang sesuai untuk percutian anda di Pulau Langkawi pada masa hadapan samaada ketika berbula madu atau bersama keluarga. Selamat mencuba.
Berminat..contact?
Mcm mane nk contact
contact no untuk reservation please