Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Homestay Alor Setar Ala-Ala ‘Resort’ Yang Memang Berbaloi

Cakap sahaja mengenai negeri Kedah, pasti ramai yang tahu tentang ibu negerinya, iaitu Alor Setar. Bagi kebiasaannya, tempat tersebut dirujuk oleh warga negeri Kedah sebagai ‘Aloq Setaq’. Banyak sangat tarikan yang sering dikaitkan dengan Alor Setar seperti muzium-muziumnya yang membuktikan sejarah bukanlah ada semata-mata untuk ditelan zaman. Sebagai Contoh, Muzium Diraja Kedah mempamerkan cara Kedah ditadbir dan rupa bentuk istana pada zaman dahulu. Alor Setar juga terkenal dengan kawasan sawah padi, maka ramai datang ke sini untuk melihatnya dengan mata sendiri. Oleh kerana tarikan di ibu negeri ini yang banyak, ramai pengunjung memerlukan sebuah tempat penginapan.

Sebab itulah, kami di Cari Destinasi menyediakan senarai khas 15 homestay bergaya yang boleh anda tempah di Alor Setar. Tanpa membuang masa, mari lihat senarai homestay yang semestinya menarik perhatian anda.

15 Homestay Serba Lengkap di Alor Setar


1. Laman Bayu Homestay

laman bayu homestay

Homestay ini sudah semestinya antara tempat penginapan yang terbesar di Alor Setar. Ini kerana, Laman Bayu Homestay ialah rumah 2 tingkat dan mempunyai 5 buah bilik tidur beserta 6 buah bilik air. Buat mereka yang perlu melupakan suasana sibuk di bandar bersama keluarga besar, bolehlah anda ke sini untuk berehat dalam homestay yang serba hijau sekelilingnya. Anda tidak perlu risau untuk mengajak ahli keluarga yang besar atau rakan yang ramai kerana tersedia ruang makan di luar dan juga ruang parkir kereta yang luas. Apatah lagi kerana homestay ini mempunyai sistem CCTV dan juga keselamatan yang dikawal ketat. Laman Bayu Homestay adalah banglo yang berpendingin hawa sepenuhnya.

Semua kelas umur boleh menggunakan kolam renang di homestay ini kerana ianya dibezakan untuk tetamu dewasa dan tetamu kanak-kanak dari segi kedalaman. Untuk membeli barangan keperluan harian, tetamu boleh ke TF mart yang sangat berhampiran.

Alamat: 7Q, Lorong Bayu, Taman Uda, 05350 Alor Setar

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-515 5141

Whatsapp Laman Bayu Homestay


2. Arfa Home Homestay

Arfa Home Homestay menyediakan kolam renang yang luas dan puas di mana terdapat dua aras, satunya untuk dewasa dan satu lagi untuk digunakan kanak-kanak. Homestay yang besar ini mempunyai 4 bilik dengan katil queen dalam kesemuanya. Bagi yang tidak tahan panas atau tidak tahan sejuk, jangan risau kerana dalam setiap bilik mempunyai pendingin hawa dan kipas dinding. Buka sahaja mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Selain bermandi-manda, anda juga boleh meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan di depan teater rumah yang disediakan pihak host. Pelbagai lagi aktiviti boleh dilakukan, seperti karaoke dan memancing.

Jumlah tetamu yang boleh dimuatkan dalam satu masa ialah 20 ke 25 orang, jadi mudahlah anda membawa kenalan yang ramai bersama. Dalam 2 minit perjalanan, anda boleh menjumpai kedai makan Laksa Warisan Kak Fadzilah dan restoran nasi kerabu.

Alamat: 38, Jln Andalas 5, Taman andalas, 05350 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-946 7862

Whatsapp Arfa Home Homestay


3. Riverpool Homestay

Di Riverpool Homestay, tetamu mendapat pilihan 3 buah bilik. Bilik utamanya mempunyai sebiji katil bersaiz queen, mempunyai almari pakaian tersendiri dan juga bilik air yang dikongsi. Untuk bilik kedua pula, sama juga katil bersaiz queen, beralmari dan satu bilik air kongsi. Beza antara bilik utama dan kedua ialah, di dalam bilik utama katil queennya bercirikan Jepun, yang terserlah keunikannya. Bilik yang terakhir mempunyai katil single, di mana ruang dalam bilik ini ideal buat jumlah tetamu yang sedikit. Sepanjang penginapan, bolehlah tetamu menikmati air yang bersih daripada penapis Coway yang disediakan. Kolam renang peribadi milik Riverpool Homestay boleh sahaja digunakan pada bila-bila masa.

Tetamu di homestay ini dibenarkan mengadakan jamuan barbeku dengan kelengkapan yang sedia ada. Untuk ke gerai-gerai makan yang terdekat, anda boleh ke Kedai Kopi Kak Long dan juga Ayam Gepuk UTAQA. Bagi yang membawa anak kecil bolehlah singgah di Dino Trek 2 yang jauhnya 9 minit.

Alamat: Jalan Taman Seri Empangan, Kampung Berjaya, 05150 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-267 4225

Whatsapp Riverpool Homestay


4. Homestay Kak Ina

Sekiranya anda datang ke Homestay Kak Ina untuk berehat, kemungkinan anda akan melakukan lebih banyak aktiviti berbanding hanya duduk dan baring. Di sini, host sangat menggalakkan anda untuk melakukan aktiviti luar, seperti berkayak, berbasikal dan bermain layang-layang. Tetamu yang lebih gemar berasa nyaman dan sejuk boleh bermandi-manda di dalam kolam renang yang luas dan bersih.

Pada waktu malam, gunakanlah kelengkapan karaoke dan juga barbeku yang disediakan khas. Untuk sebuah rumah di Homestay Kak Ina, terdapat 2 buah bilik tidur dengan 1 katil queen. Jika tidak mencukupi, anda boleh mengambil tilam bersaiz single ekstra.

Homestay ini turut menyediakan tapak bagi mendirikan khemah untuk tetamu yang ingin mengadakan majlis keramaian. Hanya 8 kilometer perjalanan diperlukan dari homestay untuk tiba di pusat bandar Alor Setar.

Alamat: Kampung Kebun Pinang, 05400 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-910 8411

Whatsapp Homestay Kak Ina


5. Zanishah Homestay

Menurut laman Facebook rasmi milik Zanishah Homestay, sudah terdapat lebih 1062 tetamu daftar masuk ke homestay ini. Perjalanan 6 kilometer daripada homestay ini akan membawa anda ke Jeti Kuala Kedah dan juga pusat bandar Alor Setar. Tetamu mempunyai dua pilihan, sama ada mahu menginap di dalam ‘apartment’ homestay ataupun homestay besar.

Di dalam apartment homestay, terdapat 2 bilik air dan 2 buah bilik dengan 2 biji katil single di dalam dan satu bilik dengan katil bersaiz king. Untuk homestay besar pula, tetamu diberikan 3 buah bilik dengan 2 katil bersaiz king dalam kesemuanya. Kolam renang berada di luar untuk apartment homestay, dan homestay besar mempunyai kolam renangnya di dalam.

Bilangan tetamu yang boleh muat dalam kedua-dua homestay ialah 10 orang, sesuai untuk satu keluarga menginap. Untuk ke restoran dengan hidangan lazat, perjalanan mengambil masa 1 minit untuk ke Manje Kambing Golek Corner.

Alamat: No 1A Lorong Pak Yob, Jalan Alor Mengkudu, Kampung Ganding, 05400 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-514 4617


6. Homestay Sri Uda Alor Setar

Apa yang menariknya di Homestay Sri Uda ini ialah, host menyediakan dewan khas untuk sebarang majlis. Oleh itu, sangatlah ideal untuk mereka yang perlu mencari homestay sekitar Alor Setar untuk majlis pertunangan dan lain-lain. Di homestay ini, terdapat 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik mandi dengan pancuran mandian. Sebagai tempat tidur lebih, host akan menyediakan 2 tilam bersaiz single. Dapur di homestay ini pula amat lengkap dengan peti sejuk, cerek elektrik dan juga pembakar roti. Bagi mereka yang perlu sentiasa menggunakan internet, Homestay Sri Uda membekalkan Wi-fi percuma untuk semua tetamu.

Perjalanan 3 kilometer dari homestay akan menemukan anda dengan Pusat Beli-belah City Plaza dan juga Muzium Diraja. Restoran yang terdekat termasuklah Restoran Din Limbong sejauh 100 meter.

Alamat: Jalan Datuk Kumbar, Kampung Pengapi Batu, 05300 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-451 7385


7. The Art Villa

The Art Villa semestinya menjadi antara pilihan popular pengunjung ke Alor Setar kerana reka bentuknya yang berseni dan moden. Walaupun ruang rehatnya perlu dikongsi, namun tempatnya sangat sesuai dijadikan ruang bergambar bersama ahli keluarga atau sebagai posting di media sosial. Homestay ini diberikan 4 bintang, dan setiap biliknya mempunyai bilik air sendiri. Bilik-bilik di Art Villa ini adalah 9 buah kesemuanya, maka bolehlah anda merancang dengan kenalan untuk menempah bilik-bilik di sini bersama.

Tambahan lagi, homestay ini boleh menyediakan juadah seperti masakan Thai buat kemudahan tetamunya. Jika anda mahu makan makanan lain, terdapat kedai Sushi YA dengan 3 minit perjalanan.

Sambutan hari jadi boleh diadakan di homestay ini, di mana host menawarkan khidmat menghias sempena sambutan. Sambil menginap di sini, cubalah pergi ke sauna dan juga gim di luar bilik.

Alamat: 77A, Jalan Orkid 3, Taman Seri Bandar 5, 05050 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-440 6502


8. Bungalow Mat Hj Limah

Sebut sahaja homestay-homestay yang unik di Alor Setar, pastinya Bungalow Mat Hj Limah termasuk di dalam senarainya. Dua pilihan homestay diberikan buat tetamu, sama ada mereka mahu menginap di dalam chalet atau rumah ‘studio’. Di chalet dengan 1 bilik pula, anda boleh memilih untuk tidur di rumah sekitar bendang ataupun di dalam kampung. Rumah studio memberikan pengalaman tidur beramai-ramai tanpa bilik seperti di rumah datuk dan nenek. Sekiranya tetamu tidak melebihi 10 orang, sarapan berbentuk ‘buffet’ akan disediakan oleh host. Anda boleh bermain karom dan dart, serta berbabeku bersama keluarga. Di setiap jenis rumah mempunyai 1 bilik air.

Dalam jarak 4 kilometer, tetamu boleh ke Muzium Padi dan Pusat Sains Negara Cawangan Utara. Banyak aktiviti di sawah padi boleh dilakukan tetamu di homestay ini.

Alamat: No 9, Kampong Besar, Padang Hang, 06570 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-466 3377


9. Dhuha Homestay

Dhuha Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur, yang mana kesemuanya berpendingin hawa, dan 2 bilik air. Buat tetamu yang perlu ke homestay ini atau pulang ke rumah menggunakan kapal terbang, host menyediakan khidmat pengantara untuk ke Lapangan Terbang Sultan Halim. Mereka yang mementingkan kebersihan dan perlu menggunakan selipar di bilik air tidak perlu risau kerana homestay ini menyediakannya.

Dhuha Homestay terletak di kawasan sangat strategik, kerana perjalanan hanya mengambil masa 3 minit untuk ke stesen minyak Shell dan Petron, Tesco dan juga Pasaraya C-Mart. Selain itu, homestay terletak di hadapan Sungai Alor Setar yang indah suasana sekitarnya.

Pagar di homestay ini menggunakan sistem alat kawalan jauh, maka terjagalah keselematan kesemua tetamu di sini. Ruang makan luar rumah juga disediakan buat mereka yang ingin bersantai.

Alamat: Taman Sri Empangan Ampang Jajar, 05150 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-999 3434


10. Cempaka Homestay

Anda boleh pilih untuk menginap di Cempaka 1, Cempaka 2 ataupun Cempaka 3 di homestay ini. Host telah menyediakan 4 buah bilik tidur yang berpendingin hawa beserta 3 buah bilik air. Buat semua tetamu, sarapan berbentuk buffet akan disajikan, maka tidak perlulah berjalan jauh semata-mata mengisi perut lapar di pagi hari.

Cempaka Homestay dilengkapi dengan berbagai aktiviti yang boleh dinikmati oleh tetamu, termasuklah permainan karom dan catur. Untuk merangsang minda anak-anak, terdapat sudut bacaan khas dengan buku-buku disediakan. Walaupun kedengaran seperti rumah yang moden, namun anda boleh menyaksikan suasana sawah padi jika anda duduk di perabot luar rumah.

Tidak perlu risau untuk membawa mereka yang memerlukan perhatian istimewa, kerana seluruh homestay merupakan kawasan mesra kerusi roda. Maktam Selera Kampung dan Pak Ma’el Corner boleh dijumpai dalam 4 minit.

Alamat: 1354, Fasa 2E, Taman Aman, 06550 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-542 7853

Whatsapp Cempaka Homestay


11. Homestay Tok Mama

Homestay Tok Mama dilengkapi 1 bilik air dan 3 buah bilik tidur berasingan, yang mana kesemuanya mempunyai almari sendiri dan juga kipas. Untuk bilik tidur 1 dan 3, tetamu akan menggunakan katil berkembar dan kedua-kedua biliknya berpendingin hawa. Jika tetamu lebih gemar membersihkan diri menggunakan pemanas air, host telah pun melengkapkan bilik airnya dengan alatan tersebut.

Anda berada di Alor Setar atas urusan kerja? Homestay ini terletak dekat dengan pejabat-pejabat rasmi seperti Pejabat Daerah Kota Setar yang jauhnya 3 minit. Tetamu juga akan menjumpai 7Eleven, farmasi dan klinik yang berhampiran.

Tempat letak kereta di Homestay Tok Mama adalah berpagar, jadi keselamatan kereta tetamu akan terjamin. Lebih menarik lagi, host menawarkan khidmat sewa kereta dengan pemandu untuk anda bersiar-siar.

Alamat: 60B, Taman Wira Mergong, 05150 Alor Setar

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-5926 9265

Whatsapp Homestay Tok Mama


12. KKP Homestay

Antara tarikan pelancong yang terdekat dengan KKP Homestay ialah Muzium Diraja Kedah, yang hanya sejauh 4 kilometer. Untuk anda yang suka pergi ke pasaraya di sesuatu kawasan, bolehlah anda ke Pasaraya Billion dan juga Pekan Rabu Complex yang jauhnya tidak lebih 5 kilometer.

Di homestay ini, tetamu akan mendapat 3 buah bilik tidur, di mana 2 buah katil bersaiz king dan 1 katil bersaiz single disediakan. KKP Homestay merupakan tempat penginapan yang membenarkan haiwan peliharaan kesayangan dibawa tinggal bersama. Bolehlah anda bawa si tompok kesayangan anda menginap sekali. Di dalam rumah juga terdapat 2 buah bilik air dan 1 mesin basuh. Host sendiri mengatakan bahawa Wi-fi disini sangat laju capaiannya.

Tempat parkir dan air botol percuma disediakan untuk tetamu, seperti layanan hotel kan?. Untuk menemui KKP Homestay, ianya 1 minit perjalanan dari Sungai Muda.

Alamat: 42, Jalan Kota Damai, Taman Sri Kota, 06600 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-265 2203


13. A&H 81 Homestay Alor Setar

Homestay ini sangatlah mengambil berat tentang kesemua tetamu dan serba lengkap. Ini kerana, di aras bawah homestay terdapat kerusi roda yang boleh digunakan untuk mereka yang memerlukannya. Tambahan lagi, staf di A&H 81 Homestay boleh bertutur dalam 4 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan juga Bahasa Vietnam. 3 buah bilik tidur dengan 2 buah bilik mandi dengan pancuran mandian disediakan. Soket di dalam bilik adalah dekat dengan katil, jadi mudahlah urusan tetamu untuk mengecas telefon tanpa perlu meletakkannya jauh. Sekiranya ada membawa anak-anak kecil sekali, mereka boleh bermain dengan mainan yang host sediakan.

Untuk ke kedai makan dan minum berhampiran, Starbucks dan McDonald’s berada 4.5 kilometer dari homestay. A&H 81 Homestay juga membenarkan tetamu menggunakan tuala percumanya.

Alamat: 43, Jalan Kota Damai 4, Taman Kota Damai, 06600 Alor Setar

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-451 9225


14. Happy Homestay Alor Star

Happy Homestay menawarkan tempat penginapan yang luas dan sesuai untuk tetamu seramai 15 orang. Ruangan parkir kenderaan juga berjumlah empat dan bilik tidur berpendingin hawa yang disediakan juga ialah empat. Jumlah bilik air di homestay ialah dua. Yang menarik lagi, di homestay terdapat buaian buatan tangan oleh seorang datuk. Disebabkan ruangnya yang luas, homestay ini boleh dijadikan penginapan bagi yang mengadakan majlis.

Dalam 5 minit perjalanan, tetamu boleh pergi melawat Muzium Padi untuk melihat kepayahan mendapatkan beras. Happy Homestay mempunyai kolam renang peribadi, dan juga taman permainan tersendiri, maka anak-anak pasti seronok berada di sini.

Homestay ini masih baru dan selesa, dilengkapi juga dengan TV pintar bersaluran Astro. Jika anda mahu makan steamboat, host menyediakan kelengkapan sangat lengkap untuk memasak steamboat di homestay.

Alamat: 8-F, Taman Seladang, Pantai Johor, 06550 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-2812 8167

Whatsapp Happy Homestay Alor Setar


15. A Star Homestay, Desa Mentaloon

Di A Star Homestay, anda akan mendapat 4 bilik tidur, di mana 3 daripadanya berpendingin hawa. 2 bilik air yang ada di dalam rumah mempunyai pemanas air, maka tidaklah tetamu berasa sejuk mandi di waktu pagi dan malam. Untuk keselamatan, pintu utama homestay dipasangkan gril besi. Disebabkan terdapat 2 ruang tamu dan 2 ruang meletakkan kereta, homestay ini ideal untuk saudara-mara yang bercuti bersama. Host menggalakkan tetamu untuk pergi mendaki di Gunung Keriang yang indah pemandangannya. Anak-anak yang mahukan aiskrim boleh juga membelinya daripada host yang peramah. 3 minit daripada homestay, tetamu boleh ke kedai nasi kukus, ARR Corner dan untuk sarapan, ke Warung Kak Na.

A Star Homestay terletak di kawasan yang belakangnya terdapat sawah padi, sesuai dengan suasana Kedah. Untuk ke pusat bandar Alor Setar perjalanan dari homestay tidak memakan masa yang lama.

Alamat: Taman Desa Mentaloon, Alor Merah, 05250 Alor Setar

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


Apa lagi yang perlu anda buat selain tunggu untuk menempah mana-mana homestay di Alor Setar ini? Dengan berkunjung ke ibu negeri Kedah ini, anda akan dapat banyak memori dan juga informasi baru. Mari ajak kenalan yang ramai untuk menginap sekali di homestay.

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

25+ Tempat Makan Best di Alor Setar, Kedah Untuk Pelancong Terokai

Ingin mencari idea destinasi menarik untuk acara 'jalan jalan cari makan' anda di Alor Setar? Teruskan membaca untuk ketahui 25+ tempat makan menarik di...

10 Kereta Sewa Di Alor Setar & Jitra yang TERBAIK

Kedah, lokasinya yang terletak bersempadan dengan negeri Perlis, di bahagian barat laut semenanjung Malaysia sering menjadi tumpuan untuk melawat. Terdiri daripada tempat pelancongan penting...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x