Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam, namun ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada ‘Pattani’, Thailand. Apa pun asal usulnya, kini Sungai Petani terkenal sebagai bandar yang berkembang pesat dengan adanya pelbagai pusat membeli-belah dan juga institusi-institusi pendidikan yang bertaraf tinggi. Sebagai contoh, mereka dari negeri lain datang ke Sungai Petani untuk menghantar anak yang melanjutkan pelajaran ke UiTM Merbok, ataupun ke sekolah seperti MRSM Merbok. Mereka-mereka inilah yang sering memerlukan tempat penginapan sementara untuk berehat sebelum meneruskan perjalan pulang ke negeri masing-masing. Tempat penginapan di Sungai Petani, yang kebanyakannya terdiri daripada homestay agak strategik kerana mempunyai lokasi berdekatan dengan pusat-pusat pengajian tersebut.

Oleh sebab demikian, kami dengan berbesar hati menyediakan 12 senarai homestay dengan harga berpatutan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian. Apa tunggu lagi, mari lihat apakah yang telah kami sediakan khas buat pembaca.

12 Homestay Selesa di Sungai Petani


1. Merpati Villa Homestay

merpati homestay

Di Merpati Villa Homestay, tetamu akan mendapat 3 buah bilik tidur dengan 2 buah katil bersaiz ‘double’ dan 1 katil single kesemuanya. 2 buah bilik air di homestay pula, 1 daripanya bilik air peribadi manakala 1 lagi dikongsi. Untuk tetamu beragama Islam, host menyediakan keperluan set perkakas makanan yang tersendiri. Sejadah dan Al-Quran disediakan untuk digunakan sewaktu beribadah. Dalam hanya 2 minit, anda boleh menemui stesen minyak Petron, maka senanglah persediaan anda pulang ke rumah. Tempat makan yang jauhnya 3 minit daripada Merpati Villa Homestay ialah Sri Ananda Bahwan untuk menikmati Nasi Beriyani.

Homestay ini turut menawarkan kawasan dalam dan luar rumah yang sesuai untuk mengadakan kenduri kahwin atau majlis keramaian lain. Di dalam setiap bilik, host telah sediakan pemanas air buat mereka yang gemar menggunakan air panas ketika mandi.

Alamat: 345, Jalan Merpati, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-2655 5317


2. The Louvre Homestay

lourve

Dalam satu-satu masa, The Louvre Homestay dapat memuatkan 8 orang tetamu. Homestay ini merupakan kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang aman dan menyediakan tempat parkir kereta yang berpagar. Tetamu akan mendapat akses ke 4 buah bilik tidur dan juga 3 buah bilik air. Menurut ulasan tetamu yang pernah menginap di sini, mereka menyesyorkan ahli keluarga dengan jumlah yang ramai untuk tinggal di sini kerana ruangnya sangat luas. Kelengkapan mandian juga ada disediakan secara percuma dan tetamu yang mempunyai bayi boleh menggunakan kerusi tinggi yang ada. The Louvre Homestay mempunyai laman depan yang luas turut menyediakan Wi-fi percuma.

Terdapat restoran thai dan juga Restoran Alif Corner kurang 5 minit dari homestay. Untuk tetamu yang gemar berjoging atau bersenam, anda boleh ke Padang Awam Bandar Seri Astana yang berdekatan.

Alamat: 137, Jalan Perdana 9/7, Bandar Perdana, 08000 Sungai Petani, Kedah

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-575 8535

WhatsappThe Louvre Homestay


3. Bukit Banyan Homestay 

banyan homestay

Tetamu yang menempah di Bukit Banyan Homestay Sungai Petani akan mendapat 4 buah bilik tidur dengan 1 katil ‘double’ yang besar, 2 katil ‘double’ bersaiz biasa dan juga 2 katil single kesemuanya. Di dalam 3 buah bilik tidur, terdapat pendingin hawa untuk keselesaan tetamu. Semestinya antara homestay yang serba lengkap, Bukit Banyan Homestay mempunyai 4 buah bilik air. Host telah menyediakan tuala dan juga sejadah dalam setiap bilik, maka tetamu tidak perlu membawanya dari rumah. Sekiranya anda mahu membeli barangan, bolehlah ke Tesco atau Village Mall yang 8 minit jauhnya.

Wi-Fi percuma di homestay mempunyai capaian sepantas 30Mb per saat. Di dalam rumah tersedia kerusi tinggi untuk bayi, produk pembersihan untuk digunakan tetamu dan juga kelengkapan dapur yang lengkap.

Alamat: Lrg Azelia 2, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-597 9747


4. Sungai Petani Homestay Honey

honey homestay

Untuk menunjukkan betapa besarnya kawasan di Sungai Petani Homestay Honey, tempat letak kenderaannya boleh memuatkan 5 hingga 7 buah kereta. Homestay ini mempunyai 2 buah unit, iaitu Homestay Honey 1 dan Honey 2. Di Honey 1, terdapat 4 buah bilik tidur dengan 2 buah katil bersaiz king, 2 lagi bersaiz queen dan 2 katil single. Jumlah bilik air pula ialah 3.

Di Honey 2, tersedia 3 bilik tidur dengan 3 katil queen dan 2 tilam bersaiz queen tambahan. Unit satu lagi ini mempunyai 2 bilik mandi dengan 2 pemanas air dan 3 helai tuala disediakan. Untuk membeli barangan masakan, bolehlah anda ke J Mart atau Astana Jaya Mart 6 minit jauh dari homestay.

Kurang 6 minit perjalanan, anda boleh ke tempat makan seperti gerai sate dan juga kedai Nasi Kandar Najmuddin. Mereka yang suka membancuh air teh atau kopi serta boleh menggunakan mesin air panas dan suam.

Alamat: 17, Laman Cindai 4A, Taman Cindai Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-468 2784


5. Anggerik Home Sweet Homestay

Terdapat 5 buah unit rumah yang ditawarkan di bawah Anggerik Home Sweet Homestay. Maka, untuk keluarga yang besar, mereka bolehlah menempah lebih daripada satu rumah di sini. Setiap rumah mempunyai 3 bilik tidur dengan katil bersaiz single dan queen. Bilik-bilik airnya pula dilengkapi dengan pemanas air dan kelengkapan mandian seperti tuala, sabun mandi dan tisu. Tetamu yang ingin melakukan sambutan kecil-kecilan atau barbeku boleh memberitahu host tentangnya. Untuk mereka yang perlu menyiapkan tugasan di tempat penginapan, homestay ini menyediakan ruangan khas dengan meja untuk tujuan itu. Dengan adanya CCTV di luar premis, pastinya keselamatan tetamu akan terjamin.

Pasaraya Mydin, 7 Eleven, Pizza Hut dan Petronas semuanya boleh ditemui dengan hanya berjalan kaki dari homestay. Di luar rumah terdapat perabot untuk tetamu duduk bersantai bersama ahli keluarga atau kenalan.

Alamat: 85, Jalan Anggerik 8/5, Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-421 4558

Whatsapp Anggerik Home Sweet Homestay


6. Wany Homestay

wany homestay

Di Wany Homestay, tetamu diberikan 3 buah bilik tidur dengan katil double bersaiz besar. Di dalam 2 bilik airnya, host menyediakan sabun mandian dan juga shampu khas buat tetamu. Sebagai kemudahan tetamu, homestay meletakkan cermin di setiap bilik, memudahkan urusan anda bersiap untuk keluar. Kurang daripada 2 kilometer, anda boleh menjumpai Pizza Hut, Cool Blog dan juga satu restoran ikan bakar. . Homestay ini terletak berhampiran dengan tempat-tempat membeli barangan keperluan yang terkenal, seperti Pasaraya Mydin sejauh 1 kilometer, Pasaraya Tesco sejauh 4 kilometer, dan juga pusat membeli-belah Amanjaya Mall 3 kilometer jauhnya.

Disebabkan Wany Homestay ialah rumah yang hanya mempunyai aras bawah, ia memudahkan urusan mereka yang perlu menggunakan kerusi roda ataupun yang tidak mampu menaiki tangga. Tuala turut disediakan di dalam homestay.

Alamat: 1581, Jalan BM 3/1, Bandar Mutiara, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-743 5494


7. Abg Long Fadhil Homestay

fadiil homestay

Abg Long Fadhil Homestay merupakan antara homestay yang menyediakan khidmat menyewa kereta, jadi mudahlah buat tetamu yang tidak membawa kenderaan. Dalam homestay, terdapat 3 buah bilik tidur dengan 2 buah katil ‘double’, di mana katilnya melebihi 2 meter panjang. Bilik airnya yang berjumlah 4 buah mempunyai pancuran mandi dan juga tab mandi dalam satu bilik air lain. Apa yang menariknya, homestay ini menggunakan sistem mengunci pintu yang pintar menggunakan kad akses. Semua tetamu akan berasa selesa dengan soket yang disediakan di tepi katil.

Dalam 4 kilometer, anda boleh sampai di Taman Tema The Carnivall. Untuk membeli-belah pula, anda boleh ke Aman Jaya Mall sejauh 6 kilometer, ataupun ke Mydin sejauh 500 meter untuk membeli keperluan harian.

Alamat: 991, Jalan BM 1/4, Bandar Mutiara, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-5122991


8. Pak Ku Homestay

pak homestay

Walaupun Pak Ku Homestay merupakan homestay yang hanya mempunyai satu tingkat, namun ia dilengkapi 3 buah bilik tidur dengan 3 buah katil queen keseluruhannya. Pancuran mandian yang dilengkapi pemanas air turut disediakan di dalam 2 bilik airnya. Sekiranya katil yang sedia ada tidak cukup, tetamu boleh menggunakan bantal, toto, serta selimut ekstra yang ada. Untuk kebersihan air minuman tetamu, host menyediakan penapis air di homestay. Bagi membeli barangan keperluan atau kemahuan pula, bolehlah tetamu ke Tesco ataupun Village Mall sejauh 2 kilometer. Ahli keluarga pelajar di UiTM Merbok amatlah dialu-alukan untuk menginap di sini kerana jauh universiti tersebut hanya 12 minit dari homestay.

Dapur di homestay serba lengkap dengan peralatan masakan, dan peralatan menggosok pakaian turut disediakan. Homestay terletak berhadapan medan selera yang boleh tetamu pergi untuk menikmati juadah.

Alamat: 1805, Lorong 39, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-5619623

Whatsapp Pak Ku Homestay


9. Mesra Ria Homestay

Dengan keluasan kawasan dalam rumah, Mesra Ria Homestay dapat menerima 12 orang tetamu dalam satu-satu masa. Ruang tamu di homestay juga amat luas, dan mempunyai banyak kerusi dan bangku untuk digunakan tetamu yang ramai. Di sini, tetamu akan mendapat 3 buah bilik tidur yang dilengkapi pendingin hawa dan 2 buah bilik air. Jumlah katil ialah lima, di mana 1 daripadanya bersaiz queen dan selebihnya bersaiz single. Bukan sahaja bilik tidur, namun seluruh rumah mempunyai pendingin hawa. Sekiranya berlaku kecemasan, terdapat Klinik Dr Husna sejauh 490 meter. Tetamu yang mahu membeli belah haruslah ke Pusat Beli-Belah Billion dalam 4 kilometer jauh.

Antara kemudahan yang tersedia di homestay termasuk sebuah mesin basuh, satu peti ais dan juga kelengkapan menggosok pakaian. Bilik kedua di Mesra Ria Homestay mempunyai 2 almari berasingan dalam satu bilik.

Alamat: 822, Lorong 100, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-611 6642


10. Homestay Cikgu

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Homestay Cikgu, termasuklah memancing dan juga berkayak. Tambahan lagi, host menawarkan khidmat melawat pulau-pulau seperti Pulang Songsong dan Teluk Bayu khas untuk tetamu. Di homestay ini tersedia 3 buah bilik tidur yang berpendingin hawa dengan 1 bilik air. Bilik mandian dan juga tandas diletakkan berasingan untuk keselesaan tetamu. Host yang baik hati ini mengalu-alukan tetamu untuk mengambil buah kelapa dan menikmati airnya. Laman sekitar Homestay Cikgu sesuai untuk mengadakan barbeku ataupun sebagai tapak perkahwinan kerana keluasannya. Buat mereka yang berhasrat mengadakan kenduri, anda boleh menghubungi host untuk menggunakan dewannya.

Tetamu dalam jumlah kecil boleh memilih untuk menempah hanya satu bilik peribadi dengan harga lebih murah. Institut pendidikan yang terdekat termasuk UiTM Merbok dan MRSM Merbok.

Alamat: 12, Lorong 3/1B, Taman Melor, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-467 3882


11. D’Houzz Homestay

D’Houzz Homestay merupakan rumah teres dua tingkat yang berada 15 minit jauh daripada pekan Sungai Petani dan juga Kuala Ketil. Sampai sahaja di homestay, tetamu akan ditemukan dengan suasana rumah yang berkonsep moden dengan perabot kayu. Tidak lupa juga hiasan keliling rumah yang berseni dan sesuai dengan cita rasa semua peringkat umur. Tetamu yang membawa anak kecil bolehlah menggunakan ruangan bermain yang dilengkapi mainan dan papan hitam untuk merangsang kreativiti mereka. D’Houzz Homestay mempunyai 4 buah bilik tidur dengan 3 buah bilik air dengan pemanas air. Ruangan makannya pula bersifat terbuka dan diletakkan berhampiran ruangan menonton televisyen.

Untuk ke restoran berhampiran, dengan kurang 5 minit perjalanan, tetamu akan menjumpai KFC dan juga Pizza Hut. Selain itu, stesen minyak Petronas pula boleh dijumpai dalam masa 2 minit.

Alamat: 1113, Jalan Bandar Puteri Jaya 2/23, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-911 1907


12. Ria Home SP

Ria Home SP bukan sahaja menerima tetamu yang mahu menginap untuk sementara waktu, malah turut menerima mereka yang perlu menginap untuk jangka masa lama. Dengan jumlah tetamu yang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa ialah 6 orang, homestay ini menawarkan 3 buah bilik tidur dengan katil queen beserta 2 bilik air. 2 bilik tidur yang ada mempunyai pendingin hawa. TV di ruang tamunya berskrin rata dan di ruang ini juga turut disediakan pendingin hawa.

Di dalam bilik air, host telah menyediakan sabun mandi, tuala mandi dan juga tisu untuk mereka yang perlu menggunakannya. Anak-anak kecil pasti akan gembira menggunakan katil dua tingkat yang ada.

Buat ahli keluarga yang mahu ke tempat tarikan terdekat, terdapat Taman Tema Air The Carnivall berjarak 1.3 kilometer dari homestay. Antara kedai-kedai makan yang berhampiran termasuklah Cendol Station dan Port Kambing Bakar yang boleh ditemui dalam 2 minit perjalanan.

Alamat: 1745, Lorong 37, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah

Semak Harga LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-1278 0336


Sememangnya menginap sementara di homestay sekitar Sungai Petani akan memberikan pengalaman bermakna dari segi kemudahan dan persekitarannya. Mereka yang perlu berehat akan merasa kenikmatan di Sungai Petani. Maka, anda tidak akan berasa kesal menempah mana-mana homestay yang kami telah senaraikan.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat...

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai...

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang...

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada...

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x