Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

52+ Tempat Menarik di Kedah Paling Popular Untuk Dilawati Oleh Pelancong Luar

Isi Kandungan

Negeri Kedah Darul Aman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk diterokai samaada di darat atau di laut. Salah satu tempat menarik di Kedah yang paling popular sudah tentulah tidak lain & tidak bukan, iaitu Pulau Langkawi. Selain di Langkawi, destinasi pelancongan di Kedah juga turut kaya dengan tarikan percutian pelbagai kategori samaada di kawasan air terjun, hutan lipur, kolam air panas, tepi pantai, mercu tanda, resort, chalet dan sebagainya.

Dari segi makanan, sudah tentu banyak menu menarik di Kedah yang pelancong boleh cuba seperti roti doll, laksa Kedah, pek nga & macam-macam lagi. Jika anda berhasrat bercuti di Alor Setar untuk mencari menu makanan menarik di sini, sila terokai 25+ tempat makan menarik di Alor Setar.

52+ Tempat Menarik di Kedah Paling Popular untuk Pelancong Terokai

Senarai di bawah ini akan mengetengahkan aktiviti menarik & majoriti tarikan pelancongan di Kedah yang popular termasuk dengan informasi penting untuk pelancong seperti harga tiket, waktu operasi, lokasi destinasi dalam peta, jarak lokasi, hotel terdekat & pautan rujukan. Teruskan membaca.


1. Pulau Langkawi

pulau langkawi kedah tourism

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau sebut sahaja pasal pelancongan di Negeri Kedah ini, rata-rata akan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia ini menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk segenap usia samaada untuk percutian secara solo, bersama keluarga mahupun ketika berbulan madu.

Langkawi mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan samaada destinasi pantai peranginan, muzium, aquarium, gua, tasik, bukit dan sebagainya. Paling kurang, sekali seumur hidup kita mesti bercuti ke Langkawi dengan membawa keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama yang tersayang.
Baca Lagi >> Jom Terokai 50+ Destinasi Menarik di Langkawi

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pulau Langkawi, Kedah

  • sepanjang tahun

Waktu operasi feri ke Langkawi:

  • 7.00 am – 7.00 pm ( setiap jam ada feri)

Harga-Harga Tiket Feri Ke Langkawi dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis & Penang

#1 Dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi:

  • Satu arah perjalanan/sehala:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 23 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 17 seorang
    • Kanak-kanak (bawah 3 tahun): percuma (tiada tempat duduk bayi khas disediakan)
  • Dua arah perjalanan pergi dan balik:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 46 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 34 seorang
    • Kanak-kanak (bawah 3 tahun): percuma (tiada tempat duduk bayi khas disediakan)

#2 Dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi:

  • Satu arah perjalanan/sehala:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 18 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 13 seorang
    • Kanak-kanak (bawah 3 tahun): percuma (tiada tempat duduk bayi khas disediakan)
  • Dua arah perjalanan pergi dan balik:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 36 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 26 seorang
    • Kanak-kanak (bawah 3 tahun): percuma (tiada tempat duduk bayi khas disediakan)

#3 Ke Langkawi dari Penang (melalui Pulau Payar):

  • Satu arah perjalanan/sehala:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 70.00 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 51.30 seorang
    • Kanak-kanak <2 tahun / Bayi: RM 31.30 seorang
  • Dua arah perjalanan pergi dan balik:
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 140 seorang
    • Kanak-kanak ( 3-11 tahun) : RM 102.60 seorang
    • Kanak-kanak <2 tahun / Bayi:: RM 62.60 seorang

*pelancong juga boleh bawa kenderaan sendiri ke Langkawi dengan feri. Info selanjutnya:


2. Gunung Jerai Paragliding Park Official

aktiviti outdoor menarik di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuasai perasaan gayat anda & latih diri anda untuk jadi lebih berani dengan mencuba sukan tandem paragliding ini di Gunung Jerai. Melihat keindahan sawah padi terbentang di bawah & pemandangan laut biru nun di hujung sana dari langit, sememangnya satu pengalaman yang pasti tidak akan dapat anda lupakan.

Bagi yang pertama kali mencubanya, anda akan termasuk ke dalam salah satu 2 kategori ini; 1) samaada pelancong yang menjerit sampai terbeliak mata kerana terlalu teruja, 2) menjerit sampai terpejam mata kerana terlalu ketakutan. Jadi, anda rasa anda dalam kategori yang mana? Untuk mencuba aktiviti menarik di puncak Gunung Jerai ini, pengunjung tidak memerlukan apa-apa sijil kelayakan & lesen. Sebagai pengunjung, kebiasaannya yang menjadi syarat untuk mencuba sukan tandem paragliding sebegini adalah berat badan peserta ( maksimum 100kg).

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-8151596 | Facebook

  • Gunung Jerai Paragliding Park, KM 7 Jalan Puncak Jerai, yan, Kedah

  • bergantung kepada keadaan cuaca. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada penganjur di 012-8151596

Pakej Harga Gunung Jerai Paragliding Park Official
1.Tandem (Passenger)

  • Price : RM 250.00 (include transportation to take off park & video)

2. Fly Solo (Pilot)

  • Site fee RM 10.00 (per day)
  • Not include transportation

3. Tandem commercial for pilot

  • RM 20.oo/tandem
  • Not include transportation

(Setiap pilot perlu menguruskan permit di Pejabat Hutan Sungai Petani, Kedah)


3. Boat House Tasik Pedu

tempat menarik di kedah tasik pedu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Terengganu terkenal dengan tasik buatan manusia iaitu Tasik Kenyir, di Kedah pula ada Tasik Pedu yang terhasil daripada pembinaan Empangan Pedu. Tasik Pedu memang sangat indah & sering menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keindahan kawasan bertasik yang dikelilingi hutan menghijau yang mendamaikan. Lebih menarik, di sini juga ada Boat House untuk mereka yang nak merasai pengalaman bermalam di atas tasik sambil melakukan aktiviti-aktiviti outdoor menarik seperti memancing, melihat hidupan liar, jungle trekking, hiking di Bukit Fakir & sebagainya.

Rumah bot yang disediakan juga sangat selesa & sesuai untuk golongan berkeluarga menginap di atas tasik. Sudah tentulah, destinasi & aktiviti sebegini akan menjadi kegilaan bagi mereka yang kaki pancing kerana tasik ini mempunyai pelbagai ikan-ikan yang menarik untuk diburu. Bagi yang mencari tempat menarik di Negeri Kedah untuk tujuan melakukan aktiviti outdoor berkumpulan seperti team building atau family day, destinasi Tasik Pedu ini sangat menarik untuk anda terjah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-4364807 | Facebook | Instagram | Website

  • Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah

  • Kawasan tasik. Tiada masa khusus. Sepanjang tahun.

  • Pakej boat house di Tasik Pedu oleh Seri Mahawangsa Boat House:
    • 2 hari 1 malam : RM 900
    • 3 hari 2 malam: RM 1600
    • Day trip: RM 40- RM 60 ( bergantung kepada jumlah peserta)
    • Pakej lebah tualang: Bulan Februari – April setiap tahun

*maklumat lanjut sila ke fanpage Seri Mahawangsa Boat House Pedu Lake


4. Ultimate Horse Training and Stud farm

tempat menarik di yan kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti ke Yan, Kedah bersama anak-anak, destinasi sebegini pasti akan membuatkan mereka ceria gembira. Sudah tentulah, melihat haiwan yang boleh dikategorikan sebagai eksklusif ini dengan jarak yang lebih dekat, pasti memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan. Di sini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda pada harga berpatutan. Tidak kira ada pengalaman berkuda atau tidak, sesiapa sahaja boleh merasainya.

Bayaran untuk menunggang kuda di sini juga sangat murah, bermula RM 5.00 sahaja untuk satu pusingan. Terdapat juga tarikan lain di sini seperti kandang rusa, burung unta & sebagainya. Lokasinya di dalam kampung & berlatar belakangkan kehijauan Gunung Jerai, menjadikan destinasi ini sangat menarik untuk diterokai oleh pelancong yang sekali sekala ingin melakukan aktiviti yang jauh daripada dunia kemodenan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-4784496 | Facebook

  • Lot 784 Jalan Ruat Besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

Waktu Operasi Ultimate Horse Training and Stud farm

Sesi Pagi:

  • 8.00 am – 11.30 am

Sesi Petang:

  • 3.00 pm – 7.00 pm

*hari Isnin tiada aktiviti menunggang kuda.

Bayaran di Ultimate Horse Training and Stud farm

#1 Joy Ride:

  • 1 Pusingan RM 5.00
  • 2 Pusingan RM 7.00
  • 3 Pusingan RM 10.00

#2 Trail Ride

  • 1 Jam RM 90.00 ( 20 km)

#3 Latihan Asas Menunggang Kuda ( pelajar berumur 8 tahun & keatas):

  • 10 kali sesi belajar : RM 500

#4 Program khas kuda untuk disewa yang ditawarkan:

  • Acara pesaraan
  • Hari keluarga
  • Acara sukan
  • Sesi fotografi pengantin
  • Majlis perkahwinan
  • Perarakan


5. The Carnival Water & Land Theme Park

tempat menarik di sungai petani

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman tema air di Kedah yang terletak di dalam Cinta Sayang & Contry Golf Resort di Sungai Petani. Mempunyai tarikan permainan air seperti tidal wave, waterslide, discovery island dan sebagainya yang sesuai untuk golongan kanak-kanak ataupun golongan belia remaja. Tarikan yang paling mendebarkan di sini adalah waterslide yang bermula di atas menara yang setinggi 15 m & panjang slide pula 140 meter.

Kalau anda suka main golf, bolehlah bawa keluarga & anak-anak bercuti di sini sambil-sambil bermain golf dengan rakan-rakan. Golongan pelancong berkeluarga yang ingin bercuti ke tempat-tempat menarik di Sungai Petani semestinya wajib jadikan The Carnival Waterpark ini sebagai ‘destinasi mesti terjah’ untuk waktu riang ria bersama anak-anak.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-4414666 | Facebook | Website

  • Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi Waterpark

  • Isnin: 11.00 am – 6.00 pm
  • Selasa:11.00 am – 6.00 pm
  • Rabu: TUTUP kecuali cuti am & cuti sekolah
  • Khamis: 11.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu: 10.00 am – 7.00 pm
  • Ahad:  10.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Waterpark

#1 Harga Weekdays

  • Pemegang Mykad
    • Dewasa: RM 24.00
    • Kanak-kanak: RM 20.00
    • Warga Emas: RM 20.00
    • OKU: RM 20.00
  • Pelancong Asing:
    • Dewasa: RM 32.00
    • Kanak-kanak: RM 24.00
    • Warga Emas: RM 24.00
    • OKU: RM 24.00

#2 Harga Weekends

  • Pemegang Mykad
    • Dewasa: RM 30.00
    • Kanak-kanak: RM 22.00
    • Warga Emas: RM 22.00
    • OKU: RM 22.00
  • Pelancong Asing:
    • Dewasa: RM 40.00
    • Kanak-kanak: RM 30.00
    • Warga Emas: RM 30.00
    • OKU: RM 30.00

#3 Sewa Locker

  • Sewa: RM 15
  • Deposit: RM 10

#4 Sewa Water Glide

  • Sewa: RM 15
  • Deposit: RM 10


6. Kolam Air Panas Ulu Lenggong

kolam air panas kedah family day

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah kolam air panas semulajadi bersulfur yang terletak sekitar 20 km dari Pekan Baling, Kedah. Hotspring yang dibuka 24 jam sehari ini boleh dikatakan satu tempat menarik di Baling yang paling popular dalam daerah ini untuk pelancong terokai. Terdapat kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti kolam buatan, gazebo, restoran, kedai serbaneka , chalet penginapan dan tapak perkhemahan (24 jam).

Ulu Legong Hot Spring Baling ini diselenggarakan oleh Jabatan Pelancongan & Rekreasi Majlis Daerah Baling dan mempunyai 8 kolam air panas yang mengandungi kandungan sulfur. Ada kolam yang dibina khas untuk kemudahan mengikut golongan kanak-kanak & orang dewasa. Setiap kolam di sini berbeza suhunya antara 30-60 darjah celsius. Percaya atau tidak, ada kawasan yang panasnya kalau letak telur pun boleh masak. Bagi mereka yang mencari tempat menarik di Kedah untuk adakan family day terutamanya di kawasan hotspring, destinasi ini adalah jawapan yang terbaik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-5711024 | Facebook | Instagram | Website

  • Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

  • 24 jam

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong:

  • Dewasa ( 13-59 tahun):
    • RM 6.00 (ada MyKad)
    • RM 10.00 (tiada MyKad)
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun):
    • RM 3.00 (ada MyKid)
    • RM 6.00 (tiada MyKid)
  • OKU/Warga Emas/Pesara – RM 4.00
  • Tiket khemah: RM 4.00


7. Pulau Songsong

pulau songsong yan kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda ingin berada di kawasan pulau yang cantik di Kedah selain di Langkawi, Pulau Songsong adalah satu destinasi yang ideal untuk anda terokai. Terdapat juga beberapa pulau berhampiran yang tidak kurang menariknya seperti Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Bunting. Percaya atau tidak, pesisiran pantai & air laut di Pulau Songsong sangat jernih serta membiru membuatkan terasa seperti berada di kepulauan pantai timur atau di kepulauan di Sandakan, Sabah.

Pulau yang terletak 5-6 km (15 minit perjalanan) dari darat ini boleh pengunjung lawati dengan menaiki bot di Jeti Sungai Udang. Pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling untuk melihat ikan-ikan & taburan terumbu karang yang sangat cantik setanding destinasi pulau popular lain di Malaysia. Sayangnya, pulau kecil yang cantik ini tiada penginapan & tidak berpenghuni. Sekiranya anda seorang yang obses dengan aktiviti pengembaraan atau camping, destinasi ini perlu anda pertimbangkan untuk lawati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Lokasi Jeti

  • Pulau Songsong, Yan, Kedah

  • Kawasan pantai di pulau
  • Tiada masa yang dikhususkan

*waktu naik bot di Jeti Sungai Udang, 7.00 am – 5.00 pm bergantung kepada pasang surut air & tekong bot.

  • Sewa bot antara RM 350 – 500 ( muat 10-12 orang) bergantung kepada saiz bot, tekong & harga petrol semasa.
  • Perlu buat tempahan awal dengan tekong-tekong bot sebelum ke sini.

Untuk perkhidmatan bot di Jeti Sungai Udang:

  • En.Osman : 012 553 1816


8. Menara Alor Setar

tempat menarik di alor setar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah mercu tanda negeri Kedah yang paling popular di Alor Setar seperti juga kewujudan Menara Taming Sari di Bandar Hilir Melaka & Menara KL di Kuala Lumpur. Menara ini juga merupakan menara telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia & yang ke-22 paling tinggi di dunia. Dengan menaiki menara ini pelancong boleh melihat panorama cantik bandar Alor Setar dari lokasi yang tinggi termasuk dengan tarikan pelancongan popular di Kedah lain seperti Gunung Jerai, Masjid Zahir & Selat Melaka. Kalau bernasib baik pada waktu yang cerah, boleh nampak Thailand.

Di sini juga menempatkan sebuah restoran berpusing (Restoran Berputar Seri Angkasa) dan juga observation deck yang menempatkan 5 buah automatic binocular. Menara Alor Star juga ada menawarkan pakej-pakej menarik seperti lawatan sambil belajar & pakej Wedding in the Sky untuk umum. Bagi mereka yang baru pertama kali bercuti bersama anak-anak ke tempat menarik di Alor Setar, destinasi ini mesti dimasukkan ke dalam jadual percutian anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7202901 | Facebook | Instagram | Website

  • Menara Alor Setar, Lot 99 Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah Darulaman.

Waktu Operasi Menara Alor Setar

  • 8.30 am – 10.30 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Menara Alor Setar

Harga Tiket Promosi MyKad:

  • Dewasa: RM 12.00
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 8.00
  • Warga Emas & OKU: RM 8.00
  • Pelajar Berkumpulan: RM 8.00

Harga Tiket Kadar Biasa:

  • Dewasa: RM 18.00
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 12.00
  • Warga Emas & OKU: RM 12.00
  • Pelajar Berkumpulan: RM 12.00


9. Muzium Padi Kedah

muzim padi di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium Padi Kedah yang mempunyai senibina bangunan yang moden ini merupakan satu tempat menarik di Kedah yang agak baru yang dibina pada tahun 2014. Muzium yang terletak hanya 10 km dari Alor Setar ini menempatkan pelbagai bahan berinformasi berkenaan dengan sejarah industri padi di Kedah samaada teknologi tradisional atau yang moden.

Di atas muzium ini terletak satu deck yang berputar 30 darjah yang membuatkan mural dinding disekelilingnya bergerak & pasti membuatkan anak-anak rasa pelik & berfikir apa yang telah terjadi. Lokasinya juga hanya berdekatan dengan beberapa tarikan di Alor Setar yang lain seperti Pusat Sains Negara Wilayah Utara & Taman Rekreasi Gunung Keriang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7351315 | Facebook | Website

  • Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Waktu Operasi Muzium Padi Alor Setar

  • 9.00 am – 5.00 pm (setiap hari)
  • Ditutup 12.30 pm – 2.30 pm ( hari Jumaat)

Harga Tiket Muzium Padi Alor Setar

  • Dewasa ( 13 tahun keatas): RM 5.00
  • Kanak-Kanak ( 7-12 tahun): RM 2.00
  • Pelajar beruniform: RM 2.00


10. Hutan Lipur Sungai Sedim

tempat menarik di kulim kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hutan Lipur yang hanya 30 minit dari Bandar Kulim ini terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Inas & terkenal sebagai destinasi berkayak arus deras / white water rafting. Banyak aktiviti outdoor menarik yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, mandi air terjun, water rafting, flying fox, abseiling dan sebagainya. Di sini terdapat hampir 10 lokasi jeram yang mencabar & dianggap antara yang terbaik  di Asia Tenggara untuk aktiviti white water rafting.

Di sekitar sungai ini terdapat juga kawasan berkelah di kawasan sungai yang cetek & lebih sesuai untuk untuk kanak-kanak. Berhampiran dengan destinasi ini, terdapat beberapa resort & chalet tepi sungai yang sesuai untuk mereka yang nak merasai pengalaman bermalam dikelilingi hutan lipur. Rata-ratanya menawarkan pakej untuk aktiviti-aktiviti outdoor dengan bayaran tambahan. Kemudahan & fasiliti untuk pengunjung juga lengkap, samaada untuk mereka yang nak berkelah di sini bersama keluarga ataupun untuk dijadikan sebagai destinasi kem motivasi / family day bagi rombongan sekolah & institusi pengajian.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Hutan Simpan Sungai Sedim, 09700 Kulim, Kedah

  • Aktiviti berkelah. 8.00 am – 6.30 pm

  • Berkelah di sungai percuma
  • Untuk pakej aktiviti outdoor, sila berhubung dengan resort-resort berdekatan seperti di Sedim Eco Resort


11. Tree Top Walk Sungai Sedim

the tree top walk sungai sedim kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan canopy walk yang terpanjang di dunia sepanjang 925 meter dan ketinggian yang paling tinggi ialah 36 meter dari aras tanah. Sesuai untuk mereka yang sukakan kembara melihat hutan dan sungai di kawasan hutan dari kawasan yang tinggi. Laluan jalan kaki di Tree Top Walk ini bukannya sempit & eksrem seperti di Taman Negara. Laluannya berpagar besi & sesuai untuk membawa anak-anak.

Jambatan besi ini juga merentasi Sungai Sedim yang merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti white water rafting di Asia Tenggara. Pemandangan sekeliling dari tree top walk ini yang menampakkan sungai serta hutan hijau memang sangat mengagumkan. Walaupun perlu berjalan kaki sehingga hampir 1 km jauhnya, memang tidak terasa memenatkan kerana terlalu asyik dengan keindahan & kesegaran oksigen yang dihirup di sini. Sesuai untuk aktiviti riadah & meluangkan masa berkualiti bersama keluarga 1-2 jam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-4501588 | Facebook | Website

  • Kampung Sedim, 09700 Karangan, Kedah

Waktu Operasi Tree Top Walk Sungai Sedim

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Setiap hari)

*ditutup pada waktu cuaca hujan lebat / ribut petir / angin kuat

Harga Tiket Tree Top Walk Sungai Sedim

  • Dewasa: RM 10.60
  • Kanak-kanak: RM 6.60


12. Gunung Jerai

gunung jerai yan kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah gunung peranginan yang sangat ideal untuk mereka yang ingin menikmati keindahan panorama Negeri Kedah dari altitud yang tinggi. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan menenangkan dengan sawah padi terbentang luas sayup di bawah sana. Dari puncak Gunung Jerai ini anda juga boleh nampak Selat Melaka , Bandar Alor Setar di waktu malam dan juga Jambatan Pulau Pinang.

Selain itu, di sinilah juga salah satu tempat menarik di Kedah untuk pelancong menikmati panorama pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Akses untuk ke puncak dengan kereta sangat mudah & keadaan jalanraya pun baik. Bagi yang nak bermalam di puncak gunung, boleh pertimbangkan The Regency Jerai Hill Resort. Di sini juga terdapat gerai cenderahati, tandas awam dan kawasan lapang untuk lepak. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pengembaraan di hutan, pihak pengurusan juga ada menawarkan aktiviti menarik untuk melihat keindahan flora & fauna dengan lebih dekat di Gunung Jerai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Gunung Jerai, Yan, Kedah

  • 24 jam

  • Lawatan percuma
  • Untuk penginapan di The Regency Jerai Hill Resort, semak harga sini.


13. Air Terjun Titi Hayun

air terjun titi hayun kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin destinasi perkelahan bersama keluarga, salah satu tempat mandi manda di Kedah yang sangat popular adalah di Air Terjun Titi Hayun. Lokasinya hanya 3 km dari Pekan Yan dan kira-kira 40 km dari bandar Alor Setar. Sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu nak meredah hutan atau mendaki.

Sekitar kawasan air terjun ini terdapat banyak kemudahan untuk pengunjung seperti chalet untuk menginap, tempat letak kenderaan yang sangat lapang, gerai makanan, wakaf rehat, dewan terbuka, tapak perkemahan, surau  & sebagainya. Aliran air terjunnya sangat bersih & persekitarannya yang nyaman di kaki Gunung Jerai ini pasti membuatkan anda tidak mahu lepaskan peluang untuk bergambar. Di sinilah juga tempat permulaan untuk mereka yang nak mendaki menuju ke Air Terjun Puteri yang terletak beberapa km dari Air Terjun Titian Hayun. Bagi yang nak membakar lemak, apa kata cuba menyelusuri Tangga Kenari 1000 Tahun yang merupakan tangga konkrit sebanyak 1342 anak tangga dari kaki gunung sehinggalah ke puncak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Bukit Tumboh, 06900 Yan, Kedah

  • 8.00 am – 6.00 pm

  • percuma


14. Muzium Diraja Kedah

muzium diraja kedah menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium Diraja merupakan sebuah istana lama yang siap dibina pada 1735 dan dahulunya pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Negeri Kedah. Antara nama lain yang turut merujuk kepada Muzum Diraja Kedah adalah Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin.

Ada banyak artifak & bahan bersejarah di sini yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Kedah lagi. Terdapat juga pameran yang berkaitan dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim. Lokasinya hanya dalam kawasan bandar & sangat mudah untuk pelancong lawati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7327937 | Facebook | Instagram | Website

  • Muzium Diraja Kedah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah.

Waktu Operasi Muzium Diraja Kedah

  •  9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)
  • Jumaat tutup sementara 12.30 pm – 2.30 pm
  • Raya Aidilfitri & Raya Korban ditutup

Harga Tiket Muzium Diraja Kedah

  • Percuma


15. Air Terjun Lata Seri Perigi

air terjun seri perigi kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi air terjun yang berdekatan di kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah. Lokasinya hanya terletak dalam 5 km dari Pekan Yan dan 35 km dari bandar Alor Setar. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang paling tinggi di Negeri Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter.

Kawasan mandi manda di sini sangat dekat dengan parking kereta & nak ke sini juga sangat mudah dengan kenderaan tanpa perlu naik 4×4. Uniknya, dari jauh kawasan mandian kelihatan seperti mempunyai air yang seakan kuning kerana pantulan warna batu-batuan & pasir di dasar sungai. Namun sebaik masuk ke dalam sungai & ceduk air dengan tangan, warnanya jernih serta sejuk sekali.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Perigi, 06900 Yan, Kedah

  • 8.00 am – 6.30 pm ( setiap hari)

  • percuma


16. Muzium Negeri Kedah

muzium negeri kedah menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium utama negeri Kedah yang mula beroperasi sejak tahun 1957 dan dahulunya dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium ini bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar dan menempatkan 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera.

Destinasi yang sangat ideal untuk dijadikan tempat lawatan permulaan sekiranya anda pertama kali bercuti di Alor Setar dalam misi untuk lebih mengenali tentang sejarah Negeri Kedah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7331162 | Facebook | Instagram | Website

  • Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi Muzium Negeri Kedah

  •  9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)
  • Jumaat tutup sementara 12.30 pm – 2.30 pm
  • Raya Aidilfitri & Raya Korban ditutup

Harga Tiket Muzium Diraja Kedah

  • percuma


17. Balai Seni Negeri Kedah

tempat pelancongan menarik di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dibina pada tahun 1912 sebagai Mahkamah Besar dan kini ianya menjadi sebuah bangunan yang menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya daripada anak tempatan Kedah yang telah berjaya. Antara hasil karya seni yang ada di sini ialah seni lukis, seni ukiran kayu dan juga seni khat.

Senibina bangunan putih ini memang cukup cantik & pelancong yang ke sini pasti tidak lepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan ketika bercuti di Alor Setar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7325752 | Facebook | Instagram | Website

  • Balai Seni Negeri Kedah, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Waktu Operasi Balai Seni Negeri Kedah

  •  9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)
  • Jumaat tutup sementara 12.30 pm – 2.30 pm
  • Raya Aidilfitri & Raya Korban ditutup

  • percuma


18. Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

pusat sains negara utara kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terokai ilmu sains yang menyeronokkan dengan menyaksikan pelbagai bahan pameran interaktif di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara yang dibuka setiap hari dari jam 9 pagi-5 petang. Satu tempat menarik di Alor Setar yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak atau boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar oleh institusi pendidikan.

Pelbagai bahan & subjek menarik yang ada di sini sesuai untuk pelajar sekolah rendah & menengah yang secara tidak langsung boleh memantapkan lagi ilmu sains di dalam dada mereka.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7207700 | Facebook | Website

  • Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Jumaat tutup)

*Kaunter tiket ditutup pada 4.30 petang.

Harga Tiket Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

#1 Bayaran ke Galeri Pameran

  • Dewasa ( 13 – 55 tahun): RM 1.00
  • Kanak-kanak (bawah 13 tahun): Percuma
  • Warga Emas: Percuma
  • OKU: Percuma

#2 Bayaran ke Pameran Bertema

  • Dewasa ( 13 – 55 tahun): RM 2.00
  • Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 1.00
  • Kanak-kanak (bawah 7 tahun): Percuma
  • Warga Emas: Percuma
  • OKU: Percuma


19. Masjid Zahir

masjid zahir alor setar kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah masjid di Alor Setar yang dibina pada tahun 1912 dan merupakan salah satu masjid yang paling lama di dalam daerah Alor Setar. Seni binaannya yang sangat cantik sering menjadi subjek para kaki DSLR atau tempat mempelai baru ber’photoshoot’. Tidak hairanlah masjid ini mengikut sumber dikatakan antara masjid yang tercantik di dunia dari sudut senibinanya.

Destinasi ini memang terletak di dalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran kerajaan negeri dan Alor Setar ‘I-City’. Di seberang jalan Masjid Zahir ini juga, terdapat menara kecil yang unik berwarna kuning yang dikenali sebagai Balai Nobat. Balai Nobat ini dipercayai antara lokasi yang paling awal ditubuh di Alor Setar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

  • Subuh-Isyak

  • derma ikhlas masuk tabung masjid


20. Fantasia AquaPark

tempat menarik di jitra kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu destinasi taman tema air di Kedah yang sangat popular dikalangan pelancong & dibuka pada November 2017. Taman tema air ini sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang bawah 12 tahun untuk bersuka ria kerana tarikan slides & kolamnya lebih kepada untuk golongan kanak-kanak.

Bagi yang belia remaja yang inginkan gelongsor air yang tinggi & curam, destinasi ini bukanlah jawapannya. Lokasinya terletak di Jitra & kira-kira 30 km dari Bandar Alor Setar. Satu tempat menarik di Jitra, Kedah yang sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi riang-ria bersama anak-anak. Waktu cuti & hujung minggu, taman tema air ini sering dipenuhi pengunjung & boleh menjadi agak sesak juga memandangkan saiz kawasannya bukanlah terlalu besar seperti di Sunway Lagoon Waterpark ataupun waterpark di Legoland Malaysia Resort.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-9172807 | Facebook | Website

  • Fantasia Aquapark, Jalan Golf & Country Club, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi Fantasia Aquapark

  • Isnin-Khamis:
    • 12.00 pm – 7.00 pm
  • Jumaat, Sabtu & Ahad:
    • 10.00 am – 7.00 pm
  • Selasa:
    • Tutup kecuali hari cuti sekolah & cuti am

*hari cuti sekolah & cuti umum, dibuka 10.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Fantasia Aquapark

#1 Weekday ( Isnin, Rabu & Khamis)

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas) : RM 16.00
  • Kanak-kanak ( 12 tahun & kebawah): RM 14.00
  • Warga Emas: RM 14.00

#2 Weekends ( Jumaat, Sabtu & Ahad)

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas) : RM 18.00
  • Kanak-kanak ( 12 tahun & kebawah): RM 15.00
  • Warga Emas: RM 14.00


21. Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

 memorial tunku abdul rahman kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah memorial untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah ketokohan Negarawan Ulung, YTM Tunku Abdul Rahman. Bangunan ini dahulunya merupakan rumah pengurus Bank Standard Charted sebelum diambilalih oleh kerajaan negeri & diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah untuk dijadikan sebagai sebuah memorial. Destinasi ini menempatkan pelbagai informasi bersejarah khususnya berkenaan dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia ini.

Banyak gambar-gambar & inforgrafik menarik yang panjang lebar ceritanya yang boleh pelancong dapati di sini. Antara aspek yang boleh diterokai berkenaan Tungku Abdul Rahman di sini adalah tentang karier, aktiviti sukan, kegiatan sosial & sejarah perjuangan beliau. Terdapat juga informasi tentang perjuangan menentang komunis & kisah-kisah menuntut kemerdekaan yang tidak kurang menariknya untuk tatapan pengunjung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • No.1, 5350, Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Memorial Tungku Abdul Rahman

  • 10.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

*ditutup pada cuti umum di Kedah

Harga Tiket Memorial Tungku Abdul Rahman

  • Percuma


22. Galeri Sultan Abdul Halim

memorial sultan abdul halim kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah galeri yang menempatkan pelbagai informasi menarik berkenaan dengan Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah yang terletak di Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. Terdapat pelbagai koleksi gambar-gambar & barangan peribadi milik Sultan Kedah yang boleh diterokai.

Selain itu, muzium ini juga sebenarnya bertempat di sebuah bangunan yang klasik bersenibina roman dengan reka bentuk tiang & ukiran yang unik pada dindingnya. Bangunan yang dibina pada tahun 1922 ini dahulunya merupakan sebuah Mahkamah Negeri & Mahkamah Seksyen Negeri Kedah sebelum kini dijadikan sebuah galeri bersejarah untuk lawatan pelancong.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Medan Bandar, Jalan Raja, Bandar Alor Setar, 05100 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Galeri Sultan Abdul Halim

  • 10.00 am – 5.00 pm

*Jumaat & Sabtu tutup

  • Percuma


23. Pekan Rabu Alor Setar

pekan rabu alor setar kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dikenali di kalangan warga setempat sebagai Supermarket Melayu dan Pekan Rabu merupakan sebuah pasar yang menempatkan puluhan gerai yang menjual pelbagai barangan samaada makanan kering, pakaian, buku-buku agama, kraftangan, hiasan wanita dan sebagainya.

Bagi pelancong destinasi sebeginilah yang perlu dilawati untuk menerokai budaya orang setempat dari sudut perniagaan & juga makanan popular di Kedah. Antara makanan orang setempat yang ada di sini adalah kuih, kerepek, kuah rojak, ikan pekasam, dodol & sebagainya. Sesuai untuk anda cari buah tangan & ole-ole untuk jiran tetangga di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-2572537 | Facebook | Website

  • Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Pekan Rabu Alor Setar

  • 9.00 am – 7.00 pm ( setiap hari)

  • kawasan pasar


24. Pantai Merdeka

pantai merdeka kuala muda kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Merdeka merupakan destinasi santai tepi pantai yang sangat popular di Kuala Kedah terutamanya pada hujung minggu. Suasana pantai ini yang berada di muara Sungai Merbuk memang cukup memukau terutamanya pada waktu petang ketika matahari tenggelam di ufuk barat.

Kemudahan pengunjung memang lengkap memandangkap destinasi ini merupakan tumpuan orang ramai berkelah. Selain itu, terdapat banyak pilihan resort tepi pantai yang menarik & sesuai untuk mereka yang nak bermalam seperti Merdeka Beach Resort, Bayu Samudera Chalet & sebagainya. Sekiranya anda nak bercuti ke tempat menarik di Sungai Petani & inginkan destinasi penginapan tepi pantai yang menarik, Pantai Merdeka adalah jawapannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Merdeka, 08500, Kota Kuala Muda, Kedah

  • 24 jam ( kawasan pantai awam)

  • percuma ( kawasan pantai awam)
  • Untuk penginapan tepi Pantai Merdeka, semak sini


25. Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir

tempat bersejarah di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah rumah lama yang menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang Perdana Menteri Malaysia ke-4 & juga ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Di sini pelancong boleh menyelami sejarah awal dan karier politik Tun Mahathir sejak muda sampailah ke sekarang.

Kalau nak lihat bakat Tun masa muda-muda ketika beliau menjadi wartawan di Singapore Straits Time dahulu, bolehlah ke sini untuk melihat sendiri seni penulisan beliau. Dalam satu lagi bangunan di sini, anda boleh melihat dan mempelajari dengan lebih dekat karier Tun sebagai ahli politik daripada bermulanya menjadi ahli UMNO di Kedah sehinggalah ke hari pertama beliau di dalam pejabat sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • No. 18, Lorong Kilang Ais Off Jalan Pegawai Seberang Perak, Kedah, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir

  • 10.00 am – 5.00 pm ( Isnin tutup)

Waktu Operasi Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir

  • Percuma


26. Pantai Murni Waterfront

 pantai murni waterfront kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik tepi pantai di Yan yang sesuai untuk berekreasi bersama keluarga sambil menenangkan fikiran sesudah penat memandu jauh. Terletak tidak jauh dari pekan Yan dan pengunjung boleh menikmati keindahan panorama pulau-pulau di seberang laut seperti Pulau Bidan, Pulau Telor Bunting dan juga Pulau Songsang.

Paling menarik di sini adalah untuk berjalan kaki menuju ke platform kecil yang melunjur ke laut terutamanya ketika waktu matahari terbenam. Semestinya photo landskap yang dihasilkan memang sangat cantik. Tidak hairanlah kaki DSLR sering ke sini waktu petang untuk mengasah bakat & hasilkan photo yang menarik. Kawasan pantai ini mempunyai kemudahan awam yang lengkap & pilihan gerai-gerai makanan santai orang setempat pun banyak seperti goreng-gorengan, ais kacang, laksa Kedah & macam-macam lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah

  • 24 jam ( kawasan riadah terbuka)

  • 24 jam ( kawasan riadah terbuka)
  • Antara penginapan menarik berdekatan. Zamani’s Place


27. Pantai Pulau Sayak

 pantai pulau sayap kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasi Pantai Pulau Sayak hanya terletak kira-kira 3-4 km sahaja dari Pantai Merdeka. Kalau pada hujung minggu, anda boleh jadikan Pantai Pulau Sayak sebagai destinasi alternatif untuk berkelah sekiranya tidak mahu bersesak di Pantai Merdeka. Pantai Pulau Sayak adalah destinasi tepi pantai untuk berehat & berkelah yang sangat menarik serta lokasinya mudah untuk diakses dengan kereta.

Kawasan pantainya yang lapang & sangat redup untuk pelancong hamparkan tikar & bersantai bersama keluarga. Pantai Pulau Sayak juga terkenal di kalangan orang setempat untuk menjamu mee udang. Bagi orang tempata di sini, sebut sahaja nama Pantai Pulau Sayak secara automatik mee udang yang terlintas di kepala.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • K639, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah

  • 24 jam ( kawasan berkelah terbuka)

  • percuma ( kawasan berkelah terbuka)


28. Tanjung Dawai

pantai tanjung dawai kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tanjung Dawai meruapakan sebuah kawasan perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Merbok & bertentangan dengan Pantai Merdeka di seberangnya. Tanjung Dawai sangat dikenali di kalangan orang setempat sebagai destinasi menarik untuk bersantai di tepi pantai sambil membeli produk hasil laut seperti aneka pilihan keropok kering, ikan bilis, udang kering & sebagainya. Selain itu, sekitar Tanjung Dawai terdapat banyak tempat makan menarik yang menyediakan makanan popular orang setempat seperti mee udang, laksa Kedah, bubur & terdapat juga beberapa destinasi menarik untuk makan malam di medan ikan bakar sekitarnya.

Memandangkan lokasinya tepi pantai, Tanjung Dawai juga sering menjadi tempat untuk pengunjung bersantai tepi pantai sambil melihat suasana perkampungan nelayan. Perairan laut di sini tidak sesuai untuk mandi manda & lebih kepada kawasan bersiar-siar petang sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Tanjung Dawai, 08400 Merbok, Kedah

  • kawasan tepi pantai & perkampungan nelayan

  • kawasan tepi pantai & perkampungan nelayan


29. Air Terjun Lata Bayu

 tempat mandi manda di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi air terjun yang terkenal di Baling, Kedah yang terletak hanya 30 km dari Pekan Baling & 90 km dari Bandar Alor Setar. Air Terjun Lata Bayu yang turut dikenali sebagai Lata Asam Jawa ini mempunyai  pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan.

Kawasan tadahan air utama tempat mandi manda juga lapang & tidak dalam, sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Pada cuti hujung minggu, destinasi ini memang boleh sesak juga dengan kunjungan orang ramai. Jadi sebaiknya pilihlah hari-hari biasa kalau nak berkelah di Air Terjun Lata Bayu ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Lata Bayu, Baling, Kedah

  • Tiada masa yang dikhususkan, sebaiknya antara 8.00 am – 6.00 pm

  • percuma


30. Air Terjun Lata Mengkuang

air terjun lata mengkuang kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Sik dan di dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang kedudukan 12 km dari Pekan Sik & 95 km dari Bandaraya Alor Star. Kemudahan asas ada disediakan untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, pondok rehat dan juga denai untuk jungle trekking. Aktiviti lain yang boleh dilakukakan adalah bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Rimba Rekreasi Lata Mengkuang, Sik, Kedah

  • 7.00 am – 6.00 pm

  • percuma


31. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

muzium lebah bujang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hanya terletak 8 km dari Tanjung Dawai, candi ini merupakan binaan manusia yang tertua yang ada di Asia Tenggara dan wujud sejak awal tahun Masihi lagi. Kawasan arkeologi ini dikelilingi dengan pokok-pokok hijau & juga terdapat aliran sungai kecil berdekatan yang cantik.  Melihat dengan mata kepala sendiri binaan manusia yang ribuan tahun usianya ini memang satu pengalaman yang mengagumkan.

Bahagian muzium pula dipenuhi dengan pelbagai infografik bersejarah & artifak menarik untuk tatapan pelancong yang banyak menceritakan tentang empayar pemerintahan Kedah dahulu kala. Satu tempat menarik di Kedah yang wajib cikgu-cikgu bawa murid-murid ke sini apabila menguruskan lawatan sambil belajar di Sungai Petani, Kedah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lembah Bujang Archaeological Museum, 08400 Pekan Merbok, Kedah

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • Percuma


32. Hutan Lipur Rekreasi Tupah

hutan air terjun tupah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hutan lipur yang terletak di kaki Gunung Jerai ini adalah satu destinasi perkelahan hujung minggu untuk di sini. Bagi yang menginap di Sungai Petani, destinasi ini boleh dijadikan alternatif tempat mandi air terjun yang tidak kurang menariknya sekiranya air terjun lain berdekatan penuh dengan orang ramai.

Kawasan tempat mandinya tidaklah terlalu besar & terlalu dalam, maka ianya sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga. Lokasi ke kawasan tadahan air terjun dari tempat parking kereta juga dekat & tidak perlu bersusah payah nak meredah hutan atau mendaki bukit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Merbok, Kedah

  • Tiada masa yang dikhususkan untuk melawat. Kebiasaannya antara 7.00 am – 6.00 pm

  • percuma


33. Hutan Lipur Seri Perigi

tempat mandi manda di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tempat mandi manda di Kedah yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga & ingin berkelah pada hujung minggu. Seperti juga kebanyakan air terjun popular di Kedah yang lain, Air Terjun Lipur Perigi juga terletak di kaki Gunung Jerai & lokasinya sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan. Kawasan air terjun ini tidak terlalu besar, kawasan tadahan juga tidak terlalu lapang & pada musim kemarau sangat kurang airnya.

Terletak tidak jauh di kawasan sawah padang pagi yang menghijau serta pemandangan air terjunnya yang tinggi 100 m, menjadikan destinasi ini sering menjadi tumpuan mereka yang suka ambil gambar landskap yang cantik. Di puncak air terjunnya, keindahan menghijau sawah padi yang terbentang luas & boleh juga nampak Selat Melaka sememangnya satu panorama yang sangat menakjudkan. Hanya terletak 6 km dari Pekan Yan & kira-kira 36 km dari Bandar Alor Setar, Kedah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-4212835

  • Hutan Lipur Seri Perigi, Yan, Kedah

Waktu Operasi Air Terjun Seri Perigi

  • 7.00 am – 6.00 pm

Bayaran Masuk ke Air Terjun Seri Perigi

  • Percuma

*Sebarang pertanyaan, sila berhubung dnegan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah: 604-4212835


34. Bazaar Melayu / Pasar Kemboja Pendang

pasar kemboja pendang kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti di Kedah secara bajet & mencari destinasi untuk shopping yang menjual pelbagai barangan pada harga murah, Bazar Melayu di Pendang atau juga dikenali Pasar Kemboja adalah destinasi yang terbaik untuk anda terokai. Destinasi ini lebih kepada kawasan seakan-akan pasar malam tetapi beroperasi pada waktu siang, Hari Jumaat. Pelbagai barangan yang ada di sini seperti pakaian wanita, aksesori wanita, kasut, telekung & macam-macam lagi yang dijual pada harga murah & ada juga pada harga borong.

Untuk destinasi sebegini, sudah tentulah pilihan makanan orang setempat sangat banyak untuk anda cuba. Kalau anda dari Alor Setar & menuju ke KL, bolehlah keluar susur lebuhraya di Tol Pendang untuk membeli belah di Bazar Kemboja ini dahulu. Di lokasi ini juga, pada hari Sabtu ada Pasar Minggu atau lebih dikenali Pekan Nat & hari Selasa pula, ada Pasar Tani yang lebih kepada untuk membeli produk hasil tani & laut.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  •  Pendang, Kedah

Waktu Operasi Bazar Kemboja Pendang

  • 7.00 am – 1.00 pm ( Hari Jumaat sahaja)

* Dilokasi yang sama, hari Sabtu ada Pekan Nat (pasar minggu) & hari Selasa ada pasar tani

  • kawasan pasar / bazar


35. Pendang Lake Resort

pendang lake resort kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercadang nak bercuti ke tempat menarik di Alor Setar, apa kata anda menginap di sini. Lokasi ke Alor Setar pun tak jauh sekitar 20-30 minit sahaja. Terletak di Pendang, destinasi penginapan ini terletak di kawasan yang dikelilingi sawah padi & tasik buatan yang mempunyai pemandangan yang menarik untuk santai-santai.

Pendang Lake Resort juga sering menjadi destinasi mereka yang nak adakan hari keluarga, seminar ataupun kem bina semangat kerana di sini mempunyai fasiliti rekreasi untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, sukan air, aktiviti pengembaraan, bilik mesyuarat & sebagainya. Kalau check in hari Khamis, keesokan paginya bolehlah pula menuju ke Pasar Kemboja yang hanya 1 km sahaja jaraknya & hari Sabtu pula boleh ke Pekan Nat juga di lokasi yang sama.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7583220 | Facebook | Website

  • Pendang Lake Resort, Pendang, 06700 Pendang, Kedah

  • sepanjang tahun

Harga Bilik di Pendang Lake Resort

  • Standard Room 1: RM 100.00
  • Deluxe Room 1: RM 110.00
  • Superior Room 1: RM 120.00
  • Junior Suite1: RM 150.00
  • Suite Deluxe 1: RM 250.00
  • Dormitori:
    • Bilik 1: RM 480.00
    • Block 1: RM 960.00


36. Air Terjun Junjong

air terjun di kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mungkin anda inginkan destinasi air terjun yang mudah diakses & cukuplah sekadar untuk melepaskan keinginan anak-anak untuk main air. Sekiranya begitu, destinasi Air Terjun Junjong di Kulim ini adalah salah satu destinasi yang boleh anda pergi. Kalau dari Kulim, nak ke lokasi air terjun popular di Kedah yang lain seperti di sekitar kaki Gunung Jerai, mungkin agak jauh.

Destinasi air terjun ini lebih sesuai untuk kanak-kanak & bagi orang dewasa yang mungkin nakkan destinasi air terjun yang mencabar & boleh berenang, Air Terjun Junjong bukanlah jawapannya. Air Terjun Junjong bukan sahaja terkenal di kalangan orang Kulim, malah orang Penang terutamanya dari Bukit Mertajam juga turut ke sini sekiranya ingin bawa anak-anak mandi manda air terjun kerana lokasinya lebih dekat berbanding air terjun di Kedah lain yang kebanyakannya berada di kaki Gunung Jerai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Junjong, Kulim, Kedah

  • pagi-petang

  • percuma


37. Hutan Lipur Ulu Paip

hutan lipur hulu paip kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang sangat ideal untuk mereka yang bercuti di Kulim yang inginkan kawasan hutan lipur & ada air terjun. Lokasi nak ke sini juga tidak jauh dari Bandar Kulim sekitar 20 km sahaja & mudah diakses dengan kenderaan. Air Terjun Ulu Paip ini tidaklah terlalu besar & dalam dasar airnya, sesuai untuk aktiviti berkelah tepi sungai sambil-sambil melihat anak-anak bermain-main air.

Untuk orang dewasa yang nakkan aktiviti mandi air terjun yang ekstrem, Air Terjun Ulu Paip bukanlah dalam kategori tersebut. Sepanjang perjalanan menuju ke sini, pemandangan suasananya sangat mendamaikan dengan keindahan dusun-dusun buah serta keindahan tasik bekas kawasan lombong yang menenangkan sesuai untuk photografi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jl. Kulim-Mahang, 09700 Karangan, Kedah

  • 7.30 am – 6.00 pm

  • percuma


38. Rumah Merdeka Alor Setar

rumah merdeka alor setar kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat bersejarah di Alor Setar yang menyimpan banyak memori tentang perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman yang juga dikenali dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Rumah papan 2 tingkat ini merupakan rumah kediaman beliau satu masa dulu yang kini masih dikekalkan susur aturnya seperti asal. Pelancong boleh melihat suasana dalam kediaman dengan beberapa koleksi barangan peribadi Tunku & juga keluarga beliau.

Persekitaran rumah ini juga sangat cantik menghijau & terdapat juga kolam yang membuatkan kita berasa suasananya seperti berada di sebuah perkampungan. Bagi yang bercuti ke ibu negeri Kedah ini, jadikan destinasi ini sebagai lawatan bersama anak-anak atau pelajar untuk lebih menyelami tentang keperibadian tokoh ulung negara ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Putra, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Rumah Merdeka Alor Setar

  • Selasa-Khamis & Sabtu:
    • 10.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat
    • 9.00 am – 12.00 pm
    • 3.00 pm – 5.00 pm
  • Isnin (tutup kecuali cuti umum)

Harga Tiket Rumah Merdeka Alor Setar

  • percuma


39. Masjid Al-Bukhari Alor Setar

masjid menarik alor setar kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi masjid yang indah di Kedah terdapat di beberapa destinasi. Salah satu yang terdekat yang ada di Bandar Alor Setar adalah masjid Al Bukhari Alor Setar yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001. Berada di masjid ini memang sangat menenangkan & keindahan perkarangan masjid yang berpokok serta berkolam geometri memang sesuai untuk anda sekeluarga bergambar sebagai kenangan.

Masjid ini mempunyai 7 buah kubah & di sekeliling kubah utamanya terdapat hiasan ayat suci Al-Quran dari surah Alhadid ayat 1-8. Dari dalam masjid pula, kubah utama ini dihiasi dengan kalimah suci Asma Alhusna. Senibina masjid ini memang sangat unik yang banyak bermotifkan senibina bangunan Islam popular di dunia seperti mimbarnya yang diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah. Manakala senibina dataran di perkarangan masjid terutamanya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand, Negara Uzbekistan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-7342222 | Facebook | Website

  • Masjid Albukhary, Kariah Alor Malai, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah Darul Aman.

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


40. Muzium Kota Kuala Kedah

muzium kota kuala kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Penang terkenal dengan Fort Cornwallis sebagai satu destinasi kubu bersejarah yang berusia ratusan tahun lamanya, di Kedah pula terdapat peninggalan tapak asal Kota Kuala Kedah yang wujud sejak kurun ke 17 lagi. Masih terdapat kubu-kubu berbongkah batu merah yang masih kukuh & pernah satu ketika dahulu menjadi benteng pertahanan daripada serangan Bugis, Acheh & Siam. Kubu merah jingga yang masih utuh ini sering menjadi lokasi photoshoot kaki DSLR & fotografi perkahwinan.

Di muzium yang terletak di dalam rumah kayu berwarna putih pula, terdapat beberapa artifak bersejarah yang sangat menarik untuk dilihat seperti seramik antik, mata wang lama, pedang samurai Jepun yang asal & sebagainya. Kalau bercuti ke Kedah, destinasi sebegini yang sangat tinggi nilai sejarahnya perlu anda kunjungi bersama anak-anak atau pelajar sekolah untuk lebih mendalami sejarah Negeri Kedah. Lokasinya juga strategik di muara sungai Kedah & tidak jauh dari Bandar Alor Setar ( 8-10 km).

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Muzium Kota Kuala Kedah, Kampung Seberang Kota, 06600 Kuala Kedah, Kedah Darul Aman

Waktu Operasi Muzium Kota Kuala Kedah

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

*Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha tutup

Harga Tiket Muzium Kota Kuala Kedah

  • Percuma


41. MnM Home Whimsical Houses

rumah terbalik kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang melancong ke Kedah dengan anak-anak kecil , mungkin destinasi yang agak unik ini boleh anda lawati. Tumpuan utama di sini sudah tentulah melihat rumah senget berkembar yang berwarna warni yang mungkin hanya satu seumpamanya di Malaysia. Rumah senget ini merupakan inspirasi yang dibina berdasarkan sebuah restoran popular di Korea. Konsep tarikan di dalamnya juga seperti rumah terbalik di mana segala perabut semuanya tunggang terbalik & sangat menarik untuk bergambar bersama keluarga.

Tarikan rumah hobbit di sini pula diinsprasikan daripada filem popular antarabangsa, The Lord of the Ring yang mana skala rumahnya hanya setinggi 1 meter. Di sini juga terdapat mini petting zoo yang menempatkan haiwan seperti rusa, arnab, ayam belanda & sebagainya. Bagi mereka yang suka bergambar dalam satu situasi yang unik, destinasi sebegini adalah sesuai untuk anda lawati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-4488197 | Facebook | Instagram

  • Lot 4424, Lorong Masjid, Kampung Changkat Setol, Kg Changkat Setol, 06010 Changlun, Kedah

Waktu Operasi MnM Home Whimsical Houses

  • 10.00 am – 5.00 pm
  • Khamis tutup

  • Dewasa: RM 35
  • Kanak-kanak: RM 15


42. Chalet Terapung Segantang Garam

 chalet terapung segantang garam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin menjauhkan diri dari rutin harian yang memenatkan di bandar & tempat kerja, apa kata sekali sekala bercuti di tempat yang lain daripada biasa. Chalet Terapung Segantang Beras yang terletak dekat dengan muara Sungai Merbuk & hanya 6 km dari pekan Lembah Bujang ini merupakan destinasi yang sangat popular untuk mereka yang nak bermalam di chalet atas air.

Bagi kaki pancing, destinasi chalet sebegini pasti menjadi salah satu tempat menarik di Kedah yang berada di senarai paling atas dalam jadual percutian anda. Dari chalet ini pegunjung boleh memancing dengan tenang tanpa gangguan & antara ikan yang ada di sini ialah ikan gelama, jenahak, moyang, duri & sebagainya. Sudah dapat ikan, boleh terus masak di sini & makan bersama dengan keluarga atau rakan-rakan. Destinasi yang ideal untuk habiskan masa berkualiti pada hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan kaki pancing anda.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-5592117 | Facebook

  • Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

  • sepanjang tahun ( kawasan penginapan)

  • Harga penginapan chalet bergantung kepada jenis bilik. Bermula dari RM 42 – RM 350++

Terdapat juga pakej di atas permintaan:

  • Perkhidmatan pemandu pelancong: RM 150
  • Jungle tracking: RM 150
  • Land tour: RM 500
  • Memancing di pulau: RM 450
  • Memancing di tuas: RM 650

Maklumat lanjut untuk tempahan sila hubungi:

  • 019-5592117
  • 019-5452412 (Aziela)
  • 012-4633526 (Muhaiyudin)
  • 012-4069836 (Anass)


43. Taman Rekreasi Gunung Keriang

Taman Rekreasi Gunung Keriang kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya bercuti di Alor Setar & sudah terjah banyak tempat-tempat makan sedap di sini, jangan lupa untuk lakukan aktiviti yang lebih menyihatkan. Salah satu destinasi terbaik berdekatan yang sering menjadi lokasi berekreasi orang setempat adalah di Taman Rekreasi Gunung Keriang yang berdekatan dengan Muzium Padi. Aktiviti utama yang menjadi tarikan di sini adalah mendaki Gunung Keriang yang setinggi 210 m & sangat sesuai untuk sesiapa sahaja mencubanya termasuk yang baru nak berjinak-jinak hiking.

Terdapat laluan yang telah disediakan untuk menuju ke puncak yang ambil masa sekitar 30-40 minit sahaja. Kalau bernasib baik, boleh melihat burung-burung liar yang ada di sini. Melihat panorama dari puncak yang menampakkan sawah padi terbentang luas pasti tidak mahu anda lepaskan untuk dirakamkan dengan bergambar & selfie.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Gunung Hulu, Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi Taman Rekreasi Gunung Keriang

  • tiada masa khusus
  • Sebaiknya waktu pagi atau petang.

Bayaran Masuk ke Taman Rekreasi Gunung Keriang

  • Percuma

*Penginapan paling ideal berdekatan Gunung Keriang, Keriang Hill Resort Alor Setar


44. Air Terjun Batu Hampar

air terjun batu hampar kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang berada di Serdang, Kedah atau di Nibong Tebal, Penang, destinasi Air Terjun Batu Hampar merupakan satu tempat mandi manda di Kedah yang tidak asing lagi. Lokasinya mudah diakses dengan kenderaan & mempunyai kawasan mandi serta aliran air yang jernih.

Air terjun ini sesuai untuk berkelah dengan keluarga mahupun anak-anak kerana airnya tidak dalam & arusnya tidak deras. Kemudahan prasarana di sini pula seperti tandas, gerai makan atau tempat bersalin tidaklah selengkap seperti di air terjun popular menarik di Kedah yang lain. Namun masih tetap menarik untuk diterokai & dijadikan sebagai destinasi perkelahan hujung minggu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Batu Hampar Sungai Puteh, Serdang, Kedah

  • Tiada masa dikhususkan. Kebiasaannya destinasi sebegini di antara 8.00 am – 6.00 pm

  • percuma


45. Alang Kenari Chalet

alang kenari chalet kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Yan, Kedah mempunyai banyak destinasi menarik yang lebih kepada air terjun & aktiviti pengembaraan dalam hutan. Sekiranya anda ingin bercuti ke Yan bersama anak-anak untuk beberapa hari pada hujung minggu atau cuti sekolah, apa kata menginap di Alang Kenari Chalet. Lokasinya strategik dengan beberapa tarikan di Yan & yang paling menarik, chalet ini siap ada kolam mandi yang luas serta lapang & sesuai untuk anak-anak bersuka ria.

Selain itu, di sini juga ada kemudahan & fasiliti yang sesuai untuk mana-mana organisasi mengadakan hari keluarga, team building syarikat, seminar ataupun kem motivasi. Bagi orang luar yang hanya nak berkelah & mandi kolam di sini bersama anak-anak, anda juga boleh ke sini tanpa perlu bermalam Alang Kenari Chalet dengan harga tiket yang sangat berpatutan. Namun begitu, sila berhubung dengan pihak Alang Kenari Chalet untuk tempahan sebelum datang ke kolam mandi ini untuk mengelakkan kesesakan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-4549250 | Facebook

  • Lot 1964, Jalan Titi Hayun, Yan, Kedah

  • sepanjang tahun

Bayaran Masuk ke Alang Kenari

#1 Isnin-Khamis:

  • Dewasa ( 13 – 60 tahun) : RM 8.00
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 5.00

#2 Jumaat- Ahad & Cuti Umum:

  • Dewasa ( 13 – 60 tahun) : RM 10.00
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 8.00

*sila berhubung dengan pihak chalet untuk tempahan ke kolam mandi

Harga chalet di sini  mengikut jenis bilik bermula RM 80. Sila berhubung dengan Alang Kenari untuk maklumat lanjut.


46. Hutan Lipur Sungai Teroi

hutan lipur sungai teroi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang menuju ke puncak Gunung Jerai, apa kata singgah sekejap di sini untuk melihat suasana persekitaran yang sangat mendamaikan. Lokasinya mudah diakses & sesuai untuk aktiviti santai melihat pemandangan menarik serta mandi kolam. Di sini juga ada sebuah kolam yang agak besar & airnya pula berpunca dari air terjun Gunung Jerai.

Sekitar kawasan ini memang cantik, ada anak sungai mengalir, ada jambatan & dikelilingi hutan menghijau serta dihiasi pula dengan bunyi-bunyi unggas & cengkerik rimba. Memang best & rasa tenang sahaja. Sesuai untuk anda bergambar & rehat seketika sebelum menuju ke puncak Gunung Jerai. Ada juga pengunjung yang berkhemah di sini & ada juga yang parking kereta di sini sebelum berbasikal menuju ke puncak gunung.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Hutan Lipur Sungai Teroi, Yan, Kedah

  • Kawasan terbuka. Tiada masa khusus

  • percuma


47. Taman Rekreasi Bukit Hijau

tempat menarik di baling kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi air terjun di Baling yang sangat terkenal untuk berkelah yang terletak kira-kira 45 km dari Sungai Petani. Air terjun ini memang cantik & merupakan sebuah destinasi air terjun yang bertingkat serta aliran air yang jernih. Saban hujung minggu, Air Terjun Bukit Hijau tidak lekang dengan kunjungan pengunjung untuk menghabiskan masa berkualiti dengan berkelah bersama keluarga. Fasiliti asas seperti laluan jalan kaki ada disediakan di sini.

Cabaran untuk ke kawasan tadahan utama air terjun di 3 tingkat pertama tidaklah terlalu sukar sehingga perlu meredah hutan & memanjat bukit. Namun untuk ke kawasan air terjun di tingkat yang seterusnya, perlu meredah hutan & laluannya agak sedikit mencabar kerana perlu mendaki serta redah hutan. Bagi mereka yang mencari tempat menarik di Baling untuk aktiviti mandi manda air terjun, destinasi ini sangat ideal untuk anda terjah bersama keluarga & rakan-rakan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Hijau Recreational Forest, Baling, Kedah

  • 8.00 am – 6.00 pm

  • percuma


48. Keriang Hill Resort

keriang hill resort alor setar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi orang dari bandar yang ingin menginap di kawasan yang lebih membuatkan diri seperti berada di kampung, Keriang Hill Resort adalah jawapannya. Lokasinya juga tidak jauh dari Bandar Alor Setar sekitar 10 km sahaja. Penginapan di Keriang Hill Resort sangat menarik, bukan sahaja kerana konsep resort ini yang bercirikan rumah Melayu tradisional malah lokasinya juga dekat dengan beberapa tarikan utama di Alor Setar.

Resort ini juga hanya berhadapan dengan Muzium Padi Alor Setar & berdekatan juga dengan Taman Rekreasi Bukit Keriang serta Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Kalau anda bercuti di Alor Setar bersama anak-anak, resort ini adalah satu pilihan yang sangat ideal untuk anda pertimbangkan untuk bermalam.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-7315233 | Facebook | Website

  • Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

  • sepanjang tahun ( destinasi resort)


49. D’Puncak Beris Lake Resort

d puncak beris resort kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang bercadang nak anjurkan aktiviti team building atau family day di Kedah, salah satu destinasi menarik yang boleh anda pilih adalah di D’Puncak Beris Lake Resort yang terletak di Tasik Beris. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti outdoor menarik seperti berakit di tasik, meredah hutan, water confidence, flying fox & sebagainya. Fasiliti & kemudahan di resort ini untuk anda anjurkan seminar, kem motivasi & aktiviti sukan yang mencabar juga memang sangat lengkap.

Lokasi resort ini yang jauh dari kesibukan bandar & dikelilingi keindahan alam semulajadi yang bertasik, memang sangat ideal untuk sesiapa sahaja yang inginkan penginapan yang sempurna & menenangkan fikiran pada hujung minggu bersama keluarga ataupun pasangan. Pilihan aktiviti di tasik yang santai juga pelbagai seperti berkayak, memancing, star cruise & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-4290084 | Facebook

  • D’Puncak Bris Lake Resort, Tasik Beris, 08200 Sik, Kedah Darul Aman

  • sepanjang tahun ( destinasi penginapan)

  • Berkelah:
    • RM 5.00 / sekeluarga
  • Memancing:
    • RM 5.00 / sekeluarga
    • RM 3.00 / seorang
  • Bot
    • Rm 150 / sebuah
  • Start Cruise
    • RM 250 / sebuah
  • Kayak:
    • RM 10/sejam
  • Pengkalan Bot
    • RM 30 / sebuah


50. Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan lipur puncak janin kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda sedang bercuti di sekitar Kuala Nerang atau Jitra dalam jangkamasa yang lama & inginkan destinasi perkelahan yang menarik, salah satu yang boleh anda terjah adalah di Hutan Lipur Puncak Janing. Air terjun bertingkat mempunyai aliran air yang sangat jernih & sejuk sekali.

Suasana sekeliling juga sangat nyaman & bersih serta kawasan tadahan di peringkat atas juga sangat menarik untuk mereka yang pandai berenang kerana kurang berbatu serta lebih lapang. Walaupun fasiliti di sini tidak lengkap, namun keindahan kawasan air terjun di sini boleh dikatakan antara yang paling terjaga keasliannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Hutan Lipur Puncak Janing, Kuala Nerang, Kedah

  • tiada masa dikhususkan. Kebiasaannya destinasi air terjun, pagi – petang

  • percuma


51. Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

zon bebas cukai bukit kayu hitam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang menuju ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, destinasi ini pasti menjadi tempat wajib singgah untuk mencari barang-barang duty free seperti coklat, minyak wangi berjenama & sebagainya.

Zon Bebas Cukai Bukit Kayu hitam bukanlah terlalu besar & pilihan barangan juga tidak semeriah seperti di Padang Besar atau Rantau Panjang, namun pelancong masih boleh mencari barang yang menarik untuk dijadikan buah tangan di sini. Kebiasaannya pengunjung ke sini untuk parking kereta yang berharga sekitar RM 15 sehari sebelum menuju masuk ke Danok, Thailand berjalan kaki.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah

  • 6.00 am – 8.30 pm

  • Kawasan membeli belah


52. Muzium Perhutanan Gunung Jerai

muzium perhutanan gunung jerai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercadang nak ke puncak Gunung Jerai menikmati keindahan panorama ataupun mungkin untuk bermalam di The Jerai Hill Resort, jangan lupa untuk singgah di muzium ini yang tidak kurang menariknya dari segi pameran & koleksi barangan lama. Sesuai dengan nama muziumnya, destinasi ini lebih banyak mengetengahkan barangan bersejarah & informasi tentang perhutanan di Gunung Jerai.

Banyak informasi tentang spesis-spesis tumbuhan eksotik yang boleh dipelajari di sini. Selain itu, sekiranya anda ingin menerokai apa yang ada di Gunung Jerai, muzium ini adalah satu tempat yang sangat ideal untuk dijadikan tempat kunjungan pertama memandangkan pelbagai informasi menarik tentang tempat menarik di sekitar Gunung Jerai dipamerkan secara padat & interaktif. Muzium yang cantik & kelihatan seperti rumah Melayu tradisional ini memang berbaloi untuk dilawati & bayaran masuk juga percuma.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Muzium Perhutan Gunung Jerai, Gunung Jerai, Yan, Kedah

  • 9.30 am -4.30 pm ( Ahad- Rabu)
  • 9.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
  • Jumaat & Sabtu Tutup

  • percuma


53. Pulau Bunting

pulau bunting yan kedah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Bunting terletak di Yan ini merupakan destinasi yang masih dalam misteri statusnya samaada ianya sebuah pulau yang dianggap sebagai sebuah produk pelancongan ataupun ianya pulau persendirian yang tidak dibuka pada awam. Yang pasti pulau kecil & cantik airnya ini, tidak berpenghuni. Pulau Bunting juga dikelilingi beberapa pulau lain yang berdekatan seperti Pulau Song, Pulau Telor & Pulau Bidan.

Dari tanah besar, terdapat sebuah jambatan sepanjang 2 km yang menghubungkan ke pulau ini. Jambatan ini sering menjadi tempat pengunjung setempat bersiar-siar melihat pemandangan indah laut & dari sini juga boleh nampak Gunung Jerai. Selain itu, di sini juga sering menjadi destinasi kaki pancing untuk memburu ikan seperti siakap merah, pari, kerapu, senangin & sebagainya. Bagi pelancong luar, destinasi sebegini lebih kepada untuk bergambar & melihat panorama alam semulajadi di tepi pantai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pulau Bunting, Yan , Kedah

  • tiada dikhususkan. Meriah waktu petang

  • percuma ( destinasi pantai terbuka)


Tempat Penginapan Menarik di Kedah

Majoriti tarikan pelancongan di Kedah yang popular lebih kepada kawasan yang mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti destinasi air terjun, hutan lipur & juga di pulau seperti di Langkawi. Bagi yang ingin bercuti ke Kedah 2-3 hari mungkin destinasi-destinasi di atas terlalu banyak untuk anda terokai. Jadi, pilihlah destinasi percutian yang paling ideal dengan minat & jangan lupa untuk cari penginapan yang strategik lokasinya serta tempah awal-awal untuk penjimatan serta merta. Jadilah pelancong yang bijak merancang percutian.

Cari Hotel di Kedah

Tempat Makan Menarik di Kedah

Itulah dia 52+ senarai tempat menarik di Kedah Darul Aman (selain Langkawi) yang sesuai untuk dilawati samaada secara solo, bersama keluarga mahupun bersama rakan sepejabat. Semoga artikel pelancongan menarik di Kedah di atas memberi anda idea ke mana nak pergi nanti bila musim cuti sekolah tiba atau ketika cuti hujung minggu. Selamat cuti cuti satu Malaysia di Kedah. Wassalam

Baca lagi:

4.7/5 - (98 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Camping & Glamping di Kedah Yang Selesa Lagi Padu!

Sebenarnya, selain tempat-tempat penginapan macam homestay dan hotel, ramai juga yang lagi suka untuk menginap dalam khemah. Bagi sesetengah orang, leceh untuk buat aktiviti berkhemah...

16 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ila
ila
4 years ago

pulau bunting dh boleh p ka

Aisha
Aisha
5 years ago

Admin boleh tambah :
1. Semeliang Agro Farm, Kuala Nerang
2. Empangan Gubir, Sik

Hanamera
Hanamera
5 years ago

Info yang sngat menarik tentang keindahan Kedah!x sangka KEdah punya destinasi menarik yang sangat banyak.

Alisha
5 years ago

Next tourism spot tolong masukkan Sungai Batu,Galeri Bakau titi semeling,Galeri Tsunami dan Deer Farm Yan.

rindu izna naziana
rindu izna naziana
5 years ago

ulasan dan info yang menarik. Ada sedikit pembetulan untuk nama pulau kat dalam ni. Pulau Song Song , bkn pulau Songsang.

Cari Destinasi
Admin
5 years ago

tq ;)

Acik Sue
Acik Sue
7 years ago

Terima kasih atas panduan dan info.

fariq
fariq
7 years ago

Terbaik n terima kasih kpd editor

Hubungi Kami

16
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x