Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Hutan Lipur Sungai Sedim – Destinasi Aktiviti Outdoor Best di Kulim

Destinasi Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat spesis pokok-pokok hutan yang eksotik yang boleh didapati di sini seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Kulim, Terap, Keledang dan Bintongor . Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak. Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Diraja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.

Hutan Lipur Sungai Sedim memang terkenal dengan pelbagai aktiviti yang menjadi tarikan bagi aktiviti pelancongan. Antara aktiviti yang menjadi tarikan utama yang terdapat di Sedim seperti “Water Rafting”, “Rock Climbing”, “Abseilling”, “Jungle Walk”, “Water Tubing” dan “Summer Camp”. Aktiviti-aktiviti lasak yang disediakan di Sedim dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang selesa dan selamat untuk digunakan oleh pelancong. Sebagai contoh tempat penginapan, dewan, surau, tandas dan tapak perkhemahan yang selamat.

Lawatan ke Hutan Lipur Sungai Sedim

hutan lipur sungai sedim

Lawatan ini dianjurkan oleh Fakulti Hospitali, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seramai 40 orang pelajar diiringi oleh 2 orang pensyarah daripada Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) yang mengikuti lawatan ke Hutan Lipur Sungai Sedim selama 3 hari 2 malam. Objektif lawatan ini adalah bagi menjalankan tugasan berkaitan “Rekreasi dan Senggang kepada Ekopelancongan”

Pada jam 5.30 pagi kami bertolak ke Kedah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke destinasi. Kami dengan jayanya telah sampai pada pukul 2.00 petang setelah berhenti berehat makan tengah hari di Nasi Kandar Pelita di Kulim yang enak rasanya. Setelah sampai ke destinasi, kami mengadakan sesi “ice breaking” yang dikendalikan oleh coach kami iaitu Encik Azman.

Setelah itu kami memasang khemah sebagai tempat penginapan kami. Kemudian, kami mengikuti taklimat “Basic First Aid” sebagai langkah berjaga-jaga sebelum menjalankan aktiviti ekstrem. Malam itu pula, kami meneruskan aktitivi night walk di Gunung Inas. Aktiviti tersebut sangat ekstrem kerana kami perlu menempuh laluan yang mencabar fizikal.

Jungle Trekking di Gunung Bintang

the tree top walk sungai sedim

Aktiviti diteruskan dengan melakukan “jungle trekking” di Gunung Bintang. Sebelum memulakan perjalanan, kami dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah seperti sayur, cili, beras dan telur untuk dimasak di kawasan air terjun. Perjalanan menuju ke air terjun di Gunung Bintang mengambil masa selama 45 minit. Sepanjang perjalanan, kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati persekitaran yang kaya dengan fauna dan flora serta keindahan air terjun.

Apabila tiba di Gunung Bintang, kami menjalankan aktiviti “cooking survival” iaitu memasak menggunakan cara tradisional. Ia memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana masing-masing bertungkus lumus menyiapkan makanan. Setelah itu, kami menjalakan aktiviti “water abseiling” yang sangat ekstrem, mencabar dan menggunakan kekuatan mental dan fizikal.

Pada malam itu, aktiviti diteruskan dengan “group session” yang dikendalikan oleh coach. Antara aktiviti yang dijalankan ialah “childhood games” dan “cat walk games”. Kami juga melakukan aktiviti BBQ yang dikendalikan oleh pelajar dan pensyarah sebelum penutupan hari kedua lawatan kami.

The Tree Top Walk Sungai Sedim

lata sungai sedim

Pada 8/4/2018 iaitu hari terakhir lawatan, setelah selesai bersarapan pada pukul 9 pagi kami semua diarahkan untuk berkumpul bagi mendengar penerangan mengenai aktiviti yang kami akan lakukan pada pagi itu. Aktiviti pada pagi itu ialah water tubing dan berjalan di atas ‘Tree Top Walk’. Kami diberi penerangan sedikit sebanayak mengenai tubing, command yang biasa digunakan ialah forward, backward, left dan right. Kami memilih untuk melakukan aktiviti berjalan di atas ‘Tree Top Walk’ dan kemudian barulah melakukan aktiviti water tubing.

Kami sangat teruja kerana berpeluang untuk merasai pengalaman berjalan di atas ‘Tree Top Walk’. Untuk pengetahuan, ‘Tree Top Walk’ di Sungai Sedim merupakan jejantas besi yang terpanjang di dunia dan mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5 km yang mempunyai ketinggian 36 meter dari tanah. Apabila kami berjalan di atas kanopi tersebut, kami dapat melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi dan kami juga berpeluang untuk memerhati pelbagai flora dan fauna yang ada di sekitar Hutan Lipur Sungai Sedim.

Seterusnya, untuk pertama kalinya kami mencuba aktiviti water tubing. Pada permulaan perjalanan water tubing, air sungai begitu tenang dan hanya beberapa ketul batu besar menghalang pelampung kami. Kemudiannya aliran sungai semakin deras dengan keadaan batu yang lebih banyak dan menggerunkan.tetapi kami akhirnya berjaya menempuhi halangan walaupan pelampung kami ada yang tersangkut di batu dan ada yang terbalik. Aktiviti ini amat mencabar dan memerlukan tahap konfiden yang tinggi.

air terjun sungai sedim

Akhir kata, segala aktiviti dan perjalanan yang kami harungi sepanjang 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Sungai Sedim sangat berharga dan bermakna kepada kami kerana dapat mengeratkan hubungan kami denga kawan-kawan dan pensyarah kami. Kami berharap agar lawatan ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang. Diharapkan juga tempat pelancongan di Malaysia mampu menjadi tarikan dan mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi.

Kredit: Illy Aqilah

4.6/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Stesen Bas Kulim – Jom Kita Melancong ke Negeri Darul Aman!

Kulim merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan bagi pengunjung yang datang berkunjung ke negeri yang terkenal dengan kehijauan sawah padi ini....

7 Homestay di Kulim untuk Rujukan Percutian Anda!

Kulim, sebuah bandar menarik di Kedah, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Ia menawarkan pelbagai tarikan unik. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
hshsh
hshsh
1 month ago

blh bt ap ja kt sedim?

Shirin
Shirin
5 years ago

Seronoknya! Boleh pergi bersama kawan-kawan!

Cheman
Cheman
5 years ago

Bestnyaaaaaa ~ nak g gakkk T-T

Najwa
Najwa
5 years ago

Mcm best je

Aarul
Aarul
5 years ago

Nampak macam seronok, sesuai ke bawa keluarga

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x