Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay di Kulim untuk Rujukan Percutian Anda!

Kulim, sebuah bandar menarik di Kedah, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Ia menawarkan pelbagai tarikan unik. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui tentang tempat menarik di sini seperti Taman Burung, Suling Hill dan sebagainya. 

Bagi mereka yang sudah merancang untuk bercuti di Kulim, sudah pastinya anda ingin mencari tempat penginapan yang terbaik seperti homestay, bukan? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana artikel ini akan membantu percutian anda! Dalam artikel ini, anda akan temui 7 homestay terbaik yang akan memastikan keselesaan dan pengalaman terbaik semasa percutian anda. 

Nikmati penginapan selesa sambil terokai keindahan setempat, seperti taman-taman indah, pusat membeli-belah, dan warisan budaya yang kaya. Jadi, jom kita tengok 7 homestay di Kulim untuk pilih tempat penginapan impian anda, sambil merancang percutian yang menarik di Kulim. Semoga membantu!

7 Homestay di Kulim


1. Tiny House Community, Taman Desa Kasturi

Tiny House Community, Taman Desa Kasturi

Homestay ini terletak di Taman Desa Kasturi. Homestay ini hanya mempunyai satu bilik sahaja bagi pengunjung yang ingin menginap di Kulim. Jadi, homestay ini sangat sesuai bagi anda yang ingin percutian solo ataupun berdua. Rumah kecil ini yang kemas dan cantik memberi keselesaan kepada anda yang menginap di sini. 

Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan Pulau Pinang. Hanya mengambil masa kira-kira kurang satu jam sahaja untuk ke Pulau Pinang. Jadi, bolehlah anda bercuti di 2 tempat sekaligus. Jimat masa bukan? Tidak perlu untuk set masa dan tarikh lain untuk bercuti di Pulau Pinang. 

Alamat: Lot 811, Jalan Desa Kasturi, Taman Desa Kasturi, 09000 Kulim, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tiny House


2. Hafiy’s Homestay Kulim, Kulim Utama

Hafiy's Homestay Kulim, Kulim Utama

Homestay yang merupakan rumah teres setingkat ini terletak di Kulim Utama. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, memberi keselesaan untuk pengunjung yang datang menginap.

Selain itu, homestay ini menyediakan perabot yang lengkap seperti mesin basuh, peti ais, pengering rambut dan sebagainya. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan homestay ini kerana ianya sangat kemas dan bersih. Bolehlah cuba untuk tempah homestay anda di sini.

Alamat: 570, Persiaran Utama 2/13, Kulim Utama, 09000 Kulim, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Hafiy’s Homestay


3. Ketupat Palas Homestay, Kampung Batu 4½

Ketupat Palas Homestay, Kampung Batu 4½

Jika anda inginkan penginapan ala-ala kampung, anda boleh cuba menginap di Ketupat Palas Homestay ini. Rumah kampung yang kemas dan bersih ini sudah pasti akan menarik perhatian anda untuk menginap.

Tambahan pula, kawasan sekelilingnya luas, membolehkan anda untuk meletakkan kereta dengan selamat dan anak-anak juga boleh bermain di halaman rumah. Bangun pagi, pasti akan dapat hirup udara yang sejuk memandangkan kawasan kampung dan dikelilingi oleh pokok di kawasan rumah.

Homestay ini juga mempunyai 2 bilik tidur, sesuai untuk anda menginap bersama keluarga kecil atau rakan-rakan jika datang ke sini.

Alamat:  43c, Jalan 12, Kampung Batu 4½, 09000 Kulim, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ketupat Palas Homestay


4. D’Sandra Homestay, Taman Tunku Putra

D'Sandra Homestay, Taman Tunku Putra

Homestay ini merupakan antara homestay yang terletak di kawasan strategik kerana berdekatan dengan bandar Kulim. Jika anda menginap di sini, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan kedai makan juga kawasan untuk anda akses.

Lokasi rumah ke bandar juga sangat dekat, dalam masa kurang 20 minit pun dah boleh sampai. Kelengkapan dalam rumah ini juga tersusun dan berkonsepkan moden. Nampak kemas dan cantik kan? Anda hanya bawa baju anda sahaja untuk masuk ke dalam rumah ini.

Alamat:  14, Lorong Bangau 3, Taman Tunku Putra, 09000 Kulim, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Sandra Homestay


5. Lunas DIY Homestay, Taman Sejahtera Jaya

Lunas DIY Homestay, Taman Sejahtera Jaya

Lunas DIY Homestay ini juga menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Kulim. Homestay ini mempunyai pelbagai jenis bilik dan hiasan dalamannya juga sangat cantik dan moden.

Pilihan reka bentuk yang cozy membuatkan ramai pengunjung rasa seronok dan berpuas hati dengan homestay ini. Yang penting, harganya murah dan mampu milik! Jadi, jangan tunggu lama-lama, jom tempah homestay ini sebelum orang lain ambil!

Alamat: 897, First Floor, Jalan Aman, Taman Sejahtera Jaya Lunas, 09600 Kulim, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Lunas DIY


6. Homestay D’Zaty Kulim, Taman Pegaga

Homestay D'Zaty Kulim, Taman Pegaga

Sekiranya anda inginkan penginapan yang besar, homestay ini sangat sesuai untuk anda. Homestay ini bukan sahaja boleh memuatkan bilangan pengunjung yang ramai, malah ia sangat selesa bagi pengunjung yang datang.

Dengan 4 bilik tidur dan penghawa dingin, sudah semestinya anda akan boleh tidur dengan lena di sini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh jadikan homestay ini sebagai tempat untuk buat majlis keraian seperti family gathering, team bonding, majlis kenduri dan sebagainya. 

Seronok kan? Jom tempah cepat sebelum penuh! 

Alamat: 30, Jalan Pegaga 2, Taman Pegaga, 09600 Lunas, Kedah

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay D’Zaty


7. Grand Homestay Kulim, Taman Bayam Indah

Grand Homestay Kulim, Taman Bayam Indah

Homestay seterusnya adalah Grand Homestay Kulim yang terletak di Taman Bayam Indah. Sesuai dengan namanya, hiasan dalaman homestay ini berkonsepkan perabot yang mewah dan eksklusif. 

Jika anda inginkan kelainan dan kemewahan untuk penginapan anda, bolehlah anda cuba tempah dan menginap di sini. Kebanyakan pengunjung yang datang dan menginap di sini sangat berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. 

Malah, harganya juga berpatutan. Jadi, bolehlah anda cuba merasa bercuti dan menginap di homestay ini. 

Alamat: No. 432, Lorong Bayam Indah 3, Taman Bayam Indah, 09600 Lunas, Kedah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Grand Homestay


Berikut kami sudah senaraikan 7 homestay di Kulim untuk rujukan percutian anda! Selebihnya anda boleh tentukan sendiri penginapan mana yang menjadi pilihan untuk percutian anda. Kami yakin anda akan menemui penginapan yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa anda di dalam senarai ini.

Namun, jangan lupa untuk tempah awal bagi mengelakkan kesesakan, terutamanya pada waktu kemuncak seperti cuti sekolah. Kami juga sarankan anda merancang percutian anda terlebih dahulu supaya tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. 

Dan jika anda ingin mencari kereta sewa yang murah di area Kulim untuk menyenangkan pergerakan anda sepanjang percutian, kami sedia membantu! Anda boleh layari artikel 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah untuk mula pencarian anda. Selamat merancang percutian anda, dan semoga anda menikmati pengalaman yang luar biasa serta kenangan indah di Kulim!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Hutan Lipur Sungai Sedim – Destinasi Aktiviti Outdoor Best di Kulim

Destinasi Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat spesis pokok-pokok hutan yang eksotik yang...

Stesen Bas Kulim – Jom Kita Melancong ke Negeri Darul Aman!

Kulim merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan bagi pengunjung yang datang berkunjung ke negeri yang terkenal dengan kehijauan sawah padi ini....

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
roslan
roslan
6 months ago

salam…nice hse..bole sewa long term ka..bayaq monthly..smpai end of nov 2023.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x