Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa Sungai Petani & Kulim yang best serta murah di Kedah. Anda semestinya akan menemui pilihan yang tepat dan boleh meminjam kereta dengan harga yang tidak membebankan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan rating dari para pelanggan di Kedah. Anda boleh memilih kereta mana yang anda suka, pilih tempat untuk ambil dan tetapkan pukul berapa untuk anda memandu. Tetapi sebelum memilih kereta yang anda mahukan, periksa dahulu kereta tersebut. Anda boleh periksa kereta secara visual atau terus ke agensi kereta sewa Sungai Petani & Kulim yang terbaik ini. Anda boleh kekal selamat sepanjang pemanduan dengan membuat pemilihan yang tepat. Selain itu, and boleh meninjau juga kereta sewa di Alor Setar & Jitra ini.

 

Kereta Sewa di Sungai Petani yg Best & Murah


1. ketasewadelivery.com, Kampung Teluk Wang Kecil

ketasewadelivery.com

Penyewa kereta sewa yang senang untuk berurusan. Kepakaran mereka adalah dalam perkhidmatan sewa kereta dan pajakan. Pelbagai pilihan kereta, antaranya ialah Alza, Innova, Hiace, Starex, dan lain-lain lagi. Penghantaran dan pengambilan kereta tepat pada masanya. Syarikat ini juga mempunyai pengalaman dalam bidang kereta sewa selama lebih dari 5 tahun. Lokasi tempat yang baik dan jauh dari kesibukan. Perkhidmatan penghantaran percuma dalam kawasan Sungai Petani bermula dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, tetapi tertakluk kepada terma dan syarat. Adakah anda menghadapi masalah semasa tempoh sewaan bersama penyewa kereta ini? Jika ya, anda boleh hubungi nombor talian untuk mendapatkan bantuan. Kenderaan yang berkualiti tinggi dan kakitangan penyelenggaraan sentiasa memastikan semua kenderaan dalam keadaan terbaik termasuk prestasi dan keselamatan. Pelanggan mereka terdiri dari warga tempatan, pelajar, individu, korporat, pelancong tempatan dan antarabangsa, artis, pengaruh sosial dan juga orang kenamaan.

Alamat: Lot 23814, Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-26529130

Whatsapp ketasewadelivery.com

 

2. Kereta Sewa Bajet SP (JIE), Bandar Amanjaya

Kereta Sewa Bajet SP (JIE)

Kereta Sewa Bajet SP ini menawarkan pelbagai pilihan kereta sewa, antaranya Axia Gxtra Auto (new), Axia G Auto, Myvi Se Auto (lagi best), Myvi Se 2 Auto, Myvi Baru 1.5 Auto (new), Alza Advance Auto, Bezza Auto, Saga Vvt Auto, Myvi Ezi Auto, dan Viva Manual. Anda boleh memuat pinjaman kereta sewa dengan proses mudah dan harga murah. Penghantaran kereta disediakan, kereta boleh dibawa jalan jauh dan jangan risau mengenai harga kerana harga boleh bincang. Salah seorang pelanggan juga sangat berpuas hati dan mengatakan servis ini terbaik buat anda di Sungai Petani.

Alamat: NO.1, Jalan Anggerik 1/1a, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-7918312

Whatsapp Kereta Sewa Bajet SP (JIE)

 

3. Kereta Sewa Sungai Petani DVCR, Taman Ria Jaya

Kereta Sewa Sungai Petani DVCR

Adakah anda memerlukan perkhidmatan sewaan kereta? Anda ingin keluar rumah tapi cuaca tak menentu? Ada urusan kerja tapi tiada kenderaan atau kereta anda rosak? Jika ya, jangan risau anda boleh menyewa kereta di sini. Perkhidmatan dan pengurusan mereka juga sangat bagus. Perkhidmatan menyewa kereta Sungai Petani ini juga disukai sehingga 3,222 orang dan seramai 3,253 orang mengikuti laman facebook mereka.

Alamat: 2616, Jalan Joget 2, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 9.00pm, Jumaat: 8.00am – 1.00pm, 3.00 – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-7981261

Whatsapp Kereta Sewa Sungai Petani DVCR

 

4. SB Car Rental, Taman Ria Jaya

SBCR Car Rental

SBCR Car Rental merupakan sebuah syarikat Car Rental & Leasing Services tempatan yang terletak di Sungai Petani. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang kompetitif kepada pelanggan terutama di kawasan Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kedah. Tambahan pula, mereka menawarkan pelbagai jenis kenderaan dari kereta kecil yang menjimatkan, sederhana, MPV dan van untuk kemudahan anda. Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta kepada individu, korporat, pekerja, pelajar, pelancong tempatan dan antarabangsa.

Alamat: 2616, Jalan Joget 2, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-4371631

Whatsapp SB Car Rental

 

5. Kereta Sewa NNF SG.Petani, Bandar Puteri Jaya

Kereta Sewa

Kereta sewa NNF merupakan antara agensi sewa kereta di bandar puteri jaya yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Anda boleh berkunjung ke kedai mereka atau bertanyakan langsung di whatsapp. Agensi ini juga menerima sehingga 5 rating dari pelanggan. Mereka sememangnya dipercayai pelanggan dan anda boleh menyewa di sini. Kedai mereka juga beroperasi sepanjang hari.

Alamat: 413, Jalan Prima 10, Residensi Prima Puteri Jaya 1, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10840755

Whatsapp Kereta Sewa NNF SG.Petani

 

Kereta Sewa di Kulim yg Best & Murah


6. Kereta Sewa Kulim, Taman Selasih

Kereta Sewa Kulim

Harga kereta sewa termurah dan pilihan yang terbaik anda boleh dapatkan untuk kereta sewa di Kulim. Tidak dinafikan perkhidmatan juga hebat dan kereta sewa yang bagus dengan harga yang berpatutan. Kereta sewa juga dalam keadaan baik dan bersih. Servis terbaik dari pemilik dan perkhidmatan sangat disyorkan. Salah seorang pelanggan juga telah beberapa kali menyewa kereta di sini. Lepas ini jika anda ingin menyewa kereta, anda boleh dapatkan kereta sewa di sini.

Alamat: 1734, Jalan Selasih 4, Taman Selasih, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu-khamis: 7.30am–6pm & jumaat: 7.30am–12.30pm, 2.30–6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-4718289

Whatsapp Kereta Sewa Kulim

 

7. Kereta Sewa Klezcar Kulim, Kampung Padang

Kereta Sewa Klezcar Kulim

Pada asasnya perkhidmatan kereta sewa Kulim ini antara salah satu penyewaan kereta yang paling mudah dan mesra. KLezcar merupakan perkhidmatan kongsi kereta yang bertujuan untuk menyediakan anda proses perkongsian kereta yang paling mudah, berpatutan dan selamat menggunakan aplikasi ini. Dengan lebih 2000 kenderaan, KLezcar merupakan perkhidmatan sewa kereta yang semakin popular di Malaysia. Sewa kenderaan melalui aplikasi KLezcar untuk perjalanan yang mudah dan selamat. Harga menyewa juga murah berbanding tempat lain. Anda tidak pasti kereta apa yang ada? Anda boleh whatsapp sahaja. Adakah anda terlalu malu? Jika ya, anda boleh membuka web klezcar dan tengok sendiri kereta sewa yang ada. Perkhidmatan kereta sewa terbaik di bandar Kulim dengan kereta yang diselenggara dengan baik dan kakitangan yang mesra. Tempahan kereta sewa juga sangat mudah dan nikmati perjalanan anda. Yang menariknya lagi, kereta tersebut tanpa kunci dan anda boleh membuka kunci kereta menggunakan web atau aplikasi mereka.

Alamat: No. 309, Plot, 5, Kampung Padang, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-32200900

Whatsapp Kereta Sewa Klezcar Kulim

 

8. Auras Car Kulim Kedah, Kampung Air Merah

Auras Car Kulim Kedah

Anda boleh menyewa dan memandu dari Auras Car Kulim Kedah. Kereta mereka juga selesa dan bagus untuk perjalanan anda. Selain itu, perkhidmatan pelanggan yang mesra. Tambahan pula, bagi mereka yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan, anda juga boleh meletakkan kereta anda di sini pada hujung minggu untuk disewa orang lain. Untuk maklumat tambahan buat pelanggan yang ingin menyewa kereta di sini, anda perlu membawa ic, lesen dan bil berkaitan sebagai cagaran.

Alamat: Jalan Junjung, Kampung Air Merah, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu-khamis: 9am – 10pm, jumaat: 9am – 12.30pm, 3pm – 10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-4433363

Whatsapp Auras Car Kulim Kedah

 

9. Kulim Car Rental, Jalan Bukit Awi

Kulim Car Rental

Menurut salah seorang pelanggan, dia menyatakan bahawa penyewa kereta ini menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan pilihan kereta yang hebat untuk perjalanan ekonomi sama ada untuk pasangan berbulan madu atau percutian keluarga besar. Perkhidmatan menyewa kereta ini juga telah beroperasi sejak 4 tahun yang lalu. Di samping itu, menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk anda menyewa, antaranya MPV Compact, Sedan dan Van. Mereka juga akan menyelesaikan masalah anda didalam mencari kenderaan untuk kegunaan sementara. Selain menyewa kereta, mereka juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen dan insurans kenderaan untuk pihak anda. Malahan, pihak mereka bersedia memberikan perkhidmatan penghantaran kenderaan untuk disewa sampai ke pusat pengajian terpilih yang berdekatan seperti ADTEC, Politeknik dan UniKL. Selain pusat pengajian, kawasan-kawasan perkilangan industri High-Tech Kulim juga termasuk kawasan yang mereka bersedia untuk terus hantar kereta pada anda.

Alamat: 368, Jalan Bukit Awi, Kulim, 09000 Kedah, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-6969796

Whatsapp Kulim Car Rental

 

10. Kereta Sewa Kulim (ketasewadelivery.com), Jalan Keladi

Kereta Sewa Kulim

Selain Sungai Petani, daerah ini juga boleh menyewa kereta dari syarikat tersebut. Anda juga boleh menyewa pelbagai jenis kereta dan kereta yang paling murah untuk disewa ialah viva dengan hanya RM100 untuk tempoh sehari. Anda tidak perlu risau mengenai penghantara kereta ini kerana mereka akan menghantar kereta terus ke hadapan rumah anda. Kebanyakan pelanggan juga berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa Kulim ini.

Alamat: No.3A, Jalan Keladi, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 011-36104676

Whatsapp Kereta Sewa Kulim (ketasewadelivery.com)

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat...

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai...

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang...

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada...

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam,...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Syafiq Sazali
8 months ago

Terima Kasih Share Good Info.. Keep It Up

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x