Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kereta Sewa Di Alor Setar & Jitra yang TERBAIK

Kedah, lokasinya yang terletak bersempadan dengan negeri Perlis, di bahagian barat laut semenanjung Malaysia sering menjadi tumpuan untuk melawat. Terdiri daripada tempat pelancongan penting di Malaysia iaitu Pulau Langkawi, pulau terbesar di nusantara. Kedah tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang ramai. Banyak aktiviti tarikan pelacong sama ada di pulau ataupun daratan yang boleh dilakukan di Kedah ini. Bagi pelancong ataupun mereka yang berkunjung ke Kedah terutama Alor Setar & Jitra pasti kadang kala akan menghadapi masalah dengan pengangkutan.

Makanya kami telah menyenaraikan beberapa syarikat kereta sewa yang anda boleh cuba perkhidmatannya untuk digunakan di Kedah nanti. Anda boleh membuat perbandingan dan pilihan mengikut bajet yang anda telah tetapkan.


Kereta Sewa di Alor Setar 

1.  Kereta Sewa Ridho Travel & Tour

ridho t&t

Sampai saja di Alor Setar dan ingin mencari perkhidmatan sewa kereta yang terbaik? Hubungi saja Kereta Sewa Ridho Travel & Tour. Mengejutkan, di sini anda boleh dapatkan harga kereta sewa untuk sehari serendah RM70. Kereta Sewa Ridho Travel & Tour menyediakan kereta sewa di sekitar Alor Setar, Sungai Petani, Jitra dan di airport Kepala Batas.

Mereka mempunyai kereta mewah sehinggalah yang biasa dengan harga yang berpatutan. Kereta sewa di sini lengkap service seiring kebersihannya juga. Menariknya Kereta Sewa Ridho Travel & Tour menawarkan pick up and drop off service, sudah tentu ianya sangat memudahkan.

Bagi yang tidak mahu menggunakan kereta sewa tetapi masih dalam jumlah yang ramai, anda boleh menyewa van juga, dimana boleh memuatkan lebih daripada 10 penumpang.

Alamat: Lot 320 Kilometer 6, Jalan Langgar, 62A, 05460 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.30 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-4008804

Whatsapp Kereta Sewa Ridho Travel & Tour


2. Green Matrikx Alor Setar

go green matrix

Kereta Sewa Green Matrix menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik. Kereta Sewa Green Matrix juga sebenarnya berada di seluruh Malaysia. Membuka cawangan di Alor Setar, Kedah adalah langkah terbaik untuk meluaskan perniagaan dan memudahkan pelancong yang datang. Sasaran yang ingin memastikan pengalaman berharga pelanggan tidak akan dilupakan, kereta sewa sentiasa dalam keadaan terbaik, bersih, selesa dan wangi untuk para pelanggan.

Kereta Sewa Green Matrix mempunyai banyak pilihan kereta dengan harga sewaan harian yang lumayan. Dari kecil hingga besar, dari mewah hingga sederhana boleh didapati di sini. Harga kereta yang di sediakan juga termasuk dengan penghantaran, jaminan gentian kereta dan sokongan kerosakkan kereta. Jika anda yang berminat, mereka menerima tempahan secara atas talian sahaja.

Alamat: No C3 Arrival Concourse (Arrival Hall), Lapangan Terbang, Sultan Abdul Halim, 06200 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.30 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-4458847

Whatsapp Kereta Sewa Green Matrix


3. MHZ Kereta Sewa Kedah

mhz kereta sewa

Mencari kereta sewa di sekitar Kedah dan Perlis? Mahupun daripada airport Kepala Batas? Boleh cuba perkhidmatan daripada MHZ Kereta Sewa Kedah.

MHZ Kereta Sewa Kedah menyediakan kereta yang bermutu tinggi untuk kegunaan sama ada jarak dekat ataupun jarak jauh. Perkhidmatan kereta sewa di sini menawarkan harga yang sangat berbaloi dan sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad. Antara jenis kereta yang mereka sediakan ialah kereta bajet, kereta sedan, MPV dan kereta mewah. Pengahantaran kereta yang menepati masa, kereta juga diberi dalam keadaan bersih menjadi salah satu sebab mereka sangat digemari pelanggan.

Bukan hanya kereta sewa, pelanggan juga boleh menggunakan towing service di sini untuk mengangkut kereta.

Alamat: 35, KM8, Jalan Hutan Kampung, Kampung Bohor, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 7.00 am – 1.00 am

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-5881962

Whatsapp MHZ Kereta Sewa Kedah


4. Amir Kereta Sewa Kedah

Buat yang mencari kereta sewa yang murah dengan service kereta yang terbaik? Anda boleh cuba menghubungi Amir Kereta Sewa Kedah. Anda boleh memilih kereta mengikut bajet anda. Banyak pilihan kereta yang disediakan mengikut keselesaan perjalanan. Antaranya, perodua Viva, Axia, Myvi, Alza dan Honda Jazz. Kereta di sini tampak baru kerana penjagaan kereta yang sangat rapi dititikberatkan di sini.

Berita baik buat pelajar sekitar Changlun dan Jitra, anda boleh dapatkan perkhidmatan penghantaran kereta secara percuma jika menggunakan perkhidmatan dari Amir Kereta Sewah Kedah ini.

Alamat: Kedah Jalan langgar, Kampung Masjid, 05460 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10959526

Whatsapp Kereta Sewa Murah Kedah


Kereta Sewa di Kuala Kedah

5. DNZ Car Rental

dnz kereta sewa

Kereta Sewa DNZ menyediakan kereta sewa bagi penduduk Alor Setar, Pendang, Kuala Kedah dan sekitarnya. Mereka mempamerkan pelbagai jenis kereta yang boleh disewa, daripada jenis compact sehinggalah jenis MPV, dan juga van.

Harga sewaan di sini juga sangat tidak masuk akal kerana sewaan harian bermula daripada serendah RM60. Anda boleh menyewa secara harian, mingguan ataupun bulanan. Pit Point untuk mengambil kereta sewa juga berada sangat luas di sekitar Alor Setar itu, seperti Hospital Lama Alor Setar, UTC Alor Setar, Stadium Darul Aman dan Pejabat Urusan Kereta Sewa Alor Setar. Harga istimewa ditawarkan di sini, discount sebanyak 50% bagi tempoh sewaan yang lama.

Alamat: No. 150, Lorong Marina Jaya 6/1 Taman Marina Jaya, Mukim, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9 am – 11 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 013-5881962

Whatsapp DNZ Car Rental


6. Kereta Sewa Kuala Kedah AMJ

kereta sewa amj

Seperti namanya, Kereta Sewa Kuala Kedah menyediakan kereta sewa untuk kawasan Kuala Kedah. Pelbagai jenis kereta mahupun van ditawarakan di sini. Terserah kepada anda untuk pilih kereta sewa anda sendiri. Semua kereta di sini sentiasa diberikan dalam keadaan yang bersih berkilat dan well maintaned. Jika anda daripada jeti di Langkawi, jangan risau, perkhidmatan van sewa ada di situ. Anda boleh berurusan secara lansung di jeti. Caj yang dikenakan juga berpatutan untuk bas yang memuatkan 11 orang dewasa.

Alamat: Jalan Kuala Kedah, Taman Nusantara, 06600 Kuala Kedah, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 am – 9.00 pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 012-4474239

Whatsapp Kereta Sewa Kula Kedah AMJ


Kereta Sewa di Jitra

7. KAA Jitra Kereta Sewa

kaa kereta sewa foto

Mereka yang berada di kawasan Jitra, Alor Setar ataupun kawasan berdekatan boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa daripada KAA Jitra Kereta Sewa. Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran dan perngambilan kereta sewa di airport serta sekitarnya. Kereta di sini diberikan dalam keadaan selesa, selamat dan memuaskan hati. Anda akan sentiasa rasa selamat dan berpuas hati ketika memandu nanti. Pelbagai pilihan kereta yang di sediakan di sini juga, anda pasti akan buntu untuk memilih.

Alamat: 48, Jalan Melur 3, Taman Jitra, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 7.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-5235573

Whatsapp KAA Jitra Kereta Sewa


8. Hanif Kereta Sewa

hanif kereta sewa

Mencari kereta sewa berada di daerah Jitrah? Anda boleh dapatkan perkhidmatan itu di Hanif Kereta Sewa. Walaupun jumlah kereta sewa yang terhad, tetapi mereka menyediakan kereta sewa yang bersih dan sangat terjaga penyelenggaraannya. Oleh itu, kereta di sini sering tampak baharu.

Di Kereta Sewa Hanif menyediakan kereta-kereta yang sederhana. Harga sewaan kereta juga berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Anda juga boleh self pick-up lokasi Kereta Sewa Hanif ini. Mereka juga ada sewaan untuk lawn mower jika ada yang berkeinginan.

Alamat: No.1, Kampung Pantai Halban,Tanah Merah, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 8.30 am – 6.30 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 010-8787847

Whatsapp Hanif Kereta Sewa


9. Kereta Sewa Jitra

KERETA SEWA MURAH JITRA

Syarikat Kereta Sewa Jitra yang diuruskan oleh DNZ Car Rental menawarkan kereta sewa sekitar daerah Jitra sahaja. Mereka menerima pelanggan daripada peplbagai peringkat umur mahupun pekerjaan. Di Kereta Sewa Jitra ini mereka menyediakan pilihan kereta seperti compact, sedan, MPV dan pacuan empat roda. Van juga boleh disewa di sini. Bercakap tentang harga, Kereta Sewa Jitra juga menawarkan harga yang sangat berbaloi sama ada untuk tempoh harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan.

Mereka yang ingin sewaan sedemikian boleh hadir terus ke pejabat kereta sewa ataupun hubungi mereka. Kereta Sewa Jitra juga akan membuat penghantaran kepada anda. Kualiti kereta sewa yang diberikan oleh Kereta Sewa Jitra sangat terjamin penyelenggaraannya dan kereta juga terjaga rapi.

Alamat: Jalan Jitra, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10959526

Whatsapp Kereta Sewa Jitra Murah


Jadi kami berharap anda tidak akan lagi behadapan dengan masalah untuk mencari dan menggunakan kereta sewa jika datang ke Kedah ini, kerana hampir di setiap daerah di Kedah mempunyai kedai sewa yang terbaik.

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Homestay Alor Setar Ala-Ala ‘Resort’ Yang Memang Berbaloi

Cakap sahaja mengenai negeri Kedah, pasti ramai yang tahu tentang ibu negerinya, iaitu Alor Setar. Bagi kebiasaannya, tempat tersebut dirujuk oleh warga negeri Kedah...

25+ Tempat Makan Best di Alor Setar, Kedah Untuk Pelancong Terokai

Ingin mencari idea destinasi menarik untuk acara 'jalan jalan cari makan' anda di Alor Setar? Teruskan membaca untuk ketahui 25+ tempat makan menarik di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x