Isi Kandungan
Ingin mencari idea destinasi menarik untuk acara ‘jalan jalan cari makan’ anda di Alor Setar? Teruskan membaca untuk ketahui 25+ tempat makan menarik di Alor Setar yang sangat ideal untuk dijadikan pelengkap agenda percutian anda di Alor Setar. Restoran, kafe atau warung yang dikongsikan mempunyai reputasi & ulasan pengunjung yang sangat baik serta majoritinya juga menyajikan makanan kenegerian Kedah yang sesuai untuk pelancong luar bertandang untuk rasa.
Menu-menu makanan kenegerian di Kedah juga tidak kurang banyaknya untuk anda rasai seperti laksa Kedah, pek nga, nasi campur, aneka pulut, nasi kandar & macam-macam lagi. Jadi, jika anda seorang pelancong yang suka menyelami keenakan makanan orang setempat, senarai tempat makan best di Alor Setar di bawah ini pasti akan menjadi teman terbaik untuk anda ketika bercuti di sini kelak.
25+ Restoran, Warung, Kafe & Destinasi Makan Menarik di Alor Setar, Kedah
Untuk memudahkan aktiviti jalan jalan cari makan anda di Alor Setar nanti, disediakan juga peta lokasi, waktu operasi restoran, jarak restoran daripada lokasi anda sekarang & juga pautan-pautan rujukan untuk perkembangan semasa setiap destinasi yang dikongsikan. Teruskan membaca untuk mengetahui restoran, warung atau tempat makan paling menarik di Alor Setar yang boleh anda terjah bersama keluarga & rakan-rakan kelak.
1. Restoran Iman Koey Teow
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bukan sahaja di Penang terkenal dengan menu kuey teaw, di Alor Setar juga ada sebenarnya destinasi makan menarik untuk anda merasai keenakannya yang pasti memberikan keunikan & citarasa yang berbeza. Iman Koey Teow merupakan sebuah restoran yang sangat popular di kalangan orang setempat & pelancong luar yang bercuti di Alor Setar sejak zaman berzaman. Jika nak tahu, destinasi ini telah berniaga di sini hampir 35 tahun sejak 1985. Jika selama itulah tempoh kedai makan ini sudah beroperasi, sudah tentu rasa masakan di sini akan ‘berhantu’ sebaik pertama kali anda mencubanya.
Makanan paling laris di sini sudah tentulah kuew teaw kerangnya yang dimasak dengan sos kicapnya tersendiri & memberikan satu rasa yang lain daripada kuew teaw yang biasanya menggunakan bahan masakan yang terdapat di pasaran. Jika kuew teaw goreng sahaja tidak cukup untuk mengenyangkan anda, jangan risau kerana terdapat menu-menu lain yang tidak kurang menariknya untuk anda bersantapan seperti nasi ayam, sate, roti arab, bihun sup utara, western food & sebagainya.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-6749320 |Â Facebook
- Restoran Iman Koey Teow, Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Iman Koey Teow
- Dibuka setiap hari
- 7 pm – 1 am
2. Restoran Nasi Kandar Yasmeen
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kalau sudah bercuti ke utara semenanjung Malaysia, tidak lengkap agenda percutian anda jika tidak mencuba kenakan nasi kandar. Jika makanan berempah & lauk pauk yang kaya dengan rasa rempah ratus menjadi kegemaran anda, ada satu tempat makan best di Alor Setar yang sangat popular untuk anda cuba iaitu di Restoran Yasmeen Nasi Kandar. Restoran yang beroperasi dari petang sampailah ke awal pagi ini sangat ideal untuk anda makan malam di Alor Setar & dijadikan tempat lepak untuk anda yang kaki bola menonton siaran langsung bola sepak seperti EPL atau Liga Malaysia.
Bahkan, pada waktu musim perlawanan bola, restoran ini cukup meriah dengan kehadiran pengunjung & peminat bola sepak tempatan untuk lepak sambil menikmati hidangan nasi kandar yang pasti menjadi kombinasi terbaik untuk makan malam. Pilihan lauk pauk kari & ayam gorengnya mempunyai permintaan yang sangat tinggi di kalangan pengunjung. Jika bertandang ke sini pada waktu puncak, adalah perkara biasa sekiranya terpaksa beratur untuk mendapatkan sepinggan nasi kandar. Jika anda inginkan tempat makan malam di Alor Setar yang sedap & menghidangkan menu berat, cubalah ‘pekena’ nasi kandar di Restoran Yasmeen ini yang keenakannya setanding dengan nasi kandar popular di Penang.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Nasi Kandar Yasmeen
- Dibuka setiap hari
- 5 pm – 4 am
3. Restoran Mikamal
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah restoran santai di Alor Setar yang sangat terkenal dengan menu makanan yang mungkin bukanlah sesuatu yang baru buat anda. Jika anda dari KL atau Selangor, destinasi makan ini yang sinonim dipanggil kedai mamak, mempunyai pelbagai menu makanan berat atau ringan yang ideal untuk anda lepak bersama rakan-rakan dari pagi sampailah ke malam. Antara menu yang terdapat di sini adalah mee goreng, mee rebus, nasi beriyani, cucur ketam, apom lenggong, nasi ayam, rojak, roti arab doll & macam-macam lagi.
Jika anda pertama kali berkunjung ke sini, cubalah menu makanan yang ‘rare’ seperti roti arab doll, cucur udang & mee rebusnya. 3 menu ini sangat berbeza versi & rasanya jika dibandingkan dengan kedai mamak di negeri lain. Ruangan kedai makan ini memang sangat luas & sesuai untuk kunjungan secara ramai-ramai. Servis menyiapkan makanan juga pantas & tidaklah sampai perlu beratur panjang seperti di beberapa tempat makan menarik di Alor Setar yang lain. Jika anda inginkan kedai makan menarik di Alor Setar yang suasananya santai & tidaklah terlalu mewah bagaikan di hotel, sangat disyorkan untuk terokai Restoran Mikamal.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6016-4621915 |Â Facebook |Â Website
- Restoran Mikamal, Jalan Anak Bukit, Istana Anak Bukit, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Mikamal
- Sabtu-Khamis
- 6.30 am – 9.30 pm
- Jumaat
- tutup
4. Restoran Nasi Lemak Royale
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Siapa yang tidak minat dengan nasi lemak bukan ? Satu menu makanan yang terkenal di seluruh dunia. Kali ini apa kata bawa keluarga menjamu selera dengan menu kegemaran ramai ini & pasti semua orang boleh makan. Restoran Nasi Lemak Royale juga bukanlah satu nama asing di kalangan kaki makan dari negeri seperti KL atau Selangor. Jika anda belum tahu, persembahan & kombinasi rasa nasi lemak di sini sangat berbeza dengan kebanyakan nasi lemak lain yang pernah anda rasa.
Hidangan nasi lemak di sini boleh anda add on dengan pelbagai lauk pauk seperti daging masak kicap, ayam goreng, sotong & kari. Ya, jangan anda pelik kerana kari turut menjadi sebahagian lauk popular di Restoran Nasi Lemak Royale ini. ‘Kemeriahan’ lauk pauk di atas sepinggan nasi sekilas pandang seperti nasi kandar atau nasi ganja yang popular di Ipoh. Namun kombinasi rasa nasinya yang lebih lemak akan menghasilkan satu rasa yang berbeza & sangat ‘meletup’ dengan rempah ratusnya. Jika anda peminat tegar nasi lemak atau pelancong dari Penang, cubalah keenakan nasi lemak versi negeri Kedah pula di restoran ini sama ada untuk makan petang atau makan malam yang pasti menepati citarasa anda.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Restoran Nasi Lemak Royale, 424/A, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05300 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning
- Dibuka setiap hari
- 4 pm – 1 am
5. Nasi Lemak Haji Ali
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah lagi kedai makan menarik di Alor Setar, Kedah yang menghidangkan menu nasi lemak dengan versinya tersendiri. Tidak dinafikan, rata-rata nasi lemak di Kedah yang terkenal mempunyai kombinasi lauk pauk berempah yang sangat unik untuk anda cuba sendiri. Jika nak tahu, restoran ini sudah beroperasi sejak tahun 1958 & merupakan perniagaan restoran yang telah diuruskan oleh beberapa generasi keluarga. Pernah cuba makan nasi lemak dengan kuah campur seperti makan nasi kandar ? Kalau belum, cubalah cari keunikan rasa di Restoran Nasi Lemak Haji Ali ini.
Anda boleh pilih pelbagai lauk pauk di sini untuk dimakan dengan nasi lemaknya seperti kari ayam, daging masak kicap, ayam goreng berempah, paru goreng & macam-macam lagi. Ruangan kedai makan di sini juga sangat luas & selesa untuk anda bertandang secara berkumpulan. Jangan tak tahu, sebenarnya jenama Nasi Lemak Haji Ali juga boleh anda dapati di Shah Alam, Selangor. Memandangkan restoran ini dibuka bermula petang, bolehlah anda datang sekeluarga ke sini untuk acara dinner di Alor Setar dengan menu popular orang setempat. Jangan terkejut pula jika datang waktu puncak, perlu beratur untuk mendapatkan makanan anda.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-4410777 |Â Facebook |Â Instagram
- Restoran Nasi Lemak Haji Ali, 1160A Jalan Seberang Perak, 05050, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Nasi Lemak Haji Ali
- Dibuka setiap hari
- 4.30 am – 2.30 am
6. Warung Roti Canai Celaru
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah destinasi warung di Alor Setar yang sangat menarik untuk sarapan pagi untuk anda merasai keunikan roti canainya. Warung sarapan pagi yang diusahakan oleh bumiputera ini menjanjikan pelbagai menu roti canai dengan versinya tersendiri & pasti sangat berbeza rasa serta persembahannya berbanding kedai makan lain atau kedai mamak. Hidangan roti canai di sini dengan versinya & namanya tersendiri seperti roti doll merupakan sepinggan roti canai yang akan dimasak panas-panas sebelum ‘dibanjirkan’ dengan kuah dhalnya bersama sebiji telur mata ‘goyang’ di atasnya.
Permainan tekstur yang terhasil dari sesuap roti canai di sini memang cukup unik & menarik untuk seorang pelancong luar rasa. Kuah dhalnya juga tidaklah terlalu ‘tajam’ dengan rempah seperti di kedai mamak & sangat menepati citarasa orang Melayu terutamanya mereka dari pantai timur. Jika anda orang Negeri Sembilan atau Melaka yang tidak sukakan rasa yang manis, boleh top up sambalnya yang pasti memberikan rasa ‘kick’ ketika menjamu selera di sini. Warung terbuka ini tidaklah terlalu besar & mewah bagaikan di hotel, tetapi jangan terkejut pula jika datang bersarapan pagi di sini, perlu menunggu giliran kerana sentiasa ramai dengan kehadiran pengunjung.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Warung Roti Canai Celaru, Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Warung Roti Canai Celaru
- Isnin-Sabtu
- 7.30 am – 1.00 pm
- Ahad
- tutup
7. Restoran Mee Abu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Restoran ini boleh dilabelkan sebagai destinasi makan best di Alor Setar tahap ‘legend’ kerana telah menjadi kedai makan feveret orang setempat sejak lebih 50 tahun yang lalu. Nama restorannya juga ‘catchy’ & sangat mudah untuk anda ingat bukan ? Seperti tersingkap pada namanya, menu utama yang menjadi best seller sudah tentulah hidangan yang berasaskan mee seperti mee goreng & juga mee rebusnya. Walaupun menunya nampak ringkas, tetapi rasanya sangat unik & mempunyai kombinasi rasa yang lain daripada mee goreng biasa yang pernah anda cuba.
Selain mee, terdapat juga makanan-makanan berat lain yang boleh anda cuba seperti roti canai, murtabak, nasi kandar, popia, tosei & sebagainya. Ruangan kedai makannya juga tidaklah terlalu besar & akan sesak terutamanya waktu puncak seperti tengahari atau pagi. Memandangkan kedai makan ini dibuka dari pagi sampai ke malam, anda boleh datang pada waktu yang lebih kurang pengunjung jika hendak mencuba menu larisnya seperti mee goreng mamak atau mee rebus yang sentiasa ada pada setiap waktu.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 604-7313716 |Â Facebook
- Restoran Mee Abu, Taman Sri Taman 2, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Mee Abu
- Dibuka setiap hari
- 7 am – 9 pm
8. Restoran Mee Faroq Roti Doll
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jika anda hanya melalui Lebuhraya Utara Selatan di Alor Setar & teringin menikmati hidangan santai seperti roti doll & mee goreng mamak yang sedap, cubalah susur keluar di Tol Alor Setar Utara untuk ke Restoran Mee Faroq yang hanya 5 minit sahaja memandu. Restoran ini terkenal dengan menu makanan yang sinonim di kedai mamak seperti mee goreng, pasembur, roti doll, muratabak & macam-macam lagi. Pilihan menu makanan berat atau ringan agak banyak yang memenuhi apa jua citarasa anda.
Roti doll merupakan antara signature dish di restoran ini, iaitu sepinggan roti canai yang akan ‘dibanjirkan’ dengan 3 gabungan kuah seperti kuah dhal, kuah kari & juga sambal ikan bilis. Sudah tentulah, sebiji telur mata ‘goyang’ di atasnya menjadi kewajiban dalam sepinggan menu roti doll yang pasti memberikan anda satu kombinasi rasa lemak yang menarik. Pilihan roti doll di sini juga bermacam jenis seperti roti doll sardin, roti doll banggali, roti cheese doll & roti kahwin doll. Ruangan kedai makan di sini tidak terlalu besar bagaikan di medan selera, namun lebih memadai untuk kunjungan berkeluarga yang ingin menikmati hidangan dalam tempat makan yang selesa & mempunyai pilihan menu makanan yang agak bervariasi.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6017-5656892
- Restoran Mee Faroq, No 9,Kompleks Perniagaan, Jalan Hutan Kampung, Kampung Hutan Pulai, 05350 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Mee Faroq Roti Doll
- Sabtu-Khamis
- 7 am – 10 pm
- Jumaat
- tutup
9. Restoran Gulai 7 Kawah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah tempat makan tengahari di Alor Setar yang menarik untuk pelancong yang ingin menikmati juadah nasi campur & aneka gulai-gulai kawah yang pasti membuka selera sesiapa sahaja. Restoran Gulai 7 Kawah bukannya terletak di dalam kawasan bandar & kira-kira 8 km dari Bandar Alor Setar. Jika anda bercuti di Alor Setar & ingin melawat Muzium Padi Alor Setar melalui Jalan Gunung Keriang, bolehlah singgah di restoran ini untuk makan tengahari.
Menu utama yang menjadi kegemaran pengunjung adalah gulai kawahnya yang terdiri daripada daging, ayam kampung, itik, rusa, kepala ikan & macam-macam lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis lauk pauk masakan Melayu lain yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Ruangan makan kedai ini sangat luas & selesa dengan suasana kampung. Terdapat juga menu makanan santai lain yang dekat dengan hati orang Kedah seperti pulut ayam, pulut pelam & sebagainya. Jika anda ingin menyelami menu masakan lauk pauk asli orang Kedah untuk makan tengahari, sangat disyorkan untuk terjah Restoran 7 Gulai Kawah ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6017-5183148
- Restoran Gulai 7 Kawah (Depan Sekolah Kebangsaan Sri Gunong), Kampung Simpang Empat, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Gulai 7 Kawah
- Khamis-Ahad & Selasa
- 10 am – 8 pm
- Rabu & Isnin
- tutup
10. Restoran Nasi Lan Peruda
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah lagi destinasi yang menghidangkan nasi kandar tetapi dengan versi orang Melayu tempatan. Rasanya sedikit berbeza & lebih berlemak kerana pengaruh santan kelapa untuk menu lauk pauk berkuah seperti kari atau gulai. Restoran Nasi Lan Peruda terletak di lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandaraya & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Alor Setar yang popular seperti Masjid Zahir, Menara Alor Setar , Istana Kuning & sebagainya. Jika anda sedang mundar mandir di sekitar destinasi-destinasi ini, cubalah lunch dengan Nasi Lan Peruda ini yang pasti membuatkan anda kenyang & tersandar.
Kedai makan ini yang popular di kalangan orang setempat sebagai kedai lorong mempunyai ruangan makan yang terbuka & ianya bukanlah sebuah restoran mewah seperti di hotel. Dekorasi & ruangan makan cukup ringkas serta lebih memadai untuk kunjungan ada secara berkumpulan. Terdapat bermacam jenis lauk pauk di sini yang namanya mungkin bukanlah sesuatu yang asing pada mata anda seperti daging kicap, telur sotong, ayam masak merah, aneka kari & sayur mayur. Jika ini pertama kali anda jalan jalan cari makan di Alor Setar, wajib mencuba menu sotong kembang masak merahnya yang pasti memberikan anda satu pengalaman rasa unik yang baru dalam kembara hidup anda.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 604-7007300 |Â Facebook
- Nasi Lan Peruda ( Kedai Lorong), Kompleks Peruda, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Nasi Lan Peruda
- Dibuka setiap hari
- 8 am – 2 pm
11. Medina Thai Palace Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Seperti tertera pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah restoran menarik di Alor Setar yang menyajikan menu makanan ala Thai. Restoran Medina Thai Palace bukanlah sebuah tempat makan terbuka tepi jalan, tetapi merupakan sebuah restoran yang cantik, dekorasinya elegan, sangat selesa & sangat sesuai untuk anda menjamu selera bersama keluarga. Jika anda sedang berbulan madu di Alor Setar & inginkan restoran yang sesuai untuk dating sambil makan-makan bersama pasangan, cuba-cubalah pertimbangkan Restoran Medina Thai Palace.
Lauk pauk yang dimasak panas-panas oleh chef di sini juga sangat bervariasi & mempunyai sentuhan citarasa orang Thailand yang sudah tentu menepati majoriti lidah orang Malaysia. Sama ada goreng-gorengan, kerabu, tom yam, ikan bakar atau makanan berasaskan seafood, restoran ini pasti ada jawapan menu yang ideal dengan selera anda. Lokasinya juga berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia Alor Setar sekitar 2 km sahaja & sekiranya menginap di sini, bolehlah ajak pasangan atau keluarga untuk menjamu selera dengan makanan yang sedap & di dalam ruangan kedai yang menarik.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 604-7304071 |Â Facebook |Â Instagram
- Medina Thai Palace Restaurant, Taman Tunku Majid, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Medina Thai Palace Restaurant
- Rabu-Isnin
- 12 pm – 11 pm
12. Laksa Ikan Sekoq
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ingin minum petang dengan gaya orang Kedah ? Apa kata terokai warung Laksa Ikan Sekoq yang tidak jauh dari bandar Alor Setar dengan menu tradisional orang setempat yang sangat popular, iaitu laksa Kedah. Seperti terungkap pada nama destinasi ini, setiap hidangan laksa Kedah anda akan didatangkan dengan seekor ikan kembung yang pasti akan menambahkan lagi ‘kaw’ untuk santapan petang anda. Jika ikan bukanlah seafood kegemaran anda, cubalah laksa udang yang turut menjadi sebahagian menu ‘rare’ yang pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru.
Selain laksa, terdapat juga makanan-makanan santai lain yang tidak kurang menariknya untuk dijadikan menu pelengkap makan petang anda seperti keropok lekor, abc, laicikang, cendol pulut & sebagainya. Dari segi populariti, tidak dinafikan Laksa Ikan Sekoq memang cukup terkenal di Alor Setar & telah menjadi kunjungan beberapa produksi tv terkenal dalam tanahair seperti Jalan Jalan Cari Makan di TV3. Warungnya terbuka, santai & sangat sesuai untuk anda seisi keluarga menjamu selera di sini dengan gaya orang setempat.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Restoran Warung Ikan Sekoq, 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Warung Ikan Sekoq
- Dibuka setiap hari
- 11.30 am – 7.30 pm
13. Rumah AOR
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ianya sebuah restoran yang sangat unik dekorasi & sangat selesa jika anda ingin bertandang ke sini bersama pasangan untuk makan malam istimewa. Rumah AOR yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar sangat mudah untuk diakses oleh pelancong & berdekatan dengan banyak hotel-hotel popular di Alor Setar seperti Royale Signature Hotel, Hotel ASRC, Sentosa Regency Hotel & sebagainya. Jika anda sedang honeymoon di Alor Setar, restoran sebegini pasti akan memberikan pengalaman romantis ketika bersantapan bersama pasangan. Menu-menu makanan di sini juga sangat pelbagai sama ada masakan panas atau pun menu makanan ala barat.
Setiap persembahan makanan juga sangat profesional bagaikan makan di sebuah restoran dalam hotel. Dengan reputasi cemerlang oleh pengunjung, setiap hidangan di Rumah AOR pasti tidak akan mengecewakan anda. Ruangan makan di sini memang sangat unik, selesa & mempunyai dekorasi dalaman yang lebih dekat dengan jiwa orang muda. Jika anda ingin mencari tempat makan menarik di Alor Setar untuk sambutan birthday, cuba-cubalah pertimbangkan destinasi ini kerana keunikannya pasti akan memberi satu pengalaman manis untuk agenda anda.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-6783134 |Â Facebook |Â Instagram
- Restoran Rumah AOR, 1968 B Jalan Stadium, Jalan Stadium, 05604 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Rumah AOR
- Selasa-Ahad
- 5.30 pm – 1.30 am
- Isnin
- tutup
14. Kopitiam Ukir Mall
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Ini mungkin bakal menjadi sebuah kopitiam yang terbesar dalam hidup yang pernah anda kunjungi. Kopitiam Ukir Mall merupakan sebuah kedai makan di Alor Setar yang sangat menarik & mempunyai banyak pilihan menu makanan yang sesuai untuk pelancong terokai. Sebagai pelancong luar, tempat makan best di Alor Setar sebeginilah yang perlu dimasukkan ke dalam agenda percutian anda kerana pilihan menu makanan orang tempatannya sangat banyak & ruangan kedai makan juga sangat besar. Walaupun datang dengan sebuah bas, pasti tidak rasa sesak & merimaskan.
Pilihan menu sarapan pagi di sini juga banyak variasinya & sangat menepati citarasa orang tempatan. Terdapat nasi lemak bungkus, roti canai, bakso, nasi kerabu & juga kuih muih tradisional yang pasti memenuhi citarasa selera semua pelancong tanpa mengira asal usul negeri. Waktu tengahari pula, boleh makan tengahari dengan menu nasi campur & aneka lauk pauk yang terhidang di depan mata yang pasti menambat selera sesiapa sahaja. Memandangkan Kopitiam Ukir Mall sangat strategik lokasinya di tengah-tengah kawasan bandar & berdekatan dengan beberapa tempat pelancongan popular di Alor Setar, maka sangat ideal untuk ada mulakan hari percutian anda dengan bersarapan pagi di Kopotiam Ukir Mall ini.
Peta Lokasi |Â Jarak
- 13, Jalan Sehala, Alor Malai, 05200 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Kopitiam Ukir Mall
- Dibuka setiap hari
- 7 am – 3 pm
15. Restoran Sri Pumpong
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Dalam misi seorang pelancong tempatan yang mencari menu-menu makanan orang setempat yang popular, salah satu kedai makan menarik di Alor Setar yang boleh diterokai adalah Restoran Sri Pumpon. Restoran ini menyajikan nasi campur dengan aneka lauk pauk asli Melayu utara dengan citarasa yang mungkin berbeza dengan lauk pauk di negeri anda. Nama-nama menu popular di sini juga bukanlah sesuatu yang asing seperti aneka gulai, sup daging, sayur mayur, ulam-ulaman, ikan bakar & sebagainya. Manalah tahu, jika anda dari selatan atau pantai timur Semenanjung Malaysia yang sedang bercuti di Alor Setar bersama ibu bapa yang mungkin alahan dengan citarasa menu makanan berempah seperti nasi kandar, bolehlah bawa mereka lunch di Restoran Sri Pumpong.
Restoran ini terletak kira-kira 5 km ke utara pusat bandar Alor Setar & sangat mudah untuk anda terokai kerana lokasinya hanya di tepi jalan besar. Ruangan kedai makan ini tidaklah terlalu besar & memandangkan ianya merupakan salah satu tempat makan popular di Alor Setar, maka waktu lunch hour memang agak sesak dengan kehadiran pekerja-pekerja setempat. Jadi, carilah masa sebelum atau selepas waktu lunch hour jika tidak mahu bersesak & beratur panjang ketika menjamu selera di Restoran Sri Pumpong ini.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Restoran Sri Pumpong, Alor Merah, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Sri Pumpong
- Sabtu-Khamis
- tengahari-petang
- Jumaat
- tutup
16. Restoran TOP Alor Setar
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah lagi kedai makan di Alor Setar yang menjanjikan santapan berupa nasi campur & pelbagai menu lauk pauk tradisional Melayu yang sangat banyak pilihannya. Jika anda dalam situasi tidak tahu nak makan apa pada waktu tengahari, cubalah bertandang ke Restoran TOP Alor Setar ini & melihat deretan tray-tray lauknya yang pasti akan menambat hati serta selera anda. Restoran ini memang sudah lama berniaga di sini & salah satu tempat makan tengahari di Alor Setar yang ideal untuk anda sekeluarga mencuba lauk pauk kampung versi orang Kedah.
Lebih menarik, ikan bakar di sini juga sangat segar & menu yang menjadi signature dish di Restoran TOP Alor Setar adalah ikan bawal goreng atau bakar. Dimakan bersama nasi panas-panas, ada ulam ulaman, aneka kerabu, sambal belacan & sambal kicap bawang berlada, semestinya menjadi satu kombinasi ‘meletup’ untuk anda rasai sendiri pada waktu lunch. Restoran ini sangat luas, lapang & mempunyai suasana terbuka yang sangat selesa untuk anda menjamu selera dalam kumpulan yang besar bersama keluarga.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6019-4193030 |Â Facebook
- Restoran TOP Alor Setar, Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran TOP Alor Setar
- Sabtu-Khamis
- 8 am – 5 pm
- Jumaat
- tutup
17. Restoran 5 Utara
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Nama Restoran 5 Utara memang cukup terkenal di kalangan warga setempat sebagai tempat dinner atau lunch yang sedap & menghidangkan masakan panas ala Thai. Kalau nak tahu, Restoran 5 Utara juga merupakan salah satu tempat makan best di Jitra & juga merupakan cawangan asalnya. Bagi anda yang melancong ke Alor Setar, jangan bimbang kerana terdapat juga cawangan Restoran 5 Utara di Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa & berdekatan dengan Aeon Alor Setar. Pilihan menu lauk masakan ala Thai di sini juga sangat bervariasi sama ada goreng-gorengan, ikan bakar, ikan masak steam, aneka kerabu, tom yam & macam-macam lagi.
Ruangan kedai makan ini juga sangat luas & mempunyai dekorasi yang menarik serta ideal untuk dijadikan destinasi makan malam istimewa bersama keluarga atau pun ibu bapa. Restoran 5 Utara juga mempunyai pelayan yang ramai & beberapa tukang masak yang pasti akan membuatkan servis penyediaan makanan anda siap dengan cepat walaupun pada waktu puncak. Jika anda ingin makan tengahari atau malam dengan menu masakan panas ala Thai, servis yang pantas & ruangan kedai makan yang selesa, sangat disyorkan untuk terjah ke Restoran 5 Utara ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 604-7321555
- Jalan Gangsa, Kampung Gunung Sali, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran 5 Utara Alor Setar
- Dibuka setiap hari
- 11.30 am – 11.00 pm
18. Wan Roti Canai Beratur
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jika di Penang terkenal dengan Nasi Kandar Beratur yang terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling, di Kedah pula ada Wan Roti Canai Beratur. Walaupun kedua-dua destinasi ini menghidangkan menu makanan yang berbeza tetapi ada 2 persamaan. Pertama, kalau nak makan wajib kena beratur untuk order & kedua, beroperasi pada sebelah malam. Jika anda mencari menu destinasi makan menarik di Alor Setar waktu malam yang sudah lama terkenal & menawarkan menu makanan santai sebegini, cubalah berkunjung ke Wan Roti Canai Beratur ini. Dari segi populariti, tanya sahaja orang Alor Setar, destinasi ini pasti menjadi tempat makan menarik di Alor Setar yang tidak asing lagi bagaikan populariti sebuah kereta Perodua Myvi di atas jalanraya.
Pengalaman makan di sini memang berbeza berbanding kedai makan lain yang menghidangkan roti canai. Kedai makan yang statusnya ‘warung tepi jalan’ ini memerlukan anda datang untuk beratur, tulis order, menunggu makanan siap, ambil roti canai sendiri, potong sendiri & ceduk kuah sendiri. Satu pengalaman yang unik bukan ? Walaupun ianya sebuah warung tepi jalan, tetapi sering menjadi kunjungan pelancong & juga warga setempat. Pilihan roti canai di sini juga banyak variasinya seperti roti canai masala, roti canai bawang, roti canai kaya & sebagainya. Jika anda seorang pelancong yang malas beratur & malas 100% self service, ini bukanlah destinasi yang disyorkan, namun jika anda seorang pelancong yang sempoi & suka ‘jalan jalan cari makan’ dengan gaya orang setempat, sangat disyorkan untuk anda datang terjah ke Wan Roti Canai Beratur.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Wan Roti Canai Beratur, Taman Datuk Kumbar, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Warung Wan Roti Canai Beratur
- Dibuka setiap hari
- sesi 1:
- 5.30 pm – 6.30 pm
- sesi 2:
- 8.30 pm – 12.00 am
- sesi 1:
19. Awi Pulut
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Menu utama di destinasi ini adalah pulut. Pulut bukan sahaja menu makanan yang terkenal di pantai timur, tetapi turut terkenal di Kedah & merupakan salah satu makanan tradisi yang sangat ideal untuk anda cuba sekiranya ingin menjamu selera dengan gaya orang setempat. Di sini, terdapat pelbagai jenis pulut seperti pulut mangga, pulut durian, pulut kahwin, pulut kuning, pulut ayam berempah & sebagainya. Walaupun ianya sebuah warung yang dari luar biasa-biasa sahaja, namun popularitinya sangat luar biasa & tempat makan ini juga pernah menjadi salah destinasi terjahan dalam program Jalan Jalan Cari Makan di Alor Setar oleh TV3.
Selain itu, walaupun makanan berpulut ini boleh dikatakan makanan santai petang, tetapi cukup mengenyangkan seperti makan nasi. Memandangkan Awi Pulut ini dibuka dari pagi sampai ke petang, anda boleh ke sini sama ada untuk breakfast, lunch, brunch atau pun minum petang. Setiap hidangan pulut juga akan didatangkan dengan sos pencicah seperti kuah santan yang akan memberikan rasa lemak yang sedap sampai terpejam mata. Jika pulut bukanlah menu kegemaran anda, jangan risau kerana terdapat juga menu nasi ayam berempah yang tidak kurang menariknya. Jika ingin makan pulut durian, perlu datang ke sini pada musim durian. Satu tempat makan best di Alor Setar yang sangat santai & sesuai untuk anda menyelami keunikan menu makanan orang setempat ketika bercuti ke Kedah.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6012-5969199
- Awi Pulut, Gerai buah, jalan langgar alor, 05100, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Awi Pulut
- Sabtu-Khamis
- 8.30 am – 6.30 pm
- Jumaat
- tutup
20. Singgah Rasa Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jika anda bercuti di Alor Setar dalam tempoh yang lama, mungkin akan ada waktu & ketikanya teringin mencari menu makanan yang lain daripada lain. Apa kata cuba bertandang ke Singgah Rasa Cafe yang menyediakan menu makanan dengan citarasa orang Pakistan dengan harga yang sangat berpatutan. Resoran terbuka & santai ini merupakan satu kedai makan di Alor Setar yang ideal untuk anda makan malam dengan menu makanan seperti nasi beriyani Pakistan, nan, qeema, homemade pizza & sebagainya. Sama ada menu berat atau ringan, Singgah Rasa Cafe pasti ada jawapan yang ideal dengan selera anda.
Walaupun nama menu di sini bukanlah satu benda yang asing, tetapi suntikan resepi dari Pakistan memang akan menghasilkan menu berkuah seperti kari atau gulainya yang sangat berbeza berbanding kedai mamak. Salah satu menu yang menjadi buruan pengunjung di sini adalah cheese nan meleleh, yang merupakan roti nan atau roti tempayang yang kaya dengan isi keju mozarella yang sangat menyelerakan ketika dimakan panas-panas. Lokasinya sangat mudah untuk diakses dari Bandar Alor Setar & hanya 3 minit memandu dari susur keluar Tol Alor Setar (Selatan) di Lebuhraya Utara Selatan. Jika berkebetulan anda lalu di kawasan ini, sangat disyorkan untuk cuba menu makanan ala Pakistan yang sangat jarang boleh didapati di tempat makan lain di Alor Setar.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6014-9098910 |Â Facebook
- Waktu Operasi Singgah Rasa Cafe, 219, Jalan Tandop, Titi Keliling, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Singgah Rasa Cafe
- Dibuka setiap hari
- 5 pm – 1 am
21. Warung Klasik
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sebuah tempat makan di Kedah yang sangat popular sejak zaman berzaman dengan menu tradisional orang Kedah, iaitu lempeng kelapa. Di dalam bahasa setempat, lempeng ini dikenali sebagai pek nga & merupakan makanan pembuka selera untuk memberi tenaga kepada pesawah-pesawah dari dahulu sehinggalah sekarang. Hidangan pek nga di sini dimakan bersama dengan kuah gulai ikan kembung & apa yang unik, pek nga di sini disediakan dengan menggunakan isi kelapa muda bagi menghasilkan tekstur lempeng yang lembut & lazat. Selain pek nga kosong, terdapat juga variasi pek nga lain seperti pek nga pisang. Jika lempeng tidak boleh mengenyangkan anda, terdapat juga nasi lemak & pulut kelapa iaitu satu lagi menu tradisional orang Kedah untuk sarapan pagi.
Lokasi Warung Klasik ini agak jauh sedikit dari Bandar Utama Alor Setar sekitar 8 km. Jika anda ingin berkunjung ke Muzium Padi Alor Setar melalui Jalan Tungku Abdul Rahman, sangat disyorkan untuk singgah di sini untuk breakfast dalam misi anda sebagai seorang pelancong luar yang ingin menikmati juadah orang setempah. Ruangan kedai makan di sini sangat santai, mempunyai senibina ukiran kayu tradisional memukau & konsep warungnya juga terbuka seperti mana-mana warung kampung lain, sekali gus membangkitkan lagi perasaan bagaikan sedang bersantapan di sebuah kawasan desa dengan gaya petani setempat. Memandangkan destinasi ini merupakan tempat makan menarik di Alor Setar yang sangat popular, disyorkan untuk datang ke sini awal pagi kerana kebiasaannya akan cepat habis.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6011-24147428 |Â Facebook
- Warung Klasik, Jalan Tungku Abdul Rahman (Jalan Kangar – Alor Setar), F 161, Jalan Putra KM 8.4, Kampung Padang Lalang, 06250, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Warung Klasik
- Khamis-Selasa
- 7.30 am – 1.00 pm
- Rabu
- tutup
22. Restoran Mee Sham Roti Doll
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jika anda seorang peminat menu masakan mamak, masakan ala Thai & western food, destinasi ini adalah restoran menarik di Alor Setar yang paling tepat untuk anda terokai. Dalam satu destinasi sahaja, anda boleh pilih 3 jenis masakan yang berbeza. Seperti tersingkap pada namanya, menu utama di sini yang sering menjadi buruan pengunjung adalah roti doll atau bahasa mudah, roti canai kuah banjir Kedah style. Seperti mana-mana restoran popular di Alor Setar yang lain yang popular dengan roti doll, destinasi ini juga ada peminat tegarnya sendiri sama ada di kalangan warga setempat atau pelancong luar.
Pilihan menu makanan di sini juga sangat banyak & pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih juadah santapan sebaik melihat buku menu makanannya. Sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam, Restoran Mee Sham Roti Doll adalah salah satu destinasi ideal untuk anda selami keunikan makanan popular orang setempat, sekali gus memenuhi objektif percutian anda di Kedah untuk makan dengan gaya orang utara. Ruangan kedai makan ini sangat lapang, luas & mempunyai ramai pekerja yang membuatkan proses untuk order sehinggalah penyediaan makanan menjadi lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 604-7310509 |Â Facebook
- Restoran Mee Sham Roti Doll, A-1 Batu 3 1/2 Alor Pier Jalan Gunung 05150, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Mee Sham Roti Doll
- Sabtu-Khamis
- 7 am – 9 pm
- Jumaat
- tutup
23. Medan Selera PKNK
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Anda pelancong yang bagaimana ? Adakah sukakan merasai menu makanan di gerai-gerai & suka selami budaya orang setempat ? Jika ya, cubalah berkunjung ke Medan Selera PKNK yang menempatkan deretan gerai-gerai yang masing-masingnya menjual aneka juadah mengikut kepakaran masing-masing. Jika anda bercuti di Alor Setar secara bajet, ingin tempat makan yang murah, banyak pilihan makan & mudah diakses, ini adalah jawapannya. Antara menu-menu makanan popular yang boleh didapati di sini adalah laksa Kedah, nasi campur, sup utara, cucur udang, laksa Hat Nyai & macam-macam lagi.
Pendek cerita, jika ini adalah kali pertama anda bercuti di Kedah & ingin mengenali menu-menu makanan kenegerian orang Kedah, sangat disyorkan untuk anda mulakan pengembaraan di Medan Selera PKNK. Dalam satu destinasi sahaja, anda boleh kenali banyak makanan kenegerian orang Kedah di sini. Medan selera ini bukanlah mewah seperti di restoran & ianya merupakan medan selera tepi jalan yang terbuka serta santai-santai sahaja. Jika anda sedang berbulan madu di Alor Setar & mendambakan suasana kedai makan yang romantis, ini bukanlah jawapannya. Tidak kira sama ada pagi, tengahari, petang atau malam, destinasi ini sangat disyorkan untuk pelancong lawati pada bila-bila masa sahaja.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Medan Slera PKNK, Jalan Tun Razak, Taman Pknk, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Medan Selera PNKNK
- Dibuka setiap hari
- 7 am – 11 pm
*hari Jumaat, hanya beberapa gerai sahaja yang beroperasi
24. Fullamak Sup Tanjung Bendahara
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Mana-mana negeri anda melancong dalam Malaysia, pasti ada menu hidangan bersup dengan versi kenegerian masing-masing. Jika anda belum pernah cuba sup versi orang utara, cubalah bertandang ke kedai makan Fullamak Sup Tanjung Bendahara yang terletak di Kampung Pegawai. Destinasi ini merupakan sebuah kedai makan di Alor Setar yang sudah lama beroperasi & mempunyai ramai peminat setianya. Pilihan sup-sup di sini juga agak banyak seperti sup ayam, sup daging, sup ekor, sup perut & yang paling ‘rare’, sup rusa.
Jika anda suka merasai menu makanan unik ketika bercuti, cubalah rasai sendiri keenakan sup rusa di Fullamak Sup Tanjung Bendahara ini. Kedai makan malam ini juga menyediakan masakan panas & goreng-gorengan yang sesuai untuk anda makan bersama sup seperti kuey teaw goreng, nasi goreng & sebagainya. Makan makanan yang panas-panas & dijamu pula dengan minuman seperti coconut shake atau air tebu yang sejuk, pasti akan menjadi satu kombinasi terbaik untuk acara makan malam anda di destinasi ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6013-4445100 |Â Facebook
- Fullamak Sup Tanjung Bendahara, Kampung Pegawai, 05300 Alor Setar, Kedah
- malam
25. Roti Jala Stadium
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Pernah rasa kesedapan roti jala durian ? Jika belum, cubalah bertandang ke sini untuk rasai sendiri keunikan roti jala yang pasti memberikan anda satu rasa yang baru dalam kembara hidup anda. Warung roti jala ini terletak di Stadium Darul Aman & merupakan salah satu tempat sarapan pagi di Alor Setar yang sangat popular di kalangan orang setempat. Warung terbuka ini & menggunakan konsep layan diri, sangat ideal untuk anda breakfast dengan menu yang tidaklah berapa berat, tetapi cukup mengenyangkan.
Setiap hidangan roti jala akan dijamu dengan semangkuk kuah kari pekat yang menjadi kombinasi terbaik untuk santapan anda. Selain roti jala, terdapat juga menu-menu sarapan pagi lain yang tidak kurang menariknya seperti roti canai, roti bakar, lontong & sebagainya. Ruangan kedai makan ini tidaklah terlalu besar & sesuai untuk pelancong-pelancong yang bercuti di Alor Setar secara bajet bersarapan pagi. Jika datang waktu puncak di sini, adalah lumrah sekiranya terpaksa beratur panjang & menunggu lama sedikit makanan anda siap. Almaklumlah, status kedai makan di Alor Setar yang dikatakan tahap ‘legend’, jadi perlulah bersabar kalau lama sedikit dapat makanan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6011-26447851 |Â Facebook
- Roti Jala Stadium Darul Aman, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Roti Jala Stadium Darul Aman
- Selasa-Ahad
- 7 am – 1 pm
- Isnin
- tutup
26. Nasi Tomato Majeed
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Jika anda menginap di salah sebuah hotel popular di Alor Setar iaitu Royale Signature Hotel, bolehlah berkunjung ke sini hanya dengan jalan kaki sahaja untuk menikmati menu nasi tomato & juga aneka lauk pauk seperti kari ikan, kari daging, kari kambing atau pun ayam masak merah. Hidangan lauk pauk di sini mempunyai citarasa yang terarah kepada lauk pauk nasi kandar & Indian cuisine. Jika anda peminat tegar nasi kandar atau seorang pelancong dari Penang atau Selangor, cubalah datang ke sini untuk merasai keunikan nasi tomato versi orang Kedah.
Lebih menarik, restoran ini dibuka seawal waktu subuh sekitar 6.00 pagi sehinggalah ke tengahari. Jika waktu pagi anda sudah mengidam hendak makan makanan berat, bolehlah bertandang ke sini. Ruangan kedai makan di Restoran Nasi Tomato Majeed tidaklah terlalu besar & pada waktu puncak terutamanya lunch hour, boleh agak sesak juga. Lokasinya juga sangat strategik di tengah bandar, dikelilingi banyak hotel-hotel menarik & berdekatan dengan majoriti tempat-tempat menarik di Alor Setar yang sering menjadi kunjungan pelancong seperti Menara Alor Setar, Masjid Zahir & Istana Kuning.
Peta Lokasi |Â Jarak
- Restoran Nasi Tomato Majeed, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi Restoran Majeed
- Dibuka setiap hari
- 6.00 am – 3.00 pm
Unik bukan menu-menu menarik yang terdapat di Alor Setar ? Pelbagai latar belakang makanan yang boleh anda cuba ketika bercuti di Alor Setar baik makanan tradisional Melayu, makanan orang Thailand & juga menu makanan India. Pilihan makanan yang mungkin jarang-jarang dijumpai di tempat lain juga tidak kurang banyak variasinya untuk seorang pelancong luar rasai sendiri keunikannya seperti roti doll, laksa Siam, laksa Kedah, anek pulut, pek nga & macam-macam lagi.
Di mana-mana jua anda menginap di hotel-hotel dalam Bandar Alor Setar, kesemua tempat makan menarik di Alor Setar di atas boleh diakses dengan mudah tanpa perlu memandu jauh. Lebih menarik, lokasi Alor Setar juga tidak jauh dari Kuala Kedah & bolehlah anda mencari keenakan makanan di sana yang turut mempunyai beberapa restoran menarik untuk memenuhi agenda makan-makan anda di Kedah.
Akhir kata, semoga perkongsian 25+ tempat makan menarik di Alor Setar, Kedah seperti di atas akan memudahkan penerokaan anda ketika bercuti di Negeri Jelapang Padi ini. Selamat jalan jalan cari makan di Alor Setar, Kedah. Wassalam.
Ampang bay
Restoran 5 utara tu chinese kot
Tempat mkn dlm bandar AS yg best2 kat mana…
Kat kedai Mee udang berasap lepai dekat hutan kampung..lunch sgt2 best ..byk pilihan lauk n ikan /ayam/sotong bakar..bihun sup daging tmpatan pun Ada waktu lunch. Mee udang pun Ada ..minuman teh o ais,Oren ais percuma ..special gulai kambing, itik everyday ada.
Servis nya macam mana ya? Sebab banyak dapat complaint yang diorang serve lambat dan staff macam acuh tak acuh saja. Risau pulak nak pergi.
Lunch kat Tok Jamat kedai dalam kampung.
Olala cendol takdak pon?
Mene lain dari lain wajib kena cuba..