Tempat Makan Best di Kedah – Maggi Dapur Arang Changlun

Maggi Dapur Arang Changlun

Table of Contents

Mi segera yang lebih dikenali sebagai maggi oleh segelintir rakyat Malaysia. Jenama maggi tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia sejak zaman 90-an lagi. Rakyat Malaysia amat menggemari maggi kerana rasanya yang sangat sedap dinikmati bila-bila sahaja. Namun, tidak disangka terdapat Warung Maggi Dapur Arang di Changlun. Warung ini terletak di tepi lebuhraya utama Changlun-Kuala Perlis. Warung ini masih baharu dibuka pada pertengahan bulan 10, 2022 dan dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Puan Zairina dah Encik Badrul. Nampak seperti warung biasa tepi lebuhraya tetapi mempunyai keistimewaan luar biasa.

Hanya Warung Kuning Tepi Jalan Menjanjikan Keindahan Luar Biasa

Maggi Dapur Arang Changlun

Warung yang berkonsepkan “stop eat and go” dimana ia menyajikan makanan yang tidak berat kerana hanya maggi sahaja. Menu utama maggi kerana maggi sangat terkenal dalam golongan pelajar dan orang awam akan tetapi Warung Maggi Dapur Arang membawa konsep maggi yang dimasak menggunakan dapur arang dimana ia membawa keunikan yang tersendiri untuk menarik minat pelanggan ditambah dengan rempah dan adunan sos “homemade”.

Sotong Jahat Mampu Menggoda Semua Penggemar Mi Segera

Maggi Dapur Arang Changlun

Ada pelbagai pilihan jenis maggi yang disediakan di sini. Paling menarik perhatian kebanyakkan masyarakat di sini semestinya Maggi Sotong Jahat. Perisa maggi yang diolah dengan pes buatan sendiri resepi Puan Zairina. Saiz sotong jahat yang sangat besar di dalam hidangan maggi berkuah “homemade” telah viral di TikTok.

Sebenarnya maggi dapur arang sudah lama wujud di Terengganu dan jugak Kelantan, tetapi tidak pula ada di sebelah utara, jadi kami menggunakan peluang yang ada untuk mewujudkan sebuah warung maggi dapur arang di sebelah utara. – Puan Zairina

Hidangan Lauk Lain Yang Tidak Kurang Hebatnya

Antara maggi lain selain sotong jahat. Penggemar maggi juga boleh menikmati maggi telur, maggi ayam, maggi sotong, dan maggi telur sotong. Menu-menu ini bermula dengan harga RM5 yang sangat berpatutan dengan rasa yang dijanjikan. Warung ini juga turut menjual pelbagai jenis minuman untuk dinikmati bersama maggi.

Pasti anda sudah terliur kerana membayangkan rasa maggi di Warung Maggi Dapur Arang di Changlun. Jangan tunggu lagi, anda boleh singgah sahaja kerana warung ini terletak di tepi lebuhraya. Mudah untuk membeli secara makan di warung atau bungkus.

Disini saya sertakan alamat dan waktu berniaga warung. Saya nasihatkan anda singah pada masa yang tepat, agar tidak terlepas menikmati keunikkan rasa maggi di sini.

Alamat: Maggi Dapur Arang, Selepas Petronas Changlun, Lebuhraya Changlun- Kuala Perlis, 06010 Changlun, Kedah.

Waktu Operasi: Khamis-Selasa (5.30pm-11.30pm), Tutup Rabu

Lokasi | Tel: 0138794069

Artikel disumbang oleh: Hazwani Binti Idris, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kejuruteraan Keusahawanan), Universiti Malaysia Perlis

5/5 - (8 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 29 May, 2015
Ingin mencari idea destinasi menarik untuk acara ‘jalan jalan cari makan’ anda di Alor Setar? Teruskan membaca untuk...
  • 14 Aug, 2015
Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi dan menginap di rumah tradisional tidak akan lengkap tanpa mengisi perut...
  • 25 Feb, 2022
Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang....
  • 28 Feb, 2022
Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia....
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination