Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Pilihan Homestay Terbaik di Changlun!

 

Percutian istimewa ke destinasi pilihan merupakan impian yang diimpikan oleh setiap individu. Bagi anda yang sedang merancang percutian, kami pasti Changlun merupakan antara destinasi menarik yang pastinya memenuhi citarasa anda. 

Namun, percutian yang sempurna tidak akan lengkap tanpa penginapan yang selesa. Kami pasti ianya merupakan sesuatu yang sukar buat anda dalam membuat pilihan untuk memilih homestay yang menarik untuk dikunjungi. Jangan risau! Di sini kami sediakan anda dengan lapan pilihan homestay di Changlun. Semoga bermanfaat!

8 Homestay di Changlun


1. Sohor Homestay Changlun, Taman Merbau

Sohor Homestay Changlun, Taman Merbau

JIka anda sedang mencari tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan, Sohor Homestay ini adalah penyelesaian kepada masalah anda. Bermula dengan harga hanya serendah RM180 semalam, homestay ini menjanjikan keselesaan buat anda! 

Istimewanya homestay ini adalah, ia mampu memuatkan sehingga lebih dari sepuluh orang. Menarik bukan? Jika anda datang bersama keluarga yang ramai, kami pasti anda akan berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh homestay ini! Hadir dengan empat bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa, anda tidak perlu ragu-ragu lagi. Klik segera nombor di bawah untuk membuat tempahan!

Alamat: 94, Lorong Merbau 4, Taman Merbau, 06010 Changlun, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Sohor


2. Azzalea Homestay Changlun, Taman Jelutong

Azzalea Homestay Changlun, Taman Jelutong

Merupakan rumah teres satu tingkat dan mempunyai tiga bilik yang dilengkapi pendingin hawa, homestay di Changlun ini pastinya menjadi pilihan buat mereka yang berkunjung. Kebiasaannya mereka yang memilih untuk menetap di sini adalah mereka yang dtang beramai-ramai untuk menghantar anak merek ake universiti. Hal ini kerana, homestay ini terletak berdekatan dengan UUM dn juga UniMAP. 

Selain itu, homestay ini mendapat tempat di hati para pengunjung kerana tempat tidurnya yang selesa dan bersih, di samping terdapat pelbagai kemudahan lain yang terdapat di kawasan sekitar seperti  dobi dan kedai makan. Bagi anda yang merancang untuk datang ke Changlun, anda boleh mencuba untuk menginap di sini!

Alamat: 289, Lorong Jelutong 2/5, Taman Jelutong, 06010 Changlun, Kedah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Azzalea


3. Arsyad Homestay Changlun, Taman Jati

Arsyad Homestay Changlun, Taman Jati

Terletak di Taman Jati Fasa Baru, Arsyad Homestay ini terdiri daripada empat buah homestay yang terletak secara menyebelah. Lokasinya yang strategik dan berhampiran dengan Bandar Changlun menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang berkunjung ke sini. Bagi mereka yang bercadang untuk menetap lama, anda tidak perlu risau kerana homestay ini dilengkapi dengan mesin basuh serta ruang dapur yang cukup luas. 

Menariknya, homestay ini turut dilengkapi dengan ‘smart TV’ di mana anda boleh bersantai sambil menikmati rancangan kegemaran anda. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pula, homestay ini pastinya disukai oleh anak anda kerana terdapat taman permainan di hadapan kawasan rumah. Apa tunggu lagi, klik sahaja nombor di bawah dan tempahlah sekarang!

Alamat: No 125 & 126 Jalan Jati 6, Jalan Titi Kerbau, Taman Jati, 06010 Changlun, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

 WhatsApp Arsyad


4. Homestay Dusun Rizqi, Kampung Guar Batu Hitam

Homestay Dusun Rizqi, Kampung Guar Batu Hitam

Lihat saja pada luarannya, sudah tentu anda akan terpukau dengan keunikan dan kemudahan yang disediakan di sekitarnya. Jika anda ingin mengadakan aktiviti seperti ‘Hari Keluarga’ dan bercadang untuk melakukan pelbagai aktiviti, kami pasti Homestay Dusun Rizqi ini merupakan pilihan yang tepat. 

Selain itu, anda juga dapat merasakan suasana seperti berada di kampung halaman, di samping dapat bermain pelbagai jenis permainan tradisional yang disediakan. Menariknya lagi, homestay ini mempunyai kolam renang yang luas dan besar untuk anda bermandi, dan juga mempunyai mini zoo dengan pelbagai jenis binatang jinak seperti ayam, itik dan burung. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik sahaja laman web di bawah. 

Alamat: Jalan Changlun, Kampung Guar Batu Hitam, 06200 Kodiang, Kedah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Dusun Rizqi


5. Aushaf Homestay Changlun, Taman Mahogany

Aushaf Homestay Changlun

Aushaf Homestay menawarkan bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa sesuai untuk mereka yang ingin menginap bersama keluarga. Kebanyakan pengunjung yang telah menginap di sini memberikan respon yang positif dan berhasrat untuk mengunjunginya lagi pada masa akan datang. Cukup meyakinkan bukan? 

Homestay ini terbukti sangat bersih dan selesa untuk didiami. Jangan terkejut, walaupun kualitinya amat ‘tiptop’, namun harganya sangat berpatutan. Jadi, anda tidak perlu runsing lagi untuk membuat pilihan, tempah saja Aushaf Homestay ini!

Alamat: No. 40 & 41, Jalan Mahogany 2, Taman Mahogany,, Jalan Titi Kerbau,, 06010 Changlun, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Aushaf


6. Iman Homestay Changlun, Taman Merapuh

Iman Homestay Changlun, Taman Merapuh

Homestay ini terletak berhadapan dengan Kolej Matrikulasi Kedah, dan ia merupakan sebuah rumah semi-d yang menawarkan anda penginapan yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Istimewanya homestay ini, disebabkan jaraknya yang sangat hampir dengan Kolej, maka homestay di Changlun ini selalu ditempah oleh para pelajar. 

Namun begitu, jika anda kekosongan anda boleh datang dan menginap di sini dan ianya sangat sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga kerana homestay ini mempunyai sebanyak tiga bilik. Dari segi kebersihan pula, anda tidak perlu risau kerana homestay ini akan sentiasa dibesihkan. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu, klik sahaja nombor di bawah untuk membuat tempahan!

Alamat: 18, Jalan Merapuh 3, Taman Merapuh, 06010, 06010 Changlun, Kedah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Iman


 7. Zaida Homestay Changlun, Taman Sri Meranti

Zaida Homestay Changlun, Taman Sri Meranti

Lokasinya yang berhampiran dengan bandar dan berdekatan jalan besar serta kedai runcit menjadikannya sering dipilih sebagai pilihan utama. Zaida Homestay ini mempunyai tiga bilik tidur yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas. Homestay ini menjanjikan anda keselesaan dan suasana yang tenang. 

Jika anda mecari homestay yang selesa dan lokasi yang strategik, kami pasti homestay ini pastinya akan menjadi kegemaran anda kerana ianya menepati citarasa anda. Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan, anda boleh klik nombor di bawah.

Alamat: Taman Sri Meranti, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Kedah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Zaida


 8. Maisarah Homestay Changlun, Kampung Tradisi Lembah Keriang

Maisarah Homestay Changlun, Kampung Tradisi Lembah Keriang

Sering dipuji kerana mudah untuk berurusan di samping tuan rumahnya juga yang bersifat mesra dan peramah. Salah satu tarikan yang disediakan oleh homestay ini adalah, ianya mempunyai bilik khas untuk mereka yang ingin menonton wayang dan sesi karaoke. Tambahan pula, jika anda membawa anak-anak kecil, mereka pastinya akan tertarik dengan kolam renang yang disediakan.

Homestay yang tampak mewah dan selesa ini pastinya membuatkan anda ingin menginap lagi di pada masa akan datang. Buat anda yang merancang untuk menginap di sini, kami sarankan untuk hubungi mereka terlebih dahulu kerana homestay ini sering penuh terutama ketika musim cuti sekolah!

Alamat: 57, Jalan Keriang Permai 3, Kampung Tradisi Lembah Keriang, 06010 Changlun, Kedah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Maisarah


Dengan adanya senarai homestay Changlun ini, kami harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat. Kami faham bahawa pelbagai faktor perlu dititikberatkan dalam memilih tempat penginapan yang terbaik. Semoga artikel ini dapat membantu anda merancang percutian yang menyeronokkan!

Jika anda juga sedang mencari homestay yang selesa di sekitar Kota Bharu, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Makan Best di Kedah – Maggi Dapur Arang Changlun

Mi segera yang lebih dikenali sebagai maggi oleh segelintir rakyat Malaysia. Jenama maggi tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia sejak zaman 90-an lagi....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x