Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kota Bharu bukan sahaja banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati malah makanan tempatan yang ada di sini sememangnya sedap dan murah-murah.

Antara tempat tarikan di Kota Bharu ini seperti Pasar Wakaf Che Yah, Bazaar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah dan banyak lagi. Di Kota Bharu juga terdapat banyak muzium-muzium yang boleh anda lawati untuk melihat peninggalan sejarah di sini. Tidak cukup dengan itu, anda juga jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pantai-pantai sekitar sini. Anda pastinya akan tertarik dan terpegun dengan deruan ombak china selatan dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Dah kalau pergi melancong ke Kota Bharu ni mestilah nak pergi beberapa hari kan? Oleh itu, kami telah menyediakan satu senarai homestay yang boleh anda pilih jika ke sini.

10 Homestay di Kota Bharu


1. Ahmad Homestay D’Perdana Kota Bharu

Ahmad Homestay

Terletak di bangunan tertinggi di Kelantan, Ahmad Homestay ini berlokasi di Troika Residence yang berada betul-betul di tengah bandar. Homestay yang berada di aras 12 ini pastinya akan menghidangkan anda sebuah pemandangan Kota Bharu yang sedang pesat membangun.

Ahmad Homestay yang mampu menampung sekitar 4 hingga 5 orang ini menyediakan 2 buah katil bersaiz king untuk keselesaan anda. Terdapat juga toto, bantal dan selimut  tambahan jika anda perlukan lebih kemudahan ini untuk tidur yang lena. Pelbagai kemudahan yang boleh anda dapati di homestay ini termasuklah kemudahan dapur bersama pekakasnya, televisyen beserta sofa di ruang tamu dan parkir juga turut tersedia untuk anda.

Tentang keselamatan, anda tidak perlu risau kerana homestay ini dikawal 24 jam secara ketat. Selain itu, di level keenam terdapat taman permainan kanak-kanak. Jadi anda dan anak-anak tidak akan bosan apabila menginap di homestay ini. Yang pastinya, terdapat sebuah kolam renang yang luas dan bersih di bawah homestay jika anda hendak berenang.

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-7630249

Whatsapp Ahmad Homestay


2. Nadz Homestay

Nadz Homestay

Kemudahan yang disediakan Nadz Homestay membuatkan anda berasa duduk di rumah sendiri. Kemudahan dapur yang lengkap dengan pelbagai perkakas untuk memasak pastinya akan memudahkan percutian anda. Apa saja perkakas yang tidak ada di Nadz Homestay, peti sejuk, periuk nasi, pembakar roti, cerek elektrik dan dan lain-lain perkakas turut tersedia untuk kegunaan anda. Ruang dapurnya juga luas dan boleh menampung sebilangan tetamu.

Jika bahagian dapur sahaja sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan, apatah lagi bilik tidurnya. Nadz Homestay mempunyai 3 bilik tidur di mana setiapnya dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari dan meja solek. 2 daripada 3 bilik tidur ini diletakkan pendingin hawa manakala sebuah lagi terdapat kipas syiling dan kipas berdiri. Terdapat 2 buah bilik air di mana kedua-duanya dilengkapi dengan pemanas air. Jadi anda dapat membersihkan badan dalam keadaan selesa.

Yang pastinya tarikan di Nadz Homestay ialah kerana terdapat kolam renang. Jadi anda dan anak-anak anda boleh meluangkan masa untuk melakukan aktiviti renang di penginapan ini.

Alamat: No 406-B, Lorong Sentosa, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9964396

Whatsapp Nadz Homestay


3. Damai Homestay

Damai Homestay

Homestay yang diberi nama Damai Homestay ini boleh memuatkan sehingga 11 orang tetamu dalam satu masa. Rumah homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur dan juga 2 buah bilik air. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil yang bersaiz queen atau single mengikut kepada keluasan bilik. Antara kemudahan yang tersedia di homestay ini seperti televisyen, pendingin hawa, mesin basuh, seterika dan juga peti sejuk. Dengan pelbagai kemudahan ini, anda pastinya akan berasa selesa untuk menginap di rumah ini.

Kawasan luar rumah yang luas juga turut membolehkan anda meletakkan kereta di dalam kawasan rumah yang berpagar. Selain itu, terdapat laman di tepi rumah untuk anda melakukan aktiviti atau sebagainya. Lokasi homestay yang dekat dengan pusat bandarraya juga memudahkan anda untuk melawati tempat-tempat menarik di Kota Bahru.

Alamat: Lot 1530, Jalan Tanjung Chat 5/48, Kampung Tanjung Chat, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3845631


4. Aina Guest House

Aina Guest House

Aina Guest House lengkap dengan pelbagai kemudahan yang pastinya akan memudahkan anda sepanjang menginap di sini. Rumah yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini boleh memuatkan sehingga 10 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik tidur tersedia katil yang bersaiz queen dan juga almari baju untuk kegunaan penginapnya. Anda sudah tidak perlu berebut dengan yang lain kerana saiz katil yang tersedia sama luasnya.

Ruang dapur juga lengkap dengan kelengkapan dan perkakas dapur jika anda mahu masak di rumah ini. Terdapat juga meja makan dan peti sejuk untuk memudahkan penginapnya jika ingin menyimpan makanan dan minuman dalam keadaan sejuk. Pada bahagian dapur juga turut tersedia untuk anda mesin basuh.

Antara kemudahan lain yang turut ada ialah penghawa dingin, kipas, Wifi dan televisyen yang terdapat di ruang tamu pastinya akan memberikan anda keselesaan untuk menginap di sini.

Alamat: Lot 450 Taman Desa Jaya, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-8146043


5. Villa Qaseh Mama Homestay

Villa Qaseh Mama

Villa Qaseh Mama Homestay yang terletak di Kota Bharu ini mempunyai dua unit homestay. Kedua-dua unit homestay diberi nama sempena nama batu berblian. Satu diberi nama Bilik Delima yang bertemakan warna merah jambu dan satu lagi unit diberi nama Bilik Zamrud yang bertemakan warna hijau.

Dengan harga yang berpatutan, kedua-dua unit ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang sama. Setiap unit memuatkan sebuah ruang tamu yang luas yang dilengkapi dengan sofa, televisyen dan bersiaran Astro. Turut tersedia sebuah bilik air yang lengkap dengan pancuran air panas dan tuala. Terdapat 2 buah katil yang tersedia bersama bantal dan toto lebih untuk anda.

Lokasi homestay juga strategik kerana berada berdekatan dengan lapangan terbang dan hanya memakan masa 10-15 minit pemanduan sahaja. Selain itu, Villa Qaseh Mama Homestay juga turut berdekatan dengan pusat bandar.

Alamat: 1218-A, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9286402

Whatsapp Villa Qaseh Mama Homestay


6. Rayyan Ashraf Homestay

Rayyan Ashraf Homestay

Rayyan Ashraf Homestay menawarkan sebuah penginapan yang selesa, luas dan bersih serta berpatutan dengan harganya. Rumah yang baru dibina kelihatannya berkonsepkan moden. Namun kelengkapan yang tersedia sudah cukup lengkap untuk anda bermalam di sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

Homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan  katil bersaiz queen setiap satunya. 2 buah bilik air yang tersedia turut bersih dan lengkap untuk kegunaan anda. Tersedia juga kemudahan dapur yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan seperti peti sejuk, periuk nasi, pembakar roti dan lain-lain lagi pastinya memudahkan anda untuk menghidangkan makanan semasa percutian.

Kawasan luar homestay yang luas memberikan ruang untuk anda melakukan aktiviti bersama-sama. Selain itu, anda boleh meletakkan kenderaan anda dengan selamat dan berdekatan dengan homestay.

Alamat: 1451 Kg.Peradang, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9003434

Whatsapp Rayyan Ashraf Homestay


7. MJ Homestay New City

MJ Homestay

Homestay yang terletak di Kampung Bayam ini menawarkan sebuah homestay yang bersih dan luas untuk para penginapnya. Selain itu, lokasinya juga berada di kawasan kejiranan yang selamat dan pastinya membawa kepada percutian yang aman. Berada dekat dengan tempat-tempat menarik menjadikan MJ Homestay sentiasa menjadi tumpuan orang untuk menginap.

Banyak kemudahan disediakan di homestay ini. Antaranya ialah ruang dapur yang lengkap dengan perkakas memasak seperti dapur gas, peti sejuk, meja makan, cerek elektrik dan pinggan mangkuk. Jadi anda boleh merancang menu untuk memasak semasa menginap di sini. selain itu, homestay ini turut dilengkapi dengan 4 bilik tidur di mana setiap bilik mempunyai pendingin hawa. Toto tambahan juga turut disediakan secara percuma untuk anda agar dapat berehat dengan selesa.

Homestay ini mempunyai 2 buah ruang tamu di mana salah satu daripadanya ialah ruang bersantai yang hanya menempatkan sofa dan satu lagi merupakan sebuah ruang menonton televisyen. Tempat meletakkan kereta di luar juga luas, di mana 2 buah kereta boleh diletakkan di dalam kawasan berpagar manakala di luar kawasan berpagar boleh memuatkan sehingga 5 buah kereta.

Alamat: Pt 996, Jalan Bayam, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3634651


8. Teratak Tok Wan 1 & 2

Teratak Tok Wan

Teratak Tok Wan berkonsepkan seni bina rumah tradisonal tetapi diterapkan ciri moden apabila rumah ini dibangunkan dengan batu bukannya kayu. Mempunyai dua buah unit di mana kedua-dua belah unit bersebelahan dan berada di dalam kawasan yang berpagar untuk menjaga privasi penginapnya. Kedua-duanya juga terdapat 3 bilik tidur yang mampu memuatkan lebihr daripada 8 orang.

Homestay ini juga turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di homestay-homestay lain. Bilik-bilik tidur yang tersedia turut dilengkapi dengan katil, almari dan meja solek. Ruang tamunya juga luas dan anda boleh duduk bersantai bersama keluarga atau rakan. Oleh kerana rumah ini tinggi, anda dapat menikmati pemandangan kawasan sekeliling homestay yang indah ini. Homestay ini juga mempunyai laman yang luas dan telah didekorasi dengan rumput dan pokok-pokok dengan cantik supaya dapat menaikkan lagi suasana perkampungan Melayu.

Alamat: 2000 &, 2001, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9772245


9. Villa Aliaa Homestay 

Villa Aliaa

Banglo setingkat yang berkonsepkan home sweet home ini menawarkan pakej penginapan yang selesa dan seperti di rumah sendiri. Rumah banglo ini mempunyai 5 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas untuk memberikan anda tidur yang nyaman. Kemudahan dapur yang tersedia memudahkan anda untuk memasak di penginapan ini di samping keluasan ruang dapurnya yang akan memberikan keselesaan kepada anda.

Villa ini mampu memuatkan sehingga 10 hingga 15 orang dalam satu rumah. Pelbagai lagi kemudahan yang tersedia seperti bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air, seterika dan papan seterika, dan televisyen. Tambahan lagi, homestay ini turut menyediakan mesin basuh dan mesin pengering yang pastinya akan memudahkan urusan anda semasa bercuti.

Harga diskaun juga akan diberikan kepada anda yang menginap lebih daripada 2 hari di homestay ini. Jangan lepaskan peluang untuk menginap di Villa Aliaa Homestay apabila anda ke Kota Bharu.

Alamat: 3706, Jalan Tok Hakim, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-4448444


10. Mizah Homestay

Mizah Homestay

Mizah Homestay sememangnya terletak pada lokasi yang strategik kerana berada berdekatan dengan semua kemudahan dan tempat- tempat menarik. Untuk ke pusat bandar yang banyak menjadi tempat tumpuan orang ramai hanya mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja. Selain itu, Hamizah Homestay juga berada dekat dengan KTM Wakaf Bharu, lapangan terbang, stesen bas Kota Bharu dan juga hospital. Bukan itu sahaja,tempat-tempat makan menarik dan juga pusat membeli belah juga berada berdekatan sahaja.

Mizah Homestay menawarkan sebuah homestay yang luas dan bersih untuk anda menginap apabila berada di Kota Bharu ini. Homestay yang terdapat 4 bilik tidur ini sememangnya memberikan anda keselesaan untuk berehat kerana dlengkapi dengan katil, pendingin hawa dan kipas. Kemudahan dapur yang dilengkapi dengan meja makan dan peralatan memasak, membolekan anda untuk masak di homestay ini.

Homestay yang berada di hujung jalan ini pastinya akan memberikan anda privasi kerana bebas daripada gangguan bunyi bising. Selain itu, kawasan rumah yang berpagar juga menjamin keselamatan anda dan kenderaan yang boleh diletakkan di dalam kawasan rumah.

Alamat: 4308-S, Lorong Sri Cemerlang 8/27, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3768276


Bukan sahaja banyak tempat-tempat menarik tetapi Kelantan juga boleh dikatakan sebagai syurga makanan. Jadi apa tunggu lagi? Rancang percutian anda dan masukkan Kota Bharu sebagai salah satu tempat yang wajib anda lawati. Jangan lupa juga untuk pilih salah satu homestay di atas!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Van Sewa Kota Bharu yang Dijamin Puas Hati!

Van merupakan kenderaan pelbagai fungsi yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika mereka ingin bergerak secara berkumpulan, membawa barangan atau bersiar-siar melancong di sesuatu...

Warung Pokloh Milo Tunggeng

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo...

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan...

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...

Wakaf Che Yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina...

Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST

Negeri Kelantan terletak di pantai timur Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sering dikaitkan dengan tempat makan yang sedap...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jamilah
Jamilah
4 months ago

Saya mencari homestay di kota bharu yang ade private pool, mana yang best ye?

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x