Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Van Sewa Kota Bharu yang Dijamin Puas Hati!

Van merupakan kenderaan pelbagai fungsi yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika mereka ingin bergerak secara berkumpulan, membawa barangan atau bersiar-siar melancong di sesuatu kawasan. Jika anda berada di Kota Bharu, perkhidmatan van sewa selalu menjadi pilihan utama sebagai alternatif untuk pergerakan atau pun logistik barang.

Pergerakan bersama van sewa di Kota Bharu lebih selesa bertemankan suasana bandar ibu negeri Kelantan yang terkenal dengan keunikan seni bina Islam sememangnya menjadikan perjalanan anda lebih menarik dan lebih tenteram. Mari kita lihat 6 van sewa di Kota Bharu yang popular dengan harga yang murah dan dijamin akan memuaskan hati anda. 

6 Perkhidmatan Van Sewa Kota Bharu


1. Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd merupakan syarikat pelancongan yang menyediakan servis pakej pelancongan ke pelbagai tempat yang menarik di seluruh Malaysia seperti pakej pelancongan ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tioman, Langkawi, Sabah dan pelbagai lagi. 

Selain itu, syarikat pelancongan ini juga menyediakan servis penyewaan kenderaan seperti kereta, khidmat pengangkutan ke lapangan terbang dan sewa bas atau van. Holidaygogogo sentiasa menjadi pilihan orang ramai memandangkan ia menyediakan kemudahan servis pintu ke pintu.

Terdapat 4 jenis van yang disediakan iaitu van 7 seaters, van 10 seaters, 14 seaters, dan 18 seaters. Di sini, anda boleh merancang pergerakkan ke Kota Bharu dengan lebih mudah dengan mengikut bilangan orang dan keselesaan yang anda inginkan. Servis yang diberikan juga pantas dan sangat mesra pelanggan.

Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Holidaygogogo


2. Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Kampung Bharu Kutan

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Kampung Bharu Kutan

Agensi pelancongan yang bernama Go Rocket Travel and Tours ini juga merupakan syarikat penyewa van sewa yang sangat mementingkan kebersihan dan menyediakan van sewa yang baru pada harga yang berpatutan. 

Anda tidak perlu risau akan kerosakan kenderaan jika menggunakan khidmat van sewa pada agensi ini. Ini kerana mereka sentiasa menyelenggara kenderaan mereka tepat pada masanya. Segala urusan dokumen, tawar menawar harga juga sangatlah mudah kerana pemilik agensi dan staf mereka sangat komited dan boleh bertolak ansur. 

Bukan itu sahaja, dengan sesi rundingan, mereka boleh memberi harga yang sangat menguntungkan kepada anda. Jadi, percutian atau perjalanan anda pasti akan menjadi sangat berbaloi dan dapat dinikmati sepenuhnya tanpa memikirkan kos yang tinggi.

Alamat: Lot 13030, Kampung Bharu Kutan, Jalan Pasir Pekan, Pasir Pekan 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 10.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Go Rocket


3. Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd, Jalan Bayam

Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd, Jalan Bayam

Perkhidmatan van sewa yang disediakan oleh syarikat pelancongan Yaskin ini telah ditubuhkan sekian lama dan sentiasa mendapat kepercayaan orang ramai yang datang ke Kota Bharu. 

Agensi pelancongan ini lebih tertumpu kepada penyediaan pakej umrah di samping menyediakan perkhidmatan van sewa yang sangat murah dan berbaloi kepada pelanggannya.

Pemandu van dan staf mereka yang baik hati dan peramah pasti akan menambat hati anda. Malah, segala urusan akan lebih senang diselesaikan bersama mereka. Pilihlah Yaskin, pasti akan anda menjadi lebih yakin!

Alamat: Lot 195-A, Tingkat Bawah, 1 & 2, Jalan Bayam, 15200, Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat – Ahad (Tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 9998


4. Bre Travel and Rental, Kubang Kerian

Van Sewa Bre Travel and Rental, Kubang Kerian, Kota Bharu

 

Inginkan pengalaman melancong di Kota Bharu dengan van sangat selesa yang mempunyai design yang terbaru dan moden? Bre Travel & Rental mampu menyediakan servis van sewa dengan reka bentuk dalaman yang sangat cantik dan menarik. 

Seterusnya, jika rombongan anda inginkan suasana yang sangat meriah dan ceria sepanjang perjalanan, agensi ini sangat sesuai untuk anda mendapatkan khidmat van sewa. Hal ini kerana pelbagai aktiviti anda boleh lakukan dengan van mereka.

Antaranya adalah karaoke dan bersembang dengan santai kerana ruang dalam van yang sangat besar. Bukan itu saja, pemandu mereka juga sangat peramah dan mesra. Ayuh, jadikan perjalanan anda lebih meriah dan cipta kenangan yang terindah bersama Bre Travel and Rental!

Alamat: Lot 3494-J, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 Jam).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Bre Travel


5. NAZA Travel & Tours, Kampung Tapang Pauh Panji

Van Sewa NAZA Travel & Tours, Kampung Tapang Pauh Panji, Kota Bharu

Jika anda baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke Kota Bharu, anda perlu tahu yang NAZA Travel & Tours merupakan servis sewa van yang dikenali ramai. Malah, mereka juga menyediakan servis sewa pandu kereta VVIP serta bas persiaran. Syarikat ini terletak di Kampung Tapang Pauh Panji, Kota Bharu. 

Yang menariknya di Naza Travel, anda boleh memilih untuk menyewa van pilihan anda bersama pakej pemandu van ataupun tanpa pemandu. Jadi, pilihan servis van sewa yang disediakan sangatlah sesuai untuk para pelancong yang bercuti di Kota Bharu. 

Buat yang mahu pergi kenduri-kendara bersama saudara mara juga, servis mereka sangat berbaloi untuk anda sekeluarga kerana anda semestinya memerlukan pemandu pelancong untuk menikmati perjalanan anda.

Alamat: Lot 934, Jalan Hospital, Kampung Tapang Pauh Panji, 15200, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 Jam).

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Naza Travel


6. Aeman 69 Holidays Sdn Bhd, Kubang Kerian

Van Sewa Aeman 69 Holidays Sdn Bhd, Kubang Kerian Kota Bharu

Agensi yang berpangkalan di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan ini menawarkan servis van sewa dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Pastinya pengalaman perjalanan yang anda alami tidak akan dilupai.

Pemandu mereka sangatlah peramah dalam berbicara. Selain itu, selok belok Kota Bharu merupakan perkara yang mudah bagi pemandu mereka. Bukan itu saja, mereka juga boleh membawa penumpang van sewa ke destinasti yang diinginkan di seluruh Malaysia.

Pastinya tiada masalah untuk penumpang bergerak ke mana-mana bersama Aeman 69 Holidays Sdn Bhd. Perjalanan anda akan sentiasa lancar dan selesa sambil anda menikmati pemandangan di luar tingkap.

Alamat: Lot 3733, Kampung Mentuan, Kubang Kerian, 16150, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat & Sabtu (Tutup).

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-766 6260


Kami berharap senarai ini akan membantu anda dalam mencari perkhidmatan van sewa di Kota Bharu yang sesuai dengan preferensi anda. Pastikan anda menilai van sewa berdasarkan bajet yang sesuai serta keperluan khusus yang anda mahukan.

Anda boleh mempertimbangkan faktor seperti saiz van, keadaan fizikal dan teknikal, serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyewa van. Jangan ragu untuk membuat perbandingan antara pelbagai pilihan van sewa yang kami sediakan ini untuk memastikan anda mendapatkan van yang terbaik untuk keselesaan rombongan anda. 

Semoga pengalaman sewa van anda di Kota Bharu menjadi lancar dan memuaskan! Dan jika anda juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta sewa, anda boleh mula mencari dengan membaca artikel kami, Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST.

3.8/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...

Warung Pokloh Milo Tunggeng

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo...

Wakaf Che Yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina...

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan...

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan destinasi membeli belah yang amat popular di Bandar Kota Bharu. Pasar ini ibarat Pasar Besar Kedai Payang kalau korang selalu...

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x