Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan tempat-tempat yang menarik di Kota Bharu kerana lokasinya berdekatan di sekitar stesen bas. Jadi, ini lah peluang anda untuk mengunjungi tempat-tempat menarik sekiranya anda menaiki bas ke Kota Bharu. 

Stesen bas Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1947 dan merupakan bangunan batu yang tertua di Kota Bharu. Sejarah stesen ini bermula bila North Eastern Transport Services (NETS) milik bumiputera buka syarikat pengangkutan untuk Kelantan. Stesen bas ini masih kekal untuk kegunaan antara bandar dalam Kelantan. Ia masih beroperasi sehingga sekarang biarpun tidak lagi popular seperti dahulu kerana ramai memilih untuk ke Kota Bharu menggunakan kenderaan sendiri.

Stesen bas Kota Bharu ini terletak di Jalan Pendek iaitu lebih kurang 4 km dari pusat bandar. Jadi, anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin bercuti ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Setakat ini, tiada nombor telefon yang khas untuk menghubungi terminal bas tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh berhubung terus dengan kaunter tiket syarikat bas tempat anda beli tiket untuk mendapatkan sebarang maklumat. 

Alamat: Jalan Pendek, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan


Syarikat Bas dan Laluan Bas yang Popular di Stesen Bas Kota Bharu

 1. S.P Bumi

Syarikat Bas S.P Bumi di Stesen Bas Kota Bharu

Terdapat banyak syarikat bas beroperasi dan memiliki kaunter tiket di stesen bas Kota Bharu. Antara syarikat bas yang ada ialah SP Bumi yang dikendalikan oleh Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur Sdn Bhd. Pengendali bas ini menyediakan perkhidmatan bas dengan tumpuan untuk menyediakan laluan pergi dan balik Kuala Terengganu.

Selain itu, SP Bumi juga menawarkan beberapa laluan yang bergerak antara kawasan pantai timur seperti Kemaman dan Kuantan, serta bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur. Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai syarikat bas ini, anda boleh menelefon kaunter tiket mereka di stesen bas Kota Bharu.

Laluan Bas:

  • Dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu
  • Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur

Semak Tiket Bas


2. Sani Express

Syarikat Bas Sani Express di Stesen Bas Kota Bharu

Ditubuhkan pada 2006, Sani Express menawarkan perkhidmatan bas tertumpu untuk perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu serta ke Kota Bharu, Kelantan dan juga Kuantan. Namun, perkhidmatan anak syarikat ini telah berkembang ke bahagian utara Malaysia seperti di Kuala Perlis dan Alor Setar sekitar 2009.

Sebagai antara pengendali bas yang terbaru di Malaysia, Sani Express menghadapi saingan sengit di laluan-laluan mereka yang popular, terutamanya Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Hal ini kerana keselamatan dan kesenangan yang terjamin jika anda menggunakan perkhidmatan mereka.

Laluan Bas:

  • Dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Selatan
  • Dari Kota Bharu ke Butterworth

Semak Tiket Bas


3. Perdana Express

Syarikat Bas Perdana Express di Stesen Bas Kota Bharu

Perdana Express adalah salah satu syarikat bas yang paling popular di Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan bas di Semananjung Malaysia, terutama di kawasan pantai timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Syarikat bas ini berpengkalan di negeri Kelantan. Namun, Perdana Express memilik kaunter tiket bas di seluruh negara. Mereka juga menyediakan nombor telefon di kaunter tiket mereka

Laluan Bas:

  • Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur
  • Dari Kota Bharu ke Kuantan

Semak Tiket Bas


6 Tempat Menarik di Sekitar Stesen Bas Kota Bharu

1. Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Buluh Kubu

Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Buluh Kubu

Pasar Besar Siti Khadijah popular sebagai tempat membeli-belah barangan tempatan. Ia mempunyai keunikan tersendiri kerana kedai-kedai disini dimonopoli oleh kaum wanita.

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Makanan tradisional seperti kuih akok, etok salai, nasi kerabu juga terdapat di sini. 

Di tingkat 2 dan 3, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan bukan makanan. Contohnya, kain ela, kain pelikat, kain batik, kraftangan dan sebagainya. Selain itu, Pasar Besar Siti Khadijah ini berdekatan dengan stesen bas Kota Bharu. Jadi, sangatlah mudah untuk anda kunjungi ke sini!

Alamat: Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30am – 5.30pm) *memberhetikan segala urusan perniagaan selama 15 minit setelah masuk waktu solat fardhu*

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-914 6218


2. Kota Sultan Ismail Petra, Bandar Kota Bharu

Kota Sultan Ismail Petra, Bandar Kota Bharu

Tempat wajib yang patut anda kunjungi seterusnya ialah di Kota Sultan Ismail Petra yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di antara Istana Balai Besar, Istana Jahar, Padang Merdeka dan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali juga sebagai Menara Rehal merupakan mercu tanda bagi negeri Kelantan, khususnya Kota Bharu. Ia terdiri daripada binaan pintu gerbang gergasi yang bercirikan seni bina tradisional Melayu Kelantan dan turut dihiasi replika al-Quran sebagai lambang pedoman utama rakyat Kelantan. 

Tempat ini senang untuk dilawati kerana lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar Kota Bharu dan juga stesen bas. Anda boleh menangkap gambar di pintu gerbang ini sebagai kenangan mengunjungi ke Kota Bharu. 

Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan


3. Istana Balai Besar, Jalan Tengku Seri Akar

Istana Balai Besar, Jalan Tengku Seri Akar

Lokasi seterusnya ialah Istana Balai Besar. Terletak di Kota Bharu, ia merupakan sebuah istana bersejarah yang melambangkan kedaulatan dan kegemilangan Raja-raja Melayu Kelantan.

Kota dan istana balai besar pada mulanya dikenali sebagai “Kota Bharu” mengambil sempena kota dan istana yang baru dibina itu. Ia kemudian segera berkembang menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran negeri Kelantan.

Istana Balai Besar itu dibina di atas sebidang tanah seluas lebih kurang empat ekar dan disekelilingnya dibina pagar kayu daripada jenis kayu cengal setinggi kira-kira sepuluh kaki dan siap dibina pada tahun 1845. Sehingga kini, Istana ini menjadi tempat berlangsungnya segala upacara seperti pertabalan, kemahkotaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan bentuk asal reka bentuk istana yang unik ini.

Istana ini berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah dan juga stesen bas Kota Bharu. Jadi anda berminat dengan sejarah dan ingin melihat keunikan Istana Balai Besar ini sendiri, jom singgah ke sini!

Alamat: Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.30am – 4.30pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan


4. Istana Jahar, Jalan Sultan

Istana Jahar, Jalan Sultan

Destinasi seterusnya ialah Istana Jahar yang terkenal dengan reka bentuk seni bina tradisional melayu Kelantan. Dibina pada tahun 1887, muzium ini pada asalnya merupakan Istana Raja Bendahara Long Kundur Bin Sultan Ahmad. Istana ini juga pernah menjadi tempat persemayaman beberapa sultan yang memerintah termasuk Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944).

Istana ini mempamerkan pelbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Pada bahagian belakang bangunan istana ini wujud Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, klewang dan lain-lain.

Tempat ini sesuai dikunjungi oleh semua pelancong tanpa mengira peringkat umur. Bayaran masuk bagi orang dewasa adalah RM2 dan untuk kanak-kanak RM1. Manakala pelancong antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. 

Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (8.30pm – 4.30pm), Khamis (8.30pm – 3.30pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-7484477


5. Street Art Kota Bharu, Jalan Dato Pati

Street Art Kota Bharu, Jalan Dato Pati

Tempat yang wajib anda kunjungi di sekitar stesen bas Kota Bharu ialah Street Art Kota Bharu. Lokasinya terletak di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. Street Art di Kota Bharu mencerminkan budaya dan identiti negeri Kelantan.

Laluan seni yang dijayakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu ini telah pun wujud sejak tahun 2016 dan merupakan kolaborasi antara Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat, Jotun. Terdapat 3 tema berbeza di street art ini iaitu Palestin Art Corner, Batik dan Seni dan Budaya. Warna-warni laluan ini menjadikan setiap incinya spot bergambar yang ideal. Jadi, jika anda ingin melihat seni lukisan pada dinding, dan bergambar juga, anda bolehlah datang ke sini.

Alamat: 3631, Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi:  Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan


6. Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital

Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital

Lokasi seterusnya ialah Muzium Negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada  1990 dan terletak bersebelahan Bulatan (Medan) Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.  Muzium ini memaparkan seni variasi budaya negeri Kelantan termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. 

Muzium ini juga menyimpan pelbagai artifak bersejarah. Malah, bangunan ini sendiri mempunyai nilai antiknya sendiri sehingga diwartakan sebagai salah sebuah struktur yang bersejarah di Kelantan. Wah, menarik kan! Jika kita lihat, muzium ini tidaklah jauh dari stesen bas Kota Bharu, anda boleh kunjungi untuk melihat seni budaya yang terdapat di muzium ini. 

Alamat: Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30am – 4.45pm) & Jumaat (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-7482266


Jadi, anda boleh bercuti ke Kota Bharu dan mengunjungi tempat-tempat yang menarik  dan berdekatan di sekitar stesen bas Kota Bharu. Anda juga boleh merancang perjalanan anda sebelum ke destinasi yang inginkan. Tempat-tempat yang kami syorkan adalah tempat yang menjadi pilihan utama pelancong dan memudahkan anda dengan mengambil masa yang singkat untuk ke destinasi seterusnya. 

Anda ingin ke Kota Bharu untuk bercuti tetapi tiada penginapan? Bacalah artikel 10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa untuk dapatkan senarai homestay supaya anda boleh melancong sepuas hati. Jadi, tunggu apa lagi, jom ke Kota Bharu!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang,...

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan destinasi membeli belah yang amat popular di Bandar Kota Bharu. Pasar ini ibarat Pasar Besar Kedai Payang kalau korang selalu...

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...

Wakaf Che Yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina...

Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST

Negeri Kelantan terletak di pantai timur Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sering dikaitkan dengan tempat makan yang sedap...

6 Van Sewa Kota Bharu yang Dijamin Puas Hati!

Van merupakan kenderaan pelbagai fungsi yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika mereka ingin bergerak secara berkumpulan, membawa barangan atau bersiar-siar melancong di sesuatu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x