Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST

Negeri Kelantan terletak di pantai timur Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sering dikaitkan dengan tempat makan yang sedap serta harganya juga murah. Memandangkan negeri ini terletak bersempadan Thailand, jadi banyak juga kedai yang menyajikan makanan ala-ala Thai. Seronok betul kalau jalan-jalan cari makan kat Kelantan ni.

Bukan itu sahaja, ada banyak jugak tempat menarik di Kelantan yang boleh dilawati. Ada banyak pantai yang cantik dan tempat-tempat bersejarah seperti muzium yang boleh anda kunjungi dan merasai pengalaman yang menarik dan menyenangkan di Kelantan. Di samping itu, tempat yang menjadi tumpuan utama pengunjung luar apabila ke Kelantan adalah kawasan pasar. Di situlah kebiasaannya kaum wanita akan menghabiskan masa yang lama untuk beli-belah dan beli buah tangan. Apa yang menarik pasar kat Kelantan ni? Macam-macam ada dijual seperti makanan tradisional Kelantan, kraftangan, pakaian, dan banyak lagi.

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan dan kawasan bandar yang mempunyai banyak tarikan. Kalau berjalan di Kota Bharu, banyak tempat yang perlu anda lawati. Rugilah kalau tak pergi tempat-tempat best tu. Bagi memudahkan perancangan perjalanan percutian, anda boleh menaiki kenderaan pandu sendiri untuk pergi suatu tempat ke suatu tempat. Jika memerlukan perkhidmatan kereta sewa Kota Bharu, anda tak usah risau! Di sini kami menyenaraikan perkhidmatan kereta sewa yang best di Kota Bharu.

 

Kereta Sewa Best Di Kota Bharu


1.  Capten Car Rental

Capten Car Rental

Nak cari kereta sewa di Kota Bharu? Capten Car Rental sedia memberikan perkhidmatannya. Keadaan kereta yang bersih, kemas dan selamat untuk pengguna, dijamin anda akan berpuas hati menggunakan perkhidmatan Capten Car Rental. Mereka ada kereta Myvi, Proton Saga, Kancil dan lain-lain lagi. Bagaimana kalau mempunyai penumpang yang ramai? Jangan risau kerana mereka juga ada menyediakan van untuk disewa. Perjalanan anda akan menjadi lebih tenang dengan van sewa yang luas dan selesa.

Sekiranya berminat dengan perkhidmatan mereka, bolehlah hubungi nombor yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut. Mereka beroperasi setiap hari jadi mudah untuk anda berurusan walaupun ketika hujung minggu.

Alamat: Jalan Kubang Kacang, Kampung Parit Limbat, 16010 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 017-9084063

Whatsapp Capten Car Rental


2.  Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan (Go Rocket Travel and Tours)

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan

Pelbagai pilihan kereta sewa boleh didapati dengan Go Rocket Travel and Tours. Ada Perodua Bezza, Proton Exora, Toyota Vellfire dan banyak lagi lah. Yang pasti, kereta baru dan dalam keadaan bersih. Penting untuk keselesaan pengguna, bukan? Anda boleh minta penghantaran kereta ke lokasi pilihan anda. Mereka pasti akan menghantarnya. Staf mereka sangat peramah dan mesra jadi mudah untuk berurusan. Bukan itu sahaja, harga kereta sewa juga amatlah berpatutan. Terbaik! Ada lagi servis yang mereka tawarkan iaitu sewa kereta dengan pemandu. Sesuai bagi anda yang ada urusan penting di Kelantan ataupun untuk kegunaan lawatan sekolah. Memang memudahkan kalau ada pemandu ni.

Kini tempahan kereta sewa lebih mudah dan pantas di laman web mereka. Hanya pilih mengikut kereta sewa yang diinginkan. Senarai harga dan jenis kereta juga boleh didapati di laman web mereka. Untuk mengetahui maklumat terkini, anda boleh lawati Facebook melalui pautan yang tertera atau hubungi mereka.

Alamat: Lot 1303, Kg Bharu Kutan (Belakang Kedai tayar Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas), Kampung Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-7508833

Whatsapp Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan


3.  RH Car Rental

RH Car Rental

RH Car Rental ada banyak pilihan kereta sewa dari kereta jenis kompak sehinggalah jenis MPV. Harga yang ditawarkan juga adalah murah dan berpatutan. Diskaun dan promosi ada juga dijalankan pada masa tertentu. Anda boleh lawtati Facebook mereka atau Whatsaap untuk mengetahui sekiranya ada promosi. Lebih jimat dengan diskaun yang ditawarkan oleh mereka.

Ulasan dari pelanggan mengatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan serta keadaan kereta bersih dan kemas. Anda boleh lihat sendiri testimoni pelanggan RH Car Rental di ulasan bisnes. Untuk sebarang urusan dan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera.

Alamat: PT 717 Kampung Telipot, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin- Selasa 8.00am – 5.00pm, Rabu – Ahad 8.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2771313

Whatsapp RH Car Rental


4.  Kereta Sewa Airport Kota Bharu (KB TransAuto Car Rental Kota Bharu)

Kereta Sewa Airport Kota Bharu

Bagi yang mencari kereta sewa murah di Kota Bharu, di sini adalah jawapannya. KB TransAuto Car Rental sedia membantu sekiranya anda ada masalah kereta rosak, kenderaan kena hantar bengkel, atau nak bercuti di Kelantan. Pilih saja kereta sewa yang diinginkan dan buat tempahan segera. Mereka tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran kereta ke lapangan terbang. Servis mereka memang tiptop serta menepati masa. Tak percaya? Anda boleh lihat ulasan dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari mereka. Ada juga yang telah berulang kali menggunakan perkhidmatan mereka dan sangat berpuas hati dengan servis yang dipersembahkan.

Senarai harga dan jenis kereta boleh didapati di laman web KB TransAuto Car Rental. Untuk membuat tempahan anda boleh Whatsapp melalui pautan di bawah dengan menyatakan jenis kereta, tarikh dan lokasi mula sewa serta pulang.

Alamat: Lot 165 Perumahan Taman Sri Tambahan Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-5222384

Whatsapp KB TransAuto Car Rental


5.  Car Rental Kota Bharu, Kelantan (Go Green Matrix)

Car Rental Kota Bharu

Go Green Matrix Kelantan menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara pandu sendiri. Sekiranya anda ada urusan kerja atau bisnes di Kelantan, nak balik kampung atau apa jua urusan dan memerlukan kereta sewa, Green Matrix adalah pilihan yang sesuai. Dengan harga yang berpatutan dan servis yang bagus, anda pasti akan merasai pengalaman yang seronok berada di Kelantan. Pelajar institusi juga disarankan menggunakan perkhidmatan mereka kerana harga sewa yang amat mesra poket. Anda boleh lihat feedback pelajar yang telah menggunakan perkhidmatan mereka di laman web. Kebanyakan pelanggan mereka juga amat berpuas hati dengan servis yang diberikan serta menyarankan kepada orang lain untuk menggunakan perkhidmatan Green Matrix Kelantan.

Tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa pengambilan kereta. Ada banyak pilihan kereta seperti Axia, Vios, Almera dan sebagainya. Tempahan boleh dibuat di laman web utama Green Matrix atau Whatsapp mereka untuk sebarang pertanyaan.

Alamat: PT 887 Kg Badak, 16310 Bachok, Kelantan

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-2703149

Whatsapp Go Green Matrix Kelantan


6.  J&W Rent A Car

J&W Rent A Car

J&W Rent A Car akan memastikan kereta sewa disanitasi sebelum dan selepas pelanggan menggunakan kereta. Hal ini adalah salah satu langkah untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Dalam masa yang sama mereka jugaa akan memastikan keadaan kereta sentiasa bersih dan selamat untuk dinaiki. Jadi anda tak perlu risau mengenai keadaan kereta yang akan disewa dari mereka. Servis dan layanan staf mereka juga sangat bagus. Boleh dikatakan layanan kelas pertama gitu! Mereka berpusat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, jadi bagi yang tiba di Kelantan dengan kapal terbang, anda boleh dapatkan kereta sewa dengan mereka sejurus anda merdarat di lapangan terbang. Tak perlu tunggu lama atau pergi ke destinasi lain untuk mengambil kereta sewa.

Mereka ada menjalankan promosi sewa kereta pada waktu tertentu. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman Facebook dan laman web mereka untuk maklumat terkini. Anda juga boleh hubungi nombor yang tertera untuk sebarang urusan dan pertanyaan.

Alamat: Lot L1L01, Sultan Ismail Petra Airport Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7.30am – 8.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-9888766

Whatsapp J&W Rent A Car


7.  Amsinar Kereta Sewa Pengkalan Chepa

Amsinar Kereta Sewa Pengkalan Chepa

Amsinar kereta sewa yang terletak di Pengkalan Chepa ini merupakan antara syarikat kereta sewa yang terkemuka di Kelantan. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa secara pandu sendiri dan yang lebih menarik lagi, tiada caj dikenakan bagi penghantaran kereta ke kawasan Kota Bharu. Lokasi mereka yang strategik dapat memudahkan pengunjung atau pelajar institusi berdekatan untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa mereka. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan mempunyai banyak jenis kereta. Ada kereta Viva, Nissan Almera, Myvi, Vios, Vellfire pun ada tau.

Ada juga pakej lain yang ditawarkan mereka untuk para pelanggan yang dihargainya. Antaranya pickup di Kota Bharu Airport, pakej pelancongan dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej tersebut, layari laman web Amsinar atau hubungi nombor yang tertera.

Alamat: Kompleks purnama, Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 018-9002700


8.  Kereta Sewa Kota Bharu

Kereta sewa kota bharu

Inilah antara perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai di Kota Bharu. Servis terbaik dan mesra yang ditawarkan memang layak untuk diberi 5 bintang. Memang patutlah pelanggan mereka memberikan ulasan positif dan kadar 5 bintang kepada mereka. Harga yang ditawarkan sudah tentulah berpatutan. Tak cukup dengan itu, ada juga harga promosi kereta sewa yang ditawarkan mereka.

Mereka juga amat menjaga kepuasan pelanggan dengan memastikan keadaan kereta bersih dan kemas. Kereta sewa mereka adalah transmisi auto kerana mudah untuk digunakan. Mereka mempunyai kereta Alza, Persona, Viva dan macam-macam lagi. Segera hubungi mereka untuk membuat tempahan atau mengajukan sebarang pertanyaan.

Alamat: Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-5325493

Whatsapp Kereta Sewa Kota Bharu


9.   KHAIMAL Car Rental

KHAIMAL Car Rental

Khaimal Car Rental menawarkan perkhidmatan kereta sewa mengikut hari, minggu dan bulan. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk menetap lama sedikit di Kelantan, perkhidmatan mereka adalah pilihan yang tepat. Dengan adanya pakej harga seperti ini, anda dapat jimat banyak untuk sewa kereta. Mereka mempunyai kereta jenis kompak, sesuai bagi yang mempunyai urusan kerja di Kota Bharu. Kereta yang lebih besar, MPV atau van juga boleh didapati di Khaimal Car Rental. Harga yang berpatutan, layanan yang mesra dan servis yang terbaik sudah tentu dapat memuaskan hati pelanggan mereka. Sangat berbaloi menggunakan perkhidmatan mereka.

Jadi, apa tunggu lagi? Segera buat tempahan sewa kereta dengan mereka. Jangan lupa untuk bertanya sekiranya ada harga promosi yang mereka tawarkan. Terus saja hubungi nombor telefon yang tertera.

Alamat: Lot 2196, Kampung Beris Jambu, Jalan Panji Telok, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-7030680

Whatsapp KHAIMAL Car Rental


10.  MN Car Rental

MN CAR RENTAL

MN Car Rental berpusat berhampiran dengan Lapangan Terbang Kota Bharu. Oleh itu, sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang anda boleh dapatkan kereta sewa dari MN Car Rental. Mereka boleh menghantar kereta ke lapangan terbang dan tidak mengenakan sebarang caj. Memang memudahkan pelanggan kan? Kebersihan dan keselesaan amat dititik beratkan oleh mereka. Dijamin anda akan dapat kereta sewa yang selesa dan tenang sahaja perjalanan anda di Kelantan.

Pelanggan mereka sebelum ini mengatakan bahawa servis mereka memang best, tiptop dan terbaik. Memang mudah je la nak berurusan dengan MN Car Rental ni. Harga pun berpatutan je tau. Berminat menggunakan perkhidmatan mereka? Whatsapp terus nombor di bawah. Boleh lawati laman web mereka untuk melihat testimoni perkhidmatan kereta sewa dan kereta yang mereka tawarkan.

Alamat: PT 1829, Taman Sri Purnama, Kampung Landak Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 018-9181996

Whatsapp MN Car Rental


 

4/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

Warung Pokloh Milo Tunggeng

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo...

6 Van Sewa Kota Bharu yang Dijamin Puas Hati!

Van merupakan kenderaan pelbagai fungsi yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika mereka ingin bergerak secara berkumpulan, membawa barangan atau bersiar-siar melancong di sesuatu...

Wakaf Che Yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina...

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan...

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang,...

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x