Wakaf Che Yeh


Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina ea ea, wakaf wakaf che yeh !! :pGurau je ! Jangan marah abang kakak nanti cepat tua. Jom tengok apa yang menarik di sini !

Setibanya di sini pada pukul 9mlm, seperti yang sudah dijangka, kesesakan dan kesusahan mendapatkan parking memang mencabar kesabaran kami, namun demi mencari keunikan di Wakaf Che Yeh kami redahi juga ! Apabila masuk ke simpang Wakaf Che Yeh memang banyak parking yang disediakan namun kebanyakannya akan mengenakan bayaran sebanyak RM2.00. Memandangkan parking di area yang berbayar sini lebih dekat dengan Wakaf Che Yeh dan juga keselamatan kereta lebih terjaga maka kami terima je lah.

wakaf che yeh kelantan

Sepeti di Pengkalan Kubor juga, kat Wakaf Che Yeh ni memang banyak orang yang menjual jersi bola. Maklumlah negeri Kelantan merupakan salah satu gergasi bola sepak negara bertambah pula dengan semangat orang Kelantan yang amat fanatik dengan bola makan jersi bola sepak negeri Kelantan memang ibarat macam pisang panas.

beli belah di wakaf che yeh

Wah ! Memang besar Pasar Malam Wkaf Che Yeh. Sampai sesat dibuatnya. Kain Pasang, pakaian wanita, baju kurung, tudung dan pelbagai aksesori wanita merupakan ketegori jualan yang paling banyak di sini. Kalau nak dibandingkan dengan Pengkalan Kubor, semestinya di sini lagi banyak pilihan dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Nak kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubor jauh lagi murah pun tidak. Bezanya amat sedikit kalau dari segi harga malah ada barangan dan jubah di sini jauh lebih murah daripada yang terjual di Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang.

shopping best kota bharu

Bagi wanita masa yang perlu dihabiskan di sini mesti tak kurang 2 jam. Mana taknya, dengan keluasan dan kedai yang banyak maka sudah tentulah nak buat survey2 dan banding2kan harga. Tudung, kain pasang dan jubah memang terlalu banyak sehinggakan rambang mata dibuatnya. Harga pun sangat berpatutan dan kalau korang pandai tawar menawar, lagi best.

pasar malam best kota bharu

Bagi orang lelaki pun tak kurang juga pilihan pakaian dan barangan aksesori yang juga begitu banyak sekali. Seluar jeans pun ada di jual, ada yang ori dan ada yang tak berapa nak ori. Korang kenalah pandai2 cek.

beli pakaian wanita kelantan

Selain gerai-gerai, kat sini juga ada lot-lot kedai yang macam dalam gambar di mana pilihan dan harganya pun tak jauh beza kalau nak dibandingkan di gerai-gerai. Kami lepak kat kedai ni dalam 15 minit sebab time kami pergi hujan lebat.

restoran wakah che yeh

Kalau nak mencuba makanan orang negeri Kelantan seperti mee celup, kerabu, somtam dan pulut mangga boleh lah singgah di medan makan kat tengah-tengah pasar Wakaf Che Yeh ni.

makanan menarik kota bharu

Kami mencari makanan yang sudah nak dapat di tempat lain dan salah satunya ialah pulut mangga ni. Rasanya memang sama dengan pulut durian cuma buah durian digantikan dengan mangga manis.

pasar menarik kota bharu

Kat sini juga banyak gerai buah buahan yang menjual pelbagai jenis buah dengan harga borong. Memang terbaik !

shopping menarik malam kb

Handbag Coach !! Kalau di mall harganya sudah tentu ribu-ribu tapi di sini korang boleh dapat dengan harga yang murah2 (maklumlah bukan ori :p ). Dari segi luaran memang sebiji sama dengan yang ori !! Kenapa berbelanja lebih ??

restoran sedap wakaf che yeh

Di tengah2 perjalanan kami terjumpa pak cik ni menjual aiskrim sabun. Mungkin sebab ais krim ni dipotong dan bentuk dia macam sabun mandi. Cuma seringgit dan rasanya memang best !!

beli jersey murah kb

Sedar tak sedar, dah 3 jam lebih kami di Pasar Malam Wakaf Che Yeh !! Sekejap je rasa. Hari pun semakin malam dan badan pun makin penat. Selesai membeli 3 ekor boxer, maka kami pun beransur lah pulang. Wakaf Che Yeh ni di buka sehingga subuh. Selepas subuh biasanya pasar ini akan mula menjual barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya.

Secara kesuluruhannya Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang paling best di Kelantan. Korang boleh membeli belah, makan-makan dan melihat gelagat-gelagat penjual-penjual yang amat menarik dan kreatif di sini. Semestinya Pasar Malam Wakaf Che Yeh akan menjadi destinasi wajib kami setiap kali ke Kota Bharu.

Koordinat Wakaf Che Yeh,Kota Bharu :  lat/lng: 6.086714,102.237493. Selamat membeli belah di sini dan jangan lupa nak pulang pulak lepas tu :)


7
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
newest oldest most voted
zul
Guest
zul

hotel yang berhampiran…bagi info sikit..saya dari JB

Maslina
Guest
Maslina

Dimana nak menginap ye kalau nak jalan kaki je pasar wakaf che yeh …boleh bagi cadangan Tak,sebab x pernah ke Sana lagi

Mazita
Guest
Mazita

Dynasty Inn

Amirul
Guest
Amirul

Menarik juga Wakaf Che Yeh ni, rugi dulu pergi Kelantan tapi tak singgah Wakaf Che Yeh ni.