Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan destinasi membeli belah yang amat popular di Bandar Kota Bharu. Pasar ini ibarat Pasar Besar Kedai Payang kalau korang selalu ke Kuala Terengganu. Kalau korang nak cari makanan tradisional orang negeri Kelantan atau nak cari baju raya boleh lah datang ke sini.

Kami tiba di sini pada pukul 1.30 tgh selepas menjamu selera di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang hanya terletak lebih kurang 200m dari Pasar Besar Siti Khadijah. Mujurlah kami park kereta di kawasan Restoran Nasi Ulam Cikgu jadi tak payahlah nak bersesak-sesak mencari parking kereta di sekitar Pasar Siti Khadijah kerana memang susah dan sentiasa penuh ! Dia punya penuh macam berpakat semua orang nak datang sini sekali.

pasar siti khadijah kelantan

Pasar Siti Khadijah diberi nama oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana rata-rata peniaga di pasar ini ialah kaum wanita yang sudah menjadi tradisi sekian lama. Arwah nenek aku dulu pun merupakan peniaga di Pasar Chabang 4 Tok Mengah, Tumpat. Di bahagian bawah sekali merupakan bahagian pasar basah di mana kalau nak beli sayur, ikan dan barangan memasak boleh lah datang ke sini.

beli belah di pasar siti khadijah

Di bahagian bawah ni jugak terletak tempat membeli kuih muih tradisional orang negeri Kelantan seperti taik itik, jala emas, buah tanjung, sri kaya, nasi tumpang dan macam-macam lagi. Dan rata-rata makanan tradisional orang Kelantan memang manis.

makanan tradisional pasar kb

Yang berbungkus dalam plastik dan seperti bebola warna putih itu ialah kuih taik itik. Walaupun namanya agak kurang manis tapi rasa dia sebenarnya memang manis. Kalau nak tahu taik itik lah merupakan satu-satunya kuih yang paling rendah diri sebab biasanya orang akan cakap dlm pepatah melayu indah khabar dari rupa. Tapi untuk taik itik indah rasa dari nama. hehe. Sementara bebola kecik yang berwarna kuning dalam plastik tu ialah buah tanjung.

beli kraftangan kota bharu best

Selain kuih muih, kat area sini juga korang boleh lah usyar kalau nak beli parang ke, sabit ke, cangkul dan pelbagai lagi alatan kraftangan yang jarang-jarang sekali kita nak jumpa di tempat lain.

shopping menarik kota bharu best

Seperti di tempat lain, barangan seperti bag tangan atau sling bag pun terjual di sini. Tak banyak sangat pilihan kalau nak dibandingkan di Wakaf Che Yeh.

kafe menarik kota bharu best

Seterusnya naik tingkat 1. Kalau korang nak makan tengahari di sini pun boleh sebab kawasan makan dan lauk lauk pun memang menarik. Tengok tu udang dia punyalah besar. Maklumlah bahan mentah beli kat bawah je. Mujurlah perut dah kenyang sebab pekena ikan keli gergasi kat Restoran Nasi Ulam Cikgu. huhu

beli pakai wanita kota bharu

Seperti di Pasar Besar Payang, kat sini juga ada menjual sutera dan baju wanita yang cantik-cantik. Dan rata-rata penjual di sini sangat peramah. Korang lalu je depan kedai mesti akan diberi senyuman akan bersapa ” Dik cari gapo tu?” bahasa standardnya “Adik cari apa tu?” :) Pasal harga korang kena lah survey dari kedai ke kedai dan pastikan korang mintak harga dikurangkan.

pasar siti khadijah kb

Kalau di tingkat atas ni, orang perempuan mestilah suka sebab banyak barangan derang. Untuk lelaki tak banyak sangat pilihan. Kat sini juga merupakan salah satu destinasi bagi orang-orang nak beraya atau nak berkahwin mencari perkakas perkahwinan seperti baju, sejadah, telekung sembahyang dan pelbagai lagi. Barangan tembaga juga ada dijual di sini.

pasar malam kb menarik

Kalau di tengah malam pula, di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah ni ada pasar malam. Tak lah sebesar Wakaf Che Yeh tapi boleh lah kalau berhajat nak membeli buah tangan dan pakaian wanita. Selain itu, deretan bangunan di sekitar pasar malam ni juga merupakan kawasan membeli belah pakaian wanita seperti kain pasang, tudung, baju kurung dan sebagainya yang sangat popular kerana harganya yang amat murah.

Koordinat Pasar Besar Siti Khadijah. lat/lng: 6.130549,102.239091. Selamat cuti cuti dan membeli belah di Kelantan. Good Luck ! :)

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Wakaf Che Yeh

Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang amat popular di seluruh Malaysia sehiggakan ada disebut di dalam lagu Shakira.Lamina mina...

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...

Warung Pokloh Milo Tunggeng

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo...

Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST

Negeri Kelantan terletak di pantai timur Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sering dikaitkan dengan tempat makan yang sedap...

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang,...

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MOHD ROZIE BIN MOHD NOOR
MOHD ROZIE BIN MOHD NOOR
4 years ago

Makan udang besar di gerai makan pasar siti khadijah… RM40 seekor.. adui.. kpd semua, sebelum order tanya harga dulu.. nnti rabak poket.. sy dah kena…

leez
leez
6 years ago

no komen….hew..hew

Azliana
Azliana
10 years ago

Nice Website and very informative..good job !

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x