Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan “Pantai Tujjoh” merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau korang selalu pergi ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Pantai Tujjoh ni memang dekat jer.

Korang wajib singgah untuk melihat kemeriahan pantai ni. Kami tiba di sini lebih kurang pukul 6 petang dan ternyata dari luar memang macam ramai jer orang. Kereta berpusu-pusu masuk !! Ada majlis kawin ke?? boleh pekena nasik minyak beb..:)

pantai sri tujoh tumpat

Kat sini ada sukan air dan juga funfair !! Patut lah ramai gile orang masuk ke Pantai Tujjoh. Kalau tengok sekali macam tasik tapi sebenarnya ni ialah macam lagun air yang tenang dan sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti kayak dan bot kayuh kaki. Jadi korang takyah risau takut dilambung ombak kalau main suka air di kawasan ni.

pasar menarik tumpat kelantan

Kawasan rekreasi di Pantai Tujoh ni memang luas dan jarak dari jalan utama atau pintu gerbang pantai sehingga lah ke bahagian pantai lebih kurang 700-900m. Memang agak jauh, jalan pun agak sempit ketika melintasi lagun air dan kereta pun banyak !! So kena berhati2 sikitlah kalau berselisih dengan orang depan. Gerai-gerai makanan of course lah ada !! Rugi peniaga2 kat sini kalau tak buka gerai kat pantai tujoh time ni. masyuk !!

berkelah di pantai tumpat

Tu dia..Punyalah ramai orang berkelah di tepi pantai sambil melayan anak2 bermain air pantai. Pantai pun agak bersih dan angin ketika ni memang kuat !! Rasa macam nak terbang pun ada !!

manda manda pantai tumpat

Tak kira kecik atau pun dewasa, semua macam dah sehati sejiwa bermain-main dengan ombak kat sini. Walaupun angin agak kuat tapi ombak laut ketika ni taderlah besar mana. Walaubagaimana pun, kat sini tak digalakkan mandi laut sebab kawasan permukaan pantai yg tak sesuai. Kalau korang nak mandi jugak berhati2 lah yer..jangan pergi jauh2…

tempat menarik tumpat kelantan

Tak kurang jugak yang berkelah di tepi lagun air, memang ramai orang malah korang boleh bukak tikar betul2 di bawah pokok rhu yang redup ni. Orang kat sini memang suka tapau makanan dari rumah dan berkelah di tepi pantai bersama keluarga. Satu aktiviti riadah dan sosial bersama keluarga yang perlu kita amalkan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Secara keseluruhan Pantai Sri Tujoh di Tumpat ni memang best dan sangat meriah dengan aktiviti yang menarik. Malah kalau bernasib baik korang boleh pergi ke funfair. Walaubagaimana pun, kalau nak mandi korang kena beringat, kat sini memang tidak digalakkan terutamanya ketika musim tengkujoh. Medan selera seperti restoran ikan bakar juga banyak kat sini yang viewnya cantik2 di tepi pantai. Time to go, good bye Pantai Tujjoh.

Koordinat Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. lat/lng: 6.216692,102.126331. Selamat berpiknik dan berkelah ke sini dan hati hati di jalan raya ! Selamat ! :)

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...

26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA

Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain. Kalau bercuti...

Pantai Irama

Dalam perjalanan menuju dari Kota Bharu ke Terengganu, kami telah bersepakat membawa berkat untuk melalui jalan Tok Bali. Apa lagi, on da way tu sempat...

9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!

Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk...

43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah &...

Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zil-el-Saif
7 years ago

Kalau nak mandi, mandi di lagun.. Bukan lagun yang orang sewa bot kayuh tu… masuk ke dalam sikit. Belah kanan. Kat situ sesuai untuk anak2 kecil mandi…

mdb
mdb
10 years ago

come2

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x