Isi Kandungan
Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk anda menginap memandangkan kawasan ini mempunyai beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Bila datang ke sini mestilah anda ingin mencari tempat untuk menginap kan? Jom tengok 9 homestay di Pasir Mas untuk penginapan anda!
9 Homestay di Pasir Mas
1. Nor Homestay Kelantan, Kampung Banggol Ara
Terletak di Kampung Banggol Ara, homestay 2 tingkat ini sangat besar dan luas untuk anda menginap. Kawasan lapang yang luas juga turut memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang untuk menginap di sini.
Dilengkapi perabot seperti katil, kerusi, meja makan dan sebagainya, homestay ini membolehkan anda untuk bercuti dengan selesa. terdapat juga ruang dapur untuk anda memasak bersama keluarga jika ingin jimat daripada makan di luar.
Selain itu juga, anda boleh meluangkan masa ber”BBQ” di sini memandangkan mereka juga turut menyediakan tempat untuk ber”BBQ”. Harganya juga murah dan berbaloi. Bolehlah anda risik homestay ini untuk percutian anda.
Alamat: Lot 1971, Kg Banggol Ara, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Homestay Berkat D’ Sawah, Kampung Tasek Berangan
Jika anda inginkan suasana kampung dan pemandangan yang cantik homestay ini pasti sesuai untuk anda. Homestay ini dikelilingi oleh sawah padi yang luas dan menghijau. Mereka turut menyediakan tempat untuk ber”BBQ” di halaman rumah.
Homestay ini juga sesuai untuk digunakan untuk majlis keraian mahupun kenduri kerana kawasan sekelilingnya yang luas dan mendamaikan. Seronok kan petang-petang layan angin santai di sawah padi. Apa tunggu lagi, cepat tempah sekarang sebelum orang lain mengambil tempat anda.
Alamat: Lot 125, Kampung Tasek Berangan, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
3. Dhia Damia Homestay Pasir Mas, Taman Seri Wira
Homestay rumah teres 2 tingkat ini sangat cantik untuk anda menginap di sini. Terletak di Taman Seri Wira ini mempunyai 3 bilik tidur yang mempunyai pelbagai jenis hiasan dalaman untuk pilihan anda sekeluarga.
Rumah ini boleh memuatkan sehingga 10 orang dalam satu masa dan dilengkapi oleh perabot yang cantik untuk kemudahan anda. Lokasinya juga agak dekat dengan tempat yang menarik seperti Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dan sebagainya. Haa, jangan tunggu lama-lama, mari tempah rumah ini dengan pemiliknya sekarang.
Alamat: 1, Jalan Slow Machang, Taman Seri Wira, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. Homestay Cikgu Dah, Jalan Lemal
Homestay setingkat ini juga tidak kurang hebatnya kerana sering menjadi pilihan pengunjung bila datang ke kawasan Pasir Mas. Jika anda mahukan suasana kampung yang tenang dan selesa anda boleh menginap di homestay ini.
Kedudukannya yang berhampiran dengan jalan utama memudahkan anda untuk keluar mencari barang kelengkapan dan keperluan ketika bercuti.
Alamat: W3 261 Jalan Lemal, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Laman Sufi Aidura, Kampung Tersusun Pundut
Laman Sufi Aidura ini merupakan homestay 2 tingkat sesuai untuk anda melakukan family gathering dan team bonding di sini. Menariknya homestay ini mempunyai kolam renang untuk anda sekeluarga atau rakan-rakan bersuka ria mandi di sini.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh meluangkan masa untuk ber”BBQ” sambil lepak santai dan mandi manda. Seronok kan? Bagi anda yang mahu menginap di area Pasir Mas anda boleh cuba menginap di homestay ini.
Alamat: 61, Lorong Kekwa, Kampung Tersusun Pundut, 32200 Lumut, Perak
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
6. T. Homestay, Kampung Kubang Kemban
T.Homestay ini terletak di Kampung Kubang Kemban, Pasir Mas. Reka bentuk homestay yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini memberikan kelainan dan keunikan untuk anda. Memang amat meriah warnanya.
Ramai pengunjung yang menginap di sini memberikan komen memuaskan atas layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik homestay ini. Homestay ini mempunyai 2 unit tau. Jika anda ingin bercuti ramai-ramai bolehlah tempah homestay ini dengan segera.
Alamat: P 283, Kampung Kubang Kemban, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
7. QM Cottage Homestay, Kampung Belukar
Jika lihat dari gambar sudah pasti terpikat untuk menginap di sini. Homestay ini terletak di Kampung Belukar, Pasir Mas menawarkan keselesaan untuk anda apabila datang menginap di sini. Bukan itu sahaja, pemandangan dan reka bentuk yang sangat cantik memberikan mood percutian anda yang sangat bagus.
Anda tidak perlu kemana-mana pun tak apa kerana di sini sahaja anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana kampung. Syok betul kan kalau dapat menginap di sini? Tapi anda perlu tempah homestay ini beberapa bulan sebelum percutian anda memandangkan homestay ini selalu penuh semasa waktu cuti.
Alamat: Kampung Belukar, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
8. Dhiammar Homestay, Kampung Lubok Jong
Homestay ini terletak di Kampung Lubuk Jong. Ia juga turut menjadi pilihan bagi mereka yang pernah menginap di sini. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Lokasinya yang berdekatan dengan tempat menarik seperti Muzeum Kraf dan Kampung Kraftangan memudahkan anda untuk ke lokasi tersebut. Jaraknya ke lapangan terbang juga tidak jauh jadi mudah untuk anda ekses kemana-mana apabila tinggal di homestay ini.
Alamat: Pt 9132, Kg Lubok Jong, Mukim Apam, Bandar Baru Pasir Mas, 17070 Pasir Mas, Kelantan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
9. Homestay Wsima Hjh Nor Hasimah, Kampung Pohon Tanjong
Sekiranya anda inginkan percutian bajet anda boleh menginap di homestay wisma ini. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga 4 orang sahaja dalam satu masa. Sesuai untuk anda yang inginkan penjimatan dan keluarga kecil.
Menariknya homestay ini berdekatan dengan Pasar Muduk Thailand, Pasir Mas dan Kota Bharu. Jika anda nak melancong ke Thailand anda bolehlah singgah menginap di homestay ini sebelum bergerak ke Thailand. Seronok kan boleh merasai melancong di 2 tempat memandangkan ianya berdekatan dengan negara jiran.
Alamat: Kampung Pohon Tanjong, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
Berikut merupakan senarai 9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!. Rancang perjalanan sebelum bercuti supaya semuanya berjalan dengan lancar. Jangan lupa kemas kelengkapan dan keperluan anda supaya tidak tertinggal di kemudian hari.
Jika anda ingin mencari makanan yang menarik di Kelantan, anda boleh layari artikel 26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA.