Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Cahaya Bulan – Apa yang menarik di sini

Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi lepak tepi pantai sambil makan-makan, di sinilah tempatnya.

Lebih sinonim di kalangan warga setempat sebagai pantai PCB dan dahulunya pantai ini diberi nama Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Di sekitarnya pantai PCB ini, terdapat hotel dan resort serta juga medan ikan bakar yang sesuai sebagai destinasi tempat makan malam yang best di KB.


Pantai untuk lepak dan makan-makan di KB

pantai cahaya bulan di kelantanPantai ini bukanlah seperti di Pantai Cherating ataupun di Port Dickson yang terkenal dengan kawasan peranginan yang mana pengunjung boleh mandi pantai, bermain jetski dan seumpamanya. Pantai PCB ini lebih kepada tempat orang releks dan makan-makan di tepi pantai.

Kalau anda datang ke Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang. Orang yang menjual layang-layang pun ada beberapa orang di sini. Kalau nak ikutkan dari segi saiz, PCB ini tidak sebesar Pantai Irama, Bachok.


Aneka pilihan makanan santai di Pantai Cahaya Bulan

apa menarik di pcb kelantan

Di sepanjang pantai PCB ini, terdapat banyak deretan warung makan dan juga gerai. Seperti di tempat lain, hidangan makanan di sini lebih kepada santai-santai seperti goreng-gorengan, keropok, bebola, seafood celup tepung dan juga masakan panas.

Rata-rata peniaga di sini memang menyediakan makanan masakan panas yang sedap dan juga murah. Cuma anda perlu pandai memilih kedai makan yang bersih dan makanan yang baru.


makan angin pantai cahaya bulan kb

Kebanyakan kedai makan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan ini meletakkan bebola-bola yang banyak di depan kedai sampai rambang mata dibuatnya. Kebiasaannya apabila ada yang membeli, barulah peniaga di sini akan panaskan balik.

Sejak bila makanan-makanan bebola ini ada di rak berkaca itu, susah nak dijangka. Tipsnya, beli je satu dan rasa dahulu, kalau sedap baru beli banyak. Namun, kalau jumpa kedai yang sedap dan ditambah pula dengan air kelapa muda ataupun coconut shake, memang kombinasi yang terbaik di PCB ini.


makanan menarik pcb kota bharuDari segi makanan panas, memang tidak dinafikan banyak kedai yang best di sini yang menyediakan menu makanan sedap samaada nasi goreng, tom yam atau pun menu popular di sini iaitu Megi Ketam.

Megi Ketam mungkin satu benda yang baru kalau anda pertama kali ke Kelantan. Di sini, menu makanan yang diubah suai dengan menggunakan bahan utama megi memang banyak seperti kerabu megi, murtabak megi, megi celup & sebagainya.

Angin kuat, pemandangan laut yang lapang, bunyian ombak yang deras dan makanan yang sedap pula. Satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya, ‘marbeles’ !


Pantai Cahaya Bulan memang tak boleh mandi

berkelah di pantai cahaya bulan

Struktur permukaan pantainya di sini memang tidak sesuai untuk pengunjung mandi-manda, tambahan pula ombak di sini memang kuat. Kalau pada musim tengkujuh di antara Oktober-Desember setiap tahun, ombak dan angin berkali ganda kuatnya.

Lihat sajalah timbunan batu-batu besar di sepanjang gigi pantai yang bertujuan untuk elakkan hakisan pantai yang lebih teruk ketika musim tengkujuh.


tempat menarik kanak kanak kelantan

Kalau setiap hujung minggu iaitu Jumaat ataupun Sabtu, memang ramai pengunjung yang datang ke sini dan suasananya pun lebih meriah. Dan yang paling stress time ini adalah untuk mencari parking kereta.


Penginapan chalet & resort di PCB

penginapan best pantai cahaya bulanDi sini terdapat beberapa hotel dan resort yang boleh anda menginap bersama keluarga. Antara penginapan yang ada di sini ialah Nurul Eki Heritage Hotel, Home Beach Village Resort, Perdana Resort dan PCB Resort

Memandangkan lokasi Pantai Cahaya Bulan ini tidak jauh dari bandar utama KB (10km), maka destinasi penginapan di sini memang pilihan yang ideal. Tepi pantai, tempat makan petang pun banyak dan yang paling best, pada waktu malam anda boleh pekena seafood di beberapa medan ikan bakar di sini.


tempat makan menarik pcb kb

Destinasi makan seafood yang popular di sekitar PCB ialah di Medan Ikan Bakar Sungai Buloh yang menjanjikan makan malam yang sangat best di tepi sungai. Kalau anda tinggal di salah satu resort atau hotel di Pantai Cahaya Bulan anda juga boleh ke beberapa tempat menarik di Kelantan terutamanya di Kota Bahru yang terletak tidak jauh.

Selain pantai PCB, ada beberapa lagi destinasi pantai yang agak popular di Kelantan seperti Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh dan Pantai Bisikan Bayu. Kebanyakan pantai di sini mempunyai ombak yang kuat dan tidak digalakkan untuk mandi manda.

Lihat video bawah untuk mengetahu suasana di Pantai PCB di Kota Bahru ini.

sumber video: zurrushdi

Koordinat Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, Kelantan. lat/lng: 6.19615,102.27375. Selamat becuti dan berpiknik di PCB . 

4.4/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA

Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain. Kalau bercuti...

Pantai Irama

Dalam perjalanan menuju dari Kota Bharu ke Terengganu, kami telah bersepakat membawa berkat untuk melalui jalan Tok Bali. Apa lagi, on da way tu sempat...

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu merupakan salah satu destinasi melepak yang boleh dikatakan tidaklah terlalu sesak dengan orang kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana...

Nasi Ayam Kampung

Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi kedai ini terletak kira-kira 10 minit...

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi,...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aibidiey
Aibidiey
4 years ago

Pada waktu petang tiupan angin laut di pantai ini nyaman dan sejuk. Sepanjang pantai diteduhi pokok-pokok kelapa dan pokok-pokok berdaun rendang.

Zil-el-Saif
8 years ago

Saya paling suka gerai yang kelima dari selekoh masuk ke pantai… nama gerai tak ingat.. Dah banyak gerai saya try yang tu paling best terutamanya bebola sotong cucuk…

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x