Mee Chambol Special Kak Yam

Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak fikiran CD. Ini merupakan kali ke 4 CD singgah di Kedai Mee Chambol Kak Yam.

Memang tak syak lagi, kesedapan mee chambol di sini sememangnya konsisten. Tak seperti di sesetengah kedai, kadang-kadang sedap, kadang-kadang tak sedap. Adoyai !! Kalau korang selalu shopping di Pengkalan Kubur, korang boleh jumpa kedai Kak Yam Mee Chambol Special ni lebih kurang 2km sebelum sampai di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

CD singgah di sini pada pukul 5ptg selepas shopping di Pengkalan Kubor. Nasib baik tak ramai orang. Kalau malam tak yah cakap lah, kedai ni memang penuh dengan orang! Selain Mee Chambol ada juga menu makanan lain yang menarik untuk kita cuba seperti Mee Celup dan juga Meggi Sup. Memandangkan kedai ni memang glamour dengan Mee Chambol, jadi CD memang tak pandang dah menu lain. Memandangkan time ni tak ramai orang, dalam masa 4 minit je, Mee Chambol Special CD dah sampai.

mee chambol tumpat kelantan

Tu dia !! MEE CHAMBOL SPECIAL !! Macam-macam ada dalam mee ni !! Telur Puyoh ada, udang tepung ada, bebola ayam, bebola daging, ayam dan macam-macam lagi !! Korang jangan samakan dengan Mee Celup atau Mee Sup…Mee Chambol memang rasa dia lain !! SEDDAPP !!

Bagi sesetengah orang mungkin rasa dia tak berapa pedas. No worries. Dalam bekas hijau tu serbuk lada ada, lada jeruk ada, kicap masin ada, garam dan gula pun ada. Korang boleh ubah rasa sendiri mengikut selera masing-masing.

makanan menarik tumpat kelantan

Untuk pengetahuan korang, Mee Chambol ni boleh dimakan dengan mee halus, kuew teaw, mee kuning dan mee patthai. Mee Patthai ni mungkin merupakan satu yang baru utk sesetngah orang. Gambar di atas ialah mee Patthai. Rasa dia memang lain daripada mee halus atau mee yang biasa kita makan. Mungkin mee patthai ni atau mee chambol ni memang asal dari Siam !! Maklumlah, Pengkalan Kubor ni memang dekat gile dengan Golok, Siam.

kedai makan sedap tumpat

Memandangkan CD ni agak gemar dengan pedas, maka apa lagi, kasi tabur serbuk lada sesudu dua !! Baru terangkat dan ada KICK !!

Harga Mee Chambol Special hanya RM 6 !! Memang berbaloi dengan kesedapan dan bahan-bahan yang diletak di dalam mangkuk ni. Bila balik KL kadang-kadang terasa nak makan Mee Chambol..tapi apakan daya, mana mungkin rasanya sama dengan Mee Chambol Special Kak Yam :(

Kalau korang tahu mana nak cari Mee Chambol yang seddap di KL atau Selangor jangan lupa bagitahu CD dalam komen yer !! Ini dia koordinatnya lat/lng: 6.221593,102.102959. Selamat jalan jalan cari makan di Tumpat Kelantan ! :)

Mee Chambol Special Kak Yam
1 (20%) 1 vote

10 Komen

  1. Hafizul 12/03/2014
    • Zufar 12/03/2014
  2. Maria 06/03/2014
    • Zufar 06/03/2014
  3. Jamian Sarif 04/03/2014
    • Zufar 04/03/2014
  4. Bahrain 04/03/2014
    • Zufar 04/03/2014
  5. Denaihati 03/03/2014
    • Zufar 04/03/2014

Sila Komen

Sila SHARE