Warung Pokloh Milo Tunggeng

sarapan pagi sekitar kota bharu

Table of Contents

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo Tunggeng. Apa yang menunggeng? :p

Nama kedai macam ntah hapa-hapa je tapi unik. Apa-apa pun terpulang kepada korang penilaian bila ke sini. Jom tengok ! Sebaik sampai sekitar pukul 9 pagi, nah tu dia..berderet orang di depan kedai…warungnya kecil sahaja dan lokasi warung ini ialah di belakang Hostpital Pakar Perdana, Kota Bharu. Pagi yang tenang, langit yang membiru, memang sungguh mendamaikan dan menambah kelaparan perut di pagi hari. Dari jauh nampak macam meriah !

pok loh milo tunggeng kb

Inilah suasana warung Pok Loh Milo Tunggeng. Bukan main PINK lagi kedai dia…simple dan ringkas !! Tapi meriah !!

sarapan pagi sekitar kota bharu

Tu dia..No Wonder lah kedai ni dinamakan sempena Milo Tunggeng…Keunikan warung ini ialah terletak pada cara nak buat air Milo. Tin Milo tersebut ditebuk dari atas dan ditunggeng sehingga separuh cawan…memang kaw habis !! CD ingatkan pada mulanya sebab ada orang yang menunggeng kat sini..hehe

milo sedap kota bharu

Sekali tengok macam Milo Ais biasa kat kedai lain…rasa dia memang kaw habis !! DAN yang membuatkan air Milo Ais Pok Loh Milo Tunggeng ni lain daripada yang lain ialah cara pembuatannya dan HARGA !! Cuma RM 2.00 segelas !!

Kalau kat kedai lain memang tak dapat lah milo ais kaw camni dengan harga RM 2.00.

tempat sarapan pagi murah kb

Banyak pilihan sarapan pagi yang boleh didapati di sini. Semuanya memang sudah siap dibungkus di dalam plastik…ada nasi lemak, nasi ayam, nasi berlauk, satey dan macam-macam lagi. Semua menu popular di Kelantan boleh dijumpai di kedai Pok Loh Milo Tunggeng ni…boleh kata one stop centre jugak la..

Lokasi dia memang senang je nak jumpa, cuma di belakang hospital Pakar Perdana KB. lat/lng: 6.120391,102.242785.

4/5 - (1 vote)
Subscribe
Notify of
guest

18 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Pokkoman
Pokkoman
9 years ago

gelepar beraso nok gi sini. keno nasi berlauk pagi2…perrrgggghhhhh
pokloh, demo tggu ambo kelik klate!!

Hannyabdullah
12 years ago

Memang unik nama warung ni..:).

First time tengok orang buat air milo dengan cara macam tu…

Baca Lagi

  • 12 Nov, 2013
Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk...
  • 27 Feb, 2014
Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak...
  • 10 Mar, 2014
Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi...
  • 12 Mar, 2014
Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai...
18
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination