Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya akan kongsikan pula tempat makan best di Kelantan yang menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Jom Kita lihat.

Betul ke senarai kedai makan menarik di Kelantan yang di bawah ni pernah dikunjungi oleh JJCM TV? Betul atau tidak anda boleh rujuk di Fanpage rasmi di JJCM TV 3.

6 Tempat makan best di Kelantan pilihan JJCM TV3 Tahun 2015

tempat-makan-sedap-di-kelantan-jjcm tv3

Destinasi kedai makan di bawah ini telah diterjah oleh kru-kru TV3 pada awal tahun 2015. Masih baru dan panas.


1. Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok)

restoran jjcm kelantan sedapLokasi Makan Nasi Kuning ini terletak di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan dan bersebelahan dengan jalan besar sahaja. Mungkin anda tertanya-tanya, apa benda Nasi Khoumok? Khoumok ni gemuk ke? :)

Bukan. Khoumok ni kalau nak senang cerita maknya kuning lah. Sebab nasi dia warna kuning dan nama Khoumok ni entah darimana datangnya.

Nasi Khoumok ni menjadi kuning sebab ada campuran rempah-rempah ciptaan keluarga peniaganya sendiri yang kini menjadi hidangan menu utama di Kedai Makan Nasi Kuning.Nasi Khoumok ni dimakan dengan air ladanya dan lauk samaada ayam goreng atau pun gulai. Kalau di sini, sepinggan nasi khoumok dan ayam goreng berempah sekitar RM 5.50 sahaja. Murah.

tempat makan sedap di kelantanSelain menu Nasi Khoumok, antara makanan yang turut menjadi pilihan pelanggan di sini ialah Collek Pokwa (Rojak Buah) yang berharga sekitar RM 5.00 sepinggan. Dan yang unik, cara makan Collek Pokwa ni bukan sahaja dimakan dengan sos hitam (collek) sahaja malah turut serta sekali dengan taburan gula, garam dan cili serbuk.

Antara buahan yang diguna di dalam sepinggan Collek Pokwa ni ialah jambu batu, nenas, pelbagai jenis mangga atau lebih sinonim di sini dipanggil buah pauh.

Alamat: Kedai Makan Nasi kuning (Khoumok), Lot 2577, Kampung Gua Tinggi, Jalan Lebuhraya, 17200, Rantau Panjang, Kelantan. Tel: 014-500 339


2. Warung Pok Mat Pulau Pisang

restoran pok mat pisang kelantanSatu lagi destinasi makan yang best yang pernah menjadi terjahan Jalan Jalan Cari Makan TV3 di Kelantan ialah di Warung Pok Mat yang terletak di Kedai Buloh KB.

Kedai ini dikatakan popular dengan sup kepala ikan yang dibuat daripada resipi turun termurun Pok Mat itu sendiri. Yang menariknya pasal sup kepala ikan, dalam sup dia tu siap ada isi tulang gear box. Memang lemak berkrim jadi dia. Harga dan saiz kepala ikan kerapu yang digunakan juga pelbagai.

Ada yang semangkuk RM 40, RM 70 dan ada yang sehingga RM 100 kalau saiznya besar. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk sekali santapan, namun kedai ini memang tak lekang dengan pengunjung yang nak merasa keunikan sup kepala ikan Pok Mat ni.

teh ais madu kelantanWarung Pok Mat ni dibuka seawal jam 8 pagi dan kalau nak rasa sup kepala ikan pagi-pagi memang sudah ada siap tersedia. Dan minuman yang menjadi pilihan orang di yang ke sini ialah Teh Madu Tualang. Dia punya buih memang sangat banyak dan nampak menyelerakan.

Selain sup ikan di sini juga ada menyediakan menu makanan lain seperti kari ikan Kelantan, gulai ikan, gulai ayam dan daging goreng korban Pok Mat. Daging goreng korban ni bukanlah daging untuk hari raya korban tetapi memang nama dia macam tu. Menurut Pok Mat setiap hari sebelum pukul 3 petang, mesti daging korban ini akan habis.

Alamat: WARUNG PAK MAT,Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan


3. MALIS Cafe & Restaurant

malis kafe kelantan bestKalau di Kota Bharu, pilihan nak makan sedap ala western memang susah sikit dan tidak seperti di area Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mempunyai pelbagai jenis kedai makan western.

Namun itu tidak bermakna di KB tiada langsung makanan western yang menarik yang pernah menjadi terjahan kru Jalan Jalan Cari Makan TV3. Ada ! Iaitu di Malis Cafe & Restaurant yang terletak di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

jalan jalan cari makan kelantanAntara menu makanan pilihan orang yang berkunjung ke Malis Cafe ni ialah pasta-pasta, tomyam siakap, ayam mongol, chicken chop, mongolian bbq chicken dan menu menu western lain yang selalu kita dengar. Selain western, Malis Cafe juga ada menyediakan menu makanan tempatan seperti nasi putih dan lauk pauk yang menarik contohnya Ikan Tenggiri Kicap Nampla.

Ikan Tenggiri Nampla ni merupakan menu yang sangat popular di Kelantan dan Thailand khususnya. Kicap Nampla ni merupakan kicap yang berasaskan ikan dan sotong. Kalau dalam gorengan ala Thai, kicap nampla ni wajib ada sebagai bahan masakan wajib. Kalau anda mahu mencari tempat makan best di Kelantan ala western, jangan lupa singgah di Pasir Pekan, Wakaf Bharu.

Alamat: MALIS CAFE & RESTAURAN, Lot 2907, Tingkat Bawah SBJ, (Depan Pasaraya Salamku), Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.


4. Restoran by T Laksam

tempat makan best kota bharuSatu lagi tempat makan yang sedap di Kota Bharu ialah di Restoran By T Laksam yang terletak di Kampung Panji, Kota Bharu. Restoran ini memang popular di kalangan masyarakat tempatan yang nak makan laksa dan laksam yang sedap dan kedai makan ini telah bertapak di sini lebih 16 tahun ! Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 3 petang sehinggalah ke 10.30 malam dan akan cuti setiap hari Sabtu.

Antara menu yang menjadi pilihan dan menjadi best seller dish ialah Laksam Special ! Laksam Special ni seperti makan burger special di mana ada tambahan bahan-bahan penyedap yang lain seperti telur dan double cheese. Tapi kalau Laksam Special ni pula, yang membuatkannya special daripada yang biasa, sebab ada telur puyuh dan serunding.

Kalau orang luar mungkin Laksam ni sesuatu yang baru bagi mereka. Laksam ni agak berbeza dari Laksa biasa. Dan yang membezakannya ialah mee dia ! Dan benda yang paling penting yang menentukan sedap ke tidak laksam itu bukan terletak pada telur puyuh dan serundingnya, tetapi kuah ikannya. Bukan senang nak cari kuah ikan yang betul-betul pekat dengan isi ikan dan permainan santan dan rasa rempah yang sebati dengan secukupnya.

Alamat: RESTORAN BY-T LAKSAM, Lot 1136, Jalan Raaja Perempuan Zainab 2, Kampung Panji, Kota Bharu


5. Restoran Maraschino

restoran menarik popular kelantanKalau nak mencuba Green Curry yang popular di Kelantan, Restoran Maraschino pasti akan terpancul dari mulut orang setempat. Menurut tuan punya kedai, resepi yang digunakan untuk masak green curry di sini menggunakan resipi asal dari tuan pemilik green curry ( siapalah agaknya tuan punya green curry ni ek? )

Dan segala rempah, cili dan bahan-bahan untuk membuat green curry di sini bukannya dibeli di kedai yang dalam paket, tetapi dibuat dan digiling sendiri daripada bahan yang raw ! Fresh dan asli itulah resepi kesedapan Green Curry di sini.

Selain Green Curry, di sini juga ada menghidangkan makanan lain seperti western, kek-kek dan kopi-kopi yang pelbagai jenis dan unik. Salah satu tempat makan yang memang menarik untuk lepak dan buat assignment.

Antara menu pelik yang diketengahkan di dalam JJCM TV 3 di sini ialah Shibuya Toast serta Almond Custed Fish. Kalau nak tahu macam mana rasa badam yang digoreng dengan ikan, bolehlah ke sini. Dan yang menariknya, kalau anda nak belajar buat menu masakan yang pelik-pelik di sini, pihak Restoran Maraschino turut mengadakan kelas masakan setiap minggu. Kalau nak join kenalah prebook dahulu.

Alamat: RESTORAN MARASCHINO, PT154, Pusat Perkedaian Baru, Rantau Panjang, Kelantan. 09-795 3448


6. Restoran Nasi Kerabu 2mis JB

nasi kerabu tumis kelantanDatang ke Kalantan kalau tak pekena nasi kerabu memang ibarat naik motor tidak bertayar. Salah satu tempat makan best di Kelantan yang menghidangkan menu Nasi Kerabu ialah di Restoran Nasi Kerabu 2mis di Kampung Khatib Ali yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi sehinggalah ke pukul 3 petang.

Selain nasi kerabunya yang memang sedap, anda boleh upgrade nasi kerabu anda dengan hidangan tambahan seperti ikan bakar, daging bakar, lidah bakar dan kambing bakar. Siap ada sos kicap lagi.

Nama 2mis tu datang dari perkataan TUMIS. Sesetengah nasi kerabu yang ada di pasaran tidak mempunyai sambal tumis dan kalau makan tiada sambal mana ada kick ! Dan yang membezakan kesedapan nasi kerabu itu semestinyalah datang dari resepi sambal tumisnya.

Selain nasi kerabu, ada juga hidangan lain seperti nasi berlauk gulai ayam. Menu masakan wajib di setiap pagi bagi orang Kelantan.

Alamat: RESTORAN NASI KERABU 2MIS JB, Lot 1328-B, Kg.Khatib Ali, Kota Bharu.


Itulah dia 6 tempat makan best dan sedap di Kelantan yang menjadi terjahan kru Jalan Jalan Cari Makan di TV3 yang terbaru. 6 kedai makan yang menarik dan unik di atas telah diterjah pada awal tahuun 2015. Selamat mencuba !

4.4/5 - (21 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi,...

Pantai Irama

Dalam perjalanan menuju dari Kota Bharu ke Terengganu, kami telah bersepakat membawa berkat untuk melalui jalan Tok Bali. Apa lagi, on da way tu sempat...

9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!

Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk...

43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah &...

Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala...

Pantai Cahaya Bulan – Apa yang menarik di sini

Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi...

6 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Codchef
4 years ago

Jika pergi melawat negeri Kelantan diet mesti kelaut kan? Sekarang ini adanya food delivery & cod dari chef² lokal, segalanya dihujung jari jer.. thanks admin share…

saiful
6 years ago

tengok gambar pun sedap! terima kasih atas perkongsian ini

ika
ika
7 years ago

makan kt warung pak mat pulau pisang makanan bes tapi servis out dan sangat tidak peramah…sup kepala ikan + sup daging rm75 onward..

Shah2f Shuk
Shah2f Shuk
7 years ago

Makan lamb chop kt malis..rasa tu ada cuma lamb tu tulang2 jer bg kt atas pinggang..isi terlalu sedikit..

Ida Chalo
7 years ago

Pulut Ayam pun best.
Nasi Kerabu kambing bakar depan caltex panji pun sedap.

wan
wan
8 years ago

khaomok- “khao” tu bermaksud “nasi” dalam bahasa thai. nasi kuning@nasi beriani siam. thanks pd penulis bg suggestions. nnti nk try pergilah. bestnyeee rasa lapar plak

Hubungi Kami

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x