Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai francais dan pelbagai jenis perniagaan. Selain itu, Sungai Petani juga mempunyai stesen kereta api dan hab bas ekspres untuk pergi ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Singapura.

Stesen bas Sungai Petani yang terkenal di kalangan penduduk Utara terletak di Jalan Kuala Ketil dan lebih dikenali sebagai Terminal Bas Ekspres Ukir Square. Terminal bus ini berhubung dengan kompleks bernama Ukir Square.

Ukir Square adalah bangunan serba guna yang merupakan salah satu mini UTC. Bangunan ini menyediakan perkhidmatan pejabat kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Pejabat Tanah. Selain itu, terdapat juga lot-lot kedai dan kedai makan di bawah satu bumbung untuk memudahkan urusan anda. 

Jika anda ingin pergi ke terminal bas tersebut dan perlu berhubung dengan pihak stesen bas Sungai Petani, anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah dan juga rujukan lokasinya.

Alamat: Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-421 7141


Syarikat Bas dan Laluan Bas yang Popular di Stesen Bas Sungai Petani

1. Supernice Grassland

Supernice Grassland

Syarikat bas yang ditubuhkan sekitar tahun 1980 ini merupakan salah satu operator bas yang terbesar dan terkenal untuk pengangkutan bas jarak jauh. Ibu pejabatnya terletak di Butterworth dan syarikat ini menyediakan perkhidmatan bas ke bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia. Supernice Grassland sentiasa meletakkan keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai keutamaan mereka. Bas-bas dilengkapi dengan tempat pengecas, televisyen dan kemudahan WiFi. Selain itu, pemandu dan kakitangan Supernice Grassland sangat berpengalaman dan terlatih.

Laluan Bas:

  • Dari Sungai Petani ke Shah Alam
  • Dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur

Semak Tiket Bas


2. Maraliner

Maraliner

Maraliner ialah sebuah syarikat bas milik kerajaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Bas ekspres Maraliner telah menyediakan perkhidmatan bas ekspres selama lebih 30 tahun. Syarikat ini dikenali secara meluas dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan bas di seluruh Semenanjung Malaysia.

Laluan Bas:

  • Dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur

Semak Tiket Bas


3. Quick Liner Express

Quick Liner Express

Syarikat Quick Liner merupakan salah satu operator bas terkenal yang beribu pejabat di Kedah. Mereka menawarkan perkhidmatan bas dalam Semenanjung Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Seremban dan banyak lagi. Semua bas dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, ruang kaki yang luas, tempat pengecas dan Wi-Fi percuma. 

Laluan Bas:

  • Dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur

Semak Tiket Bas


Destinasi Menarik dan Popular yang Berdekatan Stesen Bas Sungai Petani

1. Central Square, Sungai Petani

Central Square, Sungai Petani

Central Square merupakan pusat membeli-belah yang terkenal di Sungai Petani. Terletak secara strategik di pusat bandar, ia menjadi tempat tumpuan penduduk dan pelancong dengan tempat letak kereta yang luas.

Selain itu, Central Square juga terkenal sebagai pusat pembelian IT dan barangan elektronik di kawasan Sungai Petani. Jaraknya dari terminal bas kira-kira 6 minit dengan kereta.

Alamat: Central Square Shopping Centre, Hektar Property Services Sdn Bhd 4.09.01, 4th Floor, No.23, Jln Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-423 8288


2. Menara Jam Besar, Jalan Ibrahim

Menara Jam Besar, Jalan Ibrahim, Sungai Petani

Menara Jam Besar yang siap dibina pada tahun 1936 telah menjadi mercu tanda Sungai Petani. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu. 

Menara ini terletak di tengah-tengah jalan utama Sungai Petani dan mempunyai banyak deretan kedai di sekitarnya. Selain itu, jam ini akan disinari dengan lampu-lampu yang cantik pada waktu malam menjadikannya tempat tumpuan pelancong. Jaraknya dari stesen bas Sungai Petani hanyalah 10 minit dengan berjalan kaki.

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


3. Dataran Ikan Bakar Pekan Baru

Dataran Ikan Bakar Pekan Baru, Sungai Petani

Dataran Ikan Bakar ini merupakan tempat makan yang popular di Sungai Petani. Semua makanan yang disajikan segar dan lazat. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk masakan Melayu dan ala-thai dengan harga yang berpatutan.

Lokasi restoran yang terletak di tepi sungai memberi suasana yang tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Staf di sini juga pantas dan cekap dalam melayan pelanggan. Jaraknya dari terminal bas kira-kira 10 minit dengan menggunakan kereta.

Alamat: 19, Jalan Masjid 1, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Waktu operasi: 

Sabtu – Isnin dan Khamis (10.30 am – 11.00 pm)

Jumaat (6.00 pm – 11.00 pm)

Selasa (10.30 pm – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-527 6067

WhatsApp Dataran Ikan Bakar


4. Masjid Sultan Muzaffar Shah, Taman Jubli Perak

Masjid Sultan Muzaffar Shah, Taman Jubli Perak, Sungai Petani

Masjid Sultan Muzaffar Shah merupakan sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah yang dinamakan sempena sultan Kedah. Masjid indah ini terletak berdekatan dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani untuk memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu. Oleh itu, masjid ini menjadi pilihan pelancong untuk singgah menunaikan ibadah solat.

Kebersihannya sangat terjaga dan tempat yang selesa akan membolehkan anda untuk beribadah dengan tenang. Jaraknya dari terminal bas kira-kira 8 minit dengan menggunakan kereta.

Alamat: Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Ulasan | Telefon: 04-422 0707


Tempat Penginapan Berdekatan Stesen Bas Sungai Petani

1. SP Central Hotel, Jalan Ibrahim

SP Central Hotel, Jalan Ibrahim

SP Central Hotel terletak di tengah-tengah Sungai Petani. Lokasi yang strategik dan berdekatan dengan tempat tarikan pelancong yang terkenal seperti Menara Jam Besar. 

Semua bilik di hotel ini mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit, wi-fi percuma dan penghawa dingin. Biliknya juga selesa dan bersih dengan harga yang berpatutan. Jaraknya dari stesen bas Sungai Petani hanya 5 minit dengan menggunakan kereta.

Alamat: 6A, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-424 0829


2. Hotel Big Banana, Kampung Pengkalan

Hotel Big Banana, Kampung Pengkalan

Big Banana Hotel Sungai Petani terletak 2 km dari pusat bandar Sungai Petani. Ia berdekatan dengan beberapa tempat tarikan pelancong seperti The Carnivall Theme Park dan Menara Jam Besar. 

Biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin dan wi-fi percuma memberi suasana yang selesa untuk pelanggan. Jaraknya dari terminal bas kira-kira 5 minit dengan menggunakan kereta.

Alamat: Kampung Pengkalan, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1640 8080

WhatsApp Hotel Big Banana


Kami harap artikel ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang perkhidmatan yang disediakan di stesen bas Sungai Petani. Anda boleh melihat jadual bas dan membeli tiket secara online untuk merancang perjalanan. Selain itu, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat menarik yang berdekatan apabila anda datang ke sini. 

Tidak lupa juga, tahukah anda Sungai Petani menawarkan banyak tempat makanan yang menarik dan lazat? Jom cari kedai makan di artikel ini, 11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai...

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada...

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam,...

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang...

Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x