Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang sesuai menjadi pilihan anda kerana mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berkonsepkan buffet. Anda boleh makan sebanyak mana anda mahu dengan hanya satu harga sahaja. Dari makanan menu berat sehinggalah pemanis mulut, semuanya ada dihidang di Santai By The Garden ini. Kalau orang Sungai Petani sudah cukup kenal dengan restoran ala-ala Seoul Garden ini kerana mereka menyediakan kualiti yang setanding tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Jom baca ape keistimewaan yang ade pada Santai By The Garden.


Santai By The Garden

Sungai Petani, Kedah.
Kredit Gambar: FB Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah

Siapa Santai by the Garden?

Orang negeri Kedah terutamanya yang duduk di Sungai Petani mesti dah kenal dengan restoran berkonsepkan buffet yang menyediakan pelbagai hidangan. Betul! Santai By The Garden adalah satu restoran BBQ Grill yang berkonsepkan buffet ala-ala Seoul Garden. Restoran BBQ dan Steamboat ini terkenal kerana bayaran yang murah serta makanan yang banyak pilihan dalam satu masa. Bayar sekali dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan sambil bersantai di tepi taman buatan dan ambil kesempatan untuk bergambar pada waktu malam dengan keindahan cahaya lampu yang indah. Jom baca apa yang menarik dengan tempat makan terkenal Santai By The Garden.


Menu dan Harga

Sungai Petani, Kedah
Kredit Gambar: FB Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah

Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke sini, mesti tertanya tentang harga dan bayaran masuk kan. Harga untuk sekali masuk bagi dewasa adalah RM 37.90 manakala bagi kanak-kanak 6 tahun keatas akan dikenakan bayaran sebanyak RM 18.90. Harga ini terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain kerana mereka menyediakan resipi dan pilihan menu yang pelbagai. Tapi, macam mana kalau anda ada anak kecik? Jangan risau, bagi kanak-kanak yang berusia bawah 6 tahun, kemasukan adalah percuma. Menarik bukan?

Dewasa RM37.90
Kanak-kanak (6 Tahun Keatas) RM18.90
Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) Percuma

Kalau nak sembang pasal menu, terlalu banyak menu menarik. Tapi antara menjadi bualan ramai adalah Sos Danok mereka yang menepati citarasa setiap orang. Bukan itu sahaja, perapan daging dan kambing juga perlu ada dalam senarai pilihan anda kerana ianya adalah antara pilihan ramai. Pelbagai jenis seafood, sayur-sayuran, sos dan kuah, manisan dan jajan, makanan barat dan pelbagai lagi. Bayangkan dengan sekali bayar, anda boleh rasa semua benda!


Lokasi

Sungai Petani, Kedah.
Kredit Gambar: FB Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah

Santai By The Garden terletak di lokasi yang strategik dan antara sebab untuk restoran ini terkenal kerana terletak berhampiran simpang jalan raya yang sibuk. Seperti yang telah dikatakan di awal tadi, restoran ini terletak di Padang Temusu, Sungai Petani. Agak susah kalau anda mahu cari sendiri, jadi anda boleh klik disini untuk mendapatkan arahan pemanduan untuk ke Santai By The Garden. Jangan risau, senang jer nak cari kalau waktu malam sebab restoran ini dihiasi dengan lampu-lampu cantik waktu malam dan kalau ada ramai beratur dekat luar, betul la tu Santai By The Garden. Bagi mereka yang datang dengan kereta mereka sendiri, jangan risau kerana parking yang disediakan adalah luas dan mudah untuk anda yang membawa kerusi roda atau kereta bayi.


Waktu Operasi

Santai By The Garden beroperasi bermula dari 5.30 petang sehingga 12.00 tengah malam. Oleh kerana Steamboat sesuai dimakan pada waktu malam, maka ramai orang yang datang selepas waktu solat maghrib bagi mengelakkan mereka terkejar untuk solat ketika itu. Saranan kami adalah anda datang lebih awal dari waktu puncak sekitar jam 6.00 petang sehingga 7.00 malam. Hal ini kerana, waktu puncak yang kebiasaannya pada 8.00 malam sehingga 9.00 malam akan menyebabkan kesesakan dalam mengambil makanan anda dan anda mungkin perlu beratur dan menunggu meja kosong sebelum mendapat tempat duduk sekiranya datang ketika waktu puncak. Kalau Muslim datang sebelum maghrib macam mana nak solat Maghrib? Anda tidak perlu risau kerana pihak restoran ada menyediakan surau yang selesa untuk anda dan anda boleh solat secara bergilir-gilir. Lepas tu makanlah sampai kenyang dan boleh cuba semua jenis menu yang ada dekat sini.


Ulasan

Ramai je yang dah repeat untuk makan dekat Santai By The Garden ni. Sebab murah dan lauk yang ada tu sangat memikat selera. Walaupun ramai yang mengadu mengatakan surau kecil dan tempat wudhu yang berasingan, kami yakin pihak restoran sedang memberi layanan yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, ramai yang memberi maklum balas mengatakan bahawa menu yang disediakan sangat berpatutan dengan harga dan bekalan juga tidak putus. Maksudnya, anda boleh makan selagi mampu. Tidak hairan la Santai By The Garden ni mendapat rating yang tinggi di Google Reviews dengan sebanyak 2034 catatan penilaian dan 4.3 bintang penilaian secara keseluruhan adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan pengalaman mereka dari turun kereta sehinggalah mereka kembali ke kereta masing-masing. Ini menunjukkan bahawa kebolehan restoran ini dalam mengurus pelanggan yang ramai dan menyediakan fasiliti yang mencukupi bagi menampung pelanggan dalam satu-satu masa.


Tempahan

Untuk sebarang tempahan, boleh datang ke alamat tertera di bawah untuk Walk-In atau untuk sebarang tempahan meja, anda boleh hubungi nombor tertera di bawah. Mereka juga ada menyediakan juadah dan lauk untuk anda bungkus dan bawa pulang.

Santai By The Garden

Alamat: Jalan Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Telefon: 018-466 4007

Masa: 5.30 Petang – 12.00 Tengah Malam (Setiap Hari)

Google Maps: Santai By The Garden 

Alamat: Jalan Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Promosi dan Voucher

Walaupun harga dah murah, tetapi promosi untuk Santai By the Garden masih akan dijalankan dari masa ke semasa, sila semak di laman caridestinasi atau official untuk promosi yang terkini.


Kesimpulanya, Santai By The Garden telah mendapat banyak maklum balas positif dari ramai pihak. Ramai juga yang telah berulang kali datang kerana sangat berpuas hati dengan layanan dan produk yang di bawa. Secara keseluruhannya, restoran ini mendapat banyak pujian dari segi produk, layanan dan fasiliti kepada pelanggan. Anda yang masih baru di Sungai Petani, atau baru sahaja nak cari makan di Sungai Petani, sangat disarankan untuk anda mencuba makanan disini kerana mereka memberi kelainan suasana ketika anda menjamu selera. Belum cuba belum tahu, ayuh cuba makan disini dan rasai kelainannya.

4.3/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada...

Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat...

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai...

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai...

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x