Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Camping & Glamping di Kedah Yang Selesa Lagi Padu!

Sebenarnya, selain tempat-tempat penginapan macam homestay dan hotel, ramai juga yang lagi suka untuk menginap dalam khemah. Bagi sesetengah orang, leceh untuk buat aktiviti berkhemah atau camping ni, sebab tempat tidur yang kurang selesa berbanding katil yang empuk dalam rumah. Tak perlu fikir pasal keburukan camping ni, tapi apa kata lebih fokus kepada faedah yang boleh dia beri pada diri. Sebagai contoh, sekitar khemah mesti banyak flora dan fauna yang buat kita sedar banyak lagi hidupan di luar sana. Angin dalam kawasan nature pun lagi bersih berbanding di bandar.

Dah banyak dibuka kawasan atau tapak perkhemahan sekitar negeri Kedah untuk beri peluang kepada yang dah biasa camping atau yang masih berjinak dalam dunia camping untuk gunakan. Selain camping secara tradisional di Kedah, ramai juga yang menarik perhatian dengan buka camping berkonsep ‘glamour’, dinamakan glamping. Glamping pula satu bentuk camping yang lagi memudahkan dan memenuhi kehendak yang inginkan keselesaan dan gaya. Kalau anda rasa nak tahu lebih, marilah baca artikel kami kali ni!

Tempat Camping Syok di Kedah


1. Damai Lubuk Badak Camp Site

Kawasan perkhemahan dekat Damai Lubuk Badak, Baling Kedah ni memang sesuai kalau keluarga datang bawa anak kecil. Sebabnya, sungai yang ada sebelah tapak dirikan khemah memang cetek, jadi senanglah anak-anak nak berseronok mandi air. Tambahan pula, ideal juga air sungai yang ada untuk mak ayah atau anak-anak sekali ikut main tubing. Nak cerita pasal kemudahan yang disediakan pula, pemilik tapak perkhemahan memang dirikantandas  yang selesa, surau yang bersih dan juga tempat letak kereta yang memang sebelah tapak perkhemahan je. Kalau nak mengecas telefon ke gajet lain ke, senang je sebab plug point pun disediakan. Sesiapa rajin nak buat masak-masak pun takyah risau, ada sinki dekat tapak ya.

Nama pun perkhemahan kan, jadi khemah tu mestilah perlu. Nak jimat duit, bawa khemah sendiri dari rumah kalau ada. Katakan tak ada, boleh aje sewa dari pemilik tempat ini. Pemilik dan staf tapak perkhemahan memang jaga betul kawasan dia, sentiasa bersihkan tandas dan juga pantau kebersihan sekitar tapak. Nak berkhemah dekat sini RM30 aje, parking pula RM10.

Alamat: K702, Kampung Lubok Legong, 09100 Baling, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 11.00 pm (Selasa-Ahad), 24 jam (Isnin)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-717 4923

Whatsapp Damai Lubuk Badak Camp Site


2. Pawana Jerai Campsite

Pawana Jerai Campsite, Yan, Kedah memang tawarkan harga terlampau mampu untuk pekhemah-pekhemah rajin di luar sana. Dengan hanya RM20 untuk berkhemah satu malam, anda akan dapat kelengkapan dan kemudahan yang terbaik dekat sini. Plug point dia boleh digunakan dalam khemah semua penghuni, lepas tu kalau lapar pun boleh terus pergi dekat kafe dia aje. Sambil menjamu selera dekat kafe, kalau dah nak Maghrib tu memang senang anda nak nampak matahari terbenam yang jelas lagi terang. Banyak juga aktiviti boleh penghuni tapak perkhemahan buat dekat sini, termasuk memancing. Lagi best sebab tempat memancing tu memang port dapat ikan haruan. Boleh lah buat barbeku malam-malam sebelum tidur dalam khemah.

Ibu-ibu yang suka memasak atau nak rasa pengalaman masak outdoor, dipersilakan guna sinki yang ada dekat luar dengan cermat. Nak memanah dekat kawasan perkhemahan pun boleh, seronok buat lepaskan stress bekerja ke. Kalau anda mampu bayar caj lebih, bolehlah ikut pemilik tempat ini pergi snorkeling dekat pulau-pulau terdekat. Taknak guna khemah, boleh sewa caravan dengan harga RM25.

Alamat: 842, Persiaran Pantai Ruat, Kg Ruat 06900 Yan, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-630 4799

Whatsapp Pawana Jerai Campsite


3. Rumah Ndoi

Pakej-pakej nak camping dekat Rumah Ndoi ni memang best sebab anda boleh pilih ikut bajet dan keperluan masing-masing. Kalau harga RM35 seorang, anda akan dapat tapak perkhemahan yang private, dengan khemah tambahan kalau datang dengan keluarga atau kawan-kawan. Yang anda dapat dengan harga ni termasuk khemah, sleeping bag, tikar alas, bantal, dengan plug point. Harga RM40 seorang pula untuk tidur dalam hammock, yang memang pengalaman baru untuk ramai orang. Anda akan dapat juga kelambu dengan sleeping bag walau tidur dalam hammock. Bila dah jadi penghuni dekat tapak perkhemahan, rugi kalau tak pergi singgah kolam air panas dekat Ulu Lenggong, naik kereta sekejap je. Nak melawat kawasan di mana terjadinya rundingan Baling untuk selesaikan Darurat Malaya 1948-60 pun boleh.

Kalau berkhemah mestilah kena makan berat juga kan, takkan nak makan makanan tin je. Jadi, pemilik tempatbagi juga pakej barbeku dengan makan tengah hari. Pakej barbeku harga dia bermula RM20 seorang, akan dapat pilihan nasi atau mee, dua bahagian ayam, 2 keping daging kambing atau lembu, sos cili, sos barbeku, kentang atau jagung, dengan air. Untuk makan tengah hari, harga bermula RM16 seorang, dapat nasi dengan lauk kari ikan, ayam goreng, sayur atau ulam, dengan air.

Alamat: Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah

Waktu Operasi: 9.00 am – 10.00 pm, Setiap hari

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-433 4899

Whatsapp Rumah Ndoi


4. Sebarau Park Campsite

Untuk tempah tapak dekat Sebarau Park Campsite, Baling, Kedah ni, anda kena on time, barulah boleh pilih tapak perkhemahan yang memang minat. Siapa datang dulu dapat pilih dulu, datang lambat maka habislah tinggal yang jauh dari sungai je. Mesti takut kan kalau dengar macam tu, tapi jangan risau sebab tapak perkhemahan dia memang besar dan cukup untuk penghuni yang ramai dalam satu masa. Sungai yang jernih dan cetek memang ideal kalau nak ajak anak-anak kecil mandi. Kemudahan-kemudahan dekat sini, ada tandas, surau, flysheet untuk lindung khemah, dengan port berkelah. Parking pun memudahkan, memang betul-betul sebelah tapak berkhemah je letaknya. Hammock ada, kalau nak sewa khemah dari owner pun boleh aje. Harga untuk berkhemah RM20 je, nak sewa pondok pula RM10.

Nak cuba berkhemah secara ekstrim sesuai lah dekat sini, sebab malam memang gelap dengan cahaya bulan je, sebab tak ada bekalan elektrik. Kalau takut ke, bawa la lampu sendiri dari rumah. Tong sampah pun tak disediakan, jadi boleh sediakan banyak plastik sampah.

Alamat: VW24+GF Weng Dalam, Kampung Bukit Ketil, 09100 Baling, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.30 pm, Setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-826 5849

Whatsapp Sebarau Park Campsite


5. Ajarr Campsite

Dengan harga berpatutan RM30 untuk berkhemah dekat kawasan terbuka dan RM35 hingga RM40 untuk kawasan berbumbung, memang Ajarr Campsite ni antara yang murah lah dekat Karangan, Kedah. Untuk pengalaman terbaik dan keselesaan setiap penghuni tapak perkhemahan, pemilik buka tapak untuk keluarga dalam kuantiti terhadsupaya tak terlalu padat. Cakap pasal selesa, tandas dekat tapak perkhemahan pun bukannya satu ke dua je, malah ada 4 buah tandas. Kalau na cas gajet ada plug point, surau pun ada, sinki pula boleh guna waktu masak. Demi keselamatan kereta tersayang anda, parking memang bersebelahan tapak perkhemahan. Sepanjang berkhemah, memang pemandangan bukit yang hijau akan menyambut anda setiap kali bangun tidur. Memang selesa tidur dalam khemah sebab bila siang boleh guna kipas, malam pula tutup kipas pun boleh sebab angin semula jadi sejuk.

Anak-anak kecil bolehlah rasa seronok mandi air sungai sebab tak dalam dan jernih. Sesuai juga kalau nak tubing dalam sungai ni. Sebab owner dekat sini peramah, anda yang suka bersukan atau hiking boleh minta pemilik tempat ini cadangkan tempat best.

Alamat: Lorong Rawa 17, Kampung Bukit Rawa, 09700 Karangan, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-440 0464

Whatsapp Ajarr Campsite


6. La Botanica Lanai

Dekat La Botanica Lanai, Baling, Kedah, anda perlu tempah kawasan perkhemahan yang ekstrim, iaitu atas pokok. Sekitar tapak perkhemahan ada 10 buah tapak rumah pokok yang boleh penghuni pilih ikut saiz. Nak tinggal atas pokok ni, anda kena bayar RM40, kalau tak bawa khemah sendiri nak sewa dari owner, bayar RM20. Khemah yang besar sikit pun ada untuk keluarga, kena sewa RM60 siap peralatan lengkap lagi. Tak cukup bantal dengan tilam nak tampung saiz keluarga, boleh tambah RM10 untuk dapat 2 bantal dengan satu tilam. Kalau memang nak privasi, boleh dapat sewa satutapak perkhemahan dengan harga RM400. Sebab tanah dekat sini lapang, anda bebas nak buat aktiviti, contohnya memanah ataupun biarkan anak-anak kecil umur aktif berlari-lari.

Banyak sungguh aktiviti yang boleh anda enjoy dekat-dekat tapat perkkhemahan, macam mendaki, berkayak, pergi singgah kolam air panas dengan mandi air terjun. Dekat kawasan tapak perkhemahan je pun boleh main congkak, main bola jaring, bagi itik dengan angsa makan atau berkelah tepi sungai. Gazebo pun boleh guna nak berkelah.

Alamat: Kampung Lanai, 09100 Baling, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-365 0140

Whatsapp La Botanica Lanai

Tempat Glamping Syok di Kedah


7. Lampoh Retreat Yan

Seronok tak kalau kata berkhemah tapi sejuk, selesa dalam khemah dengan kelengkapan macam dalam bilik je? Untuk yang teringin berkhemah di Kedah tapi kurang selesa dengan keadaan camping yang agak lasak dan kurang selesa, mungkin glamping lah untuk anda.

Dekat Lampoh Retreat Yan, anda perlu tempah dulu Rumah Sering dia untuk dapat tempah khemah glamping secara percuma. Sesuai sangat untuk keluarga besar yang nak staycation dalam rumah, tapi tak cukup ruang tidur untuk semua. Boleh lah yang tak muat tu pergi glamping lepas tu tukar-tukar orang tidur situ tiap malam.

Sambil menginap, sambil boleh guna kolam renang dia yang besar ya. Tak lengkap lah glamping di Kedah tanpa pengalaman bercuti secara ‘glamour’ kan, jadi bolehlah buat barbeku bila dah malam. Nak makan barbeku boleh duduk dekat zon makan sebelah tapak barbeku.

Bila dekat Lampoh Retreat, memang pemandangan Air Terjun Titi Hayun menemani anda sepanjang penginapan. Mak ayah yang nak lepak bersembang boleh duduk dekat kerusi dan meja buatan sendiri yang owner letak tepi rumah. Nak private lagi, ada juga tempat duduk batu dekat tengah-tengah taman. Kalau bosan boleh pergi naik ATV dekat sekitar Yan ya.

Alamat: Jalan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-1059 5459

Whatsapp Lampoh Retreat Yan


8. Hostel Ah Wai, Hostel Ah Zhi

Jangan tertipu dengan nama Hostel Ah Wai, Hostel Ah Zhi sebab walaupun memang ada penginapan jenis hostel, mereka masih menawarkan kawasan untuk anda glamping tau. Glamping dekat tempat di Alor Setar, Kedah ni selamat sebab konsep dia berkhemah secara indoor.

Sesiapa yang ada anak kecil bawah 5 tahun memang beruntung sebab untuk kanak-kanak umur tu, tinggal percuma aje. Untuk peringkat umur lain pula, kena bayar RM200 untuk seorang ke 4 orang.

Kalau anda dapat tempah glamping ini, memang satu kawasan indoor tu anda punya aje, teres pun dapat. Saiz kawasan yang luas boleh muatkan 10 orang dalam satu masa, dengan khemah-khemah yang banyak untuk pilih. Tak ada masalah pasal panas ke apa, sebab dalam kawasan glamping memang ada penyaman udara.

Dalam khemah ada yang tilam single, ada juga tilam twin, jadi pilih ikut saiz dan keselesaan masing-masing. Demi keselamatan penghuni, setiap khemah boleh kunci guna mangga. Kemudahan pula, ada plug point setiap khemah, lepastu dapat tuala, shampu, gel madian, seterika dan juga papan dia. Sejadah sembahyang untuk Muslim pun disediakan di sini.

Alamat: 87, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-368 9385

Whatsapp Hostel Ah Wai, Hostel Ah Zhi


9. Hibiscus Sedim Glamping

glamping kedah

Yang teringin nak glamping dekat Hibiscus Sedim, Karangan, Kedah boleh pilih tau nak khemah yang ada dekat tingkat mana, nak dekat atas ke dekat bawah. Ikut citarasa masing-masing juga, sebab yang duduk atas memang dapat pemandangan malam-malam yang memang cantik lah, dekat bawah pula memang nampak sungai terus. Plug point disediakan untuk yang takut bateri fon habis, parking yang berpagar pula untuk yang risau pasal keselamatan. Tandas ada, surau pun ada untuk memudahkan prose beribadah. Harga untuk satu malam RM120, daftar masuk kena datang pukul 2:30, daftar keluar pula dari 11 pagi sampai 12 tengah hari.

Antara aktiviti yang penghuni boleh buat sekitar Hibiscus Sedim termasuk nightwalk, di mana staf akan bawa anda pusing-pusing hutan tengok haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang aktif waktu ni. Lain pula, boleh kalau nak pergi ke Air Terjun Riau atau tempah pakej pergi ke The Tree Top Walk pergi meniti jambatan. Water tubing pun ada dengan guide staf tapak perkhemahan ini.

Alamat: Lubuk Buluh, Sungai, 09700 Karangan, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-239 6573

Whatsapp Hibiscus Sedim Glamping


10. Camping @ Permaipura

glamping kedah

Apa yang seronok sangat dekat Camping @ Permaipura di Kedah ni, anda dapat pilihan nak camping atau glamping. Sambil jadi penghuni dekat tapak perkhemahan, anda dibenarkan guna dua kolam renang mini yang dibina dan sesuai anak kecil guna juga. Bila berendam dalam kolam renang, anda boleh juga tengok orang main golf dekat padang sebab kawasan perkhemahan memang dekat kelab golf. Bila dah malam, silalah guna gril barbeku sebagai persiapan juadah dengan keluarga, ataupun buat steamboat. Yang selesanya di tapak perkhemahan Bedong, Kedah ni, owner bagi tempah sehari untuk satu keluarga atau kumpulan je untuk camping atau glamping. Jadi dengan harga RM200, anda dapat akses camping dengan glamping. Bilik air dia ada pemanas air pula tu, termasuk juga dapur dan ruang makan indoor dan outdoor. Nak sewa khemah dari owner kena bayar RM50 satu khemah.

Harga-harga yang lain macam khemah untuk glamping, kena bayar RM80 di mana ada 2 tilam single dalam satu khemah, RM150 pula kalau nak 6 tilam single. Kalau sewa camper bus, harga dia RM120.

Alamat: Jalan Permaipura 6 Permaipura Golf and Country Club, 08100 Bedong, Kedah

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-491 0330

Whatsapp Camping @ Permaipura


Tertarik tak nak pergi camping atau glamping di Kedah bila dah habis baca ni? Anda tak perlu fikir dua tiga kali pun, sebab semuanya dah tersedia untuk anda dari segi kemudahan dan kelengkapan, yang tinggal cuma diri anda dan duit aje. Camping best untuk suka cara tradisional, glamping pula untuk yang nak tidur secara nyenyak tanpa sakit badan. Jadi, tak ada alasan untuk anda taknak berkhemah sebab tak selesa. Jom-jom packing untuk camping atau glamping!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

52+ Tempat Menarik di Kedah Paling Popular Untuk Dilawati Oleh Pelancong Luar

Negeri Kedah Darul Aman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk diterokai samaada di darat atau di laut. Salah satu tempat menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x