41+ Tempat Menarik di Terengganu YANG FEMES & BEST Untuk Dilawati

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau & pantai. Cari destinasi kali ini ingin berkongsi dengan pembaca lebih 40 destinasi tempat menarik di Terengganu yang popular yang boleh anda terjah bersama keluarga & sahabat-sahabat termasuk dengan info penting seperti waktu operasi, peta, harga tiket & pautan rujukan. Lazimnya, destinasi pelancongan di Terengganu seperti di pantai, pulau & kawasan air terjun mula meriah selepas musim terkujuh yang selalunya terjadi antara Oktober – Mac setiap tahun. Jadi tempah penginapan anda & rancang jadual percutian di Terengganu pada waktu yang ideal ( Bulan Mac & September) sekiranya anda nak ke lokasi pulau, air terjun & pantai. Sila rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia untuk perkembangan semasa cuaca di Terengganu.

Makanan di Pantai Timur memang sangat lain daripada makanan kenegerian yang ada di Pantai Barat ataupun Utara. Rata-rata makanan tradisional di Terengganu lebih kepada yang berasaskan ikan, sotong, udang & rasa menu lauk makanan tradisional juga tidak terlalu pedas seperti di Melaka ataupun Negeri Sembilan. Selepas waktu musim tengkujuh ( Oct-Mac) setiap tahun, negeri Sang Penyu ini sememangnya akan menjadi tumpuan kaki travel dari luar untuk bercuti di Terengganu terutamanya di bahagian pulau-pulaunya yang sangat cantik & popular di mata dunia. Jom kita lihat apakah tarikan pelancongan yang ada & aktiviti menarik di Terengganu yang boleh anda lakukan kalau melancong di sini satu hari nanti.


41+ Destinasi Percutian di Terengganu Yang Menarik Untuk Pelancongan

1. Candat Sotong

tempat menarik di terengganu candat sotong

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Aktiviti mencandat sotong merupakan satu aktiviti manarik yang popular di Terengganu terutamanya di Marang. Kebiasaannya pelancong baik dari dalam dan luar negara akan ke sini setiap tahun terutamanya antara bulan April-Ogos bersama keluarga mahupun teman sepejabat untuk merasai pengalaman bercandat ( squid jigging). Bot bersama tekong boleh disewa untuk ke lokasi mencandat iaitu di sekitar Pulau Kapas & ada juga bot dari jeti di Kuala Terengganu/Kemaman/Setiu. Kalau dari jeti Marang ke lokasi mencandat memakan masa 30-40 minit dan bermula dari petang sehinggalah keesokan paginya. Ada yang serik pertama kali mencuba mencandat sotong kerana tak tahan dengan mabuk laut & ada yang terus jatuh hati dengan aktiviti sebegini. Jadi, anda yang mana satu?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6014-8374790 | Facebook

Jeti LKIM Marang: Arked Jeti Pelancongan, 21600 Marang, Terengganu

Musim & Waktu Candat Sotong di Terengganu

  • Bertolak dari jeti waktu senja/petang sampai ke subuh hari
  • Pertengahan Mac – Ogos setiap tahun

Harga Candat Sotong di Terengganu.

Pakej Bot 6 Orang – RM 850

  • Maksimum 6 orang

Pakej Bot 8 orang ; RM 1250

  • Maksimum 8 orang

Pakej Bot 10 orang: RM 1400

  • Maksimum 10 orang

Pakej Bot 15 Orang: RM 1800- RM 1900

  • Maksium 15 orang

*sewa koyang candat sotong: RM 10
*deposit RM 500

* Harga candat sotong di atas untuk rujukan. Perubahan harga banyak bergantung kepada tekong bot, jenis bot, saiz bot & perubahan harga minyak semasa.

Servis-Servis Candat Sotong di Terengganu


2. Kenyir Water Park

kenyir water park terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Pulau Poh di mana pengunjung perlu menaiki bot di Pengkalan Gawi selama 10-15 minit sebelum sampai di sini. Taman tema air ini memang sangat unik kerana di samping mempunyai kolam air di darat, pengunjung dewasa boleh mencuba aktiviti yang mencabar dengan permainan-permainan air di tengah tasik atau dikenali sebagai Lake Playstation. Taman tema ini telah melalui beberapa fasa untuk penambahbaikan & sehingga hari ini, sambutan pengunjung semakin menggalakkan. Satu destinasi tempat menarik di Terengganu mereka yang berkeluarga untuk merasai sendiri sebuah taman tema yang terletak di tengah tasik. Kat KL, mana ada taman tema sebegini, kan?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-12933468 | Facebook | Baca Lagi

Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Waktu Operasi Kenyir Water Park

  • 10 am – 5 pm

Jadual Hari Jumaat

  • Kaunter Tiket:
    • 9.30 am – 12 pm
    • 2.00 pm – 4.00 pm
  • Perjalanan bot dari Jeti ke Kenyir Water Park
    • 10 am – 12 pm
    • 2.30 pm – 4.30 pm

Harga Tiket Kenyir Water Park

Hari minggu, cuti sekolah & cuti umum

  • Dewasa: RM 25 seorang
  • Kanak-kanak: RM 15 seorang

Hari bekerja (Isnin-Khamis)

  • Dewasa: RM 15 seorang
  • Kanak-kanak: RM 10 seorang

harga tiket kenyir water park terengganu

Tempahan tiket untuk group ( VIP Ticket) sila berhubung dengan 011-1293 3468


3. Pasar Besar Kedai Payang

pasar besar kedai payang kt

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Semua produk negeri Terengganu boleh didapati di sini baik makanan seperti keropok keping, keropok sira, keropok lekor, ikan masin, serunding ataupun produk kraftangan seperti batik, songket, sutera, hasil tenunan, produk tembaga dan sebagainya. Lokasinya juga strategik berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Terengganu yang lain seperti Kampung Cina, Bukit Puteri, Dataran Shahbandar, Pulau Warisan & Bazar Warisan. Kalau anda ingin melihat telatah bahasa Terengganu oleh peniaga-peniaga tempatan, bolehlah datang ke sini & kalau nak mudah dapat diskaun ketika tawar menawar, belajarlah sedikit loghat mudah orang Terengganu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Pasar Besar Kedai Payang

  • 8 am – 6 pm

Kawasan pasar


4. TTI River Cruise

 tti river cruise terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan panorama di Sungai Terengganu, anda boleh membawa keluarga untuk menaiki bot menyusuri sungai yang bermula dari jeti di Taman Tamadun Islam. Di sepanjang perjalanan anda boleh melihat pemandangan kampung nelayan, rumah atas air, tempat pembuatan bot dan juga melihat keindahan Masjid Kristal.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6278888 | Facebook | Website

Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia.
Address: TTI Management Sdn Bhd, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Harga Tiket TTI River Cruise

  • Dewasa: RM 22.90
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 16.90
  • Kanak-Kanak (7-12 tahun): RM 16.90
  • Kanak-Kanak ( Bawah 7 tahun): Percuma

*tempoh cruise: 45 minit
*termasuk insurans & safety jacket
*kaunter tiket jualan terakhir 5.45 pm


5. Pulau Redang

tempat menarik pulau redang terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini. Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit & dari Jeti Merang pula dalam 45 minit.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Jeti-Jeti ke Pulau Redang:

  • Jeti Shah Bandar ( 12 minit dari Airport KT)
  • Jeti Merang (40 minit dari Airport KT)

Baca lagi: Cara Cara ke Pulau Redang

Waktu Operasi Feri dari Jeti Shah Bandar

  • Jeti Syahbandar ke Pulau Redang:
    • 9:00 am , 10:30 am, 3:00 pm
  • Pulau Redang ke Jeti Syahbandar:
    • 7:00 am, 11:00 am, 1:00 pm

Waktu Operasi Feri dari Jeti Merang

  • Jeti Merang ke Pulau Redang:
    • 9:00 am – 3:00 pm
  • Pulau Redang ke Jeti Merang:
    • 9:00 am – 3:00 pm

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang Di Jeti Shah Bandar

  • Dewasa: RM 110 (2 hala)
  • Kanak-kanak: RM 60 (2 hala)

*perjalanan feri ke Pulau Redang (1 jam 40 minit)

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang Di Jeti Merang

  • Dewasa: RM 110 (2 hala)
  • Kanak-kanak: RM 60 (2 hala)

*masa perjalanan feri Pulau Redang (45 minit)


6. Tasik Kenyir

tempat menarik tasik kenyir terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia ini menawarkan beberapa produk pelancongan yang menarik untuk pelancong. Hasil terbinanya Tasik Kenyir ini adalah disebabkan pembinaan Empangan Kenyir yang secara tidak langsung mewujudkan tasik serta taburan ratusan pulau-pulau kecil. Antara aktiviti menarik di sekitar Tasik Kenyir yang boleh pelancong lakukan adalah memerhati burung liar, melawat santuari gajah, junggle trekking, menerokai gua-gua, memancing, melawat santuari ikan kelah, mandi manda di Air Terjun Lasir dan bersuka ria di Kenyir Water Park. Di kalangan kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga & anda boleh menyewa rumah bot untuk ke lokasi lubuk ikan & bermalam dalam rumah bot.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia

Bergantung kepada aktiviti

Permit Masuk ke Tasik Kenyir 

  • Masuk: RM 1.00
  • Kamera: RM 5.00
  • Memancing: RM 10.00
  • Camping: RM 1.00

*permit boleh didapati di Jabatan Hidupan Liar di Pusat Maklumat Pelancong di Jeti Pengkalan Gawi. Sabtu-Rabu ( 9 am – 5 pm) & Khamis-Jumaat ( 9 am – 1 pm)

Houseboat Tasik Kenyir

  • Harga sewa bermula RM 1800- RM 8000. Bergantung kepada jenis bot, jenis pakej aktivit & jumlah hari sewa.

Jeti Pengkalan Gawi

  • merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Terdapat kemudahan untuk pengunjung di jeti ini seperti pusat penerangan pelancongan, gerai makan, pengkalan bot, restoran & di sini juga pelancong boleh dapatkan khidmat sewa bot & juga buat tempahan chalet

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH):

  • Agensi yang bertanggungjawab menguruskan produk pelancongan di Tasik Kenyir. Sebarang soalan boleh berhubung dengan

Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700 Terengganu, Malaysia
No. Telefon: 09-6267788, 09-8223100


7. Kenyir Elephant Village

 kenyir elephant village terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah pusat konservasi gajah yang baru dibuka pada tahun 2012. Di sini pengunjung boleh melihat telatah gajah-gajah terlatih & jinak beraksi dengan pelatihnya yang pasti mencuit hati anak-anak. Anda juga boleh merasai pengalaman menaiki gajah sambil ditemani pelatih mengelilingi kawasan yang ditetapkan. Berbeza dengan zoo lain, di sini pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan gajah dengan cara yang lebih dekat berbanding di zoo biasa. Disediakan juga di sini jambatan gantung & menara tinjau untuk melihat aktiviti gajah di habitat asalnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8585588 | Facebook | Website

Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Waktu Operasi Kenyir Elephant Village Terengganu
  • 9 am – 6 pm (setiap hari)
  • Waktu Solat Jumaat ditutup ( 12.30 pm – 2.30 pm)

Harga Bayaran Masuk Kenyir Elephant Village Terengganu

Harga Tiket Untuk Pemegang MyKad

  • Dewasa (12 tahun & keatas): RM 40
  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 20
  • Kanak-Kanak (1-6 tahun): RM 5
  • Kanak-Kanak (bawah 1 tahun): Percuma

Harga Tiket Untuk Bukan Pemegang MyKad

  • Dewasa (12 tahun & keatas): RM 100
  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 50
  • Kanak-Kanak (1-6 tahun): RM 10
  • Kanak-Kanak (bawah 1 tahun): Percuma


8. Santuari Kelah Sungai Petang

 santuari ikan kelah kenyir

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kebiasaannya ikan kelah memang susah untuk didekati tetapi di sini ikan kelah seperti menanti kehadiran pengunjung seolah-olah tidak sabar nak beramah mesra & mencium kaki tangan anda. Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Santuari Kelah Lubuk Kejor, Sungai Petang, Kenyir dan anda boleh ke sini dengan menaiki bot dari Pengkalan Gawi berjarak 16 km ( 30-40 minit perjalanan bot). Selepas itu perlu berjalan kaki merentasi hutan sekitar 40 minit untuk sampai ke santuari kelah ini. Di sini terdapat kemudahan seperti galeri, pusat pembenihan ikan, akuarium & pusat penyelidikan ikan kelah. Memang seronok bermanja mesra dengan raja ikan air tawar ini yang mana harga satu kilogram ikan ini boleh mencecah sehingga RM 1000 !

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6221276

Santuari Kelah Lubuk Kejor, Sungai Petang, Kenyir

Waktu Operasi Santuari Kelah Tasik Kenyir

  • 9 am – 12 pm

Harga Tiket Santuari Kelah Tasik Kenyir

  • Dewasa: RM 10
  • Kanak-Kanak: RM 5

*kuota 100 orang pengunjung setiap hari
*Tempahan boleh dibuat melalui syarikat Kenyir Travel and Tours Sdn. Bhd. di talian 09-622 1276


9. Taman Tamadun Islam

 taman tamadun islam kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini bukanlah tempat bersejarah untuk negeri Terengganu tetapi lebih kepada detinasi yang ideal untuk melihat sejarah Islam khususnya senibina bangunan ikonik Islamik dunia. Pelancong boleh melihat sendiri keunikan replika-replika 21 monumen bangunan terkenal di dunia seperti Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Sakhrah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga bersebelahan dengan satu lagi bangunan ikonik iaitu Masjid Kristal. Replika-replika di dalam Taman Tamadun Islam dibina pada saiz yang lebih kecil tetapi pada skala yang sama dengan binaan asalnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6278888 | Facebook | Website | Baca Lagi

Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Taman Tamadun Islam

Isnin-Khamis

  • 10 am – 7 pm

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum

  • 9 am – 7 pm
  • Jumaat: Rehat untuk Solat Jumaat 11.30 pm – 2.30 pm

*kaunter jualan tiket terakhir 6.15 pm

Harga Tiket Taman Tamadun Islam

  • Dewasa: RM 22.90
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 16.90
  • Kanak-Kanak (7 – 12 tahun): RM 16.90
  • Kanak-Kanak  (6 tahun & kebawah): Percuma

Tram (unlimited)

  • Dewasa: RM 5.50
  • Kanak-Kanak ( 6 tahun & kebawah): Percuma

Sewa Basikal

  • RM 10 ( 1 jam 30 minit)

Buggy Ride ( 1 jam tour + in house guide)

  • RM 48 – RM 159 (bergantung kepada jenis seater Buggy Ride)


10. Pulau Perhentian

pulau perhentian terengganu best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti. Kemudahan penginapan seperti resort & chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di Dunia oleh CNN.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Baca lagi >> 27+ Resort Pulau Perhentian yang Menarik & Best

Pulau Perhentian, Terengganu

Waktu Perjalanan Bot Dari Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian

  • Waktu Perjalanan Bot Dari Jeti Kuala Besut:
    • 8.00 am – 4.30pm
  • Waktu Perjalanan Bot Dari Pulau Perhentian:
    • 8 am, 12 pm & 4 pm

Harga  Tiket Bot Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian

  • Dewasa: RM 70 (2 hala pergi & balik)
  • Kanak-kanak: RM 35 ( 2 hala pergi & balik)

* perjalanan ambil masa 45minit


11. Pulau Tenggol

tempat menarik di dungun terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi pulau yang menawan di Terengganu yang kecantikan air, pantai & hidupan marinnya setanding dengan Pulau Redang & Pulau Perhentian. Pulau Tenggol merupakan satu tempat menarik di Dungun, Terengganu yang memang tidak asing untuk mereka yang suka menyelam / scuba diving kerana mempunyai kawasan terumbu karang yang cantik serta hidupan marin yang eksotik. Kalau bernasib baik penyelam boleh berjumpa dengan ikan yu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Baca lagi >> 15 Aktiviti Menarik & Tempat Menyelam Best Di Pulau Tenggol

Pulau Tenggul, Dungun, Terengganu

  • Pengangkutan bot & feri ke Pulau Tenggol bukan seperti di Pulau Redang & Pulau Perhentian yang diuruskan oleh syarikat pengangkutan khas. Di sini pengunjung perlu menaiki bot laju bermula dari Jeti Kuala Dungun. Boleh berurusan dengan pihak yang menyediakan pakej snorkeling/ scuba diving anda / resort di Pulau Tenggol.
  • Perjalanan ke Pulau Tenggol mengambil masa 30-40 minit

  • Untuk pakej sewa bot untuk aktiviti di sekitar Pulau Tenggol, RM 600- RM 650 satu bot


12. Air Terjun Chemerong

air terjun chemerong dungun terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tempat mandi manda di Terengganu yang sangat popular yang terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong yang juga merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Pasir Raja. Lokasinya yang agak pedalaman dari jalan utama pasti menjanjikan keaslian alam flora yang masih kekal terjaga. Air Terjun Chemerong merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dan di sini jugalah tempat pendaki memulakan pendakian menuju ke Gunung Berembun sambil mandi manda di Sungai Bangang yang sangat jernih membiru seperti di laut.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6274155 | Baca Lagi

Alamat: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi Air Terjun Chemerong

  • 8 am – 6 pm

*ditutup musim tengkujuh (November-Februari) setiap tahun

Harga Tiket Air Terjun Chemerong

  • Dewasa: RM 2/pax
  • Kanak-kanak (5-12 tahun): RM 1/pax


13. Air Terjun Sekayu

tempat mandi manda terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu yang terletak di Kuala Berang. Air terjun bertingkat yang jernih di kelilingi Hutan Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau juga menginap di chalet di tepi air terjunnya yang pasti memberi satu pengalaman yang berbeza. Terdapat juga taman tema air mini yang mempunyai water slide yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6274155 | Baca Lagi

Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Waktu Operasi Air Terjun Sekayu

  • 8 am – 6 pm

*ditutup musim tengkujuh (November-Februari) setiap tahun

Harga Bayaran Masuk Air Terjun Sekayu

  • Dewasa: RM 2.00 / seorang
  • Kanak-kanak: RM 1.00/ seorang


14. La Hot Spring

tempat menarik di kelantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kolam Air Panas La di Jertih, Besut ini merupakan hot spring yang paling menarik di Terengganu untuk pelancong lawati. Kolam air panas ini lebih terjaga & kemudahan kolam buatan ala spa yang disediakan untuk pengunjung juga memudahkan anak-anak & golongan wanita untuk sama-sama berkelah di sini. Lokasinya agak pedalaman kira-kira 27km dari Bandar Jertih & mudah diakses dengan kenderaan. Kalau anda bercuti di tempat-tempat menarik di Kelantan seperti di kawasan Bachok, destinasi ini memang sangat dekat untuk anda datang. Destinasi ini pasti menjanjikan satu pengalaman yang best sekiranya anda ingin memanjakan kulit dengan rawatan semulajadi air panas bersulfur yang secara saintifiknya boleh menyegarkan kulit & panas air di sini boleh mencecah sehingga 49 darjah celsius. Kalau anda tak tahan dengan air panas, boleh terus ke sungai yang berdekatan yang sangat sejuk & sesuai untuk budak-budak mandi manda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring, 22010, Jetih, Besut, Terengganu

  • 8 am – 6 pm

  • Masuk Percuma
  • Parking kereta Percuma


15. Muzium Negeri Terengganu

muzium negeri terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Siapa tak kenal dengan muzium yang gah cantik ini yang juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah, kesenian & budaya orang Terengganu. Pasti yang akan paling mencuri tumpuan anda adalah kecantikan senibina muzium ini sendiri yang sangat unik dan besar. Tengok pada saiz bumbungnya dan bangunannya anda pasti terasa seperti orang kerdil yang memasuki Istana Lama Melayu yang dihuni oleh orang gergasi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6321200 | Facebook | Website

Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Waktu Operasi Muzium Negeri Terengganu

Hari Sabtu hingga Khamis

  • 9.00 pagi – 5.00 petang

Hari Jumaat

  • Tutup

Hari Kelepasan Am

  • 9.00 pagi – 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

  • Ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

Harga Tiket Muzium Negeri Terengganu

Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-Kanak ( 7-15 tahun): RM 2.00
  • Kanak-Kanak (sekolah berpakaian seragam): RM 1.00
  • Kanak-Kanak ( bawah 7 tahun): Percuma

Bukan Warganegara Malaysia

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-Kanak: RM 10.00


16. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

masjid terapung kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid yang indah dan cantik ini terletak di Kuala Ibai dalam kawasan Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Juga dikenali dengan Masjid Terapung, kalau anda lihat dari jauh ianya seolah-olah kelihatan terapung di atas laguna air di sini. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat, jangan lepaskan peluang untuk solat Jumaat di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

Percuma


17. Zoo Kemaman

zoo kemaman terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti ke Kemaman atau Dungun, salah satu destinasi taman haiwan yang boleh dilawati adalah di Zoo Kemaman yang menempatkan pelbagai haiwan liar samaada yang dibawa dari dalam negara ataupun luar negara seperti gajah, harimau, singa, kucing hutan, buaya, tapir dan pelbagai spesis reptilia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi Zoo Kemaman

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Zoo Kemaman

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak-Kanak(5-12 tahun): RM 7.00
  • Berkumpulan ( 20 orang): RM 5.00
  • Kanak-Kanak( 4 tahun & kebawah): Percuma


18. Kelip-kelip Sungai Yah Yah

pelancongan terengganu kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hanya terletak berdekatan dengan Zoo Kemaman, pengunjung boleh merasai pengalaman melihat kelip-kelip di Sungai Yah Yah yang beroperasi antara 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Kelip-kelip di sini memang banyak mengerumuni pokok-pokok di sepanjang sungai dan kebiasaannya membiak antara bulan Julai – Oktober.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

  • 8.00 pm – 10.00 pm

*jangkasamasa 30 minit

Harga Tiket Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

Warganegara

  • Dewasa: RM 15.00
  • Kanak-Kanak: RM 10.00

Pelancong Luar

  • Dewasa: RM 25.00
  • Kanak-Kanak: RM 15.00

*Boleh berurusan dengan pihak Taman Rekreasi & Zoo Kemaman


19. River Cruise Sungai Yah Yah

river cruise kemaman

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin melihat keindahan hutan paya bakau hijau & kawasan pokok nipah di dalam Kemaman, anda boleh melakukan aktiviti ini dengan River Cruise Sungai Yah Yah. Perjalanan dari Jeti Sungai Yah Yah ke Jambatan Bukit Kuang menyelusuri sungai ini akan mengambil masa sekitar 90 minit pergi & balik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-8596644 | Facebook | Instagram | Website

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman,
Majlis Perbandaran Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Waktu Operasi River Cruise Sungai Yah Yah

  • Dibuka setiap hari kecuali Jumaat & Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha
    • 11.00 am – 12.30 pm
    • 3.00 pm – 4.30 pm

*jangkasamasa perjalanan bot 90 minit

Harga Tiket  River Cruise Sungai Yah Yah

  • Dewasa: RM 40.00
  • Kanak-Kanak: RM 40.00

*Boleh berurusan dengan kaunter di Taman Rekreasi & Zoo Kemaman


20. Pantai Teluk Ketapang/ Pantai Airport

pantai teluk ketapang terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi pantai rekreasi ini terletak di area Seberang Takir bersebelahan dengan Airport Telaga Batin kira-kira 20 minit memandu dari bandar KT. Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang sangat popular di kalangan orang setempat untuk bersantai waktu petang. Menjelang hujung minggu pada hari Jumaat & Sabtu, memang akan lebih meriah dengan kunjungan orang ramai untuk berkelah, bermain layang-layang atau makan ikan celup tepung (ICT) di sekitarnya. Antara warung ICT yang popular di sini ialah ICT Hj Pok Long, Firdausy Seafood Corner & beberapa lagi yang tidak kurang menariknya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Pantai Teluk Ketapang, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

24 jam

Percuma


21. Pusat Sains Kreativiti Terengganu

 pusat sains kreativiti terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tarikan yang baru di KT di mana pengunjung boleh membawa anak-anak yang masih bersekolah untuk melihat banyak pameran dan galeri yang umumnya berkaitan dengan pembelajaran sains dalam satu pendekatan yang menarik minat budak-budak. Terletak di Kampung Laut, Chendering dan hanya 15 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu. Di sini terdapat banyak mural yang menarik & telah dianugerahkan oleh The Malaysian Book of Records sebagai sebuah bangunan yang paling banyak mempunyai lukisan mural di dalam Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6174004 | Facebook | Website

Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Pusat Sains Kreativiti Terengganu

  • Sabtu-Rabu
    • 9 am – 5 pm ( waktu terakhir masuk 3.30 pm)
  • Khamis
    • 9 am – 4 pm ( waktu terakhir masuk 2.30 pm)
  • Jumaat
    • Tutup

Harga Tiket Pusat Sains Kreativiti Terengganu

1 . Pakej Science Gallery (I-Wonder, Nature Disaster, Science Stage, Spark Your Creativity, Reading Thinking)

  • Dewasa (18 tahun & keatas)
    • Promosi MyKad: RM 12.00
    • Tanpa MyKad: RM 24.00
  • Pelanajr Sekolah (5-17 tahun)
    • Promosi MyKad: RM 10.00
    • Tanpa MyKad: RM 20.00
  • Kanak-Kanak ( 3-4 tahun)
    • Promosi MyKid: RM 3.00
    • Tanpa MyKid: RM 6.00

2. Pakej Keluarga

  • 2 Dewasa + 2 Pelajar Sekolah
    • Promosi MyKad: RM 40.00
    • Tanpa MyKad: RM 80.00

3. Pakej Scientist Junior ( minimum 20 orang)

  • Pra-Sekolah/Sek Rendah/Sek Men/IPT:
    • Promosi Mykad: RM 26.00
    • Tanpa MyKad: RM 13.00
  • Taska/Permata
    • Promosi Mykad: RM 12.00
    • Tanpa MyKad: RM 6.00

Tiket Tambahan

  • Dome Show. (tiket perseorangan)
    • Promosi Mykad: RM 4.00
    • Tanpa MyKad: RM 2.00


22. Masjid Kristal

masjid kristal terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mengikut sumber kos pembinaan masjid yang cantik dan unik ini dianggarkan sekitar 23 juta ringgit dan terletak di tepi Sungai Terengganu serta bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Anda juga boleh melihat keindahan masjid ini kalau menaiki river cruise atau melalui Jambatan Sultan Mahmud.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

  • Subuh-Isyak

  • Percuma


23. Lata Tembakah

lata tembakah besut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Air terjun di dalam Daerah Besut yang paling popular untuk aktiviti berkelah di hujung minggu, Lata Tembakah merupakan air terjun yang bertingkat yang mempunyai kemudahan lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, jambatan gantung, parking kereta & chalet. Hanya terletak 30 minit memandu dari Bandar Jetih, destinasi ini sangat ideal untuk mereka yang nak mendekatkan diri dengan keindahan alam semulajadi sambil mandi manda bersama keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Hutan Lipur Lata Tembakah, 22010, Besut,  Terengganu

Untuk aktiviti perkhemahan sila behubung:

Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu
 
Tel: 09-6274155
Faks: 09-6236552

Waktu Operasi Air Terjun Lata Tembakah

  • 8 am – 5 pm

*ditutup musim tengkujuh (November-Februari) setiap tahun

Bayaran Tiket Masuk ke Lata Tembakah

  • Dewasa: RM 2.00
  • Kanak-Kanak: RM 1.00

Sewa Parking

  • Kereta: RM 2.00
  • Bas: RM 5.00
  • Motosikal: RM 1.00

Kadar Sewa Chalet di Lata Tembakah

  • Asrama 14 Katil: RM 200
  • Chalet VIP: RM 150
  • Chalet 2 bilik: RM 100
  • Chalet 1 Bilik: RM 50
  • Tapak Perkhemahan: RM 5


24. Kota Putra Paragliding & Extreme Park

kota putra paragliding besut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sukakan aktiviti outdoor yang lasak, apa kata ke Besut Terengganu yang menawarkan aktiviti sukan ektstrem di lokasi yang sangat cantik dikelilingi laut, pantai, hutan, bukit & sudah tentunya pemandangan di sini cukup menakjubkan terutamanya pada waktu pagi. Banyak aktiviti best yang lasak yang boleh dilakukan di sini seperti paragliding, hiking, rock climbing, berkanu & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-18924424 | Website

Bubus Hill, Dendong Beach, UnisZa Road, Kampung Raja, Terengganu
22020
Terengganu
Malaysia

  • Dibuka setiap hari

Bergantung kepada aktiviti


25. Air Terjun Lata Belatan

lata tembakah jabi besut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi air terjun ini memang sangat best sekiranya anda bercuti bersama anak-anak kerana kawasannya tidak dalam, tidak terlalu berbatu, sungainya lapang, tidak deras, pasirnya halus & yang paling best, airnya sangat-sangat jernis. Air Terjun Lata Belatan bukanlah tempat mandi manda di Terengganu yang popular seperti Air Terjun Sekayu atau Air Terjun Lata Tembakah, namun kalau anda ke sini, pasti tidak menyesal kerana kawasannya sungai yang jernih menghijau tidak berkeladak mengalahkan air terjun yang lain. Terdapat juga gelongsor-gelongsor di tebing sungai ini sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. Sekiranya anda kaki photografi, destinasi ini pasti akan memberi banyak idea & subjek yang berkualiti pada photo gambar anda. Terdapat kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung & lokasi ini juga adalah base camp untuk mereka yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Tebu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, 22020 Jerteh, Terengganu

  • 8 am – 6pm (setiap hari)

*ditutup musim tengkujuh (November-Februari) setiap tahun

  • Berkhemah : RM 2.00
  • Mendaki Gunung Tebu: RM 5.00


26. Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

santuari penyu rantau abang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Rantau Abang dahulunya sangat popular di mata dunia sebagai satu destinasi pendaratan penyu spesis leatherback yang datang jauh dari Amerika Selatan untuk bertelur. Sayangnya, sekarang spesis penyu ini semakin kepada fasa hampir pupus & sangat susah nak lihat fenomena penyu jenis ini bertelur di Terengganu. Santuari ini merupakan satu tempat konservasi penyu untuk beberapa spesis penyu seperti Green Back & Hawksbill. Pengunjung berpeluang beberapa ekor penyu dalam kolam di sini & kalau bernasib baik pengunjung mungkin berpeluang untuk melepaskan anak-anak penyu ke dalam laut di pesisiran pantai berdekatan dengan Pusat Santuari Rantau Abang. Sangat ideal untuk membawa anak-anak singgah sekejap untuk mendekati haiwan marin yang comel ini sekiranya anda pulang ke KL melalui Jalan Kuala Terengganu-Dungun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Rantau Abang, Terengganu, Kampung Rantau Abang, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Waktu Melawat Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

  • Ahad-Rabu
    • 8 am – 5 pm
  • Khamis
    • 8 am – 4 pm
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Am
    • Tutup

Harga Tiket Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

  • Percuma


27. Kompleks Kraft Noor Arfa

tempat membeli belah di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jenama Noor Arfa Batik merupakan satu brand yang sangat gah di Terengganu samaada untuk pengeluaran batik ataupun songket. Kalau anda bercuti di Kuala Terengganu, boleh singgah di kompleks ini yang terletak kira-kira 20 minit memandu. Di sini, pengunjung bukan sahaja boleh membeli ratusan jenis batik & songket yang pelbagai corak, malah boleh turut merasai pengalaman mewarna batik sendiri. Kawasan kompleks ini sangat tersusun dari sudut infografiknya & bahkan di sini turut mempunyai petting zoo yang boleh membuatkan golongan anak-anak mungkin lebih teruja walaupun sekadar berada di kompleks membeli belah kain batik. Kompleks Noor Arfa sememangnya tempat membeli belah di Terengganu yang paling best untuk anda memburu hasil kraftangan tempatan yang popular seperti batik, songket & sutera.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6179700 | Website

Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Noor Arfa Batik

  • 9 am – 6 pm

  • RM 17 mewarna batik


28. Tasik Puteri Bukit Besi

 tasik bukit besi terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini mungkin tidak sepopular tasik bekas lombong seperti di Tandom Hill. Namun sekiranya anda seorang kaki photografi yang cintakan keindahan alam semulajadi, apa kata singgah di sini untuk bergambar & melihat keindahan Tasik Puteri yang menghijau jernih seperti berada di kawasan pedalaman. Lokasinya mudah diakses dengan kereta dari jalan utama & paling best kalau datang ke sini pada antara pukul 10 pagi ke 1 petang ketika matahari terpacak di atas kepala, baru ada lighting sekeliling yang menarik untuk gambar dihasilkan. Tasik Puteri Bukit Besi juga sering menjadi lokasi untuk photoshoot wedding outdoor & tempat rekreasi orang setempat. Ada juga kawasan tadahan air terjun yang tidak besar tetapi boleh mandi manda, namun kena berhati-hati & pilih kawasan yang selamat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Taman Rekreasi Tasik Puteri, 23200 Bukit Besi, Terengganu

Waktu Operasi Taman Rekreasi Tasik Puteri

  • 24 jam

  • Percuma


29. Pulau Kapas

pulau kapas di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Kapas merupakan pulau peranginan di Terengganu yang paling dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda ingin santai-santai di kawasan pulau dalam sehari, Pulau Kapas adalah destinasi paling ideal untuk anda lawati. Dengan hanya menaiki bot dari Jeti Marang, pelancong akan sampai ke kawasan pulau sekitar 20-30 minit sahaja. Perairan di kawasan Pulau Kapas tidak kurang menariknya untuk aktiviti snorkeling & resort tepi pantai di sini juga sangat menarik untuk dijadikan sebagai destinasi berbulan madu. Bersebelahan Pulau Kapas ini terdapat sebuah pulau kecil ( Pulau Gemia) yang juga mempunyai sebuah resort ( Gem Island Resort) yang sesuai untuk mereka yang lebih nakkan privasi ketika bercuti di kawasan pulau di Terengganu.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Baca lagi: 9 Aktiviti & Tempat Menarik Best di Pulau Kapas

Pulau Kapas, Marang, Terengganu

Waktu Operasi Bot ke Pulau Kapas

  • Dari Jeti Marang ke Pulau Kapas
    • 9:00 am, 11:00 am, 1:00 pm & 3:00pm (
    • Hari Jumaat bot 1 pm tidak ada
  • Dari Pulau Kapas ke Jeti Marang
    • 9:30 am, 11:30 am, 1:30 pm & 3:30pm
    • Hari Jumaat bot 1.30 pm tidak ada

Harga Tiket Bot ke Pulau Kapas

  • RM 40 ( 2 hala)


30. Pantai Batu Buruk

pantai batu buruk kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai rekareasi ini merupakan pantai yang paling dekat sekiranya anda berada di Bandar Kuala Terengganu. Tidak hairanlah setiap waktu petang, malam & hujung minggu, sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga & anak-anak. Pantai Batu sangat mudah diakses dan mempunyai banyak kemudahan awam yang lengkap baik taman permainan kanak-kanak, foodcourt, tempat jogging, restoran, medan ikan bakar, gerai ikan celup tepung & sebagainya. Kalau menginap di Bandar KT, salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu waktu malam yang boleh anda lakukan adalah ke pantai ini untuk santai-santai sambil makan ikan bakar di beberapa restoran popular sekitarnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, Terengganu

  • 24 jam

  • Percuma


31. Taman Rekreasi Pulau Kekabu

pantai menarik di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda mencari pantai di Terengganu yang best untuk rekreasi bersama keluarga, apa kata ke Pulau Kekabu. Walaupun namanya pulau tidak bermakna perlu menaiki bot. Lokasinya pula hanya bersebelahan dengan Jeti Marang. Taman Rekreasi ini memang sangat cantik kerana mempunyai kawasan tepi pantai yang lapang & himpunan pokok-pokok yang meninggi yang sangat redup walaupun pada waktu tengahari. Di sini juga terletaknya benteng pemecah ombak yang boleh anda lalui untuk melihat susana pantai & perkampungan nelayan dari sudut yang lebih menarik. Untuk aktiviti berkelah, photoshoot atau mandi manda, destinasi Pantai Kekabu memang meriah pada waktu petang & hujung minggu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, Marang, Terengganu

  • 24 jam

  • Percuma


32. Pantai Pandak

pantai pandak terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai di Kuala Terengganu memang banyak, tetapi majoritinya seperti di Pantai Batu Buruk atau di Pantai Teluk Ketapang, dilarang untuk mandi manda kerana ombak yang besar & permukaan dasarnya yang tiba-tiba dalam. Kalau anda inginkan pantai yang popular sekitar Kuala Terengganu untuk bermain-main ombak, destinasi terbaik adalah di Pantai Pandak, Chendering yang hanya 10 minit memandu dari Kuala Terengganu. Kawasan pantai ini sebenarnya lebih popular di kalangan orang setempat & jarang orang luar yang tahu lokasi pantai ini. Walaupun pantai ini lebih popular di KT untuk mandi-mandi, namun perlulah berhati-hati juga. Waktu pagi, pemandangan matahari terbit di sini memang sangat ‘wow’ kerana ada kawasan sekitarnya yang berbatu & sangat menarik untuk dijadikan subjek photo. Jika anda mencari tempat menarik di Terengganu untuk aktiviti photoshoot, sangat dicadangkan untuk ke sini waktu pagi selepas matahari terbit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

Pantai Pandak, Chendering, Marang, Terengganu

  • 24 jam

*pagi tengok matahari terbit
*petang santai-santai
*tengahari boleh sunburn

Percuma


33. Bukit Kluang

bukit keluang besut terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sukakan aktiviti outdoor, apa kata terjah mendaki Bukit Kluang waktu pagi atau petang untuk melihat keindahan pemandangan dari puncak bukit ini. Bukit Kluang merupakan bukit di tepi pantai & di bawahnya pula adalah Pantai Bukit Kluang yang popular di kalangan orang setempat untuk mandi manda & berkelah waktu petang.  Mendaki naik bukit ini sangat mudah & tidak terlalu susah seperti mendaki gunung ganang. Dari hilltop, pengunjung boleh melihat keindahan laut membiru & pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Perhentian. Pemandangan yang paling best sebenarnya adalah pada waktu pagi ketika matahari baru nak muncul & sinaran jigga merah di horizon ufuk timur yang melimpahi pantai pasti akan memukau sesiapa sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut,  Terengganu

  • 24 jam

  • Percuma


34. Pantai Bukit Kluang

pantai bukit kluang besut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Aktiviti mandi manda di kawasan pantai timur sebenarnya tidak digalakkan di majoriti pantai kerana kawasan permukaan pantai yang bahaya. Namun ada satu destinasi pantai best untuk mandi manda bersama anak-anak di Terengganu yang best iaitu Pantai Bukit Keluang. Pantai ini memang sangat landai permukaannya sangat baik untuk aktiviti bermain air laut. Di pantai ini juga terdapat sebuah gua yang mungkin boleh anda bergambar-gambar sebagai kenang-kenangan. Tak perlu nak susah payah redah hutan semata-mata nak masuk gua. Air pantai di sini memang sangat biru & bersih.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

Pantai Bukit Keluang, 22200 Kuala Besut, Terengganu

  • 24 jam

  • Percuma


35. Gunung Tebu

 gunung tebu besut terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gunung ini merupakan yang tertinggi di Terengganu & sering menjadi lokasi feveret para pendaki sejati untuk menawan puncaknya. Hiker dari Terengganu, kalau gunung ini belum ditawan, jangan dipanggil hiker yang sejati. Pendakian ke puncak setinggi 1040 meter ini mengambil sekitar 4-5 jam & mempunyai kemudahan trek & camp site yang disediakan khas untuk pengunjung. Kemudahan penginapan boleh anda dapati di kawasan base camp di sekitar Air Terjun Lata Belatan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Besut, 22200, Terengganu, Jerteh, Terengganu

  • setiap hari

  • RM 5 untuk mendaki


36. Bukit Besi Rainforest Endurance Park

atv motor cross bukit besi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Bukit Besi, destinasi ini sangat best untuk mereka mencuba sukan outdoor lasak seperti berkayak, wind surfing, moto cross,trekking & yang paling menarik adalah menunggang ATV di dalam laluan yang mencabar di dalam hutan. Trek-trek di sini memang sangat mencabar tahap fizikal & mental kerana laluan trek-trek ATV yang ada di sini banyak yang berbukit & perlu melalui laluan becak berlumpur. Sewaan ATV di sini dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba tanpa perlu ada apa-apa lesen kelayakan. Setiap perjalanan pengunjung akan ditemani oleh marshall yang mahir tentang selok belok laluan ATV di sini. Lokasinya juga tidak jauh dengan salah satu tempat menarik di Bukit Besi iaitu Tasik Puteri yang merupakan sebuah tasik bekas lombong yang sangat cantik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6274155 | Facebook

Tasik puteri, 23200 Bukit Besi, Terengganu

Waktu Operasi Bukit Besi Rainforest Endurance Park

Setiap hari

  • 10 am – 12 pm

Bayaran Bukit Besi Rainforest Endurance Park

ATV

  • Pakej A ( Siang RM 60 / Malam RM 120)
    • Trek 4km
    • ATV 200cc
    • Juru Pandu
    • Maksima 1 jam
    • Minimum 4 orang. Maksimum 10 orang
  • Pakej B ( Siang RM 70/ Malam RM 140
    • Trek 5 km
    • ATV 200c
    • Juru Pandu
    • Maksima 1.5 jam
    • Minimum 2 orang. Maksimum 10 orang
  • Pakej C ( Siang RM 135/ Malam RM 270
    • Trek 10 km
    • ATV 200c
    • Juru Pandu
    • Maksima 3 jam
    • Minimum 4 orang. Maksimum 10 orang

Mountain Bike:

  • Sewa basikal
    • 1 Jam : RM 10
    • 1 Hari: RM 30
  • Basikal Sendiri:
    • 1 hari: RM 10

Kayak:

  • RM 10

Moto Cross:

  • Track Fee:
    • 1 hari: RM 10

Wind Surfing:

  • Sewa 1 Jam: RM 50

Trekking

  • Track Fee: RM 10 untuk 1 Hari


37. Gunung Berembun

pendakian gunung berembun

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gunung Berembun merupakan satu destinasi hiking yang popular di Dungun & yang lebih menjadi kegilaan para hikers adalah untuk singgah di beberapa kawasan sungai di pertengahan perjalanan. Sungai-sungai di sini memang sangat jernih membiru & tidak berkeladak langsung. Airnya yang tenang & warnanya kebiruan seolah-olah anda sedang snorkeling di Pulau Redang. Perjalanan mendaki kepuncak Gunung Berembung atau dikenali CBL Hiking (Chemerong-Berembun-Langsir)  yang berketinggian 3400 kaki ini mengambil masa sekitar 6-10 jam bergantung kepada tahap stamina masing-masing.  Untuk ke kawasan sungai jernih membiru ini seperti Sungai Bangang & Air Terjun Lata Langsir pendaki perlu menghabiskan masa sekitar 1-2 jam perjalanan. Kawasan permulaan untuk hilltop Gunung Berembun bermula dari kawasan perkelahan Air Terjun Chemerong. Di Chemerong jugalah terletaknya Cengal Besar yang merupakan antara pokok Cengal terbesar di Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6274155

Dungun, Terengganu

24 jam

  • Bergantung kepada jumlah peserta

Maklumat lanjut


38. Pantai Tanjung Jara

chalet di terengganu tepi pantai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Nak bercuti tepi pantai di pulau-pulau Terengganu yang cantik tetapi mabuk naik bot? Jangan risau, salah satu destinasi yang popular ada di Pantai Tanjung Jara. Kalau anda mencari chalet di Terengganu tepi pantai atau resort mewah, apa kata ke Tanjung Jara Resort yang merupakan sebuah resort mewah yang popular & sangat sesuai untuk dijadikan tempat berbulan madu anda di Terengganu. Pantai Tanjung Jara yang pasirnya halus & berwarna keemasan memang sangat terjaga kebersihannya & sesuai untuk golongan keluarga yang malas nak naik bot ke pulau-pulau. Pantainya yang lapang sesuai untuk aktiviti riadah bersama anak-anak & untuk aktiviti menarik lain, boleh mencuba lakukan aktiviti seperti berkayak, wind surfing & naik bot. Kalau bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat penyu bertelur di kawasan pantai berdekatan yang musimnya antara Mei – Ogos.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-6274155 | Website

Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

24 jam

  • Bergantung pada aktiviti & musim bercuti


39. Bukit Besar

bukit besar terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda melalui Jambatan Sultan Mahmud, tulisan Allah Pelihara Terengganu terletak di Bukit Besar. Destinasi ini lebih kepada kawasan rekreasi baik waktu pagi atau petang. Anda boleh berjalan & jogging melalui jalanraya menuju ke atas bukit dan panorama dari atas Bukit Besar yang menampakkan Sungai Terengganu, Masjid Kristal & TTI semestinya sangat menakjubkan. Satu lagi tempat berbukit yang ideal untuk jogging pagi/petang di dalam Bandar KT adalah di Bukit Panorama.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

  • 7 am – 7 pm

Percuma


25+ Tempat Menarik di Terengganu Untuk Jalan Jalan Cari Makan

tempat makan menarik di terengganu

Terengganu mempunyai banyak makanan kenegerian yang popular di luar seperti nasi dagang, nasi kuning, ikan celup tepung, kuih ulat bulu & macam-macam lagi. Jom Baca: 17+ Makanan Kenegerian Best Orang Terengganu

Untuk mencari idea tempat makan menarik di Terengganu untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda, boleh terjah ke halaman berikut


Tempat Penginapan Menarik di Terengganu

Negeri Terengganu lebih terkenal di kalangan pelancong kerana kaya dengan khazanah flora fauna & kepulauan yang cantik. Begitu banyak pilihan hotel & resort di tepi pantai Terengganu yang menarik yang boleh anda pilih terutamanya di bahagian pulau-pulaunya.

Tawaran Penginapan di Terengganu

Pakej Percutian Menarik di Terengganu

Banyak lagi sebenarnya destinasi menarik yang ada di Terengganu yang boleh pelancong lawati. Semoga memberi anda seribu satu idea apa nak buat kelak kalau berhajat nak bercuti ke tempat-tempat menarik di Terengganu. Komentar anda sangat dialu-alukan & sila share untuk rujukan masa hadapan. Wassalam.

Baca lagi:

4.6/5 - (118 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Air Terjun Best di Terengganu – “Konfem” Rugi Kalau Tak Datang!

Terengganu sememangnya dikenali ramai kerana kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai dengan pasir memutih serta pulau-pulau yang tersergam indah. Namun, negeri ini juga...

Nasi Dagang Terengganu Yang Sebenar

Pagi ini CD sempat bersarapan dengan menu nasi dagang Terengganu yang sebenar di salah sebuah kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Terengganu iaitu...

10+ Chalet Best Sekitar Pantai di Terengganu – Pastinya memberikan kenangan abadi!

Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai banyak tarikan dan keistimewaan yang tersendiri....

Senarai Pantai di Terengganu – Yang BEST dan TIDAK !

Terengganu memang tidak dapat dipisahkan dengan pantai. Dan memang banyak pantai-pantai di Terengganu yang menarik dan ada juga yang biasa-biasa je. Terpulang kepada anda...

10 Tempat “Hiking” Di Terengganu Dengan Pemandangan Yang Memukau!

Aktiviti hiking atau mendaki ini telah menjadi satu aktiviti yang ramai digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi mereka yang betul-betul minat dalam aktiviti lasak...

7 Pulau di Terengganu Yang MENARIK Untuk Bercuti

Selain pulau di Sabah & pulau di Pahang, Terengganu juga mempunyai destinasi percutian di pulau-pulau yang sangat best & bertaraf dunia. Secara keseluruhannya, terdapat...

6 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mrs J
Mrs J
6 months ago

Masih valid ke ni?

Amril
Amril
5 years ago

Terenganu memang banyak tempat menarik .. makannan best2

Ilawati
Ilawati
5 years ago

Tq…. tq… Esok nak pwgi bercuti

syahnur
syahnur
5 years ago

senang nak buat pakej untuk amali nanti..thank you info nya

syah ahmad
syah ahmad
5 years ago

terbaik.. tranung comel isyallah orang nya baik baik..

Nurul
Nurul
5 years ago

terbaikkkklah admin…senang saya nak bercuti mcm ni…

Hubungi Kami

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x