Utama Cara ke destinasi Cara Cara ke Pulau Redang

Cara Cara ke Pulau Redang

3
90473

Adakah anda sedang merancang percutian ke Pulau Redang dan tidak pasti lagi pengangkutan mana yang sesuai untuk anda? Sama ada anda inginkan cara ke Pulau Redang yang paling cepat atau yang paling murah, tahukah anda kita boleh tiba di Pulau Redang dengan bas, feri, bot laju ataupun penerbangan terus?

Mari kita terokai cara cara yang boleh kita guna untuk singgah ke tempat percutian yang dipanggil PARADISE oleh matsalleh – Pulau Redang!

Cara cara ke Pulau Redang (yg paling cepat dan murah)


1. Cara ke Pulau Redang dari Kuala Lumpur

A. Cara cepat

  • Ambil train dari KL Sentral ke KLIA2 dengan Train KLIA Transit. (36 min, RM49-55) 
  • Ambil penerbangan Airasia yang paling awal ke Kuala Terengganu (TGG) jika anda ingin masuk ke Pulau Redang dalam hari yang sama. (55 min, RM50-150) 
  • Ambil GRAB/Teksi dari Kuala Terengganu Airport ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30)  atau Jeti Merang (40 min, RM30-40) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55)  atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

B. Cara murah

  • Ambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terminal Bas Kuala Terengganu (7 jam, RM40-50) 
  • Ambil GRAB/Teksi ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30) atau ambil GRAB/Teksi ke Jeti Merang (60 min, RM50-60) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55) atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Beli tiket bas, train dan feri atas talian – Busonlineticket atau Easybook

Beli tiket penerbangan ke Kuala Terengganu – Airasia

Tempah bilik di Pulau Redang – Agoda

Pakej percutian ke Pulau Redang – Holidaygogogo


2. Cara ke Pulau Redang dari Penang

A. Cara cepat

  • Ambil GRAB/Teksi dari Terminal Bas Sungai Nibong ke Penang Airport. (15 min, RM10-15) 
  • Ambil penerbangan Fireflyz yang paling awal ke Kota Bharu (KBR) jika anda ingin masuk ke Pulau Redang dalam hari yang sama. (55 min, RM150-250) 
  • Ambil GRAB/Teksi dari Kota Bharu Airport ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (3 jam, RM250-300)  atau Jeti Merang (2 jam, RM150-200) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55)  atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

B. Cara murah

  • Ambil bas dari Terminal Bas Sungai Nibong ke Terminal Bas Kuala Terengganu (8 jam, RM40-50) 
  • Ambil GRAB/Teksi ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30) atau ambil GRAB/Teksi ke Jeti Merang (60 min, RM50-60) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55) atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Beli tiket bas dan feri atas talian – Busonlineticket atau Easybook

Beli tiket penerbangan ke Kota Bharu – Fireflyz

Tempah bilik di Pulau Redang – Agoda

Pakej percutian ke Pulau Redang – Holidaygogogo


3. Cara ke Pulau Redang dari Johor Bahru

A. Cara cepat

  • Ambil GRAB/Teksi dari Terminal Bas Larkin/JB Sentral ke Senai Airport. (35 min, RM35-40) 
  • Ambil penerbangan Airasia yang paling awal ke Kuala Lumpur (KUL) (50 min, RM50-100) dan tukar penerbangan (transit) ke Kuala Terengganu Airport (TGG). (55 min, RM150-250) 
  • Ambil GRAB/Teksi dari Kuala Terengganu Airport ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30)  atau Jeti Merang (40 min, RM30-40) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55)  atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Feri yang terakhir bertolak pada pukul 1pm dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI dan bot laju yang terakhir bertolak pada pukul 3pm dari Jeti Merang.

B. Cara murah

  • Ambil bas dari Terminal Bas Larkin/JB Sentral ke Terminal Bas Kuala Terengganu (10 jam, RM50-60) 
  • Ambil GRAB/Teksi ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30) atau ambil GRAB/Teksi ke Jeti Merang (60 min, RM50-60) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55) atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Beli tiket bas dan feri atas talian – Busonlineticket atau Easybook

Beli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur & Kuala Terengganu – Airasia

Tempah bilik di Pulau Redang – Agoda

Pakej percutian ke Pulau Redang – Holidaygogogo


4. Cara ke Pulau Redang dari Singapore

A. Cara cepat

  • Ambil train dari Tanah Merah MRT Station ke Changi Airport dengan Train East West Line. (15 min, SGD 1-3) 
  • Ambil penerbangan Airasia yang paling awal ke Kuala Lumpur (KUL) (60 min, RM150-250) dan tukar penerbangan (transit) ke Kuala Terengganu Airport (TGG). (55 min, RM150-250) 
  • Ambil GRAB/Teksi dari Kuala Terengganu Airport ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30)  atau Jeti Merang (40 min, RM30-40) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55)  atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Feri yang terakhir bertolak pada pukul 1pm dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI dan bot laju yang terakhir bertolak pada pukul 3pm dari Jeti Merang.

B. Cara murah

  • Ambil bas dari Golden Mile Complex ke Terminal Bas Kuala Terengganu (12 jam, SGD 40-50) 
  • Ambil GRAB/Teksi ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30) atau ambil GRAB/Teksi ke Jeti Merang (60 min, RM50-60) 
  • Ambil feri dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang (90 min, RM55) atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Beli tiket bas, train dan feri atas talian – Busonlineticket atau Easybook

Beli tiket penerbangan ke Kuala Terengganu – Airasia

Tempah bilik di Pulau Redang – Agoda

Pakej percutian ke Pulau Redang – Holidaygogogo


5. Cara ke Pulau Redang dari Melaka

A. Cara cepat

  • Ambil bas dari Bas Terminal Melaka Sentral ke KLIA2. (2 jam, RM25-30) 
  • Ambil penerbangan Airasia yang paling awal ke Kuala Terengganu (TGG) jika anda ingin masuk ke Pulau Redang dalam hari yang sama. (55 min, RM50-150) 
  • Ambil GRAB/Teksi dari Kuala Terengganu Airport ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30)  atau Jeti Merang (40 min, RM30-40) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55)  atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

B. Cara murah

  • Ambil bas dari Terminal Bas Melaka Sentral ke Terminal Bas Kuala Terengganu (7 jam, RM40-50) 
  • Ambil GRAB/Teksi ke Jeti Taman Tamadun Islam TTDI (20 min, RM20-30) atau ambil GRAB/Teksi ke Jeti Merang (60 min, RM50-60) 
  • Ambil feri dari Jeti Taman Tamadun Islam TTDI ke Pulau Redang (90 min, RM55) atau ambil bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang (45 min, RM55) 

Beli tiket bas, train dan feri atas talian – Busonlineticket atau Easybook

Beli tiket penerbangan ke Kuala Terengganu – Airasia

Tempah bilik di Pulau Redang – Agoda

Pakej percutian ke Pulau Redang – Holidaygogogo


6. Jeti ke Pulau Redang

Sebenarnya ada dua jeti yang anda boleh guna untuk bertolak ke Pulau Redang.

A. Jeti Taman Tamadun Island (TTDI)

Jeti Taman Tamadun Islam TTDI di Kuala Terengganu merupakan jeti utama ke Pulau Redang. Hanya feri yang bersaiz medium dan besar beroperasi di jeti ini.

Alamat Jeti Taman Tamadun Islam TTDI – Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi Jeti Taman Tamadun Islam – Google Map

Jarak dari Terminal Bas Kuala Terengganu ke Jeti Taman Tamadun Islam – 7km (20 min dengan taxi/grab)

Jarak dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Taman Tamadun Islam – 16km (20 min dengan taxi/grab

Hotel berdekatan Jeti Taman Tamadun Islam – DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu

B. Jeti Merang

Jeti Merang merupakan jeti yang amat popular untuk pelawat ke Pulau Redang. Jarak dari Jeti Merang ke Pulau Redang lebih dekat berbanding dengan Jeti Shahbandar. Tetapi, hanya bot laju yang bersaiz kecil beroperasi di jeti ini.

Alamat Jeti Merang – Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Jarak dari Terminal Bas Kuala Terengganu ke Jeti Merang – 37km (45 min dengan taxi/grab)

Jarak dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Merang – 31km (35 min dengan taxi/grab)

Hotel berdekatan Jeti Merang – Erya by Suria Merang


7. Jadual feri dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang

Dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang

Feri berjadual bertolak dari Jeti Taman Tamadun Islam pada pukul 8am, 830am, 9am, 1030am, 11am dan 3pm.

Untuk pelancong yang tinggal di Laguna Resort, feri Laguna bertolak pada pukul 930am dan 1215pm.

Dari Pulau Redang ke Jeti Taman Tamadun Islam

Feri berjadual bertolak dari Pulau Redang pada pukul 730am, 11am, 1130am dan 12pm.

Untuk pelancong yang tinggal di Laguna Resort, feri Laguna bertolak dari Pulau Redang pada pukul 9am dan 1130am.

Hotel Terdekat Peta Lokasi


8. Jadual bot laju dari Jeti Merang ke Pulau Redang

Dari Jeti Merang ke Pulau Redang

Bot laju berjadual bertolak dari Jeti Merang bermula pada pukul 8am hingga 3pm.

Untuk pelancong yang tinggal di Redang Pelangi Resort dan Redang Mutiara Resort, bot bertolak pada pukul 930am.

Dari Pulau Redang ke Jeti Merang

Bot laju berjadual bertolak dari Pulau Redang bermula pada pukul 9am hingga 4pm.

Untuk pelancong yang tinggal di Redang Pelangi Resort, bot Pelangi bertolak dari Pulau Redang di antara pukul 8am-10am.

Untuk pelancong yang tinggal di Redang Mutiara Resort, bot Mutiara bertolak dari Pulau Redang di antara pukul 10am-11am.

Peta lokasi tidak akan dipaparkan di sini disebabkan kawasan Merang mempunyai beberapa jeti kecil yang berlepas ke Pulau Redang. Mana jeti yang digunakan bergantung kepada mana resort yang anda tinggal. Demi tidak mengelirukan pelancong, admin caridestinasi menasihatkan pelancong bertanya kepada pihak resort ataupun agensi pelancongan untuk mendapatkan lokasi jeti yang tepat.

Hotel Terdekat


9. Harga Tiket Feri ke Pulau Redang

Harga Tiket Feri ke Pulau Redang dari Jeti Taman Tamadun Islam

  • Dewasa: RM 110 seorang (2 hala)
  • Kanak-kanak: RM 60 seorang (2 hala)

Harga Tiket Bot Laju ke Pulau Redang dari Jeti Merang

  • Dewasa: RM 110 seorang (2 hala)
  • Kanak-kanak: RM 60 seorang (2 hala)

Tiket boleh dibeli di kaunter jeti atau secara atas talian.


10. Penerbangan terus dari Subang Airport ke Pulau Redang

Berjaya Air akan menyediakan penerbangan terus dari Subang Airport (SZB) ke Pulau Redang Airport  (RDN) pada masa yang akan datang. Tambang flight dijangka dalam linkungan RM800-1000 dan mengambil masa 85 minit untuk penerbangan tersebut.

Jadual penerbangan Berjaya Air ke Pulau Redang

Dari Subang Airport – 10am

Dari Redang Airport – 2pm

Untuk penempahan tiket penerbangan Berjaya Air ke Pulau Redang – sila tekan sini


11. Airport Kuala Terengganu ke Jeti Taman Tamadun Islam

Pelancong ke Pulau Redang yang datang dengan penerbangan melalui Kuala Terengganu boleh mengambil GRAB/Teksi dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Taman Tamadun Islam. Perjalanan dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Taman Tamadun Islam akan mengambil masa selama 20-30 min dan tambang GRAB/Taxi dalam lingkungan RM20-30.


12. Airport Kuala Terengganu ke Jeti Merang

Manakala untuk pelancong yang datang ke Pulau Redang dengan penerbangan melalui Kuala Terengganu boleh juga mengambil GRAB/Teksi dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Merang. Perjalanan dari Airport Kuala Terengganu ke Jeti Merang akan mengambil masa selama 30-40 min dan tambang GRAB/Taxi dalam lingkungan RM30-40.


Segala maklumat yang tertera di atas adalah untuk rujukan am sahaja, anda dinasihat mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada agensi pelancongan anda sekiranya anda membeli pakej atau menempah bilik daripada mereka. Sebab jadual mungkin ditukar dari masa ke semasa bengantung kepada cuaca dan situasi operasi di jeti masing masing.

Jeti Shahbandar sedang mengalami kerosakan disebabkan oleh musim monsoon dalam tahun 2021, jadual operasi masih belum ditentukan lagi.

4.6/5 - (22 votes)
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Tina
Tina
1 year ago

salam, kalau dari TBS, syarikat bas yang mana selalu korang guna? Risau pula delay sebab nak masuk pulau ikut feri berjadual.

Ady
Ady
1 year ago

Hi Caridestinasi,

Sy plan nak ke redang & rasa jetty Merang terbaik dr segi lokasi. Tapi, ada kerisauan untuk parking kereta semalaman di situ sebab lokasi yg ajak sunyi & jauh dari bandar.

Adakah selamat utk park kereta di jetty Merang?

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x