Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

30+ Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang

Pulau Redang merupakan salah satu pulau di Terengganu & di Malaysia yang sangat popular untuk mereka yang nak bercuti di pulau yang cantik. Memandangkan percutian di Pulau Redang adalah satu akvtiviti yang popular, maka memang banyak pakej-pakej percutian yang menarik untuk anda pilih samaada untuk sehari atau bermalam di resort-resort sekitar Pulau Redang. Pengalaman bercuti di Pulau Redang memang sangat best & destinasi sebegini memang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai tempat untuk bercuti mencari ketenangan ataupun sebagai destinasi percutian berbulan madu anda.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Redang, anda boleh baca aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di bawah serta beberapa tempat yang best di Redang yang mesti anda lawati.

30+ Aktiviti & Tempat Menarik di Pulau Redang


1. Snorkeling

Snorkeling Di Redang

Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung. Kalau anda membawa roti, bolehlah beri terus makan kepada ikan ketika snorkeling di sini.

Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling umumnya terbahagi kepada beberapa jenis, ada lokasi yang cetek & sesuai untuk kanak-kanak & ada juga lokasi snorkeling yang lebih dalam & mempunyai terumbu karang yang lebih cantik. Pengalaman snorkeling di Pulau Redang melihat ikan-ikan cantik tiada bezanya dengan snorkeling di pulau-pulau top yang lain di Malaysia seperti di Pulau Tioman, yang berbeza hanya jenis ikan & landskap struktur terumbu batu karang.


2. Scuba Diving

redang diving

photo: getyourguide

Biodiversiti membuatkan Pulau Redang merupakan salah satu tempat paling popular untuk aktiviti scuba diving di semenanjung Malaysia. Terdapat lebih 20 tempat untuk aktiviti menyelam yang sesuai untuk semua tahap penyelam-penyelam. Redang juga menawarkan lebih 80% spesies yang boleh dijumpai di ‘coral triangle’. Tempat-tempat untuk melakukan aktiviti ini juga sangat mudah untuk diakses menggunakan bot laju!


3. Berenang di Pantai Pasir Panjang (Long Beach)

redang pantai pasir panjang

Pantai pasir panjang merupakan salah satu kawasan pantai yang paling popular di Pulau Redang kerana mempunyai air ombak yang sangat jernih membiru & permukaan yang landai. Kawasannnya yang agak berteluk membuatkan suasana mandi manda di sini seolah-olah seperti di sebuah lagun buatan.

Walaupun anda mandi di sini pada waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, sebaik anda ke kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang air laut terasa sangat sejuk seperti mandi di air terjun.

Pasir pantai di sini memang sangat putih & gebu ditambah pula air laut yang sangat-sangat jernih pasti memberikan anda satu pengalaman mandi manda yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah begitu banyak resort-resort & penginapan yang ada di sekitar Pantai Pasir Panjang.

Pantai ini sangat sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga, kanak kanak pasti suka air yang bersih dan pelbagai jenis ikan yang berenang di sisiran pantai yang berdekatan.


4. Membebaskan penyu ke laut

Melepaskan penyu

Waktu penyu menetas dan dilepaskan ke laut selalunya berlaku dari bulan Jun hingga Ogos. Pantai Chagar Hutang menyaksikan lebih 300,000 penyu hijau dan juga 7,000 penyu ‘hawkbill’ setakat ini. Pantai sepanjang 350-meter ini ditutup untuk sebarang aktiviti pelancongan untuk melindungi landskap semula jadinya dan membolehkan penyu bertelur tanpa gangguan dari manusia.


5. Parti Malam di Pantai Pasir Panjang

Night party

Pulau Redang juga tidak hanya menawarkan pemandangan pantai dan aktiviti-aktiviti yang menarik tetapi juga beberapa tempat yang menarik untuk berseronok. Terdapat disko yang berada di sepanjang pantai di Redang Beach Resort dan juga Redang Pelangi Resort. Manakala di Laguna Resort pula terdapat disko dengan penghawa dingin yang terletak di dalam bangunan. Selain disko, terdapat juga beberapa tempat untuk karaoke.


6. Melawat Taman Marin untuk melihat pelbagai jenis ikan

redang marine park

photo: Pojiegraphy

Taman Marin ini di selenggara oleh kerajaan Malaysia sendiri dan juga berfungsi sebagai pusat kajian. Taman ini merupakan salah satu tarikan yang tidak boleh dilupakan jika anda melawat ke Pulau Redang. Taman ini juga menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti snorkelling. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk membawa roti. Apabila anda melemparkan roti ke dalam air, pelbagai jenis akan datang mengelilingi anda.


7. Jungle trekking

redang jungle trekking

Menerokai trek yang ada di Pulau Redang adalah salah cara untuk melihat flora dan fauna yang ada. Beberapa spesies yang ada disini juga adalah spesies yang jarang ditemui. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang spesies tersebut anda disarankan untuk menggunakan servis ‘guides’. Beberapa trek yang disediakan disini adalah sesuai untuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba jungle trekking.


8. Melihat matahari terbenam dengan sunset cruise

sunset viewing

Selain itu, peluang untuk melihat matahari terbenam adalah sesuatu yang tidak boleh anda lupakan jika pergi bercuti di pulau. Untuk menjadikannya lebih menarik anda boleh menyewa sebuah bot ataupun menyertai cruise untuk menghabiskan masa bersama pasangan anda melihat matahari terbenam di tengah-tengah laut. Laguna Redang Resort ada menyediakan pakej untuk sunset cruise.


9. Melihat matahari terbit di Pantai Pasir Panjang

matahari terbit di pantai panjang

Melihat matahari terbit juga merupakan salah satu aktiviti menarik untuk dilakukan di Pulau Redang. Walaupun sesetengah dari anda tidak gemar untuk memulakan hari anda terlalu awal, ini adalah salah satu pengalaman yang tidak patut anda lepaskan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Pantai Panjang atau Teluk Kalong anda boleh mendapatkan permandangan matahari terbit yang memukau dari sini jika cuaca pada hari tersebut baik.


10. Membina sand castle

redang sand castle

Seperti yang diceritakan di atas, pantai di Pulau Redang mempunyai pasir yang putih dan bersih. Ini menjadikan tempat ini sesuai untuk anda-anak anda berseronok dan membina istana pasir. Membina istana pasir dengan berlatarbelakangkan pantai yang jernih pastinya akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.


11. Bermain bola sepak pantai

ermain bola sepak di tepi pantai

Selain berenang, anda juga boleh bermain bola sepak di tepi pantai bersama kawan-kawan anda. Ajak beberapa kawan dan bentuk satu kumpulan untuk menghabiskan masa bermain bola sepanjang petang. Jika anda sudah bosan untuk menghabiskan masa dengan berenang, bola sepak adalah salah satu pilihan aktiviti lain yang ada.


12. Bermain bola tampar pantai

redang volleyball

Selain bola sepak, sukan lain yang popular untuk dimainkan di tepi pantai yang cantik ini adalah bola tampar pantai. Pasir yang halus dan bersih membolehkan anda bermain bola tampar disini. Bagi mereka yang tidak mahu bermain bola speak, bola tampar adalah salah satu sukan lain yang boleh anda cuba.


13. Spa dan urutan badan

redang spa

Manjakan diri anda ketika bercuti dengan urutan dan spa di Pulau Redang. Terdapat beberapa hotel yang menyediakan kemudahan spa dan urutan contohnya seperti Redang Beach Resort, Redang Laguna Resort dan Taaras Resort. Jadi jika anda yang inginkan kemudahan spa dan urutan anda boleh terus menempah bilik di hotel-hotel berikut.


14. Karaoke

 bilik karaoke

Setiap orang pastinya mempunyai minat yang berbeza-beza. Bagi mereka yang minat karaoke, anda disarankan untuk menempah bilik di Taaras Beach & Spa Resort kerana mereka ada menyediakan kemudahan bilik karaoke. Jadi pada hari yang anda malas untuk keluar meneroka kawasan pantai, habiskan masa anda di dalam bilik karaoke yang disediakan.


15. Mencanting batik di Redang Beach resort

batik

Disini anda dapat melihat pelbagai jenis koleksi batik yang dipamerkan di galeri batik. Banyak pengunjung yang telah datang ke sini dan mereka pulang dengan pengalaman yang menarik. Batik galeri disini menerima jumlah pengunjung yang ramai dan anda juga pasti akan menikmati pengalaman anda semasa berada disini.


16. Permainan papan (indoor board games)

board games

Setelah bosan menghabiskan masa dengan aktiviti luar, anda boleh menghabiskan masa berehat dengan bermain permainan papan di dalam bangunan sahaja. Laguna Redang Resort ada menyediakan satu bilik rekreasi dengan pelbagai pilihan permainan papan untuk para tetamu hotel. Disini anda boleh bermain dengan pelbagai jenis permainan papan yang menarik bersama keluarga dan rakan-rakan.


17. Bermain Mahjong

mahjong

Selain permainan papan, anda juga boleh mencuba bermain mahjong disini. Jika anda tidak pernah mencuba bermain mahjong sebelum ini, ini merupakan peluang untuk anda belajar bermain mahjong. Tidak perlu risau untuk kalah sebaliknya anda boleh berseronok untuk belajar sesuatu yang baru.


18. Pool table/dart

bermain pool/dart

Di bilik rekreasi yang disediakan di Laguna Redang Resort juga ada disediakan pool table dan dart. Bilik rekreasi ini adalah salah satu jalan keluar bagi mereka yang sudah bosan dengan aktiviti luar. Bagi mereka yang sudah kehabisan idea untuk aktiviti, anda boleh kesini dan menghabiskan masa anda dengan pelbagai jenis permainan.


19. Berenang di kolam renang resort

hotel swimming pool

Setelah bosan berenang di pantai, anda boleh menukar angin dengan menghabiskan masa berenang di kolam renang yang disediakan di hotel. Kebanyakan resort dan hotel disini mempunyai kemudahan kolam renangnya yang tersendiri. Bagi anda yang malas untuk pergi ke pantai untuk berenang, kolam di hotel adalah pilihan yang terbaik.


20. Table tennis

Bagi mereka yang lebih gemar menghabiskan masa di dalam hotel daripada keluar meneroka, masih ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan. Salah satunya adalah ‘table tennis’. Anda tidak akan bosan walaupun memilih untuk berada di dalam hotel sahaja


21. Yoga

Bagi mereka yang sangat mengemarkan aktiviti yang sihat seperti yoga dan tidak mahu mengabaikan rutin senaman semasa bercuti, anda masih boleh melakukannya disini. Terdapat hotel yang menyediakan studio yoga bagi tetamu mereka iaitu Taaras Beach & Spa resort. Jadi tetamu boleh melakukan aktivi senaman mereka walaupun ketika bercuti.


22. Kayak

Di Pulau Redang juga anda boleh mencuba aktiviti berkayak. Laut yang biru dan jernih pasti akan membuatkan pengalaman berkayak di pulau ini berharga. Anda boleh menyewa peralatan kayak daripada kedai yang ada di sekitar pantai ataupun dari hotel. Terokai pulau ini dari perspektif yang berbeza dengan berkayak.


23. Menyertai trip memancing

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti memancing, anda boleh menyertai ‘trip’ memancing yang ditawarkan di pulau ini. Tetapi aktiviti ini juga sesuai bagi mereka yang baru mahu mencuba memancing. Anda akan merasakan keterujaan apabila dapat menaikkan ikan dengan usaha anda sendiri. Ini pastinya menjadi satu pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan.


24. Island hopping ke Lang Tengah

lang tengah island hopping

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka pulau-pulau lain yang berada di sekitar Pulau Redang seperti Lang Tengah. Aktiviti ‘island hopping’ di pulau ini membolehkan anda meneroka keindahan alam semulajadi yang tersembunyi di pulau-pulau sekitarnya. Anda pastinya tidak akan menyesal dengan aktiviti ini kerana kecantikan pulaunya yang memukau.


25. Island hopping ke Pulau Perhentian

perhentian island hopping

Dari Pulau Redang juga anda boleh membuat aktiviti ‘island hopping’ ke Pulau Perhentian. Setelah habis melawat ke semua tempat yang ada di Pulau Redang, anda boleh mengambil pakej island hopping untuk pergi ke Pulau Perhentian pula. Sementara berada di pulau, anda perlulah mengambil peluang untuk pergi ke semua tempat-tempat yang menarik.


26. Kursus menyelam

Bagi mereka yang ingin mengikut kursus menyelam, terdapat beberapa hotel yang menyediakan pakejnya. Sebagai contoh Redang Beach Resort dan Redang Pelangi Resort. Dengan bantuan ‘guide’ dari hotel, anda akan dibawa ke beberapa tempat yang popular untuk menyelam.


27. Telematch games yang disediakan oleh resort

redang telematch games

Di Redang Beach Resort, mereka ada menawarkan telematch games untuk tetamu. Jadi resort ini sesuai untuk mereka yang ingin menganjurkan hari keluarga ataupun ‘team building’. Anda tidak perlu risau tentang aktiviti yang ingin dilakukan kerana pihak resort akan menyediakan semuanya untuk anda.


28. Lepak di bar tepi kolam

Setelah penat berenang, anda boleh melepaskan lelah dengan berehat di bar yang ada di tepi kolam. Minum sambil ditemani dengan angin yang bertiup adalah salah satu aktiviti yang menenangkan untuk pengunjung. Bagi mereka yang ingin lari dari kesesakan bar yang tertutup dan mencari kelainan, bar tepi kolam adalah satu pilihan yang tepat untuk anda.


29. Menyertai hari Pemuliharaan di Pulau Redang

Pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang boleh menyertai Hari Pemuliharaan yang dianjurkan oleh Taaras Beach & Spa Resort. Objektif untuk acara ini adalah untuk memelihara kehidupan marin di pulau dan kawasan sekitarnya. Jika anda kesini pada tarikh yang sama, anda boleh turut serta dalam acara ini.


30. Kedai cenderamata More More Tea

Percutian anda pastinya tidak akan lengkap tanpa membeli belah cenderamata sebelum pulang meninggalkan pulau ini. Pulau Redang mempunyai banyak kedai-kedai cenderamata. Tetapi ada satu kedai cenderamata yang terkenal iaitu More More Tea Inn. Ini kerana pada mulanya kedai ini dibina untuk set pengambaran sementara bagi filem Hong Kong “Summer Holiday” tetapi dikekalkan sehingga sekarang menjadi kedai cenderamata.


31. Berehat dan ‘sunbathing’ di pantai

Pantai Panjang

Jika anda ke pantai, satu lagi perkara terakhir yang tidak boleh anda lupakan adalah untuk menikmati pengalaman ‘sunbathing’ di tepi pantai. Anda pastinya biasa melihat pelancong asing yang berbaring di tepi pantai sambil menikmati sinaran cahaya matahari. Jadi anda juga boleh mencuba pengalaman ini semasa berkunjung ke sini.


Jeti Ke Pulau Redang

Sebenarnya kalau anda ingin ke Pulau Redang, ada beberapa jeti di Terengganu yang menyediakan perkhidmatan bot laju & feri yang boleh anda naik.

jeti shahbandar kuala terengganu

Jeti Taman Tamadun Islam KTJeti Taman Tamadun Islam adalah lokasi untuk anda mencari tiket feri ke Pulau Redang. Masa perjalanan dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam bergantung kepada keadaan laut.

Walaupun feri ini agak besar namun kalau anda seorang yang mabuk laut, disarankan untuk siap-siapkan apa yang patut seperti pil mabuk laut atau plastik. Sebaik sampai berdekatan dengan Pulau Redang, pelancong akan naik bot transit yang akan membawa ke lokasi penginapan masing-masing.

jeti merang penarik pulau redang

Jeti Merang / Penarik – Jeti kedua yang boleh anda naik bot adalah di Jeti Merang yang terletak kira-kira 40 km ke utara Bandar Kuala Terengganu. Kalau memandu dari KT, makan masa lebih kurang 30-40 minit melalui Jalan Pantai/ Jalan Penarik. Banyak yang keliru antara Jeti Merang & Jeti Marang.

Jeti Marang terletak arah selatan Bandar KT & berada di dalam Daerah Marang yang merupakan jeti untuk ke Pulau Kapas ataupun Pulau Gemia. Jeti Merang pula adalah jeti untuk ke Pulau Redang, Pulau Perhentian & Pulau Lang Tengah. Dari Merang, pelancong akan menaiki bot laju menyusuri muara Sungai Merang sebelum meredah lautan ke Pulau Redang.


Mana Best Naik Feri atau Naik Bot Laju ke Pulau Redang

jeti ke pulau redang terengganu-min

Bergantung kepada anda, sekiranya anda nak lebih keselesaan, sudah tentu menaiki feri dari Jeti Taman Tamadun Islam adalah jawapannya & perjalanan masanya juga lebih lama kerana jarak Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang lebih jauh berbanding menaiki bot di Jeti Merang / Penarik.

Bagi pelancong yang nak lebih rasa adventure ke Pulau Redang, menaiki bot laju sudah tentu lagi best terutamanya ketika bot sedang laju meredah ombak di lautan, melambung-lambung macam naik kuda. Kalau anda dengan kanak-kanak mungkin perlu berfikir dua kali kerana takut mereka tak tahan & pening.

Baca lagi >> Cara Cara ke Pulau Redang


Bercuti di Pulau Redang Balik Hari

percutian ke pulau redang terengganu

Kalau anda pernah bercuti di Kota Kinabalu, aktiviti island hopping ke Pulau Manukan atau Pulau Sapi dari Jesselton Point merupakan salah satu produk pelancongan yang wajib dicuba, dan jarak ke pulau juga tidak jauh dari jeti. Sebenarnya di Pulau Redang juga anda boleh melakukan aktiviti island hopping dalam sehari walaupun jarak ke pulau jauh. Untuk ke tempat menarik di Pulau Redang dalam sehari, hanya boleh dilakukan dari Jeti Merang dengaan menaiki bot laju.

Sehari sebenarnya sudah cukup untuk melakukan aktiviti menarik di Pulau Redang sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti snorkeling di beberapa lokasi di Redang, mandi manda di Pantai Rantau Panjang, berenang dengan penyu & sebagainya. Bahkan kos juga lagi murah namun agak memenatkan. Sesuai untuk mereka yang bercuti ke Redang secara berkumpulan, dengan bajet & tanpa kanak-kanak kecil.


Pakej Percutian ke Pulau Redang

Sekiranya anda ingin mengelakkan kerumitan yang bakal dihadapi semasa merancang percutian di Pulau Redang, anda adalah digalakkan untuk mengambil pakej percutian di mana penginapan, tiket bot, makanan dan aktiviti akan diaturkan oleh agensi pelancongan.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan, pakej Redang Beach Resort, Redang Bay Resort, Redang Lagoon Chalet adalah antara pilihan yang paling disukai ramai. Anda juga boleh menekan butang whatsapp dibawah untuk membuat pertanyaan.

Whatsapp untuk pertanyaan


Tempat penginapan di Pulau Redang

Pilihan penginapan di Pulau Redang memang agak banyak, sebaiknya pilihlah di kawasan yang dekat dengan tempat cantik di Redang seperti di Pantai Pasir Panjang. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di redang seperti scuba diving, berkayak, junggle trekking & sebagainya namun bergantung kepada berapa lama anda bercuti & bajet percutian masing-masing.

Tawaran Penginapan Hari Ini di Pulau Redang


Semoga memberi anda inspirasi untuk bercuti di Pulau Redang dengan melakukan aktiviti menarik & menikmati keindahan Pulau Redang yang merupakan salah satu pulau paling menarik di Malaysia untuk bercuti atau honeymoon.

4.5/5 - (41 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Pakej Percutian Pulau Redang Yang Best & Murah

Mahukan pakej percutian sempurna untuk menjelajah Pulau Redang bersama pasangan, keluarga mahupun diri sendiri? Pulau Redang, yang terletak di negeri pantai timur Malaysia iaitu...

12 Resort Terbaik untuk Penginapan di Pulau Redang

Pulau Redang merupakan tempat pelancongan antarabangsa yang terkenal di Terengganu yang menjanjikan banyak pengalaman mengujakan jika berkunjung kesana. Jika mendengar nama Pulau Redang memang...

Pakej Day Trip Snorkeling Pulau Redang

Nikmati keajaiban di bawah permukaan laut dan sertai pengembaraan menarik melalui aktiviti snorkeling di Pulau Redang! Terjun ke dalam dunia bawah air yang memukau...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

Cara Cara ke Pulau Redang

Adakah anda sedang merancang percutian ke Pulau Redang dan tidak pasti lagi pengangkutan mana yang sesuai untuk anda? Sama ada anda inginkan cara ke...

9 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aidil
Aidil
9 months ago

Just nak tanye boleh ke mancing sotong tepi pantai area pulau redang

Jaya
Jaya
1 year ago

Can I get a local tour agent?

mi mi
5 years ago

Sy pernah bercuti ke pulau redang. View memang puas hati, air cantik boleh nampak dalam.

Zusanabegam
Zusanabegam
6 years ago

Pulau Redang memang lah cantik.kalau nak gi sana kene ambil package seminggu la.

mi mi
5 years ago
Reply to  Zusanabegam

sy amik pakej daytrip shj. termasuk tiket bot dan snorkeling. tak perlu sampai seminggu hehe

Rina
Rina
4 years ago
Reply to  mi mi

Pakej daytrip mahal x? Boleh sy tau brpa bajet ke sana?

mi mi
4 years ago
Reply to  Rina

daytrip sy amik dlm RM85.50 je di website. sy bawa bekal sendiri sbb g ramai dgn family so tak add on lunch kat sana

ahmad
ahmad
4 years ago
Reply to  Zusanabegam

aah saya pun amik daytrip jugak..

Hubungi Kami

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x