Pulau di Terengganu Yang Menarik Untuk Bercuti – 7 YANG PALING BEST

Selain Sabah, Terengganu juga mempunyai destinasi percutian di pulau-pulau yang sangat best. Secara keseluruhannya, terdapat 9 buah pulau di Terengganu yang boleh anda lawati untuk bercuti dan melancong.


Jom kita tengok satu persatu pulau-pulau di negeri Terengganu yang mana yang paling memenuhi kehendak anda untuk melancong samaada untuk snorkeling, menyelam (scuba diving) ataupun hanya untuk honeymoon.



1. Pulau Redang – Pulau di Terengganu yang Paling Popular

pulau di terengganu yang best

Pulau Redang terletak kira-kira 46 km dari pesisiran pantai Kuala Terengganu dan merupakan pulau terbesar daripada 9 pulau yang ada di Laut China Selatan dalam perairan negeri Terengganu. Dan kebiasaanya pelancong lebih gemar naik bot di jeti di Kuala Terengganu yang berhampiran dengan Pasar Kedai Payang untuk ke Redang.

Pulau Redang menawarkan air laut yang sangat jernih dan banyak lokasi menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Kalau snorkeling anda boleh berjumpa dengan banyak hidupan marin dan di waktu tengahari ketika cahaya matahari memancar menembusi laut anda boleh melihat batu karang di dasar dan ikan yang berenang dari atas permukaan air.

Perairan di sekitar Pulau Redang mempuyai 2 tempat bersejarah kapal karam , iaitu H.M.S Price of Wales dan H.M.S Repulse yang karam ketika permulaan Perang Dunia Kedua dan era permulaan penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang kaki berenang, snorkeling, scuba diving, berkanu dan jungle trekking. Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pulau kegemaran bagi mereka yang bercadang untuk honeymoon di pulau di Terengganu.

Harus ingat bahawa aktiviti memancing tidak dibenarkan di dalam 3.2km  radius dari Pulau Redang kerana telah digazetkan sebagai taman marin yang terjaga.

Bagi yang inginkan percutian di pulau di Terengganu yang paling popular, Pulau Redang adalah jawapannya. Selain itu, pilihan hotel di Pulau Redang pun banyak.

Video keindahan terumbu karang di Pulau Redang.

sumber video: JohnMeetsLife


2. Pulau Perhentian – Syurga Menyelam

pulau perhentian terengganu cantik

 

Pulau Perhentian di Terengganu ini terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Nama Perhentian ini diberi kerana dahulunya pulau-pulau ini menjadi tempat perhentian para pedagang yang berlayar di antara Malaysia dan Bangkok.

Keindahan hidupan marin di sini juga setanding dengan yang ada di Pulau Redang dan juga merupakan destinasi wajib bagi setiap penyelam yang ke pulau di Terengganu. Anda boleh ke Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.

Keaslian Pulau Perhentian masih lagi terjaga dan bahkan kalau nak bersiar-siar di sini, hanya dengan menggunakan denai jalan kaki atau pun teksi bot. Di sini tidak mempunyai jalan raya seperti yang ada di Pulau Tioman atau Pulau Langkawi.

Jungle trekking di sini juga agak menarik dan anda boleh melihat beberapa hidupan liar yang ada seperti biawak monitor, kelawar buah, tupai dan pelanduk. Aktiviti utama pelancong di sini sudah tentulah snorkeling dan scuba diving.

Ada sesetengah berkata perairan dan terumbu karang di Pulau Perhentian lebih cantik dari Pulau Redang dan ada sesetengah pula berpendapat Redang adalah pulau yang tercantik di Terengganu.

Kecantikan kedua-dua Pulau Perhentian dan Pulau Kapas boleh diibaratkan musuh tradisi seperti Arsenal dan Manchester United. Masing-masing mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pulau Perhentian juga sering menjadi destinasi percutian backpacker dari dalam dan luar negara kerana di sini mempunyai banyak pilihan chalet bajet. Bagi yang inginkan keselesaan pula, di sini juga terdapat resort-resort yang mewah yang terbina di pesisiran pantai di Pulau Perhentian.

Video keindahan dasar laut Pulau Perhentian.

sumber video: hanif zamri


3. Pulau Kapas

pulau kapas terengganu menarik

Pulau Kapas pula terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu dan kalau nak ke sini anda perlu menaiki bot di jeti di Marang. Pulau Kapas tidaklah sebesar Pulau Perhentian dan Pulau Redang, dan hanya 2 km panjang dan lebarnya pula sekitar 1 km.

Memandangkan Pulau Kapas ini tidaklah sepopular Pulau Redang dan Perhentian, maka kalau di musim cuti sekolah tidaklah sesak dengan orang sangat. Kebiasaanya pelancong ke sini lebih kepada nak releks, berjemur di tepi pantai, diving dan juga snorkeling.

Coral atau batu karang di sini juga tidak kurang menariknya dan kalau anda nak bercuti di pulau di Terengganu yang tidak ramai dengan orang terutamanya di cuti sekolah, bolehlah ke Pulau Kapas.

Pulau Kapas juga sering menjadi lokasi bot untuk bercandat sotong terutamanya pada bulan Jun dan Julai. Memang banyak badan kerajaan, NGO, badan korporat ataupun yang berkeluarga menyewa bot di jeti Marang untuk bercandat sotong di sekitar perairan Pulau Kapas.

Video berkenaan dengan percutian di Pulau Kapas dan Pulau Gemia.

sumber: Franco Studio


4. Pulau Lang Tengah

pulau lang tengah best

 

Pulau Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terpencil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah berada kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan kira-kira 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.

Anda boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut ( Jangan terkeliru dengan jeti Marang di dalam Daerah Marang). Hanya terdapat dua perjalanan bot ke pulau sehari iaitu pada waktu pagi dan tengahari.

Memandangkan perairan di Pulau Redang dan Lang Tengah adalah sama, maka anda boleh menjangkakan keindahan di sini juga setanding dengan Pulau Perhentian. Resort yang ada di Pulau Lang Tengah cuma 4 iaitu Sari Pacifica Hotel & Spa, Summer Bay Resort,  D’coconut Lagoon dan Lang Sari Resort.

Kebiasaanya orang ke sini lebih untuk honeymoon kerana Pulau di sini lebih kurang pengunjung kalau nak dibandingkan dengan Redang dan Perhentian. Aktiviti snorkeling untuk melihat coral dan hidupan marin sememangnya bertaraf dunia. Cantik gila !

Kalau anda bercadang nak honeymoon ke Pulau Lang Tengah, seeloknya pergi selain musim tengkujuh. Waktu terbaik ialah di antara bulan May-Oktober. Kalau bernasib baik, anda boleh melawat tapak sarang penyu hijau yang bertelur pada bulan May – September setiap tahun.


5. Pulau Tenggol

pulau tenggol dungun terengganu

 

Pulau Tenggol merupakan satu lagi pulau yang sangat cantik yang hanya terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun. Sekiranya anda ke jeti Kuala Dungun, jangan lupa untuk singgah di atas Jambatan Baru Dungun untuk melihat keindahan muara sungai Dungun.

Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi mereka untuk menyelam. Dahulunya pulau ini tidak popular dan tidak berpenghuni namun kini mempunyai beberapa hotel dan resorts yang selesa untuk pelancong.

Berdasarkan sejarah, dahulunya Pulau Tenggol merupakan penempatan sementara orang Vietnam yang terperangkap selepas Perang Vietnam. Bagi yang sukakan cabaran jungle trekking dan mendaki, anda boleh menaiki bukit di tengah Pulau Tenggol ini yang setinggi 800 kaki dan yang paling best, mengambil gambar sekeliling pulau dari puncak.

Sekiranya anda kaki menyelam, anda patut mencuba scuba diving di Pulau Tenggol yang dianggap setara dengan lokasi menyelam bertaraf dunia yang lain.

Selain batuan terumbu karang yang indah di dasar lautan, anda juga boleh berjumpa dengan hidupan marin yang menarik seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard sharks, bat fishes, whale sharks,  dan schooling jacks. Whale Shark juga kelihatan di sesetengah tempat di sini daripada bulan Ogos-Oktober pada setiap tahun.


6. Pulau Gemia

pulau tenggol dungun terengganu

Pulau Gemia merupakan pulau persendirian yang terletak 800 m ke arah utara Pulau Kapas. Perairan di Pulau Gemia juga tidak kurang hebatnya dengan pantai yang cantik dan dikelilingi terumbu batu karang.

Hanya terdapat satu resort di sini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort. Bagi anda yang nak percutian yang lebih privasi di pulau yang terpencil, bolehlah ke Pulau Gemia.


7. Pulau Bidong

pulau bidong terengganu island

 

Ada pulau di Terengganu yang mana sektor pelancongan di sana masih tidak memberangsangkan contohnya di Pulau Bidong. Pulau Bidong lebih terkenal dengan sejarahnya yang pernah menjadi tempat pelarian orang Vietnam dulu-dulu.

Perairan di sekitarnya memang menarik untuk scuba diving dan kalau anda ada bot persendirian, bolehlah mencuba di sektitarnya.

Semoga kerajaan negeri terus membangunkan Pulau Bidong supaya setanding dengan industri pelancongan yang ada di pulau sekitarnya seperti Redang dan Perhentian.


Itulah dia kesemua pulau di Terengganu yang boleh anda bercuti dengan keluarga dan rakan-rakan. Tarikan tempat pelancongan di Terengganu adalah lebih tertumpu kepada pulau-pulau dan pantai-pantai yang menarik seperti di atas. Semoga rangkaian pulau di Terengganu di atas yang cantiknya bertaraf dunia memberi anda inspirasi untuk melancong di dalam Malaysia samaada untuk snorkeling, scuba diving mahupun untuk honeymoon.

Pulau di Terengganu Yang Menarik Untuk Bercuti – 7 YANG PALING BEST
5 (100%) 1 vote
  • 94
    Shares

Sila Komen

Sila SHARE