Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

27+ Resort Pulau Perhentian Yang Menarik & Best

Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk semua jenis pelancong. Pulau ini dibahagi kepada dua pulau, iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Dua dua pulau ini mempunyai ciri ciri yang tersendiri, Pulau Besar lebih sesuai untuk keluarga, couple dan juga pelancong yang lebih suka kedamaian. Manakala Pulau Perhentian kecil lebih sesuai untuk pelancong yang suka persekitaran yang meriah.

Di sini, caridestinasi kongsikan 27 resort yang best di Pulau Perhentian. Pasti ada satu yang sesuai untuk anda dan pastikan anda memilih resort tersebut dalam percutian anda ke Pulau Perhentian pada masa akan datang.


11 Resort Di Pulau Perhentian Besar Yang Best

1. The Barat Perhentian

Pulau Perhentian Resort - The Barat Perhentian

The Barat Perhentian merupakan sebuah chalet pantai yang dibina oleh sekumpulan jurulatih selam dan golongan bersara pada tahun 2015, dan direka untuk memberi keselesaan, keanggunan dan layanan seperti berada di rumah untuk tetamu dalam percutian impian mereka di Pulau Perhentian.

Terdapat 3 bilik Deluxe Pemandangan Laut, 5 chalet Atas Laut, 63 chalet dan bilik keluarga, sebuah restoran dan sebuah bar dengan sebuah pusat menyelam, pusat rekreasi dan sebuah pusat terapi kesihatan. Ia paling sesuai untuk suasana seperti percutian keluarga, percutian syarikat, perkahwinan tepi pantai, kem bina pasukan korporat, dsb. Pantai yang luas di persisiran boleh diakses dengan mudah sekiranya tetamu ingin menikmati cuaca yang indah.

Semua kemudahan diselenggara dengan baik supaya tetamu akan mengalami keseronokan yang tiada tandingan di Pulau Perhentian Besar.

Pakej Percutian | Website


2. Coral View Island Resort

Pulau Perhentian Resort - Coral View Island Resort

Memberikan pakej ideal yang penuh nilai, keselesaan dan kemudahan, Coral View Island Resort menawarkan pelbagai kemudahan yang mesra keluarga seperti bilik berhawa dingin dengan peti sejuk dan Wi-Fi percuma. Resort ini juga mempunyai perkhidmatan lobi dan kedai kopi untuk tetamu kami yang lapar. Bersantailah di Belinda Cafe dan Nia Cafe, yang popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong, dan juga pastikan untuk bersantai di Teluk Keke, yang merupakan tarikan yang popular berdekatan dengan resort ini.

Pakej Percutian | Website


3. Perhentian Island Resort

Pulau Perhentian Resort - Perhentian Island Resort

Perhentian Island Resort merupakan sebuah resort persisiran pantai yang dikelilingi oleh hutan yang hijau, berdepan dengan pantai berpasir putih dan laut biru yang dalam. Ia merupakan sebuah hotel 3 bintang dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi, kolam renang, tapak barbeku dan malah gelanggang badminton dan juga sebuah spa. Bilik di Perhentian Island Resort dilengkapi dengan perabot dan kemudahan seperti bilik merokok dan tidak merokok, pemandangan tepi pantai yang hebat dan balkoni peribadi.

Pakej Percutian | Website


4. Samudra Beach Chalet

Pulau Perhentian Resort - Samudra Beach Chalet

Samudra Beach Chalet ialah sebuah chalet pantai yang terletak di Pulau Perhentian Besar dengan kemudahan yang asas untuk tetamu seperti Wi-Fi percuma, khidmat cucian kering, peti keselamatan meja lobi, mesin air minuman, dsb. Sementara itu, bilik-bilik chalet juga dilengkapi dengan pancuran air, TV, peti sejuk, dsb. Ia paling dikenali dengan restorannya yang bernama Restoran Samudra, yang menghidangkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada hari-hari terpilih.

Pakej Percutian | Website


5. Fauna Beach Chalet

Pulau Perhentian - Fauna Beach Chalet

Fauna Beach Chalet ialah sebuah hotel mesra bajet di Pulau Perhentian Besar, di mana biliknya menyediakan penghawa dingin dan sebuah restoran di mana tetamu boleh menjamu selera. Sementara chalet ini cukup ringkas, tetamu boleh pergi lebih jauh ke beberapa restoran yang berdekatan, termasuk Restoran The Barat Perhentian (1.3 km), Nia Cafe (0.9 km), dan Belinda Cafe (1.3 km). Tetamu juga boleh berjalan-jalan di Teluk Keke (0.8 km), yang merupakan sebuah tarikan yang popular di Pulau Perhentian Besar.


6. Suhaila Palace (Pulau Perhentian Resort)

Pulau Perhentian Resort - Suhaila Palace

Suhaila Palace Chalet terletak di Seberang Baruh, Pulau Perhentian Besar, dan menawarkan perairan yang jernih dan kehidupan marin yang hebat. Chalet pemandangan laut bajet ini dilengkapi dengan kipas dan mempunyai bilik air yang bersambung. Ia merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam di Pulau Perhentian Besar. Ia juga mudah bagi tetamu untuk makan kerana restorannya yang menghidangkan sajian tempatan dan barat.

6016-9420732 | Website


7. Flora Bay Resort

Flora Bay Resort

Flora Bay Resort ialah pilihan terbaik untuk tetamu bajet yang melawat Pulau Perhentian Besar. Bilik-bilik di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk dan Wi-Fi awam. Terdapat juga sebuah kedai cendera mata, sebuah restoran dan sebuah bilik mesyuarat di resort ini.

Tetamu yang ingin mencari restoran makanan laut boleh pergi ke Restoran The Barat Perhentian, Restoran Mama’s Place, atau Coral View Island Resort yang semuanya terletak berhampiran, dan sekiranya tetamu ingin mencari aktiviti, mereka boleh pergi ke Teluk Keke (0.7 km), yang merupakan sebuah tarikan popular yang boleh dicapai dengan mudah hanya dengan berjalan kaki dari resort, dan tetamu juga boleh menikmati aktiviti berkanu.


8. Jurukir Dive Resort (Pulau Perhentian Resort)

Jurukir Dive Resort

Sebagai sebuah resort menyelam, Jurukir Dive Resort mempromosikan warisan tempatan dan pelancongan eko. Tetamu boleh datang untuk bersantai dan mengamati ukiran kayu tradisional, sementara mempelajari dan mengambil berat tentang lautan dengan aktiviti mesra alam sekitarnya.

Resort menyelam ini mempunyai 28 bilik dengan 6 jenis bilik seperti pemandangan laut, pemandangan laman dan juga sebuah dormitori yang terletak di Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Ia bekerjasama dengan OctoDiver Scuba Diving Centre (Pusat Menyelam Diiktiraf Oleh PADI, S-34051), yang menawarkan jelajah kumpulan kecil dengan tatacara selaman yang terperinci, dan oleh itu ia menjadikan Jurukir Dive Resort destinasi yang terbaik bagi tetamu yang berminat menyelam.

609-6914300 | Website


9. Cozy Chalet

Cozy Resort

Cozy Chalet merupakan resort bersebelahan yang dikendalikan oleh New Cocohut Chalet, dengan koleksi banglo kayu di lereng bukit yang terletak di Pulau Besar di Pulau Perhentian. Resort ini mempunyai restoran yang menyediakan hidangan Asia dan Barat.

Terdapat kemudahan yang asas di resort ini, seperti kemudahan bola tampar pantai, Wi-Fi dan aktiviti kanu.

Pakej Percutian | Website


10. Tuna Bay Island Resort

Pulau Perhentian Resort - Tuna Bay Island Resort

Tuna Bay Island Resort terletak di bahagian persisiran barat laut yang sunyi dan tidak dicemar di Pulau Perhentian Besar di Terengganu, dikelilingi oleh hutan tropika dan mempunyai pemandangan Pulau Perhentian Kecil dan Laut China Selatan yang mengagumkan. Keluarga Lee yang memiliki dan mengendalikan resort ini, akan sentiasa memastikan bahawa penginapan tetamu mereka penuh dengan kenangan indah.

Tuna Bay Island Resort mempunyai 55 chalet kayu di persisiran pantai dan kawasan taman, dan ia menyediakan hawa dingin dan teres bertutup yang dimuatkan dengan perabot rotan tropika dan kayu untuk tetamu mereka. Ia merupakan salah satu resort yang paling mesra keluarga di pulau ini kerana chalet keluarganya yang terkenal, yang terdiri daripada dua chalet bersambung dengan pintu bersebelahan, dan ini cukup sempurna untuk percutian keluarga.

Semua bilik berhawa dingin dan mempunyai bilik air individu. Perabot rotan ringkas dengan lampu membaca yang boleh disuai juga disediakan, sementara bilik air mempunyai kawasan pancuran air panas yang luas dan berlangsir. Setiap chalet mempunyai berada kayu dan dua tempat duduk yang selesa, yang mana tetamu boleh bersantai, relaks dan menikmati pemandangan pulau yang menakjubkan.


15 Resort Pulau Perhentian Kecil Yang Best

1. Mimpi Perhentian

Mimpi Perhentian

Terletak bersebelahan dengna jeti dengan akses terus ke pantai, Mimpi Perhentian mempunyai pelbagai kemudahan seperti sebuah restoran, perkhidmatan bilik, bar snek, spa dan malah sebuah kolam air masin, sebuah pusat menyelam dan pelbagai aktiviti atas darat dan air untuk menghiburkan para tetamunya.

Tetamu juga boleh menikmati pelancongan jelajah hutan, perkhidmatan bot dan pelbagai aturan percutian yang disediakan oleh Mimpi Perhentian. Tentang kemudahan dalam resort pula, Mimpi Perhentian juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk lif tetamu, pengesan asap di semua bilik, rel hos api, alat pemadam api, penyeliaan CCTV, rondaan keselamatan, dsb, sementara biliknya yang menyasarkan golongan individu, pasangan dan keluarga cukup luas dan direka cantik dengan pemandangan laut dan bukit.

Pakej Percutian | Website


2. Shari-La Island Resort

Sharila Island Resort

Shari-La Island Resort terletak di Pulau Perhentian Kecil, di salah sebuah pantai yang paling terkenal di pulau ini. Lokasinya cukup strategik berdekatan dengan pantai Teluk Aur yang cantik, di mana mengikut ramai pelancong, merupakan yang tercantik di pulau ini. Resort ini mempunyai pelbagai jenis penginapan seperti chalet dan sebuah banglo yang sesuai untuk sebarang bilangan tetamu, sementara kemudahan lain termasuk sebuah restoran, sebuah bilik seminar dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti penghawa dingin dan bilik air bersambung.

Pakej Percutian | Website


3. Bubu Long Beach Resort (Pulau Perhentian Resort)

Bubu Long Beach Resort

Terletak bersebelahan dengan Long Beach yang berpasir putih dan berperairan biru jernih di Pulau Perhentian Kecil, Bubu Long Beach Resort menawarkan pilihan kepada tetamunya untuk memilih sama ada penginapan bertema resort atau vila yang mungkin lebih sesuai untuk keluarga.

Kemudahan Bubu termasuk sebuah pusat rekreasi, spa, restoran dengan perkhidmatan perancangan acara dan perkahwinan, sebuah bar dan teres tepi laut sementara penginapan dilengkapi mewah dengan pemandangan pantai atau laman seperti hawa dingin, pancuran air panas dan balkoni peribadi.

Pakej Percutian | Website


4. Alunan Resort

Alunan Resort

Alunan Resort di Pulau Perhentian Kecil merupakan sebuah resort butik kontemporari yang terdiri daripada 18 suite peribadi dua tingkat yang intim, dilengkapi dengan seni pembinaan moden.

Dengan panel kaca lantai ke siling, setiap suite membuka sebuah dek matahari atas bumbung peribadi di tingkat atas di mana sebuah buai, lounge matahari dan sebuah patio tertutup menanti tetamunya. Sementara itu, sebuah lobi pelan terbuka dan dek matahari tepi pantai berbilang tingkat adalah tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan Laut China Selatan.

Alunan Resort mempunyai kemudahan seperti Restoran Bayu, Spa Jemari Ayu, sebuah pusat rekreasi, sebuah bar dan juga sebuah perpustakaan untuk dinikmati oleh tetamu.

Website


5. Bubbles Dive Resort

Bubbles Dive Resort

Merupakan sebuah resort mesra alam sekitar yang bukan sahaja sesuai untuk penyelam, tetapi juga sesuai untuk pencinta alam sekitar. Aktiviti di Bubbles termasuk selam permukaan di terumbu karang dalam resort dengan ikan jerung muncung hitam dan penyu, menyelam dan malah jelajah hutan dan kayak laut. Tetamu juga boleh menikmati pemandangan bintang malam dan mencari kelip-kelip di caruk.

Di Bubbles, semua bilik dibina berjauhan dengan pantai untuk membolehkan penyu bersarang dengan selamat di atas pantai. Walau bagaimanapun, ia masih berdekatan dengan pantai. Penginapan termasuk bilik deluxe, suite keluarga dan bilik bersambung. Oleh kerana mereka percaya dalam pemuliharaan alam sekitar, Bubbles tidak menebang pokok yang berada di sekeliling pantai, dan semua bilik dibina di belakang pokok. Oleh itu, ia tidak mempunyai bilik yang berpemandangan laut dan pondok berpemandangan laut.

Sementara itu, Restoran Bubbles menghidangkan makanan Barat dan Asia dan juga pelbagai makanan mesra kanak-kanak dan untuk penyelam bertauliah, mereka boleh pergi ke Bubbles Dive Centre, yang merupakan salah satu Sekolah Menyelam yang terbaik.

Website


6. Seahorse Diver Guesthouse

Seahorse Diver Guesthouse

Berdepan dengan pantai di Pulau Perhentian, Seahorse Diver Guesthouse merupakan penginapan bajet yang dilengkapi dengan teres. Penginapan ini mempunyai perkhidmatan tiket dan tukaran mata wang asing untuk tetamu. Bilik asrama di rumah tetamu ini mempunyai bilik air berkongsi. Kemudahan asas termasuklah sebuah papan damak dan aktiviti luar dan air dengan caj tambahan.

Website


7. Bubu Villa

Bubu Villa

Bubu Villa merupakan sebuah kompleks eksklusif 18 vila yang terletak dengan strategik di bahagian selatan Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Di kawasan Long Beach, terdapat rangkaian restoran, bar, pusat menyelam dan banyak lagi. Dalam pada itu, Bubu Villa menawarkan pengalaman tiada tandingan yang penuh aman dan tenang dengan laman depan berdinding peribadi di mana tetamu boleh bersantai dan bermain dengan ahli keluarga.

The World Café merupakan restoran bertema Itali Bubu Villa, dan tetamu boleh keluar untuk menikmati katil matahari khas Bubu Villa dan parasol jerami atau berenang dalam perairan biru jernih yang berdekatan. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, Wi-Fi, pancuran air dan terdapat juga suite perkahwinan bagi pasangan yang sedang berbulan madu.

Website


8. Senja Bay Resort

Senja Bay Resort

Senja Bay Resort, yang terletak di selatan Coral Bay, merupakan sebuah bangunan 50 bilik di cerun di antara laut dan hutan. Ia dibina di atas tiga tingkat dan disambungkan oleh tiga laluan pejalan kaki kayu, jambatan dan tangga, dan dilengkapi dengan bilik berkipas dan berhawa dingin, sebuah kedai menyelam, sebuah restoran dan sebuah kafe internet.

Semua bilik mempunyai bilik air bersambung dengan pancuran air panas tetapi tiada TV di dalam bilik untuk mengekalkan kesunyian resort ini. Setiap bilik mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan, dan ketika matahari terbenam pemandangan ini menjadi lebih menakjubkan semakin tinggi kedudukan tetamu.

Terdapat sebuah restoran yang berkapasiti 60 orang dan ia menghidangkan makanan Barat dan Asia dari 7 pagi ke 11 petang setiap hari, di mana tetamu boleh juga menonton filem di skrin besar setiap malam. Tetamu juga boleh menyelam permukaan di depan resort atau mengambil jelajah selam permukaan di sekeliling pulau. Resort ini juga mengaturkan teksi air atau pengangkutan bot ke pulau-pulau yang lain.

Pakej Percutian | Website


9. Quiver Dive Team Perhentian Dorm

Quiver Dive Team Perhentian Dorm

Quiver Dive Team Perhentian Dorm di Pulau Perhentian Kecil menyediakan penginapan bajet untuk golongan dewasa sahaja dengan sebuah bar dan taman, dan di asramanya, setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin asas dan bilik air berkongsi.

Tetamu boleh menikmati aktiviti seperti memanjat bukit, selam permukaan dan menyelam atau bersantai di sepanjang pantai. Kemudahan asas asrama ini termasuklah pengangkutan berbayar ke lapangan terbang dan sebuah bar mini.

Website


10. Ombak Resort Perhentian Island

Ombak Resort Perhentian Island

Ombak Resort, yang terletak di Coral Bay merupakan pilihan hebat untuk tetamu yang mempunyai pemandangan matahari terbenam di Pulau Perhentian Kecil.

Ia terletak di antara dua pantai (Long Beach – 10 minit berjalan kaki dan Coral Bay – 5 minit berjalan kaki), dengan pilihan penginapan seperti bilik tunggal, kembar, tiga orang, empat orang berkongsi dan suite eksklusif untuk pasangan. Ia dibina dengan dinding yang kukuh untuk privasi dan keselamatan, dan semua bilik dilengkapi dengan katil lateks serba baharu dengan bilik air bersambung, di mana beberapa bilik mempunyai balkoni peribadi dan mempunyai siling yang tinggi untuk membolehkan pengudaraan yang lebih baik kerana tenaga elektrik di resort ini dijana sendiri.

Restoran Ombak Café menghidangkan tetamu dengan pelbagai hidangan seperti sarapan, makan tengah hari, makan malam dan bufet. Tetamu juga boleh menonton filem dengan makan malam di teres. Sementara itu, peminat selam juga boleh pergi ke kedai Ombak Divers di Ombak Resort yang diiktiraf oleh PADI, yang merupakan pusat sehenti untuk peminat selam. Mereka yang tidak menyelam boleh mencuba aktiviti yang menyeronokkan seperti selam permukaan yang dibimbing oleh kakitangan Ombak.

Pakej Percutian | Website


11. Orang Hutan Camping

Orang Hutan Camping

Orang Hutan Camping merupakan tapak bertema perkhemahan unik yang terletak di Pulau Perhentian Kecil di mana alam sekitar merupakan tema utama tapak ini. Tetamu boleh memilih pilihan penginapan seperti khemah berkongsi berkembar. Terdapat sebuah outlet kuasa yang tersedia dalam setiap khemah dan terdapat juga tilam dan bantal yang disediakan untuk tetamu. Tetamu boleh berhubung dengan alam sekitar, membaca di sebuah buai dan luangkan hari dengan menikmati sinaran matahari atau menyelam permukaan di Pantai Rainforest Mira yang indah tetapi terpencil dengan hanya berjalan kaki selama 10 minit.

Terdapat sebuah kafe kecil yang menyediakan tetamu dengan sarapan percuma yang ringkas dan lazat, dan ia juga dibuka untuk makan malam bufet. Walau bagaimanapun, perlulah diketahui bahawa bekalan elektrik hanya tersedia dari 7 petang ke 12 pagi dan terdapat bot dari semenanjung yang pergi terus ke Pantai Rainforest.

Website


12. Perhentian Nemo Chalet

Perhentian Nemo Chalet

Perhentian Nemo Chalet merupakan chalet bajet yang mengandungi hanya 7 unit penginapan yang dilengkapi dengan balkoni berpemandangan pulau. Ia mempunyai sebuah bar mini, sistem pemanasan dan kawalan iklim dalam bilik. Biliknya dilengkapi dengan selimut elektrik dan bantal bawah, dan juga bilik air peribadi dengan peralatan bilik mandi dan tuala mandi. Untuk kemudahan tetamu, Perhentian Nemo Chalet menawarkan pengangkutan lapangan terbang, lobi 24 jam dan juga khidmat pembersihan bilik. Aktiviti sukan yang boleh dilakukan oleh tetamu termasuk menyelam dan memancing tetapi harus dimaklumkan bahawa kemudahan letak kereta dan akses internet tidak tersedia di sini.

Website


13. Cocohut Long Beach (Pulau Perhentian Resort)

Cocohut Long Beach

Cocohut Long Beach Resort di Pulau Perhentian Kecil hanya memerlukan masa berjalan kaki selama 15 minit dari pantai, dan ia mempunyai sebuah restoran dan chalet yang dibina dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan laman atau laut. Perabot kayu dan cahaya yang terang menyinari semua unit, yang dilengkapi dengan TV, peti sejuk, sebuah kawasan tempat duduk yang selesa dan kemudahan mandi di bilik air bersambung.

Selain itu, tetamu boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan oleh resort seperti berkanu, selam permukaan atau menyelam, sementara terdapat juga laman berlandskap bagi keselesaan tetamu. Pilihan lauk tempatan yang enak tersedia di Restoran Cocohut Long Beach, yang menyajikan pilihan makanan laut yang segar.

Pakej Percutian | Website


14. Villamas Perhentian Resort

Villamas Perhentian Resort

Villamas Perhentian Resort di Pulau Perhentian Kecil menawarkan penginapan hanya 200 meter dari Pantai Petani dan mempunyai pelbagai kemudahan, seperti restoran, sebuah kolam renang luar dan sebuah lounge berkongsi. Kurang daripada 1 km dari Pantai Mira dan 1.8 km dari Tuna Bay, resort ini menawarkan sebuah kawasan pantai peribadi. Resort ini mempunyai bilik keluarga yang bermeja dan dilengkapi dengan hawa dingin dan sebuah bilik air peribadi. Tetamu di Villamas Perhentian Resort boleh menikmati sarapan kontinental atau bufet di restoran, dan juga boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang sekiranya diperlukan.

Website


15. Perhentian Chomel Chalet

Perhentian Chomel Chalet

Perhentian Chomel Chalet terletak di Pasir Karang, Pulau Perhentian Kecil. Ia menawarkan chalet berhawa dingin dengan balkoni peribadi dan kawasan tempat duduk. Dengan bilik air peribadi, bilik di Perhentian Chomel juga mempunyai pemandangan laut yang hebat. Kesemua chalets menyediakan kemudahan membancuh teh/kopi dan sebuah peti keselamatan peribadi.

Chalet ini juga menyediakan tetamu dengan sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan tempatan, barat, snek dan barbeku. Terdapat juga sebuah perpustakaan mini untuk peminat buku.

Website


Semoga kongsian di atas dapat memberi anda 1001 idea tentang tempat penginapan di Pulau Perhentian. Komentar anda sangat dialu-alukan dan sila share untuk rujukan masa hadapan. Wassalam.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Jeti Kuala Besut- ‘PINTU’ Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan antara salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dan sentiasa menjadi lubuk egensi pelancongan yang memberikan pakej menarik ke Pulau Perhentian....

8 Tempat Makan Mesti Cuba di Pulau Perhentian Kecil!

Pulau Perhentian adalah antara destinasi percutian yang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa. Keindahan pulau ini dengan pasir yang memutih,...

4 Kedai Makan Pilihan di Pulau Perhentian Besar

Merupakan destinasi pelancongan pilihan, Pulau Perhentian Besar menawarkan berbagai pilihan makanan dari pelbagai kedai makan buat para pengunjung. Antara hidangan yang popular termasuklah Malaysian...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

Top 10 Pakej Percutian Pulau Perhentian Yang Best & Murah

Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu ini dahulunya menjadi tempat persinggahan kapal dari Singgora (Selatan Thailand) yang mahu ke Kuala Terengganu. Oleh kerana sering...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x